Showing posts with label Yunk Tipah. Show all posts
Showing posts with label Yunk Tipah. Show all posts

Monday, 29 January 2018

NAFSU - YUnk TiPah


NAFSU
Karya YUnk TiPah
===============


Pangkat dan wang ringgit sangat bermaharajalela buat generasi kini. Wawasan 2020, adakah kita masih seperti ini ataupun berada di takuk yang sama? Melepaskan pesalah yang mempunyai dua ciri ini asalkan poket mereka yang terlibat sentiasa terisi dengan rasuah.

“Rosaknya negara kerana rosaknya penguasa. Rosaknya penguasa kerana rosaknya ulama. Dan, rosaknya ulama kerana rosaknya hakim." - Imam Al-Ghazali

*****

Fitri merupakan seorang anak tunggal usahawan yang berjaya. Dato’ Alif Yahya Bin Zakaria, siapa sahaja yang tidak kenal dengan nama besar ini. Beliau sering kali digosipkan dengan seorang maknyah bernama Senjut. Gemar memuat naik video di ‘Facebook’ dengan menunjukkan koleksi-koleksi yang bernilai puluhan dan ratusan ribu. Riak sungguh makhluk yang bernama manusia ini bila diberi rezeki lebih. Segala saman, denda tidak membayar cukai dan apa sahaja kesalahan diselesaikan dengan merasuah sesetengah pegawai yang hanya menggoyangkan perut untuk diisi. Isterinya bernama Suzy. Wanita cantik ini merupakan wanita dari Australia. Mereka bercinta ketika sama-sama belajar di sana. Di mana dia? Masih setia disamping suami tercinta.

*****

"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam untuk mengumpul harta kerana takut miskin. Maka dialah orang miskin." - Imam Al-Ghazali

Anda semua pernah melihat Filem Anakku Sazali? Tidak perlu diterangkan lagi bagaimana Fitri ini dibesarkan. Hampir 99.99% sama. Bagi Dato’ Alif duitlah penyelesaian dan kebahagiaan untuk anaknya. Kesilapannya tidak dapat diubah lagi. Masa tidak akan berpusing semula.Fitri merupakan seorang pesalah yang sangat digeruni tetapi tetap dilindungi.

*****

Anda semua sudah baca biodata aku bukan?. Ya… Aku Fitri. Hidupku dilanda kebosanan. Kawan-kawan yang banyak mengajak aku menjadi tahi dadah. Duit aku banyak berkepok-kepok. Jadi tidak menjadi satu masalah sekiranya aku nak payung rakan-rakanku. Aku mengalami stress yang maha dahsyat. Perempuan yang mendekati aku semuanya adalah kerana aku mempunyai wang yang banyak dan juga pakej wajah aku yang ‘flawless’. Bawalah aku kemana sahaja kedai mewah, semua akanku bayar. Tetapi sampai bila? Umurku kian mencecah 29 tahun. Aku berkeinginan untuk mempunyai sebuah keluarga seperti orang lain. Tetapi semua rakan dan wanita murahan ini hanya mempergunakan aku demi wang ringgit semata-mata. Aku nampak sempurna di mata orang, tetapi hati aku ini siapa yang tahu. Kasih sayang tidak pernah membelai aku sejak aku masih kecil lagi.

“Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu” - Imam Syafie

Ayah sering mengabaikan aku. Villa tempat kami tinggal ini pula penuh dengan kemaksiatan. Ada masanya Ayah membawa pasangan. Kadang-kadang giliran aku. Pernah satu malam ni aku membawa seorang wanita murahan pulang ke villa. Sedang dia sibuk menggoda aku dengan menari ghairah, aku membaringkannya. Lantas aku ikat dia di atas katil dan memukul kepalanya hingga pengsan dengan menggunakan botol minuman keras. Ketika dia sedar dia melihat aku sedang menjamah daging mentah, tapi lagakku seperti memakan ‘lamb chop’ dengan penuh gaya, kutleri tersusun kemas di kiri kanan ku. Biasalah, orang kaya perlulah makan dengan beradab.

“Aduh, terasa daging bahagian lengannya pahit. Mungkin dia lupa memakai deodoran. Silap aku juga mengambil dagingnya yang berhampiran ketiak.” Bisik hatiku.

Wanita itu menjerit. Menggelepar sakit, menyedari sebongkah besar dagingnya di lengan hilang dilapahku.

Lalu aku mengambil pisau pemotong daging dan menghiris pula bahagian peha.

ZAPPP, ZUPPPPP, ZAPPPP…

Tajam pisau yang aku gunakan untuk menghiris daging wanita tersebut.

“Tak perlu kau menjerit. Tak akan ada siapa pun yang akan dengar. Aku sudah memotong lidah kau awal tadi. Ini, nampak tak?” Aku tunjukkan seketul lidah yang di cucuk dengan garfu di depan matanya. 

Hehhh… sukanya aku melihat air mata dan darah yang memenuhi ruang bilik ni. Aku gemar memakan daging mentah. ‘Fresh’ kata orang putih.


“Umghhk…. Eghhhkk….” Wanita itu cuba berinteraksi. 

“Diam la sayang. Diam. Kau tak nampakkah yang aku sedang menjamu selera ni? Tidak sopan la bercakap ketika makan. Etika makan mana? Di pub bukan main lagi kau control ayu. Sekarang sudah mula tunjuk belang ya.” Aku menjawab jeritan lemah perempuan itu.


“Jangan risau sayang, aku tak akan bunuh kau. Sebelum ini aku pernah terbaca yang daging manusia adalah yang paling enak di antara segala jenis daging dan sememangnya itu betul. Hahahaha.” Aku kegirangan.

“Ya… Aku exotic food hunter. Ianya bermula setelah aku sertai kelab ‘exotic eater’ ketika menyambung pelajaran di China. Segala macam makanan aku makan. Daging anjing, daging katak, otak monyet, aku makan hidup-hidup. Tapi aku tak pernah rasa puas. Pada hari ini entah bagaimana rasa untuk mencuba makan kau tu datang. Aku tak tahu. Cuma bila kau cakap ‘taste my body’ sambil berlenggok-lenggok membuatkan aku rasa membuak-buak nak makan kau. Dear, this is the best fresh meat ever. Thank you for your kindness. Hihiiiii…”

“Hemm… Makanan pun aku sudah habiskan. Esok aku datang semula ya. Jangan mati dulu, I’m still not satisfied with the taste of your body.” Aku cium pipi dan belai rambutnya yang karat lagi kasar itu untuk memberi kekuatan dia hidup sehingga esok. Boleh la aku menjamah lagi. 

“Hemmm… Sweet dreams, dear.” Aku melangkah pergi. Sebagai seorang lelaki yang budiman, aku menutup lampu supaya tidurnya lena.


Keesokan paginya aku datang menjenguk kekasihku. 

“Shit! Mati dah. Kenapa kau kejam sangat ni. Aku nak makan hidup-hidup. Bukan bangkai!!! Kau faham tak?? Wanita murahan tak guna!!” Aku capai pisau pemotong daging dan tikam sepuas hati aku. 

Kcakkk!! Prakkk!! Kriueekkk!! 

“Nak mampus sangat kan? Aku dah pesan jangan mati lagi.” Aku ambil perakam suara dan memulakan rakaman. Sambil tu aku ambil gergaji mesin dan kerat 16 seperti ayam di pasar. 

Trrrrrrr…. Krak… Trrrrr…. Krakkk… 

Begitulah bunyi bila mesin bertemu daging dan tulang. Tersangat syahdu ku dengar. Selepas siap boleh la ku gubah menjadi ‘remix song’.


Aku capai telefon bimbitku dan mencari nama ‘Papaku Taguna’. Punat call ditekan. 

“Hello ayah, please clean my second bedroom. There this big, filthy carsass that needs to be disposed of. As usual keyh.” 

Lihat? Ayahku pun sudah biasa. Ini kali ketiga aku membunuh orang. Dua orang sebelumnya kerana aku geram. Berlaku dua bulan yang lepas. Mungkin salah aku tidak menelek dengan teliti jantinanya. Susudah sampai sahaja di bilik aku mereka berdua bergoyang inul sehingga terlihat jelas sesuatu yang aku sendiri ada. Aku halau tapi lagi dia menggoda. Aku bukan seperti ayah yang semua spesies dicuba. Lalu tikaman yang aku balas untuk kegedikan mereka. Puas hati aku.


Dari bilik utama aku melihat orang suruhan ayah membersihkan bangkai. Polis juga kelihatan berada di bilik itu. Barangkali untuk membantu menghilangkan 100% kesan-kesan pembunuhan yang ada. Selepas selesai aku lihat ayahku memberi sebuku duit pada setiap yang ada. Kelihatan senyuman manis meniti di bibir mereka. Manusia mana yang mahu menolak wang ringgit? Semuanya mata duitan tidak mengira halal dan haram.

Dalam masa 2 tahun aku sudah membunuh 5 orang. Yela, aku kutil daging sini sikit, sana sikit dapat la melambatkan proses mangsa-mangsa ku mati. Dengan merujuk filem Guinea Pig aku jadi lebih bijak untuk membuatkan nyawa mereka bertahan selama beberapa hari. 

Aku cuma mencari mangsa bila aku rasa teringin sahaja. Mungkin dalam 4 atau 5 bulan baru aku mencari mangsa. Namun sehingga kini aku masih bebas atas jasa baik ayahku juga. Ya. Aku masih berjalan bebas di sekililing anda semua. Hahahhaa….


*****

Aku, Fitri Bin Dato’ Alif Yahya berharap satu hari nanti sinar kebahagiaan mampu merubah tabiat dan hidup aku. Membuang kisah silam yang amat gelap ini. Berilah sinar cahayamu menerangi kegelapanku…

“Hadirlah kasih
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta
Hadir dalam hidupku

Dalam perjalananku
Masih jauh harusku tuju
Aku mencari-cari cinta
Cinta yang tulus dan sejati

Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati

Harus aku mencari
Cinta yang tulus suci
Punya segala-galanya
Apa yang aku impikan

Kalau ditakdirkan
Bertemuku denganmu
Akan kubina istana bahgia
Agar kita bersama
Kekal selamanya…”


*******

25 Januari 1998

Fitri terduduk menggigil ketakutan melihat ibunya ditikam bertubi-tubi oleh ayahnya sendiri sambil bersaksikan Aunty Senjut yang tersenyum sumbing. Fitri memeluk kedua belah lututnya menangis kerana dia sedar ibunya akan meninggalkannya.


10 minit sebelum kejadian.

Suzy: Abang, surprise! 

Alif dan Senjut cepat-cepat menutup badan mereka dengan selimut untuk membalut tubuh yang sudah tiada seurat benang. Suzy waktu itu tergamam. Lantas, dia menutup mata anaknya dari pemandangan lucah tersebut. 

Alif: Sayang… You’re early! Yesterday you told me you’ll be back at 14th February. Let me explain first. Please, don’t get mad dear.

Suzy: There's nothing more to explain, isn't it? 

Alif: Actually, I’m bisexual. Yes, woman quenched my thirst, but they can't calm down my hunger. I need. Well. I need men as well. Please understand me. I still love you. He’s just for fun. Please don’t leave me sayang.


Suzy menyeka air mata dalam ketar marah. Lantas, dia memimpin tangan Fitri dan berlalu pergi tetapi dihalang Alif.

KCAKKK!! KCAKKK!! 

Hampir 35 tikaman singgah dibadan Suzy. Suzy terbaring di dalam dakapan Alif. 

“You swear that you’ll never leave me! Have you forgotten all of your promises?”
“Senjut, tolong kurung Fitri di dalam bilik. Please call our private doctor and psychologist to calm him down.” Kata Alif.


Seorang ahli taxidermi diberi arahan untuk membaikpulih susuk tubuh mayat isterinya dan diminta untuk mengawet mayat tersebut. Satu keranda kaca ditempah khas untuk Suzy. Ala-ala Snow White memandangkan kartun animasi tersebut amat disukai Suzy. Alif sangat mencintai isterinya namun godaan Senjut padanya tidak dapat ditampung lagi. Senjut mengambil peluang kerana mengetahui kelemahan Alif yang suka pada golongan maknyah. Dengan tubuh badan yang menggiurkan dengan mudah Alif diperangkap. Alif juga dipujuk untuk mengeluarkan modal untuknya berniaga. Upah? Semestinya khidmat seks.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” – Al-Qur’an Surah An-Nur (24) : 30

2 minggu sebelum kejadian.

“Fitri sayang, Mamy don’t know when death come to fetch me. Please survive as good as you can. You only my child. I love you so much.” Satu ciuman hangat dilekapkan di dahi Fitri. 

Fitri berasa sebak. Hati kecilnya terusik dengan kata ibunya sebentar tadi. Terasa ibunya akan pergi jauh dari sisinya. Mereka bercuti di Australia di atas permintaan Fitri kerana 2 minggu lagi tarikh hari jadinya. Suzy memberitahu Fitri hendak membuat kejutan pada ayahnya memandangkan ayahnya sibuk bekerja dan tidak dapat mengikut mereka bercuti di sana.


Nota : Hargai isteri, ibu dan ayah sementara mereka masih berada di samping kita. Didiklah anak dengan penuh kasih sayang serta sisipkan ilmu agama di dalam dirinya supaya tidak menyimpang jauh. Maaf jika ada salah silap dalam apa yang dituliskan. Terutama kata-kata hikmah dan petikan ayat Al-Quran. Nama watak dan jalan cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.


-TAMAT-
====================================
Suntingan: Kucing Kelabu
Gambar: KamenRider

Karya merupakan hakcipta penulis.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

Monday, 15 January 2018

GILA - Yunk Tipah



GILA



Disclaimer: Cerpen ini mengandungi unsur bacaan yang tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur 18 tahun. Diminta kerjasama pembaca sekalian, menjaga adab ketika melontarkan komentar agar tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan isu. Kisah ini disiarkan sebagai bahan bacaan yang mengandungi nilai pengajaran dan ilmu secara umum. Terima kasih
============================

Ina, kau tau tak aku gilakan kau. Kau baik. Kau rajin tolong kawan-kawan kau. Kali pertama aku masuk ke sini kau rajin tegur aku. Kau tanya pasal anak bini aku. Kau minat dengan aku kan? Tapi kenapa manager cakap kau dah tunang disaat aku luahkan perasaan sayang pada kau dekat semua staff di sini? Lama sangat ke kau kenal dia? Kenapa tak pilih aku? Kau patut kahwin dengan aku bukan dia. Kau pun bergaji tinggi sukurangnya boleh tampung keluarga aku. Kan bagus begitu? Hahahhahaa….

Setiap detik aku lihat wajah kau. Walaupun bukan satu department, tapi aku rajin intai kau. Ada masa aku tunggu di pembahagi jalan. Untuk aku melihat kau buat pusingan U di depan dan lalu di hadapanku. Bongkaknya kau sedikit pun tidak memalingkan muka padaku. Mungkin orang kata jual mahal.

Tapi aku suka semua ni. Bertambah cinta aku pada kau. Ada masa aku sengaja memakirkan motorsikal aku bersebelahan motorsikal kau. Kadang bila tidak ada orang di situ aku belai motorsikal kau. Terasa seperti membelai kau kerana aku tahu itu memang harta kesayanganmu. Alangkah indahnya jika benar ini badanmu yang ku belai.

Saat ini kau sudah bernikah dengannya. Sampai hati ye kau meninggalkan aku. Upsss….. Terperasan sendiri pula aku seolah pernah bercinta dengan kau sayang. Tak mengapa, aku yakin kau akan cari aku sebab aku lebih berpengalaman untuk memuaskan nafsu kau di ranjang. Mustahil aku rasa kau mampu bertahan kerana suami kau masih duduk berjauhan dengan kau. Bak kata dalam page KRT orang PJJ la katakan.

Sebelum ini bila staff lain beritahu kau yang aku suka kau, kau mula larikan diri dari aku. Apatah lagi bila sudah bernikah dengan pilihan hatimu. Sedikit pun kau tak hiraukan aku. Tapi sesungguhnya aku yakin kau milikku. Kau mahukan khidmat aku. Tak apa-apa sayang. Aku akan datang padamu….. Muaacchhh~~

Hari ini kau balik lewat. Aku sorok di kawasan yang kau tidak sangka. 8 malam…… Memandangkan yang lain masih tidak kelihatan, aku memeluk kau dari belakang sambil tanganku menutup mulutmu. Aku tahu kau sering berkata pada yang lain yang aku ni busuk. Tapi hari ni aku wangi sayang. Marilah berdakap bersamaku. Marilah sayang.

Aku bawa kau di belakang bangunan di mana yang lain tidak akan nampak kita. Badan kau gebu. Aku suka sangat sayang. Nafsu aku membuak-buak. Kau terbaring di atas tanah. Tangan kau aku ikatkan di pagar atas kepalamu. Kaki sebelah kanan di tiang sini. Kaki sebelah kiri di tiang sana. Tak sangka badan kau sangat mengiurkan. Aku tutup mata dan mulut kau. Diam sayangku… Diam… Abang sedang membelaimu sayang…. Jangan buat abang marah my honey…. I LOVE YOU SAYANGKU… Mari kita bermesra.. Sayang cakap LOVE ABANG jugak? Abang tak dengarlah sayang. Lupa pula abang dah sumbat kain kat mulut sayang. Hihihiii….

Di saat aku cuba membuka butang bajumu mataku kelam secara tiba-tiba. Tukul yang ada di tepi bangunan aku capai dan ku hentakkan tepat di tangan kiriku sehingga hancur. Aku hentak dan hentak dan hentak. Aku menjerit kesakitan. Arghhhhhhh!!! Krik Kruk Krekkk bunyi tulangku dihancurkan.

Tangan kananku dengan pantas membawa haluan ke dahiku. Prakkkkk… Krukkkk…. Ktakkk… Bau hanyir darah menusuk hidungku tapi aku tak kisah sebab aku selalu berbau busuk bak katamu Ina. Kemudian kedua mataku pula menjadi mangsa. Splashhh… Shrittt….. Memancut-mancut darahku keluar. Tidak berhenti di situ, seluruh tubuhku dihenyak dengan tukul itu. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Aku ingat Tuhan pula. Nak buat jahat tak terfikir pula aku. Padan muka aku kan?

Aku terdengar suara Johari yang bekerja sebagai penjaga bangunan pejabat ini. Dia menjerit meminta aku berhentikan perbuatanku ini. Tapi apakan daya tangan kananku masih kuat menghenyak anggota badan yang lain. Aku juga terdengar suara tangisan Ina. Sayang, sayang maukan pada abang?

Hehheee… Abang yakin sebenarnya sayang menangis kerana abang cedera. Bukan sebab abang nak berasmara dengan sayang kan? Sayang suka abang belai sayang bukan? Hahahahaa… Aku ketawa seperti orang gila. Ya. Memang orang sekeliling aku gelarkan aku begitu. Tapi tidak kau Ina. Sebab itu aku sayang gila kat kau.

Tangan kananku berhenti dengan tiba-tiba apabila kedengaran siren polis. Aku terkulai layu dan tersungkur ke tanah. Aku lemah. Otakku berasa berdenyut. Kali terakhir aku sedar Cuma berasa lilitan besi di tangan kananku ini. Aku pengsan akhirnya.

Terasa sudah lama aku tidur. Secara tidak langsung aku mendengar suara lelaki tegas bunyinya. Polis mungkin. Lagaknya seperti di sekililingku terdapat doktor, polis dan keluargaku. Aku dikatakan sudah koma dan sangat mustahil untuk hidup. Kamu semua gila! Aku di sini masih mendengar. Aku sedar apa yang kamu semua katakan.

Nyawaku kamu semua mahu cabut? Hahaha. Tipu!! Tipu!!!!!! Aku terasa segala wayar di badanku dicabut. Lilitan besi juga dilepaskan. Kedengaran bunyi mesin berdekatanku…… TIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT……………

*******

*Komen*

Fiza : Ish si Typah ni. Buat cerita je mesti nak bunuh orang. Kejam betul!! Jangan buat cerita la oiiii.
PoPP_KIZS : Eee… Wat cite balas dendam je… Pangai tu mesti dok pikir cara penjahat jugak. Choi!
Unnamed : Karangan budak tadika. Boooo.
Lan : Pnjg cerpen ni cntik dah. Isi dye sy bg 5E…. X bes lgsg!!

*******

Korang kutuk crush aku ya. Susah payah dia membuat penulisan. Korang judge macam tu je. Laser je ayatnya. Tunggu kamu semua. “Wahai pendampingku, pergilah engkau mengganggu mimpi indah mereka. Jadikan mimpi ngeri sehingga mereka takut untuk melelapkan mata selamanya!”

BERSEDIAKAH ANDA WAHAI NETIZEN YANG BERASA DIRINYA SEMPURNA DAN SERING MENCARI KESALAHAN MANUSIA YANG LAIN?? JAGA-JAGA… ADA YANG MEMERHATI ANDA~

Nota: Gambar yang dipapar di media massa tolong jaga. Berjaga-jaga dengan orang sekililing. Kebanyakan wanita sebenarnya banyak alami situasi ini. Sila buat laporan polis sebelum jadi perkara yang lebih buruk. Lagi satu jaga adab ketika memberi komen. Tapi jangan la takut nak komen cerita saya. Kisah ini 30% kisah benar. 70% fiksyen. Terima kasih admin.

=============================
Suntingan Karya & Gambar : Azman Zainordin
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com

Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

Tuesday, 19 December 2017

MAN : DENDAM 2 - YUnk TiPah


Penulis : YUnk TiPah
MAN : DENDAM 2

Nama aku Man. Aku seorang jurujual yang sentiasa merantau ke setiap negeri. Setiap pelanggan aku pasti akan membeli barangan aku tanpa sebarang keraguan. Mahu tips yang berguna pada anda? Mari aku ajarkan.
Aku mendalami ilmu hitam. Berguru melalui media massa. Cuma sediakan ‘pengeras’ dapatlah apa yang dihajati. Ianya sedikit sebanyak membantu aku untuk melariskan perniagaan aku. Pada mata bos, akulah yang paling hebat mencari pelanggan dalam masa yang sama menaikkan keuntungan syarikat. Perniagaan apa? Haruslah rahsia.
Setiap malam jumaat sedang anak-anak muda sibuk membicarakan perihal “malam jumaat” dengan seronoknya, aku pula bahagia merperasapkan keris azimat yang aku terima dari tok guruku dengan asap kemenyan. Aku belai keris itu lalu menghiris sedikit hujung jariku. Darahku aku lumurkan ke setiap inci keris bersama alunan mentera-mentera dari mulutku. Kain kuning tersedia di sebelah untuk membaluti tubuh kerisku.
Satu kepuasan padaku setiap kali keris itu aku ‘manjakan’. Badanku akan berasa lebih segar selepas pemujaan pada kerisku itu. Terasa satu kuasa akan menjalar di setiap sendiku. Ahhhhhhh….. Sukar aku mahu nyatakan perasaanku. Melainkan anda cuba sendiri untuk menikmati apa yang aku rasakan. Mahukah anda?

Di satu negeri aku berkenalan dengan Farid. Keretaku rosak. Dia yang membaiki. Lama kelamaan kami menjadi rapat. Kebetulan adikku Fatin pula dapat menyambung pelajarannya di negeri itu. Aku dan sekeluarga bertandang ke rumah Farid di samping meminta sedikit pertolongan untuk melihat-lihat adikku. Farid tidak pernah meminta sebarang upah.
Setiap cuti semester Fatin akan meminta Farid untuk mengambilnya di Universiti dan menumpangkan barangannya sementara menunggu kemasukan semeter seterusnya. Farid tidak pernah membantah kerana dia terhutang budi padaku. Aku kerap membantu dari segi kewangan serta mendengar segala masalahnya dengan Ina kekasihnya.
Bulan berganti bulan. Fatin dan ibuku semakin berkenan dengan Farid. Keluarganya pun kelihatan ‘ada-ada’. Pastinya menjadi pilihan keluargaku untuk dijodohkan dengannya. Lelaki sekarang rupa sahaja ada tapi duit tak ada. Tetapi bukan Farid. Farid seorang yang bekerja keras. Walaupun baru berusia awal 20-an namun sudah mempunyai kereta dan motorsikal.
Kini, penghalangnya adalah Ina. Aku memanggil Fatin dan ibuku untuk belajar sama ilmuku ini. Cukuplah sekadar untuk Ina benci pada Farid. Setiap kali Ina dibawa Farid ke rumahku semestinya ibuku menjadi duri dalam daging. Katanya bersahaja tapi akan membawa pada pertelingkahan mereka berdua. Sengaja dilagakan. Seolah-olah Farid bercurang dengannya.
Aku sisipkan pada mereka seekor pelesit. Kelihatan mereka kerap bergaduh. Ina sering meminta putus tapi aku hairan kenapa Farid masih mahukan Ina menjadi halalnya. B*b*, g**p**g, p***m*k sering menjadi makanan telinga Farid. Telah aku pastikan yang Ina tidak pula menggunakan sebarang ilmu kotor padanya.

Hari perkahwinan mereka tetap berlangsung. Apa yang aku dapat maklumat dari pelesitku rakan-rakan Ina halangnya lari dari rumah. Mereka membantu memasang banner, melukis inai, menghias pelamin dan sebagainya. Tidak mengapa. Aku memperkuatkan lagi sihirku pada mereka.
Fatin semestinya kelihatan sugul. Aku memberi kekuatan yang Farid akan datang sendiri padanya kerana aku akan pastikan Ina tidak dapat melahirkan zuriat. Akan ku ikat rahimnya dan semestinya tidak akan merasai kepuasan ketika bersama. Aku yakin engkau sendiri Ina yang akan meminta cerai padanya.
Kasihan Farid. Gambir emas? Minyak Lintah? Viagra? Tak berfungsikan. Hahaha… Siapa suruh engkau mempermainkan hati adik aku. Walaupun tanpa sengaja. Tapi aku tidak boleh terima orang menyakiti keluargaku. Ina masih tidak berputus asa. Setiap air mata Farid disekanya dengan penuh kasih sayang. Sentiasa memberi sokongan untuk sentiasa redha dengan apa berlaku. Aku semakin mendidih kerana sihirku masih tidak mampu membuat mereka berpecah belah.

Aku sengaja membiarkan engkau merasai keguguran anak. Puas hatiku melihat engkau menangis tanpa Farid di sisi kau. Siapa suruh kau PJJ (perhubungan jarak jauh). Sakit bukan? Seperti itulah sakitnya aku melihat tangisan Fatin.
Pada satu malam sedang aku memandu kereta. Aku merasakan ada sesuatu meresap ke dalam badanku. Aku tidak mampu mengawal pergerakan tubuhku. Perjalanan yang sepatutnya menghala ke rumah bujangku teralih ke rumah ibuku.
Sesampai di sana, Ibu membuka pintu. Aku masuk tanpa berkata apa. Seusai pintu ditutup, naluri aku menjadi kebinatangan. Aku pegang tubuh ibuku lalu menolak dan menghempas dengan kuat ke lantai. Ibuku tergamam. Dia berusaha menyeru belaan yang telah aku ‘hadiahkan’ namun tidak muncul. Barangkali gentar dengan diriku. Kerambit yang sentiasa kubawa untuk pertahankan diri aku keluarkan dari poket seluar. Tanpa sebarang keraguan aku menyelar muka dan badan ibuku. ZASS!! ZUUPPP!!

Tiba-tiba Fatin keluar dari bilik. Aku terus meluru dan mengelar lehernya. Tak banyak. mungkin seinci dua dalamnya. Semestinya untuk dia berasa seksa sakaratulmaut. Aku perasan kuku mereka mencakar-cakar lantai. Menahan sakit barangkali. Kedua mereka aku robek perutnya. Aku tarik dan tarik ususnya dengan bahagia. Senyuman kepuasan terukir di bibirku.
Wah, liatnya nyawa mereka. Jeritan dan rayuan mereka seperti irama jazz di telingaku. Asyik sungguh aku mendengar dan tidak ketinggalan untuk aku meniru dan mengajuk suara mereka.

"Tolong…. Man… Man…. Abang…. Hhahahahaa…."
Badan Fatin aku ke’pakkan dan menjadi seperti lipatan. Wau! seperti orang seni. Belakang kepala bertemu buku lali. Aku ketawa bersendirian. Aku mencakar badan keduanya sehingga penuh kuku aku dengan daging dan kulit mereka. Aku pijak tubuh mereka dengan kerakusan. Sungguh syahdu mendengar irama tulang dipatahkan. PRAPPP!! KRUKK!! KRAKKK!!
Aku mencapai kerambitku semula. Lalu membelah dada mereka untuk mencari sekeping hati. Aku merodok dengan kasar. Kedua organ hati mereka di tanganku. Aku meratah mentah sehingga kenyang perutku.
Aku melihat ke dalam mata ibu dan adikku. Di dalam tubuhku ini sebenarnya hanya tangisan di setiap perlakuanku. Aku tidak kuat melihat kejadian ngeri yang dilakukan aku. Aku terduduk. Setelah itu kepala ku merasa berpinar. Aku pengsan bersama airmata.
Esoknya aku tersedar dan berharap semuanya hanya mainan tidur. Aku berada di atas katil hospital. Tanganku digari bersama besi katil. Polis menenangkan aku dan dinyatakan bahawa aku disabit kesalahan kerana membunuh.
Beberapa kali aku keluar masuk ke dalam mahkamah. Aku sedaya upaya mempertahankan diri dengan menyatakan yang aku tidak bersalah. Kataku Ina dan Farid yang bersalah. Namun bukti semua tertunding pada diriku. Pastinya syaitan dan iblis sedang bersuka ria kerana aku berjaya menemani mereka di neraka. Bukan diriku sahaja, malah ibu dan adikku. Semuanya angkara aku kerana mengharap pertolongan jin dan bukannya Tuhan yang menciptaku.
Kini aku hanya mampu menunggu arahan untuk meletakkan leher kepalaku ke tali gantung. Ibu… Fatin… Maafkan Man. Tunggu Man di sana ya.
P/S : Jangan sesekali memulakan amalan syirik dan menyekutukanNya. Sentiasa percaya Qada dan Qadar. Kita belum tahu balasan pada diri kita di dunia mahupun d sana nanti. Jika kita disakiti, mengadulah padaNya. Bukan berusaha mencari jalan untuk membalas dendam. Sesungguhnya iblis berjoget zamba dan bergoyang inul apabila kita menuruti bisikan jahatnya.
Sekian. Jumpa lagi...
Penulis : YUnk TiPah
Editor/Gambar : Shizu

*****
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

Sunday, 3 December 2017


DENDAM
Karya : YUnk TiPah


Ina merupakan seorang kerani yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang dan juga dia kerja separuh masa di tempat kerja yang lain bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Ekonomi yang agak teruk pada zaman sekarang memaksanya untuk membuat dua kerja dalam satu masa. Kerja sebagai jurujual separuh masa di kedai menjual barang kecantikan di sebuah pusat membeli belah membuatkan Ina terpaksa pulang lewat.
“Aduh…. Hari ni kena tutup lambat pulak…… Tiba-tiba ramai pulak ‘customer’ nih…” Ngomel Ina.
Majikannya meminta Ina pulang lewat sedikit kerana dia tidak cukup tangan melayan pelanggan yang memenuhi kedai mereka. Jam sudah melangkau angka 10.30 malam. Ina melambaikan tangan pada majikannya dengan senyuman yang terpaksa. Dia tidak suka balik begitu lewat kerana laluan untuk ke rumahnya sunyi setelah ditutup kerajaan untuk memaksa orang ramai lalu di jalan yang baru. Ina terpaksa menguatkan mentalnya dan melajukan motor dibawanya ketika melalui laluan sunyi itu.
“Hish…. mana datang sawang ni. Jalan luas… Kenapa muka aku rasa macam ada sarang labah-labah melekat. Ke rambut aku ni terkeluar dari tudung nih? Tapi sebelum gerak tadi takde pulak.” Ina membebel kecil sambal menguis mukanya kerana terasa ‘helaian rambut’ beralun di mukanya.
Tiba-tiba Ina rasakan tiupan angin dari arah depan bersama bauan yang sungguh wangi. Bunga melati barangkali.
“Ah sudah…. Ada pulak yang mengacau nih.” Ina mempercepatkan lagi motornya setelah tersedar dari lamunan. 
Ina sedar dia sedang diusik. Apabila sampai di rumah, Ina kalut membuka pintu. Kuncinya seakan-akan degil seperti tidak mengizinkannya masuk ke rumah.

“klik!” Lega hatinya bila dapat juga dia membuka pintu rumahnya. Mak dan ayah Ina tiada dirumah. Mereka keluar membeli makanan, terpaksa dia harungi sendirian. Dapat saja kakinya melangkah ke dalam rumah, wangian bunga melati yang mengikutnya bertukar menjadi bau hanyir seperti bau bangkai.
“DAMM!” Ina menghempaskan pintu dan duduk termenung seketika. Tidak lama selepas itu mak ayahnya pulang. Dia sedikit lega. Tidak sanggup rasanya dia duduk sendirian di rumah papan kepunyaan arwah atuknya itu.
Ina memberitahu maknya apa yang terjadi di keesokkan harinya. Mak Ina menyuruhnya berhenti kerja malam supaya perkara yang sama tidak berulang lagi. Orang tua-tua dulu kata andai sekali kena bermakna ada yang berminat. Ina mengikut arahan maknya. Dia berhenti kerja malam dengan notis 24 jam. Mujur majikannya bersetuju dan tetap akan membayar gaji selama mana dia berkerja.
Di pejabat Ina bekerja,
“Ina! Malam ni kiteorang salesman ada makan-makan kat kedai Abang Meor. Jom la join skali.” Ajak Karim. 
“Takpelah abang. Saya malas keluar malam. Cukup la sekali kena kacau.” Adu Ina pada Karim dengan reaksi muka yang sedih.
“Balik kerja nanti kamu tunggu aku ye, aku bawak seseorang yang boleh berubat. Jangan risau. Orang tu kamu kenal. Nanti jumpa dekat kedai mamak depan tu.” Kata Karim lagi meninggalkan Ina terkebil-kebil.

Loceng kedengaran menandakan waktu kerja berakhir. Helmet yang terletak di atas rak dicapai dan terus disarungkan ke kepalanya. Ina termenung seketika dan masih berkira-kira mahu jumpa Karim atau sebaliknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Kitorang ada dah kat sini. Tengah tunggu kau. Jangan terus balik pulak!”. Belum sempat Ina menjawab Karim dah menamatkan panggilan.
Ina tiada pilihan, dia terus memulas ‘throttle’ motornya menuju ke tempat yang dijanjikan.
“La… Abang Mus ke, buat saya saspen je abang Karim ni.” Jerit kecil Ina melihat Abang Mus yang merupakan pekerja di pejabat yang sama. 
“Mus, kau tolong tengok adik ni. Kot la ada apa kat dia.” Kata Karim pada Mus.
“Hmmmm… Ina, ada orang hantar benda kat kamu ni. Kamu tak sedar ke belakang badan kamu rase berat? Benda tu bertenggek di bahu kamu. Rambut mengerbang. Tua dah. Buruk rupanya.” Mus menerangkan pada Ina.

Ina kelihatan terkejut. Namun mulutnya terkunci untuk meluahkan rasa di hatinya.
“Macam ni lah. Esok malam aku datang rumah kamu. Aku tolong pagarkan rumah kamu dan tolong kamu berubat. Aku ikhlas nak tolong.” Kata Mus lagi menenangkan sedikit keresahan hati Ina. 
Karim dan Mus turut memesan pada Ina supaya pada malam ini dia perlu banyak bersabar kerana dia akan diganggu. Setelah minum dan bersembang kosong, mereka bertiga beransur pulang. Ina meminta diri dan mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka.

Malam menjelma, kata-kata Karim semalam memberi kesan pada Ina. Dia terasa seram sejuk saat dia memikirkan semula kata-katan Karim itu. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata
“Sreettt… Sreett…”
Ngilu sungguh telinga Ina mendengarnya. Hilang langsung rasa mengantuknya yang baru dia rasai tadi. Bunyi cakaran dinding papan di sisi katilnya memecah kesunyian malam. Ina masih ingat pesan mereka. Dia cuba mengabaikan bunyi tersebut.
Sekali lagi dia cuba melelapkan mata. Baru lebih kurang 30 minit Ina dibuai mimpi.

“TUP! (5 saat) TUP! (5 saat) TUP! (5 saat)……….”
Pandai pula makhluk tersebut menyakitkan hati Ina. Ina mula menyumpah di dalam hatinya kerana dia terasa sangat mengantuk. Tetapi dipaksa untuk berjaga. Bunyi tingkap biliknya pula seperti dibaling batu. Entah dari mana datangnya keberanian Ina, dia membuka tingkap dan menyumpah seranah pada yang mengganggu tidurnya.
“Aku nak tidur la gila… Kau nak main pun gi sana jauh-jauh. Kawasan ni besar kot. Aku penat. Aku nak tidur. Jangan sampai aku mencarut pulak.” Teriak Ina tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku.
Tiba-tiba Ina terlihat bungkusan ‘gula-gula’ berwarna putih lusuh di sebalik pokok besar di tepi biliknya itu. Nasibnya baik kerana pocong itu tidak muncul tepat di mukanya. Kalau tidak, entah apa yang akan terjadi padanya. Pocong atau nama manjanya gula-gula kerana berbungkus seperti gula-gula. Bunyinya manis tetapi tidak pada rupanya. Rupanye hodoh. Gelap biji matanya terperosok ke dalam tengkorak. Kulitnya bercarik-carik hingga menampakkan isi dagingnya yang lembik dan terkulai. Terdapat beratus ulat mayat bergerak-gerak di dagingnya. Ina bergegas menutup tingkapnya.
Dia berlari ke bilik mak dan ayahnya kerana sudah tidak tahan diganggu. Ayahnya Pakcik Talib tidur di ruang tamu kerana tidak mahu anaknya berasa tidak selesa. Walaupun bunyi cakaran dan bunyi guli kedengaran di atas siling, Ina tetap dapat melenakan dirinya kerana letih dengan kerjanya, tak lama kemudian Ina diganggu pula dengan makhluk tidak diundang. Mujurlah esoknya hari cuti minggu.
Kesokkan malamnya, Mus datang ke rumah Ina bersama keluarganya. Mereka sangat ramah dan sanggup membantu meringankan kerja ayahnya. Dua anaknya membantu merembas lada hitam dan garam di dalam rumah dan di sekitar. Mus pula menyediakan limau nipis dan sintok untuk Ina mandi bagi menghilangkan rasa bisa di badan. Kemudian dia ‘memagarkan’ rumah Ina.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mereka dua keluarga berkumpul di dalam rumah menikmati juadah yang disediakan keluarga Ina.
“Sebenarnya Ina, ada yang marahkan kamu atas kata-kata kamu. Jadi lepas ni berjagalah. Siapa yang buat, kamu jangan ambil tahu. Kadang orang yang paling kita percaya yang sangat-sangat bahaya. Benda tu tertanam di sebelah nuh. Dekat dengan pokok pisang. Biarkan je sebab benda tu dah tak berfungsi. Seperkara lagi. Ada saka yang nak kan kamu. Yang bau wangi tu antara salah satu petanda dia dekat dengan kamu. Kalau keturunan kamu ada saka, cubalah buang.” Terang Mus dengan panjang lebar sebelum meminta diri untuk pulang.
Dipesan juga supaya Ina mandi dengan cara yang betul dan perlu dilakukan selepas dia balik. Cara perubatan Mus serasi dengan keluarga Ina. Alhamdulillah Ina tidak lagi diganggu.
Selepas dua tahun kejadian itu.
Ina dan Farid akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ina tinggal di Perak manakala Farid di Perlis. Walaupun mereka jauh di mata namun tidak memutuskan semangat mereka untuk bersama. Pertemuan Farid dan Ina setahun yang lalu ketika berkonvoi motosikal kapcai di Perlis membuatkan Farid jatuh hati dan sanggup menunggu walaupun tahu Ina sudah berpunya ketika itu. Jodoh itu rahsia Allah. Akhirnya mereka akan bersatu tidak lama lagi.
“Sayang, sementara abang masih kat sini, dan semua persiapan kita pun dah settle, kita pergi rumah family kawan abang nak? Dia selalu datang servis keta kat abang. Nama dia Abang Man. Kadang bagi upah pun lebih dari apa yang abang mintak.” Farid memberi cadangan.
“Sayang ikut je. Lagipun baju, kelengkapan, semua dah siap. Dah alang-alang kita keluar ni boleh la kite ke sana. Lagipun Klebang tak jauh mana. Biar sayang pulak yang drive memandangkan abang asyik drive je. Dah la baru sampai dari Perlis semalam.” Ina memberikan senyuman manis pada bakal suaminya.
Sampai sahaja di sana kelihatan seorang perempuan tua dan anak perempuannya seperti menunggu ketibaan kami. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami. Terang Farid pada Ina mereka adalah keluarga Abang Man.
“Abang Man sibuk sikit. Kamu pun datang tak bagitahu makcik dulu. Tiba-tiba call kata lagi 20 minit nak datang hantar kad kahwin. Makcik suruh Fatin sediakan air teh dan gorengkan nugget. Terima kasih tolong tengokkan anak makcik ni. Kadang tolong amikkan barang dekat kolej Fatin kat Perlis tu. Terpaksa tunggu kami datang rumah pulak amik barang semua tu. Susahkan Farid dan famili pulak. Apa pun tahniah la nak kawin dah kamu. Tak sangka makcik.” Panjang lebar Makcik Kiah bercakap tanpa menghiraukan Ina. Yang dipandang hanya Farid sahaja.
“Fatin ni tak reti nak keluar sana sini. Fatin pandai masak. Fatin cantik. Fatin itu dan Fatin ini. Apa ni abang? Dari kita sampai hingga la nak balik. Pujian pada anak dia je melambung. Abang pergi tolong apa kenapa tak bagitahu Ina sebelum ni? Abang tak sedar ke makcik tu berkenan kat abang? Elok la kan pergi tolong anak dara orang? Apa lagi korang buat hah? Kalau korang nak bersama. Silakanlah. Ina tarik diri. Mudah. Abang tak payah pening fikir nak pilih sape.” Ina menghamburkan kata-kata marahnya ketika di dalam kereta sebaik sahaja sejengkal kereta dinaiki mereka meluncur dari rumah Makcik Kiah.
“Sayang tak percaya abang ke? Abang tak pernah curang. Jangan samakan abang dengan ex-ex sayang okay. Abang tak kisah la apa makcik dan Fatin tu fikir. Abang tolong sebab abang terhutang budi dengan Abang Man. Lagipun Abang tak hensem. Dari dulu takda orang nak tau. Kalau ade pun nak duit abang je. Fatin tu cantik. Mustahil la dia nak abang. Tapi abang pun pelik jugak napa sayang nak abang. Hehe… Abang rasa sayang fikir lebih sebab cemburu ni… Sudahlah. Jangan menangis ya….” Pujuk Farid setelah melihat Ina mula menggugurkan air mata. Mereka berdua bertemu mata dan tersenyum.
Hari yang ditunggu tiba. Mereka selamat diijabkabulkan. Dari jauh terdapat sepasang mata yang kelihatan tidak puas hati.
“Siaplah kau Farid. Kau buat mak dan adik aku berkenan kat kau. Kau buat baik macam kau nak kat dorang. Sekarang kau nikah dengan orang lain? Perempuan ni pun satu hal. Siap la kau. Aku sekeluarga akan buat kau merana Ina. Sampai kau akan melepaskan Farid sendiri!!!” Man mendengus lalu beredar dari majlis itu.
Tiga bulan berlalu. Ina takut bercampur gembira. Dia sudah lewat kedatangan haid selama dua minggu. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk membuat ujian air kencing menggunakan ‘pregnancy test kit’. Keputusannya +ve. Dia mengambil keputusan untuk menunggu kepulangan suaminya. Walaupun sudah berkahwin mereka mengambil keputusan untuk berjauhan dahulu sementara menunggu kewangan mereka stabil.
Sehari sebelum kepulangan Farid. Ina merasa sakit pada perutnya. Ada cecair keluar dari celahan kemaluannya. Dia dengan segera pergi ke bilik air. Ina bertenggong untuk memudahkannya melihat apa sebenarnya yang keluar.
“BLUPP…..”
Tiba-tiba gumpalan darah yang besar-besar keluar dari kemaluannya. Dia panik namun dia cuba selidik dengan harapan itu darah haid. Kata orang walaupun mengandung tak mustahil darah haid masih turun. Ina terlihat dua kantung seperti telur ikan. Ina tahu. Dia keguguran lalu menangis semahunya di dalam bilik air.
Esoknya Ina memberitahu Farid yang mungkin dia gugur namun tidak diberitahu keputusan air kencing yang dibuat sebelum ini. Sesampai sahaja dia Perak, Farid terus membawa isterinya ke hospital untuk memeriksa kesihatan Ina. Kata doktor Ina tidak mengandung. Ina terkejut. Permainan apa yang terjadi. Dia yakin ada yang tidak kena. Perut yang sakit ditahan sahaja dan dikatakan pada Farid perutnya sudah baik.
Sebulan berlalu namun Ina masih tidak keruan memikirkan apa yang terjadi. Perutnya pula kerap sakit. Pedih dan ngilu rasanya. Lebih sakit dari wanita yang menghadapi senggugut. Dia merahsiakan segalanya dari Farid kerana dia tahu Farid tidak percaya pada alam yang lagi satu. Ina dapat merasakan yang keluarga Makcik Kiah ada kaitan dengan apa yang terjadi. Begitulah hebatnya firasat seorang wanita yang seperti detektif lagaknya.
Hari minggu seperti biasa Farid pulang ke pangkuan isterinya untuk melepaskan rindu. Dia membawa Ina berjalan ke Pasar Loken untuk mencari patung Hello Kitty yang menjadi koleksi isterinya itu. Entah macam mana mereka berdua terserempak dengan Makcik Kiah dan Fatin.
“Amboi…. Lepas kahwin dah tak kenal makcik ke Farid?” Tiba-tiba Makcik Kiah menahan mereka. 
“Ni dah ada isi ke belum?” Tambah Makcik Kiah.

Farid yang tidak senang dengan soalan itu terpaksa juga menjawab yang rezeki belum ada. Muka Ina sudah berubah menahan kecewa kerana dia tahu soalan itu hanya untuk menyakitkan hatinya. Sebaik sahaja makcik Kiah mendengar jawapan Farid dia tersenyum puas lalu meleretkan matanya ke Fatin. Kedua mereka tersenyum puas. Fatin pula memandang Ina dari kepala ke kaki berulang kali. Sudahnya Farid yang sedar keadaan tegang menarik Ina dan meminta diri.
“Abang…. sayang tak sedap hati…. Sayang tau abang tak akan percaya pada firasat sayang. Tapi ada tak kena dari pandangan dorang tadi. Seolah-olah ada merancangkan sesuatu.” Ina cuba meraih kepercayaan Farid.
“Abang tau sayang….. Sayang pernah cerita kat abang tentang Abang Mus kan? Apa kata esok kat pejabat sayang tanya kat dia? Abang tak dapat nak temankan sayang. Petang ni abang kena balik Perlis. Ada kerja perlu disiapkan.” Farid memberi cadangan pada isterinya. Ina bersetuju dan mereka mula berbual kosong seperti biasa. Rindu benar Farid untuk mendengar celoteh isterinya. Esoknya Ina terserempak dengan Mus di pejabat.
“Abang Mus, hari tu saya ada terserempak dengan seseorang. Sebelum kahwin saya memang dah rasa tak kena bila berjumpa dorang untuk hantar kad. Saya risau dorang hantar benda bukan-bukan pada saya. Lagipun saya pernah gugur sebelum ni. Tapi doktor kata saya tak mengandung.” Terang Ina.
“Apa yang kamu cakapkan tu betul. Kalau boleh elakkan diri dari berjumpa dorang. Kalau nak aku tolong, tunggu suami kamu ada sekali. Dia pun terkena. Ada yang sukakan suami kamu.” Jawab Mus. Ina memberikan senyuman dan berkata yang dia akan berbincang dengan suaminya.
Hari berganti hari. Ina masih tidak menyatakan apa-apa keputusan pada Mus. Apatah lagi memberitahu pada suaminya.
“Kalau aku minta tolong Abang Mus, komfim dia cuma buangkan aje. Dia tak akan tolong balas balik. Kalau la aku ada saka yang hebat macam dalam TV tu. Bestnya, mampus korang aku kerjakan sebab buat kat aku macam-macam. Aku pun dah tak lalu asyik orang je hantar kat aku. Aku tak kenal korang. Suka hati nak bunuh kandungan aku.” Bisik Ina sendirian di dalam bilik.
Pada malamnya, dia melihat seseorang putih berpakaian hitam dan berwajah garang.
“Hai manusia. Aku saka dari keturunan datuk moyangmu. Adakah kamu ingin bantuan aku. Aku sudi melenyapkan pembunuh anak-anakmu dari muka bumi ini. Dengan syarat kamu menerima aku sebagai khadammu. Aku berjanji aku tidak akan menuntut apa-apa darimu. Andai kamu bersetuju kamu sebut sahaja di hati kamu apa keinginan kamu. Dan saat itu aku akan menjadi khadammu.” Ina terjaga dari mimpinya. Entah macam mana hati Ina menyatakan dia terlalu ingin melihat pelakunya mati terseksa dan hati mereka dirobek keluar kerana mereka tidak layak memilikinya.
*************************************************************************
Pihak polis menemui dua mayat di dalam rumah mangsa sendiri. Seorang lagi pengsan berhampiran mayat-mayat itu tapi tangan dan badannya penuh dengan darah. Pihak polis buntu kerana amat mustahil untuk ‘manusia’ melakukan kekejaman tersebut. Ngeri. Hanya itu yang terlintas di dalam akal fikiran mereka.
Mayat tersebut seperti dipatah dua. Belakang kepala bertemu buku lali. Perut pula dirobek-robek sehingga terburai isi dalamnya. Usus mangsa seperti sengaja ditarik-tarik keluar. Badan penuh dengan cakaran yang amat dalam sehingga menampakkan daging mangsa. Kuku pula pecah seperti mencakar-cakar lantai mungkin kerana tidak tahan menanggung kesakitan ketika diperlakukan begitu. Ketiga-tiga mangsa hatinya hilang. Dirobek keluar tanpa ada belas kasihan. Bau mayat amat meloyakan. Hanya bau hanyir darah yang memenuhi sekeliling rumah mangsa. Ya, darah memercik sehingga ke siling, dinding dan lantai di tempat kejadian. KEJAM!!!
“HAHAHAAAAAAAAA!!!!!!!! Puas hati aku. Aku tak pernah nak ganggu hidup korang. Tapi disebabkan korang berusaha menghancurkan rumah tangga aku, bunuh kandungan aku, aku terima kehadiran saka yang sudah lama ingin berdamping dengan aku. Aku sudah melakukan segala apa yang boleh untuk tidak menerima, namun terima kasih pada korang membuat aku lebih kuat demi menuntut kematian anak kembar aku! DENDAM AKU KINI TERBALAS!! ANAK-ANAKKU, LIHATLAH PADA HATI BUSUK MANUSIA INI. JANGANLAH KAMU MENGIKUT JEJAK MEREKA.”
“ALLAHUAKHBAR!!!!” Ina tersedar dari mimpinya. Dia mengerling jam di dinding. Baru pukul tiga pagi. Sangkaannya dia sudah terjaga selepas bermimpi sesorang berjubah yang menggelar dirinya saka. Rupanya ianya mimpi di dalam mimpi. Ina bangun dan terus mengambil wuduk untuk melakukan solat hajat dan mengucapkan syukur kerana dia masih belum menjadi ‘pembunuh’.
************************************************************************
“Berita hari ini, dua mayat telah ditemui meninggal dalam keadaan yang amat mengerikan di rumah mangsa sendiri disyaki dibunuh oleh anak lelakinya. Mangsa merupakan ibu dan adik pelaku. Namun pelaku masih bingung dan tidak membuat pengakuan atas pembunuhan terbabit……..”
HEHEHE HEHEHE HEHEEE…. Mahu sakiti saya? tunggu pembalasan anda……………….
-TAMAT-
Suntingan : Kucing Kelabu
Gambar : KamenRider

Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.