Showing posts with label Tuan Muhammad Faiz. Show all posts
Showing posts with label Tuan Muhammad Faiz. Show all posts

Tuesday, 6 March 2018

RASUKAN DENDAM -Tuan Muhammad Faiz


RASUKAN DENDAM
Karya: Tuan Muhammad Faiz
===============
Kejam! Kau cukup kejam, Sofea! Aku akan pastikan kau terima dan rasa apa yang aku rasa!

Haikal berdiri di tingkat atas bangunan dan melihat ke bawah. Air matanya menitik perlahan.

"Aku tak dapat, orang lain tak patut dapat. Aku akan balas dendam!"

Tegas Haikal dan terus terjun dari tingkat 44. Senyuman terukir di bibirnya. Dan saat Haikal terhempas, senyuman masih terukir walau darahnya membasahi bumi.


"Kk..aa..u.. Mii..lliik.. ak..ku"

Haikal mati di tempat kejadian dengan senyuman yang mengerikan.


-
'Entah kenapa, malam ini aku merindukan Haikal, padahal aku sendiri minta putus dengan dia. Lagipun dia dah tak ada apa-apa. Bukan macam Hisyam; kaya, anak dato lagi,’ bisikku sambil tersenyum melihat telefon bimbit jenama I Phone pemberian Hisyam.

Papp!
"Kau kenapa duduk dekat beranda ni Sofea? Rindu Hisyam ke? Hehehe,"

sergah Maria, menepuk bahuku dari belakang.


"Hmmm... Entahlah Maria. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tiba-tiba rindukan Haikal. Kau rasa dia apa khabar sekarang?" Soalku inginkan kepastian daripada Maria.

Maria mencebik bibirnya, seolah berfikir sesuatu.

"Kau tinggalkan dia sebab harta, kan? Tapi dalam masa yang sama, kau rindukan dia? What is this nonsense, girl? Hey, wake up! Hisyam itu kan anak dato’? Buat apa kau fikirkan lagi Haikal tu? Buang masa kau je!” Kata Maria dan terus menuju ke dapur


Aku kembali termenung melihat ke arah lebuhraya. Tiba-tiba... mataku tertangkap satu lembaga hitam betul-betul di tepi lebuhraya. Tersenyum menyeringai, gigi putihnya jelas terlihat. Aku menggosokkan kedua-dua belah mataku. Ternyata, mungkin itu hanya permainan minda kerana sudah kelihatan. Mungkin kerana kepenatan, keluh Sofia dalam hati. I need a rest, Sofia bangkit dari tempat duduk dan terus ke dalam bilik. Dan di sebalik langsir, sepasang mata memerhati dengan senyuman setiap inci tubuh Sofea. Sesusuk tubuh mula menghampiri Sofia yang hampir terlelap.

"Wargh, tolong!”
Sofia menjerit terkejut ketakutan di saat tubuh itu memeluknya erat.


"Hey, jangan takut sayang. Ini I la sayang."
Senyum Hisyam melihat Sofea ketakutan


"Hey, boleh buat diam sikit tak? Bising la, apa jerit-jerit malam malam ni? I nak tido, ok?”
Maria berada di depan pintu dan terus menekan suis lampu.
Hisyam senyum melihat Sofea.


"Eh, you macam mana boleh masuk sini? Dekat rumah I pun you nak masuk ke? Tak puas jumpa petang tadi?" marah Sofea pada Hisyam.

"Hm… so dramatic. I yang bagi dia masuk. Merayu-rayu kat I. Rindu sangat katanya. Chill Sofea. Macam tak biasa, everynight is friday night,” senyum Maria meninggalkan kami berdua.

"Please Sayang. Kali ini je," rayu Hisyam lelaki hidung belang.

"No. I am so sorry. I tak da mood, maaf. I need a rest, Hisyam," tegas Sofea kepada Hisyam.

Di balik tingkap kondominium, lembaga berbaju hud terawang-awang memerhati pasangan zina dengan pandangan benci. Perlahan lembaga itu berkepul umpama asap dan menyeludup masuk melalui ruang penghawa dingin. Tepat di atas almari, kelihatan lembaga hitam memerhati sang buaya, Hisyam.

"Tolonglah sayang. I rayu sangat-sangat pada you,” Hisyam melutut, merayu inginkan belaian dari si cinta hati Sofea. Akhirnya Sofea mula mengalah.

"Please take a shower first ok. Your smell stinks!"

Sofea menyindir Hisyam sambil menutup hidung. Hisyam melompat kegirangan dan terus mengambil tuala. Lembaga hitam menembus masuk ke bilik air, tubuh Hisyam dilihat dan....


"Aarrgghhh!"

Terdengar jeritan kuat dari dalam bilik air, Sofea dan Maria bergegas untuk melihat. Hisyam menggigil kesakitan yang teramat sangat di saat lembaga hitam, Haikal cuba mengambil alih kawalan tubuhnya. Mata Hisyam tertutup rapat, gigi diketap. Senyuman mula terukir di bibir Hisyam.

"Tak ada apa-apa, Sayang. It’s ok, terkejut lipas je."
Hisyam mula bersuara dan tersenyum di hadapan cermin membuatkan Maria dan Sofea beredar ke bilik tidur semula.


Hisyam tersenyum sendiri, memakai tuala dan terus keluar dari bilik air. Genggaman tangannya dibuka, pantas pisau pemotong daging dari arah dapur terbang melayang dan melekat di tangannya. Pisau disisip di belakang tubuh, Hisyam menghampiri Maria yang sedang tidur dengan perasaan benci.

"Sebab engkau Sofea tinggalkan aku!"
Hisyam terus menghayun pisau tepat ke leher Maria. Mujur Maria yang terkejut mengelak dan terkena tangannya. Maria cuba untuk melarikan diri. Terkial-kial tangannya mencapai tombol pintu. Hisyam tersenyum menyeringai.


"Maria, malam ni kau akan mati! Angkara kau, Sofea tinggalkan aku sebab jantan keparat ni!”
Kedengaran suara Haikal dari tubuh Hisyam. Maria terkejut dan berpaling memeluk tubuh Hisyam.


"Maafkan aku. Maafkan aku, Haikal!”
Maria merayu-rayu kepada Haikal.


Hisyam tersenyum dan terus menetak leher Maria. Kepala Maria dicabut, dan dicampakkan ke bawah. Hisyam tersenyum sinis memerhati pintu bilik Sofea. Perlahan Hisyam merapati Sofea yang menunggu. Pelukan Hisyam dibalas rengekan manja Sofea. Terasa sejuk tubuh Hisyam, bisik Sofea dalam hati. Pisau pemotong daging dikeluarkan perlahan, saat Sofea terlentang. Saat itulah Hisyam, menikam tepat paha kiri Sofea.

"Aarrggh... Apa yang you buat ni!"

Sofea meraung kesakitan yang teramat sangat


Hisyam berdiri tegak dan memusingkan tubuhnya ke arah Sofea. Wajah Hisyam tiba-tiba berubah menjadi Haikal dengan senyuman yang menyeringai.

"Aku tak dapat kau. Tak ada siapa yang patut jadi milik kau. KAU MILIKKU!" Jerit Haikal sambil menghayun pisau pemotong daging pada paha kanan Sofea tanpa belas kasihan.

"Sebab kau aku mati, sebab kau aku mati, sebab kau aku hancur, semua sebab kau Sofea!"
Pisau pemotong daging di tarik laju dan terus ke tangan kiri Sofea.

Sofea menggelitik seumpama ayam yang disembelih


"Sakit tak? Tak cukup sakit tu. Aku lagi sakit!"

Hisyam terus menikam tepat di tengah tengah perut Sofea.


Nafas Sofea turun naik. Menahan seksa tikaman demi tikaman dari Hisyam. Hisyam terus membelah perut Sofea perlahan-lahan. Sofea meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak. Perlahan-lahan, Haikal keluar dari tubuh Hisyam dan terus menghilang. Meninggalkan Hisyam dengan hukuman dunia yang bakal diterima kelak.

- -
"Wow, that guy so hot!" 

Kata Sofea melihat ke arah Hisyam yang baru melangkah masuk ke kelab malam.


"Eii, itu anak dato’ Shah. Kaya harta berjuta,” Maria tersenyum melihat Sofea yang tergoda pada Hisyam.

Perlahan Maria mendekati Hisyam. "Hey, how about that girl?"

Soal Maria pada Hisyam. Hisyam melihat Sofea yang sedang asyik menari.


"Wow.. Sexy lady. How much?"

"This type A. Expensive around RM1,500 per night" bisik Maria kepada Hisyam. Hisyam mengeluarkan RM5,000 dari poketnya dan terus beri kepada Maria.

"I want this girl for two months. Next payment just inform me earlier."
Hisyam menghampiri Sofea dan terus merangkul Sofea. Sofea layu di pangkuan Hisyam. Sofea dan Hisyam gembira menari dalam kelab hiburan.


Kupu kupu malam tidak berhenti berehat asalkan ia dapat apa yang dihajati iaitu harta kekayaan. Allah SWT melarang untuk kita bergaul bebas sesama lelaki dan wanita. Mengharamkan arak kerana ia berupaya menggalakkan zina. Seperti dalam firman Allah SWT dalam QS. Al-Isra’ ayat 32 yang berbunyi:

Artinya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.”


============
Suntingan: Ahmad Rusydi 
Gambar:

Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan

Monday, 22 January 2018

SENYUM - Tuan Muhammad Faiz


SENYUM

===============

Aiman tersenyum melihat ayahnya yang sedang bertarung nyawa. Norman tersandar di almari buku, darah laju mengalir dari luka tusukan pisau tepat di dadanya. Pandangannya mula kelihatan samar-samar. Pisau di ambil Aiman, mata Aiman serba kehitaman dan memandang Norman dengan perasaan yang gembira. Satu libasan terakhir tepat mengenai leher Norman. Kepala Norman terkulai layu. Darah merah pekat membasahi ruang tamu.

"Ye dah mati... Ye dah mati..."
Aiman tersenyum sambil melompat kegirangan.


*****

"Aiman ni bodoh ke? Berapa kali abah ajar, jangan buat apa yang abah tak suka boleh tak!" tegas Norman dan mengheret Aiman ke dalam bilik.

Tali pinggang di lilit separuh, satu libasan tepat singgah di tubuh anak kecil yang meraung kesakitan. Tangisan yang kuat membuatkan Norman menyumbat baju ke dalam mulut Aiman. Rotan buluh di hayun sekuat hati dan adakalanya penampar hinggap di muka Aiman. Nasha tersenyum sinis melihat penderaan Norman terhadap anaknya itu.


"Sayang, dah la tu. Tinggalkan Aiman tu, nanti pandai-pandai la dia nak hidup. Lagi pun arwah isteri you kan pernah ajar dia" kata Nasha menarik tangan Norman meninggalkan Aiman separuh nyawa dalam kesakitan.

"Abah tahu balik nanti kemas rumah! Anak tak guna!" jerit Norman meninggalkan Aiman yang terbaring kesakitan.


Aiman cuba menarik nafas tapi atas pukulan Abahnya tepat di leher. Keadaan untuk menarik nafas teramat lah susah. Aiman merangkak perlahan lahan. Tiba tiba... 

Kelihatan tangan menghulur bantuan dari celahan bilik simpanan barang. Aiman tersenyum.


*****

"Aiman! Tahu merayap je kau ni. Kau kat mana? Aku dapat siap" Jerit Norman memandang ke tingkat atas mencari Aiman.

Norman mencari Aiman di bilik arwah isterinya. Jelas terlihat Aiman terlena kepenatan. Norman menjadi berang, satu tamparan tepat ke pipi mengejutkan Aiman dari tidur.

"Kau tidur lagi. Tidur tidur tidur. Bangun kemas rumah, mak kau ada kat bawah" Kata Norman pada Aiman. Dan Aiman hanya tersenyum turun ke bawah.

Aiman turun ke bawah menyusun majalah yang bersepah. Tapi senyumannya tak pernah lekang dari wajahnya. Nasha sibuk mengusap perut sambil berkata-kata sendirian. Aiman berhenti menyusun majalah dan menghampiri Nasha yang masih memegang perut. Nasha terus menendang Aiman dan Aiman jatuh tersungkur.

"Baru puas hati aku. Kau dengan Ummi kau tu menyusahkan aku je, nasib la ummi kau dah mampus. Senang sikit kerja aku. Blah la budak sial!" herdik Nasha pada Aiman.

Aiman bangkit berdiri. Tapi seperti biasa dengan wajahnya yang terukir senyuman. Dilihat pada perut Nasha. Senyuman seolah-olah nampak satu hidangan yang menyelerakan. Pandangan Aiman meresahkan Nasha, tiba tiba saja bulu romanya berdiri. Nasha memanggil Norman.

"Sayang, tengok Aiman ni. Degil tak boleh diajar, orang suruh lain dia buat lain" jerit Nasha mengejutkan Norman yang tengah mandi.

Norman bingkas keluar, dicapainya rotan buluh yang diletakkan di atas almari dan turun ke bawah terus memukul Aiman tanpa belas kasihan. Tapi Aiman tetap bangun tersenyum melihat Norman. 

Tiba tiba... 

Mata putih Aiman bertukar menjadi hitam pekat secara tiba-tiba membuatkan Norman berhenti memukul. Norman mula berasa tidak sedap hati dan bertambah marah dengan senyuman yang dilemparkan oleh Aiman seolah olah memperkecilkannya. Satu tamparan kuat membuatkan Aiman tercampak ke tepi, diam tanpa kata kata.


"Saat kau akan tiba!" Kedengaran satu suara garau memarahi Norman. Tubuh kecil Aiman kelihatan terawang-awangan tersenyum melihat Norman yang tercengang. Aiman beralih pandangan pada Nasha.

"Sebab kau aku mati! Sebab kau anak aku mati!" jerit Aiman beserta suara garau. Aiman melayang laju menembusi perut Nasha yang sedang duduk di atas sofa. Kelihatan Aiman memegang janin bayi kepunyaan Nasha dan ketawa terbahak-bahak.

Nasha tercengang. Tiba-tiba darah mengalir keluar laju dari perutnya. Pandangan Nasha mula berpinar. Kali ini, Aiman melihat Norman dengan pandangan bengis. Pisau melayang tegak di hadapan Aiman. Aiman tersenyum. Aiman meniup pisau-pisau yang sedang terawang-awangan itu lantas pisau itu terbang laju tepat menusuk ke tubuh Norman. Norman tersandar di almari. Pandangannya mula kelihatan samar-samar. Pisau diambil Aiman, mata Aiman serba kehitaman melihat Norman dengan perasaan yang gembira. Satu libasan terakhir tepat mengenai leher Norman. Kepala Norman terkulai layu. Darah merah pekat membasahi ruang tamu. Aiman menghampiri Nasha yang sedang dalam kesakitan.

"Sakit tak? Sakit ke tak perempuan sundal!" jerit Aiman sambil ketawa.

Nasha hanya menangis menahan kesakitan. Nasha merangkak menuju ke dapur dan mencapai bungkusan kain kuning.

"Maafkan aku... Maafkan Aku... Laila. Aku tahu aku salah seksa anak dan diri kau. Aku guna gunakan suami kau sampai kau mati… Maafkan aku Laila" Kata Nasha mencampakkan bungkusan kuning di hadapan Aiman.

Seperti biasa Aiman hanya tersenyum. Nasha cuba merangkak ke arah bilik simpanan barang.


"Arrgghh!"

Nasha menjerit ketakutan melihat rangka Aiman di sudut bilik. Aiman tersenyum menyeringai, mata putihnya kembali bertukar hitam.

"Aiman kini bersama aku untuk menghapuskan kau perempuan murah" jerit Aiman bersuara persis Laila.

Aiman laju mencapai gergaji dalam bilik simpanan barang. Tangan dan kaki Nasha dipotong satu persatu sehingga tubuh Nasha terkulai layu. Perlahan-lahan Aiman berdiri dan di belakangnya Laila memegangnya. Laila dan Aiman tersenyum. Aiman melompat kegembiraan.

"Ye dah mati… Ye dah mati..."

Aiman dan Laila hilang dalam kegelapan malam. Nasha mati akibat sihir hitam dibuat kepada keluarga Norman sejak dulu.

*****

"Harus diingat, barang barang ini harus disimpan dalam rumah. Jangan sampai ketahuan oleh orang rumah ya" Kata Pawang hitam tersenyum pada Nasha.

"Kini kau pasti menjadi milik aku, Norman!"Senyum Nasha sambil menyambut kemas bungkusan kuning pemberian Pawang Hitam.


-TAMAT-
===============
Suntingan dan Gambar : Kucing Kelabu
Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

Sunday, 21 January 2018

FILE SCREAM HIGHER NO.3 - Tuan Muhammad Faiz


FILE SCREAM HIGHER NO.3


===============

"Blackturtle lama dah terkubur. Tak ada idea nak buat comeback?" Aku tersenyum sambil menyedut rokok John Merah.

"Aduh, malas la lepas kena kecam hari tu. Tambah pula kes kubur orang asli tu, perrgghh seram bhai. Awek aku pun bising dah dia kata tahyul. Hahaha." Aryan mengeluh sambil menghirup nescafe.

"Hahahaha. Baru kena sakat dah kecut. Wei, benda tu nak tanya khabar je. Tak payah nak seram sangat, rumah aku kan dekat je dengan kubur tu. Kau nak cabaran lagi rare tak?"

Aku tersenyum sinis seolah olah mencabar Aryan.

"Kat mana? Kes apa? Kau jangan buat gila Faiz oi. Berani tak bertempat silap silap kau pula yang mendapat"

Rengus Aryan sambil mengambil rokok John kepunyaan aku.

"Marah marah jugak. Aku pula marah ni. Tambah sakit hati pun ada. Kalau nak rokok, minta. Sepak kang hahaha"

Aku ketawa melihat Aryan yang tersipu malu

Aryan dan aku sahabat baik sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Hobi pun sama melibatkan hal mistik tapi aku lebih teruja dengan dunia mistik. Aryan hanya mencuba bakat untuk publish karya di Fiksyen Shasha. Hasilnya, awek si Aryan, Aishah sendiri suruh berhenti menjadi penulis kisah mistik memandangkan katanya tahyul. Tahyul? Ye ke? Syaitan dan iblis itu memang wujud pun, cuma menyamarkan diri dalam bentuk yang menakutkan.

Aku pertama kali berjumpa makhluk halus paling pelik dan tak tahu nak beri nama apa. Kepala ikan, badan manusia, bersisik tambah warna oren. Gila kelakar, tapi dalam kelakar makhluk halus itu masih lagi tetap wujud. Terima lah karya terbaru dari East aka Tuan Muhammad Faiz

*****

"Arrgghhh... Lepaskan aku.. Lepaskan aku.. " 


Suhana meronta ronta minta dilepaskan dari pegangan.


Talib dan Maimon cuba menghampiri Suhana yang kerasukan akibat simpati dengan nasib anaknya.

"Jangan dekat!"

Jerit Tok Samad apabila melihat Talib dan Maimon cuba menghampiri anaknya. Maimon hanya mampu melihat Suhana yang separuh terseksa minta dilepaskan.

"Jasadnya anakmu. Tapi di dalamnya, Iblis laknatullah!"

Kata Tok Samad, Dukun Kampung yang terkenal dan dipercayai mampu mengubat penyakit berkaitan makhluk halus. 


“Hehehe… Kau pasti menjadi koleksi aku.” Bisik Tok Samad. 

Mulut Tok Samad terkumat kamit membaca mantera yang langsung tak difahami Talib dan Maimon. Tiba-tiba Suhana terdiam, tidak meronta, sebaliknya terus tersenyum melihat Tok Samad yang kusyuk membaca mantera


"Tok Samad, keluarlah dari rumah ini. Kau bukan tandingan aku!" Suhana tersenyum seakan mengejek


"Kurang ajar. Keluar kau dari tubuh budak ini dan kembalilah pada leluhurmu" Jerit Tok Samad sambil membaca mantera pasungan.


Suhana hanya tersenyum dan terus berdiri dari pembaringan. Suhana hanya melihat Tok Samad, Tiba-tiba matanya berubah menjadi putih sepenuhnya. Tubuh Tok Samad seakan terkunci. Melayang-layang tubuh Tok Samad diangkat oleh Suhana.

"Sudahku kata, engkau bukan tandingan aku dan aku bukan koleksi engkau. Dan engkau akan menjadi koleksi aku!" Jerit Suhana dengan suara garau.

Tangan kiri Suhana diangkat. Umpama magnet, tubuh Tok Samad yang melayang disedut ke telapak tangan. Sekarang nyawa Tok Samad betul-betul bagaikan telur di hujung tanduk.

Tritt... Tritt...

Tritt... Tritt…


"Wei, apasal kau call aku malam-malam buta ni. Potong stim betul kau ni. Aku baru nak habiskan cerita pasal Tok Samad. Kau nak apa Aryan?" soal aku yang bengang diganggu.

Pertanyaan aku tidak berjawab. Suasana menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran bunyian angina dari kipas bilik aku.

"Hello... Hello... Kau jangan buang masa aku boleh tak!"

Aku meninggikan suara dan terus meletakkan handphone di sisi. Aku betul-betul marah jika aku diganggu ketika aku tengah berkarya.

Tritt... Tritt...

Tritt… Tritt…


Aku yang baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi terus mencapai telefon bimbit. Tertera nama Aryan, perasaan marah mula membuak-buak.

"Kau nak apa? Malam-malam macam ni tolonglah jangan kacau aku, aku sepak kau kang" kata aku yang tidak lagi dapat membendung perasaan marah aku.

"hhzztt… Faa…iizz… Too...loonng aa...kku..."


Aku terkejut dan talian terputus. Aku cuba menghubungi kembali nombor Aryan. Risau sekiranya aku sedang di ‘prank’. Nombor Aryan tetap tak dapat dihubungi. Aku terus menghubungi Aidil untuk membantu mencari Aryan.


"Aidil, tolong wei. Aryan dalam masalah, tadi line putus-putus. Aku tak sedap hati ni, datang rumah aku sekarang boleh?" kata aku yang mula risau dengan Aryan.

"Roger bro. Tapi, kau ada cakap pasal apa-apa ke masa korang lepak tadi?"

Aku terdiam seketika. Allahuakbar

Niat bergurau, Aryan sangka betul-betul cabaran yang aku maksudkan tadi. Rumah Dr. Reza!

"Datang cepat, aku tahu dia kat mana!"

Aku terus meletakkan ‘handphone’ di atas meja dan bersiap untuk keluar rumah. Tiba-tiba...

Tritt… Tritt…

Tritt… Triit...


Peluh mula membasahi dahi, Nama Aryan tertera diskrin kaca telefon. Bulu roma aku mula meremang. Entah kenapa aku terus menjawab panggilan itu.

"Hello"

Sapaan hello tak dijawab. Kedengaran lolongan anjing dan hembusan angin di corong telephone. Aku menggigil ketakutan. Kali ini bukan fiksyen, tapi betul-betul makhluk halus. Aku terus menamatkan panggilan saat Aidil sudah pun sampai di depan rumah.

"Aidil, cepat sikit. Kita kena pergi rumah Dr Reza sekarang! Aryan kat sana!"


Aku menggesa Aidil untuk membawa motornya lebih laju berbanding biasa.


"Eh, apa gila Aryan buat kat rumah Dr Reza sorang-sorang? Rumah tu kan black area, rumah pemujaan" 


Kata Aidil dan terus memandu laju ke arah rumah Dr Reza di tepi bukit.

Terlihat motosikal berwarna merah kepunyaan Aryan di tepi semak. Aku dan Aidil masuk melalui pintu belakang. Bau busuk menusuk-nusuk rongga hidung. Aidil terasa mual dan mula muntah di sudut dinding. Aku terus mencari Aryan di setiap bilik.


"Faiz, tolong aku tolong!"

Kedengaran suara Aryan yang seakan meronta-ronta minta di lepaskan. Aku terus ke bilik hujung. Aku tergamam.

Aryan menangis menahan kesakitan. Perutnya terbelah di sisi patung beruang sebesar pemeluk. Tiba-tiba...

Patung beruang menoleh ke arah aku, terlihat taring berwarna putih. Matanya merah seperti biji saga, Aku mula ketakutan dan mengundur perlahan saat patung mula menghampiri. Tiba tiba... 

Aku terasa sepasang tangan menahan ku dari mengundur. Aku terus menoleh.


Allahuakbar!

Aidil berdiri tegak dibasahi darah pekat. Matanya hilang seolah-olah dicungkil keluar. Senyuman terukir dibibir Aidil, lidah panjang menjilat seluruh mukanya dan kemudian terjelir melihat kearahku. Kaki aku seolah-olah tak mampu untuk bergerak. Aku menangis ketakutan, tak tahu nak buat apa dan jarak patung beruang pula betul-betul sangat hampir dengan aku. Aku memejamkan mata serapat yang boleh. Terasa cengkaman kuat di leher aku. Aku dapat rasakan tubuh aku diangkat perlahan-lahan. Aku bertarung untuk bernafas. Hanya Allah SWT dalam fikiran aku masa itu. Terimbas kembali dalam fikiran aku semua kenangan lama aku dan Aryan, air mataku mengalir. Aku terasa kesakitan yang teramat sangat dan...

Aku terus terjaga dan terus membuka mata. Keadaan ketika itu sunyi sepi dan hari sudah pun siang. Katil aku basah bermandikan peluh. Aku bermimpi? Kenapa aku rasakan bagai semuanya betul-betul terjadi? Aku terus mencapai telefon bimbit dan menghubungi Aryan dan Aryan masih di rumah ketika itu dan mengajak aku makan tengahari. Aku bangkit perlahan kepenatan seolah baru lepas berlari mendaki bukit yang tinggi dan berjalan lemah menuju ke bilik air

*****

Komputer riba yang masih terbuka membelakangi aku. Perlahan lahan, tanpa aku sedari… Keyboard menaip sendiri…

'File Scream Higher No 3.’
‘Dream The Horror Typewriter'

Perlahan lahan File Scream Higher mula menghilang sendiri.
Note: Kisah benar dialami oleh East dan diubah penghujungnya kepada karya File Scream Higher. Trauma gila den beb.


-TAMAT-
===============
Suntingan dan Gambar : Kucing Kelabu
Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

Friday, 12 January 2018

ADORE THE DEVIL PART I - Tuan Muhammad Faiz


ADORE THE DEVIL PART I


“Suspek di dapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 yang membawa hukuman gantung sampai mati.”

‘Tok… Tok… Tok…’

Hakim menjatuhkan hukuman kepada Dr Reza yang ditahan melibatkan kes pembunuhan beramai-ramai. Dr Reza hanya tersenyum menyeringai dan sesekali ketawa kecil. Anggota Polis yang mengiringi pelik dengan tingkah laku Dr Reza.

********************************

Muhammad Reza atau di kenali sebagai Teja merupakan seorang Doktor Pakar yang ditahan polis atas kesalahan melakukan pembunuhan beramai ramai. Teja ditempatkan dalam penjara dan kesnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Tapi, kisahnya amat menarik untuk dirungkaikan. Katanya, dia mendapat arahan daripada Sang Pendeta, individu yang dibunuhnya untuk menyucikan dosa. Cerita itu aku dapat daripada sebuah portal di internet. Tak tahu betul atau tak, atau sebenarnya dia ni ada penyakit mental Schizophrenia. Tapi, kajian doktor menunjukkan tanda negatif memandangkan doktor itu pakcik aku.

********************************

Nama Teja terpampang di dada akhbar. Bukan setakat lokasi rumahnya yang diberitahu, malah biodata kehidupan Teja ramai yang sudah tahu. Timbul dalam hati untuk aku menyelidik rumah Teja. Aku bercadang untuk menyiasat kes Teja dalam diam, bersama Syukri dan Didi. Kami memasuki rumah Teja melalui jalan belakang yang direntang tali dilarang masuk.Tiba tiba..

"Anak bertiga buat apa kat sini?"

Aku segera menoleh untuk melihat siapa yang menegur kami. Seorang pak cik tua bertongkat tersenyum melihat kami menuruni tangga pintu belakang.

"Nama saya Daus, ini Didi dan lagi seorang tu Syukri. Kami hanya ingin melihat rumah Dr Reza untuk penyelidikan kami."

"Oh, Begitu. Pak Cik nasihatkan sebolehnya janganlah masuk ke rumah itu. Tambah pula bawa perempuan."

"Tak apa Pak Cik. Kami nak selidik kenapa Dr Reza boleh jadi macam itu."

"Pak Cik dah nasihatkan. Apa apa jadi, itu risiko kamu sendiri," kata Pak Cik Tua dan melangkah meninggalkan kami.

Aku segera mengumpil pintu belakang rumah Dr Reza. Sewaktu kami melangkah masuk, hidungku menangkap bau yang teramat busuk. Keadaan dalam rumah berselerak penuh dengan sampah, dinding di bahagian dapur penuh dengan contengan. Aku segera mengeluarkan telefon bimbit untuk menangkap beberapa gambar sebagai bukti penyelidikan kami.

"Daus, Didi. Naik atas cepat!" jerit Syukri di tingkat atas.

Kami segera ke atas, ke kamar Dr Reza. Bau hamis darah yang terlalu busuk menusuk ke hidung aku dan Didi. Didi segera berlari ke bilik air kerana tidak lalu dengan bau yang teramat busuk. Pintu bilik tidur Dr Reza di buka. Terlihat sebuah patung beruang besar pemeluk warna coklat tersenyum melihat kami. Menarik! Patung ‘Teddy Bear’ di tengah-tengah lukisan bulatan. Bila dilihat seakan-akan patung untuk pemujaan. Kesan darah terlihat di badan patung itu. Aku mulai pelik.

“Pelik betul. Kes-kes macam ni, polis tak akan tinggalkan bahan bukti. Apatah lagi kalau ada kesan darah,” bisikku dalam hati. Aku cuba mengamati patung besar di lukisan bulatan itu. Tiba tiba...

"Aaarrrgghhh...!" teriakan Didi menggamatkan suasana di dalam bilik Dr Reza.

Aku terus mendapatkan Didi yang ketakutan. Mata Didi terbeliak, tangannya menutup matanya seolah-olah baru lepas melihat sesuatu yang menakutkan.

"Aku nak balik… Tolonglah, aku nak balik!"

Terlihat air matanya mengalir. Aku tahu Didi dalam ketakutan. Aku segera mengajak Syukri dan Didi keluar dari rumah dengan segera. Kami bergegas turun dari tingkat 1.

"Nak balik dah ke?" Terdengar satu suara garau dari tingkat bawah. Langkah kami terhenti di tengah-tengah tangga apabila terlihat asap putih tebal muncul dari bawah.

‘Tap… Tap… Tap… Tap…’

Kami terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga secara perlahan-lahan. Aku dan Syukri hanya mampu terdiam. Didi dah mula menangis ketakutan. Aku terlihat di ruang legar rumah, cermin tingkap yang tidak bergerigi. Aku berlari menuju ke situ, diikuti oleh Didi dan Syukri.

"Kenapa awal sangat nak balik hehehehe?"

Suara itu membuatkan aku terus membuka tingkap dan terjun ke bawah. Arghhh!

Aku menjerit kesakitan akibat hentakan kuat di lutut. Dan aku terus melihat ke atas.

"Didi, Syukri lompat cepat!" Aku menjerit.

Syukri dan Didi melompat tapi aku nampak satu tangan yang besar dan hitam menyambut mereka. Terlihat jelas kepala makhluk dari dalam rumah memerhatikan aku yang kesakitan. Didi dan Syukri ditarik masuk ke dalam rumah. Aku merangkak menuju ke jalan. Entah kenapa, tiba-tiba, tubuhku bergerak sendiri. Aku bangkit dari merangkak dan terus meluru ke arah kereta yang bergerak laju. Dan...

Aku tersedar di hospital, seluruh tubuhku berbalut. Pak Cik yang menasihatkan kami tempoh hari ada disisi.

"Awal-awal lagi Pakcik dah cakap, jangan masuk rumah Dr Reza tu. Bahaya. Dr Reza tu penyembah syaitan, macam manalah nasib kawan kawan kamu tu."

Air mata ku mengalir, teringat pada Didi dan Syukri.

“Aku tak akan berdiam diri, aku kena cari Didi dan Syukri.” Tekad aku dalam hati. Kehilangan Didi dan Syukri terus menjadi misteri.

*******************************************

Secara tiba-tiba, Dr Reza ketawa terbahak-bahak di dalam penjara.

"Hahahahahaha!… Cukup 44… Hahahaha!"



Suntingan: Kucing Kelabu
Gambar: Gongpal Topek

Karya ini adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negera.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

Wednesday, 3 January 2018

CULIK - Tuan Muhammad Faiz


CULIK

===========================
Kedai Daging Pak Yem masih dibuka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Pak Yem tetap tersenyum, dari jauh nampak kenderaan melalui jalan yang agak tersorok dan sedikit gelap.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Joe, lambat lagi ke? Aku dah lapar ni. Nanti kalau ada nampak kedai makan, singgah la kejap. Dapat makan roti canai pun jadilah." Kata Que sambil memegang perut yang lapar.

"Yela. Kau ni dari tadi bising nak makan je. Menyampah pula ajak kau ride jauh-jauh ni. Yang belakang tu tutup, nanti orang nampak masak kita nanti." Kata Joe mengingatkan Que.

"Hidup ke dah mampus budak perempuan tu?" Soal Joe pada Que.

"Gila kau mampus. Rosaklah income kita. Kejap aku check. Haa ok je ni. Nadi berdenyut lagi. Pengsan penangan klorofom kot." Kata Que tergelak.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Que dan Joe memerhati seorang wanita comel melalui jalan sunyi berhampiran rumahnya. Sasaran mereka adalah untuk menculik dan jual di sempadan Thailand. Joe memegang stereng dengan kemas, Que meletakkan larutan klorofom pada sehelai kain. Pedal minyak di tekan laju berhampiran wanita itu, brek di tekan kuat membuat kenderaan mereka senget sedikit. Pintu van di buka laju, Que menekup kain di hidung, mulut wanita itu. Dia meronta-ronta, cuba melawan. Namun kudratnya tidak mampu melawan tenaga seorang lelaki. Akhirnya wanita itu terkulai di tangan Que.

Tubuhnya yang kaku diheret masuk kedalam van. Que melihat wanita itu penuh bernafsu, dari atas ke bawah tanpa berkedip. Syaitan mula menoda, Que mula tertewas.

"Joe, kita kendurikan budak ni dulu sebelum jual. Rugi kot, barang baik ni." Kata Que menjeling ke arah Joe.

"Ikut kau lah. Jangan buat dalam van, sekejap lagi kita singgah rumah buruk kat simpang. Lepas tu pandai-pandai kau la." Joe tersenyum melihat Que.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Wanita itu mula tersedar dari pengsan. Esakan tangis perempuan itu tidak diperdulikan, permintaan dilepaskan tidak diendah. Rasa sakit, rintihan mangsa sedikit pun tak dihiraukan. Wanita itu menjerit. Que yang berang terus saja memukulnya dengan batang paip besi yang ada dalam van.

Wanita itu pengsan dan darah mula kelihatan mengalir di dahi. Joe yang pada ketika itu sedang berehat di tempat duduk pemandu sambil memikirkan jumlah wang yang bakal mereka peroleh tak lama nanti terkejut dan terus bergegas ke tempat duduk belakang van mendapatkan wanita itu dan merasakan urat nadi. Syukur wanita itu masih hidup.

"Woi Bodoh! Apa kau buat ni bangang! Kau tahu dia aset bernilai, yang kau pergi pukul kenapa?" Soal Joe yang ternyata tidak berpuas hati dengan tindakan Que sebentar tadi. Joe terus mencengkam leher Que dengan pantas, tumbukan keras dihayun tepat ke pipi Que.

"Jangan jadi bodoh. This is our money, our asset. Kalau kau rosakkan muka dia, kau ingat ada yang nak ke?" Tegas Joe melepaskan cengkaman di leher Que.

Que terdiam, hasratnya terbantut. Tangannya pantas menggosok pipi, mengharapkan kesakitan akibat ditumbuk tadi lenyap. Pandangannya teralih pada Wanita yang telah pun dinoda. Perasaan puas terukir di wajah Que. Wanita itu pengsan diam membisu.

"Kejap lagi kita cari kedai makan yang masih bukak. Ingat, tadi kau dah tibai dia. Beli makanan sekali untuk dia, dia lapar juga tu. Mati nanti sia-sia kerja kita," kata Joe memerhatikan wanita itu. Dia kembali ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin. Perlahan-lahan van putih yang sedikit kekuningan tersebut bergerak meninggalkan kawasan sunyi itu.

Mereka bergerak ke hadapan sehingga terjumpa sebuah warung. Van diberhentikan, Que turun dan memesan nasi goreng ayam serta teh o ais. Senyum Pak Yem mula kelihatan suram, seperti ada sesuatu yang difikirkan.

"Ke mana pula Ayu tak sampai sampai lagi ni?" Ngomel Pak Yem sendirian sambil bergerak ke dapur.

"Nak, ayam habis. Kalau letak daging boleh tak?" Tanya Pak Yem dari dapur.

"Ayam habis? Boleh la daging pun." Jawab Que. Mereka berdua duduk-duduk di sebuah bangku kayu panjang sambil berbual-bual.

"Kau tengok warung ni Que. Pattern lama ni. Tengok bangku ni. Tengok meja ni. Weh air soda ni. Memang betul-betul lama ni. Atap pun dari daun rumbia. Entah-entah..."

"Entah-entah apa? Kau jangan nak mengarut la Joe. Mana ada hantu dalam dunia ni. Kalau ada pun orang macam kita. Dah. Aku tak nak dengar kau merepek lagi. Aku tengah lapar ni. Nanti tak pasal-pasal dengan nasi dengan kau aku telan." Balas Que sedikit geram. Matanya meliar ke arah dapur. Melihat Pak Yem menggoreng nasi.

Tak lama kemudian makanan mereka siap. Dua pinggan nasi goreng yang masih berwap dihidang di hadapan mereka. Joe dan Que menelan air liur. Setelah Pak Yem berlalu, mereka berdua memulakan 'serangan' ke atas makanan masing-masing. Nasi yang panas tidak dipedulikan.

Que dan Joe makan dengan lahap. Jelas terpancar kepuasan pada wajah mereka berdua. Tidak pernah dirasakan daging seenak ini. Joe memandang ke arah Pak Yem yang berada di dapur. Pak Yem seperti biasa, tersenyum melihat pelanggannya. Que membawa masuk bungkusan nasi goreng daging ke dalam van, untuk wanita itu makan.

Que tergamam saat membuka pintu van. Wanita itu hilang tiba-tiba, yang ada hanya bau haruman bunga kemboja.

Que segera mendapatkan Joe. Mereka meletakkan RM20 di atas meja dan segera bergerak ke arah van. Mereka mencari wanita itu di sekitar kawasan van. Saat Joe berpaling ke belakang untuk mencari wanita itu, warung Pak Yem hilang. Dan yang ada hanyalah kawasan kubur lama, di atas sebuah batu nesan not RM20 jelas terlihat.

Suasana sunyi sepi...

Que dan Joe saling berpandangan. Masing-masing diam seribu bahasa. Seolah-olah tak percaya dengan apa yang terjadi.

"Aaaoouuuuuu..."

Terdengar lolongan anjing entah dari mana. Seakan tersedar dari lamunan, mereka pantas masuk ke dalam van. Joe cuba menghidupkan enjin van tapi tak berhasil.

"Hihihihihiii..."

Terdengar hilai tawa wanita betul-betul diatas van mereka. Que dan Joe mula ketakutan.

"Abang Que...marilah sini hihihi." Terdengar panggilan yang amat manja di tepi pokok besar berdekatan dengan van mereka.

Que melihat ke tepi pokok besar, kelibat Pak Yem tersenyum terlihat. Dan di sisinya, Ayu duduk tersenyum memakai baju kebaya. Entah kenapa, nafsu jantannya tercabar. Que keluar dari van, berjalan laju ke arah Ayu, mencengkam dan menarik tangan Ayu. Joe yang sedang sibuk cuba menghidupkan enjin van langsung tidak sedar dengan tindakan Que.

"Arrrgghhh!!" Que menjerit ketakutan. Tangan Ayu tercabut dari jasadnya.

"Alaa.. Abang Que.. Bagilah balik tangan Ayu. Abang ni nakal la hihihi."

Que terjatuh terduduk. Ayu melayang ke atas tersenyum melihat Que yang dalam ketakutan. Tanpa Que sedari, tangan Ayu yang putus itu bergerak dan mencekik leher Que sepantas kilat. Ayu yang melayang di udara, menyambar tengkuk Que tanpa belas kasihan.

Joe tercengang dan menggigil ketakutan melihat Que terkapai-kapai dengan muka yang membiru. Akhirnya Que mati perlahan-lahan dicekik oleh Ayu.

"Ah pergi jahanam la van ni!" Joe mula naik angin. Dia mencapai batang paip besi dan turun dari van.

"Sini kau syaitan! Kalau kau berani!" Joe mencabar. Paip besi dihayun ke kiri dan kanan. Lembaga yang menyerupai Ayu terbang naik dan ghaib dari pandangan. Joe segera menuju ke arah jasad Que yang sudah tak bernyawa.

Ketika dia sedang memeriksa jasad Que, Ayu muncul semula, kali ini dia terbang menerpa ke arah Joe dan kembali ghaib. Joe terkejut. Paip besi terlepas dari genggaman. Dia berundur sedikit demi sedikit tanpa menyedari seseorang memerhatinya dengan penuh minat.

"Badan yang cantik, tegap. Sup Daging Pak Yem mesti bertambah sedap hahahaha."

Zapp!

Bilasan parang tajam tepat ke perut Joe. Joe rebah ke bumi dan Pak Yem tersenyum. Perlahan lahan Joe berkata sesuatu.

"A..ppa.. Sa..llah.. Saaa..ya?"

"Kau lupa? Hahahaha."

"Kamu berdua memang patut mati! Kau merosakkan anak aku! Kau langgar aku jatuh dalam sungai! Mati pengakhiran untuk kau! Hahahaha!"

Jerit Pak Yem dan mengeluarkan pisau tajam. Kulit Joe disiat-siat, pedih dan kesakitannya tak dapat untuk digambarkan. Bahagian betis Joe togel tanpa kulit, Pak Yem hanya ketawa. Isi peha Joe dihiris seumpama daging steak dan terus menjamahnya sedikit.

"Daging kau manis, pasti ramai yang suka hahahaha."

Selesai saja Pak Yem bercakap, Parang tajam laju singgah di leher Joe. Kepalanya terpisah dari badan. Joe dan Que mati di situ juga, daging mereka dihiris-hiris. Menjadi kecil sekecil kecilnya. Pak Yem tersenyum.

"Inilah rahsia keenakan 'Daging' Pak Yem. Mai la singgah na..."

Pak Yem tersenyum dan hilang samar-samar bersama Ayu dalam kepekatan malam.




**********************
Suntingan & Gambar : Azman Zainordin

Karya adalah hak milik penulis dan ARKIB ANGKER NEGARA.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.