SIRI H.E.R.O - ROBYN
=========================
Oksigen – 10%
Makanan – 3%
Air – 7%
Tiga elemen penting untuk dia terus bertahan nampaknya semakin mencapai tahap sifar. Robyn duduk termangu di depan skrin komputer. Kepala otaknya runsing memikirkan pelan tindakan yang perlu dia buat. Terus bertahan atau keluar dari kepompong ni?
Tahun 2064. Tak siapa sangka tahun ini merupakan tahun yang paling teruk melanda bumi Malaysia. Teruk di sini bukanlah sekadar harga barang melambung naik, GST bertambah dari 6% ke 8%, Bahasa Melayu bukan lagi subjek wajib SPM, guru-guru ramai yang berhenti kerja apabila Pendidikan Maya diperkenalkan, statistik anak luar nikah bertambah dari 637 orang kepada 2,439 pada tahun ini, badan-badan kerajaan banyak yang mula diswastakan, pemilik produk kosmetik lebih popular daripada anak seni. Bukan, bukan sekadar itu. Lebih teruk dari itu sebenarnya.
Dan apa yang disebut tadi, semuanya dah lenyap dari bumi Malaysia ini.
Malaysia? Kau fikir ada lagi kah manusia yang tahu tentang tanah ini. Dah lebih enam bulan tanah ini menjadi gersang. Lebih gersang dari Gurun Sahara. Lebih sunyi dari Lembah Marina.
Robyn menyentuh tapak tangannya pada hamparan skrin besar yang terdapat di depan. Satu pemain video diaktifkan lalu rakaman secara langsung sebuah video terpapar pada skrin. Tanah gersang yang luas terlihat pada skrin. Langit tampak kemerahan. Gambaran video itu kemudiannya terbang meninggi seolah-olah dirakam menggunakan helikopter droid.
“Selamat?” soal Rafael kepada Robyn.
“Hope so.” Jawab lelaki itu.
“Dah tak ada masa untuk berharap. Kita kena cepat. Bekalan kita dah nak habis, Robyn. Kita tak ada option lain selain naik ke permukaan.” Tegas Rafael.
“What do you guys wanna eat for tonight?” soal Arisya.
“Do we have the right to choose?” soal Rafael.
“Mashed potato or French Fries?” soal Arisya sambil tersenyum mengejek. Dia mengangkat kedua-dua tangannya sambil menunjukkan kentang-kentang yang dipegangnya. Dua opsyen yang tiada beza. Sejujurnya, mereka memang tak ada bekalan makanan lain selain kentang. Semua yang sudah ada telah habis digunakan. Selepas ini, apabila bekalan kentang pula yang habis, adakah mereka akan makan sesama sendiri? Jadi kanibal?
Rafael sekadar menggeleng.
“Come on, Raf! Gurau sedikit pun tak boleh ke?” Arisya ketawa lalu dia kembali menuju ke dapur.
“Aku harap dia sedar yang kita dah tak boleh tinggal lama dekat bawah ni. Mungkin masa tu dia baru sedar kehidupan dia selama ni hanya lah sia-sia. No family, no friends, no society.” Rafael semakin resah.
“No sex!” laung Arisya dari dapur. Robyn terhambur tawa.
“You know what, dah enam bulan kulit aku ni tak kena cahaya matahari. Aku rasa macam cacing je duduk memerap dalam tanah.”
“Matahari dah bunuh bangsa kita. Kau masih rindukan dia?”
Rafael terdiam. Otaknya ligat mengenangkan nasib orang-orang di atas sana.
“Kita tak sempat nak rasa jadi orang dewasa, Robyn. Rasa pegang duit sendiri banyak-banyak, ada kereta, perempuan kejar kau, minum dekat Starbucks.”
“Jadi sekarang kau salahkan siapa?”
“Tuhan!” jawab Rafael keras. “Kenapa Dia turunkan bencana ni semua. Kalau betul Dia nak kiamatkan dunia, kenapa masih ada saki baki..like us?”
Robyn hanya diam dan terus mengemudi pad kawalan yang terdapat di atas meja skrin di depannya.
“Kenapa diam?” soal Rafael.
“Sebab aku bukan Tuhan. Aku tak tahu jawapan untuk soalan kau tu.”
Rafael mengeluh.
***
Rabu, 2 Januari 2064. Titik hitam yang tak boleh dilupakan oleh mereka bertiga. 7.45 pagi ketika itu. Langit masih gelap seperti waktu malam. Tiada langsung cahaya matahari. Kalau hari hendak hujan, tidak mungkin segelap itu. Hari hendak kiamat? Mana mungkin. Menurut ahli ulama, kiamat jatuh pada hari Jumaat.
Robyn dalam perjalanan menuju ke sekolahnya – satu-satunya sekolah menengah di daerah itu yang mengamalkan konsep tradisional, pembelajaran di dalam kelas. Robyn sekadar menunggang hoverboard yang terapung. Jarak antara rumah dan sekolahnya tidak lah jauh mana. Dia langsung tak pedulikan keadaan langit yang gelap ketika itu. Dia sibuk dengan telefon bimbit sehinggalah ada sebuah kereta membunyikan hon panjang ke arahnya.
“Jalan tu tengok depan lah!” laung lelaki yang memandu. Itupun Robyn hanya pandang sekilas dan kembali memaku matanya ke skrin.
