Showing posts with label Scarybunny. Show all posts
Showing posts with label Scarybunny. Show all posts

Friday, 29 December 2017

MERAH - Scarybunny


Tajuk: Merah
Karya: Scarybunny

Hai, nama saya Ahmad(bukan nama sebenar). Saya suka pergi mendaki gunung atau bukit. Namun, satu kisah ini telah membuatkan saya tidak berani mendaki lagi.

5/2/16
Hari ini aku akan mendaki gunung. Nama gunung ni aku tak nak letak kat sini. Aku pergi sana dalam pukul 7:00 pagi. Lepas habis semua urusan aku terus mendaki. Semasa tengah hari, aku rehat pastu tertidur. Pada waktu petang, aku bangun dan cuba sambung perjalanan. Tetapi kabus telah menghalang niat ku.

Dalam samar samar, aku dapat melihat sebuah rumah usang. Tanpa membuang masa aku mengetuk pintu rumah tersebut dan seorang lelaki tua telah membuka pintu dan dia telah membenarkan ku menumpang semalam dirumahnya.

Aku mulai berasa lapar.Tiba-tiba pintu bilikku dikuak dari luar. Seorang perempuan tua masuk dan memberiku sebungkus roti. Nenek itu keluar dan aku terus makan roti yang diberikannya. Kemudian,aku tertidur dengan nyenyaknya.

6/2/16
Aku terbangun dari tidur dan mengemas barangku untuk meneruskan perjalananku. Aku pergi ke bilik sebelah yang menempatkan suami "isteri" tersebut. Aku mengetuk pintu dan cuba melihat melalui lubang pintu dan aku cuma melihat warna merah darah saja. Aku menyangka mungkin bilik atuk ini dicat merah. Aku mengetuk pintu berkali-kali dan pintu itu terbuka dengan sendirinya.

Sangkaku tentang warna merah tadi meleset sekali. Rupa-rupanya, bilik itu berwarna hijau. Aku melangkah kehadapan dan melihat sebuah peti berwarna coklat. Aku membuka peti itu dan ternyata didalamnya terdapat mayat perempuan yang mereput. Matanya berwarna merah darah. Bila aku amati, rupa-rupanya mayat perempuan tersebut adalah nenek yang memberikanku makanan malam tadi.

Aku terus berlari keluar rumah dan meneruskan perjalananku dengan perasaan amat takut. Akhirnya,setelah tiga jam perjalanan mencari jalan, aku telah sampai di tempat melapor diri semalam. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa yang aku makan malam itu dan dimanakah pak cik yang mengizinkanku menumpang dirumahnya itu.

_________________
Suntingan: Penulis FateStay Nite dan Gongpal Topek
Suntingan Gambar: Ahmad Tawfiq Abd Aziz

Anda ada kisah seram, thriller, pengalaman, atau sesuatu yang mind blowing? Hantarkan karya anda untuk dikongsi bersama di sini. Kepilkan karya anda dalam bentuk Words dan inbox kepada kami, atau hantarkan melalui email ke:
aanrc2017@gmail.com
Sila sertakan nama, link Facebook atau Twitter, untuk tujuan pengkreditan

Friday, 17 November 2017

JASAD - Scarybunny


JASAD
Kiriman: Scarybunny
Hai nama aku Nina (bukan nama sebenar). Aku suka bermain anak patung. Tapi aku amat takut dengan mata mereka. Aku memiliki banyak koleksi anak patung tapi aku sangat suka bermain dengan sebuah anak patung yang bernama Lisa. Nama yang kuberikan kepada anak patung itu. Selesa dibawa ke mana-mana, dan sangat comel bagiku.
Pada suatu malam, bulan mengambang menemani malam, datang mengambang bagai mengatakan, akulah pemilik malam itu. Aku tidur pada pukul 12 malam. Aku bermimpi yang aku telah diculik dan dikurung di sebuah bilik yang amat gelap. Aku cuba melihat di sekelilingku. Aku ternampak anak patungku, Lisa. Namun, ada keanehan padanya. Matanya. Ya, matanya. Dia mempunyai mata yang berwarna merah. Dan aku tersedar dari tidurku. Aku melihat diriku di dalam cermin dan tidak sengaja ternampak patung kegemaranku, Lisa. Dia dari jauh melihatku dan mendekatiku. Dari caranya, dia cuba bermain denganku. Dia memberi syarat iaitu siapa yang kalah, dia akan bertukar jasad dengan yang kalah.
Syarat ku pula adalah aku akan jentik dia sepuluh kali. Mudah sahaja. Kami setuju untuk bermain one two som. Semua sedia maklum tentang permainan mudah itu, kan. Malangnya, Lisa, dia telah menang dan aku, seperti yang dijanjikan, telah dipaksa bertukar jasad dengannya. Tanpa aku sedari, aku sudah menjadi Lisa, manakala aku? Siapakah yang menjadi aku?

Kakakku memanggilku dari luar bilik, untuk mengajak makan beberapa minit kemudian. Aku melihat ‘dia’ yang sudah menyerupaiku berjalan membuka pintu, lalu pergi seiringan dengan kakakku. Aku cuba berteriak memanggil nama kakakku, tetapi sudah tiada gunanya. Itulah kisahku yang malang. Akulah ‘Lisa’, anak patung kecil yang terperangkap dek kerana perjanjian pertukaran jasad. KEMBALIKAN TUBUH AKU!