Wednesday 28 June 2017

KEBUN ORANG - Kamarul Ariffin Nor Sadan


Aku dulu bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Bandar Penawar. Sekitar tahun 1998-2002, Bandar Penawar tu bandar koboi. Apa pun tiada. Kalau nak outing, kena pergi ke bandar Kota Tinggi yang jaraknya hampir 50km Bandar Penawar, baru ada kedai snooker, jamming, pizza, Marrybrown dan sebagainya.
Sekolah aku pun masa tu baru siap. Aku batch ketiga. Jiran sebelah kami, sebuah sekolah asrama juga. Hadapan kami pun sekolah asrama. Di sisi lain pula, belukar dan hutan belantara. Siap ada babi tunggal yang sering menampilkan diri pagar belakang sekolah.
Entah apa punya benak ketika itu, selalu juga pelajar fly keluar sekolah pada waktu malam walaupun kami tahu di Bandar Penawar tiada apa-apa. Pergi kedai makan, beli makanan. Pergi kedai runcit, beli rokok. Itu sahaja motifnya. Mungkin kerana ketika itu darah muda gemar memberontak. Melanggar undang-undang dikira cool.
Nak fly ni ada banyak cabaran. Takut ditangkap oleh warden. Perlu lalu hutan. Perlu sembunyi dalam longkang untuk elak dikesan. Perlu lalu kebun orang. Sekitar sekolah tu ada kebun pisang, dan kebun tembikai.
Cerita yang aku nak cerita ni pasal pengalaman ceroboh kebun orang.
Malam tu, beberapa orang pelajar rancang untuk fly. Aku pun join sama. Jam 10 malam kami dah panjat pagar belakang asrama. Semua berjalan lancar. Masuk longkang. Keluar longkang. Lintas jalan. Masuk longkang semula. Keluar balik. Masuk kebun entah siapa.
Suspens weh ceroboh kawasan larangan. Semua orang pasang telinga. Mata meliar sana sini. Takut-takut pemilik kebun datang. Sedang menyelinap macam tikus, tiba-tiba aku nampak sesuatu bergerak-gerak di atas tunggul pokok yang telah ditebang.
“Weh, apa tu weh?” tanyaku.
“Hoi bodoh! Benda pelik jangan tegur. Jalan je.” balas kawan aku.
“Aku tak sedap hatilah. Entah-entah hantu kot” kata aku, si bodoh yang mulutnya celupar.
“Cibaileksep*! Mulut kau ni, tak ada insuranslah, Chaku.” balas seorang lagi kawan aku.
Aku yang naif ni buat tak tahu dan menghampiri susuk aneh itu. Bila aku dah dekat, tiba-tiba benda tu melompat sambil mengibas-ngibas sayapnya dan berkokok. Nasib baik kakinya tertambat pada tunggul. Kalau tidak, memang aku ditaji-taji oleh ayam jantan tu.
Sebab ayam tu bising, kami terus kelam kabut lari meninggalkan kebun berkenaan, takut pemilik kebun pergi periksa. Niaya kalau kantoi tengah fly. Pasti kena gantung sekolah.
Apabila sampai kat kedai makan. Kami cerita semula pada tentang perkara tadi.
“Bodohlah kau, Chaku. Nasib baik tak kantoi.” kata seorang kawan kepada aku.
“Ada juga orang guna ayam untuk jaga kebun, ek.” ujarku.
“Hoi bodoh! Ayam tu bukan untuk jaga kebun.”
“Habis tu?” soalku keliru.
“Itu untuk habuan untuk penjaga kebun.”
“Siapa penjaga kebun tu?” soalku lagi.
“Apa bodoh sangat kau ni?”
“Kau tak tahu ke, kalau ada ayam jantan di ikat kat tunggul, itu untuk jamu penanggal lah bodoh!” tambah seorang kawan.
“Jap. Jap. Jap. Maksud kau, kebun yang kita lalu tadi tu, ada penanggal? Mana kau tahu pasal benda ni?” ujarku.
“Itu general knowledge lah, bengap.”
"Oooo. Mana aku tahu. Aku budak urban." ngaku aku.
"Kau bukan budak Ulu Tiram ke? Urban celah mana?" ujar kawanku lalu menepuk ubun-ubun aku.
Masa balik ke asrama, kami ikut jalan lain. Jalan yang kurang angker, tapi lebih susah sebab kebunnya ada anjing. Masa kami rentas kebun tu, anjing menyalak bukan main kuat. Kami lari macam tak cukup tanah. Berdesup.
Namun, jika dibandingkan dengan anjing, ternyata aku larian ku tidak berapa laju. Kedengaran dengus nafas anjing di belakangku. Aku kumpulkan segala kudrat untuk berlari lebih pantas. Malangnya, anjing-anjing tu semakin dekat dan dekat. Tiada lagi tenaga yang bersisa dalam tubuh aku, lalu aku terjelepok jatuh tersembam ke bumi.
Ketika aku angkat muka, aku lihat berdesup anjing itu melempasi sisi aku. Ia menyalak ke langit dan bila aku teliti betul-betul, baru aku perasan anjing tu tak salak pada kami. Anjing tu menyalak pada penanggal yang mengekori kami.
Celaka betul!
Sekarang aku nak kejar kawan-kawan aku ke tidak? Sebab kalau aku kejar mereka maksudnya aku kejar penanggal yang sedang mengekori mereka.
Akhirnya aku ikut japan lain untuk pulang ke asrama. Semua orang berjaya balik dengam selamat Nasib baik tak kantoi dengan warden.
Itu kali terakhir aku fly.


Nota: Cibaileksep = gabungan cibai+rileks+sep(save) . Ia respon yang disebut jika seseorang menyebut sesuatu perkara yang tak patut disebut.
Jika anda ada kisah angkar yang ingin dikongsikan bersama pembaca Arkib Angker Negara, kirimkan kisah seram anda di inbox kami. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda.

Tuesday 27 June 2017

BUDAK - Xander Xavier


Belajar di negara orang merupakan pengalaman baru buat diriku. Begitu banyak untuk dipelajari termasuklah budaya dan sejarah silam masyarakat setempat. Untuk menyesuaikan diri bukanlah sesuatu yang mudah. Namun… apa yang boleh kita lakukan sekiranya masyarakat itu sendiri yang tidak mahu bercerita tentang sejarah mereka ?
11 malam. Aku pulang lewat pada malam itu kerana tugasan yang menimbun dan harus diselesaikan sebelum dihantar pada minggu hadapan. Bergelar mahasiswa jurusan ‘architecture’ bukan sesuatu yang mudah. Jiwa harus kental, mental harus kuat. Fizikal harus mantap.
Aku mengayuh basikal untuk pulang ke rumah sewa yang menempatkan 6 orang pelajar Malaysia berlainan kursus termasuk aku. Hanya mahasiswa tahun pertama dibenarkan untuk tinggal di dalam kawasan university di Philadelphia ini.
Rumah sewa itu terletak agak di pendalaman berhampiran dengan rumah anak-anak yatim. Rakan-rakanku yang lain telah pulang terlebih dahulu.
Lampu suluh di tangan kiri dan tangan kanan masih mengawal basikal, aku kehilangan keseimbangan apabila terlanggar sesuatu di atas jalan raya. Aku tertiarap di atas jalan berturap.
Aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku dari jarak dekat. Aku menoleh. Kaki budak. Aku mangangkat muka. Betul ada seorang kanak-kanak lelaki sedang tersenyum kepadaku. Dia menghulurkan tangannya.
“Are you okay, sir ?” aku menyambut huluran tangannya itu. Aku berdiri walaupun masih ada rasa sakit di lutut.
“Yes, I’m good. What are you doing here in the dark ?” aku bertanya langsung terlupa apa yang aku langgar tadi.
“Let’s play together,” dia menarik tangan kananku.
Dia membawaku ke dalam hutan namun tidak begitu jauh dari jalan utama. Kami masuk ke dalam sebuah kotak. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh muat ke dalamnya.
Aku kesejukkan. Ketika itu adalah pertengah musim sejuk. Sementara budak di hadapanku ini, hanya di baluti oleh sehelai selimut. Dia tidak memakai pakaian.
Dia menunjukkan mainan-mainan yang diperbuat daripada ranting kayu. Mungkin dibuatnya sendiri. Aku tidak senang duduk, aku harus pulang untuk menyiapkan tugasanku.
“Boy, look. It is nice to play with you. But, I must go. My assignments are waiting for me. I will lose my scholarship if I couldn't perform well,” aku cuba memujuknya untuk melepaskan tangan kananku yang digengamnya sejak tadi.
Tiba-tiba dia menangis. Mukanya menunduk ke bawah. Pada mulanya tangisan itu adalah perlahan namun lama-kelamaan ia menjadi semakin kuat seakan-akan jeritan.
Budak itu mengangkat mukanya sambil menjerit nyaring. Matanya hanya putih. Badannya juga mula menunjukkan lebam yang semakin lama semakin banyak dan merebak. Daripada lebam ia membengkak dan kulitnya terkoyak sedikit demi sedikit.
“Astaghfirullah !!!!” aku menjerit ketakutan.
Aku tidak tahu mahu lari ke mana. Aku hanya menutupi mataku menggunakan tangan.
Kotak yang kami duduki itu tiba-tiba bergoyang. Aku melihat ada dua orang pegawai polis membuka kotak terbabit.
Tanpa berkata banyak, mereka menarikku keluar daripada kotak terbabit dan masuk ke kereta peronda. Setelah agak jauh daripada kawasan tersebut, otakku masih belum dapat mensintesis apa yang telah berlaku.
Salah seorang daripada mereka yang berada di kerusi penumpang hadapan menghulurkan kopi panas untukku. Aku menhirupnya perlahan.
“Are you a student? Where is your home ? We found your bicycle and we thought the’re must be someone in the woods,” pegawai polis yang sedang memandu itu bersuara.
“What happened to me just now ?” aku mengeluh. Mereka juga mengeluh dan kedengaran lebih berat daripada keluhanku.
“In 1957, there was a boy, found in a box. He was dead already at the time. He was a victim of a homicide. He was found naked and covered with a blanket in that box. Sign of severe malnourishment and a lot of scar. That box was found right in the spot of where you are just now,” pegawai polis yang memberikan aku kopi tadi bercerita. Aku kebingungan.
“What you see just now is his spirit. We couldn't find his murderer. There is also a speculation said that he was killed at the nearby orphanage before we found him in the box at the woods,” pegawai polis tadi menyambung ceritanya.
Aku juga diberitahu bahawa mereka akan mengadakan rondaan di situ pada tiap-tiap malam kerana begitu banyak laporan mengatakan bahawa mereka terserempak dengan kanak-kanak lelaki terbabit.
Mereka juga berpesan supaya jangan pulang pada lewat malam dan lebih baik untuk tidur di kampus sahaja. Walaupun berita mengenai kanak-kanak ini sudah tersebar luas melalui Google namun, masyarakat setempat masih tidak suka untuk membicarakannya kepada penduduk baru. Pada mereka, biarlah kisah itu menjadi lagenda sahaja.
“By the way, you should just leave that blanket,” pegawai polis tadi menunjuk ke arah selimut yang aku pegang.

Sejak bila aku pegang selimut budak tu?





Suntingan: Arkib Angker Negara

*Jika anda ada kisah angker yang ingin dikongsikan dengan pembaca, kirimkan kisah anda ke inbox kami. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda

Friday 23 June 2017

DEJAVU - Karl Akmal


Tersedar dari lamunan dek terlalu fokus dengan kerja yang perlu disiapkan segera. Melihat jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 9 malam. Lantas aku capai beg dan kunci kereta berlari ke arah lift. Ciss..lift berada di tingkat 1 sedangkan aku berada di tingkat 10. Tiba-tiba lift terhenti lama di tingkat 6.
Hampir 5 minit aku menunggu lift tadi tidak kunjung tiba. "Cepatlah wehh.." aku merungut dalam lesu. Aku ambil keputusan untuk turun melalui tangga ke tingkat 5. Tiba di pintu penghadang api kebakaran aku cuba mengintai siapa yang berada di lift. Pintu lift terbuka dan tidak tertutup. Semasa aku cuba menuju ke pintu lift semacam angin bertiup menyapa pipi aku. Pusing kepala menghala ke kanan tiada siapa disitu.
Aku ambil keputusan untuk terus turun melalui tangga sambil berlari. Dengan kepantasan larian aku akhirnya sampai ke tingkat bawah. Sambil berjalan laju melintasi stesen pengawal keselamatan, aku hairan kerana tiada sesiapa di situ.
Pelik rasa malam ini tidak seperti malam-malam yang selalunya. Tapi ada aku kisah?
Semasa di tempat parkir bawah tanah, sememangnya agak sunyi dan hanya tinggal beberapa buah kenderaan. Suasana agak hangat sebab kekurangan ventilasi. Hanya berjalan perlahan sambil mengesat peluh tetapi aku perasan seperti ada yang mengekori aku dari belakang. Mungkin tuan empunya kereta di sebelah kereta aku.
Sekali lagi aku pelik tiada siapa disitu. Aku mula agak seram sejuk walau hangat disitu. Tanpa buang masa, aku terus membuka kereta dan menghidupkan enjin. Sekali saja sudah hidup enjin. Nasib baik bukan seperti klise cerita-cerita seram dalam TV— masa nak hidupkan enjin la macam-macam berlaku. Masuk gear dan terus meluncur keluar dari kotak parkir menuju ke pintu laluan keluar.
Hari ini memang silap aku kerana lambat datang kerja. Makanya kena parking jauh di basement 3A, dan untuk sampai ke pintu keluar mengambil masa 3 - 5 minit. Seperti biasa, aku akan mengikut arahan tanda KELUAR. Sambil menekan punat radio, aku terus mendengar lagu-lagu dari radio PANAS.fm.
"Eh..dah banyak kali aku pusing dan naik tapi tak jumpa lagi jalan keluar? Biar betul" aku merungut sendirian.
Seketika aku menekan brek untuk meninjau arah. Aku buka pintu kereta dan berdiri dengan pantas melihat arah di papan tanda.
"Betul dah tapi mana jalan ni?"
Terus aku teringat kata orang tua kalau masih berada di jalan atau tempat yang sama, bacalah apa yang patut mungkin mata kita telah di selindung. Mulut aku berkumat-kamit dengan bacaan ayat Qursi. Aku nekad dalam berani tak berani, aku terus memandu ikut arah papan tanda. Diakhir ayat Qursi aku terus namapk jalan keluar dan cahaya lampu jalan raya. Alhamdulillah dalam hati masih resah adakah aku telah lalui kisah-kisah alam ghaib?
Tak mungkin.
Jam telah hampir pukul 10 malam dan aku masih berada di sekitar lebuhraya persekutuan untuk menuju ke rumah aku di Puncak Alam. Hanya bertemankan radio sambil aku menyanyi kecil lagu lagu yang tak semuanya aku tahu liriknya. Sekitar 15 minit kemudian, aku telah masuk ke kawasan Puncak Perdana di mana laluan di situ amatlah gelap hanya diterangi dengan lampu kenderaan sahaja. Itupun boleh dikira dengan jari.
Sesekali aku melihat dikiri kanan jalan mana tau ada hantu Al Tantuya. Selalu saja rakan sekerja aku mengusik lantaran aku selalu pulang lewat ke rumah. Celaka betul. Seketika leka dengan jalan yang berbukit-bukau, tidak semena-mena lampu besar memancar kuat ke arah kereta aku dari arah belakang.
"Celaka betul siapa yang high beam kat aku."
Aku memperlahankan pemanduan untuk memberikan haluan kenderaan di belakang untuk memotong. Sepantas kilat kenderaan berwarna putih itu terus potong dan memecut laju sambil hon berkali-kali. Kenapa pula si pemandu itu hon banyak kali sambil nampak bayang tangannya seolah-olah menunjukkan sesuatu ke arah belakang. Buat tak tahu sudahlah brader.
Aku suka cakap sorang-sorang bersekali dengan merungut. Akhir tiba di persimpangan rumah apartment kos sederhana. Semasa aku parking kereta dari bawah aku seolah-seolah diperhatikan oleh satu lembaga di tingkap rumah aku sendiri.
Perlahan menutup dan mengunci pintu kereta aku terus berjalan menaiki tangga ke tingkat 3. Bunyi salakan anjing di kawasan semak berhampiran membuatkan aku teringat cerita serigala jadian yang selalu dalam midnight movie kat TV2.
"Kreeekkk...".
Ku petik suis lampu dan kipas lantas terang benderang rumah aku disinari lampu kalimantang. Lalu menukar pakaian di bilik untuk mandi. Sudahlah mandi waktu malam air pula sejuk tahap gaban.
Selesai solat isyak aku terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Sudah menjadi kesukaan aku apabila menonton TV dengan menggunakan lampu kuning manakala lampu lain dipadam bagi menimbulkan mood tenang. Mula-mula aku buka siaran TV3, tapi bosan dengan cerita slot-slot yang di tayangkan. Lagi-lagi kisah cinta, keluarga dua darjat, skandal.
Mata sudah kuyu dan mengantuk. Siaran televisyen menjadi gelap seketika dan tiba-tiba aku melihat kelibat seorang pelakon di televisyen berlari menuju ke lift di dalam sebuah bangunan. Kemudian pelakon itu menuju ke tangga dan menuruni tangga dengan pantas dan terhenti ke tingkat 6. Semasa itu pelakon meninjau ke pintu lift satu lembaga hantu berpakaian putih melintas di depannya menuju ke dalam lift. Aku mula berkerut dahi.
Rasa seperti dejavu!
Lantas aku mengagak aksi pelakon itu yang terus menuju ke tangga sambil berlari menuju ke ground floor dan kemudian melintasi di depan stesen pengawal keselamatan dengan muka yang penuh tanda pelik. Seketika kamera memfokus ke satu lembaga di meja pengawal sedikit pun tidak menjejaskan si pelakon itu. Aku sudah rasa meremang bulu roma.
Aku ke tu?
Aku terus menonton.
Memang benar! Baru aku tahu kenapa aku tidak jumpa jalan keluar dari basement. Rupanya di dalam kereta aku ada lembaga itu. Di jalan Puncak Perdana pula brader yang memotong sambil menunjukkan sesuatu rupanya ada suatu lembaga menuntun di belakang, kereta. Jantung aku berdegup kencang apabila babak pelakon di TV sudah tiba di parking lot di rumah. Kamera mengfokuskan kedudukan lembaga putih di jendela dan dari atas kelihatan si pelakon berjalan menuju ke tangga untuk ketingkat 3.
TIBA-TIBA..!!!!
Aku dengar bunyi kunci dimasukkan dan bunyi grill digoncang kuat disertai dengan ketukan pintu. Peluh jantan dan rasa seram sejuk bersekali bulu roma tegak berdiri. Mata aku tak lepas melihat di pintu dengan degupan kencang jantung dan nafas turun naik.
Aku menjeling ke arah TV dan melihat ada scene di ruang tamu dengan lampu kuning dan si pelakon duduk di sofa yang juga melihat ke arah pintu manakala di sebelah kirinya ada lembaga putih menghampiri dengan perlahan.
Aku pula terus pusing melihat di sebelah kiri ....................
Dejavu
Si pelakon dan bukan si penonton 





Nukilan : @Karl Akmal (https://www.facebook.com/dak.mal.5)

Suntingan : Arkib Angker Negara

Jika anda ada kisah yang ingin dikongsikan, boleh hantar ke inbox Arkib Angker Negara. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda.

Sunday 18 June 2017

UBAT - Tajul Ariffin Norsadan


Saya Dewi. Baru je melapor semalam” aku menghulurkan tangan melengkap tanda perkenalan.
“Oh! nama kakak, Asriani. Panggil je Kak Ani.” Kami bersalaman.
“So, first time la on-call malam ni ?” Tanya Kak Ani.
Kak Ani. Umur, mungkin 30-an. Agak rendah dari aku. Kurus. Kulit, sawo matang. Mungkin sudah lama disini. Aku mesti banyak belajar dari Kak Ani.
“Eh, kenapa termenung je? Tak apa, nanti kakak ajar awak kerja-kerja malam ni ok?” Kak ani tersenyum.
“OK!” jawabku.
Nampak baik. Semoga memang baiklah orangnya. Setakat dua hari ini, aku jumpa semua jururawat yang ada dan hampir semua baik dan sangat membantu antara satu sama lain. Kalau aku di hospital lama, memang aku sahajalah yang buat kerja. Yang lebih senior hanya datang goyang kaki. Aku yang baru inilah yang terkial-kial sendiri.
Rumah Sakit Umum Daerah Labuang Baji lebih dikenali RSLB. Didirikan pada tahun 1938 semasa perang dunia kedua. Hospital ini menjadi tempat rawatan anggota tentera yang cedera semasa perang. Ada yang selamat dan banyaknya yang terkorban. Sekarang, hospital ini kelihatan agak usang dan kurang terjaga. Peralatan-peralatannya juga masih menggunakan barang lama. Seperti contoh masih menggunakan katil kayu di wad. Inilah hospital yang aku bertugas sekarang.
Aku bertugas di wad pediatrik. Wad yang penuh dengan kanak-kanak dan penjaga mereka. Sama ada ibu bapa mahupun datuk atau nenek mereka. Kebiasaan orang di sini, mereka membawa ramai keluarga untuk menjaga. Mahu dihalaunya kesian kerana kadang-kadang mereka ini datang dari jauh. Perjalanan berjam-jam untuk sampai disitu. Kalau dihalau juga mereka tetap akan tidur dihospital tetapi diluar pagarlah. Jadi kami biasa akan hanya menutup sebelah mata untuk kejadian-kejadian seperti ini. Biasanya keluarga mereka akan tidur dibawah tempat tidur pesakit.
Tugas malam ini berjalan lancar. Semua dalam keadaan tenang. Harap tidak diserang kemasukan pesakit secara mendadak. Sekali-sekali terdengar suara bayi menangis. Lalu diam kembali. Pasti sudah sudah dipujuk oleh ibunya. Itulah keadaan di wad pediatrik.
“Dewi, ubat semua dah kasi?” tiba-tiba aku ditegur Kak Ani.
“Eh Kak! Terkejut saya. Dah kak. Semua dah bagi. Tinggal pukul 6 pagi nanti punya je.” Aku membalas.
“Tu la kau berangan je. Semua OK je kan? Kalau OK, gi la tidur dulu.” Kak Ani.
“OK kak. Tapi saya tidur sini je la. Saya ni kalau dah naik tilam memang tak sedar. Kak tidur la dalam. Kalau ada apa-apa saya kejutkan.” Aku menjelaskan. Aku sudah terbiasa dihospital lamaku. Jadi aku terbawak-bawak melayan seniorku seperti itu.
“Boleh ke tidur situ? Tak selesa la tidur kat meja. Muat je tidur kat dalam tu.” Pelawa Kak Ani.
“Tak pe kak. Saya kat tidur sini je.” Menolak pelawaan Kak Ani dengan lembut.
“Suka hati kau la Dewi. Kalau ada apa-apa kejut kakak OK! Nanti kul 6 kita bagi ubat sama-sama.” Kak Ani terus masuk ke dalam bilik yang disediakan.
Jam sudah pukul 1 pagi. Semua masih tenang. Tiada pula panggilan dari jabatan kecemasan untuk kemasukan pesakit baru. Aku meletakkan kepala di atas lenganku. Sambil melihat-lihat di laman Facebook, akhirnya aku terlelap. Sepi. Gelap.
********
“Kring!!!! Kring!!!”
“Eh, pukul berapa ni?” Aku terjaga dari bunyi penggera dari telefon bimbitku.
6.10. Terlambat. Banyak pesakit yang aku harus beri ubat. Aku langsung ke bilik untuk membangunkan Kak Ani. Tetapi, tiada. Mungkin Kak Ani sudah mula memberi ubat. Aku langsung ke trolley¬ ubat. Betul. Semua ubat untuk semua bed sebelah kanan sudah tiada. Pasti Kak Ani sudah mula memberi. Aku bergegas mengambil semua ubat-ubat untuk semua bed sebelah kiri. Aku mula memberi semua ubat kepada pesakit-pesakitku.
Ini bed terakhir. Setelah itu, tinggal tunggu jam 8 pagi dan tamat shift malam pertamaku. Nasib baik malam ini tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya tenang-tenang sahaja.
“Dik, ibu ayah mana?” Tanyaku kepada pesakit.
“Oh, ntah kak. Tadi ada. Keluar kot.” Katanya.
“Adik Hendra kan?” Aku hanya memastikan namanya.

“Ye kak.” Balasnya.

“Kakak kasi ubat eh untuk pagi ni.” Aku menjelaskan kepadanya.
“Eh? Kakak, tadi dah ade nurse bagi ubatlah!”
“Dah dapat ubat?” aku terpinga-pinga.
“Ha’ah dah dapat. Cucuk kat sini kan?” ujar pesakit berumur 8 tahun itu.
“OK tak pe. Kakak check balik ye!”
Pelik. Ubat adik Hendra ini masih ada, tapi katanya, ubatnya sudah diberikan. Baik aku bertanya ke Kak Ani, mungkin dia sudah memberikan ubat untuk adik Hendra. Jadi masalah pula kalau diberikan dua kali. Aku pun pergi mencari Kak Ani.
“Kak! Kakak dah bagi ubat untuk pesakit atas nama Hendra kat bed ujung tu ke?” aku bertanya ke Kak Ani.
“Eh? Dah bangun pun kau. Ingat tido lagi. Tido kat meja pun boleh nyenyak. Hendra eh? Mana ada, kakak baru je abis bagi ubat kat bed-bed sebelah kiri ni. Belum lagi pegi sebelah sane.” Jelas Kak Ani.
“Oh ye ke? Tak pe lah kak, budak Hendra tu cakap dia dah dapat ubat. So, saya tanyalah kakak. Takut terbagi dua kali. Budak ni takut dapat ubat kot.” Aku terus berjalan ke bed Hendra. Budak Hendra ini pasti main-mainkan aku. Geram.
“Dik, belum dapat ubat la. Tadi kakak baru je tanya kawan kakak. Adik tak dapat ubat lagi.” Aku tersenyum kelat.
“Dah kak. Betul. Buat apalah saya tipu. Saya nak cepat balik mesti la kene amik ubat.” Pandai pula adik Hendra ni.
“Dah tu, ni ada lagi ubat adik. Memang dah siapkan untuk bagi kat adik je. Kalau dah bagi mesti dah abis dah.” Aku jelaskan.
“Manalah saya tau. Yang saya ingat nurse yang kasi tu tinggi-tinggi. Putih. Berisi sikit. Pastu muka macam Mat Salleh.” Kata Hendra.
Aku terdiam. Itu bukan Kak Ani. Kami je yang kerja berdua malam ni.
“Ha! Tu pun nurse tadi! Nurse! Nurse ni tak caye yang nurse dah bagi ubat.”
Kaku. Aku dapat merasakan sesuatu di belakangku. Rasanya seperti ditatap ke arahku. ‘Dia’ tidak bersuara. Jantungku berdegup laju. Bulu romaku tegak. Peluh mula keluar dari liang-liangnya. Aku menggigil. Hendra masih menunjuk-nunjuk ke arah belakangku.
“AKU SUDAH BERI!” suara seperti orang tua dengan pelat Eropahnya kuat dari belakangku.
Kaki aku lemah. Terduduk. Aku panik. Apa yang aku harus lakukan. Kaku. Aku diam tidak bergerak. Tiba-tiba aku merasakan ‘dia’ tidak ada lagi dibelakangku. Aku toleh. Tiada. Aku dongak.
“AKU KATA AKU SUDAH BERI!”


Betul-betul di depan mukaku. Tua. Ngeri. Kakinya disiling. Terbalik.

******
“Dewi! Bangun! Kenapa kau terbaring kat sini?” terdengar suara Kak Ani.
“Dewi! Dewi!” suara Kak Ani semakin jelas.
“Kak?”
“Ye Dewi. Kenape Dewi terbaring kat sini?”
Aku cuba membuka mata. Silau. Penglihatan yang kabur semakin jelas. Aku betul-betul ditepi bed Hendra. Tetapi, tiada Hendra disitu.
“Hendra mane kak?” Aku bertanya.
“Hendra?” Kak Ani.
“Ye, Hendra. Pesakit kat bed ni?” tanyaku lagi.
“Ko ni biar betul Dewi. Bed ni memang kosonglah dari semalam.” Ujar Kak Ani.
“Eh pagi tadikan saya tanya kakak pasal ubat Hendra ni?” Aku bingung.
“Eh kau jangan merepek la. Tadi aku pegi solat subuh kat surau. Aku baru je balik. Balik-balik kau dah terbaring kat sini.”
Huh?!


Suntingan: Arkib Angker Negara
Jika anda ada kisah yang ingin dikongsikan, boleh hantar ke inbox kami. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda.
*Gambar: Hasil carian di Google.

Wednesday 14 June 2017

REMPIT - Xander Xaxier


“Hello Mat, kau kata kau nak duit kan, malam ni race dekat Waha. Aku cover duit dulu untuk kau,” panggilan Zack malam itu mengejutkan lena Mat. Perlahan dia menyorotkan pandangannya ke arah jam dinding. 11.15 malam.

“Waha ? Kalau aku kalah macam mana ?” Mat agak ragu-ragu dengan permintaan rakannya itu. Memang dia sedang memerlukan duit sekarang ni.

“Alah setakat budak-budak EX5 dengan Demak nak lawan RXZ kau, memang kalahlah diorang tu. Dah sekarang ni, kau jangan banyak cakap. Aku tunggu dekat simpang nak masuk Waha ni. Gerak lu, apa-apa roger,” panggilan dimatikan.

Mat bergerak malas menggantikan t-shirt lusuhnya dengan pakaian lain yang nampak sedikit baru. Kain pelikat juga dibaling dan digantikan dengan seluan jeans. Kalau tidak disebabkan duit, tak ada maknanya Mat sanggup bergerak malam-malam begini.

Mat memerlukan duit untuk membeli hadiah hari jadi buat tunangnya. Dia baru dipecat sebagai penghantar pizza sebulan yang lalu jadi, jujur sudah tiada baki duit yang tersisa di dalam beg kulit milik Mat. Nak minta dekat mak abah, memang tak kot. Tunang haritu pun diorang yang belanja, takkan nak beli hadiah pun nak minta.

Mat menjenguk perlahan dari celah pintu. Harap mak sudah masuk tidur. Kalau tidak habis disiasat sampai ke akar umbi. Setelah memastikan tiada orang di ruang tamu, Mat melangkah perlahan mendapatkan pintu utama. Baru saja Mat mahu memegang tombol pintu…

“Mat, nak ke mana tu ?” nasib baik tak luruh jantung Mat. Maknya berada di muka pintu bilik utama.
“Mak ni, luruh jantung Mat. Mat nak keluar jumpa kawan dekat Waha jap. Mak pi lah tidur. Dah malam ni,” ucap Mat lembut. Ibu-ibu haruslah dihormati.

“Kau pergilah Waha tu malam-malam ni. Terserempak dengan hantu baru padan muka,” kata mak sambil berlalu ke dapur.

Waha memang bukan destinasi pilihan budak-budak rempit sejak dulu tapi entah mengapa Zack memintanya untuk ke sana malam itu.

Meremang juga bulu roma Mat. Hantu pun hantulah. Untuk tunang yang tersayang Mat sanggup melakukan apa sahaja. Dia meneruskan langkahnya ke arah motosikal kesayangannya itu. Dia bergerak laju. Waha dan rumahnya bukanlah jauh sangat. Jika memandu dengan kelajuan 80 km/j, 45 minit pasti tiba di destinasi.

Mat tiba di tempat yang dijanjikan Zack tepat pukul 12 malam. Tiada pula dia melihat sesiapa di situ. Dia berhenti di bahu jalan. Mat mengeluarkan telefon bimbitnya. Tiada rangkaian. Mampus ! Tiada langsung kelibat Zack di situ.

Setelah 15 minit di situ. Mat mula berasa tidak sedap hati. Entah-entah budak-budak ni kena angkut dengan polis kot. Dia memusingkan motosikalnya. Dipandunya perlahan. 40 km/j. Tangan kirinya masih mencuba mendail nombor telefon Zack. Pada saat dia mematikan telefon bimbitnya dan kembali memecut, dia terpandang ada sesuatu berdiri tegak dibahu jalan. Namun, tidak dapat dipastikan apakah imej itu. Sampai tertoleh kepalanya cuba mendapatkan kepastian.

“Ah… Signboard baru kot…,” ucap Mat perlahan.

Mat kembali menoleh ke hadapan dan alangkah terkejutnya dia melihat sesuatu sedang berguling di atas jalan dari seberang ke seberang yang satu lagi. Dan Mat sangat kenal dengan ‘sesuatu’ itu. ‘Sesuatu’ itulah yang membuatkan jalan di sekitar sini cukup takut untuk dilalui orang ramai setelah azan Maghrib berkumandang. ‘Sesuatu’ itu POCONG !

Mat membrekkan motorsikalnya. Dia hilang kawalan lalu tercampak ke hadapan. Dia tertiarap. Dadanya sakit. Mukanya berdarah. Untung, kepala tak pecah. Helmet masih melekat rapi. Dalam kepayahan dia cuba berdiri. Matanya masih tertancap pada tar jalan raya. Gelap. Ya Allah ! Mana lampu? Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket sebelah kiri seluar jean. Berjaya ! Lampu dihidupkan.

Mat berpusing-pusing mencari motosikalnya. Dia melangkah beberapa tapak daripada arah dia tercampak tadi. Tiba-tiba, Mat dapat merasakan ada nafas dingin meniup tengkoknya. Memori pocong berguling tadi kembali menghantui ingatannya. Dia memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Muka masih ditundukkan. Badan perlahan-lahan dipusingkan. Mata terpejam rapat.
“Allahu Akhbar !” Mat membuka langkah seribu.

Apa yang dilihatnya sangat menyeramkan. Sosok manusia tanpa bola mata dan dibaluti dengan kain putih itu membuatkan Mat hilang seluruh jiwa lelakinya. Tambahan pula dengan muka yang terkopak sebelah itu mampu menakutkan sesiapa sahaja.

Mat berlari laju. Tidak jejak tanah. Dalam kesamaran malam, Mat dapat melihat motorsikal RXZ miliknya. Dia mempercepatkan larian. Semakin dia melihat motorsikalnya semakin cepat langkahnya. Tapi, Mat sekali lagi tergolek ke hadapan apabila dia tersandung sesuatu di atas jalan raya.Mat pengsan.

Keesokkan harinya, Mat dibawa ke hospital dan apabila dia membuka mata, orang pertama yang dilihatnya adalah Zack. Setelah doktor melakukan pemeriksaan Zack mula bersuara.

“Woi, aku belum bagitahu mak kau tau. Kalau dia tahu ni matilah kau. Nasib baik aku jumpa kau pagi tadi masa nak pergi kerja dengan member aku. Motor kau benyai gila. Kau buat apa kat Waha? Kau langgar apa sampai motor kau jadi gitu ?”

“Kau tanya aku, aku buat apa dekat Waha ? Kau yang ajak aku race dekat Waha. Siap nak cover duit untuk aku dulu. Pukul 11 lebih kot kau call aku tadi malam. Pukul 12 tepat aku sampai Waha. Aku sampai kau tak ada. Kau gi mana?” Mat membetulkan kedudukannya kepada posisi bersandar.

“Wei, kau cakap apa ni ? Masa bila aku call kau ? Aku kerjalah hari ni, takkan nak race kot. Lagi satu, aku takkan pernah sanggup nak race dekat Waha. Kau tak pernah dengar ke ada orang selalu terserempak dengan pocong lepas maghrib dekat situ ? Inikan lagi race pukul 12 malam. Huu.. Seram..”

Mat terkedu. Siapa yang menelefonnya malam tadi ? Adakah itu hanya imaginasi ? Kalau imaginasi macam mana Zack boleh menemuinya terbaring di kawasan Waha ? Pocong tu… Ah !! Sakit kepala !

“Weekend race nak ? Dekat Adela. Guna motor aku,” Zack bertanya.

“Tak nak aku. Banyak Cik Pon !” langsung ayat tu terpacul dari mulut Mat. Dia sudah serik dan insaf.




Suntingan : Arkib Angker Negara
Jika anda ada kisah yang ingin dikongsikan, boleh hantar ke inbox kami. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda.
*Gambar: Hasil carian di Google

Monday 12 June 2017

SIAPA YANG DATANG TADI? - Bel Nawhen


Tak tahu ini merupakan kepercayaan atau hanyalah kebetulan,
-----
Malam itu, seperti biasa Jenny, Aina, Sarah dan Sari bekerja malam. Jenny merasakan seolah-olah malam itu agak 'dingin' berbanding malam-malam sebelum ini.
Dikurniakan deria rasa istimewa seperti itu membuatkan Jenny tidak senang duduk. Bulu romanya yang segan-segan nak tumbuh itu antara nampak dan tidak sahaja mencacak dirinya.
'Sudah; jangan ada yang menganggu malam-malam aku dah la' desis hati Jenny
----
Masa berlalu begitu pantas. 1 admission dari ED yang diletakkan di bawah jagaan Jenny membuatkan Jenny sedikit sibuk membawa melepasi jam 2 pagi. Perkara yang menganggu fikirannya sebentar tadi hilang sebentar.

Pesakit dengan Bipap Machine itu kelihatan tercungap-cungap. Deru nafasnya yang berbunyi kuat menganggu konsterasi Jenny. Mata Jenny tertancap pada no 3 di kepala katil pesakitnya. Ah.. Sudah.. Meremang bulu romanya tiba-tiba lantas perasaannya semasa di awal shif tadi kembali. Deru nafas pesakitnya itu menambahkan rasa seram di hatinya.

"Jen, jom makan. Aku bawa sate malam ni. Jangan nak diet sangat. Patient kau ok tu" Aina mengajak Jenny, Sari serta Sarah disebelahnya tersengih sambil menyuakan 1 beg plastik berisi jajan kepada Jenny.

'Budak berdua ni kalau kerja sama-sama. Makan sahajalah mereka. Pantang ada masa. Tapi badan maintain sahaja.' Kata hati Jenny.

Jenny membuntuti langkah rakannya ke Pantry comel mereka yang letaknya di beranda luar HDW; hanya disitu boleh ditempatkan meja makan. Kebetulan lokasi pantry bersebelahan dengan katil pesakit Jenny. Tirai dan langsir sahaja menjadi penghadang. Nasib mereka kerana tidak punya pantry sendiri dan terpaksa modify sedikit ruang yang ada.

"Meowwwww" Tiba-tiba terdengar suara keras kucing.

"Cilaka, mana datang kucing ni, melintas tak bagi salam!" Marah Aina. Nyaris dia tersungkur tadi.
Kucing hitam itu menoleh kepada mereka dengan mata merah lalu berlalu pergi.

Mereka serta merta berpandangan. Masing-masing kelu mahu berkata-kata. Masa itu juga terdengar jerit seorang wanita mendayu-dayu.

"Sakit mak... Aku sakit... Tolong mak... Tolong...." beberapa kali. Tetapi mereka tidak menghiraukan. Mungkin jeritan ibu mahu melahirkan barangkali.

"Pergi...Ja..ngan..Ka..cau..aku!!..Syuh..Pergi!!!!!!. Misi, tolong.....Orang tua tu nak tarik kaki aku. Tolong misi!!!"

Mereka yang baru menjamah makanan tercengang. Berlari masing-masing kedalam Wad apabila mendengar jeritan pesakit Jenny itu.

"Pergi!!!..pergi..Jangan kacau aku. Aku tak nak mati lagi..Pergi.. Eeeee..eeee.. Misi, panjang lidah dia misi. Tolong. Dia nak cekik aku."

Keadaan dalam wad itu tiba-tiba menjadi huru-hara. Machine berbunyi sana sini. Pesakit katil 1 tiba-tiba Spo2nya Drop. Pesakit katil 2 menutup mata dengan tangannya. Pesakit katil 4 pula sudah mula memegang dada.

Lampu di dalam wad mereka berkelip-kelip. Deru angin kuat terasa menyapa pipi masing-masing. Kelam kabut mereka mengejar pesakit masing-masing. Jenny sempat memanggil PPknya En Rahim untuk membantu. Encik Rahim yang baru pulang dari menghantar darah itu lekas membantunya.

"Kenapa ni Staff Nurse?" Soal Rahim cemas.

"Saya tak tahu. Tiba-tiba pakcik ni meracau. Tolong panggil Dr Aman datang sini" Arah Jenny.

Sempat Jenny menjerit kepada rakan-rakannya.

"Korang okay tak? Pesakit macam mana?"

Pesakit katil 1 : Spo2 semakin meningkat. Tak tahu apa silapnya tadi.
Pesakit katil 2 : Menggigil-gigil sambil menunjuk kearah pesakit katil 3.
Pesakit katil 4 : Mula stabil. Terkejut mungkin.

Tetapi, pesakit katil 3 itu, terus meronta-ronta. Tangan mengibas-ngibad seolah menghalau sesuatu. Habis wayar-wayar yang ada tercabut. IV line dah entah kemana. Tak menang tangan Jenny mahu menguruskan pesakitnya itu.

Skrin ditarik bagi meminimakan pandangan pesakit lain kepada pesakitnya. Datang Aina dan yang lain-lain untuk turut sama membantu. Dipegang tangan kiri, terlepas. Dipegang tangan kanan. Terlepas. Jenny cuna untuk maintainkan Bipap Mask supaya tidak tercabut. Tetapi keadaan amat menyukarkan.

"Misi...tengok... Dia ada sebelah misi. Nak cekik misi pula. Tolonggggg!!!. Jerit peskait itu lagi." Semua memusatkan pandangan kepada Jenny. Jenny mula berasa seram sejuk. Hembusan angin terasa dekatt di lehernya. Seolah-olah memang ada 'sesuatu' disana.

"Janganlah kacau aku. Aku tengah kerja. Kami semua tak kacau kau kan!!" Kata Jenny spontan.
Terus lampu berhenti berkelip. Suasana menjadi sunyi. Terdengar suara jeritan wanita..

"Aaaaaaaaaaaaaaa" Sayup-sayup kedengaran di luar wad.

Pesakit Jenny tetap berkeadaan seperti itu. Tercungap-cungap mengambil nafas cuma rontaannya semakin perlahan. Kepenatan barangkali.

"Pergi...pergi....." katanya antara dengar dan tidak. Semakin lama semakin menghilang dengan pejamnya mata kesan ubat.

Tirai yang terselak tiba-tiba mengejutkan mereka. Nyaris tercampak cawan yang dipegang Sarah.

"Heh. Kenapa korang ni terkejut macam nampak hantu? Tadi panggil saya kan!!" Soal Doktor Aman sambil berseloroh.

"Hantu punya Aman!!!.. Kau panggil la hantu. Eloklah kau kene macam kami tadi" Jerit Jenny. Pantang dah baginya bila hantu disebut-sebut.

Doktor Aman yang melihat keadaan semua Staff Nursenya yang pucat seolah sudah kehilangan darah itu mula faham sedikit.

Pandangannya tertancap kepada pesakit katil 3 itu. 'Ahmad Bin Jamal'.

"Pakcik Ahmad, penat ya. Saya bagi ubat tidur ya. Nanti pakcik tak cukup rehat. Tercungap-cungap pula" Kata Doktor Aman kepada pesakitnya itu sambil menulis ubatan di perlukan di BHt pesakit itu.
Aina membantu Jenny dalam pemberian ubatan itu. Kemudian mereka pergi ke kaunter jururawat dimana Doktor Aman sedang tersengih menunggu.

"Korang dah kenapa ni?. Apa dah jadi?." Soal Doktor Aman.

Jenny menceritakan semuanya dari A hingga Z termasuk kisah kucing hitam dan suara jerit perempuan yang macam mahu beranak itu.

"Macam mana kucing hitam tu boleh masuk dalam HDW ni? Takkan dari tadi korang tak nampak kalau korang cakap dia datang dari dalam, lagi satu yang pasal perempuan menjerit pula. Kita ni ditingkat 4. Labour room dan gynae wad tingkat 1. Kuat betul perempuan tu jerit" kata Doktor Aman menyentakkan hati masing-masing. Aina mula memegang lengan sarah.
Tiba-tiba..
"Meowwwwwwwww". Keluar kucing hitam dari bawah katil pakcik Ahmad; berlalu pergi ke pantry dan hilanggggggg.....

Mereka berpandangan..

"Siapa yang datang tadi?" Soal hati masing-masing?
.........
-Tamat-

Notakaki;

HDW - High Dependency Unit
SPO2 - Bacaan saturasi oksigen
ED - Emergency Department
Admission - Kemasukan kes baru.
Labour Room - Bilik Bersalin
Gynae Wad - Wad Sakit Puan
BHT - Bed Head Ticket (Fail pesakit)



Nukilan Bel Nawhen
Jika anda ada kisah yang ingin dikongsikan, boleh hantar ke inbox kami. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda.