POLISI HAK MILIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami di AAN, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua followers yang tidak lekang menyokong kami dan karya-karya yang dipersembahkan untuk tatapan anda. Seiring dengan objektif kami untuk membina fanbase untuk barisan penulis yang sedia ada, juga menyediakan platform untuk anda mengikuti perkembangan penulis-penulis baru di sini.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, kami maklum bahawa ada 'makhluk' tertentu yang telah melakukan plagiat (copy and paste) terhadap beberapa karya yang terdapat di page ini, dan mungkin juga dari page lain, untuk benefit diri sendiri, tanpa kredit kepada penulis asal. Sebagai tindakbalas, kami telah mengenalpasti identiti yang dimaksudkan, dan sebulat suara untuk ban dari page ini.
Sehubungan dengan itu, kami di AAN mengalu-alukan kedatangan anda untuk menikmati 'juadah' karya di sini, tetapi dengan sekeras-kerasnya ingin menghalang sebarang aktiviti plagiat daripada berleluasa. Sesungguhnya, karya-karya di sini hak milik penulis. Mereka berhak terhadap setiap satu karya yang mereka hasilkan daripada titik peluh keringat dan perahan idea untuk menghasilkan karya tersebut. Tanpa plagiat, cukup memberi mesej kepada penulis-penulis bahawa karya mereka dihargai, dan eksklusif untuk anda pembaca sekalian.
Marilah membaca dengan berhemah, dan teruskan menyokong kami di Arkib Angker Negara.
Sekian,
Kurator AAN

No comments: