Tuesday, 3 April 2018

ASRAMA BERPUAKA - AdIk Z4Nn4


Tajuk : Asrama Berpuaka

Karya: AdIk Z4Nn4
====================


Empat sekawan - Iman, Isma, Fia dan juga Adha bercadang mahu ke satu tempat yang di mana bangunan hostel ni sudah lama berpuaka. Mereka dah lama mahu mencuba mengembara di tempat-tempat lama sebegini, ala-ala ‘seekers’. Pucuk dicita ulam mendatang apabila Adha mencadangkan tempat itu. Lebih seronok mereka apabila seorang lagi kenalan mereka, Aidil, pernah ke sana.

“ Aidil, hostel ni dekat mana?” tanya Isma.
“Old Hostel, dekat dengan bandar”, jawab Aidil.
“ Dekat mana bandar tu, Johor Bahru atau Kuala Lumpur ke?atau di mana?”, tanya Isma lagi.
“ Dekat Singapore”, jawab Aidil.
“ Oh, okay. Aidil pernah ke pergi hostel puaka tu? Ada Nampak entiti apa-apa ke?” tanya Isma.

“Ada juga tapi tak jelas. Kemudian ada juga Dil dengar suara tangisan perempuan, ada yang mengilai, lepas tu ada Dil dengar seperti bunyi tapak kaki seolah ada orang berlari dekat tingkat dua. Tapi bila Dil naik kat tingkat dua, tak da apa pula. Bila Dil turun, Dil rasa macam seram sejuk sebab Dil rasa ada mata ghaib yang perhatikan gerak-geri Dil,” jawab Aidil dengan penuh khusyuk bercerita tentang bagaimana situasi yang mana dia pernah rasa di tempat berpuaka itu.

Sudah tentu empat sekawan ini makin tertarik. Selepas memilih tarikh dan masa sesuai, mereka bertolak ke Hostel Bumi di Singapura. Masing-masing membawa alat kelengkapan barang di mana akan dijadikan tempat khas untuk mereka buat uji-nyali.

Sebaik saja mereka sampai di tempat bangunan yang kelihatan usang dan juga nampak menyeramkan, mereka berehat seketika untuk melepaskan lelah.

Adha yang pertama terbangun dalam kumpulan tersebut. Lantas, lelaki muda itu mengejutkan rakan-rakannya yang sedang nyenyak tidur. Waktu mereka bangun, jam telah menunjukkan pukul 7.30 malam. Masing-masing bersiap untuk mengambil wuduk, kemudian melakukan solat Maghrib.

Selepas selesai dari solat Maghrib, mereka pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan bangunan itu untuk mengalas perut.

Tidak lama kemudian, Adha dan kawan-kawannya yang lain membuat persiapan di mana bilik asrama yang sesuai untuk membuat uji-nyali. Hujan pun sudah mula turun. Mujur mereka berempat ini memakai ‘sweater’. Iman dan Adha yang berpakaian ‘sweater’ ,berlengan panjang dengan penutup kepala di atas kepalanya. Manakala Isma dan Fia pula berpakaian ‘sweater’. Fia saja yang bertudung. Masing-masing bawa telefon bimbit sendiri untuk keperluan bila ada kecemasan.

“Siapa yang nak kena uji-nyali dulu ni?” tanya Iman.

“Sayang dulu lah,” jawab Isma. Iman dan Isma ni sudah bertunang . Cuma tinggal nak tetapkan tarikh perkahwinan mereka berdua saja.

“ Sayang dah bersedia ke?”tanya Iman. Isma cuma mengangguk perlahan.

“Abang risaulah dengan keadaan sayang. Abang tak nak berlaku apa-apa dekat diri sayang.” Tanya Iman bimbang.

“ Sayang okay...Insya-Allah.” Jawab Isma dengan tenang.

Fia menjeling pasangan dua sejoli itu sambil mencebik. Asyik berkepit je kerja!

“Ehem-ehem…Dahlah tu nak bermanja kat sini pula. Kita datang sini nak buat uji-nyali. bukan nak bermanja,” Tegur Fia.

“ Eh…yang kau nak sibuk apasal, suka hati akulah. Kau cemburu ke?” balas Iman dengan selamba.

“Eee…tak kuasa lah aku nak cemburu dengan korang berdua nie. Aku ‘sound’ korang ni pun sebab nak cepatkan kerja uji-nyali kita ni. Isma… Ko kalau nak uji-nyali buat jelah, tak payah layan mamat jiwang ni. Lagi kau layan, lagilah tak siap kerja kita ni.” Fia membebel.

“Wei Fia…ko jaga mulut ko sikit eh.” sergah Iman dengan nada suara yang keras. Bengang dengan sikap Fia yang selamba menegurnya di hadapan tunangnya.

Fia tergamam apabila dijerkah sebegitu. Isma pula hanya diam, sudah masak dengan perangai baran tak semenggah Iman.

“Wei… Sudah-sudahlah korang berdua nie, asyik nak bertekak je lah. Kalau macam ni lah perangai korang berdua, bila nak abis kerja? Dah, jangan buang masa.” Adha menyampuk separuh bengang.

“Okay, okay… Aku pun malas nak layan si Fia ni. Cemburu cakap la cemburu. Tak payah nak sindir-sindir. Buat rosak mood je.” jawab lelaki itu dengan nada tak puas hati. Fia hanya diam dan malas nak berbalah. Si Isma memandang Fia dengan wajah serba-salah, namun dibalas Fia dengan senyuman kelat.

“Sayang…abang mintak maaf pasal tadi. Abang sayang kat sayang sangat-sangat dan abang tak nak kehilangan sayang.” Ujar Iman lembut. Fia yang sibuk mengeluarkan perkakasannya cuma memandang keatas dengan wajah meluat.

“Sayang okay…hal kecik je. Sayang tak kisah sangat pun.” Isma membalas ringkas. Lantas, perempuan muda itu mengambil telefon bimbitnya yang jenama Samsung note 3, kemudian dia buka aplikasi video kamera untuk memulakan sesi uji-nyalinya yang tertangguh sebentar tadi.

Adha pula dengan kawannya, Fia dan juga Iman keluar menunggu di luar. Menunggu sementara nama mereka ni dipanggil Isma, sekiranya wanita tu ada rasa kehadiran entiti dalam bangunan asrama yang berpuaka itu. Wanita itu berjalan dalam bangunan itu dengan membawa telefon bimbitnya yang dia gunakan sebagai video kamera untuk merakam setiap aktivitinya.

Pap pap pap pap!
Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki berlari. Bunyi itu datang dari arah tingkat dua. Isma tersentak, dia mendongak ke atas terkejut.

Gadis itu memberanikan diri untuk naik ke tingkat dua di mana dia dengar bunyi tersebut. Dia rasa seram sejuk. Bila dia naik ke atas, tiada apa-apa pula.

“Perasaan aku je kot dengar bunyi camtu.” Dia memujuk hatinya.

“Huuu… Huuu…. Huuu…”

Ah sudah. Seram sejuk tubuhnya. Jantungnya ibarat dibaluti ais tiba-tiba. Bunyi tangisan itu mendayu-dayu, kian mendekat. Seraya, satu hembusan angin bertiup dari belakangnya, dingin. Isma spontan menoleh ke belakang.

Sekujur tubuh yang dibalut dengan kain kafan yang penuh dengan tanah lumpur, wajah hitam terbakar menyeringai memandangnya.

Pocong!

Pandangan Isma itu kabur. Dia rebah dan tak sedarkan diri.

==================


Iman mundar-mandir. Isma belum nampak batang hidung. Dah lebih setengah jam ni.


“Adha, jom masuk. Cari Isma.” tegas Iman. Adha yang sejak tadi berpeluk tubuh bersetuju. Fia cuma menurut dari belakang.

Lampu suluh dipasang. Mereka bertiga melangkah masuk, dengan Iman mendahului.

“Isma!” laung Iman.

“Isma!” Laung Adha pula. Fia pula memandang sekeliling, meliar matanya mencari Isma.

“Ya.” lirih suara Isma menjawab.

“Sayang kat mana?” ujar Iman, menyuluh lampu suluhnya membabi-buta.

“Kat sini.” Suara Isma lemah. Bergema, seakan datang dari seluruh bangunan.

“Kat mana? Isma, kau okay tak?” giliran Fia pula bersuara.

“Sini.” Sekali lagi suara Isma menjawab.
“Sini.” Suara Isma dari belakang Iman.
“Sini.” Suara Isma dari kiri Adha.

“Sini.” Suara Isma dari atas Fia. Fia yang ketakutan lantas memaut beg sandang Adha. Seraya, Adha dan Iman sama-sama melaungkan takbir sekuat hati. Hilaian nyaring tiba-tiba berderai, seakan datang dari segenap ceruk bangunan angker tersebut.

“Tu! Isma kat atas!” Fia menunding cahaya malap di tingkat dua. Bercahaya di atas tangga. Segera, mereka bertiga menuju ke arah cahaya tersebut. Suara hilaian itu turut mengekori, dengan derap kaki berat mengikut mereka dari belakang.

Isma sedang terbaring tidak sedarkan diri, dengan telefon bimbit yang masih menyala. Segera, Iman mengangkat Isma. Lantas mereka berempat lari keluar dari bangunan itu.

“Isma?” Fia menggoncang bahu gadis itu. Iman kelihatan pucat lesi. Adha terkocoh-kocoh membuka sebotol air mineral. Dibacanya sesuatu, dihembus pada air itu sebelum disapu ke wajah Isma.

Isma membuka mata lemah. “Sayang, sayang okay tak?” tanya Iman bimbang.

Isma mengangguk lemah. “Okay.”

“Dah, jom lah balik. Jom. Maaf korang, sebab aku semua ni terjadi.” Adha berkata sesal. Iman menggeleng.

“Kami semua yang setuju. Bukan salah kau Adha.”

“Betul tu. Aku nak minta maaf juga pada kau Man, kalau aku buat kau terasa.” ujar Fia perlahan.

“Tak Fia, salah aku juga. Maaf aku baran.” Iman berkata ikhlas. Fia mengangguk sambil tersenyum.

“Marilah. Kita balik.” Ujar Adha. Fia menolong Isma bangun. Mereka menuju ke kereta.

Sempat, Isma berpaling pada bangunan tersebut.

“Dah lah Isma, jangan tengok lagi bangunan tu. Kau dah la tengah lemah sekarang.” Tegah Fia.

“Ya, maaf. Nanti aku cerita apa aku nampak ya korang.” kata Isma.

“Dah, nanti sampai rumah baru kau cerita. Aku tengah ketar kepala lutut ni.” kata Adha sambil menyapu bulu romanya yang merinding di tengkuk. Enjin kereta dihidupkan. Lantas, kereta itu meluncur laju. Langsung tidak perasan akan susuk 


Isma yang berlari-lari keluar dari bangunan itu. 

“Iman! Fia! Adha!” laungnya sambil menangis ketakutan. Dia tak faham. Kenapa kawan-kawannya tinggalkannya disini seorang?


====================

Di dalam kereta, Fia mencium tangannya. Seraya, dia terbau benda busuk. Meloyakan! Persis bangkai. “Korang ada bau sesuatu tak?” ujar Fia.

“Ya. Macam bangkai.” Iman menghidu tangannya. Apa yang dipegangnya hingga bau sebegini rupa?

“Eh korang ni jangan celupar sangat boleh tak?” marah Adha.

‘Isma’ dalam kereta tersenyum, sambil memandang keluar tingkap.

‘Uji-nyali’ ini baru bermula. 


Kalian cari aku, takkan aku nak menyorok? 

==================

TAMAT
==================
Gambar: NIL
Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: