Saturday 28 April 2018

KAKI & TAPE BLUE - Dammerung


KAKI & TAPE BLUE 

Karya: Dammerung
=================================

Disclaimer: Untuk bacaan orang dewasa sahaja. Jika anda berjiwa kental, baca atas risiko sendiri. Pihak Arkib Angker Negara tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan fikiran yang mungkin anda alami.

Kaki - 1989
Jentera bomba membelah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan seperti Nabi Musa membelah Laut Merah. Ini merupakan kes ketiga Rasul yang baru bertugas sebagai penyelamat bomba. Dia bersenggayut di sisi kenderaan merah yang pantas menyusuri sebatang jalan di pekan Tawau.

Asap hitam berkepul-kepul naik ke langit membuatkan Rasul tidak dapat menahan senyuman. Masih lagi dengan romantisme kerjaya sebagai bomba, dia amat menanti-nantikan bencana-bencana seperti itu. Lagi parah, lagi best katanya.

Trak bomba memasuki perkarangan setinggan yang dibina berdekatan airport lama Tawau dan tanpa membuang masa Rasul dan yang lain bergegas memulakan tugas.

Tiga jam kemudian api berjaya dipadamkan. Rasul dan rakan-rakan memeriksa kawasan kejadian. Sepasang kaki kelihatan terjulur dari timbunan kayu rentung.

“SINI! SINI!” jerit Rasul lalu meluru ke arah kaki tersebut.

Sebaik tiba, dia mendapati kaki itu mungkin milik kanak-kanak berdasarkan saiznya. Tersentak Rasul apabila dia baru sedar bahawa kaki yang terjulur itu bersih sebersihnya tanpa secalit kekotoran pun.

Rasul melihat sekelilingnya. Tiada apa yang tinggal. Semua rentung. Macam mana kaki budak ni boleh tak terbakar?

Tiba-tiba kaki tersebut bergoyang. Kata Rasul, macam kau tengah syok baring atas katil sambil goyang-goyangkan kaki.

“SINII!! SINII!!” Jerit Rasul lalu pantas meninjau-ninjau dari rekahan timbunan. Refleks sebagai anggota penyelamat hendak menyelamatkan mangsa kebakaran, walaupun naluri kuat mengatakan ada benda yang tak kena.

Pantas kaki tersebut masuk ke dalam timbunan hingga Rasul jatuh terduduk. Teman-temannya sampai dan segera mereka merungkai kayu-kayu untuk mengeluarkan mangsa.

Di saat timbunan-timbunan terakhir dikeluarkan, Rasul dan tiga lagi penyelamat bomba melihat depan mereka makhluk seperti bayi, dengan kulit merah-kemerahan dalam posisi mencangkung. Mata merah liar melihat Rasul dan tiga rakan sejawat yang kaku berdiri.

Apa yang Rasul tak boleh lupakan adalah apa yang terjadi seterusnya;

“Kalau kau nak hidup, biarkan aku pergi,” suara garau milik orang tua berdesing di telinga Rasul.

Mereka hanya melihat bagaimana makhluk ‘bayi’ itu mengangkat timbunan kayu rentung dan menyelinap masuk, hilang dari pandangan.

Rasul dan yang lain berpandangan.

“Kita tak nampak apa-apa dan benda ni habis kat sini,” kata salah seorang dari mereka.

Rasul memendam kejadian pada tahun 1989 itu jauh ke dalam memori. Pada tahun 2008, Rasul akhirnya menceritakan kepada anak lelaki sulung, dua hari sebelum meninggal dunia akibat menderita sakit buah pinggang kronik.

Tape Blue – 1990
Sewaktu umurnya 9 tahun, Abang Chee Seng membuka kedai sewa tape VHS yang merupakan satu-satunya premis seumpama itu di sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan. Menurut Chee Seng, pada waktu itu, pilihan tape yang ditawarkan agak terhad kepada drama-drama siri TV Cina, gusti WWF dan filem-filem klasik Melayu seperti P.Ramlee dan Studio Jalan Ampas. Ini bersesuaian dengan demografik pelanggan yang terdiri dari isteri tauke-tauke TV cina dan pemilik kedai-kedai kopi Melayu.

Kalau nak harapkan untung sewa tape drama Cina dengan gusti sahaja, memang melingkuplah bisnes abangnya. Jadi untuk menjana pendapatan lebih, kedai sewa tape itu juga menawarkan pinjaman tape-tape ‘bawah kaunter’ atau terma popular ketika itu, ‘tape blue’ kepada pelanggan-pelanggan terpilih.

Satu hari dia ditugaskan menjaga kedai selepas waktu persekolahan, sementara abangnya keluar menguruskan sesuatu. Jangan kata orang datang nak sewa tape, orang lalu-lalang depan kedai pun tak ada. Kebosanan melanda.

Mata Chee Seng mengerling ke rak bawah kaunter. Tersusun sarung tape-tape putih. Untuk mengelak dari diketahui pihak berkuasa sekiranya terdapat serbuan, abang Chee Seng letak nama tape “Gusti 1” “Gusti 2” dan seterusnya.

Ada satu tape dinamakan tidak mengikut template biasa. Chee Seng masih ingat nama tape tersebut; “Samut Sakhon 14/2”

Pandang kiri, pandang kanan, terus dicapai tape tersebut dan dimasukkan ke dalam pemain VCR. Selama ini dia hanya dengar tentang ‘permainan orang-orang besar’ dan ‘timun keluar masuk’, teringin pula dia nak tengok apa yang best sangat pasal tape blue ni.

Disebabkan tidak pernah menonton filem lucah, Chee Seng tiada sebarang expectation. Babak pertama menayangkan rakaman sekumpulan lelaki dalam kereta, berbincang sesama mereka dalam bahasa yang tidak difahaminya.

Salah seorang dari mereka bertindak sebagai jururakam dan bertanya soalan kepada setiap mereka di dalam perut kereta. Di luar kereta gelap, malam dan menyusuri jalan kecil tidak berlampu. Sekali-sekala kereta tersebut berselisih dengan motor kapcai, orang naik basikal, jalan kaki dan sebagainya.

Kereta tersebut kemudiannya membelok masuk ke sebuah jalan tidak berturap. Kamera tergoncang-goncang setiap kali melalui keadaan jalan yang tidak terurus. Makin lama makin jauh masuk ke dalam hutan sehingga bunyi unggas nyaring pun ikut terakam sekali.

Paparan fokus kepada sebuah rumah. Kereta memasuki perkarangan dan bunyi handbrake ditarik kedengaran. Selepas berbincang lebih kurang, semua keluar dari kereta dan kamera ikut beberapa lelaki itu menuju ke arah bonet.

Bonet di buka dan terdapat seorang gadis, mungkin berusia belasan tahun dari uniform sekolah yang dipakainya. Gadis itu kelihatan lemah dengan pergelangan kaki dan tangan berikat.

“Ohh, dah nak start dah,” kata Chee Seng. Jantung berdegup laju.

Salah seorang dari mereka menggendong gadis tadi dan beramai-ramai mereka masuk ke dalam rumah. Keadaan gelap-gelita diterangi oleh lampu kamera. Seorang lelaki tua tidak berbaju dan bermisai tebal tidak senang dengan kamera dan ada kala menekup lensa tiap kali dihala ke mukanya.

Gadis dibawa ke tengah ruang tamu, atau ruangan paling besar dalam rumah. Uniform sekolah disentap koyak hingga terbogel.

Tertelan air liur Chee Seng. Pertama kali dia melihat tubuh munggil wanita buat pertama kali. Gadis itu tersedar, menjerit dan meronta-ronta. Sekumpulan lelaki mengelilinginya dan mengeluarkan zakar masing-masing.

Setiap dari mereka mengambil giliran merogol gadis tersebut.

Kalau tadi Chee Seng begitu teruja, sekarang dia rasa kebas. Apa yang ditontonnya terlalu disturbing. Jurukamera merakam dengan terperinci perlakuan kejam mereka dan Chee Seng lihat jelas bagaimana tersiksanya gadis yang mungkin sebaya dengan kakaknya yang mengambil SPM tahun ini.

Ini ke filem blue? tanya Chee Seng.

Oleh kerana dah memulakan, dipaksa diri untuk terus menonton. Sekurang-kurangnya nanti bolehlah berlagak dengan geng-geng di sekolah bahawa dia pernah menonton tape blue.

Tubuh gadis yang terdampar lencun dengan air mani. Wajah gadis itu seolah pasrah dengan takdir menimpa diri.

Lelaki bermisai tebal itu kemudian mengikat tali ke salah satu buku lali gadis dan kemudian ditarik ke atas.

Tergantunglah gadis itu sambil menangis-nangis minta dilepaskan.

Pantas sebilah pisau merodok perut gadis dan darah memercik memenuhi ruangan sehingga jurukamera melompat kebelakang. Lelaki misai itu seterusnya memegang bukaan perut dengan kedua belah tangan lalu mengoyak...

Tergopoh-gapah Chee Seng menekan butang STOP.

Cukup. Terlalu ekstrem bagi minda 9 tahunnya untuk memproses semua itu.

Kepala Chee Seng berputar dan seperti mau pengsan. Tangannya semut-semut. Berkali-kali dia menarik nafas panjang untuk menenangkan diri. Peluh menitik-nitik dari dahi seperti baru lepas olahraga.

Setelah beberapa ketika, dia segera mengeluarkan tape tersebut dan menyusun sepertimana ia disusun sebelum ini. Sempat Chee Seng terperasan tape-tape bertanda “Tao Pun 23/2”, “Pengkalan Kubor 15/9” dan seterusnya.

Tape tersebut menghantui Chee Seng sehingga dia jatuh sakit, hingga berminggu-minggu demam tak kebah. Walaubagaimana pun, dia sudah nekad untuk menyimpan rahsia tape dari pengetahuan ibubapanya. Tak sampai hati nak susahkan abang sendiri.

Chee Seng beransur-ansur pulih dan kembali melepak di kedai abangnya. Tapi dia tidak lagi berani berada di belakang kaunter.

Pada satu hari, seorang tokoh yang disegani di daerah tersebut singgah di kedai tape.

“Robert!” teriak lelaki itu kepada abang Chee Seng.

“YESS BOSS… LAMA TALAK JUMPA,” balas abangnya pula dengan girang.

Senaskah surat khabar bulky diletak atas kaunter. Tangan Robert menyeluk celah surat khabar dan mengeluarkan sebuah tape.

“Amacam yang ni?” tanya Robert.

“Kureng sikit la bert. Cepat na matinye. Aku nak macam haritu, henjut dulu sampai takde suara lepas tu lenjan. Bersepai otak! Haha,” lelaki berkopiah itu ketawa berdekah-dekah, sesekali membetulkan kain keffiyeh yang membaluti bahu.

Chee Seng pasti dari wajah ketat abangnya, dia memaksa untuk senyum dan ketawa. Pelanggan itu tiba-tiba merapati Robert dan dengan wajah serius;

“Yang betine bunting punye boleh carik ke bert?”

“I cube la tuan haji,” jawab Robert dengan cermat, menyusun semula tape dari celah surat khabar ke susunan tape bawah rak. Tertera nama tape “Bangkok 19/01”.

Tamat
==========================

Suntingan Karya: Ahmad Rusydi
Gambar: Ahmad Rusydi

Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

No comments: