Tuesday, 6 March 2018

RASUKAN DENDAM -Tuan Muhammad Faiz


RASUKAN DENDAM
Karya: Tuan Muhammad Faiz
===============
Kejam! Kau cukup kejam, Sofea! Aku akan pastikan kau terima dan rasa apa yang aku rasa!

Haikal berdiri di tingkat atas bangunan dan melihat ke bawah. Air matanya menitik perlahan.

"Aku tak dapat, orang lain tak patut dapat. Aku akan balas dendam!"

Tegas Haikal dan terus terjun dari tingkat 44. Senyuman terukir di bibirnya. Dan saat Haikal terhempas, senyuman masih terukir walau darahnya membasahi bumi.


"Kk..aa..u.. Mii..lliik.. ak..ku"

Haikal mati di tempat kejadian dengan senyuman yang mengerikan.


-
'Entah kenapa, malam ini aku merindukan Haikal, padahal aku sendiri minta putus dengan dia. Lagipun dia dah tak ada apa-apa. Bukan macam Hisyam; kaya, anak dato lagi,’ bisikku sambil tersenyum melihat telefon bimbit jenama I Phone pemberian Hisyam.

Papp!
"Kau kenapa duduk dekat beranda ni Sofea? Rindu Hisyam ke? Hehehe,"

sergah Maria, menepuk bahuku dari belakang.


"Hmmm... Entahlah Maria. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tiba-tiba rindukan Haikal. Kau rasa dia apa khabar sekarang?" Soalku inginkan kepastian daripada Maria.

Maria mencebik bibirnya, seolah berfikir sesuatu.

"Kau tinggalkan dia sebab harta, kan? Tapi dalam masa yang sama, kau rindukan dia? What is this nonsense, girl? Hey, wake up! Hisyam itu kan anak dato’? Buat apa kau fikirkan lagi Haikal tu? Buang masa kau je!” Kata Maria dan terus menuju ke dapur


Aku kembali termenung melihat ke arah lebuhraya. Tiba-tiba... mataku tertangkap satu lembaga hitam betul-betul di tepi lebuhraya. Tersenyum menyeringai, gigi putihnya jelas terlihat. Aku menggosokkan kedua-dua belah mataku. Ternyata, mungkin itu hanya permainan minda kerana sudah kelihatan. Mungkin kerana kepenatan, keluh Sofia dalam hati. I need a rest, Sofia bangkit dari tempat duduk dan terus ke dalam bilik. Dan di sebalik langsir, sepasang mata memerhati dengan senyuman setiap inci tubuh Sofea. Sesusuk tubuh mula menghampiri Sofia yang hampir terlelap.

"Wargh, tolong!”
Sofia menjerit terkejut ketakutan di saat tubuh itu memeluknya erat.


"Hey, jangan takut sayang. Ini I la sayang."
Senyum Hisyam melihat Sofea ketakutan


"Hey, boleh buat diam sikit tak? Bising la, apa jerit-jerit malam malam ni? I nak tido, ok?”
Maria berada di depan pintu dan terus menekan suis lampu.
Hisyam senyum melihat Sofea.


"Eh, you macam mana boleh masuk sini? Dekat rumah I pun you nak masuk ke? Tak puas jumpa petang tadi?" marah Sofea pada Hisyam.

"Hm… so dramatic. I yang bagi dia masuk. Merayu-rayu kat I. Rindu sangat katanya. Chill Sofea. Macam tak biasa, everynight is friday night,” senyum Maria meninggalkan kami berdua.

"Please Sayang. Kali ini je," rayu Hisyam lelaki hidung belang.

"No. I am so sorry. I tak da mood, maaf. I need a rest, Hisyam," tegas Sofea kepada Hisyam.

Di balik tingkap kondominium, lembaga berbaju hud terawang-awang memerhati pasangan zina dengan pandangan benci. Perlahan lembaga itu berkepul umpama asap dan menyeludup masuk melalui ruang penghawa dingin. Tepat di atas almari, kelihatan lembaga hitam memerhati sang buaya, Hisyam.

"Tolonglah sayang. I rayu sangat-sangat pada you,” Hisyam melutut, merayu inginkan belaian dari si cinta hati Sofea. Akhirnya Sofea mula mengalah.

"Please take a shower first ok. Your smell stinks!"

Sofea menyindir Hisyam sambil menutup hidung. Hisyam melompat kegirangan dan terus mengambil tuala. Lembaga hitam menembus masuk ke bilik air, tubuh Hisyam dilihat dan....


"Aarrgghhh!"

Terdengar jeritan kuat dari dalam bilik air, Sofea dan Maria bergegas untuk melihat. Hisyam menggigil kesakitan yang teramat sangat di saat lembaga hitam, Haikal cuba mengambil alih kawalan tubuhnya. Mata Hisyam tertutup rapat, gigi diketap. Senyuman mula terukir di bibir Hisyam.

"Tak ada apa-apa, Sayang. It’s ok, terkejut lipas je."
Hisyam mula bersuara dan tersenyum di hadapan cermin membuatkan Maria dan Sofea beredar ke bilik tidur semula.


Hisyam tersenyum sendiri, memakai tuala dan terus keluar dari bilik air. Genggaman tangannya dibuka, pantas pisau pemotong daging dari arah dapur terbang melayang dan melekat di tangannya. Pisau disisip di belakang tubuh, Hisyam menghampiri Maria yang sedang tidur dengan perasaan benci.

"Sebab engkau Sofea tinggalkan aku!"
Hisyam terus menghayun pisau tepat ke leher Maria. Mujur Maria yang terkejut mengelak dan terkena tangannya. Maria cuba untuk melarikan diri. Terkial-kial tangannya mencapai tombol pintu. Hisyam tersenyum menyeringai.


"Maria, malam ni kau akan mati! Angkara kau, Sofea tinggalkan aku sebab jantan keparat ni!”
Kedengaran suara Haikal dari tubuh Hisyam. Maria terkejut dan berpaling memeluk tubuh Hisyam.


"Maafkan aku. Maafkan aku, Haikal!”
Maria merayu-rayu kepada Haikal.


Hisyam tersenyum dan terus menetak leher Maria. Kepala Maria dicabut, dan dicampakkan ke bawah. Hisyam tersenyum sinis memerhati pintu bilik Sofea. Perlahan Hisyam merapati Sofea yang menunggu. Pelukan Hisyam dibalas rengekan manja Sofea. Terasa sejuk tubuh Hisyam, bisik Sofea dalam hati. Pisau pemotong daging dikeluarkan perlahan, saat Sofea terlentang. Saat itulah Hisyam, menikam tepat paha kiri Sofea.

"Aarrggh... Apa yang you buat ni!"

Sofea meraung kesakitan yang teramat sangat


Hisyam berdiri tegak dan memusingkan tubuhnya ke arah Sofea. Wajah Hisyam tiba-tiba berubah menjadi Haikal dengan senyuman yang menyeringai.

"Aku tak dapat kau. Tak ada siapa yang patut jadi milik kau. KAU MILIKKU!" Jerit Haikal sambil menghayun pisau pemotong daging pada paha kanan Sofea tanpa belas kasihan.

"Sebab kau aku mati, sebab kau aku mati, sebab kau aku hancur, semua sebab kau Sofea!"
Pisau pemotong daging di tarik laju dan terus ke tangan kiri Sofea.

Sofea menggelitik seumpama ayam yang disembelih


"Sakit tak? Tak cukup sakit tu. Aku lagi sakit!"

Hisyam terus menikam tepat di tengah tengah perut Sofea.


Nafas Sofea turun naik. Menahan seksa tikaman demi tikaman dari Hisyam. Hisyam terus membelah perut Sofea perlahan-lahan. Sofea meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak. Perlahan-lahan, Haikal keluar dari tubuh Hisyam dan terus menghilang. Meninggalkan Hisyam dengan hukuman dunia yang bakal diterima kelak.

- -
"Wow, that guy so hot!" 

Kata Sofea melihat ke arah Hisyam yang baru melangkah masuk ke kelab malam.


"Eii, itu anak dato’ Shah. Kaya harta berjuta,” Maria tersenyum melihat Sofea yang tergoda pada Hisyam.

Perlahan Maria mendekati Hisyam. "Hey, how about that girl?"

Soal Maria pada Hisyam. Hisyam melihat Sofea yang sedang asyik menari.


"Wow.. Sexy lady. How much?"

"This type A. Expensive around RM1,500 per night" bisik Maria kepada Hisyam. Hisyam mengeluarkan RM5,000 dari poketnya dan terus beri kepada Maria.

"I want this girl for two months. Next payment just inform me earlier."
Hisyam menghampiri Sofea dan terus merangkul Sofea. Sofea layu di pangkuan Hisyam. Sofea dan Hisyam gembira menari dalam kelab hiburan.


Kupu kupu malam tidak berhenti berehat asalkan ia dapat apa yang dihajati iaitu harta kekayaan. Allah SWT melarang untuk kita bergaul bebas sesama lelaki dan wanita. Mengharamkan arak kerana ia berupaya menggalakkan zina. Seperti dalam firman Allah SWT dalam QS. Al-Isra’ ayat 32 yang berbunyi:

Artinya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.”


============
Suntingan: Ahmad Rusydi 
Gambar:

Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan

No comments: