Tuesday, 27 June 2017

BUDAK - Xander Xavier


Belajar di negara orang merupakan pengalaman baru buat diriku. Begitu banyak untuk dipelajari termasuklah budaya dan sejarah silam masyarakat setempat. Untuk menyesuaikan diri bukanlah sesuatu yang mudah. Namun… apa yang boleh kita lakukan sekiranya masyarakat itu sendiri yang tidak mahu bercerita tentang sejarah mereka ?
11 malam. Aku pulang lewat pada malam itu kerana tugasan yang menimbun dan harus diselesaikan sebelum dihantar pada minggu hadapan. Bergelar mahasiswa jurusan ‘architecture’ bukan sesuatu yang mudah. Jiwa harus kental, mental harus kuat. Fizikal harus mantap.
Aku mengayuh basikal untuk pulang ke rumah sewa yang menempatkan 6 orang pelajar Malaysia berlainan kursus termasuk aku. Hanya mahasiswa tahun pertama dibenarkan untuk tinggal di dalam kawasan university di Philadelphia ini.
Rumah sewa itu terletak agak di pendalaman berhampiran dengan rumah anak-anak yatim. Rakan-rakanku yang lain telah pulang terlebih dahulu.
Lampu suluh di tangan kiri dan tangan kanan masih mengawal basikal, aku kehilangan keseimbangan apabila terlanggar sesuatu di atas jalan raya. Aku tertiarap di atas jalan berturap.
Aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku dari jarak dekat. Aku menoleh. Kaki budak. Aku mangangkat muka. Betul ada seorang kanak-kanak lelaki sedang tersenyum kepadaku. Dia menghulurkan tangannya.
“Are you okay, sir ?” aku menyambut huluran tangannya itu. Aku berdiri walaupun masih ada rasa sakit di lutut.
“Yes, I’m good. What are you doing here in the dark ?” aku bertanya langsung terlupa apa yang aku langgar tadi.
“Let’s play together,” dia menarik tangan kananku.
Dia membawaku ke dalam hutan namun tidak begitu jauh dari jalan utama. Kami masuk ke dalam sebuah kotak. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh muat ke dalamnya.
Aku kesejukkan. Ketika itu adalah pertengah musim sejuk. Sementara budak di hadapanku ini, hanya di baluti oleh sehelai selimut. Dia tidak memakai pakaian.
Dia menunjukkan mainan-mainan yang diperbuat daripada ranting kayu. Mungkin dibuatnya sendiri. Aku tidak senang duduk, aku harus pulang untuk menyiapkan tugasanku.
“Boy, look. It is nice to play with you. But, I must go. My assignments are waiting for me. I will lose my scholarship if I couldn't perform well,” aku cuba memujuknya untuk melepaskan tangan kananku yang digengamnya sejak tadi.
Tiba-tiba dia menangis. Mukanya menunduk ke bawah. Pada mulanya tangisan itu adalah perlahan namun lama-kelamaan ia menjadi semakin kuat seakan-akan jeritan.
Budak itu mengangkat mukanya sambil menjerit nyaring. Matanya hanya putih. Badannya juga mula menunjukkan lebam yang semakin lama semakin banyak dan merebak. Daripada lebam ia membengkak dan kulitnya terkoyak sedikit demi sedikit.
“Astaghfirullah !!!!” aku menjerit ketakutan.
Aku tidak tahu mahu lari ke mana. Aku hanya menutupi mataku menggunakan tangan.
Kotak yang kami duduki itu tiba-tiba bergoyang. Aku melihat ada dua orang pegawai polis membuka kotak terbabit.
Tanpa berkata banyak, mereka menarikku keluar daripada kotak terbabit dan masuk ke kereta peronda. Setelah agak jauh daripada kawasan tersebut, otakku masih belum dapat mensintesis apa yang telah berlaku.
Salah seorang daripada mereka yang berada di kerusi penumpang hadapan menghulurkan kopi panas untukku. Aku menhirupnya perlahan.
“Are you a student? Where is your home ? We found your bicycle and we thought the’re must be someone in the woods,” pegawai polis yang sedang memandu itu bersuara.
“What happened to me just now ?” aku mengeluh. Mereka juga mengeluh dan kedengaran lebih berat daripada keluhanku.
“In 1957, there was a boy, found in a box. He was dead already at the time. He was a victim of a homicide. He was found naked and covered with a blanket in that box. Sign of severe malnourishment and a lot of scar. That box was found right in the spot of where you are just now,” pegawai polis yang memberikan aku kopi tadi bercerita. Aku kebingungan.
“What you see just now is his spirit. We couldn't find his murderer. There is also a speculation said that he was killed at the nearby orphanage before we found him in the box at the woods,” pegawai polis tadi menyambung ceritanya.
Aku juga diberitahu bahawa mereka akan mengadakan rondaan di situ pada tiap-tiap malam kerana begitu banyak laporan mengatakan bahawa mereka terserempak dengan kanak-kanak lelaki terbabit.
Mereka juga berpesan supaya jangan pulang pada lewat malam dan lebih baik untuk tidur di kampus sahaja. Walaupun berita mengenai kanak-kanak ini sudah tersebar luas melalui Google namun, masyarakat setempat masih tidak suka untuk membicarakannya kepada penduduk baru. Pada mereka, biarlah kisah itu menjadi lagenda sahaja.
“By the way, you should just leave that blanket,” pegawai polis tadi menunjuk ke arah selimut yang aku pegang.

Sejak bila aku pegang selimut budak tu?





Suntingan: Arkib Angker Negara

*Jika anda ada kisah angker yang ingin dikongsikan dengan pembaca, kirimkan kisah anda ke inbox kami. Kisah anda akan dikreditkan kepada anda

No comments: