Showing posts with label Mehmet U'mar Abdul Aziz. Show all posts
Showing posts with label Mehmet U'mar Abdul Aziz. Show all posts

Thursday, 8 February 2018

RIWAYAT PENDENDAM SETIA (BAHAGIAN 5/5) - Mehmet U'mar Abdul Aziz




RIWAYAT PENDENDAM SETIA (BAHAGIAN 5/5)

Karya : #Mehmet U'mar AbdulAziz



Kakinya melangkah laju menuju ke luar rumah, alangkah terkejutnya ustaz Rahman apabila melihat ustaz Ariff melutut sambil membaca sesuatu. Manakala kelihatan seorang gadis yang terbaring di sebelah ustaz Ariff dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah keluar dari mulutnya.

"Itu Niza dan ustaz Ariff. Apa dah jadi sebenarnya ni, aku dimana?" Getus hati ustaz Rahman menunjukan tanda kehairanan kerana dia yang menyedari akan hakikat bahawa dia kini memang berada di suatu dimensi lain bersama dengan ustaz Ariff dan Niza.

"Aku yang bawa kau kesini wahai musuh ku! Hahahaha."

Belum sempat ustaz Rahman melangkah keluar dari rumah itu melalui tangga, terus ada satu suara yang garau muncul dari belakang ustaz Rahman. Tanpa menoleh ke belakang, ustaz Rahman terus melompat keluar dari rumah tersebut sepantas yang mungkin.

"Siapa kau wahai makhluk laknatullah!"

Dengan tidak semena-mena muncul dua makhluk dari dalam rumah secara perlahan-lahan menunjukkan diri. Seorang kelihatan seperti pemuda dengan melilitkan kain kuning di kepala, manakala satu lagi makhluk yang tinggi besar berbulu lebat berdiri di sebelahnya.

"Aduwullah! Musuh Allah yang terlaknat!"

Itulah perkataan yang menggambarkan bahawa dua makhluk di pintu rumah tersebut adalah sememangnya musuh Allah iaitu sekutu iblis!

Tanpa membuang masa, ustaz Rahman mula membacakan ayat pendinding diri untuk persediaan dari perkara yang tidak di ingini.

"Hahahahaha manusia bodoh, kau fikir dengan ilmu kau yang cetek itu dapat menghapuskan aku?! Hahaha."

Dalam sekelip mata, kedua-dua makhluk yang berada di atas rumah itu hilang dan muncul di depan ustaz Rahman di atas tanah.

"Hahahahah, kau hanya menempah maut wahai Rahman Bin Rashid. Lagi elok kau pun ada disini sekali, mudah untuk aku menghapuskan kau orang bertiga! Hahahhaha."

Suasana pada ketika ini tidak menentu buat ustaz Rahman, seolah keliru atas apa yang telah terjadi.

"Hati kau penuh dengan keraguan dan ketakutan wahai manusia, jangan kau fikir kau akan dapat mengalahkan aku. Hahaha."

Dari tadi pemuda itu tidak habis bergelak ketawa seolah menyindir dan mencabar akan ilmu yang ada pada ustaz Rahman.

Belum pun sempat ustaz Rahman membuat apa-apa untuk bertindak, terus makhluk dihadapanya itu membaca sesuatu sehingga membuatkan ustaz Rahman juga berlutut sehingga mengeluarkan darah dari mulut seperti ustaz Ariff.

"AJAL MU AJAL, TENTERA KU DATANG SAKTI KU UNDANG, UNDANG AWAN-AWAN KU UNDANG!"

"ALLAHUROBBII." Mengerang ustaz Rahman kesakitan yang amat sangat akibat dari sihir yang dibacakan oleh mahkluk di hadapannya itu.

"Rahman, bertahan Rahman, jangan ikut rentak iblis tu, ingat apa yang ilmu kita belajar Rahman,” kata-kata ustaz Ariff di tujukan kepada ustaz Rahman serta-merta membuatkan ustaz Rahman bangkit perlahan-lahan dari berlutut untuk berlawan dengan dua mahkluk durjana di hadapannya.

Kemudian ustaz Rahman menggunakan segala kudrat yang ada seraya melafazkan kalimah berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

"TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN PERTOLONGAN ALLAH! ALLAHUAKBAR!!!"

Dengan tidak semena-mena kedua-dua makhluk tersebut terpelanting ke belakang dengan serentak lalu ustaz Rahman secepat mungkin menggunakan peluang yang ada ini memegang tangan serta memapah badan ustaz Ariff sebagai persediaan bergabung tenaga untuk menghadapi makhluk yang dilaknat oleh Allah itu.

"Rahman, ingat tumpukan sepenuhnya jiwa dan raga hanya kepada Allah. Dia yang Maha kuasa hanya kepada Allah kita meminta pertolongan."

Kata-kata semangat oleh ustaz Ariff kepada ustaz Rahman seolah sebagai syarat bahawa keadaan yang mereka alami ini adalah sesuatu yang amat serius, jika tersilap langkah, maut menanti.

"Baiklah Ustaz Ariff, saya rasakan inilah peluang yang ada untuk kita hapuskan makhluk terkutuk tu."

Ustaz Ariff hanya mengangguk tanda setuju dan melupakan sementara akan kesakitan yang dialami oleh mereka. Kelihatan kedua-dua ustaz tersebut berada dalam posisi bersedia.

Tangan diangkat dan berdoa sepenuh hati hanya kepada yang maha Esa.

Kelihatan kedua-dua makhluk di hadapan ustaz Ariff dan Rahman juga telah bangkit dari terpelanting sebentar tadi. Tidak kurangnya mereka juga berada dalam posisi berjaga-jaga sambil menitipkan sebuah mantera sihir di bibir masing-masing.

Pemuda seperti bomoh itu terus mengarahkan makhluk yang berbulu lebat dan tinggi di sebelahnya itu supaya memberikan satu tendangan yang padu kepada kedua-dua ustaz di hadapan mereka.

Tetapi tindakan itu hanyalah sia-sia kerana seolah ada satu halangan yang kuat sehinggakan makhluk berbulu lebat tersebut tidak dapat menyentuh tubuh ustaz Ariff dan juga Ustaz Rahman walaupun seinci.

Kedudukan ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman langsung tidak tergugat. Mereka terus membaca kalam-kalam Allah dan tidak langsung mempedulikan akan serangan yang ditujukan oleh musuh di hadapan mereka.

Kelihatan pemuda seperti bomoh itu mula menunjukan amarah yang amat sangat lantas melipat kali gandakan serangan dengan membaca mantera yang berterusan.

Keadaan sekeliling seperti bergegar seolah dilanda gempa bumi.

"Rahman inilah masanya!"

Tahulah akan ustaz Rahman dari arahan ustaz Ariff iaitu menamatkan terus keadaan yang getir itu. Kedua-dua ustaz mula menunjukan bunga silat secara serentak bagaikan pendekar. Hanya dengan satu syarat tumbukan makrifat secara serentak iaitu tanpa menyentuh tubuh musuh, terus membuatkan tubuh makhluk yang berbulu lebat itu marak terbakar dan hilang dari pandangan.

Manakala pula pemuda yang lagaknya seperti seorang bomoh tersebut jatuh tersungkur rebah ke bumi dalam keadaan menggelupur seluruh badan.

Keadaan kembali tenang, ustaz Rahman dan juga ustaz Ariff terus menuju ke arah Niza untuk memastikan yang Niza masih lagi bernyawa.

"Niza...Niza...bangun."

Mata dibuka perlahan-lahan,dalam keadaan kesakitan yang amat sangat akan bisa disihir masih terasa, Niza akhirnya dapat membuka mata dan melihat keadaan sekeliling serta terkejut di hadapanya kini ada dua orang dewasa, seorang yang dia kenal seorang lagi dia tidak pernah dilihat.

"Ustaz Ariff, kita kat mana ni, apa dah jadi?"

Niza menyoal sambil memandang ke arah belakang ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman.

"Ustaz Ariff, dialah Adam, dialah yang menyebabkan saya jadi macam ni, dialah punca kekasih saya mati ustaz.” Ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman terus mengalihkan pandangan ke arah Adam dan alangkah terkejutnya kerana Adam telah hilang dari pandangan dari tempat dia jatuh tersungkur sebentar tadi. Tanpa sempat berbuat apa-apa...

"ALLAH!" Mulut ustaz Ariff terus menerus mengeluarkan darah yang pekat dan terus rebah ke bumi.

"Ustaz apa dah jadi ni?!” Ustaz Rahman semakin cemas akan keadaan yang dialami oleh ustaz Ariff.

"Rahman, jangan menyerah kalah kuatkan semangat kamu Rahman, mohon sepenuhnya pada Allah, jangan longgarkan pertahanan kamu untuk dia menyerang."

Tahulah akan ustaz Rahman yang mana pertarungan itu belum lagi selesai. Lantas ustaz Rahman terus membaca ayat-ayat Quran nur karim dan ustaz Rahman merasakan musuh ada di belakangnya.

"Hahahahahha...bersedialah kau untuk mati wahai manusia bodoh!"

Ustaz Rahman memalingkan badannya ke belakang dan melihat Adam masih lagi berdiri gagah, kali ini Ustaz Rahman telah bertekad untuk menamatkan perlawanan ini secepat mungkin. Tanpa bicara dari mulut ustaz Rahman, dia terus membacakan ayat-ayat Allah dengan penuh yakin dan tawakkal..

Belum sempat Adam hendak membuat apa-apa, kali ini ustaz Rahman lebih bertindak pantas tanpa ragu-ragu lagi dan terus Adam menggelupur kepanasan.

"Hentikan-hentikan..panas bodoh panas!!Arrrggghhhhhh"

Ustaz Rahman terus membaca kalimah-kalimah Allah tanpa menghiraukan rayuan dari Adam. Kali ini seluruh tubuh Adam mula terbakar dengan marak sekali.

"Niza....saya minta maaf.” Mata Adam memandang ke arah Niza yang penuh dengan kesayuan. Kini kesedaran Adam sudah terlambat, tubuhnya terus marak dimamah api yang tidak tahu dari mananya datang. Tahulah Adam yang dia kini diambang kekalahan..

"Maafkan saya Niza.” Itu lah ayat terakhir yang dilafazkan oleh Adam Kepada Niza..dengan secara tiba-tiba pandangan ustaz Rahman, Niza dan juga ustaz Ariff kembali gelap gelita.

* * *

"Ustaz..ustaz Rahman, ok tak ni ustaz?"

Badan digoncang oleh seseorang, mata dibuka perlahan-lahan akibat keletihan yang amat sangat seolah berlari dari jarak yang jauh. Ustaz Rahman mula tersedar apabila dikejutkan oleh anak muridnya Akmal. Pandangan matanya semakin lama semakin jelas kelihatan.

"Akmal apa dah jadi dengan saya? Kenapa baju saya penuh darah ni? mana ustaz Ariff, Niza dan semua orang?"

Persoalan demi persoalan diajukan oleh ustaz Rahman kepada anak muridnya Akmal. Dia terus menceritakan apa yang berlaku semasa ustaz Ariff dan ustaz Rahman dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Ustaz Rahman kelihatan termenung seketika memikirkan perihal nasib yang menimpa Ustaz Ariff dan Niza kerana apa yang diberitahu oleh Akmal, Ustaz Ariff berterusan muntah darah selepas tersedar dari pengsan manakala Niza masih lagi tidak sedarkan diri.

Menurut Akmal, abah kepada Niza terus membawa ustaz Ariff ke hospital sebagai pesakit rawatan kecemasan memandangkan waktu kini jam 3 pagi, begitu juga dengan Niza, dibawa oleh dua rakanya Laila dan Alisha memandu kereta ke tempat hospital yang sama dengan ustaz Ariff.

Kini yang tinggal di rumah ustaz Ariff hanyalah Akmal dan juga ustaz Rahman. Persoalan kini kenapa ustaz Rahman tidak dibawa ke hospital seperti ustaz Ariff dan Niza, kerana Akmal belum lagi mahir dalam memandu kereta dan kondisi ustaz Rahman tidaklah seteruk seperti ustaz Ariff dan juga Niza.

Ustaz Rahman masih lagi mendiamkan diri setelah tersedar dari pengsan, seakan kekeliruan yang melanda dari dalam fikirannya atas hal yang terjadi semasa dia bersama ustaz Ariff dan Niza di dimensi lain sebentar tadi adakah ianya benar-benar berlaku?

"Ustaz, ok tak ni?” Akmal menegur.

"Akmal semasa saya pengsan tadi, saya, Ustaz Ariff dan Niza ada di dimensi lain, macam kat kawasan rumah kampung yang miliknya kepada seorang pemuda nama Adam, kamu percaya tak Akmal?"

Akmal kelihatan agak terkejut dengan kata-kata ustaz Rahman. "Saya nak percaya atau tidak itu semua kuasa Allah ustaz, tapi apa yang berlaku?"

Ustaz Rahman menceritakan setiap detik apa yang berlaku ketika dia dan ustaz Ariff bertarung dengan Adam yang mana mengamalkan ilmu khurafat sehingga sanggup melakukan sihir terhadap Niza.

"Bagi ustaz, ustaz rasa tu mimpi atau memang benar-benar terjadi?.” Akmal menyoal untuk lebih kepastian dari ustaz Rahman.

"Saya rasa memang benar-benar terjadi Akmal, sebab semasa saya di dimensi sana, setiap kali saya sakit memang saya akan rasa sakit itu memang terjadi pada saya dan kamu pun nampak banyak darah keluar dari mulut saya dan juga ustaz Ariff bukan?”

Akmal mengangguk tanda mengiyakan atas apa yang diberitahu oleh ustaz Rahman.

"Tak mengapalah Akmal kalau perkara tu benar-benar terjadi bermakna Niza sudah terlepas dari perbuatan sihir pemuda yang bernama Adam tu, dan kita bersyukur kepada Allah kerana Allah telah memudahkan urusan kita semua."

Keadaan pagi itu terasa tenang dan mendamaikan, jam telah menunjukan pukul 4.15 pagi isnin.

"Akmal, tolong papahkan saya kejap saya nak ambil wuduk untuk solat sunat sementara kita nak tunggu solat subuh, kamu pun sekali yer Akmal."

Begitulah keadaannya orang yang soleh walaupun diri masih lagi dalam kesakitan tetapi tetap bersemangat untuk mendirikan solat dan mendekatkan diri kepada Allah sentiasa.

Setelah selesai solat sunat jemaah bersama Akmal, handphone milik ustaz Rahman berdering menunjukan number yang tidak dikenali muncul di screen handfone ustaz Rahman.

"Assalammualaikum, ni sapa ya?"

"Waalaikumusalam, saya ni Azman ustaz Rahman, saya nak bagitau keadaan ustaz Ariff dalam keadaan tak stabil sekarang, saya dalam perjalan pergi amik ustaz dan Akmal ni ya."

"Baiklah, hati-hati bawak kereta bang man."

Perbualan tamat, ustaz Rahman kelihatan semakin resah tidak menentu, lalu ditegur oleh Akmal anak didiknya.

"Kenapa ni ustaz, ada yang tak kena ke?"

10 minit ustaz Rahman mendiamkan diri kerana memikirkan akan keselamatan Ustaz Ariff.

"Akmal, kita kena bersedia walau apa pun terjadi."

"Kenapa pula ni ustaz?” Kini wajah Akmal pula yang dalam keresahan menanti jawapan ustaz Rahman.

"Ustaz Ariff dalam keadaan tidak stabil lagi sekarang, pakcik Azman dalam perjalanan nak ambil kita pergi ke hospital di Ipoh, jom Akmal kita buat solat hajat untuk ustaz Ariff."

"Baiklah ustaz.” Dengan segera mereka mendirikan solat hajat dan mendoakan supaya ustaz Ariff dalam keadaan yang baik seperti sediakala.

Pagi Isnin jam 8.30 pagi.

Akhirnya mereka tiba di hospital ipoh untuk mengetahui keadaan seterusnya kondisi ustaz Ariff.

"Abang man, macam mana dengan anak abang man?”

"Alhamdulillah ustaz, Niza dah sedar masa saya bawa dia datang hospital ni pagi tadi masa ustaz masih tak sedarkan diri, sekarang ni dia ada di wad perempuan untuk rawatan susulan."

"Alhamdulillah syukur pada Allah abang man"

Setibanya kaki mereka untuk melangkah ke unit ICU tiba-tiba sebuah ambulan sampai di perkarangan unit ICU dan kelihatan para pembantu perubatan bertungkus lumus mengeluarkan mayat seseorang seolah terbakar diseluruh tubuhnya. Ustaz Rahman menegur salah seorang pembantu perubatan tersebut...

"Assalammualaikum encik."
"Waalaikummusalam."
"Kenapa dengan mayat ni encik?"
Kelihatan sekujur tubuh kaku seolah hangus kebakaran.
"Rumah dia terbakar ustaz, lepas tu orang kampung nampak dia terbaring kaku kat bawah rumah dia."
"Mana waris dia encik?"

"Kata orang kampung dia anak yatim piatu dan rumah yang di duduk tu rumah peninggalan orang tua dia."
"Boleh saya tengok muka dia sekejap encik?"
"Boleh ustaz."

Sebaik sahaja kain diselak dari muka mayat tersebut oleh pembantu perubatan, Ustaz Rahman, terpaku, tergamam dan serta merta beristighfar banyak kali dari mulutnya.

"Kenapa ustaz?"
"Tak ada apa encik, segerakanlah urus jenazah ni ya."

Kelihatan Azman dan Akmal tertanya-tanya atas kelakuan ustaz Rahman selepas melihat muka jenazah tersebut.

Setelah berlalu para penolong perubatan membawa jenazah untuk di bedah siasat. Terus Akmal menegur ustaz Rahman.

"Ustaz, kenal ke dengan jenazah tadi?”

Diam seketika ustaz memikirkan bahawa apa yang telah terjadi semasa dia berada di dimensi lain pagi tadi memang benar-benar terjadi.

"Abang man, Akmal..sebenarnya jenazah tadi itulah yang saya lawan dengan ustaz Ariff masa kami tidak sedarkan diri pagi tadi."

Azman abah kepada Niza terkejut besar akan pengkuan yang diberitahu oleh ustaz Rahman.

"Betulkah ustaz?” Soal Azman.

"Saya sendiri pada mulanya susah nak percaya sebab saya tak pernah alami pengalaman sampai macam tu sekali selama saya merawat orang."

Muka Azman kelihatan merah padam seakan dendam yang belum puas lagi atas apa yang terjadi pada anaknya Niza.

"Abang man, beristighfarlah dan berdoalah baik-baik atas apa yang telah terjadi, sesungguhnya perkara macam ni terjadi ada hikmah yang baik disebaliknya abang man, jangan lah kita berdendam mengikut jejak langkah syaitan yang sememangnya musuh kita yang nyata."

Tahulah Azman akan perbuatanya itu menunjukkan raut wajah yang tidak sepatutnya dipertontonkan kepada ustaz Rahman.

Langkah kaki mereka bertiga terus memasuki ke unit ICU untuk mengetahui keadaan sebenar ustaz Ariff dan menanti dengan penuh kesabaran dari khabar doktor yang bertugas.

Kelihatan isteri kepada ustaz Ariff, isteri Azman dan dua rakan Niza yang masih setia menunggu akan berita susulan dari doktor mengenai kondisi ustaz Ariff.

"Assalammualaikum kak siti, macam mana keadaan ustaz Ariff kak, doktor ada bagitau apa-apa tak?"

"Waalaikummusalam, sebenarnya Man, dari tadi ustaz Ariff dimasukan ICU sampai sekarang doktor tak ada bagitau apa-apa lagi man, akak risau.” Memang jelas kerisauan yang ditunjukan oleh isteri ustaz Ariff pada ketika ini.

"Bersebarlah kak, sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan ya kak."

"Baiklah man."

Setelah 4 jam menunggu akhirnya doktor keluar dari bilik pembedahan untuk memaklumkam kepada waris ustaz Ariff iaitu isterinya kak Siti akan keadaan sebenar.

* * *
Sebulan selepas kejadian…
Malam jumaat yang kali ke 3 di rumah ustaz Ariff masih lagi berlangsung bacaan Yassin buat Allahyarham ustaz Ariff serta Allahyarham kekasih hati Niza iaitu Hafiz yang telah kembali ke rahmatulllah.

Menurut doktor yang bertugas ketika pembedahan kecatas ustaz Ariff, kematian ustaz Ariff akibat dari kompilasi kerosakan paru-paru serta kehilangan banyak darah ketika sesi rawatan terhadap Niza pada sebulan yang lalu.

Niza pula kini berada pada tahap kesihatan yang amat baik dan menjalani kehidupan seperti biasa serta tiada lagi gangguan-gangguan sihir yang dialami oleh dia seperti sebelum ini.

Sungguh keluarga Niza amat terhutang budi kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ariff dan juga ustaz Rahman kerana tidak putus asa untuk berikhtiar menyembuhkan Niza dari kejahatan sihir oleh Adam. Dalam masa yang sama, abah Niza iaitu Azman dengan senang hati menjadikan anaknya itu anak angkat kepada isteri Allahyarham ustaz Ariff iaitu kak Siti kerana pasangan tersebut tiada zuriat sejak berkahwin pada 40 tahun yang lalu.

Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu hanyalah dari Allah SWT dan dia tidak akan sesekali mengampunkan dosa hambaNya yang telah sesat mensyirikan Allah SWT.

Niza kini bekerja seperti biasa sebagai seorang jururawat. Dan ada seperkara yang membingungkan hati serta perasaan Niza semenjak dia sembuh dari disihir sebelum ini. Serta merta kehidupan Niza berubah kerana hijab dari mata dia terbuka sepenuhnya dan dapat menyaksikan makhluk halus yang berada di sekelilingnya dengan jelas dan nyata.

Inilah kisah Nur Aniza Binti Azman. Seorang gadis yang diburu oleh cinta gila akibat dari kesilapanya sendiri kerana memungkiri janji kepada seseorang yang bernama Adam sehingga bertindak di luar jangkaan...


-Tamat-
Karya: #Mehmet U'mar AbdulAziz
Karya merupakan hak cipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

Wednesday, 7 February 2018

RIWAYAT PENDENDAM SETIA (BAHAGIAN 4/5) - Mehmet U'mar Abdul Aziz




RIWAYAT PENDENDAM SETIA (BAHAGIAN 4/5)

Karya : #Mehmet U'mar AbdulAziz



Mata ustaz terus bermaling ke arah jam dinding rumahnya. Tepat menunjukan pukul 2.30 pagi. Serta-merta wajah ustaz Ariff kelihatan serius memandang Azman. "Kamu biar betul nak balik waktu macam ni? Tak apalah malam ni kamu dan anak isteri kamu bermalam sahaja di rumah saya. Jangan pulang dalam keadaan lewat malam macam ni, bahaya kalau jadi apa-apa.”

Azman kelihatan hanya menunduk kan wajahnya sahaja tanpa sepatah kata.

"Kamu janganlah segan Azman, kita kan sahabat, bermalam sahaja di rumah saya malam ni. Lagipun saya nak kena pulihkan sepenuhnya semangat pada anak kamu Niza pagi esok.”

"Ustaz Ariff, anak saya memang kena buatan orang ke? Boleh saya tau sapa sebenarnya yang buat anak saya sampai jadi macam ni?"

Ustaz Ariff kelihatan termenung seketika akibat dari persoalan yang dilontarkan oleh Azman. "Sebenarnya memang anak kamu disihir. Tapi saya tak boleh beritahu kamu siapa melainkan kamu sendiri kena tanya Niza dan kenapa punca terjadinya Niza di sihir.”

Kelihatan ustaz Ariff tidak mahu memberikan jawapan sepenuhnya kepada Azman kerana takut-takut jatuh fitnah terhadap orang yang tidak bersalah. Itu juga salah satu pantang larang buat sesiapa perawat islam yang tidak sewenang-wenang menamakan suspek yang menyebabkan berlakunya perkara syirik kerana jika ianya fitnah, besar dosanya kepada pengamal perubatan islam.

"Tak apalah ustaz, saya faham kalau ustaz tak boleh beritahu saya siapa punya angkara."

"Tapi..."

Dengan tiba-tiba ustaz Ariff bersuara semula untuk menyambung perbualan mengenai siapakah gerangan yang sebenarnya menjadi punca Niza disihir, kelihatan Azman semakin teruja.

"Jikalau kamu tahu Azman siapa orang yang buat benda tak baik pada anak kamu, kamu mesti berjanji jangan membalas seperti apa yang dia buat pada anak kamu."

"Saya berjanji ustaz, tapi siapa ustaz?"

Lagi sekali ustaz Ariff termenung seolah teragak-agak untuk beritahu akan siapakah sebenarnya punca Niza disihir.

"Macam yang saya beritahu kamu tadi Azman, hanya Niza sahaja yang dapat beritahu kamu siapa orangnya. Sama-sama kita tunggu esok bila anak kamu sudah dalam keadaan bersedia ya."

"Baiklah Ustaz.” Kelihatan Azman terpaksa akur dengan kata-kata ustaz Ariff yang tidak mahu memberitahu akan siapakah angkara sebenar perbuatan yang menyebabkan anaknya Niza disihir.

Pada keesokan harinya, Ahad jam 8 pagi.

"Niza bangun sayang, dah pagi ni"

Terkebil-kebil mata Niza dibuka apabila dikejutkan oleh mamanya dari lena yang panjang. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, tangan kanan Niza memegang kepala di bahagian kiri kerana merasakan pening yang amat sangat serta keliru dengan tempat yang tidak dikenalinya itu.

"Mama, abah, kita kat mana ni?"

"Kita kat rumah ustaz Ariff sayang. Abah dengan mama bawa kamu ke sini semalam, kamu tak ingat apa-apa ke Niza?” Tanya abah terhadap Niza.

Dalam keadaan yang masih keliru itu, Niza termenung seketika memikirkan bila kah kali terakhir dia teringat sebelum segalanya hilang dari pandangan Niza malam semalam.

"Azman, bagilah masa anak kamu tenangkan fikiran dia dulu, jangan paksa dia, nanti tertekan pulak dia kamu jugak yang risau.” Cadang ustaz Ariff kepada Azman yang turut berada di biliknya pada ketika ini. Azman hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat ustaz Ariff.

Setelah selesai mandi dan bersarapan pagi bersama keluarga ustaz Ariff, maka bermula sesi rawatan untuk mengembalikan semangat kepada Niza beserta soal jawab ustaz Ariff terhadap Niza atas apa yang menjadi puncanya sehingga dia disihir oleh seseorang.

Jam tepat menunjukan pukul 10 pagi.

"Niza, ustaz dah periksa seluruh keadaan dalam diri kamu, tiada gangguan atau mahkluk halus yang berada dalam badan kamu sekarang.” Pada keadaan ini kedudukan Niza kini berada di hadapan ustaz Ariff sambil diperhatikan oleh abah dan mamanya serta isteri kepada ustaz Ariff mengenai rawatan susulan yang sedang dijalankan.

"Kamu minum air yassin yang ustaz sudah baca kan ni. Dimulakan dengan niat kepada Allah supaya menguatkan kembali semangat kamu dan selawat ke atas Rasulullah SAW 3 kali ya."

Gelas di pegang sambil membaca seperti apa yang di ajarkan oleh ustaz Ariff dan serta merta diminum oleh Niza.

"Azman, air ni kamu sekeluarga boleh minum atau pun mandi sebagai pendinding diri kalau di ganggu oleh mahkluk halus. Lebih afdhal Azman kamu dan ahli keluarga kamu boleh membaca yasin di rumah kamu beserta air untuk kegunaan keluarga kamu sendiri ya.”

"Baiklah ustaz,” kata Azman kepada ustaz Ariff menunjukan yang dia faham akan tunjuk ajar yang diberikan oleh ustaz Ariff.

"Niza, boleh kamu ceritakan siapa yang buat kamu sampai kena sihir ni. Beritahu sahaja kepada ustaz apa yang terlintas di fikiran kamu sekarang.” Soal ustaz kepada Niza dengan sepenuh tumpuan yang diberikan.

"Adam.” Hanya sepatah nama yang keluar dari mulut Niza ketika ini.

"Kamu pasti ke yang lelaki tu punca kami disihir ni Niza? Tapi kenapa dia?"

"Ustaz Ariff, memang nama itulah yang anak saya Niza duk sebut-sebut. Seingat saya dia menjerit-jerit nama laki tu semasa di rumah.” Kali ini mama Niza pula bersuara untuk memberitahu kepada ustaz Ariff yang nama Adam itu sering menjadi punca Niza diganggu.

"Memang betul kata mama saya ustaz, Adam jugaklah menjadi punca Hafiz meninggal kemalangan jalan raya pada malam tu,” kata-kata Niza menambahkan lagi kejutan kepada ustaz dan yang lain berada pada ketika itu.

"Betul ke Niza apa yang kamu cakapkan ini?” Soal ustaz Ariff untuk menguatkan lagi kepastian yang Adamlah punca segala-galanya.

"Tapi kita kena ingat, selagi kita tidak ada bukti yang kukuh, kita tidak boleh memberikan 100% keyakinan yang memang Adamlah menjadi punca semua ini ya Niza.”

Kata-kata ustaz Ariff membuatkan Niza terdiam sambil tertunduk seketika kerana bagi Niza apa yang diperkatakan oleh ustaz Ariff seolah-oleh menepis dakwaan atas apa yang diberitahu oleh Niza yang sememangnya Adamlah punca segala-galanya.

"Macam nilah, Azman kalau selepas ni anak kamu diganggu lagi cepat-cepatlah hubungi saya ya. Kita cuma mohon perlindungan daripada Allah dalam apa jua situasi. Yang paling penting kita kena dekatkan diri kepada Allah supaya kita tidak lalai dan syaitan tidak ada peluang untuk merosakan iman kita."

Niza termasuk mama dan abahnya mengangguk tanda faham akan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan oleh ustaz Ariff.

"Ustaz, terima kasihlah sebab sudi menolong anak saya ni, hanya Allah sahaja yang balas budi baik ustaz."

Ucapan penghargaan dari Azman terhadap ustaz Ariff sambil diselitkan beberapa wang di dalam tangan ketika mereka bersalaman sebagai tanda untuk meminta diri pulang ke rumah mereka.

"Janganlah begitu sahabat, saya ikhlas. Kamu ambillah balik duit ni, sedekahkan kepada masjid atau anak yatim ya"

Ustaz Ariff menolak lembut akan pemberian ikhlas dari Azman disertakan dengan senyuman yang ikhlas.

"Baiklah ustaz, kami minta diri dulu, assalammualaikum"

"Waalaikummusalam sahabat.”

* * *

Setelah 2 minggu berlalu…
Kini kehidupan Niza kembali normal seperti biasa tanpa ada gangguan seperti mana yang Niza pernah alami sebelumnya. Niza juga dapat menerima dengan redha atas pemergian kekasih hatinya iaitu Hafiz pada 7 bulan yang lalu. Dia juga beroleh semangat yang baru untuk meneruskan kerja seperti biasa sebagai seorang jururawat di hospital bertempat di Kedah.

Niza bagaikan terlupa akan dendam kesumat Adam yang masih lagi membara terhadap Niza kerana memungkiri janjinya 10 tahun yang lalu. Tanpa disangka-sangka, dendam itu masih lagi memburu Niza.

* * *

Hari Sabtu malam Ahad yang dingin, kedengaran hujan masih lagi turun dengan lebatnya di luar rumah sewa Niza.

Niza beserta kawan serumahnya Alisha dan seorang lagi kawan bernama Laila yang baru sahaja seminggu menetap di rumah sewanya pada ketika itu sedang asyik melayan cerita Korea diiringi dengan gelak tawa yang girang.

Jam berdetik tepat pukul 10 malam…

"Weh, hangpa ni tak lapaq ka dari tadi duk layan movie korea ni?” Pertanyaan dari Laila kepada dua rakannya Niza dan juga Alisha membuatkan Niza memberhentikan seketika cerita Korea yang dilayan oleh mereka di laptop.

"Lapar jugak ni.” Sahut Alisha atas pertanyaan Laila sambil memegang perutnya yang kurus itu.

"Hang tak lapaq ka Niza?"

"Saya lapar la jugak tapi tak apa la korang pegi la makan, lagipun saya nak diet."

"Hang ni badan kurus keding nak diet apa lagi, lain la Alisha tu sado jer."

Mereka saling gelak ketawa akibat gurauan yang nakal dari Laila terhadap Alisha.

"Tak apalah korang pegi la makan, tapi hati-hati bawak kereta tu, kat luar hujan lagi.” Peringatan daripada Niza kepada dua rakannya sebagai tanda mengambil berat atas keselamatan terhadap mereka.

"Awak tak apa ke duduk sorang kejap ni Niza, betul tak nak ikut sekali?” Pertanyaan Alisha terhadap Niza membuatkan dia teragak-agak untuk memberikan jawapan.

"Em..tak ada apalah awak, saya ok je. Tapi kalau awak nak tolong bungkuskan pasembur untuk saya kat kedai mamak Pelita tu pun ok jugak hehe."

"Haa..memang kebetulan aku memang nak ajak hangpa makan kat kedai mamak Pelita depan taman kita tu."

"Tak apa la Laila, awak dengan Alisha je pegi ye. Saya tunggu kat rumah."

Setelah Alisha dan Laila keluar dari rumah untuk makan malam di kedai, Niza segera mengambil air wudhuk untuk mendirikan solat isyak yang tertangguh sebentar tadi akibat melayan cerita korea bersama rakan-rakanya.

20 minit telah berlalu setelah selesai Niza mendirikan solat isyak. Dengan tidak semena-mena, pintu rumah Niza diketuk bertalu-talu dengan panggilan nama Niza.

Tuk..tuk..tuk..

“Niza bukak pintu ni sat."

"Suara macam Laila,” getus hati Niza. "Kejap-kejap!”

Pintu dibuka, kelihatan Laila berlumuran darah di muka, habis basah lencun tubuhnya.

"Ya Allah apa dah jadi ni Laila?"

"Laila kelihatan sedih tak terkata, sambil teresak-esak menangis seperti anak kecil.”

"Dah-dah masuk dulu Laila.”

Niza segera menarik rakanya itu Laila masuk ke dalam rumah kerana ingin tahu akan hal yang sebenarnya yang terjadi kepada Laila dan Alisha.

"Kejap Laila, saya ambil tuala dulu untuk lap muka kamu dulu ya."

Laila hanya diam mengangguk sambil tersedu-sedu menunjuk kan kesedihannya. Tuala telah diberikan kepada Laila untuk membersihkan muka daripada luka-luka yang masih berdarah serta kebasahan dari hujan yang lebat dari luar rumah Niza.

"Laila mana Alisha? Apa dah jadi sebenarnya ni?” Niza masih lagi dalam keadaan cemas apabila melihat rakanya dalam keadaan pucat lesi yang teramat sangat.

"Saya dahaga, saya nak minum air dulu awak.”

"Baik-baik, kejap saya ambilkan.”

Terus terburu-buru Niza menuju ke dapur rumahnya memberikan Laila air untuk diminum. Sambil handfone masih di dalam genggaman Niza. Tiba-tiba ada seseorang membuat panggilan pada handfone Niza.

"Hello.” Niza menekan punat mengangkat panggilan tanpa menyedari nama dari panggilan terhadapnya.

"Niza, hang nak bungkuih ayaq apa? Tadi hang kata nak pasembuq gak kan?”

Terus Niza kaget. Senyap. Segala bulu roma terpacak dengan sendirinya. Tahulah Niza yang pemanggil itu adalah rakanya Laila. Dilihat ke arah skrin handfone miliknya, memang sah tertera nama rakan serumahnya iaitu Laila.

"Niza..hello? Weh awat hang senyap ni?"

Suara Laila masih lagi di dalam talian dan Niza menggerakkan kaki selangkah demi selangkah untuk melihat ke arah ruang tamu. Baru sebentar tadi kawannya Laila balik dengan berlumuran darah seperti kemalangan.

Lagi sekali Niza terkejut. Kali ini benar-benar membuatkan Niza kembali seram dan sama perasaan takutnya yang pernah Niza alami sebelum ini. Kelihatan tiada siapa di ruang tamu, hanya sehelai tuala biru milik Niza beserta cecair yang hitam pekat berbau hanyir yang berada di atas sofa. Seluruh tubuh Niza menggeletar.

"Laaaillla..balik laa cepaattt!"

Laila kehairanan mendengar suara rakannya Niza itu seperti terketar-ketar seolah dalam keadaan ketakutan.

Tiba-tiba muncul satu makhluk berambut panjang, lidah bercabang dua terjelir hingga ke paras dada. Matanya merah menyala. Dan tidak semena-mena lampu rumah berkelip-kelip. Niza terjatuh melutut secara tiba-tiba sehingga handphone terlepas dari genggaman. Tahulah Niza bahawa dia kembali diganggu. Cuma kali ini lebih dasyat.

"Niza..Niza..wei bunyi apa tu? Awat hang senyap ja ni Niza?”

Dunia Niza kembali gelap-gelita seperti sebelum ini yang pernah dia alami.

* * *

"Niza....Nizaa...bangun sayangku Niza. Sampai bila awak nak tidur ni?"

Rambut Niza dibelai oleh seseorang, mata Niza terkebil-kebil bangun untuk mengenal pasti siapakah yang mengejutkannya daripada lena.

"Niza ku sayang, awak masih hidup..belum mati lagi sayang hihi."

Terbeliak mata Niza akibat terkejut kerana dia kenal sangat akan suara yang menjengah di telinganya itu.

"Adam!"
"Ya saya ni Adam kekasih hati awak sayang hihi."
"Cilaka kau Adam! Aku kat mana ni hah?!"
Niza memerhati keadaan sekeliling yang tidak dimengerti olehnya.

"Awak tak kan la tak tahu tempat ni kat mana sayang?"

Dengan tidak semena-mena keadaaan sekeliling Niza berubah sama sekali menjadi kawasan di hadapan sebuah sekolah menengah.

"Inilah tempat yang awak berjanji pada saya. Dan sekarang awak telah memungkiri janji!!!"

Kelihatan wajah Adam merah padam dan merah matanya sehingga ternampak urat-urat yang menjalar dari dalam matanya.

Niza terus menutupkan matanya sambil membaca sesuatu kerana dia yakin yang kini dirinya kembali diganggu oleh sihir dari Adam.

"Hahahahahah. Apa kau baca tu Niza? Hahahaha. Dasar manusia penipu! Kau ingat aku takut? Padahal dalam hati kau penuh dengan keraguan..hahahahah."

"Aku mintak maaf Adam, tolong jangan buat aku macam ni."

Merayu Niza dalam tangisan yang teresak-esak. Tetapi tidak diendahkan oleh Adam yang sedang berdiri di depanya ketika ini.

"Hahahaha, kau fikir selepas kau berubat hari tu aku dah kalah? Kau silap Niza, kau silap! Inilah balasan kau yang memungkiri janji dan cuba melawan aku! Hahaha."

Secara tiba-tiba tangan kiri Niza muncul satu gunting yang tajam dan secara sendirinya tangan Niza menghala ke mulutnya sendiri seolah ada satu kuasa lain yang menggantikan kudratnya.

"Tolong aku Adam, jangan buat aku macam ni, tolong aku Adam, aku mintak maaf!”

Rayuan Niza tidak diendahkan oleh makhluk yang berada di depanya ketika ini yang sedang dalam ketawa keseronokan.

"Hahahahahah!"

Dengan tidak semena-mena, ada satu suara yang halus memasuki ke telinga Niza ketika dia dalam situasi bahaya.

"Niza, mintalah pertolongan pada Allah. Dia yang Maha mendengar akan rayuan hambanya."

Tiba-tiba Niza teringat akan ayat yang diajar oleh Ustaz Ariff semasa dia dirawat sebelum ini. Tetapi belum sempat Niza hendak membaca sebarang kalimah Allah, dalam masa yang sama Adam menuturkan bacaan sesuatu yang Niza tidak fahami. Serta merta membuatkan mulut Niza memuntahkan darah yang pekat dan teramat busuk.

"AJAL MU AJAL, TENTERA KU DATANG SAKTI KU UNDANG, UNDANG AWAN-AWAN KU UNDANG!"

Semakin kerap Adam mengulangi ayat itu semakin banyak muntah yang Niza keluarkan dari mulutnya sehinggakan Niza kembali tidak sedarkan diri.

* * *

"Azman, anak kamu ni dah semakin teruk kena sihir dengan orang yang sama. Dan memang betul pemuda itu puncanya, izinkan saya untuk hapuskan sihir ni sepenuhnya."

"Itulah yang sebaiknya ustaz, tolonglah anak saya."

Kedengaran di telinga Niza pada ketika ini suara orang berzikir dan suara yang Niza kenali iaitu abahnya sendiri. Niza masih lagi tidak dapat berbuat apa-apa, matanya tidak dapat dibuka, kudratnya hilang entah ke mana. Hanya bertawakal sahaja berserah segalanya pada yang Esa.

Ustaz Ariff bersama rakanya bernama ustaz Rahman berhempas pulas merawat Niza dengan bacaan ayat suci Al Quran bagi mematahkan gangguan sihir yang dilakukan oleh seseorang.

"Azman tolong angkat badan anak kamu dalam keadaan duduk menghala ke arah kiblat."

Ustaz Ariff mengarahkan Azman untuk mengubah posisi badan Niza dari keadaan terbujur kaku berbaring kepada keadaan duduk. Tujuan Ustaz Ariff mengarahkan sedemikian adalah untuk mengeluarkan bisa-bisa sihir yang telah beraja dari dalam badan Niza ketika ini.

Kedudukan Ustaz Ariff di belakang badan Niza, manakala ustaz Rahman diarahkan untuk memegang kaki bersama Azman bagi mengelakkan seberang kejadian yang tidak di ingini. Tangan kanan ustaz Ariff diangkat paras tidak lebih dari bahu belakang Niza. Serta merta jari telunjuk diisyaratkan sebagai mengucap dua kalimah Syahadah ketika di dalam solat. Bacaan dari bibir Ustaz Ariff kembali bergema...

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani."

Al-Fatihah dibaca beserta dengan ayat Al-Baqarah dari ayat 1 hingga 5. Belum sempat pun ustaz Ariff nak menghabiskan bacaannya sehingga ayat terakhir, bacaan tiba-tiba terhenti. Suasana sunyi seketika.

"Ustaz Ariff, kenapa diam ni?” Ustaz Rahman menegur ustaz Ariff yang kelihatan secara tiba-tiba senyap tidak meneruskan pembacaannya.

"Abang Azman, pegang kuat-kuat kedua kaki anak abang ni ya." Tangan Ustaz Rahman dilepaskan dari kaki Niza serta menuju ke arah ustaz Ariff yang tiba-tiba kaku sambil memejamkan mata.

"Ustaz..ustaz..ok tak ni?"

Ustaz Rahman mengejutkan ustaz Ariff dengan membisikan di telinga kanannya. Ustaz Rahman memegang bahu Ustaz Ariff tetapi terus melepaskan tangannya.

"Ustaz Rahman, kenapa dengan Ustaz Ariff?” Soal Azman kepada ustaz Rahman.

"Saya tak pasti abang man, bila saya sentuh bahu ustaz Ariff, tangan saya tiba-tiba jadi panas macam tersentuh api." Ustaz Rahman menerangkan kepada Azman atas apa yang terjadi bila ustaz Rahman menyentuh bahu ustaz Ariff.

"Sekarang ni, apa yang perlu kita buat ustaz?"

Soalan itu ditanya pula oleh murid ustaz Rahman iaitu Akmal yang sememangnya mengikuti perjalanan rawatan yang sedang berlangsung sejak dari tadi.

"Akmal, kamu tolong baca Ayat Qursi beserta Al-Baqarah Ayat 1-5 sampai habis, ustaz akan cuba ikthiarkan apa yang patut. Ingat walau apa pun terjadi teruskan membaca tau Akmal."

"Baiklah ustaz Rahman."

Akmal merupakan salah seorang murid kepada ustaz Rahman dari pondok kepunyaan ustaz Ariff. Dia terus membaca ayat seperti yang disuruh oleh ustaz Rahman. Dalam masa yang sama ustaz Rahman menyentuh bahu ustaz Ariff dengan cara yang sama seperti ustaz Ariff lakukan terhadap Niza.

Kali ini giliran ustaz Rahman pula dalam keadaan kaku seperti ustaz Ariff. Bacaan dari mulutnya juga sudah tidak kedengaran oleh Akmal serta yang lain turut berada di rumah ustaz Ariff seperti isterinya, mama dan abah Niza serta dua lagi rakannya Alisha dan Laila.

Akmal menyedari situasi tersebut lalu meneruskan bacaan ayat yang disarankan oleh ustaz Rahman berulang-ulang kali.

* * *

Di suatu dimensi lain...
Ustaz Rahman terus membuka matanya setelah merasakan yang dirinya kini seolah tidak lagi berada di dalam rumah ustaz Ariff tetapi di dalam rumah seperti rumah kampung milik seseorang yang kelihatan seperti seorang bomoh

Di depan ustaz Rahman terdapat barang-barang untuk memuja yang berunsurkan khurafat serta syirik terhadap Allah.

"Astaghfirullahhalazim!"

Istighfar banyak kali ustaz Rahman apabila terpandang dua keping gambar seorang pemuda lelaki dan seorang perempuan yang sudah semestinya wajah Niza anak kepada Azman. Gambar pemuda itu telah hancur beserta darah yang pekat manakala gambar Niza hampir-hampir musnah dijilat oleh api yang dibakar bersama jarum yang telah dicucuk ke gambar Niza di wajahnya.

"Khurafat!"

Marah ustaz sendirian apabila matanya melihat sendiri akan barang-barang yang mensyirikkan Allah SWT. Lalu tanpa membuang masa ustaz Rahman mahu membakar tempat tersebut. Tiba-tiba niatnya terhenti setelah mendengar seseorang membaca ayat suci Al-Quran disertakan dengan suara yang garau membaca sesuatu yang sukar difahami oleh ustaz Rahman luar rumah tersebut.

-Bersambung-
Karya: #Mehmet U'mar AbdulAziz
Karya merupakan hak cipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.