Dia tiba ke kelas tepat jam 7.57 pagi. Ketika itu barulah dia berasa hairan. Hanya ada dia dan dua orang rakan sekelasnya di dalam, Arisya dan Rafael. “Mana budak lain?” soalnya.
“Tak tau lah, Robyn. Diorang takut nak datang sekolah kot.”
“Apsal”
“Kau tak nampak langit dekat luar tu?”
Robyn memandang ke luar jendela kelas. Langit masih kelam.
“So?”
“Kau ni aku tengok 24 jam dengan telefon bimbit. Kau tengok tak jam dekat skrin telefon kau tu dah pukul berapa? Pagi ni viral tahu tak. Langit gelap tak cerah-cerah. Macam nak kiamat.”
“Kalau nak kiamat pun. Go on je lah dengan hidup. Dah tak sempat nak bertaubat pun. Kan Tuhan dah cakap, amalan kau takkan diterima bila hari kiamat. Ha, tak pasal-pasal aku dah berceramah.”
Tepat jam 8.00 pagi. Mereka bertiga berdiri di luar kelas. Rutin harian di sekolah itu. Para pelajar akan beratur di luar kelas dan menyanyikan lagu Negaraku dan membaca doa. Tetapi, hari ini langsung tak terdengar apa-apa bunyi di corong speaker.
Mata Robyn meliar memandang ke arah kelas-kelas lain. Lebih kurang kelas dia sahaja. Pelajarnya tak ramai. Cuma ada dalam 3 ke 4 orang hampir di setiap kelas.
“Mana yang lain?” soal Cikgu Ruslina, guru Matematik Tambahan mereka.
“Tengah solat taubat dekat rumah barangkali.” Robyn sarkastik.
“SPM dah tak lama tapi semua tak ambil pusing. Teruk lah batch kali ni. Batch sebelum-sebelum ni, tak ada yang buat perangai macam ni.” Cikgu Ruslina membebel. “Saya tak ada mood nak mengajar. Kamu bertiga buatlah revision sendiri. Ada soalan boleh tanya saya.”
Tiga puluh minit berlalu. Kelas lengang. Masing-masing dengan hal masing-masing. Walaupun Cikgu Ruslina suruh mereka mengulangkaji tetapi tak ada seorang pun yang menelaah buku mereka. Arisya sibuk dengan majalah masakan, Rafael tidur dan Robyn masih melekat dengan telefon bimbit. Langit di luar masih kelam, seperti waktu malam. Jam di dinding kelas sudahpun menunjukkan pukul 8.30 pagi.
Robyn skrol laman Facebooknya. Entah kenapa sudah 5 orang daripada rakan mayanya di dalam laman itu mengongsikan video viral yang sama. Robyn geram nak buka tetapi risau nanti dimarahi Cikgu Ruslina pula.
“Oh my God!!” telefon bimbit Cikgu Ruslina berbunyi, mengejutkan Robyn dan Arisya. Cikgu Ruslina sedang menonton sesuatu pada telefon bimbitnya. Muka Cikgu Ruslina pucat.
“Cikgu. Are you okay?” soal Arisya.
“You guys ada tengok tak video viral ni?” soal Cikgu Ruslina.
“Video apa?” Robyn tertarik.
“Kuala Lumpur tengah hectic.” Cikgu Ruslina masih terus-menerus menonton. “Come see this.”
Arisya dan Robyn bangun lalu menuju ke arah Cikgu Ruslina di depan. Cikgu Ruslina tunjukkan video yang sedang dimainkan secara live oleh pemilik akaun yang entah siapa-siapa itu. Laju sahaja Arisya menekup mulutnya, ketakutan.
“Tu..tu..zo” Robyn terkedu.
“Macam Zombie kan?” sambung Cikgu Ruslina.
“Ni iklan movie baru ke? Diorang pakai CGI ke?” soal Arisya. “Kenapa nampak macam real?”
Telefon bimbit Robyn tiba-tiba bergetar. Nama Papa terpapar pada skrin. Panggilan video itu segera diangkatnya.
“Ponteng sekolah sekarang. Balik rumah.” Muka Papa nampak cemas. Dia sedang berlari-lari.
“What’s up?” soal Robyn.
“This is sound silly but..arrgghhh!!! aarrgghhh!!!”
Telefon bimbit papa terjatuh ke lantai. Video yang terpapar cumalah gambar siling pejabat bapanya. Bunyi teriakkan kedengaran riuh. Arisya segera memeluk lengan Cikgu Ruslina. Rafael terjaga dari tidurnya.
“Papa..Papa!!” jerit Robyn namun sahutan yang diterima cumalah bunyi bapanya mengerang kesakitan.
“Kenapa Robyn?” soal Rafael.
“Aaaaaa!!” Arisya dan Cikgu Ruslina menjerit serentak tatkala bapa Robyn muncul semula di depan skrin tetapi dengan raut wajah yang terburai. Giginya terkatup-katup laju. Matanya garang. Dengusan dan deraman kedengaran jelas dari kerongkongnya.
Siren tiba-tiba kedengaran kuat bergema dari luar kawasan sekolah. Siren kereta polis, siren bomba, siren ambulan semuanya berlumba-lumba.
“Kita kena blah.” Jelas Robyn lalu dengan pantas di berlari mendapatkan beg sekolahnya.
“Hey, awak tak boleh keluar sesuka hati!” laung Cikgu Ruslina.
“Robyn, aku nak ikut!” Arisya mengekori dari belakang. Beg sekolahnya langsung tak dipedulikan.
“Hey, guys! Ponteng sekolah jangan lupa aku.” Rafael pula berlari keluar.
Aarrgghh!! – satu jeritan datang dari sebuah kelas yang mereka bertiga lalu didepannya. Seorang pelajar lelaki sedang menyerang seorang lagi pelajar lelaki yang lain. Kedua-dua mereka sudahpun bergolek-golek di lantai. Seorang sedang sibuk menggigit leher yang seorang lain.
Arisya menjerit. Tatkala itulah, si penyerang menoleh ke arah mereka bertiga. Mukanya koyak rabak. Darah meleleh-leleh dari bibirnya. Giginya terkatup-katup laju.
“Zombie! Zombie!!” jerit Rafael.
Dengan pantas si penyerang meluru ke arah mereka. PAM! – satu tembakan kedengaran. Si penyerang terjelopok ke lantai. Kepalanya berlubang. Laju sahaja Rafael dan Arisya menoleh ke arah Robyn yang tengah kemas menggenggam sepucuk pistol.
“F**k! Mana kau dapat pistol tu?!” soal Rafael.
“Tak ada masa nak explain. Kita kena blah cepat.”
Robyn terus berlari. Kedua-dua mereka mengekori rapat. Mereka bertiga meluru ke arah kawasan letak kereta guru. Robyn sentuh tuil pembuka pintu kereta Honda Chizu tanpa tayar itu, entah milik cikgu mana. Bunyi berdetak dari dalam kedengaran, serentak dengan percikan elektrik pada tangan Robyn.
“Cepat masuk.” Seru Robyn.
“Kau tahu drive ke?” soal Rafael.
“Kau tak ada lesen kereta lagi ke, Raf?” soal Robyn. Kereta mula terangkat ke udara, terapung setinggi setengah meter. Lampu spotlight dihidupkan. Kemudian, Robyn segera mengundurnya ke belakang, keluar dari kotak parkir.
“Parent aku tak bagi ambil selagi tak habis SPM.”
“By the way, aku pun belum ada tapi aku selalu juga curi-curi bawak.”
Tidak lama selepas itu, mereka nampak ada segerombolan pelajar dan guru berlari menuju ke arah kawasan parkir ini. Mereka berlari sekuat hati sambil terjerit terlolong. Di belakang mereka ada segerombolan lagi pelajar dan guru yang rata-ratanya sudah berlumuran darah.
“Blah Robyn! Blah cepat!” jerit Rafael.
Pedal minyak segera ditekan lalu kereta meluru laju ke depan. Tapak tangan Robyn berdecit dengan percikan elektrik sekali lagi. Dalam masa berapa saat sahaja tingkap kaca kereta itu mula ditutupi oleh jaring besi. Gegeriji tajam melunsur keluar perlahan-lahan dari bumper depan sebelum kereta yang dipandu Robyn itu merempuh pintu pagar sekolah.
“Weh, macam mana kereta ni boleh jadi macam ni?” soal Arisya.
“Tak ada masa nak explain.” Jawab Robyn. Kereta terus meluncur laju di atas jalan raya. Skrin yang terdapat pada dashboard disentuhnya. Mode autopilot diaktifkan.
“Bagi aku apa-apa elektronik device yang korang ada.” Seru Robyn sambil menghulurkan tangannya.
“Nak buat apa?”
“Senjata.”
“Senjata?”
“Bagi je lah!”
Arisya hulurkan telefon bimbitnya kepada Robyn. Rafael juga serahkan peranti yang sama. Percikan elektrik kecil berdecit perlahan pada tapak tangan Robyn. Dalam masa beberapa saat sahaja kedua-dua telefon pintar itu bergerak-gerak seperti sebuah mesin kompleks yang berubah bentuk lalu menjadi dua pucuk pistol.
“Ambil sorang satu.” Ujar Robyn.
“Robyn, lori!” jerit Arisya apabila mereka sampai di kawasan lampu isyarat. Sebuah lori terbakar sedang meluru laju dari arah kanan.
“Tunduk!” jerit Robyn sebelum kereta yang dipandunya itu berubah bentuk menjadi lebih rendah dan leper. Rafael dan Arisya menjerit sambil menunduk ke lantai kereta. Namun, kereta itu berjaya lalu di bawah lori yang sedang bergerak itu. Tak ubah seperti dalam filem aksi lumba kereta.
“Woi, bodoh! Apsal tak brek?! Kita boleh mati tadi!” jerkah Rafael, marah.
BAM!
Sekujur tubuh yang penuh dengan darah melompat ke arah cermin depan kereta. Kulit mukanya terobek-robek, mulutnya pula terkoyak panjang sehingga nampak tulang gigi. Dia menghantuk-hentukkan kepalanya pada cermin kereta tetapi mujurlah cermin itu dilapis oleh jaring-jaring besi yang kuat.
Aarrrrrkkkkk – jasad itu meraung garang.
Tangan Robyn berdecit lagi dengan percikan elektrik kecil lalu tubuh di depan cermin itu terlambung jauh seperti ditembak dengan satu daya tekanan yang tinggi.
Kereta yang dipandu mereka berhenti di perkarangan sebuah pasaraya Mydin. Pintu kaca pasaraya itu sudahpun habis pecah. Ramai orang bertungkus-lumus keluar dari situ sambil membawa bermacam-macam barangan.
“Kita perlukan bekalan makanan.” Jelas Robyn lalu menapak turun dari kereta setelah beg sekolahnya dicapai bersama dan semua buku dikeluarkan.
“Keadaan genting macam ni kau masih fikir pasal makan?” tebak Rafael.
“Betul apa cakap Robyn tu. Aku ada tengok kat tv, salah satu sebab kenapa orang susah nak survive dalam keadaan macam ni sebab lack of energy. Mereka kurang makanan.” Celah Arisya lalu mencampakkan beg sekolah Rafael yang sudah kosong kepada lelaki itu. “Dah, jom cepat. Dapatkan seberapa banyak barang yang boleh.”
Mereka bertiga meluru masuk ke dalam pasaraya. Suasana di dalam macam baru lepas dipukul taufan. Barang-barang berselerak di sana sini. Ada juga yang masih sibuk memasukkan pelbagai makanan ke dalam troli. Ada yang bertumbukan di sudut sana. Ada juga yang..
“Sempat lagi. Bodoh!” gumam Robyn apabila melihat sepasang merpati sedang bermadu kasih di sebalik kaunter pembayaran.
Dia segera capai kotak pertolongan cemas yang ada di dalam rak di belakang kaunter. Jijik rasanya mendengar perempuan di bawah kaunter itu mengerang. Bateri sel kering pelbagai saiz juga ditariknya dari rak. Lampu picit, pemetik api, mancis, panadol, ubat batuk dan beberapa lagi barang-barang kecil di kaunter itu segera disumbatkan ke dalam beg.
Kemudian, dia berlari menuju ke kawasan barangan elektrik. Nasibnya baik, ada sebuah troli berdekatan situ. Namun, baru sahaja dia nak ambil, “Woi, ini troli aku!” seorang lelaki menjerkah garang. Muka lelaki itu berparut di dahi kanan. Dengan pantas Robyn keluarkan pistol dari poketnya lalu diacukan kepada lelaki itu.
“Now, it’s mine.” Ujarnya perlahan tetapi padu.
“Hahahaha..kau buat lawak apa ni budak kecik?” nada lelaki itu sinis.
PAM! – Robyn lepaskan satu tembakan. Sengaja dia sasarkan sehingga terkena pada sebuah televisyen di sudut sana. Skrin televisyen itu berderai pecah. Serta-merta lelaki itu pergi melarikan diri.
Tanpa berlengah, Robyn ambil beberapa peralatan elektrik yang ada di situ. Kipas angin, cerek, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, komputer riba, beberapa keping telefon bimbit dan seterika. Semuanya dikeluarkan dari kotak dan disumbat padat ke dalam troli. Dia kemudiannya menolak troli itu laju menuju ke kereta. Rafael dan Arisya sudahpun menunggu mereka di sana bersama-sama barangan yang mereka telah kutip – hampir kesemuanya adalah makanan.
“What the hell kau ambil semua barangan elektrik ni?” soal Rafael ketika Robyn sibuk memasukkan semua barang-barang itu ke booth belakang.
“Bekalan senjata.” Jelas Robyn.
“Aku makin tak faham lah dengan dia ni.”
“Watch out!” jerit Arisya lalu satu das tembakan dilepaskan kepada seorang lelaki yang sudah robek-robek kulit mukanya di belakang Rafael. Lelaki itu tersungkur ke atas tanah lalu meronta-ronta. Dia cuba mengensot laju mendekati Rafael.
“Blah! Blah! Blah!” jerit Robyn lalu segera masuk ke dalam kereta.
Kereta dipandu laju. Destinasi seterusnya – rumah Robyn. Sebuah rumah banglo berlaman luas. Kereta dimasukkan ke dalam garaj yang kosong. Pintu garaj ditutup. Perlahan-lahan lantai garaj itu bergerak turun ke bawah.
“Bapak kaya kau ni.” Rafael menegur.
“Memang bapak aku kaya. Bukan aku.” Ujar Robyn pula
“Ah, sama lah tu.”
“Bapak kau kerja apa?” soal Arisya.
“Kita dah sekelas dari form 1 sampai form 5, kau tak tahu bapak aku kerja apa Arisya?” soal Robyn.
“Kau tu bukannya popular kat sekolah. Tak ada orang nak ambil tahu pasal kau.” Rafael tergelak mengejek. Robyn juga tergelak kecil.
“Kita kat mana ni?” soal Arisya lagi.
“Kalau kau tahu bapak aku kerja apa, kau tak terkejut kalau aku cakap ini pejabat bawah tanah bapak aku. Lebih kurang 30 meter bawah tanah. Bapak aku buat pejabat ni sebab dia nakkan privasi ketika buat kerja dekat rumah. Tak ada orang tahu tempat ni. Mak aku pun tak tahu. Adik beradik aku pun tak tahu.” Jelas Robyn lalu melangkah keluar dari kereta.
“Sayang betul bapak kau dekat kau. Kau sorang je tahu pasal pejabat ni.”
“Actually, bapak aku tak tahu aku tahu.”
“Eh, habis tu macam mana kau boleh jumpa?”
Robyn tersengih. Dia suakan tapak tangannya ke arah Rafael dan Arisya. Percikan elektrik kecil terhasil.
“Ok ini satu lagi benda yang aku tak faham.” Rafael menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Are you mutan?” soal Arisya.
Robyn tergelak mendengar soalan itu. “So-called..” jawabnya ringkas.
“Aku dah agak!” Arisya teruja. “Aku ada terbaca, teori berkenaan manusia terdiri daripada dua jenis kromosom itu sebenarnya dah lapuk ketinggalan zaman. Ada penemuan terbaru di mana sainstis dari Amerika menemui kromosom baru dalam badan seorang wanita. And you know what, perempuan tu orang Malaysia. Kalau tak silap aku nama dia Orkid. Tapi ni kisah lama dah, berpuluh tahun dulu. Aku baca dekat Darkweb.”
“Kromosom?” soal Rafael.
“Itu lah kau ni! Tak pernah bagi tumpuan masa kelas biologi.” Bentak Arisya. “Kalau ikut apa yang ada dalam buku, manusia ada dua set kromosom yang membezakan lelaki dan perempuan. XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki.”
“Dan aku?” soal Robyn.
“Barangkali XZ. Tak ada teori khusus lagi buat masa ni.” Jelas Arisya. “XZ – The Mutan!” Arisya tersenyum puas dengan pandangan mata yang cukup tajam ke arah Robyn.
Satu letupan kedengaran cukup kuat di atas. Arisya terjerit. Gegarannya kuat sehinggakan mereka yang berada di dalam pejabat bawah tanah ini dapat merasakannya walaupun perlahan. Arisya kemudiannya duduk di sofa yang ada di sudut tepi. Jari telunjuk kanannya digigit-gigit, mungkin itu cara dia mengawal rasa takut.
“Aku tak sempat jumpa family aku pun.” Arisya mula sebak.
“Tak ada seorang dari kita sempat jumpa.” Balas Rafael.
“Robyn dapat cakap dengan bapak dia.”
“Sebelum dia jadi zombie.” Robyn pula duduk di atas sofa sambil mengeluh. “What the f**k is happening to the world?” rungutnya.
Satu lagi letupan kedengaran. Kali ini lebih kuat. Seperti berlaku cukup dekat. Arisya memaut tangannya pada lengan Robyn. Cukup ketat dan rapat sehingga Robyn dapat rasakan bonjolan dadanya. Robyn hanya biarkan. Jantungnya tiba-tiba rasa berdebar. Air liur ditelan dalam-dalam. Darah hangat dirasakan mengalir ke seluruh badan dan menjalar sehingga ke ekor depannya. Keris saktinya itu mengeras.
Rafael menggeleng kecil lalu dia kembali menuju ke kereta di belakang sana.
“Ni Honda Chizu Cikgu Rowana aku rasa ni. Model ni baru je keluar bulan lepas.” gumamnya lalu dia membuka pintu belakang. Bekalan makanan yang berjaya dia kumpul di pasaraya tadi, semuanya dikeluarkan lalu diletakkan ke atas meja besar yang ada di tengah-tengah pejabat ini.
Satu letupan lagi kedengaran. Meja bergegar sehingga ubi kentang yang bulat di atas meja bergolek-golek jatuh dari meja.
“Apa pendapat kau orang kalau aku cakap, teori kromosom XZ yang kau cakap tu Arisya sebenarnya bukan hasil tindakbalas semulajadi tetapi telah diubahsuai oleh manusia..you know, Malaysia pun dah banyak sainstis hebat-hebat sekarang ni.” Rafael tersenyum mengejek ke arah Robyn.
Robyn kenal senyuman puaka itu. Pasti ianya ditujukan kepada bapanya, seorang saintis terkemuka di Spark Corporation. Ya, kalau mereka ambil tahu tentang diri Robyn, mereka juga pasti tahu bahawa bapa Robyn merupakan seorang yang cukup berpengaruh di Spark Corp, sebuah syarikat gergasi yang membekalkan alatan-alatan canggih dan sentiasa mendapat tender-tender kerajaan dalam pelbagai projek. Bapanya pernah masuk surat khabar atas kejayaannya mencipta cip implan yang pada ketika ini ditanam hampir ke setiap tubuh penduduk Malaysia. Kad Pengenalan dimansuhkan. Cip Implan diperkenalkan.
“Then?” soal Robyn.
“Itu point aku. Your power is not natural dude. Kau sebenarnya tikus makmal.” Jelas Rafael sambil meletakkan satu lagi kotak yang penuh dengan makanan ke atas meja.
“Dan sekarang semua tikus makmal ni perlu dihapuskan. Mungkin some of you dah over-powered atau miss-used the power.”
“Wo! Kau punya teori lebih dark dari cerita-cerita dalam Darkweb yang aku selalu baca tu. Meremang!” celah Arisya.
“Kalau betul pun, siapa yang nak hapuskan kami semua ni? Kejam gila sampai musnahkan satu negara.”
“Boleh jadi the scientist, boleh jadi negara luar, dan boleh jadi...” Rafael terdiam seketika. Robyn masih fokus memandang ke arahnya. “..Tuhan nak bagi warning, jangan kacau kerja dia. Hiduplah seperti manusia normal.”
***
Lif naik perlahan-lahan ke atas. Sudah hampir enam bulan lif ini tidak digunakan. Pintu garaj kemudiannya dibuka. Tekanan udara yang berbeza antara dalam dan luar membuatkan angin yang sedikit kuat meniup masuk ke dalam garaj, bersama-sama deburan pasir halus.
Robyn, Arisya dan Rafael saling memandang. Ini kali pertama mereka membuka pintu garaj ini setelah enam bulan mereka duduk terperap di dalamnya. Tak sangka keadaan di luar bertukar 180 darjah dari apa yang mereka lihat dahulu.
Padang pasir terbentang luas. Bangunan banyak yang runtuh.
“Kau yakin ke Robyn nak buat semua ni?” soal Arisya.
“Kalau aku tak buat, aku takut kita bertiga mati kelaparan dekat sini.” Jawab Robyn sambil menghidupkan enjin motosikal berkuasa tinggi yang telahpun berubah dari bentuk kereta Cikgu Rowana yang mereka curi dahulu.
“Satu je pesan aku,” ujar Robyn “Both of you, no sex please. Kita dah cukup terseksa nak hidup bertiga, jangan nak tambah jadi empat.”
“Gila!” Arisya menebak sambil meluku sedikit kepala Robyn. Laju sahaja tubuh lelaki itu dipeluknya. Air mata Arisya mula mengalir.
“Jaga diri.” Pesan Arisya, sebak.
“Good luck bro.” Ucap Rafael setelah motor yang ditunggang Robyn memecut keluar dari pintu garaj.
Pintu garaj ditutup segera oleh mereka. Lantai garaj kemudiannya diturunkan semula ke bawah sana.
***
Misi Robyn adalah hendak mendapatkan bekalan makanan yang baru. Dia cuma ada beberapa hari sebelum makanan dalam simpanan mereka bertiga habis langsung. Nampak macam mudah tetapi situasi sekarang berbeza dengan keadaan enam bulan dahulu. Banyak bangunan kedai-kedai kecil yang sudah tenggelam dalam timbunan pasir.
Macam mana tempat ni boleh jadi padang pasir macam ni? – rungut Robyn
Mahu atau tidak, Robyn terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu menuju ke kompleks membeli belah yang besar. Pasti kedai-kedai di sana tak tenggelam. Dan kini, dihadapannya tersergam AEON Shah Alam yang rupanya terlalu angker untuk digambarkan dengan kata-kata. Sebahagian daripada bangunan itu runtuh. Dinding-dinding banyak yang kehitaman dengan darah manusia yang sudah kering. Suasana yang terlalu sunyi membuatkan perasaan seram menyelubungi diri Robyn.
Robyn turun dari motorsikal. Pistol yang sudah diubahsuai daripada barangan elektrik yang dia ambil dahulu, dikeluarkan dari jaket. Ada 100 biji peluru. Harap-harap dia dapat berjimat.
Dia kemudian menapak menuju ke sebuah pintu masuk bangunan itu yang sudah terkopak pintunya. Suasana di dalam cukup gelap. Robyn menelan air liurnya, gusar. Dia melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Mode Nighvision pada cermin matanya dihidupkan.
Suasana di dalam bangunan nampaknya jauh lebih menakutkan dari apa yang dibayangkannya. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Dah tak ada rupa mayat pun. Bau yang teramat busuk membuatkan Robyn langsung tak dapat nak menarik nafas.
Aduh, susah lah macam ni! – rungutnya lalu dia menapak berpatah balik hendak keluar dari bangunan itu. Namun, entah macam mana kakinya tersepak tin kosong yang langsung dia tidak sedar ada bergelimpangan di atas lantai.
KTANG! – bunyinya bergema jauh ke dalam bangunan.
Waaarrrrrrkkkkkk! – suara serak yang mengerikan kedengaran mengerih kuat dari belakang. Laju sahaja Robyn memandang ke arah itu. Dalam paparan hitam putih melalui kaca matanya itu, dia dapat lihat sekujur tubuh kurus keding sedang berlari meluru ke arahnya.
“Shit!”
PAM! – satu tembakan dilepaskan ke arah tubuh itu. Tersasar.
PAM! – sekali lagi dan kali ini mengena pada kepalanya. Tubuh kurus itu terjelopok ke lantai.
Waaaaarrrrrrkkkkkkk!
Waaaaaarrrrkrkkkrrk!
Waaaaaeerrrrrkkkkk!
Semakin banyak bunyi-bunyi mengerih itu bergema di dalam bangunan. Mereka seolah-olah menjerit dan merintih. Tidak lama selepas itu, muncul tiga kujur tubuh dari arah tangga. Mereka berlari cukup laju.
Oh, damn!
Robyn terus memulakan lariannya. Tiga tubuh itu masih gigih mengejar di belakang. Sesekali sempat juga Robyn melepaskan tembakannya namun tersasar.
WAAAARRRRRKKKKKK!!
Satu kujur tubuh melompat ke arah Robyn ketika lelaki itu sudah berada betul-betul di hadapan pintu masuknya tadi. Kedua-dua tubuh mereka bergolek ke atas pasir di luar bangunan.
WAAAARRRRRKKKKKK!!
Tubuh itu meraung kuat dan menggeletis di atas tanah, kesakitan, apabila cahaya matahari terkena tubuhnya. Tubuhnya seperti terbakar. Asap terhasil dari kulit-kulitnya yang sudah jelas banyak terkopak di sana-sini. Saat itulah Robyn dengan pantas melepaskan dirinya lalu berlari laju menuju ke arah motorsikal. Sempat matanya memandang kembali ke arah bangunan itu.
Bulu romanya naik merinding. Ada beratus-ratus tubuh yang kurus dan compang-camping pakaiannya sedang memerhatinya dari dinding-dinding bangunan itu yang sudah berlubang dan runtuh. Mereka hanya berdiri memerhati Robyn dengan muka yang garang. Tak kurang juga yang mengerih jengkel. Waaaaaaarrrrrkkkkkk. Mereka hanya kaku di situ tidak berani untuk keluar dari bangunan.
Diorang tak boleh kena cahaya matahari rupanya – bisik Robyn sambil berlalu pergi.
***
Jauh sudah Robyn mengembara mencari makanan. Sudah tiga buah bangunan yang dia masuki, semuanya memberikan hasil yang menghampakan. Tiada makanan langsung. Yang ada cumalah sesi kejar mengejar antara dia dan tubuh-tubuh kurus yang kelaparan. Laparkan darah segar manusia seperti dia.
Matahari sudah hampir berlabuh di ufuk barat.
“Tak jumpa apa-apa lagi ke Robyn?” soal Rafael dari corong earpod yang melekap kemas di lubang telinga.
“Belum.” Jawab Robyn “Aku rasa nak give up.”
“Jangan macam tu. Aku tau kau boleh.”
“Banyak kedai dah ditenggelami pasir. Kalau dekat pasaraya besar pula, hal sama juga. Sebab kedai-kedai runcit ni semua banyak dekat ground floor.” Robyn merungut.
“Cari lah kedai-kedai makan yang tinggi-tinggi.”
“Susah Raf. Aku baru masuk setapak, zombie-zombie tu semua dah menjerit. Diorang sensitif betul dengan bunyi.”
“Ok, ni satu lagi tempat yang aku rasa ada potensi banyak makanan. Tapi, jauh sikit la.” Arisya pula bersuara.
“Kat mana?” soal Robyn.
“KL Tower. Kat atas tu kan ada Restoran Atmosphere 360.”
“A’ah Robyn. Try lah.”
“Ye lah aku cuba. But, ini yang last. Kalau tak ada apa-apa juga, aku balik sana. Esok aku try cari area Klang pula.”
“Okay, cun.”
Robyn meluncur laju menuju ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan yang sudahpun tak nampak gaya seperti lebuhraya. Sepanjang laluan jalan tar nya sudah ditutup oleh pasir. Robyn tiba di depan menara ketika hari sudahpun menjangkau malam.
“Macam mana aku nak masuk ni.” Rungutnya.
“Kenapa?” soal Rafael.
“Pintu masuk semua dah terkambus.”
“Kau panjat.” Arisya memberikan cadangan.
“Panjat?” soal Rafael.
“Betul juga tu, Arisya. Thanks.” Ujar Robyn lalu dia menyentuh motosikal berkuasa tinggi di depannya itu.
Percikan elektrik kecil terhasil pada tapak tangannya sebelum motorsikal itu perlahan-lahan merubah bentuk menjadi sepasang kasut dan sarung tangan. Kasut dan sarung tangan itu dipakainya, lalu dia terus berlari ke arah menara yang tak kurang juga ngerinya itu. Satu butang pada kasut dan sarung tangan itu ditekan kemudian dia menghalakan kakinya itu ke arah dinding. Serta-merta kakinya itu melekap jitu. Robyn tersenyum puas. Dengan pantas dia merangkak naik ke atas.
“Cahaya apa tu?” soal Robyn apabila dia sudahpun sampai di tingkat paling atas Menara Kuala Lumpur itu. Tangannya dihalakan ke arah cermin. Dengan perlahan cermin itu mencair. Robyn melompat masuk ke dalam. Pistol di dalam jaketnya segera dikeluarkan.
Robyn mendekati cahaya yang terdapat di tengah-tengah Restoran Atmosphere 360 yang disebut-sebut oleh Arisya itu. Semakin dia dekat, baru lah dia sedar bahawa itu adalah cahaya peti sejuk. Di dalamnya ada banyak makanan yang kelihatannya masih elok. Pistol ditangannya segera disisip kembali ke dalam jaket.
Ktap! – sesuatu berbunyi di belakang. Dengan pantas Robyn menoleh. Dia terkedu apabila melihat seorang lelaki sedang mengacukan pistol ke arahnya.
“Jangan tembak! Aku bukan Zombie!” jerit Robyn.
Muka lelaki itu terperanjat.
“Aku tak sangka ada orang masih hidup.” Lelaki itu bersuara.
“Siapa tu?” soal Rafael di corong earpod.
“Tak tau..but, he’s still alive.” Jelas Robyn.
“Kau bercakap dengan siapa?” soal lelaki itu.
“Dengan kawan aku.” Jawab Robyn. “Melalui ini.” Dia menunjukkan earpod yang dipakainya.
“So, masih ada ramai lagi yang hidup?” soal lelaki itu lagi.
“Bertiga. Kami cuma bertiga.”
“Kau ni nampak macam budak je lagi.”
“Form 5.”
Lelaki itu senyum sinis. Dia turunkan pistolnya lalu dia berjalan menuju ke peti sejuk yang terbuka tadi. Dia capai dua tin minuman keras. Satu dilemparkan ke arah Robyn.
“Aku tak minum.” Jelas Robyn
“Take it or leave it.” Balas lelaki itu lalu dia duduk di sebuah bangku.
“So, apa yang kau buat dekat sini. And how you get it here? Setahu aku, jalan masuk ke menara ni semua dah tertutup.”
“Aku..aku..aku panjat.”
“Panjat?” soal lelaki itu lagi.
“Kasut ni dan glove ni. High tech.” Jawab Robyn sambil menunjukkan kasut dan sarung tangannya.
“Oh, I see.”
Suasana hening seketika. Lelaki itu mencicip air keras yang ada di tangannya. Kemudian, dengan pantas dia mengacukan pistolnya ke arah Robyn.
“Bagi aku!”
“Wait. Why?”
“Aku nak keluar dari sini. Makanan dekat sini dah nak habis. I need to move out.”
Robyn terkedu. Nampaknya misi mencari makanan ini bukan misi yang mudah. Perlahan-lahan dia seluk poket jaketnya. Dia cuba untuk mengambil pistol yang dibawanya bersama.
PAM! – satu tembakan dilepaskan oleh lelaki itu tatkala Robyn mengeluarkan pistolnya. Tembakan itu mengena tepat tangan Robyn. Pistol ditangannya terlepas. Arrrrrggghhhhh, dia meraung sakit.
“Aku cakap bagi aku kasut tu, budak!”
“No!” jerit Robyn lalu dia berlari menuju ke tingkap kaca yang mencair tadi.
PAM! – satu lagi tembakan dihala ke arahnya. Tersasar.
Robyn segera melompat keluar lalu dengan pantas kakinya melekap pada dinding. Dia berlari naik ke atas menara sehinggalah mencecah puncak di atas sana.
“Kau turun sini sial!” jerit lelaki itu.
PAM! PAM! – dua biji peluru dibazirkan.
Robyn duduk tidak jauh daripada antena di puncak menara itu. Sarung tangan dicabutnya. Arrrrgggghhh! Dia menjerit kesakitan. Tembakan lelaki tadi mengena tepat ke arah tapak tangan kanannya.
“Robyn! Kau ok ke?” soal Rafael.
“Lelaki sial tu tembak aku.”
“Kau kat mana tu?”
“Aku dah lari. Aku ada dekat puncak menara ni. Betul-betul dekat antena.” Air mata lelaki itu mula keluar. “Dia tembak kena tangan aku. Tangan kanan. Tangan kuasa aku. Aku risau kalau..”
Kata-kata Robyn terhenti. Jantungnya berdegup laju. Lub dub lub dub.
Awan hitam kelihatan di langit. Satu pancaran kilat memancar ke antena di bangunan KLCC tidak jauh dari situ.
“Ya, Allah. Kenapa besar sangat ujian yang kau turunkan pada aku ni?” rintih Robyn.
PAM!
Satu percikan kilat menyambar antena di belakangnya. Matanya membuta ketika. Mujur sahaja dia tidak tercampak. Lekapan kasutnya ke lantai puncak menara itu cukup kuat dan jitu. Apabila penglihatannya kembali pulih, dia dapat lihat ada satu serombong cahaya memancar dari langit ke arah antena di belakangnya.
“Robyn! Robyn! Kau ok ke tu?!” jerit Arisya. Gadis itu risau apabila dia terdengar bunyi guruh yang cukup kuat.
Robyn tidak menjawab malah dia lantas berjalan lemah ke arah serombong cahaya yang aneh itu. Dia seluk tangannya ke dalam. Tembus. Kemudian, dia melangkah masuk seluruh tubuhnya pula. Dengan perlahan badannya terangkat naik ke udara.
“Damn! Damn!”
Dia cuba untuk berpaut pada apa-apa yang dirasakan boleh untuk dicapai tetapi dia terlambat. Tubuhnya semakin lama semakin naik meninggi ke langit. Tidak lama selepas itu, sekelilingnya menjadi gelap. Dia masih lagi disedut entah ke mana oleh serombong cahaya itu. Badannya terawang-awangan di udara.
Tiba-tiba, tubuhnya meluru laju turun. Jatuh bebas. Dia menjerit. Sekelilingnya menjadi cerah. Dia dapat lihat hamparan laut yang luas membiru. Di bawah sana ada sebuah pulau yang besar. Dan, dia masih jatuh bebas. Bukan masanya untuk dia menikmati pemandangan cantik sebegitu sekarang.
Dengan sedaya upaya, dia menyentuh kasutnya sehingga percikan elektrik terhasil. Kasutnya itu perlahan-lahan bergerak ke belakang tubuhnya lalu berubah menjadi sebuah beg sandang. Satu tali ditariknya cepat-cepat lalu payung terjun yang cukup besar mengepak lebar ke udara.
Robyn akhirnya mendarat betul-betul di perkarangan dataran perhimpunan SMK Pulau Bayang. Ketika itu, perhimpunan pagi Isnin sedang dijalankan. Cikgu Abraham selaku pengetua sedang berucap di depan. Semua terperanjat dan terkejut dengan kehadiran Robyn bersama-sama payung terjunnya.
-Tamat Bahagian 3-
=========================
Siri H.E.R.O sebelum ini:
1. ORKID
2. EHSAN
=========================
SIRI H.E.R.O - ROBYN
© Muiz Robyn
Suntingan dan Gambar: Wan SC
Sertai LUMBA TULIS CERPEN anjuran Arkib Angker Negara. Hantarkan kisah seram anda ke aanrc2017@gmail.com sebelum 20 Januari 2018 dan sertakan #lumbatuliscerpenaaa pada tajuk emel. Tiga cerpen terbaik akan dibukukan bersama-sama barisan penulis novel seram handalan. Hadiah misteri juga menanti anda!
No comments:
Post a Comment