DIARI BUNGA – PART 3 ( NADIA ATAU ARIF? )
July 2017
Rasa bahagia bila dah masuk pejabat balik. Walaupun banyak kerja yang tertunggak, tapi sekurangnya aku tak bosan. Kat pejabat ramai orang aku boleh ajak berbual, kalau kat rumah, Mak Temah bukannya nak melayan aku sangat. Sengaja Mak Temah tu, susah sangat nak bercakap, ada emas agaknya dalam mulut dia! Hahaha. Mesti tersedak Mak Temah kat rumah sekarang ni.
Ramai staf yang menegur aku makin kurus, muka pun sememeh ja, dah tak ceria macam dulu. Yelahh, makan pun tak ada selera, macam mana aku tak kurus? Ada yang nak sponsor vitamin lah, ada yang nak belanja makan lah, sudahnya, aku siap berjanji nak makan banyak-banyak sampai gemuk pulak. Aduhaii, bila dah lama tak jumpa, macam-macam betul perangai mereka ni. Misi tambah berat badan sudah bermula, Fighting!!
Bila dah sihat ni, terasa nak makan macam-macam pulak, itulah, inilah. Yang jadi mangsa, pastinya Abang Hakimi. Terpaksa melayan kerenah selera aku ni. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni, period aku pulak. Period tak berhenti dah sebulan ni, haishh apa lagi la sakit aku ni.
Ogos 2017
Aku mula rasa tak sedap badan, rasa lemah semacam je. Nak buat kerja pun dah tak ada semangat macam sebelum ni. Ada juga rakan sepejabatku yang tegur, nampak aku selalu termenung. Tapi yang peliknya, selera makan aku bertambah. Dah mula berisi macam dulu-dulu, kata mereka. Kalau tengah hari aku dah makan sepinggan nasi penuh, dalam 2 ke 3 jam selepas tu, aku akan lapar balik. Mula lah nak order pisang goreng cheese lah, mee goreng mamak lah, call delivery lah. Pulak tu, makan macam untuk dua orang. Tak mungkin lah mengandung, sebab aku tengah period lagi ni. Baru je suci seminggu lepas sebulan berdarah, ni dah datang balik period nya.
Teringat calon-calon yang iri hati dekat aku. Entah siapa lah yang hati busuk sangat sampai sanggup buat macam tu. Agaknya dia dah insaf kot, aku rasa dah makin okay ni. Hmmm, berdoa semoga apa yang aku lalui sebelum ni takkan berulang lagi. Atau sejarah mungkin berulang?
Entah mana semangat kerja pergi, ke laut agaknya.
September 2017
Hutang-hutang report sudah aku lunaskan. Dua tiga hari balik lewat, buat aku rasa penat dan tak bermaya. Kalau ajak Abang Hakimi pergi bercuti pon, best jugak ni. Cameron Highland ke, Port Dickson ke. Mana tempat best nak rehatkan minda? Nanti lah aku minta pendapat Abang Hakimi dulu.
Hari ni aku pergi kerja macam biasa, cuma rasa tak sedap hati. Entah kenapa jantung ni asyik berdegup laju ja, macam ada benda yang tak kena.
Aku cuba positifkan diri, sibukkan diri dengan kerja, sambil dengar lagu yang menaikkan semangat. Tapi dalam kekusyukan aku bekerja, ada juga terselit fikiran-fikiran yang entah apa-apa. Pasal kematian. Takut pulak aku bila fikir. Agaknya bila ajal aku? Pahala tak banyak, lepas kah aku untuk ke syurga? Aduhaii, seram sejuk aku rasa ni, macam diperhatikan.
Aku pulang ke rumah dengan hati yang sebal dan wajah yang muram. Memberi salam, lalu masuk ke dalam rumah, menonong terus kearah suamiku. Aku menyalami tangan Abang Hakimi seperti biasa. Abang Hakimi menegur ku.
Hakimi : Hai sayang, kenapa muram sangat ni? Ada masalah ke kat pejabat?
Bunga : Hai abang, yeke? Okay je ni, tak ada apa masalah pun
Hakimi : Dah tu, kenapa masam sangat muka tu?
Bunga : Sebab penat kot, biasa lah banyak kerja.
Hakimi : Malam ni, Bunga tak payah masak, kita makan kat luar jelah.
Bunga : Ok, ikut Abang lah
Hakimi : Okay, Bunga pergi lah bersiap, pakai baju yang Abang letak atas katil eh.
Bunga : Okay.
Aku naik ke tingkat atas dengan langkah longlai, masuk ke bilik, terkejut dengan permintaan Abang Hakimi. Dah kenapa laki aku nih, dah gila ke nak suruh aku pakai gaun pendek, nak keluar. Putus wayar agaknya mamat ni. Ahh, baik aku mandi dan solat dulu. Agaknya dia main-main je nih.
Usai mandi, aku dikejutkan lagi dengan kehadiran Abang Hakimi di birai katil.
Hakimi : Sayang pakai je baju ni, Abang beli khas untuk Sayang.
Bunga : Abang ni dah buang tebiat ke? Takkan lah Bunga nak keluar dengan baju seksi macam ni?
Hakimi : Pakai jelahh, sekali je dalam seumur hidup!
Bunga : Hmmm
Hakimi : Abang tunggu dekat bawah.
Bunga : Okay
Aku bersiap ala kadar, tempek-tempek bedak sikit, gincu sikit, dan kusarungkan jugak baju seksi ikut kemahuan Abang Hakimi. Dah hilang akal gamaknya laki aku nih.
Aku berjalan terus menuju ke kereta, tapi Abang Hakimi menarik lenganku, dan membawaku ke arah lain. Aku diarah untuk mengikut sahaja.
Aku terpegun dengan set yang telah disiapkan Abang Hakimi. Ohh, ini maksudnya makan diluar ye, luar rumah betul lah. Hahahah. Patutlah dia selamba badak je suruh aku pakai baju yang seksi nih.
Set candle light dinner, betul-betul diluar rumah aku! Abang Hakimi hanya ketawa melihat reaksi aku. Dia memimpin tanganku dan menarik kerusi untuk aku duduk.
Bunga : Bila masa Abang rancang semua ni?
Hakimi : Hehe, dari pagi tadi. Abang dah minta orang restoran tu datang dari petang tadi. Menyorok dekat belakang masa Bunga balik. Lepas Bunga masuk je dalam rumah, kelam kabut dorang set up meja.
Aku hanya ketawa. Terasa sedikit kurang galau dihati.
Bunga : Dahtu, mana orangnya?
Hakimi : Abang dah suruh dorang keluar dulu, takkan nak biar dorang tengok Sayang dalam keadaan macam nih?
Bunga : Tahu pun. Dah kenapa suruh Bunga pakai baju seksi sangat.
Hakimi : Hehe, saja je. Jom makan. Abang order makanan favourite Bunga ni. Special untuk Sayang.
Kami menikmati makan malam yang bajet romantis sangat. Tak sangka Abang Hakimi nak buat macam ni. Hmm, rasa bahagia jugak bila dilayan macam ni, tapi...
Ahh, aku tak patut fikir benda tu di saat bahagia macam ni. Tapi.. bila diingatkan balik.. Rasa takut..
.....................
Aku start enjin macam biasa dan biarkan panas lebih kurang 5 minit. Sementara tunggu enjin panas, biasanya aku akan melayari laman Facebook ku. Dalam aku asyik membaca cerpen seram yang dikongsi rakanku, tetiba aku rasa angin laju menerjah mukaku. Terkejut sampai melatah aku. Aku urut dada yang berdebar, ahhh petanda apa lagi ni?
Kali ni, perjalanan pulangku terasa pelik. Lain macam rasanya. Aku seakan berada di awangan, sambil memandu pun, aku rasa macam dipukau. Hampir sahaja aku melanggar kereta dihadapan. Mujur aku cepat tersedar dan menekan brek.
Dari awal aku dah perasan kepelikan yang berlaku petang ni. Selalunya banyak kereta dijalan, jem yang sangat teruk lah kalau aku nak pulang ke klang dari subang jaya ni. Tapi kali ni aku nampak macam kosong je jalan. Beberapa buah kereta sahaja yang melepasi aku.
Lepas dari tu, aku memandu sambil membaca ayatul kursi. Tetiba terang mataku, banyak pulak kereta didepan. Tapi aku seperti mendengar sayup suara yang memanggil namaku. Menggeletar tanganku. Rasa mahu cepat sampai ke rumah, tapi nak menghadap jem ni, makan sejam!
Hakimi : Bunga! Heii, kenapa ni? Jauh mengelamun?
Bunga : Hmm? Ohh maafkan Bunga. Abang cakap apa tadi?
Hakimi : Dua tiga kali Abang panggil Bunga. Tapi Bunga macam tak sedar. Termenung apa?
Bunga : Err, tak ada apalah Abang. Eh ada lagi tak makanan? Rasa macam nak tambah lah.
Hakimi : Bunga betul ke okay ni? Bagitau Abang, ada apa masalah ke yang berlaku tadi?
Bunga : Betul lah, okay je ni. Jom la kita makan lagi.
......................
Oktober 2017
Dah banyak kali jadi. Geram bercampur takut. Entah apa lagi permainan manusia yang iri hati ni. Setiap kali aku balik kerja, aku akan mengelamun didalam kereta. Pemanduanku seperti orang gila, aku seakan mendengar bisikan menyuruhku memecut laju. Seolah tiada kereta dihadapan. Padahal punyalah banyak kereta.
Langgar kereta tu..
Langgar kereta tu..
Langgar kereta tu..
Jelas dimataku kereta dihadapan, tetapi kakiku seakan digam dan hanya biar kereta menambah kelajuan. Aku cuba melawan. Tapi sekejap duniaku rasa lain. Aku melawan lagi. Aku cuba membaca doa didalam hati, walau pun tersekat-sekat, tapi aku gagahkan jugak.
ALLAH!
Aku seperti tersedar. Sempat brek ditekan. Istighfar aku didalam hati. Nasib baik tak cium kereta depan.
Ya Allah, dugaan apa lagi yang harus aku tempuh? Aku takut sangat, seperti ajalku di depan mata.
Masa kerja aku diisi dengan termenung. Takut dan gusar menguasai hati.
Aku terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin dapat mengubah nasib diri aku. Aku dah tak sanggup nak hadapi gangguan macam ni lagi. Tapi terasa sayang pulak kalau nak bertukar tempat kerja. Walaupun kadang-kadang sibuk dan terpaksa balik lambat, tapi ia agak menyeronokkan. Tambahan pulak rakan-rakan sekerjaku semuanya baik.
Aku nekad, surat berhenti kerja aku taip. Aku terus berjumpa dan berbincang dengan ketuaku. Walaupun agak sukar dia melepaskan pekerja terbaik sepertiku (tangan ke bahu, mata ke atas), tapi dengan penerangan dan pujukan dari ku, beliau bersetuju.
Aku meminta bantuan dan pemahaman mereka untuk melepaskanku dua minggu lebih awal. Aku sanggup membayar gaji dua minggu yang aku pinta untuk diawalkan. Aku berterus terang dengan situasi diriku. Mujur syarikat memahami dan mengizinkanku untuk berhenti lebih awal. Alhamdulilah, urusan aku dipermudahkan.
……………………….
Bunga : Abang, Bunga ada benda nak bagitau Abang ni.
Hakimi : Iya sayang,
Bunga : Bunga minta maaf kalau buat Abang marah, sebab tak berbincang dengan Abang dulu sebelum buat keputusan.
Hakimi : Eh, apa benda yang serius sangat ni Bunga?
Bunga : Sebenarnya, Bunga dah bagi notis untuk berhenti kerja.
Hakimi : Laaa, kenapa? Bunga kena buli ke?
Bunga : Haahh. Maafkan Bunga.
Hakimi : Siapa yang buli Bunga? Bagitau Abang, biar Abang pergi jumpa dengan Bos Bunga.
Bunga : Bukan macam tu… Tapi sebenarnya…
Hakimi : Ehh apa yang Bunga nak cakap ni? Cuba terus terang.
Aku menceritakan semuanya kepada Abang Hakimi. Biasalah, sambil cerita tu, aku tambahkan dengan tangisan-tangisan manja, supaya Abang Hakimi tak marah. Hahaha. Aku ceritakan setiap gangguan yang aku hadapi dan juga masa aku hampir kemalangan. Berkeriut wajah Abang Hakimi.
Hakimi : Kenapa Bunga rahsiakan dari Abang selama ni? Bila Abang tanya, Bunga tak pernah nak buka mulut. Kalau jadi apa-apa macam mana? Benda ni bukan main-main tau. Abang tak sangka Bunga sanggup buat Abang macam ni. Siapa Abang dalam hati Bunga? Benda penting macam ni pun, Bunga tak pernah nak cerita kat Abang.
Aku terdiam mendengar bebelan Abang Hakimi. Memang salah aku sebab tak ceritakan semua ni kat Abang Hakimi. Sedangkan dah lama aku kena, cuma aku takut. Takut Abang Hakimi tak percaya. Sekarang ni macam mana nak sejukkan hati suami aku ni? Aku nampak mata Abang Hakimi dah bergenang dengan air mata. Hmmm, sayang ehh. Hahahaha ( gelak dalam hati je )
Bunga : Maafkan Bunga, bukan tak nak bagitau Abang, tapi takut Abang tak percaya. Sayang pun kadang-kadang macam tak boleh nak hadam apa yang jadi kat diri Bunga. Sebab Abang pun nampak Bunga dah makin sihat. Cuma gangguan macam tu je. Bunga rasa macam Abang takkan percaya kalau Bunga cerita.
Hakimi : Kalau bukan dengan Abang, siapa lagi Bunga nak luahkan perasaan tu? Jangan cakap Bunga nak cerita kat Arif pulak!
Bunga : Apa yang Abang babitkan Arif ni? Bunga pun dah lama tak berhubung dengan dia.
Hakimi : Dah tu, Abang ni siapa? Sampai taknak cerita.
Bunga : Dah jeles pulak Abang ni. Tak pasal-pasal je. Ok, Bunga minta maaf sebab tak cerita benda sebenar. Tapi ni tak ada kaitan dengan Arif langsung. Abang maafkan Bunga eh?
Hakimi : Betul ke tak ada call Arif?
Abang Hakimi mengecilkan matanya memandang aku dengan wajah yang serius. Aku pulak yang gelabah.
Tiba-tiba suasana yang tegang bertukar ceria. Abang Hakimi ketawa melihat reaksi aku.
Hakimi : Abang tak marah lah, saja nak usik Sayang. Cuma ada terkilan sikit bila Bunga tak cerita kat Abang dari awal. Biar jela benda yang dah lepas.
Bunga : Abang ni memang lah! Sengaja buat Bunga cuak. Betul ke Abang tak marah? Arif?
Hakimi : Buat apa Abang nak marah pasal dia, dah terang-terang Abang dapt Bunga. Hahhaaha
Bunga : Ehhh dia ni, main-main pulak. Abang tak marah ke kalau Bunga masih berhubung dengan dia?
Hakimi : tak marah lah, Abang tahu Arif tu kawan baik Bunga kan. Tak lebih dari tu kan?
Bunga : Heheheh, betul betul betul ( baca dalam nada upin ipin)
Nasib baik Abang Hakimi tak marah pasal Arif. Aku rasa bersalah dekat Arif sebenarnya, sebab pernah terfikir dia yang buat aku macam ni. Entah lah, aku pun tak pasti siapa. Tapi bila teringat balik video yang dia post dekat Facebook dia tu, macam pasal aku. Tapi kalau aku, so dia ke yang buat aku jadi macam ni?
……………………………
Hari sabtu, hari untuk aku merehatkan minda dari bebanan kerja. Terasa malas pulak nak masak hari ni. Biar Mak Temah jela yang uruskan.
Aku mengisi masaku dengan melayari internet. Laman Facebook aku buka. Aku skrol ke bawah mencari cerita-cerita baru dari rakan ku. Jariku terhenti bila ternampak nama Arif. Arif memuat naik satu video dengan status “Selamanya Cinta Hatiku”. Aku memainkan video tersebut. Arif bermain gitar! Sambil mendendangkan lagu favouritenya. Arif pernah menyanyi lagu ni di atas pentas masa belajar dulu. AKu dah tak ingat untuk majlis apa. Aku terpana. Air mata mula bergenang.
Tik.. Tik.. Tik..
Waktu Berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Mahumu, jadi mahuku
Pahit pun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku..
Saat berhadapan kamu..
Tik.. Tik.. Tik..
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati..
Mahuku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu..
Kamu tak tahu hancurnya hatiku..
Saat berhadapan kamu..
Kamu tak bisa bayangkan rasanya..
Jadi diriku, yang masih cinta..
( Masih Cinta – Kotak )
…………………………
Aku tersentak bila mendengar namaku dipanggil berulang kali. Ehh termengelamun jauh pulak aku teringat si Arif ni. Entah apa khabar dia dekat sana. Maafkan aku Arif, aku sayang kau!
Hakimi : BUNGA!! Ehh Bunga, ok ke ni? Dah sampai mana sayang termenung ni?
Bunga : Hehe sorry Abang. Tetiba teringat pasal kawan-kawan kat pejabat. Nanti rindulah nak jumpa diaorang lagi.
Hakimi : Bila last day Bunga?
Bunga : Haa, pasal tu, sepatutnya Bunga kena bagi notis sebulan, tapi Bunga minta pendekkan dua minggu je.
Hakimi : Ehh, boleh ke? Pastu, kena bayar ke? Nanti Abang masukkan duit dalam akaun Bunga. Berapa nak?
Bunga : Takdelah, tak kena bayar apa-apa pun. Bos faham keadaan Bunga. Cuma dia pesan kalau ada apa-apa nak minta dia tolong, bagitau je.
Hakimi : Lepas ni Bunga nak duduk rumah je ke? Atau pun Bunga dah ada minta kerja lain?
Bunga : Bunga nak cari kerja dekat dengan area rumah kita jelah. Tak ada lah kena drive jauh-jauh tiap hari.
Hakimi : Ok jugak tu.
Minggu Pertama Notis
Laira : Eh Bunga, I dengar you nak berhenti. Betul ke?
Bunga : Yeapp, I ada masalah sikit lah.
Laira : Kenapa? Story lah dekat I, mana tahu I boleh tolong you.
Bunga : Heehe you takkan boleh tolong I lah Laira. Ni masalah lain dari yang lain. Misteriiiii…
Laira : Hish you ni, meremang I. Kenapa, you kena kacau dengan Ekkk Ekkk ke? (Ekk Ekk tu panggilan untuk ganti perkataan hantu, ikut kefahaman Laira si ngokngek ni)
Bunga : Haah Laira, I selalu kena kacau kalau I pergi toilet sorang-sorang!
Laira : Serious la you, oh damn. Habislah I lepas ni kalau you dah tak ada.
Bunga : Ekk Ekk Ekkk, datang dekat you perlahan-lahan, intai you dari atas pintu….
Laira : Bunga!!!
Bunga : Hahahahhaha, I gurau jelahh. Bukan sebab dekat pejabat ni. I ada masalah lain lah.
Laira : You ni, sempat lagi nak kenakan I ehh. Kenapa? Story lahh. Jom kita lepak pantry. Bos takde ni, I rasa dia keluar meeting.
Bunga : Amboi, you nak kena pecat ke?
Laira : Hahahah, don’t worry lahh, jom
Aku pun menceritainyapon adoi semula dekat si ngokngek ni. Dengar dengan penuh teliti betul. Kalau aku sergah, mau melatah terjun pokok gamaknya.
Laira : Seram nya cerita you. I takut lah, kalau ada orang tak puas hati dekat I.
Bunga : Haaa, tau pun. You jangan nak mainkan hati si Adrian tu. Kalau dia buat dekat you, baru You tau!
Laira : Ishh you ni, Adrian tu baik lah, Dia takkan buat macam tu dekat I.
Bunga : Eleh, poyo je you ni.. You percaya hantu ke?
Laira : I tak pernah jumpa, I pun tak tau. Kalau benda macam ni jadi dekat I, maybe my parents akan bawa I pergi tokong sembahyang. Nanti minta tangkal sama itu Atok. You nak I tolong ke?
Bunga : Ehh, tak payah lah, suami I dah bawa I pergi jumpa Pak Mat.
Laira : Siapa Pak Mat? Your uncle ke?
Bunga : Pak Mat? Emm, Ustaz kot.
Laira : Kot? You mean, you tak tahu siapa you jumpa. And you trust him?
Bunga : Ehh, Husband I yang bawa I jumpa Pak Mat lah, bukan I pergi sendiri.
Laira : Then should be okay lah. Apa ustaz tu cakap?
Bunga : Macam I cerita tadi lah, ada orang tak puas hati dengan I.
Laira : Lepas ni apa plan you? Housewife?
Bunga : Yeahh, I nak goyang kaki je dekat rumah. You jangan jealous taw!
Laira : Cehhhhh poyo nya You nihh
Pak Mat? Tetiba ja aku jadi tak pasti dengan nama tu? Betul ke dia tu Ustaz? Ataupun sekadar menipu duit Abang Hakimi je? Balik nanti kena tanya Abang Hakimi pasal ni.
………………………………….
Hakimi : Sayang, weekend ni kita pergi Cameron nak?
Bunga : Wahhh, betul ke ni? Mestilah nak, dah lama kita tak pergi jalan-jalan.
Hakimi : Bunga kemas baju malam ni siap-siap. Esok lepas kerja terus bertolak.
Bunga : Okay, sayanggggggggggg Abang!
Minggu Terakhir Notis
Aku cuba menyiapkan sebanyak kerja yang mungkin. Fail-fail yang berlonggok di satu sudut, aku kemaskan semula ke tempat asalnya. Dokumen-dokumen yang lama aku susun dan masukkan ke dalam fail. Mudahkan pekerja baru nanti. Baik hati kan? Hahhaah
Minggu ni aku banyak habiskan masa rehat di pejabat saja. Senang nak siapkan kerja. Ada satu tender baru yang aku kena siapkan. Akal jahat ni mula la fikir abaikan je kerja tu, tapi memandangkan syarikat dah terlalu baik melepaskan aku lebih awal, terus aku matikan niat jahat tu.
Laira : Hai Bunga, bila last day you?
Bunga : This Friday, kenapa?
Laira : Cepatnya, tak nak stay lama lagi ke?
Bunga : Hehe, jumaat ni jelah. I malas nak drive jauh-jauh lagi.
Laira : Bos minta I arrange kan dinner untuk kita semua. Untuk farewell you.
Bunga : Laa, betul ke. Pastu you book dekat mana?
Laira : Ini lah sebab I datang cari you. You nak makan kat mana? Just name it, I dah dapat approval dari Bos.
Bunga : Hmm, I tak tahu lah Laira.
Laira : Alaa, you cakap je mana.
Bunga : Just pergi Café Kitchen boleh tak? Senang I nak balik rumah nanti.
Laira : I ok je, situ pun sedap, I suka fried mushroom. Nyummy..
Bunga : I dah agak. Kira ok lah tempat tu. Lepas kerja terus pergi tau. I tak nak balik lewat sangat.
Laira : Ok princess!
Hari Terakhir. Notis.
27.10.2017
Bunga : Abang, just nak ingatkan Abang, hari ni Bunga balik lambat sikit tau. Ada farewell tu.
Hakimi : Iya, Abang ingat. Ok tak apa, nanti Abang makan sendiri je dekat rumah.
Bunga : Bunga pergi kerja dulu eh.
Hakimi : Ok hati-hati bawa kereta tu.
Bunga : Abang pun. Love you.
Hakimi : Love you too.
Aku bergerak keluar dari perkarangan rumah, sempat aku kerling Abang Hakimi di cermin. Abang Hakimi hanya tersenyum manis memandang ku pergi.
Hari terakhir bekerja tak begitu penat, biasalah, dah hilang mood nak buat kerja. Aku habiskan masa seharian aku bertemu dengan semua staf, minta maaf, borak-borak dan tak lupa aku berikan hadiah kecil setiap seorang. Untuk kenangan. Sayang rasa nya. Terasa berat hati dengan keputusan ku ini. Entah kenapa. Dua minggu ni tak ada pulak gangguan masa balik lagi. Aku balik rumah dengan selamat je. Alhamdulilah. Mungkin sebab tu aku rasa berat hati nak berhenti. Tapi keputusan ni untuk kebaikan aku jugak. Masa akan datang tak tahu apa lagi gangguan atau masalah yang aku akan hadapi.
Petang tu, kami bergerak ke café agak lambat, nak tunggu semua berkumpul pun satu hal, lama betul. Kami makan dan berborak sesama sendiri. Tak perasan masa dah beransur lama. Langit pun dah kelihatan gelap. Aku minta izin untuk solat sekejap di surau. Mereka yang lain masih rancak berbual. Tiba-tiba dengar rintik hujan menyembah bumi. Rintik air makin deras. Alamak, hujan lebat pulak, macam mana aku nak balik ni. Usai solat, aku kembali ke meja makan. Ada staf yang dah beransur pulang. Aku serba salah sama ada nak terus balik atau pun tunggu sekejap sampai hujan renyai.
Laira : Bunga, Adrian dah tunggu I dekat luar. You nak kita hantar you balik rumah ke?
Bunga : Ehh tak payah la, I boleh balik sendiri.
Laira : Tapi hujan tengah lebat ni.
Bunga : I tunggu slow sikit. You balik lah dulu.
Laira : Sorry Bunga, I dengan Adrian nak pergi tempat lain lepas ni. I tak boleh teman you lama.
Bunga : Its ok dear, you balik lah.
Laira : Ada masa kita keluar dating ok? Love you. I balik dulu. Byee
Bunga : Sayang you jugak. Jangan pergi tempat bukan-bukan! Hahha
Laira ; hahahha You nihh, take care okay. Anything, you call je.
Bunga : Yahh sure. You too. Baii
Hampir setengah jam aku tunggu, rintik air tak menunjukkan gaya mahu berhenti. Makin lebat nampaknya. Aku melihat jam, sudah hampir ke jam 9. Abang Hakimi sudah aku maklumkan pasal kelewatan ku. Sudah dipesan supaya aku menunggu hingga hujan renyai.
Aku ralit bermain handphone. Sedari tadi aku hanya melayari Facebook. Sudah bosan aku skrol ke bawah, aku refresh kembali. Ternampak status baru dari Arif.
I miss you. The old you.
Baru je status tu dimuat naik, sudah ada beberapa orang yang komen dan like. Aku hanya memandang sepi. Tak berani nak tegur. Tak berani nak tekan butang like. Tak berani nak taip apa-apa komen.
Aku bosan menunggu, terus buat keputusan untuk meredah hujan. Aku berjalan sambil tangan aku mencari kunci kereta di dalam beg. Tak perasan langsung aku didepan pintu masuk ada wanita yang juga mahu melalui pintu tersebut. Tak sengaja kami terlanggar sesama sendiri. Kunci di tangan jatuh. Aku mengutip sambil mulut mengucapkan maaf. Terdengar wanita tersebut juga meminta maaf sambil mengutip beg duit nya di lantai.
Korang mesti dah boleh agak klise kat scene ni kan? Siapa wanita yang konon terlanggar pulak disaat-saat genting ni. Rupanya Kak Nadia. Kami sama-sama terkejut. Dia menegur ku.
K.Nadia : Ehh Hai, Bunga kan? Sihat ke?
Bunga : Sihat alhamdulilah.
Aku nampak senyuman sinis terukir di bibir kak Nadia. Bukan nak fikir jahat tapi kau dah kenapa? Tak puas hati tu cakap jelahh! Geram pulak aku tengok muka dia.
Kak Nadia hanya berlalu pergi tanpa berkata apa lagi. Aku dah mula fikir bukan-bukan.
Aku hidupkan enjin kereta dengan perasaan bebal. Bengang pulak aku bila teringat pasal Kak Nadia ni. Kalau betul dia yang buat, memang aku tak akan maafkan dia sampai aku mati!
Aku meredah hujan. Lebat. Wiper aku pasang paling laju. Hatiku mula berdegup kencang. Aku dah rasa tak sedap hati. Tersentak aku bila keretaku di hon dari belakang. Aku tak tahu apa salah aku. Aku mula cuak. Menyesal pulak aku tak dengar cakap Abang Hakimi. Sepatutnya aku tunggu sampai hujan berhenti.
Seperti kejadian sebelum ni, aku terasa seperti diawangan. Hati dan mindaku seolah dikawal. Ada masa aku menekan minyak supaya kelajuan bertambah, bila tersedar, aku beristigfar. Bisikan namaku kedengaran lagi. Aku takut, aku memandu sambil air mata mengalir keluar.
Bunga…
Bunga..
Laju sayang..
Tekan laju lagi sayang..
Diamm!!!!!
Bunga..
Bunga cantik, baik, tapi sayang..
Aku kata DIAM!!!
HAHAHHAHAHAHHA
Aku terkejut bila ternampak sekilas seperti bayang hitam yang melintas di depan kereta. Aku kaget, stereng dipusing kekanan secara mengejut untuk mengelak. Kereta yang aku pandu hilang kawalan, berpusing-pusing terbalik selepas aku melanggar laju tembok di tepi. Kepala aku terhentak di stereng
Aku terasa seperti terapung, kepala aku rasa pening. Pandangan aku semakin kelam, tangan aku cuba mencapai handphone di hujung kepala. Aku mula terbayang wajah Abang Hakimi.
Aku terasa seperti terapung, kepala aku rasa pening. Pandangan aku semakin kelam, tangan aku cuba mencapai handphone di hujung kepala. Aku mula terbayang wajah Abang Hakimi.
Abang…
Bunga minta maaf
Bunga balik lambat
Abang..
Tunggu Bunga..
Empat tayar kereta berada di atas. Kereta aku terbalik. Sayup-sayup aku terdengar suara orang menyuruh aku keluar. Aku tak mampu nak bergerak. Aku terasa seperti disentuh. Aku ditarik keluar oleh orang ramai. Pandangan aku kabur. Aku rasa loya. Darah mengalir laju dari atas kepala. Tangan dan kaki ku juga luka dan berdarah. Aku dah tak mampu. Aku dah tak tahan. Sakitnya ya Allah.
Call..
Su..a..mi.. sa..ya..
Bunga meninggal di tempat kejadian. Ambulans tiba dan membawa mayat ke hospital untuk bedah siasat. Ahli keluarga Bunga dihubungi dan diberitahu tentang kejadian yang menimpa arwah.
Jenazah dibersih kan dan dimandikan oleh pihak hospital. Jenazah yang siap dikafankan dibenarkan dibawa pulang ke rumah untuk urusan seterusnya. Pagi itu, ramai yang menziarahi rumah Hakimi. Hakimi menenangkan Umi yang menangis disisi jenazah Bunga. Kelihatan Abah tenang walaupun jelas mata nya merah menahan tangis. Ruang rumah diisi dengan bacaan Yasin oleh jiran tetangga dan jugak ahli keluarga yang datang. Rakan-rakan pejabat Bunga juga ramai yang datang. Mereka turut menyatakan perasaan sedih dan tak sangka perkara ni terjadi betul-betul selepas majlis perpisahan Bunga.
Muncul kelibat Kak Nadia, datang mendekati Hakimi.
K.Nadia : Hakimi, you okay ke? You tahu kan, I selalu ada untuk you. Just call me ok?
Hakimi : Terima kasih datang. I okay.
Hakimi berlalu pergi.
Ibu, Baba, Dan Arif masuk ke ruang utama. Baru sampai. Ibu menangis memeluk Umi. Menenangkan hati keduanya yang galau kehilangan satu-satunya puteri.Ibu, Umi dan Abah mencium Bunga buat kali terakhir. Arif berjalan perlahan menuju kearah jenazah di tempatkan. Arif duduk bersimpuh disisi Bunga.
Jelas air mata mengalir dipipi.
Bunga..
Kenapa jadi macam ni.
Arif minta maaf..
Dah seminggu Arif kat Malaysia, tapi tak datang jumpa Bunga..
Bunga..
Arif dah pesan, tapi Bunga degil!
Bunga sepatutnya milik Arif,
Bukan kahwin dengan lelaki tak guna tu!
Bunga..
Arif sayang kan Bunga walau apa pun yang jadi.
Bunga tetap milik Arif sampai bila-bila.
Arif mengesat air mata.
Hakimi tenang menuju kearah Arif yang masih sedih disamping Bunga. Hakimi menepuk perlahan bahu Arif.
Hakimi : Terima kasih datang. Doakan yang baik-baik untuk arwah Bunga.
Arif hanya diam dan berlalu pergi dari Hakimi. Tak mampu nak membalas setiap butir perkataan yang keluar dari mulut insan yang sangat dibenci.
Di satu sudut, kelihatan seorang tersenyum sinis, gembira di dalam hati tidak dapat ditahan. Rancangan untuk menyingkirkan Bunga dari dunia ni berjaya. Dendamnya terlunas. Kesedihan diwajah hanya untuk mengaburi.
Selamat tinggal Bunga!!!
-Tamat-
Follow Arkib Angker Negara untuk mengikuti kisah-kisah seram, misteri, fakta menarik, reviu filem dan banyak lagi setiap hari yang pastinya membuatkan anda meremang !
No comments:
Post a Comment