Monday, 12 March 2018

MALAM PURNAMA II - FateStay Nite



MALAM PURNAMA - Bahagian II


===============

"Siapa kau sebenarnya?!" Suara garau dan ganas menerpa ke telinga Saiful. Matanya yang baru sahaja dilelapkan kini terbuka luas kembali. Saiful hanya mendiamkan dirinya, dia bangun dari katil lalu duduk dengan tenang. Kakinya disilangkan lagak bagaikan seorang pendekar dahulukala.

"Kau tidak dengar pertanyaanku ?!" herdik suara itu kasar.

"Mengapa kau mempersoalkan siapa aku? Sedangkan kau sudah tahu," balas Saiful di dalam hatinya, mulutnya terkumat kamit memuji YANG MAHA ESA.

"Engkau bukan Saiful! Aku tahu Saiful telah mati sewaktu membantu Dian!"

"Hhehe, kamu pasti?"

"Ciss, kau sama sekali tidak seperti Saiful!"

"Hahahahaaa bijak kamu," Saiful tersenyum sendirian.

Dengusan nafas marah kendengaran jelas, "arghh kemarah si Iblis.." bisik hati Saiful. Dirinya harus tenang dan bersedia dengan apa jua yang bakal terjadi. Saiful bangun dari duduknya kemudian mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat. Dari dia melayan si iblis itu, lebih baik dia sujud pada yang ESA.

Selepas solat selesai, tiada lagi kendengaran dengusan nafas atau suara ghaib makhluk tadi. Suasana menjadi sunyi, tenang dan nyaman. Saiful kembali ke katil untuk menyambung tidurnya kembali.

====================================================
5:15am
Dup...Dup....Dup tiba-tiba jantung Saiful berdegup kuat. Nafasnya ditarik dalam-dalam, namun terasa berat bagai rongga pernafasannya sempit. Dari baring kini Saiful mengubah posisinya duduk, dadanya diusap-usap perlahan. Dirinya jadi tidak menentu, bagai ada sesuatu yang sedang cuba menguasai jasadnya.

"ALLAH!" Hatinya menjerit kuat.

Selepas jeritan itu, jantungnya kembali normal dan perlahan-lahan dirinya rasa tenang. Tanpa berlengah Saiful terus bersiap untuk solat subuh dan rutin hariannya sebagai seorang pekerja. Peristiwa yang terjadi pagi tadi langsung tidak diambil kisah, baginya itu semua ujian Allah dan pastinya tiada manusia yang terlepas dari ujian NYA.

Sedang Saiful bekerja tiba-tiba jantungnya bagai disentap, sakit perit! "arghh aku kena sakit jantung ke?" Bisik hatinya. Terdetik sedikit kebimbangan di hatinya, pantas dia mengucap dua kalimah syahadah sebagai persediaan jika nyawanya ditarik ketika itu. Sedang dia dalam keadaan terpinga-pinga itulah tiba-tiba bagai semuanya terhenti, gerak gerinya tiba-tiba terasa perlahan.

"Ya Allah dugaan apakah ini!" Hatinya mula bimbang.

Apabila diangkat kepalanya, kelihatan seorang gadis memakai kebaya batik melihat ke arahnya,

"Wajahnya seakan pernah dilihat!"
"Dejavu!?"
"Atau aku dipukau"


"Dia akan duduk di hadapan aku, kemudian akan melihat aku lalu bangun dan melemparkan senyuman sebelum dia pergi" Saiful sudah menyusun setiap pergerakan yang bakal berlaku, jika benar apa dia sebutkan maka itu adalah dejavu!.

Gadis itu melangkah perlahan dan matanya hanya memandang kearah saiful tanpa melihat kearah orang lain. Kemudian dia duduk berhadapan dengan tempat Saiful sedang berdiri, lebih kurang 5 minit selepas itu kelihatan gadis itu bangun dan berlalu pergi sambil melemparkan senyuman.

"DEJAVU!" Saiful seakan menjerit di dalam hatinya, sambil melihat gadis itu berlalu sehingga hilang dari pandangan.

Dupppp, Dupppp jantung Saiful tiba-tiba degup kuat. Perasaan takutnya kembali menerpa, "siapa perempuan tu, macam mana dia boleh wujud dalam dejavu aku!" Saiful bermonolog sendirian.

Saiful meneruskan kerjanya dalam keadaan hati dan fikirannya masih memikirkan tentang si gadis tadi, dia masih tertanya-tanya siapakah si gadis yang hadir sebagai dejavu didalam hidupnya.

Treetttt, treetttt, treettt, tiba-tiba bunyi hanfone Saiful menandakan ada orang whatsup personal dengannya. Pantas tangannya membuka aplikasi whatsupp.

Khairul : Assalamualaikum, Saiful kau busy tak petang ni? Balik pukul berapa?
Saiful : Tak busy pun, macam biasa... kenapa?
Khairul : Ok, nanti aku datang ambil kau. Jumpa baru kita cerita.
Saiful : Ok

Seperti yang dijanjikan petang itu Muiz datang mengambil Saiful dan pergi kesebuah cafe bernama OLD TOWN yang terletak dihadapan KDN Setia Tropika. Muiz sangat memahami sifat Saiful yang lebih gemar duduk disebalik tembok atau agak tersorok sedikit. Makanan dan minuman juga Muiz yang pilih.

"Lama dah kita tak duduk berjumpa macam ni kan" Muiz memulakan perbicaraan.

"Kita tak jumpa waktu ini tidak mengapa, asalkan kalian semua sihat dan dilindungi Allah. Moga kita dapat berjumpa di Syurga Allah," balas Saiful

"Hurmm, aku nak tanya sesuatu la Saiful. Sbelum arwah Sham meninggal dunia. Dia ada cakap apa-apa tak?"

Persoalan itu sedikit sebanyak membuatkan Saiful termenung seketika. Wajahnya sayu merenung jauh bagaikan dia sedang mengimbas kembali detik-detik pahit bakal kehilangan sahabatnya.

Imbas kembali
"Assalamualaikum, Saiful. kau ada dekat mana?" Suara Sham dari dalam panggilan. Walaupun dalam keadaan mamai, pada waktu itu jam pukul 1:40am. Saiful sangat mengenali suara sahabatnya.

"Ada dekat rumah ni, kenapa?"

"Owhh tak ada apa, saja aku call. Maaflah ganggu kau."

"Hahaha, eh tak ganggulah, bagus gak ko kejutkan aku. Boleh aku solat sunat"

Malam itu agak panjang Saiful berbual dengan Sham, dan Saiful tahu ketika itu sahabatnya sedang sakit, dan lebih perit adalah mungkin bakal menemui Illahi.

Sham adalah salah seorang sahabatnya yang telah terjerumus dalam dunia sihir sejak bertahun lalu ketika bersama-sama dengan Saiful. Kehendak Allah tiada siapa yang mampu melawan dan begitu juga yang terjadi kepada Sham. Puas sudah dibawa ke doktor dan pelbagai rawatan serta usaha telah dilakukan, tetapi penyakitnya masih menjadi tanda tanya dan misteri.

"Saiful, aku nak mintak maaf dan mintak dihalalkan semuanya selama kita berkawan. Terima kasih juga sebab banyak ajar aku tentang Agama..." tiba-tiba Sham meluahkan perasaan.

"Ish kau ni Sham, apa benda la kau merepek ni? Hehehe kau dengan aku tak ada hutang, tak ada salah, tak ada apa-apa kesilapan." Balas Saiful tenang, walaupun sebenarnya hatinya juga sebak.

"Aku tau Saiful, kau mesti tahu apa yang akan jadi dekat diri aku."

"Sham, dunia kita duduk ni sementara, dunia alam barzakh pun sementara yang kekal adalah Syurga atau Neraka. Banyakkan berdoa kepada yang ESA." Saiful cuba mengingatkan sahabatnya itu.

"Aku tau Saiful, terima kasih ajar aku. Aku harap kita bertemu kembali suatu hari nanti"

Panggilan itu akhirnya dihentikan. Saiful terus melakukan solat sunat seperti yang diniatkan. Selepas solat seperti biasa Saiful menyambung kembali tidurnya.

Baru sahja matanya dilelapkan dia didatangi Sham, sungguh mengejutkan apabila Sham datang dalam keadaan berpakaian serba putih.

"Sham...." Saiful memulakan bicara tetatpi tidak mampu di habiskan persoalannya.

"Saiful, aku dah penat dan akhirnya aku bebas dari segalanya. Terima kasih Saiful..." kata Sham ringkas.

Mimpi itu membuatkan Saiful terjaga dari tidur, pantas telefonnya dicapai dan mendail nombor Sham. Namun tiada pangilan dijawab. "Arrghhh mungkin dia sedang tidur." Saiful menyedapkan hatinya sendiri. Lalu menyambung tidurnya kembali.

Keesokan harinya apabila terjaga dari tidur, Saiful mendapat pangilan dari abang Sham menyatakan bahawa Sham sudah meninggal dunia. Mendengar perkabaran itu, Saiful rasa bagai dunia terhenti dan berharap ia tersedar dari mimpi ketika itu. Namun semuanya adalah benar.Sham telah pergi untuk selama-lamanya.

"Weiii Saiful, kau menung apa tu?" Soalan Muiz membuatkan Saiful tersedar dari kenangan.

"Hehe tak ada apalah, hurmm Sham sebelum meninggal dia mintak maaf dekat kita semua dan mintak dihalalkan makan minum selama ni..." jawab Saiful tenang.

"Haaa, aku ada baca kisah kau dekat Arkib Angker Negara, tapi macam ada kisah yang kau masih simpan"

"Kisah apa?" Tanya Saiful sambil tersenyum.

"Kisah yang kata Saiful mati tu, hahahah ramai ingat kau mati. Kau tak ceritakan habis tu"

"Alah, biar je dlu. Nanti aku imbaskan cerita tu bagaimana situasi ketika itu sebenarnya..." ujar Saiful sambil mengucah roti bakar yang dicoletkan dengan jem peanut.

"Hahaha, yela. Aku doakan kau selamat jela dunia dan akhirat."

Perbualan Saiful dan Muiz diteruskan, sesekali mereka tertawa kerana teringat akan peristiwa-peristiwa lama. Adakala nampak raut wajah mereka sedih dan hampa. Kehidupan mereka lalui bukan seperti yang orang lain nampak. Sedang mereka sibuk bercerita tiba-tiba mata Saiful terpandang seorang budak lelaki, budak itu lalu dengan ibunya dan ada suatu aura negatif yang kuat pada mereka.

Ibu dan anak lelaki itu duduk tidak jauh dari tempat duduk Saiful dan Muiz. Mulut Saiful terkumat kamit membaca beberapa ayat, matanya ditenung tajam ke arah budak lelaki itu. "Saka!" Bisik hati Saiful. Pantas Saiful membuka begnya lalu diambil sebiji gula-gula dan mengengam erat gula-gula itu. Beberapa kalimah ayat suci dibaca kemudian sesekali kelihatan dia meniup ke dalam gengamannya.

"Eh Muiz jap aku nak pergi tandas," kata Saiful sambil bangun dan berlalu masuk ke dalam.

Sewaktu keluar, Saiful sempat menegur kanak-kanak dan ibunya. 


"Hai dik, umur berapa ni?"

"6 tahun..." balas sibudak lelaki tadi.


"Waa pandai anak puan, comel." Saiful cuba menegur ibunya pula.

"Owhh, dia memang bijak ni,"kata si ibu tersenyum apabila anaknya dipuji.

"Nah ni abang bagi, baca doa tau makan! Solat dan dengar cakap ibu ye," kata Saiful sambil menghulurkan gula-gula tadi.

"Terima kasih" hanya itu ucapan yang diterima, kelihatan wajah si kanak-kanak nampak riang.

Saiful kembali ke arah Muiz, sambil lagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mata Saiful hanya memandang ke arah si kanak-kanak itu yang sedang makan gula-gula diberikan.

"Eh, dah nak maghrib ni. Jom lah balik nanti kau susah lak bulan tengah penuh ni..." ujar Muiz mengingatkan.

"Hahaha okaylah jom"

Hari itu tamatlah perjumpaan dua sahabat yang sekian lama tidak berjumpa atas sebab-sebab tertentu. Tiada apa yang terjadi kepada Saiful sehinggalah selepas solat isyak, ketika dia hendak bangun melipat sejadahnya. Tiba-tiba kepalanya terasa melayang, dirinya terasa tidak seimbang. Saiful teruskan juga mengemas tempat solatnya kemudia terbaring di katil.

"Jadi! engkaulah yang masuk campur urusanku!" Suara gadis mengherdik kasar ke arah Saiful.

"Urusan apa!" Tanya Saiful cuba mengingat kembali segala apa yang pernah dilakukan.

"Ini," Gedebuk, satu jasad bayi terjatuh di hadapan saiful, pecah kepala bayi itu kerana terhentak dan tangannya terkulai.

"Allah!" Saiful mengucap panjang apabila melihatnya. Dia tahu itu bererti saka yang diusiknya tadi.

Perlahan-lahan gadis berbaju hitam muncul di hadapan Saiful, wajahnya hitam, bermata putih. Saiful tahu dia marah kerana Saiful menganggunya.

"Mengapa kau menganggu mereka!"Ujar Saiful kepada si saka.

"Itu tugas aku dari turun temurun!"

"Usah kau menipu! Perjanjian hanyalah dengan si pemilik. Bukan Warisnya!"

"Engkau tidak mempercayai aku, kami tidak pernah mungkir janji kami!"

"Jadi buktikan! Yang engkau memang ditugaskan jaga keturunannya!"

Maka si Saka menceritakanlah hal perihal keluarga yang dijaganya dan nama keturunan datuk nenek moyang mereka. Saiful hanya diam mendengar dengan penuh teliti.

"Jadi tiada bukti kau diturunkan kepada anak dan cucunya!" Saiful mula tegas

"Sudah aku katakan tadi! Grrrrrr...." si saka mula berang dan marah.

"Panggil si mati untuk buktikan! Setiap perjanjian harus ada buktinya. Jika tidak engkau yang telah menganggu urusan manusia!" Saiful mula memutar kembali.

"Arrgggggggghhhh, kau akan aku musuhi! Manusia Durjana!" Kata si saka sambil menghilangkan diri.

"Iblis!" Bisik hati Saiful.

Duuummmmmm! Bunyi pintu dihentak kuat, membuatkan Saiful terjaga dari tidurnya. "Astagfirullah" Saiful beristifar apabila terjaga. Bunyi angin dan hujan lebat membasahi bumi pada 1/3 malam itu membuatkan suasana menjadi sedikit suram.

Saiful bangun untuk menutup tingkap biliknya, baru sahaja tangannya memegang tombol tingkap tiba-tiba ada kelibat melintas di hadapan pintu biliknya. Perlahan-lahan Saiful bangun dan melangkah ke arah pintu untuk melihat jika ada sesiapa yang sedang masuk ke dalam rumahnya.

Pranggggg...trannggggg... bunyi seakan periuk jatuh ke lantai. Terkejut kerana bunyi itu, Saiful sedikit terundur dan apabila dia melangkah keluar bilik di sebelah pintu belah kanan terkujur satu lembaga tinggi lebih kurang 10 kaki. Makhluk itu tidak berwajah, rambutnya panjang hingga ke paras betis. Dengan kulit muka yang mengerutu telah membuatkan Saiful lemah. Serangan yang dilakukan tepat pada waktu di mana semangat Saiful lemah.

Kaki Saiful kaku, mulutnya terdiam kaku. Tiada lafaz yang mampu diluahkan ketika itu, Semangat dirinya lemah dek kerana serangan bunyi periuk jatuh kemudian terus disergah makhluk durjana itu. Saiful perlu ambil masa untuk kembalikan semangatnya, sedang dia cuba bertenang itulah. Makhluk durjana itu terus menerus menyerang Saiful.

Saiful menundukkan kepalanya memandang ke lantai, di dalam hatinya terus berzikir. Kaki dan tubuhnya bagai dikunci erat. Ketika itulah terdengar sesuatu terjatuh bergolek.

"Allah aku memohon perlindungan kepada Mu..." bisik hati Saiful merintih sehabisnya kepada yang ESA. Sambil matanya dipejam erat.

Ketika matanya dibuka, jantungnya juga bagai turut terhenti, kaki dan tangannya terasa sejuk dingin. Kini dia benar-benar tidak mampu bergerak!. Dan di hadapannya sekujur tubuh tergoleh dibungkus erat yang digelar POCONG. Lebih melemahkan apabila wajah Pocong itu adalah wajahnya sendiri!.

Saiful rebah, tulang-temulangnya sudah tidak terasa lagi. Tiada lagi kekuatan melainkan dari yang ESA. Ketika itulah datang seorang lelaki tua bertongkat membantu Saiful, Melihat kedatangan Si lelaki tua itu. Maka hilanglah iblis yang dilakhnat itu. Si lelaki tua menghulurkan tangan kepada Saiful lalu dipapah naik ke katil. Dibiarkan Saiful berehat sebelum dia juga turut berlalu pergi.

"Akan aku terima permushan ini!" Bisik hati Saiful sebelum semuanya menjadi gelap, sunyi dan sepi.
-Ia Bakal Bermula-

-Tamat-
===============
Gambar: Kucing Kelabu
Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan

No comments: