NINI
=======================
Nama aku Izat, anak yatim piatu, bekerja di Ipoh sebagai penyelia kanan di salah sebuah kilang di sini. Berumur 29 tahun dan masih bujang. Sepanjang hidup aku, baru dua kali aku bercinta, sekali di universiti dan sekali ketika sekarang ini lah. Sekarang aku sedang kemaruk bercinta dengan Nini, seorang gadis dari Tambun.
Benar kata orang, bila bercinta semua indah. Memang indah bila bersama Nini. Sudah 4 tahun aku menyulam cinta dengannya,dan aku bertuah, rupa paras Nini yang tinggi, berkulit putih dan rambutnya ikal mayang membuatkan diri aku rasa bertuah. Siapa sangka lelaki macam aku yang nerd, kaki video game, kaki anime dan Naruto ada awek secantik bak bidadari kayangan!
Tapi,ada perkara yang pelik dengan Nini. Setiap kali Hari Raya, aku memang berazam untuk menamatkan zaman bujang aku. Tiap kali lebaran, masuk ini lebaran tahun ke-3, aku akan memberitahu yang aku masuk meminang Nini. Nini akan menolak setiap kali dengan alasan dia masih muda, tak bersedia.
Kalau diikutkan dengan status kewangan, aku rasa aku sudah mampu. Aku punyai rumah, kereta buatan Malaysia dan duit simpanan mencecah RM 40 ribu. Raya tahun ini, aku nekad untuk meminang Nini. Aku dah berpakat dengan abang aku, Badrul dan 3 orang kawannya untuk ‘menyerbu’ rumah Nini semasa raya ke 5. Semua kelengkapan sudah di beli dan tersedia.
Masa itu aku tunggu di hujung simpang masuk rumah Nini. Menunggu Badrul datang membawa berita gembira. Lebih kurang sejam pemergian mereka. Aku menunggu dengan sabar.
Kemudian dari jauh aku nampak kereta Badrul,berhenti di tepi kereta aku. “Wei, jom lepak kedai mamak depan tu, sembang sana,” ujar Badrul. Dalam hati aku seronok bukan kepalang.Hajat sudah lepas.
Tiba saja di kedai mamak, perkara pertama yang terbit dari mulut Badrul adalah ‘pinangan aku di tolak’.
“Mak bapak dia pun taknak kau jadi menantu, si betina tu menangis-nangis minta taknak kahwin dengan kau, kau tanya kawan aku berdua ni, diaorang saksi aku,“ kata Badrul.
Remuk hati aku. Terjawab lah kenapa liat sangat Nini nak berkahwin dengan aku. Malamnya aku dapat panggilan dari Nini, minta putus, aku tak membantah pun aku ok kan saja. Dah takda guna.
Selepas kejadian itu, aku teruskan hidup. Aku bekerja lebih masa, beli video game, beli komik, tengok wayang dan aku habiskan RM5 ribu yang sepatutnya menjadi ‘tanda’ sewaktu meminang Nini, puas hati aku!
Aku mula perasan, 2 bulan selepas itu, rambut aku mula gugur dan aku sering mimpi yang bukan bukan. Bibir aku mulai pecah-pecah, dan bila aku bangun tidur, mesti ada kesan darah pada cadar dan bantal. Entah dari mana!
Aku berjumpa doktor, katanya aku stress. Pelik bin ajaib. Bila masa aku stress. Aku tak merokok, bila malam aku bersukan main badminton, selepas kes break-up dengan Nini, aku seronok je. Bila masa aku stress?
Esok malam, semasa aku shift malam .Ketika itu jam hampir ke angka 10 malam. Lagi sejam aku boleh balik dah. Kira kira jam 10.30 malam, aku ke loker pekerja, sebab nak ambil barang dan bersiap nak balik.
‘Srekkk.srekkkk....’ bunyi loker besi di cakar sesuatu. Yang pasti bukan kucing! Bunyinya mengilukan!
“Hoi.siapa tu?” Jerit aku. Bengang pun ada. Terasa gigi aku semacam dihiris-hiris tatkala mendengar bunyi cakar tu. Makin kuat bunyi cakaran tu, seakan memerli aku.
Aku berjalan menuju ke arah bunyi itu. Jenuh juga aku terdongak dan tertunduk tunduk. Bilik loker ni tak lah besar sangat.
Tiba-tiba ada benda bergolek ke arah aku. Bila aku tengok macam biji mata! Bila aku pandang hadapan, ada lembaga tanpa kepada sedang mencakar dan mengetuk loker.
Belum sempat aku nak menjerit, lembaga itu terbang menerpa aku! Aku pengsan. Hanya di temui oleh kawan aku yang hendak pulang. Mulanya aku anggap benda itu normal, sebab, dah banyak cerita dan kes seram aku dengar di kilang aku kerja ni. Jadi aku anggap malam tadi adalah ‘habuan’ aku pula. Tapi ,aku demam hari ini. Aku tak masuk kerja.
Tapi, 3 hari berselang, semasa aku di rumah, selepas mandi aku menuju ke sinki untuk mengosok gigi, bila aku tengok di cermin, lembaga tidak berkepala itu ada di belakang aku! Kali itu aku sempat lari dan keluar dari rumah. Malam itu aku tidur di restoran Mcdonalds dek kerana takut!
Sejak hari itu, aku akan nampak kelibat hantu tak berkepala. Aku fikirkan ianya hanya menganggu di kilang, sangkaan aku meleset.
Aku mengambil keputusan untuk bercuti panjang. Aku memilih untuk ke Pulau Pangkor. Seminggu aku di sana (sepatutnya). Aku cuba untuk berfikiran positif, mungkin kerana aku penat dan stress aku asyik nampak benda yang bukan bukan. Jadinya, aku cuti .
Hari kedua aku di sini, semasa aku hendak terlelap, ada suara memanggil nama aku dari luar chalet. Aku tekapkan kepala dengan bantal. Tapi aku terpandang sesuatu di atas, ada benda sedang melekap di siling bilik aku! Setitik demi setitik darah menitik ke atas muka aku! Aku jadi keras, semacam di rantai, perlahan lahan lembaga yang sedang melekat di siling itu turun perlahan lahan. Mukanya dapat aku lihat dan lidahnya panjang mencecah lutut. Aku menjerit dan kemudianya aku pengsan.
Mujur aku memesan breakfast on-bed sepanjang penginapan, kalau tak sampai bila aku akan bangun. Aku ditemui oleh pekerja kafe yang menghantar sarapan pagi, katanya aku tak menyahut, jadi mereka hendak meletakkan sarapan dan terkejut melihat aku terbeliak di atas katil dan mulut berbuih. Setelah di periksa doktor, doktor kata aku kena mild-seizure. Sawan? Aku takda sawan kot!
Sebab hal ini, aku bercuti selama dua hari sahaja. Pulang di rumah, malam nya semasa tidur, kaki aku ditarik hingga aku jatuh ke lantai dan sejurus itu, dari bawah katil, lembaga berlidah panjang itu meluru ke arah aku dan menjilat muka aku! Jujur aku cakap, aku terkencing dan terbuang air besar serentak dek kerana takut. Perkara itu jadi sekejap saja, dan mulai hari itu, selera makan aku merudum.
Sampaikan aku dah tak takut dengan hantu tidak berkepala itu . Pergi kerja, dia bertenggek atas bumbung kereta, di tempat kerja di ada di bawah meja aku, aku mandi dia ada di luar menunggu. Aku nak makan tak selera, asyik terbau najis
Melihat wajah dan badan aku yang kurus, Abang aku bawa aku ke salah satu pusat perubatan Islam di Ipoh. Aku berubat ulang alik selama seminggu. Ustaz yang mengubat aku cakap, aku di hantar sesuatu oleh orang kerana dia dengki dan tak suka pada aku. Aku pasrah. Cukup 2 bulan lebih aku berubat, dan Alhamdulillah, aku dah pulih seratus peratus.
2 hari selepas itu, aku dapat panggilan dari Nini. 10 kali juga dia telefon aku tak angkat. Sudahnya aku angkat, dia kata mak dia tenat, nak jumpa kau. Atas nasihat abang aku, aku pun pergi. Itupun si Badrul tu yang bawakan aku ke rumahnya.
Waktu aku tiba, ramai jiran jiran yang datang membaca Yassin. Mak si Nini ketika itu meracau dan menjerit, sekali pandang aku macam terlihat kelibat jembalang tak berkepala tu di tepi mak Nini!
Tak sedap hati melihat keadaan itu, aku telefon ustaz yang memulihkan aku. Setengah jam mereka pun datang. Kira-kira 2 jam juga mereka cuba pulihkan Mak Nini yang serupa orang gila menjerit dan memaki-hamun dan ada satu ketika Nini juga terkena histeria sampai berbogel berlari dalam rumah!
Aku mengucap panjang ketika itu. Mujur ada jemaah kariah wanita yang memeluk Nini dan menutup tubuh badan Nini. Haru juga kalau dia terlepas di atas jalan raya di luar rumahnya!
Usai berubat, ustaz itu memohon supaya aku berjumpa dengan Nini, katanya Nini dan maknya ada sesuatu nak cakap pada aku.
“Izat, sebenarnya I dengan Mak yang bomohkan U! Kita orang yang hantar macam-macam pada U, I yang pergi cari mayat tanpa kepala tu, untuk syarat nak hantar pada U! Kita orang buat sebab takut U akan balas dendam, U akan hantar macam macam nanti. Maafkan kita orang! Please!“ Ujar Nini sambil menangis.
Aku gumam,terkejut dan tak sangka! Dah kenapa aku nak balas dendam? Aku menikmati kehidupan aku selepas tiada apa apa dengan Nini.
“For your info, I dah kahwin Izat, suami I dekat Sarawak, sebab tu I tak nak kahwin dengan U. Mak I bagi green light I nak keluar dengan siapa je dekat sini! I tak tahan Izat, U lain, U tak pernah sentuh I macam lelaki yang I pernah keluar! U baik. Maafkan I" Sambung Nini teresak-esak.
Aku terus meluru keluar dari rumah Nini, diikuti Badrul dari belakang. Sejak hari itu aku tak pernah ambil tahu pun pasal keluarga Nini. Cuma yang aku tahu maknya sudah meninggal dan Nini pula mengambil keputusan menamatkan nyawanya dengan meminum cecair peluntur.
Dalam hati aku memaki hamun, kau memang bodoh Nini!
Cerita Seram dari Kilang
Cerita 1.
Nota kaki- Cerita ini berlaku di salah sebuah kilang di kawasan Pelabuhan Klang.
Ani, seorang pegawai Pemeriksaan Kualiti yang baru sahaja bekerja di sini selama 4 bulan. Sudah mahir dan tahu selok-belok kilang dan juga kerjanya. Masuk bulan ke lima, dia sudah mula bekerja shift malam. Sepanjang sebulan tiada apa yang berlaku.
Untuk pengetahuan, Ani sudah dipindahkan ke bahagian Quality Inspection, sebelum ini bertukar tukar seksyen. Kerjanya mudah, periksa barang (iaitu krim muka) jika ada defect dan kerosakan yang sudah disenaraikan.
Tit! Bunyi pintu utama masuk ke tempat kerja Ani. Oh ya, pintu di situ memang mengunakan sistem access card, barang siapa yang ada kad dan tahu kata laluan saja yang boleh masuk
Tit! Sekali lagi pintu berbunyi. Ani toleh ke arah pintu. Tiada siapa pun! Ani bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah pintu. Sangkaannya mungkin pintu itu rosak. Dia mengeluarkan kad aksesnya dan meletakkan pada pengimbas.
Tit! Lampu hijau berkelip dan pintu terbuka. Melihat itu, Ani menarik nafas lega. Mungkin system hang. Fikirnya. Selang 5 minit lebih kurang, pintu sekali lagi discan.
Cepat-cepat Ani melihat ke kota TV yang ada di tepi mejanya itu. Televisyen itu merupakan live feed dari CCTV di luar pintu dan tiga lagi point kamera. Dia amati kotak televisyen itu. Tiada siapa pun depan pintu.
Tit! Tit! Kali ini dua kali bunyi dari pintu dan Ani menyorot matanya ke TV. Alangkah terkejutnya melihat di depan pintu ada lembaga berpakaian serba putih dan mukanya putih melepak! Sedang melekapkan mukanya di kamera CCTV!
Ani pengsan.
CERITA 2
Ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan Ani. Selepas kejadian yang pertama, Ani cakap dah serik hendak kerja shift malam berseorangan. Jiwanya mengambil masa hampir 2 minggu untuk pulih dari kejadian hari itu. Kali ini kejadian terjadi di warehouse. Ketika itu jam 9 malam.
Hari itu Ani habis kerja awal dan duduk melepak di situ dek kerana situ ada beberapa kawannya ada di situ. Lagipun mereka sudah berjanji untuk makan bersama sewaktu waktu rehat. Ani duduk di kerusi di hadapan pintu masuk warehouse. Kawannya yang lain pergi menapau makanan. Yang menemani Ani adalah hanya bunyi mesin dan forklift.
Dia terpandang tiba-tiba ada susuk tubuh berlari di hadapan pintu. Susuk tubuh itu berhenti! Hanifa rupanya! Hanifa memang dikenali sebagai seorang yang nakal dan gemar mengusik pekerja di situ. Suka buat prank kata orang.Tapi mereka di situ senang dengan hal Hanifa ni termasuk Ani.
"Eleh kau ni, siku kang! Takda kerja ke ha?!" Gertak Ani dan Hanifa hanya senyum.
Ani duduk di situ hampir 5 minit bersama Hanifa yang mundar-mandir di stor. Kemudian baru dia teringat, kawannya Syikin ada menyuruh dia untuk membawa beberapa form untuk diberikan pada pihak pengurusan. Memandang Ani memang kerjanya waktu pagi duduk di dalam pejabat.
Dia bingkas bangun dan menuju ke pejabat mini di warehouse itu. Jenuh dia mencari form yang ditinggalkan Syikin untuknya. Kira kira 5 minit baru terjumpa. Dia masuk ke dalam untuk mengepilkan form yang sudah ikut susunan itu.
Tiba tiba matanya terpandang di papan putih, dan dia berdiri di hadapan papan kenyataan ‘Workers ON LEAVE’
HANIFA
SEBAB--ISTERI BERSALIN.
Ligat juga otak si Ani ketika itu berfikir. Setahu dia, Hanifa ni orang Penang dan isterinya ada di sana, takkan la sekejap je balik? Tulis di papan hitam seminggu cutinya.
“Akak.. oh akak, sini la tengok saya ni,” kedengaran suara Hanifa di belakangnya. Perlahan lahan Ani berpaling.
Ketika itu Hanifa sedang meramas dan mengorek dadanya dan mengeluarkan jantung dan segala isi badan nya di hadapan Ani! Menarik-narik usus perutnya dan tersenyum melihat Ani yang sudah melopong
Ani pengsan. Sekali lagi, dan kali ini, dia serik untuk shift malam lagi! Ada teman atau tidak, dia sudah tak mahu !
CERITA 3
Hari ini aku perlu membuat penghantaran urgent. Ini kerana client sudah menyusun jadual penghantaran tengah malam ini dengan syarikat shipping di Pelabuhan Klang.
Aku Razak, pemandu lori yang sudah 6 tahun berkerja di kilang ini. Malam itu bersama driver yang lain duduk melepak di pondok keselamatan. Bersembang kosong sementara menunggu pihak production meloading barang ke dalam kontena
Jam ketika itu 11 malam. Dek kerana lapar, aku mengajak mereka yand ada untuk pergi ngeteh. Aku, Saeman dan Bob setuju untuk pergi ke kedai mamak 24 jam yang terletak di kawasan pelabuhan. Sempat aku telefon budak yang bawak forklift tu, dah siap masuk bagitahu. Dia pula bagitahu, barang tengah on the way.
Kira-kira setengah jam selepas itu, aku dapat panggilan dari budak forklift. Barang sudah siap di bawa masuk. Aku tiba di lori dan tengok tengok manalah tahu ada barang ter miss. Sambil aku memegang checklist barang, aku melihat kawasan sekeliling. Sunyi je malam tu.
Semua dah dimasukkan. Aku dan Bob menunggu Saeman. Dari tadi dah berjanji nak gerak sekali. Memandangkan memang dia pun ada trip ke Pelabuhan Klang. Dekat 10 minit kami tunggu. Telefon tak angkat. Aku nak tanyakan budak forklift, mana lah tau Saeman ada lalu lalang ke, budak itu pun dah balik. Aku ke belakang. Meninggalkan Bob di lori.
Aku merayau-rayau sekitar gudang sambil menelefon Saeman. Hendak hampir call time dah ni. Nanti bising pulak boss pagi esok bila dapat tahu kami hantar barang lewat.
‘Eh,siapa yang terbaring tu?’ Getus aku dalam hati. Rupanya itulah Saeman, terbaring di tepi pintu stor! Aku berlari mendapatkannya. Aku cuba nak gerak Saeman, tapi gagal. Mujur la badan Saeman ini kurus, dapatlah aku papah ke lori.
Tiba di lori, Bob menjerit ke arah aku supaya cepat! Dia pula dah duduk sedap-sedap dalam lori. Langsung tak bantu aku. Aku ke arah lori Bob dan naik ke atas lori, meninggalkan Saeman yang aku sandarkan di kotak besar tepi lori.
“Ape hal kau ni?“ Marah aku pada Bob. Bob hanya diam dan menjuihkan mulutnya ke depan.
Ada forklift di hadapan kami, bergerak perlahan dan dipandu oleh oleh lembaga berkain putih! Kepalanya 2 kali ganda dari saiz badannya! Muka merah dan matanya putih,memandang tepat ke arah aku.Perlahan lahan forklift itu berhenti dan sekelip mata, lembaga itu di atas bumbung forklift,dan mengilai
‘Heeeeeeeeeee,heeeeeeeeeeee’
Bob cepat cepat buka tingkap dan Azan. Aku diam seribu bahasa.Takut. Lembaga itu terapung perlahan lahan, menuju ke arah gudang belakang, sambil itu hilaiannya masih lagi kami dengar.
Sesudah itu, aku dan Bob turun dari lori mendapatkan Saeman, jenuh aku dan Bob mengejutkan Saeman, mujur dia bangun.
Yang dahsyatnya, selepas itu, aku, Bob serta Saeman serentak menuju ke Pelabuhan Klang dan tidur di tepi jalan (dalam lori) selepas penghantaran esoknya aku dan Saeman cuti. Demam! Tapi Bob juga yang bertenang, dia hanya senyum je pada aku bila aku cerita hal malam tadi dekat dia.
Cerita 4
Hujung bulan, adalah hari periksa inventory. Hari yang sibuk bagi warga production. Aku macam biasa lah bila hujung bulan macam ni, mesti aku nak overtime! Habis waktu hakiki berkerja jam 5.30 petang, aku berehat setengah jam sebelum menyambung jam 6 petang.
Kira-kira jam 7 malam, aku pergi solat Maghrib dan ketika iu kawan aku, Ahmad baru masuk syif dan dia pun ada la janji dengan aku nak tolong sama-sama dekat bahagian aku kerja tu. Alah, padahal memang kerja dia!
Ok sekarang aku nak bagi gambaran berkenaan gudang yang besar ni. Tingkat 1 adalah pejabat, tingkat dua adalah makmal untuk penyelidikan, quality control, research and development dan tingkat 3 barulah warehouse. Dan bangunan ni bersambung dengan bangunan sebelah, iaitu warehouse utama yang terletak di sebelahnya.
Untuk ke tingkat 3, pekerja kena la ikut laluan yang telah disediakan. Tak boleh sesuka hati masuk makmal dan pejabat. Tangga yang disediakan cukup luas untuk pekerja guna. Malam itu, aku jenuh tunggu Ahmad, mana entah dia pergi, jadinya terpaksa la aku buat kerja seorang dahulu.
Aku naik ke tingkat 3, buka suis lampu, penghawa dingin dan kipas pengudaraan. Keluasan warehouse ni kira-kira 7 gelanggang badminton. Jadinya aku buka lampu di rak yang aku nak buat kerja je. Berjimat.
Capai telefon dan aku pasang lagu kegemaran aku. Bernyanyi kecil aku. Aku memulakan pengiraan stok dari rak ke rak.Tiba di rak hujung aku terpandang Ahmad berdiri sedang mengira. Dalam hati aku marah pun ada, datang tak ajak!
Aku menghampiri Ahmad. Saat aku tiba ke arahnya baru aku terfikir, takkan la dia buat kerja dalam keadaan warehouse gelap gelita? Aku yang buka semua suis. Semasa aku sedang mencongak perkara itu dalam kotak fikiran, Ahmad berpaling megadap aku.
Mukanya kosong!! Yang ada cuma aliran darah yang banyak keluar dari permukaan mukanya!.Aku membuka langkah seribu sambil mulut aku menjerit sekuat hati!
Setibanya aku di bawah baru aku terjumpa Ahmad yang sebenar. Aku cakap pada dia aku tak jadi nak overtime dan suruh dia cari replacement. Esoknya baru cerita hal yang terjadi pada Ahmad dan sejak hari tu, Ahmad dan aku akan bersama-sama naik ke warehouse tingkat 3 kalau ditakdirkan kena kerja sekali.
Cerita 5
Kejadian ini berlaku semasa tahun 2003, berlaku pada pengawal keselamatan berbangsa India ketika itu. Semasa itu bangunan di belah belakang baru saja siap dalam tiga bulan dan masih tidak digunakan lagi. Masih dalam proses pemindahan barang.Ianya melibatkan mesin mesin pembuatan yang besar, jadi kerja memunggah memakan masa.
Sewaktu dia meronda kira kira jam 2 pagi, dia melalui kawasan tangki air yang dikatakan angker juga oleh pekerja dan juga pengawal keselamatan yang lain. Cuma yang sorang ni kurang percaya. Semasa dia meronda, ternampak ada kain tersangkut di atas tangki air.
Cepat-cepat dia menyuluh dengan lampu picit. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri kain yang tersangkut itu. Kira kira 20 meter, kain itu tiba-tiba bergerak sendiri dan terbang ke arahnya!
Di depannya tercongok lembaga yang mukanya berkedut seribu, berbaju usang, compang-camping dan berbadan bongkok berdiri di hadapannya. Kejadian itu membuatkan si pengawal itu sawan.Dan keesokkan harinya dia meletakkan jawatan.
TAMAT
============================
Suntingan: KamenRIder
AANRC, Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog atau page anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment