PEMINAT FANATIK
Karya : Tuan Muhammad Faiz
========
Faiz menghentak meja dengan kuat. Kelihatan tangannya mula menggenggam. Karya penulisannya langsung tak disiarkan. Di Arkib Angker Negara, apatah lagi Fiksyen Shasha. Faiz menyasar sasaran untuk di bunuh. Faiz menggenggam pisau erat, mengetuk perlahan di ‘profile facebook’ setiap penulis. Faiz tersenyum sinis dan hilang dari pandangan.
"Syok, dah beli buku segitiga karya Dee Fen."
Cik Edot kelihatan teruja membelek buku segitiga karya Dee Fen tanpa menyedari, sepasang mata memerhati dari siling yang berlubang di rumah nya. Air liur menitik perlahan. Tiba tiba Cik Edot merasa sesuatu yang ganjil, bulu romanya meremang. Entah bagaimana, Faiz muncul tiba tiba di balik Cik Edot dan menikam Cik Edot menggunakan pisau pemotong daging dengan laju. Bertalu talu tikaman di belakang Cik Edot.
"Arggh...Argghh..Sorryy..Sorryy.."
Cik Edot terkulai dengan darah yang masih mengalir. Faiz mencapai sehelai kertas dan meletakkan pisau di atas kertas yang tertulis
"Dee Fen buat "
Sekelip mata Faiz hilang dari pandangan. Nil Kuhaku sedang leka menulis karya terbaru di hadapan laptop. Terlalu leka tanpa menyedari sang pembunuh leka memerhati sambil makan sandwich di atas siling rumah. Darah Cik Edot masih membasahi tangan Faiz.
"Aduh, mengantuk betul. Esok la pula sambung."
Nil Kuhaku bangkit dari kerusi menuju ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Tiba tiba,
Tok.. Tok.. Tok..
Kedengaran bunyi ketukan di tingkap. Nil Kuhaku kehairanan dan terus menghampiri untuk melihat. Tiba Tiba..
Prang!!!...
Sepasang tangan mengheret Nil Kuhaku keluar dari rumah. Nil Kuhaku menjerit ketakutan
"Mak!Tolong!"
Jeritan Nil Kuhaku membuatkan Suhana Mat Lazim terjaga dari tidurnya. Faiz menutup mulut Nil Kuhaku dan membenam pisau tepat di tengkuk, membuatkan Nil Kuhaku terdiam dan meninggal di situ.Darah memancut dari arteri jugularnya, membasahi bajunya yang kini berwarna merah darah.
Suhana Mat Lazim membuka pintu hadapan dan mula mencari dari mana datang nya bunyi jeritan tadi
"Rasa tadi suara macam Nil Kuhaku. Pelik juga."
Suhana Mat Lazim berpaling ke belakang untuk masuk kembali ke dalam rumah. Di belakangnya, Sang Pembunuh tersenyum dan terus menerkam, mengheret Suhana Mat Lazim ke pokok pisang berhampiran. Akibat di ketuk dengan kayu, Suhana Mat Lazim pengsan. Faiz tersenyum, sesekali menitik air liur seumpama air liur anjing yang tengah menggila. Pisau di genggam dengan kedua dua belah tangan dan terus menikam tepat ke jantung, darah Suhana Mat Lazim terpercik ke muka Faiz. Faiz hanya gelak dan terus menikam dan menikam!
“Hahahahaha...”
Tiba tiba, tikaman Faiz terhenti, apabila menyedari kehadiran seseorang yang tengah mengintai dari belakang. Shizu tercengang melihat rakannya telah di bunuh kejam. Faiz bangkit dan terus mengejar. Shizu cuba melarikan diri
"Mana nak lari?...hehehehe!"
Faiz berlari pantas terus menikam tepat pada tangan Shizu. Shizu menjerit kesakitan.
“Aarrgghh…!”
Faiz hanya tersenyum. Melihat Shizu merayu-rayu minta di lepaskan. Faiz tergelak besar, melihat Shizu yang dalam kesakitan.
"Hehehe, aku nak buku Segitiga percuma boleh? Hehehe."
"Banyak cantik muka kau. Orang lain beli, kau nak percuma. Kaki aku kau nak?"
Shizu mula memarahi Faiz tapi Faiz sudah pun menjangka jawapan dari Shizu. Kasut yang dibeli khas dari Switzerland ditekan, mengeluarkan sebilah pisau di tepinya. Tendangan kuat singgah di leher, membuatkan Shizu mati disitu. Faiz membetulkan baju sejuk berhud, dan melangkah meninggalkan jasad tiga orang penulis.
Daliana Md Zin sedang leka menulis cerita Indah. Faiz hanya memerhati. Niat Faiz terhenti dan terus menghilangkan diri. Menuju ke rumah Dee Fen. Faiz tidak mahu membunuh penulis muda, andai di bunuh terhenti penulisan. Dee Fen sedang nyenyak tidur, Faiz mula menghampiri tersenyum sinis. Di sebelah kanan nya, buku Segitiga penuh di atas meja. Faiz mengambil dan terus simpan di dalam baju sejuknya.
Tiba tiba…
Dee Fen menyedari kehadiran Faiz yang tengah bersiap sedia untuk mengeluarkan sesuatu dari poket baju nya.
"Kau siapa? Siapa hantar kau ke sini?"
Dee Fen menyoal. Dia bingkas bangkit dari pembaringan, sambil membuka langkah silat untuk menyerang Faiz yang sedang berdiri di sisi katil.
"Maaf, maaf. Saya nak minta ‘sign’ je kat buku ni."
Faiz tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih dan menghulurkan pen. Dee Fen yang terkejut terus memberi tandatangan tanpa menyangka niat sebenar Faiz. Entah bagaimana, pen meletup dengan sendiri nya dan jarum halus tepat ke anak mata, tekak membuatkan Dee Fen rebah tak bergerak
"Hehehe.. Kuat betul bisa ular tedung..hehehe.. Tinggal seorang lagi.. Senyuman Perantau...hehehe."
Anak mata Faiz, berubah dari putih ke hitam sepenuh nya. Senyuman Perantau yang tengah duduk tengok TV tiba-tiba merasakan aura negatif akan tiba di rumahnya sebentar lagi.
Tiba tiba..
Pisau laju menuju ke arah kepala Senyuman Perantau membuatkan Senyuman Perantau terkulai layu tak bermaya
"Ssii..apaa..Kau!"
"Aku Faiz. Cerita tak publish kat Arkib Angker Negara dan Fiksyen Shasha, jadi aku harus menghapuskan semua penulis kecuali.."
"Keee..ccu..ali..si..aapa!"
Faiz diam membisu dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Di beleknya dan terus berkata
"Aku peminat Ghospital, Segitiga tak boleh kacau daun. Nanti penulis Ghospital tak ada untung!"
Kata Faiz dan terus meninggalkan Senyuman Perantau yang nyawa nyawa ikan. Kerana peminat fanatik Ghospital, para penulis dan peminat Segitiga habis di bunuh.
Siapa yang dah beli Segitiga?. Tunggu aku datang rumah, tengok tengok tingkap, siling ye.... Hehehehe.
P/S: Jangan marah ye nama yang terlibat..hahaha
==============================
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan
No comments:
Post a Comment