Showing posts with label Ahmad Azim Zim. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Azim Zim. Show all posts

Sunday, 15 April 2018

MAKHLUK UNKNOWN - Ahmad Azim Zim


Tajuk: Makhluk Unknown


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Nama aku Wan Zaqwan bin Wan Zaid. Panggil aku sebagai Zaq. Tinggal di Bangi, Selangor. Umur aku ketika ini 20 tahun. Hobi aku menulis cerpen sepanjang masa. Saat ini aku telah melengkapkan 29 buah cerpen bergenre seram yang belum lagi diterbitkan. Tinggal satu cerita saja untuk disiapakan kemudian akan aku hantar pada penerbit. Sepanjang cerpen yang aku usahakan setakat ini semuanya kisah-kisah fiksyen. Tidak ada kaitan yang hidup atau pun yang mati. Tetapi kali ini akan aku selitkan di situ kisah benar yang terjadi pada diriku.

Cerita seram itu tidaklah sehebat di filem-filem Inggeris ,Jepun mahu pun Melayu. Tapi ini cukup untuk dijadikan pengajaran bagi semua yang membacanya. Kisahnya bermula ketika aku menjadi seorang pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah.

Petang Rabu itu, hujan turun dengan lebat sekali. Suhu sejuk bertambah-tambah tatkala angin bertiup sederhana kencang. Sebahagian pelajar asrama beristirahat di surau usai saja menunaikan solat Asar sejam yang lalu dan sebahagian yang lain pulang ke bilik. Semuanya membuat aktiviti masing-masing. Ada yang baca Al-Quran, bersembang sakan, malah ada yang tidur. Memang sungguh nikmat untuk tidur dalam keadaan hujan lebat sebegini. Fakta yang tidak dapat disangkal.

Ketika itu aku hanya duduk dan bersandar pada tiang. Melepaskan penat lelah yang telah lama menyelubungi ku kerana di kelasku tadi kami struggle untuk ujian esok. Inilah sikap pelajar, sangat suka study last minute termasuklah aku. Baru saja aku mahu melelapkan mata yang tidak semakin larat untuk bertugas, aku dikejutkan seseorang dari arah kanan.

"Woi Zaq, bangun."

Aku sangat kenal akan suaranya. Terus saja aku membuka mata, memandangnya dengan wajah lesuku. Hamba Allah yang berada di hadapanku ini namanya Hafis. Seorang pengawas sekolah yang berwibawa. Yeke? Entah la.

"Jom tolong Ustaz Tarmidzi kat dewan. Dah janji tadi kan?"

"Oh yela bro, aku lupa la pasal tu. Dah pukul berapa ni?" Soalku.

"Tengok la jam dinding kat depan kau ni."

Aku pandang depan dan mendongak sedikit. Kelihatan jam sudah menunjukkan pukul 6:00.

"Bro, dah lambat ni.." Aku lekas berdiri dan menggeliat sedikit.

"Kau cari aku ye?" Aku menyoal lagi.

"Yela. Tadi semua dah ada kat dewan nak tolong ustaz, kau je yang takde. Dah janji bro. Mana boleh main lepas je. Lagipun ustaz nak jumpa kau sekarang. Pasal nasyid katanya."

"Dah, jom." Kataku padanya tanpa memanjangkan perbicaraan.

Tanpa membuang masa lagi, kami berdua bergegas menuju ke dewan yang terletak tidak jauh dari sini dengan berlari meredah hujan lebat. Habis basah pakaian kami tapi tidaklah teruk sangat.

Apabila kami telah sampai masuk melalui pintu utama dewan, kelihatan 7 orang pelajar sedang sibuk mengemas kerusi-kerusi untuk diletakkan di belakang pentas. Ghani, Adib, Sufi, Haziq, Fariz, Qayyim dan abang besar Zul termasuk aku dan Hafis yang memang selalu suka bantu Ustaz sejak form 1 sampai sekarang. Sehinggakan Ustaz anggap kami macam kawan-kawan sebaya dia.

"Oi Zaq. Kau ni lambat la. Kau pergi mana?" Soal Haziq padaku.

"Aku rehat kat surau tadi, sampai lupa pasal ni. Nasib baik ada Hafis."

"Dah. Cepat tolong yang lain." Hafis segera menyambung kembali tugasnya yang terkendela tadi disebabkan nak cari aku. Aku pula nak ikut Hafis tapi Ustaz Tarmidzi yang berpakaian baju Melayu dengan seluar slack berdiri tidak jauh dari pentas pula memanggilku. Segera aku ke arahnya dengan wajah yang penuh tanda tanya.

Semasa mengemas, kami sempat berbual pasal macam-macam benda. Kerja mengemas ini tidaklah berat sangat. Sapu lantai, kemas kerusi yang disusun pagi tadi sebab ada mesyuarat PIBG, dan sebagainya. Bila ada beberapa orang yang buat bersama, tugas jadi mudah. Ketika di tepi pentas…

"Ah, siapa yang bodoh sangat tak reti nak buang benda ni kat tong sampah. Benda senang je pun." Bebel Zul sambil melihat kotak hadiah yang sudah terkoyak. Kami hanya memandangnya tanpa bercakap.

"Yo, korang dua yang macam tak ada apa nak buat lagi tu, tolong aku bersihkan bilik bawah pentas." Pinta Ghani pada aku dan Hafis.

Kami mula jalan menuju ke lokasi. Sebelum terlupa, pentas dewan ini ada dua ruang. Satu ruang di sebelah kiri untuk keluar dan masuk, satu lagi tempat macam stor untuk simpan barang. Tempatnya gelap dan diterangi dengan lampu pendaflour. Kami segera mengemas tempat yang berselerak. Kerusi-kerusi dan gumpalan kertas serta plastik berselerakan. Tanpa dipinta, Fariz, Adib dan Haziq juga turut serta tapi mereka tidak banyak membantu malah membuat bising dan lawak bodoh yang aku malas nak layan. Sekitar lebih 7 minit gitu.

"Yo Fariz, senyaplah." Arah Ghani sambil menghunus penyapu pada Fariz.

"Ha yelah." Fariz menurut saja. Tak berani lawan anak Tok Imam.

Saat inilah perkara yang tidak diingini berlaku. Isu yang malas dihadap oleh ku. Ketika itu kami sedang melepaskan lelah dan duduk berehat di lantai selepas mengalihkan kerusi di bawah pentas untuk diletakkan di bilik bawah tanah.

Aku ternampak seorang atau lebih tepat lagi lembaga berpakaian baju sekolah lusuh d isebalik tabir pentas, wajahnya tidak jelas. Saat itu adrenalin ku mengalir laju, jantung berdegup kencang, peluh mula membasahi dahi. Aku tidak percaya dengan apa yang aku nampak sekarang ini. Aku mula keliru. Rasanya ini pertama kali. Dia yang berada di sebalik tabir pentas itu seperti memberi isyarat tangan padaku bermotifkan amaran. Aku tidak pasti apa tujuan dia menampakkan dirinya. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain, tidak sanggup menatap makluk itu. Seterusnya aku hanya diam dan terus diam tatkala sahabatku sedang rancak berbual dengan Ustaz Tramizi.

Tepat jam 7:00 petang, hujan mulai beransur reda, matahari mula terbenam sedikit demi sedikit dan malam pula bakal menjelma. Kami pun mula pulang tapi belum separuh berjalan aku keluar dari dewan, Haziq menahan kami.

"Ustaz Tarmizi, nanti kejap. Semua orang ikut aku pergi luar dewan." Kami mula pelik dengan arahan Haziq namun kami ikut saja dengan kepala penuh tanda soal.

Setelah kami berada di luar dewan dengan masing-masing saling tertanya-tanya. Ustaz Tarmizi menyoal Haziq.

"Kenapa Haziq? Ada apa sebenarnya?"

"Ermmm, saya nak cerita tapi saya tengah seram sejuk ni."

"Cerita jela apa benda tu." Sampuk Zul.

"Sebenarnya.. sebenarnya.. tadi saya ternampak makhluk.. kat pentas.."

Dengar saja apa yang dikatakan Haziq walaupun sedikit gagap membuatkan kami terkejut terutamanya aku. Tidak menyangka dia juga ternampak apa yang aku nampak.

"Makhluk?"

"Siapa? Dia buat apa kat situ?" Tanya Adib.

"Dia macam bagi warning kat kita jangan cakap bukan-bukan lagi."

"Bagi warning macam mana?" Soal Ustaz Tarmizi pula.

"Dia bagi isyarat tangan…" Jawab Haziq.

Semua terdiam seketika untuk beberapa saat kemudian Ghani pula bersuara.

"Haih, kita bising tadi kot. Itu yang dia tak suka."

"Mungkin." Balas Sufi.

"Astaghfirulllah… kamu ni jaga la mulut lain kali. Termasuk semua yang ada kat sini. Ingat tak kes 2 tahun lepas. Semenjak tu ada peraturan pasal dewan ni? Apa salah satu peraturan tu?" Soal Ustaz Tarmizi cuba menguji kami.

"Jangan buat bising." Pantas saja Qayyim menjawab.

"Ya. Dan jangan cakap benda kotor, mencarut dan seumpamanya. Tak kan tak ingat. Dah semua balik asrama, bersihkan diri, istighfar banyak-banyak, baca apa yang patut. Minta perlindungan dari Allah. Saya nak balik ni. Kejap lagi Maghrib. Lagi satu, nanti semua yang ada kat sini beritahu pelajar asrama kita jumpa kat surau pukul 10." Kata Ustaz sebelum berjalan ke arah keretanya yang diparkir di tepi dewan. Kami hanya memerhatikan kereta BMW itu bergerak perlahan-lahan dan keluar dari perkarangan sekolah.

"Weh, apa tu? Soal Haziq pada kami sambil menunjuk sosok tubuh berwarna hitam di pintu alternative dewan. Serentak kami memandang.

Kali ini dia berkelubung hitam pula. Berdiri tegak memerhatikan kami. Tingginya mencapai ketinggian pintu dewan. Wajahnya terlindung. Aku menelan air liur. Kami semua seakan dipukau. Hanya berdiri tegak. Kami tengok dia, dia tengok kami.

"LARIII LA WOI!!!" Jerit Dufi. Seakan tersedar dari lamunan, kami memandang antara satu sama lain. Apabila Zul memulakan larian, kami semua turut lari lintang pukang menuju entah ke mana. Keesokannya semua demam kecuali Ghani dan terpaksa menghadapi ujian dengan tubuh yang tidak sihat.

====================
Gambar dan suntingan: Dikmang

Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

Monday, 27 November 2017

MIMPI - Ahmad Azim Zim


MIMPI

Di suatu malam yang dingin. Burung hantu, kelawar serta makhluk-makhluk yang seumpamanya keluar beterbangan dengan tujuan masing-masing. Bulan purnama yang mengambang penuh bagai menambah lagi keseraman tatkala lolongan serigala yang bergema, menandakan pemangsa yang kelaparan akan menjelma. Dalam banyak-banyak pemangsa yang keluar memburu, hanya makhluk yang bertenggek itu saja yang kehausan darah manis manusia. Setelah 10 tahun tidak menghadam apa-apa benda pejal.
Malam itu merupakan rezeki si pemangsa. Seorang penyanyi terkenal bernama Hasif sedang memandu perlahan Proton Saga di jalan yang tiada sebarang cahaya sekelilingnya. Hanya lampu kereta saja yang dapat membantu dia melihat selok belok laluan tanah merah. Hasif berasa sedikit sunyi. Berasa menyesal tidak mengajak Asfar sekali ke rumah bangsawan itu.
Pada mulanya dia tidak mahu Asfar ikut bersamanya memandangkan rakan karibnya itu seorang yang suka menyakat. Kadang-kadang Hasif tidak tahan dengan perangai gilanya sehinggalah dia terpaksa marah dan memberi teguran. Radionya yang usang itu dibuka, sekadar mahu memecahkan kesunyian yang sudah terlalu lama bermukim sepanjang pemanduannya. Hasrat Hasif yang mahu melihat bangunan bangsawan yang tersergam indah itu akhirnya tercapai dengan matanya sendiri.
Sedar atau tidak, dia kini sudah berada di depan pagar perkarangan rumah misteri itu. Hasif segera mematikan enjin kereta dan mengambil lampu suluh di dalam beg sandang lalu keluar dari kereta, menjejakkan kaki ke tanah yang sedikit berembun. Bangunan bangsawan seperti istana ratu kayangan itu diperhatikannya terlebih dahulu. Tampak jelas permandangannya tatkala bulan purnama seolah-olah memberi peluang kepada Hasif untuk melihat tanpa sebarang hijab malam. Dia membuka langkah menuju ke pagar besi yang hampir berkarat itu. Didapatinya tidak berkunci setelah mencuba menolak sedikit. Ketika pintu pagar itu ditolak, satu dentuman kuat kedengaran di belakangnya.
“BAAAAAAAAMMMMMMMMM!!!”
Hasif sangat terkejut dengan bunyi dentuman yang kuat itu. Sambil menelan air liur, segera dia menoleh ke belakang. Alangkah tergamamnya dia apabila melihat seekor makhluk yang bersayap sedang berdiri megah sambil memijak kereta Saga miliknya. Jantung Hasif berdegup kencang. Adrenalin mengalir laju sehingga menggigil badannya. Perasaanya yang sangat takut ketika itu telah membuatkannya jatuh terduduk.
Melihat makhluk merah berkepala seperti seekor kelawar itu ditambah pula lidah yang terjelir mencecah bumi. Dia hanya melihat tanpa mampu melakukan apa-apa tatkala makhluk itu membuka sayapnya, seakan memberi petanda ia bakal menyerang pada bila-bila masa sahaja. Dahi Hasif berpeluh sakan. Tangannya menggeletar. Lampu suluhnya tercampak entah ke mana. Hanya cahaya daripada sang purnama sahaja yang membantu penglihatan Hasif pada ketika ini.
Makhluk itu melompat turun dari kereta dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Hasif sesekali mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring. Matanya tajam memerhati seorang manusia di hadapannya yang bakal menjadi mangsa. Yang bakal menjadi habuan perutnya. Hasif hanya terduduk kaku di atas tanah. Makhluk itu semakin hampir dengan Hasif. Lidahnya yang meleret itu menjilat-jilat muka Hasif. Tekak Hasif mula loya apabila terhidu aroma yang terhasil daripada mulut makhluk itu. Bau yang sangat hamis. Hasif memejamkan mata dan hanya mampu berserah ketika makhluk itu membuka mulut seluas-luasnya untuk menjamah Hasif.
“Huh..huh..huh...”
Hasif terbangun dan tercungap-cungap sebaik saja tersedar dari permainan mimpi. Peluhnya memercik di dahi. Dia melihat jam dinding di hadapannya yang sedang menunjukkan pukul 3 pagi.
“Astaghfirullah. Mungkin aku kena ajak Asfar dengan yang lain esok.” Bisiknya sendirian.
-TAMAT