FAMILY AAN

Hari ini kami ingin mengumumkan 2 perkara penting untuk famili AAN
1- 5 orang RC baru
2- BLOG untuk Arkib Angker Negara

Sejarah penubuhan AAN bermula sekitar Julai 2017. Mempunyai 10 orang admin dan diketuai oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. Objektif penubuhan AAN adalah sebagai platform untuk karyawan daripada pelbagai lapisan umur, profesion dan latar belakang berkongsi karya mereka.
Di sini kami berharap agar kewujudan AAN dapat membantu melahirkan bakat-bakat tempatan yang hebat sehingga mampu menghasilkan naskah buku sendiri. Di AAN juga kami mempunyai beberapa penerbitan bagi penghasilan buku, antaranya adalah KURITA PUBLICATON.
Setiap kiriman cerita akan disunting terlebih dahulu oleh pihak kami.
Para barisan kurator AAN adalah:
1. Wan SC (Wan Si Celupar) 
2. DeeFen DF (DF)
3. Shizu
4. Dee Edot (Cik Edot)
6. Gongpal Topek (GT)
7. Kucing Kelabu (KK)
8. Ahmad Rusydi (AR)
10. Xander Xavier (XX)
11. Kamenrider (KR)

Kami juga melantik Regular Contributor (AANRC) sebagai pelapis kurator. Di samping berlatih untuk menyunting kiriman, pada masa yang sama kami di AAN turut menyediakan platform FREE MARKETING untuk para karyawan mengumpul pembaca tegar. Kami juga akan memilih AANRC baru dari semasa ke semasa.
Para barisan AANRC adalah:
2. The Flash

Terhasilnya blog AAN (https://arkibangkernegara.blogspot.my/) adalah atas permintaan pembaca untuk membaca karya-karya awal terdahulu. Ianya berbalik kembali kepada objektif utama kami iaitu sebagai platform untuk para karyawan tempatan berkongsi karya mereka.
Senarai semua karyawan di dalam AAN juga siap dilampirkan di ruang bahagian kanan di muka utama blog. (KR sedang gigih memuat turun semua senarai cerita yang telah disiarkan ke laman blog. Diharap sebarang kelemahan dapat kami baiki secepat mungkin).
Untuk mobile view, kalian tidak akan dapat melihat senarai para kurator. Boleh cuba untuk website view.
Salam

No comments: