JASAD
Kiriman: Scarybunny
Hai nama aku Nina (bukan nama sebenar). Aku suka bermain anak patung. Tapi aku amat takut dengan mata mereka. Aku memiliki banyak koleksi anak patung tapi aku sangat suka bermain dengan sebuah anak patung yang bernama Lisa. Nama yang kuberikan kepada anak patung itu. Selesa dibawa ke mana-mana, dan sangat comel bagiku.
Pada suatu malam, bulan mengambang menemani malam, datang mengambang bagai mengatakan, akulah pemilik malam itu. Aku tidur pada pukul 12 malam. Aku bermimpi yang aku telah diculik dan dikurung di sebuah bilik yang amat gelap. Aku cuba melihat di sekelilingku. Aku ternampak anak patungku, Lisa. Namun, ada keanehan padanya. Matanya. Ya, matanya. Dia mempunyai mata yang berwarna merah. Dan aku tersedar dari tidurku. Aku melihat diriku di dalam cermin dan tidak sengaja ternampak patung kegemaranku, Lisa. Dia dari jauh melihatku dan mendekatiku. Dari caranya, dia cuba bermain denganku. Dia memberi syarat iaitu siapa yang kalah, dia akan bertukar jasad dengan yang kalah.
Syarat ku pula adalah aku akan jentik dia sepuluh kali. Mudah sahaja. Kami setuju untuk bermain one two som. Semua sedia maklum tentang permainan mudah itu, kan. Malangnya, Lisa, dia telah menang dan aku, seperti yang dijanjikan, telah dipaksa bertukar jasad dengannya. Tanpa aku sedari, aku sudah menjadi Lisa, manakala aku? Siapakah yang menjadi aku?
Kakakku memanggilku dari luar bilik, untuk mengajak makan beberapa minit kemudian. Aku melihat ‘dia’ yang sudah menyerupaiku berjalan membuka pintu, lalu pergi seiringan dengan kakakku. Aku cuba berteriak memanggil nama kakakku, tetapi sudah tiada gunanya. Itulah kisahku yang malang. Akulah ‘Lisa’, anak patung kecil yang terperangkap dek kerana perjanjian pertukaran jasad. KEMBALIKAN TUBUH AKU!
No comments:
Post a Comment