SYMBIOSIS - Part VI
Karya : Suhana Azman @ Suhana Mat Lazim
==============
Wyatt bersandar di kerusi. Sesekali melepas keluhan berat. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di fikirannya. Terfikirkan keselamatan Fiona. Terfikirkan, kenapa Isaac seolah-olah menyasar dirinya. Serta terfikirkan nasibnya yang sedang ditimpa musibah berat. Berat menggalas tanggungjawab yang bukan dilakukan olehnya.
Hmmm....
Dia mengeluh lagi. Hampir 15 minit dia duduk di dalam bilik soal siasay itu setelah semalaman tidur di dalam cell. Sebuah bilik yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Terdapat sebuah meja dan dua buah kerusi. Di dua penjuru berhampiran pintu masuk betul-betul sedang mengadapnya, dua buah cctv yang mungkin sedang merakam tingkah lakunya di dalam bilik soal jawab. Terdapat sebuah cermin besar empat segi berada beberapa meter bersebelahannya.
Sebagai detective berpengalaman sudah tentu dia menyedari akan semua fungsi cctv dan juga cermin empat segi itu di dalam bilik soal siasat. Matanya tertumpu pada wajahnya yang tidak cukup tidur pada cermin empat segi disisinya. Dia sememangnya sengaja memandang ke arah cermin empat segi itu, kerana dia sudah mengagak pasti akan ada mata-mata yang sedang memerhati kelakuannya disebalik cermin itu. Cuba untuk menilai tingkah lakunya atau mungkin sedang menduga reaksinya sama ada dia seorang psikopath ataupun tidak disaat dia sedang bersendirian di dalam bilik soal siasat itu. Perasaannya dapat mengagak, pasti sesi soal jawab antara dirinya dan dua ejen itu akan berlangsung dengan agak lama. Mujur pagi tadi sebelum ke bilik ini sempat dirinya menjamah dua keping donat dan satu cawan kopi tanpa susu yang dibeli oleh Paul.
Tiba-tiba daun pintu bilik itu dikuak oleh seseorang. Lalu muncul ejen Rolland dan ejen Clara sambil salah seorang dari mereka menjinjing tablet nipis bersaiz 10 inci di tangan. Kedua-dua mereka duduk menghadapnya. Lalu tablet itu diletakkan di hadapannya.
Sempat ejen Rolland merenung tajam wajahnya. Kian terserlah riak wajah ketidakpuasan hatinya pada Wyatt. Namun pandangan ejen Rolland itu sedikit pun tidak menggentarkan hatinya. Biarlah, fikirnya.
Dalam pada itu sempat ejen Clara membuka tablet itu di hadapan Wyatt. Ada sesuatu yang ingin ditunjukkan pada detective itu. Satu folder fail dibuka, maka terpamerlah empat wajah mangsa kepada The Immortal Serial Killer. Dimana wajah-wajah mangsa sedang tersenyum saat belum menjadi sasaran kepada sang pembunuh. Lalu ejen Clara mengeluarkan sesuatu dari poket jaket di bahagian sebelah kanannya. Seakan satu remote control kecil bersaiz empat inci. Kemudian remote control itu dihalakan ke arah dinding kosong di belakang Wyatt. Butang merah ditekan maka meluncur perlahan ke bawah sebuah screen televisyen bersaiz 50 inci tergantung di hadapan dinding. Lalu terpamerlah imej wajah-wajah mangsa di screen televisyen tersebut sama seperti yang terlihat di screen tablet yang dipegang oleh ejen Clara.
Wyatt memaling ke belakang. Melihat screen yang terpamer di screen televisyen tersebut.
"Cuba awak tengok wajah-wajah mangsa di screen televisyen tu. Perhatikan betul-betul wajah-wajah tu." Ejen Clara bingkas bangun lalu berjalan menuju ke screen televisyen tersebut.
Wyatt membatukan diri. Tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kosong.
"Kenapa awak tak beritahu, yang awak kenal ke semua mangsa-mangsa ni? Salah seorang dari mereka adalah bekas pensyarah awak semasa di kolej dulu, iaitu William Smith. Kenapa awak cuba rahsiakan Wyatt?" Sambung ejen Clara lagi.
Wyatt masih diam. Berdiam bukan bermakna bersalah, tetapi belum masanya lagi untuk dirinya membalas hujah ejen Clara itu lagi. Biarkan telinganya menangkap terlebih dahulu segala andaian serta tuduhan yang bakal diterimanya. Kali ini dia lebih bersifat tenang. Cuba melihat permainan spikologi yang bakal digunakan kedua-dua ejen itu.
"Awak pernah keluar makan malam dua kali bersama Anastasia Bloom ketika diawal berkhimad sebagai polis di daerah ini. Ini telah disahkan sendiri oleh kedua ibubapa Anastasia dan rakan serumahnya. Manakala Mike Downey, awak mempunyai hutang tidak berbayar dengan mangsa selama dua tahun berturut-turut sebanyak 700,000 dolar hanya untuk membayar hutang mendiang bapa awak Tobias Banson Green. Jadi mangsa telah menggunakan saluran mahkamah untuk menuntut kembali hutang tersebut. Akhirnya mangsa menang terhadap tuntutan tersebut dan pihak mahkanah telah mengarahkan awak membayar kepada mangsa sebanyak 600,000 dolar. Jadi, untuk membayar ke semua hutang mangsa, awak terpaksa menjual aset bapa awak iaitu kereta jenis Bentley Continental GT3 keluaran tahun 2018 dengan harga 2.5 juta dolar. Dan akhir sekali mangsa keempat, Suzanne Doyle berusia 29 tahun, perempuan simpanan bapa awak!"
Mata ejen Rolland dan ejen Clara memandang tepat ke arah anak matanya. Cuba ingin mendengar jawapan dari mulut Wyatt sendiri. Mungkin jawapan-jawapan yang berbentuk manipulasi dan juga cuba untuk ditokok tambah oleh Wyatt nanti.
Namun kelihatan, Wyatt tetap bersifat tenang seperti tadi. Tiada langsung tanda-tanda takut atau gentar terlihat di raut wajahnya.
"Baiklah, kesemuanya saya boleh jelaskan satu persatu. Pertama sekali dan lagi sekali saya hendak beritahu saya bukan pembunuh bersiri itu. Kedua, ya saya mengaku memang saya mengenali ke semua mangsa-mangsa tu. Lagipun Immortal City bukannya bandar besar, hanya pekan kecil sahaja. Semua orang mengenali masing-masing. Kecuali orang luar dan tidak lahir di 'kota abadi' ini...." Wyatt tersenyum sinis.
"Mendiang William Smith memang pensyarah saya semasa di kolej dulu. Tapi tidak ada permusuhan antara saya dan dia. Mendiang adalah salah seorang favorite lecturer saya, itu satu mustahil saya nak bunuh mendiang. Lagipun Paul dan Tuan Gibs pun tahu mengenainya. Manakala Anastasia Bloom sememangnya semua penduduk Immortal City mengenalinya, sebab dia adalah pemenang tempat pertama ratu cantik di daerah ini. Rasanya tidak salah kalau saya nak keluar makan malam dengannya. Tapi masalahnya hanya dua kali saya keluar dinner dengannya sebab dia bukan jenis gadis yang saya suka. Paul dan Tuan Gibs pun tahu pasal saya keluar dinner dengan Anastasia. Tentang Mike Downey pula, saya mengaku ketika itu saya berhutang dengannya. Ada terfikir nak bayar tapi sebab saya terlalu sibuk dan terlupa sebab itulah dia guna saluran mahkamah. Salah saya sebab mengabaikan setiap ugutannya apabila dia menuntut hutang dengan saya. Saya ingat dia tidak akan berani buat sejauh itu sebab saya dan dia boleh dikatakan kawan rapat. Jadi dengan perasaan terpaksa saya jual kereta mendiang bapa saya yang telah saya guna beberapa tahun sebanyak 2.5 juta. Baki duit tersebut saya beli kereta yang saya pakai sekarang....." Wyatt terdiam seketika. Cuba menghela nafas. Mencari ruang untuknya bernafas tatkala menceritakan perihal mangsa terakhir.
"Mengenai Suzanne Doyle, dia memang perempuan simpanan bapa saya. Hubungan mereka berlangsung sebelum kematian mama saya. Sebelum hubungan mereka terarah lebih jauh, saya dan Paul sudah selidik latar belakang mendiang Suzanne Doyle. Ramai lelaki-lelaki di kelab malam terutamanya di Havana Club mengenali Suzanne Doyle. Dia adalah perempuan pisau cukur. Sasarannya adalah lelaki kaya, tidak kiralah lelaki tua atau muda. Setelah perbuatan Suzanne terbongkar barulah bapa saya putuskan hubungannya dengan Suzanne Doyle." Wyatt kembali diam setelah memberi keterangan dengan panjang lebar pada ejen Rolland dan ejen Clara.
Ejen Rolland masih lagi diam sedari tadi. Tiada sekelumit perkataan yang terkeluar dari mulutnya. Sebolehnya dia tidak mahu bertindak kasar seperti semalam. Bersikap begitu, mungkin boleh mengeruhkan keadaan dan juga mengganggu siasatan yang sedang berjalan. Ejen Clara masih lagi membelek tablet dihadapannya, seperti ada sesuatu yang ingin ditanya lagi. Namun, tiba-tiba....
TOK! TOK! TOK!
Dalam suasana yang kembali sunyi di dalam bilik sosl siasat itu, kedengaran pintu bilik soal siasat diketuk seseorang dari luar. Lalu pintu bilik terbuka. Muncul detective Paul di hadapan mereka.
"Maaf, mengganggu. Kita ada panggilan penting! Mesti jawab sekarang!" Detective Paul menyuruh dalam nada tegas.
"Siapa yang call?" Sosl Ejen Rolland.
"Kamu semua mesti tak percaya! The Immortal Serial Killer yang sedang call sekarang!" Terlihat raut di wajah Paul sedikit kegusaran.
"Mari Clara!" Lalu Ejen Rolland menyuruh ejen Clara mengikutnya keluar dari bilik soal siasat itu. Dia perlu segera menjawab panggilan pembunuh itu. Panggilan dari pembunuh bersiri?
"Ini bermakna, detective Wyatt tak bersalah?" Monolognya dalam hati.
Sempat ejen Rolland memandang Wyatt dengan perasaan bersalah. Tetapi perasaan itu cuba diselindung jauh agar tidak menampakkan kebodohan dirinya pada detective muda itu.
"Maaf! Panggilan tu bukan untuk encik Rolland dan cik Clara, tapi panggilan ni untuk detective Wyatt!" Tegas Paul lagi.
..................................................
SEBELUM ITU.........
"BANGUN!"
"BANGUN!!!"
"BANGUN ISAAC......!!!!!"
Isaac tersentak!
Terbangun dari tidurnya. Terkejut mendengar suara garau itu mengejut dirinya yang sedang lena itu. Kepalanya mula terasa berpusing, berpinar-pinar kesan dari bangun secara mengejut dan juga mungkin kesan dari ubat tidur yang dimakannya malam tadi.
Dia mengeliat. Meregangkan seluruh urat di tubuh badannya yang kendur. Lalu meraup seluruh wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Hangat. Walaupun suhu di dalam biliknya terasa dingin.
"Nah! Ambil ni!" suara garau itu kedengaran lagi.
Chainsaw terus di campak dihadapannya tanpa dia dapat melihat kelibat sesiapa di hadapannya.
"Eh! Mana datang chainsaw ni?" Isaac terkejut terdapat chainsaw di atas lantai biliknya.
"Bukan ke Chainsaw ni ada di bilik bawah tanah rumah ni. Kenapa kau terkejut! Kita curi benda ni bersama-sama masa kau dan aku bunuh pensyarah William Smith, lupa ke?" Suara itu bergema lagi didalam biliknya.
"Ya, baru aku teringat! Aku terlupa sekejap. Habis tu untuk apa kau beri chainsaw ni pada aku?" Soal Isaac.
"Bunuh perempuan yang kau simpan dekat bilik bawah tanah tulah! Apa lagi!" suara itu semakin marah!
"Belum masanya lagi Balthazar. Belum masanya. Lagipun tunggu masa yang sesuai dahulu...." Saat ini Isaac lebih bersikap tenang.
"Kau nak tunggu bila Isaac? Sekarang kegiatan kau semakin hampir kepenghujung. Lagipun aku hanyalah roh jahat! Aku hanya mahu darah dari kepala yang menitik pada si mangsa sahaja. Hari tu aku suruh kau penggal kepala Thomas, kau enggan! Ada perasaan simpati padanya. Kawan jenis apa kau ni bunuh kawan sendiri! Hahahaha!!!!" Suara yang datang dari roh jahat itu seakan mengejek-ejek dirinya, malah semakin menggila lantangnya. Walaupun hakikatnya hanya Isaac seorang sahaja yang mendengar.
"Aku tahu kau hanya roh jahat, yang ingin kembali bernyawa setelah lebih 100 abad kau mendiami tubuh burung raven! Kini kau nak tubuh manusia pula! Sasaran kau adalah Wyatt! Kau hanya pergunakan aku!" Isaac mula meninggikan suara.
"Hahahaha... Sudah memang begitu tugas aku! Aku terpaksa pergunakan kau Wyatt! Kau juga memerlukan aku! Kita saling memerlukan! Aku adalah kau dan kau adalah aku!" Suara itu ketawa. Ketawa, umpama sudah berjaya mengawal tubuh Isaac.
Suara garau yang bernama Balthazar itu semakin galak berkata-kata! Setiap kata-kata yang keluar dari Balthazar itu bergema disetiap penjuru ruang. Sehingga mampu menggegar-gegar dadanya.
"Bising! Diamlah! Tahulah aku! Kalau dah aku ini engkau dan engkau adalah aku, apasalahnya kau dengar cakap aku pulak!" Teriak Isaac.
Sebaik sahaja Isaac dengan teriakannya itu, tiba-tiba muncul kepulan asap hitam berlegar-legar di sekelilingnya. Umpama seperti sedang dalam keadaan marah.
Berpusing-pusing tubuh Isaac saat kepulan asap hitam itu mengelilinginya. Kemudian membentuk satu mahkluk setinggi siling biliknya.
"Sekarang kau nampak aku Isaac! Inilah rupa aku yang sebenarnya!" Kelihatan mahkluk berbadan tegap serta mempunyai dua tanduk dan bermata merah menyala sedang merenungnya. Sungguh pun begitu, mahkluk itu hanya dapat dilihat dalam bentuk kepulan asap hitam.
"Kenapa kau selalu berbentuk raven?" Soal Isaac.
"Raven adalah haiwan penghubung aku untuk ke alam manusia. Sejak aku menemui kau ketika kau kecil dahulu masa di taman permainan dahulu, aku sudah nampak titik hitam dalam tubuh kau! Sebab itu aku mula masuk dalam tubuh kau, dalam jiwa kau. Cuba kau rasa parut di kelopak mata kau! Disitulah permulaannya aku masuk ke dalam jasad kau. Tidakkah kau menyedarinya? Tetapi nasib aku sungguh baik sebab berlaku tragedi hitam dalam hidup kau! Hahahaha....!!!!" Bergema ketawa Balthazar di setiap ruang.
"Itu aku tahu. Aku sudah lama tahu. Sebab itu aku perlu cari pembunuh mommy, daddy dan Issabelle! Pembunuh sebenar! Sebab itu aku pindah ke Immortal City setelah aku dapat tahu Wyatt berada di sini! Hutang nyawa perlu di bayar dengan nyawa. Aku sudah berjaya perangkap dia melalui pembunuhan yang kita lakukan! Satu-satu orang yang dia kenali, sudah aku bunuh! Demi untuk memerangkap dia! Thomas kawan aku sendiri pun aku sanggup bunuh, untuk mencapai matlamat aku! Sekarang Fiona berada dalam genggaman aku!!!"
Lalu Isaac bingkas bangun lalu mencapai chainsaw di atas lantai kemudian berlari menuju ke bilik bawah tanah. Dimana Fiona telah disorokkan.
Lalu pintu bilik bawah tanah dikuak perlahan. Isaac melangkah satu persatu anak tangga kayu yang nampa semakin rapuh. Kelihatan dua ekor tikus berlari ke sana sini umpama sedang bermain kejar-mengejar disetiap penjuru dinding. Lampu di dalam bilik itu sememangnya sudah tersedia menyala. Tetapi tidak terlalu terang, hanya samar-samar sahaja. Memaksa untuk terus menyala demi menerangi ruang bilik bawah tanah yang sempit itu. Kelihatan Fiona telah diikat pada kedua-dua belah tangannya ke belakang pada kerusi besi yang didudukinya. Manakala kakinya turut diikat. Kelihatan tubuhnya nampak terlalu lemah disebabkan kehilangan banyak darah. Atau mungkin juga tidak diberi makan.
Tangannya yang ditoreh Isaac itu telah dibalut dengan kain kasa, namun balutan kain kasa itu sudah dibasahi darahnya. Sehingga menitik-nitik darahnya ke lantai. Dua ekor tikus yang sedang berlari-lari di setiap penjuru dinding mula menghampiri darah yang membasah dilantai itu. Lalu menjilat-jilat darahnya seakan sedang kehausan.
"Fiona, bangun!!" Isaac mengejut Fiona yang sudah tidak bermaya itu dengan tempikkannya yang kuat.
Fiona yang terkejut mendengar namanya dipanggil, terus menegakkan tubuhnya lemah di kerusi.
"Kau..., kau..., Isaac! Kau jahanam! Kenapa aku Isaac? Kenapa?" Dalam keadaan lemah Fiona gagahkan diri untuk bersuara demi untuk mengetahui sebuah kebenaran disebalik kelembutan yang pernah ditunjukkan Isaac padanya. Tetapi kini, dia langsung tidak mengenali lelaki yang berjiwa seni itu. Dimana kelembutan dan keramahan yang pernah ditunjukkan Isaac? Kenapa jauh sekali tingkah lakunya kini?
"Semuanya kerana Wyatt! Ada dendam lama yang belum dibalas!"
Lalu handphone di poket seluarnya diambil.
"Kau nak call siapa Isaac.....?" Soal Fiona yang semakin lemah. Kelihatan kelopak matanya semakin tidak mampu untuk dibuka.
"Aku nak call balai polis! Aku mahu Wyatt datang ke sini. Ada perhitungan terakhir yang ingin aku langsaikan!!!"
-BERSAMBUNG-
===============
Suntingan & Gambar: Kucing Kelabu
Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan
No comments:
Post a Comment