RESEPI MAK ANDAM SALEHA.
Karya: THE FLASH
==================
Hai.Nama aku Saleha.Panggil aku Mak Andam Saleha. Aku berumur 32 tahun dan berasal dari Klang.Sudah 5 tahun aku di dalam arena bidang perkahwinan.Tapi,kejayaan yang aku kecapi sangat-sangat luarbiasa.
Dengan bangga aku boleh cakap,aku mampu kalahkan semua Bridal House dan Mak Andam yang lain.Mana taknya, genap setahun aku mengandam,aku dah mengumpul RM200 Ribu dalam simpanan! Hebat bukan? Kau orang iri hati tak? Aku bagitahu awal-awal,buruk padahnya kalau kau iri hati dengan aku !
Oh ya,aku perlu berjumpa client aku hari ini.Anak VVIP dari Perak!
Persiapan sebelum pergi. Aku menghias wajah aku yang di tanam susuk emas ini , dengan Foundation Nars Code Stromboly. Kemudian dengan menggunakan Brush From MakeUpForever,aku oleskan bedak tabur khas dari Benye Banana.Sesudah itu,mata aku di lekapi kanta lekap berwarna hazelnut. Kelopak mataku dipakaikan pembayang mata dari pilihan warna dari Huda Beauty Rose Gold Pallet.
Kemudian, aku lebihkan solekan di mata, menggunakan Mascara More Than Sex dari TooFaced dan Celak Viva yang aku beli dari Indonesia. Ya, celak ini telah aku perasapkan dengan kemenyan.Kemenyan yang aku peroleh khas dari Dukun di Bali. Last but not least,bibir mungil aku di calitkan dengan sebatang lipstik dari Mac Code Please Me. Wajah ku di sembur dengan Urban Decay Mist- Long Lasting Make Up sebagai penutup. Done!
Aku bangun dari meja solek,menuju ke bilik hujung di rumah.Di situ aku nyalakan lilin dan aku bakar kemenyan.Lalu aku tanggalkan pakaian dan aku biarkan tubuh ku di jamah asap kemenyan.Ritual ini harus aku lakukan setiap kali aku hendak berurusan.Akhir sekali, aku mesti lah meminum secangkir air yang di ambil dari tempayan yang berisi tembuni bayi. Nyummm!!
Tiba di kereta. Sebelum berjumpa anak VVIP itu,aku semburkan wangian kegemaranku, Chanel Coco Mademoiselle pada baju dan leherku. Harum! Perjumpaan aku dengan anak VVIP yang mesra dipanggil Amira,berjalan dengan lancar.Dia bersetuju dengan pakej yang aku cadangkan.Cuma, dia risau dengan perangai tunangnya. Erkkk... masalah peribadi ni. Tak apa, mak Andam Saleha sudi mendengar.
Kata Amira, tunangannya sangat sosial. Gemar berlibur di kelab malam dan berpeleseran dengan gadis gadis lain. Dia tahu akan hakikatnya, namun dia sudah terlalu sayang dengan tunangnya. Kata Amira, dia terpaksa terima. Tetapi aku tidak! Emosi.
Dua hari berlalu. Aku mula cucuk jarum. Meracun fikiran Amira yang polos. Aku perihalkan tentang ilmu untuk mengikat hati tunangnya.Pada mulanya, aku sangkakan Amira akan menolak. Tetapi , sangkaanku jauh meleset. Amira setuju! Malah dia terlebih teruja dan rela hati menerima tunjuk ajar dari aku.
Tanpa berlengah, aku ajarkan Amira cara -cara hendak menyediakan 'Nasi Tangas'.Aku turut menitipkannya sebotol kecil minyak pengasih. Power ke? Ehh, haruslah! Ramuannya sahaja dari leluhurku. Kepala bayi aku sendiri yang telah aku gugurkan! Kata Pak Dukun tempohari, untuk mendapat minyak pengasih yang ampuh, maka itu adalah syarat ramuannya.
Dek kerana taksub,maka aku rela akan diriku disetubuhi oleh Pak Dukun itu. Dan terbentuklah janin dari hasil senggama aku bersamanya.Setelah itu,aku gugurkan bayiku dan menyerahkannya pada Pak Dukun untuk dibuat minyak pengasih. Sesudah minyak ampuh itu terhasil dan dimiliki, nyawa Pak Dukun aku ragut.Aku bunuh dia saat kami sedang bermadu kasih. Mampus orang tua itu!
Aku tidak mahu wujudnya lagi minyak pengasih yang setanding dengan empunya aku.
Mujarab. Minyak pengasih ni bagi aku sangat-sangathebat penangannya. Dalam simpanan aku, ada 3 balang besar . Botol kecil yang aku titipkan pada Amira hanya sebanyak 50ml. Percuma? Tidak mungkin. Aku jual dengan harga RM2,000. Cash only! Ahhhh.... apalah sangat pada nilai RM2,000 berbanding dengan kebahagiannya bukan?
Sebulan selepas perkahwinan Amira dan suaminya,dia ada menghubungi aku. Kata Amira, dia sangat berpuas hati.Suaminya bagai lembu di cucuk hidung! Mengikut apa sahaja kemahuannya. Dia bahagia. Dan dia mohon, jika ada ilmu lain yang perlu dia pelajari dari aku.Buat tambahan.
Nah, kau tengok. Sebab itulah aku berjaya. Perniagaan aku hebat. Akutetap memberi layanan pada client aku walaupun majlis mereka sudah selesai . Oh ya. Bila kita berjaya, pasti ada yang iri hati. Risau? Tidak sama sekali. Mana-mana manusia puaka yang dengkikan aku, aku balas!
Aku santau diorang secara berjemaah.Nak lagi thrill, mana yang dah berkahwin tu aku ikat suami diorang dengan minyak pengasih. Ada yang tak perlu aku gunakan minyak pengasih pun, dah terlentok awal. Nak tambah perasa, aku hantar semua gambar-gambar intim aku dengan suami diorang ke butik masing masing. Panas hati? Ada aku kisah. Inilah cara aku menundukkan pesaing.
Kes baru. Ada seorang bakal pengantin, Athirah namanya. Dia tidak mahu bekas tunangnya hadir dan menganggu di hari pernikahannya kelak. Huh, Senang je. Aku minta Athirah carikan anak kucing hitam dan beri pada aku. Apa aku buat? Aku belah perut anak kucing hitamitu. Aku masukkan gambar bekas tunangnya, paku,lipan ,lintah dan miang rebung di dalamnya. Kemudian aku jahit semula. Aku bacakan mantera yang berkait dan tanam bangkai kucing itu di depan rumah bekas tunangnya.
Apa yang aku tahu semasa di hari pernikahan Athirah, bekas tunangnya mati.Gantung diri!Mayatnya mati tergantung dengan keadaan perut terburai. Isi perutnya penuh dengan lintah dan lipan. Huh,mesti sakitkan?Dasar bodoh punya manusia. Orang dah tak nak, move on lah. Tak pasal-pasal mati cara macam tu. Athirah? Dia gembira dengar berita ini.Aku hanyalah Mak Andam yang cuba memenuhi kehendak pelanggan.
Razif. Bakal pengantin lelaki ini adalah seorang peguam. Dia kaya tetapi penakut! Pelik juga aku.Profession dengan personalitinya tidak seiring.Dia kata dia takut masa berarak,masa nak akad,masa bersanding.Entah apa punya peguam la.Gelak aku. Maka, penyelesaiannya aku titipkan dia taring harimau mati berangan.
Aku suruh dia selitkan ia pada sampin yang akan disarungnya nanti. Masa hari perkahwinan,bukan main garang lagi lagaknya.Macho dan sado. Hilang kecut perut.Seminggu selepas nikah,diadatang cari aku memulangkan taring harimau tersebut. Dia tanyakan bayaran yang perlu dia jelaskan. Aku? Duitnya aku tak mahu, tapi tubuhnya lebih menggiurkan.Nampak tak? Aku punya after sales hebat kan? Itu sebab banyak Mak Andam lain bengang dengan aku.
Semua set berus A Goodku,sudah aku perasapkan.Aku sanggup gali kubur tengah malam. Dek kerana kemaruk nak hebat,aku cari mayat wanita mati beranak.Jenuh.Tapi akhirnya berhasil.Aku puja.Aku seru. Akhirnya,aku dapat apa yanag aku nak.Oh ya. Ada satu berus yang aku reka khas.Bulu berusnya aku hasilkan dari rambut mayat wanita mati beranak tu.
Alahh...aku guna sebagai final touch selepas aku solekkan si pengantin.Sekadar lalu lalu kan di wajahje. Kata nak pemanis muka,seri wajahkan? Itulah caranya. Dan aku ketawa bila baca akhbar. Hingga ke hari ini, pihak berkuasa masih mencari ke mana hilangnya mayat wanita itu. Padahal, ada je dalam bilik hujung rumah aku ni.Nanti rambutnya dah botak,aku pulangkan balik ya?
Pernah juga beberapa kali aku dapat pelanggan yang culas nak buat bayaran.Sedia maklum, pelanggan aku semuanya VVIP.Tapi ada juga yang kedekut nak mampus! Ada sekali tu,aku ingat lagi nama pelanggan ni. Nama dia ,Zakiah. Jumlah bayaran serba siap cuma RM40k. Tapi dia minta tempoh.Kahwin nak grand, tapi duit tak mahu bayar. Dalam media sosial bukan main lagi dia upload gambar honeymoon pergi London.
Senang je, bukan susah pun. Aku cari mayat orang mati di bunuh.Walaupun ambil masa, tapi aku dapat juga.Aku puja mayat tu.Dan aku hantar puaka buat kacau pada pasangan tu. Kesudahannya,si suami jadi mental. Dia terjun dari banglo kediaman dengan adegan 'head first'. Pecah. Bersepai.Ngeri tak? Tak pun.
Itu pengajaran untuk orang yang liat nak bayar hutang.Lepas suami dia mati,barulah dia terhegeh-hegeh nak bayar.Aku tak terima.Malah aku upah orang simbah cuka getah pada wajah cantiknya.Mampos la kau menjanda sampai ketua. Siapa suruh. Hutang tak nak bayar !
Sebenarnya,untuk jadi macam akubukan mudah.Nantilah, ada masa akan aku perihalkan bagaimana dan apa pengalaman yang telah aku lalui sebelum bergelar 'Mak Andam Terhebat' ni. Bagi sesiapa yang hendak berkahwin, ambillah aku sebagai Mak Andam korang ya. Akan aku cadangkan pakej-pakej menarik yang buat korang takkan menyesal pilih aku. Yang penting, servis aku tip top!
Ingat tau,korang akan baca kisah aku lagi. Hati hati pilih Mak Andam,mana tahu terpilih aku. Ehh..janganlah takut . Korang juga yang akan gembira sampai ke tua nanti.
=================
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment