Monday, 6 November 2017

MESEJ - Nur Kasih


MESEJ
Karya Nur Kasih

======================
Tingg!!
Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku lantas mencapai telefon yang terletak di atas meja di sisi katil.
'Assalamualaikum...' - Sham
Hampir saja tercampak telefon dari tanganku selepas aku melihat gerangan si penghantar mesej melalui aplikasi whatsapp itu sebentar tadi.
Sham. Sahabat sekampungku yang telah pergi menghadap ilahi seminggu yang lalu. Sejak dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, hidup aku menjadi sunyi. Tiada lagi sahabat yang sudi mendengar luahan dan keluhan hatiku, tiada lagi insan yang sudi memberi nasihat ketika aku dilanda masalah.
Namun, beberapa hari selepas itu. Kesedihan yang aku lalui bertukar menjadi rasa gusar, takut dan keliru. Sham dah meninggal tapi kerap juga aku menerima whatsapp dari 'Sham'. Pernah juga beberapa kali 'Sham' cuba call aku. Tapi tiap kali itu jugalah panggilan itu aku tolak.
"Gila lah kalau aku jawab panggilan dari orang yang dah mati" Aku bermonolog di dalam hati.
12:45 PM
Jumaat. Orang kata malam ni Jumaat malam keliwon. Aku rasa tak sedap hati, nak tidur tapi tak berapa nak lena. Kerap saja aku terjaga dari tidur, aku mencapai telefon bimbitku.

2 mesej baru
Mesej pertama aku buka
'Assalamualaikum bro...' - Ikmal
Mesej kedua
'Bro kau ada dapat panggilan dari arwah Sham tak?'
Aku mengerut dahi selepas membaca pesanan ringkas dari Ikmal yang juga merupakan rakan sekerja aku dan arwah Sham. Aku tidak sedar aku membiarkan mesej Ikmal tidak berbalas. Otakku benak memikirkan, adakah nombor telefon itu sudah dimiliki oleh orang lain? Mustahil, baru seminggu. Kalau akaun talian tidak di top-up tiga bulan barangkali perkara ini boleh berlaku. Adakah aku terlalu memikir?
Keesokan harinya, aku segera bertemu Ikmal.
"Mal.. kau tak rasa ke ada sesuatu yang tak kena ke?" Soalku
"Aku pun tak tahulah.. kau rasa apa yang arwah nak dari kita?" Soal Ikmal kembali.
Suasana warung PakDin agak sunyi, tidak ramai pelanggan yang berkunjung.
"Arif...aku rasa baik kita jumpa Ustaz Haqiem" Ujar Ikmal. Aku pandang Ikmal.
"Kita minta tolong ustaz..kot dia boleh tolong kita. Aku tak nak badi arwah ganggu kita lagi" Tambahnya lagi.
Aku hanya diam memikirkan saranan Ikmal.

Petang itu aku dan Ikmal pergi ke rumah Ustaz Haqiem seperti yang dicadangkan, malang buat kami bila Ustaz Haqiem tidak berada di rumahnya untuk beberapa hari kerana dia bercuti pulang ke kampung halamannya.
Seperti ada sesuatu yang menghalang kami dari berjumpa Ustaz Haqiem. Itulah yang telintas difikiran kami berdua.
Kami kembali semula ke warung PakDin
Tingg!
Mesej masuk dari nombor yang aku kenali, tertera nama 'Sham' pada skrin telefonku.
"Mal...kau tengok! Aku dah block kat whatsapp, dia mesej pula kat nombor aku" Aku hulur telefonku pada Ikmal.
"Bro....aku rasa baik kita tukar je lah nombor baru. Tu je jalan penyelesaian yang ada" Ikmal kelihatan mula rasa cemas, wajahnya jelas memaparkan yang dia juga rasa terganggu dengan mesej misteri ni.
Tingg!
'Jangan tukar nombor'- Sham
Aku pandang Ikmal
"Weh!!!! Dia tahu la plan kita nak tukar nombor" Sekali lagi aku perlihatkan mesej tadi pada Ikmal

Tingg!
'.....................'- Sham
Aku campak telefonku ke tanah. Makin gila gangguan ni!
"Hahahahahahaha" lelaki yang berada di meja sebelah ketawa secara tiba-tiba. Waktu itu jarum jam di tangan sudah menunjuk ke angka 7:15pm. Aku dan Ikmal saling berpandangan. Baru sahaja aku dan Ikmal hendak bangkit dari kerusi....
"Assalamualaikum bro.....sorry bro!" Lelaki itu menghampiri kami.
"Waalaikumsalam.." Aku dan ikmal menjawab serentak.
"Nahh..... aku cuma nak kembalikan telefon ni" Lelaki itu kemudian menghulur telefon OPPO berwarna hitam. Aku teragak-agak untuk menyambutnya. Beribu soalan terlintas difikiran ku. Siapa dia? Kenapa dia gelak tadi? Mungkin lawak melihat reaksi aku membaling telefon tadi mungkin. Tapi...
"Duduklah dulu..." Pelawanya sambil menayang sebuah telefon bimbit yang lagi satu. Kelihatan seperti biasa kami lihat.
"Aku terjumpa telefon ni masa aku tengah naik motor nak ke rumah sepupu aku"
"Masa tu aku nampak telefon ni betul-betul ada kat atas jalan, hampir tayar motor aku melanyak benda ni" Ujarnya panjang lebar.
Aku dan Ikmal hanya membisu, ingin mendengar penjelasan kaitan dengan 'kes misteri' kami ni.
"Aku pada mulanya anggap ni rezeki aku, tapi bila di fikir balik...bukan hak aku. Dosa bro!"
"Tu yang aku cuba seribu daya aku untuk contact kenalan dan keluarga pemilik telefon ni..."
"Tapi malangnya, tak ada seorang pun yang bagi respon... sampailah pagi tadi aku dapat mesej dari nombor private, dia minta aku tunggu kat warung ni.." Panjang lebar mamat ni bagi penjelasan.
"Ohhh.....jadi selama ni kau yang mesej kami berdua lah kan?" Soalku
"Hehe yela...sape lagi? Nama aku Fendi.." Fendi menghulurkan tangan tanda perkenalan. Aku dan Ikmal kemudian bersalaman dengan Fendi.
Fuhh....! Lega rasanya mujurlah 'mesej misteri' yang kami terima tu dari manusia yang masih bernyawa.
"Masa aku tengah tunggu orang yang mesej aku tu, aku pun terdengar perbualan kamu berdua. Aku pun cuba hantar mesej untuk pastikan aku tak salah orang. Alhamdulillah...aku tak salah orang" Tambah Fendi lagi.
"Macam ni bro, tuan empunya telefon ni dah meninggal dunia.. hampir 2 minggu yang lalu. Dia cuma ada tunang dan mak yang dah uzur kat kampung" Ikmal kemudian bersuara.
"Jadi bila kami menerima mesej dari nombor arwah... kami pun panik, kami beranggapan mesej tu betul-betul dari arwah..." Sambung Ikmal lagi.
"Apa pun...kami berterima kasih sebab berusaha memulangkan telefon arwah sahabat kami. Jadi, nanti kami akan serahkan telefon ni pada mak arwah.." Ujarku
Tingg!
Telefon arwah Sham berbunyi
1 mesej baru
'Thanks bro pulangkan hak aku pada mereka'- Private Number
Tingg!
1 mesej baru
'Sampaikan salam aku pada bekas tunang dan mak aku ya..'- Private Number
Kami bertiga saling berpandangan. Kaget.
-TAMAT-



Suntingan dan Gambar: #kamenrider
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: