Showing posts with label Ziana Zahari. Show all posts
Showing posts with label Ziana Zahari. Show all posts

Friday, 19 January 2018

ARCA SI PSIKOPAT - Ziana Zahari


ARCA SI PSIKOPAT
Karya: @Zianazahari
======================

"DIAM!"

Bentaknya kasar sambil mencengkam rahang si mangsa .Gerudi didekatkan lagi ke arah wajah mangsanya.

Zzzrrrrrrrrr.....

Begitulah bunyi gerudi tersebut tatkala ia sedang asyik menggerudi dagu si mangsa. Kelopak mata mangsa pula telah dipinkan menggunakan pin besar. Kelopak mata tersebut dilipatkan sehingga menampakkan isi bahagian dalamnya. Mata putih si mangsa yang amat malang itu pula kelihatan merah. Uratnya berseliratan dan timbul di permukaan mata.

Topeng putih roman berwajah lelaki tersenyum lebar dibetulkan kedudukannya supaya percikan darah dari dagu dan leher si mangsa tidak terpancut ke wajah kacaknya.

Hanya linangan airmata yang bercampur darah menemani mangsa. Mulut mangsa kemudiannya dijahit silang pangkah secara paksa. Rontaan dan jeritan si mangsa langsung tidak dipedulikan. Ketangkasan lelaki tersebut lebih memonopoli keadaan.


Si mangsa juga semakin lemah dek dehidrasi dan juga kelaparan. Sengaja lelaki psiko itu menderanya dengan tidak memberinya makan.

“Aku tak mahu perutnya terisi dengan makanan, sukar untuk aku mencucinya nanti”. Itulah antara kata- kata hati lelaki psikopat yang Maha kejam itu.

Dagu yang telah berlubang besar dan masih lagi mengeluarkan darah disumbatkan dengan kain putih yang telah direndamkan dalam baldi berisi cecair alkohol. Bergegar kerusi dek tubuh yang menggelupur hebat. Kesakitannya tidak tertanggung tatkala cecair itu menyerap ke dalam isi tubuh. Merentap sensori kesakitan. Berdenyut-denyut rasanya.

Kini dagu pula disumbatkan dengan kain yang dibasahi cecair yang sama. Lelaki psikopat itu mahu membersih dan menyahkan bau hanyir darah sebelum dia memakukan papan kecil berkerawang indah. Tujuannya supaya ruang yang terpelohong itu tertutup indah!

Inikan arca teragungnya. Sudah tentu dia mahukan hasil yang terbaik nanti.

Arca manusia itu bakal dipamerkan dan dijual kepada si pembeli yang meminatinya.Sekilas, dia mengerling ke arah hadapannya. Arca-arca manusia bersusunan dengan pelbagai gaya dan ekspresi. Akan tetapi, kebanyakannya berwajah penuh trauma. Ada yang ternganga mulut, mata terbuntang penuh ngeri dan tidak kurang juga yang berwajah terkejut.

Bagi lelaki berperwatakan psikopat tersebut, itulah seni!


Berbalik semula kepada ukiran arca terbarunya kini, setelah dia memastikan lubang pada dagu dan leher telah dibersihkan sebersih- bersihnya, tukul dan paku dicapai sementara papan kecil berukiran kerawang diletakkan terlebih dahulu. Sudut kiri dan kanan papan tersebut dipaku.

Berulang kali dia mengetuk paku tersebut. Paku itu terbenam ke dalam papan serta isi mangsa. Maka terlekatlah papan kecil itu di dagu dan leher mangsa.

Kepala si mangsa telah pun terlentok. Tubuh tanpa alas itu masih lagi dikotori dengan darah. Ada darah segar dan yang kering. Semuanya bercampur.

"Kenapa aku rasa macam ada yang kurang pada arca aku ini?" Omel lelaki itu sambil memegang dagu. Liar dia mengitari jasad yang bakal diawetkan sebentar lagi.

Matanya memerhati satu persatu hasil kerjanya yang telah dilakukan tadi. Dari mata yang berpin pada kelopak mata, pandangannya turun ke bibir berjahit silang. Pandangan kemudian diturunkan lagi ke arah dagu dan leher yang telah ditutupi dengan papan kecil berkerawang.

"Ya, jantung! Tak mengapa, aku mahu jantung arca manusia yang layak di panggil patung ini kekal di tempatnya.”

Dia takkan sentuh bahagian dada dan perut seperti yang dilakukan sebelum ini. 

Syringe yang telah dilengkapi jarum suntikan dicapai. Di dalamnya ada sejenis cecair pengawet.


Arca itu kemudiannya disuntik dengan cecair pengawet itu. Setelah itu ,arca berkenaan dibiarkan selama sejam. Sejam kemudian, lelaki itu mengangkat arca yang semakin kaku. Diseretnya terus ke dinding di mana dia telah menyediakan bingkai petak besar. Terdapat ruang kosong di dalamnya.

Gergaji elektrik dihidupkan lalu dibawa mendekati paha arca. Arca seorang lelaki berambut panjang itu hanya kaku tatkala mata gergaji itu dibenamkan ke isi pahanya.

Bersemburan darah ,daging serta serpihan tulangnya ke topeng, gergaji, baju, serta dinding. Lantai pula dibanjiri dengan darah!

Satu botol besar alkohol terus dituangkan ke atas arca. Lelaki tadi mengenakan sarung tangan hitam dan terus menyapu cecair tersebut ke seluruh tubuh yang telah kaku dan keras itu. Disapu serta disental permukaan arca tersebut sehingga darah yang melekat pada tubuh tegap tersebut hilang dan tidak mempunyai sebarang kesan lagi.


Belakang tubuh si mati, telah ditanamkan tiga cangkuk besar. Arca manusia malang itu bakal digantungkan pada palang bingkai yang telah dia sediakan.

Dengan menggunakan tangga, lelaki psikopat itu terus menggantungkan arca tersebut. Dia berdiri tegak sambil melangut pada bingkai dan arca yang tergantung tanpa kedua-dua belah kaki.

Tangan arca disilangkan dan dililitkan dengan rantai besi. Hujung rantai pula terus disangkutkan pada pencangkuk di dagu dan juga lehernya. Papan yang dipaku pada dagu dan leher adalah papan yang telah direka khas untuk meletakkan tempat cangkuk atau sebarang rantai besi.

"Arca teragung aku telah pun siap!" Ujarnya penuh bangga.Tidak lama lagi bilik pameran itu bakal dibuka untuk tontonan umum!

Tetapi,sebelum itu kawasan yang sangat kotor ini perlu dibersihkan dahulu!

*******

Mata lelaki itu tertancap lama pada seorang gadis berblaus putih dan berseluar slack. Gadis itu kelihatan kagum dengan arca yang tergantung di dalam bingkai.

"Kenapa wajah patung ini sama dengan mangsa kes hilang tu?" Gadis manis itu tertanya- tanya pada dirinya sendiri. Sedang tangannya hendak menyentuh arca pelik itu,dia telah disapa oleh seseorang dari belakang. Perlakuannya itu terhenti lalu dia berpaling ke arah suara yang menyapanya. Kelihatan seorang lelaki lengkap dengan suit ala korporat sedang melangkah ke arahnya.

"Hai berminat dengan arca terbaru rekaan saya?"

"Oh! Ha’ah! Ya, saya kagum sangat- sangat dengan daya kreativiti awak, Encik Jonathan Haqeem"

"Jika awak mahu, saya boleh ciptakan arca mirip awak..." ujar lelaki kacak bertuxedo tersebut penuh makna tersirat.

"Really? Wah! Mahu!"

Lelaki itu tersenyum.

“Jom, kita keluar minum dulu. Kita bincang konsep untuk arca wajah awak nanti. Saya yakin pasti menarik.”

Gadis itu tersenyum girang dan bersetuju tanpa mengetahui bahawa keterujaannya itu bakal memerangkap dirinya. Perangkap untuk menjadikannya koleksi baru arca si lelaki psikopat!


-TAMAT-
Suntingan Gambar: Gongpal Topek
Karya ini adalah hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara. Sebarang plagiat akan diambil tindakan.
Hantarkan karya anda ke:
aanrc2017@gmail.com
Karya anda akan disunting untuk siaran di sini. Sila nyatakan link Facebook, Twitter, Instagram atau sebarang link sosial media untuk pengkreditan.

Saturday, 13 January 2018

TEMPAYAN - Ziana Zahari


TEMPAYAN
karya: Ziana Zahari

=========================

1992
“ABANG!Tolong abang! Sakit abang!” Launganpenuh azab itu, tidak sedikit pun suaminya sedar.Dia yang sedang ralit bersembang dengan rakannya Zaki,tidak menyedarisi isteri sedang bergelut dengan maut!Kepala'bidan Munah' makin rakus ‘mengerjakan’ celahan kaki Salmah yang kini, semakin lelah akibat kehilangan banyak darah. Zuriat pertamanya hancur dengan lelehan darah membanjiri lantai beralas tikar mengkuang itu.Kepala yang masih lagi kecil telah pun terpisah dari badan si comel berjantina perempuan itu.Tangan dan kaki juga terkulaipenuh darah.Bunyi berdecitkedengaran apabilamakhluk itu memamah daging uri yang telah berjaya ditariknya keluar dengan menggunakan mulutnya sahaja. Darah semakin membuak keluar, lencun membasahi kain batik, celahan betis dan juga peha Salmah. Pandangan mata Salmah semakin kabur. Tercungap- cungap cuba mengambil nafas.

“Osman, kenapa kamu tak tunggu Salmah!”Laung Mak Lehadari hujung jalan. Semakin laju langkah kaki tuanya dibawa melangkah.Dia baru sahaja mendengar perkhabaran menantunya Salmah bakal melahirkan. Sedang dalam perjalanan ke rumah mereka, dia terserempak dengan bidan Munah, lalu mereka terus beriringan ke sini. Osman dan rakannya, Zaki saling berpandanganbaru menyedari sesuatu. Bidan Munah!

“Allah!” Itulah pekikan terakhir yang terluah dari mulut Salmah sebelum tubuhnya mengejang kaku di kamar itu. Darahnya kontang! Mata terjegil tampak mengerikan pada sesiapa yang melihat.

“Salmah!” Jerit Osman kelam-kabut berlari naik ke rumah diikuti Zaki dan Mak Leha. Nun di simpang masuk ke rumah Osman, bidan Munah yang sebenarmasih lagi tercegatkaku sambil terkumat- kamit mulutnya kala mata mengitari sekeliling.

“Allahulahaillahuwalhayyumqayyum..." Bidan Munah tetap meneruskan pembacaan ayat Qursi walaupun ‘kepala terbang’ jelmaan wajahnya itumasih mengelilingi halaman rumah Osman sambil menyeringai garang.Tampang wajahnya ngeri dengan mulut yang berjelejehan darah dan berbau hanyir.

“Makkkk! Salmah mak! Salmah dah tinggalkan Osman! Anak Osman mak!” Laung Osman memangku kepala Salmah yang telah menjadi mayat ngeri itu. Mata yang terjegil telah Osman tutupkan. Di sisinya pula, kepala yangterpisah dari badan tergeletak berdarah dengan kesan robekan di seluruh tubuh kecilnya.. Zaki yang turut melihat dari belakang jugaterngadah menyaksikan cebisan-cebisan daging yang bergelimpangan mencemari tikar mengkuang yang dijadikan alas pembaringan Salmah. Bau busuk seperti bangkai menusuk ke rongga hidung, meracuni deria untuk meluahkan gelodak isi perut yang mula memulas. Kain batik Salmah lencun dengan darah, celahan kaki yang terselak dan masih lagi luas ternganga itu di banjiri darah merah. Hanyir mengisi ruang udara!

“Sudahlah tu, Man! Kamu tangisi air mata darah sekalipun, semua itutakkan dapat mengembalikan Salmah dan anak kau! Dah berkali mak pesan,jangan sesekali kau tinggalkan Salmah sendirian,dia dah sarat sangat! Macam mana kamu boleh percaya setan itu Mak Munah kamu!"

“Leha, sudahlah tu. Osman, ingatkan Allah! Tak baik meratap depan jenazah begitu, kasihan dia nak! Jangan seksa dia lagi! Dia dah cukup- cukup terseksa tu...” Bidan Munah yang sebenar munculdi muka pintu, lalu duduk bersimpuh mendepani mayat Salmah. Esak tangis Osman dipandang sayu.

‘Aku tak sangka kau makin kejam!’ Monolog Bidan Munah ketika mindanya terlukis wajah seseorang.Bidan Munah memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat- kamittidak putus berzikir.

Osman yang meratap seperti orang tidak waras makin dapat menenangkan diri namundia tetap memeluk erat jenazah isteri kesayangannya. Tangan Osman dipenuhi darah dari mulut Salmah.Darahyang tiada hentinya mengalir dari mulut wanita malang itu.

“Osman, Leha aku rasa eloklah kita percepatkan pengkebumian arwah. Janganlah kita seksa dia lagi” tegur Mak Munah sejurus bangun berdiri. Dia juga perlu membantu menguruskan jenazah wanita mangsa syaitan itu.

PUYAH menjilat- jilat bibirnya penuh bernafsu di kala telinganya menangkap suara tangisan bayi menandakan ada kelahiran baru. Walaupun ada ketikanya Puyah tidak menyamar sebagai bidan, namun dia tetap akan memuaskan nafsu syaitannya. Darah anak yang baru lahir sudah menjadi santapan kegemarannya. Penutup tempayan yang sudah lusuh itu dibukanya. Dia merenung bulan mengambang sambil menyeringai.Puyah kini mendepani segala alatan ritual penanggalan kepala. Asap dari dupa kemenyan semakin menerawang. Bersimpang- siur tangan Puyah sedang diperasapkan sambil melafazkan mantera penanggalan. Botol jernih berisi cecair kehitaman itu pula di angkat dan di perasapkanlalu di tuangkan pada tangan sehingga berjelejehan,langsung di bawanya ke sisi leher menggunakan kedua belah tangannya. Matanya agak terjegil, tangan pula mengigil hebat ketika tapak tangannya meratakan cecair tersebutdi sekitar leher.

Seketika kemudian Puyahternganga mulut menahan kesakitan apabila kulit sekitar leher mulai meregang, merekah secara perlahan. Semakin lama, rekahan itu mulai mendalamsehingga kulit dan isi makin tertanggal. Darah mulai mengalir keluar melencuni baju kedahyang tersarung di tubuh. Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan,kesakitan terasa menjalar ke seluruh tubuh. Urat di leher Puyah semakin menegang. Kepalanya terangkat ke atas, menarik isi leher sehingga terpisah dari badannya. Urat-urat bergantungan di sekeliling lehernya yang sudah terapung di udara,semakin meninggi sehingga terlihat kedua peparudan juraian usus. Kepala Puyah kini terapung, menyeringai ngeri.

***

Kampung Behor 1973.
PUYAH semakin di pulaukan dek kesilapannya itu. Kematian yang terjadi semasa dia menyambut kelahiran bayi malang itu terjadi bukan atas kerelaannya. Namun tetap saja fitnah bertebaran ke seluruh kampung mengatakan dia lah puncanya!

"Tuduhan kamu semua tidak berasas terhadapku!Aku dituduh secara melulu!Aku benar- benar kecewa!Kau, Munah!Aku adikmu! Tergamak kau mempercayai kata nista penduduk kampung! Aku bersumpah,aku akan menghantui setiap perempuan mengandung dan yang akan melahirkan!”

Bermula dari detik itu, Puyahmelarikan diri jauh ke dalam hutan di pinggir kampung. Apalah guna hidup dalam caci maki orang kampung.Puyah membulatkan tekad. Biarpun dia tidak lagi menjadi bidan kampung, namun dia akan tetap 'membidani'perempuan-perempuan yang bakal melahirkan meski pun dengan cara yang salah!

***

Hutan Kampung Behor 1994
Bidan Munah mengerling pasu berisi daun mengkuang segar yang diletakkan di bawah rumah sebelum pandangannya singgah pada juntaian daun mengkuang yang diletakkan secaratergantung di pintu masuk ke bilik tidur Khalida. Anak kepada jirannya itu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung. Wanita itu mengerang kesakitan di pembaringan. Seluruh tubuhnya lencun dicemari peluh. Hakim, suami Khalida sudah acapkali dipesan Bidan Munah agar sentiasa berwaspada di luar rumah. Berjaga-jaga jika ada sesuatu yang mencurigakan terjadi. Wanita tua itu tidak mahu sebarang kecelakaanberlaku. Dia tahu dendam Puyah,adiknya pada kampung itu dan juga dirinya masih belum terpadam.Masih tersemat kesumat di kalbu. Bidan Munah risau pertumpahan darah bakal berlaku lagi malam itu!

Nun jauh di sebuah pondok terbiar di hujung kampung,Mamat dan Ali perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian merekasetelah memastikan Puyah telah tiada. Anak tangga yang berkeriut itu diinjak satu persatu dengan degup jantung yang melantun resah. Pintu pondok itu ditolak sehingga terbuka sebelum mereka berdua melangkah masuk perlahan-lahan. Amanat BidanMunah disemat di ingatan keduanya. Puyah, perlu dihapuskan! Pondok itu tidak mempunyai bilik. Sekadar pondok kosong beratap rumbia yang telah lusuh. Bau hanyir darah menerobos masuk ke rongga hidungmereka berdua. Mamat menepuk bahu Ali perlahan,lalu jari telunjuknyadiluruskan ke satu arah.Sebuah tempayan sebesar pemeluk orang dewasa kelihatan di hujung pangkin. Di sisi tempayan itu pula tergeletak tubuh tanpa kepala milik Puyah. Ali dan Mamat menelan liur sebelum keduanya melangkah ke arah tubuh kaku itu. Kacip yang dibekalkan Bidan Munah dipegang kejap sebagai perisai sekiranya Puyah kembali ke pondok itu.

***
Kampung Behor 1994
“Teran lda! Teran! Kepala budak dah keluar ni!” Pujuk Bidan Munah sambil melihat bawah kain batik sambil tangan kirinya mengurut perut Khalida secara urutan ke bawah, supaya dipermudahkan proses kelahiran anak sulung wanita itu.Sesekali mulut Bidan Munah berzikir kepada Allah agar dipermudahkan urusan kelahiran itu. Matanya mengerling keluar. Degup jantungnya tiba-tiba berdetak kencang. Puyah ada di luar!

Puyah menyeringai dari jauh. Dia tahu kali ini dia agak sukar mahu masuk ke dalam rumah mangsa terbarunya itu. Rumah mangsa terbarunya di pagar dengan duri-duri tajam pohon mengkuang yang akan mencarik isi perutnya sekiranya dia melulu masuk. Mangsa terbarunya sudah bersedia 'menyambut'kedatangannya malam itu. Puyah merenung tajam. Pandangannya tembussehingga ke dalam rumah. Munah,sedang membantu wanita itu melahirkan. Bau manis darah terasa menggoyah nafsunya. Satu jeritan nyaring kedengaran dari dalam rumah diiringi esak tangis bayi. Puyah terbang melayang ke kiri dan kanan. Dia dahagakan darah dan isi segar! Berkumat- kamit mulut Bidan Munah membaca ayat – ayat suci quran karim. Biar Puyah pergi dari situ. Penanggal itu makin menyeringai garang, dia kepanasan! Dalam keterpaksaan, Puyah terpaksa akurmengalah.

Bidan Munah bersyukur kerana kali ini, dia dapat menyelamatkan dua nyawa dari menjadi mangsa Puyah si penanggal. Puyah kembali semula ke pondoknya. Mungkin malam ini bukan malam bertuahnya. Dia melayang masuk ke tengah rumah lalu tempayan pusaka milik Nyiang Medi, pawang yang menurunkan ilmu penanggal padanya itu di hampiri.

“Arghhhh! Tak mungkin! Apa yang harus aku buat! Macamana aku nak masuk!” Puyah gelisah, kepala terapungnya tergeleng- geleng. Dia benci bau itu! Tempayan pusaka itu terbalik melimpahkan rendaman cuka mengotori lantai kayu pondoknya.Tubuh tidak berkepalanya direnjis cecair minyak tanah. Puyah menjerit nyaring!

“Allahuakbar! Allahuakakbar!”

Bersama lafaz suci itu, Ali dan Mamat menyerbu masuk ke dalam rumah bersama api jamung. Mamat melontar kayu jamung ke badan Puyah lalu menyemaraklah api menyambar tubuh pengamal ilmu salah itu. Puyah mengaum marah! Dia cuba untuk menyelamatkan badannya namun api terlalumarak menyambartubuhnya. Ali dan Mamat bergegas keluar dari pondok itu. Jamung di tangan Ali dilontar ke dalam pondok yang telah dicurah minyak tanah. Jeritan kesakitan Puyah kedengaran sayup-sayup di sebalik bunyi gemersik api yang marak. Ali dan Mamat berpandangan sesama sendiri. Tidak menyangka dapat menewaskan makhluk puaka yang menghantui penduduk kampung sejak berpuluh tahun lamanya.

=========================
TEMPAYAN
© Ziana Zahari

Suntingan: Nur Afrah Radzi
Gambar: Wan SC

Sertai LUMBA TULIS CERPEN anjuran Arkib Angker Negara. Hantarkan kisah seram anda ke aanrc2017@gmail.com sebelum 20 Januari 2018 dan sertakan #lumbatuliscerpenaaa pada tajuk emel. Tiga cerpen terbaik akan dibukukan bersama-sama barisan penulis novel seram handalan. Hadiah misteri juga menanti anda!