DI SANTAU BUNIAN
======================
Kepada mereka yang suka aktiviti lasak terutama sekali hiking, ingin aku kongsi cerita dari seorang anak muda bernama Faiz ( bukan nama sebenar ). Faiz amat gemar aktiviti lasak terutamanya hiking mendaki bukit gunung ini. Sebagai anak muda beliau tidak pernah merasa takut atau gentar semasa mendaki malah dia berasa lebih teruja. Suatu hari Faiz dan rakan-rakan mendaki bukit yang dirahsiakan tempatnya. Dalam perjalanan mereka sempat berjenaka sambil mengepak ranting serta mematahkan ranting-ranting di pokok. Bagi mereka perkara itu sudah menjadi kebiasaan (tabiat) sewaktu bosan-bosan mendaki bukit, rasa gatal je tangan tu. Dalam keralitan itu mereka berjaya sampai ke puncak.
Setelah berada agak lama di atas bukit mereka mula turun kembali dan pulang ke rumah. Hatinya merasa cukup puas bila berjaya menawan puncak itu, baginya seperti hilang sebentar permasalahan dunia apabila melihat keindahan dari puncak bukit itu.
Selang beberapa minggu keadaan Faiz telah berubah. Kesihatannya mula merosot. Faiz mula batuk-batuk dan beberapa kali sehingga batuknya darah. Ini berlanjutan sehingga sebulan sehingga Faiz kehilangan suara. Akhirnya Faiz mengambil keputusan untuk membuat ujian darah di hospital. Takut juga Faiz andainya dia menghidapi penyakit berbahaya seperti tibi. Setelah membuat ujian darah, x-ray dan sampel kahak. Hasil dari ujian makmal menunjukkan keputusan negatif dan Faiz didiagnos dengan sebarang penyakit.
Akhirnya kerana tidak tahan menanggung kesakitan, Faiz telah berjumpa dengan seorang ustaz pengamalkan perubatan islam. Ustaz tersebut 100% menggunakan ayat Al- Quran ketika berubat. Menurut ustaz, Faiz telah di santau bunian ketika melakukan aktiviti lasak. Bunian terlalu marah kerana Faiz telah mematahkan ranting yang merupakan tempat tinggalnya. Akhirnya bunian telah menyantau Faiz sebagai pengajaran untuk Faiz. Kata ustaz hanya bunian saja yang dapat merungkaikan santau yang di hantar dan Faiz sendiri harus meminta maaf kepada bunian tersebut.
Ustaz membantu membuka laluan alam ghaib dan Faiz telah melihat sendiri betapa cantiknya alam mereka. Tenang dan mendamaikan. Terdapat seorang wanita bunian yang begitu cantik sekali. Faiz sendiri tidak dapat menggambarkan kecantikkannya dengan kata-kata. Tiada wanita secantik wanita di alam bunian kata Faiz. Rambutnya panjang hingga mencecah kaki. Dia memakai baju putih dan tangannya berayun-ayun macam orang sedang menari. Faiz diizinkan berinterasi dengan bunian yang menyantaunya iaitu wanita cantik tersebut. Faiz meminta maaf di atas apa yang telah dia lakukan sewaktu mendaki.
Kata wanita bunian yang bertutur loghat masyarakat dahulu kala dan dia membahasakan dirinya sebagai puteri. Menurut kata puteri, manusia sering menceroboh tempatnya. Dia telah memberi pengajaran hanya sedikit saja kepada Faiz atas kesilapannya mengusik tempat tinggal puteri. Puteri terus memberi amaran kepada manusia, andai masuk ke tempat dia atau kawasan hutan, mintalah izin terlebih dahulu. Jangan diusik sebarang apa yang dijumpai termasuk pokok ataupun bunga. Jagalah mulut agar tidak celupar dan bercakap besar. Orang begini menurut kata puteri akan ditutupnya jalan keluar dari mereka kembali ke tempat asal.
Puteri duduk bersila dan Faiz menurut sekali. Puteri meletakkan tangannya atas kepala Faiz dan menarik sesuatu. Faiz dapat merasa seperti magnet yang sedang menarik sesuatu dari dalam badannya. Akhirnya Faiz muntah dan mengeluarkan lendir dan darah. Apabila Faiz sedar segala pandangannya berada di alam bunian bersama puteri bunian telah hilang. Hanya ustaz saja yang berada di hadapannya.
Kini Faiz beransur sembuh. Kata Faiz sebelum ini dia tidak pernah percaya akan alam ghaib dan hanya mendengar dari orang saja. Kini bila dia sendiri mengalaminya barulah dia sedar rupanya kita tidak bersendirian.
Pesan Faiz kepada mereka yang gemar aktiviti lasak sebegini. Sebelum masuk hutan bacalah doa terlebih dahulu. Mintalah izin dan pertolongan agar Allah memelihara dan melindungi kita. Jangan diganggu apa yang ada di dalam hutan. Nasihat penulis juga apa yang diceritakan oleh Faiz ada kebenaranya. Kita tidak bersendirian. Terdapat ramai makhluk di sekeliling kita cuma sesetengah kita tidak di izinkan melihatnya.
Nasihat penulis juga kepada semua pembaca jika kita mempunyai ilmu atau pengetahuan yang lebih, janganlah terlalu sombong sebab ada yang lebih hebat dari kita dan sedang memerhati akan kita. Moga kisah ini ada pengajarannya dan terima kasih kepada Faiz yang sudi berkongsi cerita dan semoga Faiz cepat sembuh.
======================
Suntingan dan Gambar: #kamenrider
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment