TAMAN RASHIDAH UTAMA - @Shahrin Ezzat
Aku nak tulis cerita ni malam semalam, tapi terasa meremang sangat untuk aku mengarang. Jadinya pagi ini aku beranikan diri menulis tentang kejadian yang terjadi pada aku dan adik beradik aku belasan tahun lepas. Itu pun selepas diingatkan semula oleh Angah, adik aku yang nombor dua, tentang kisah ini.
Tahun tu, 2006 rasanya. Aku waktu itu Tingkatan Dua. Masih muda, masih cergas dan bijak daya fikiran. Angah pulak Tingkatan Satu. Manakala Acik pulak Darjah Satu.
Masa itu, aku amat meminati Indie Band Bunkface. Hari ini pun masih mengikuti perkembangan dan lagu-lagu kumpulan tersebut. Aku ingat lagi waktu tu aku sedang asyik melayan lagu Silly Lily dan Highschool Rocker. Angah dan Acik pula berada di ruang tamu.
Sinonim dengan remaja perempuan yang sedang asyik dilamun cinta, Angah pasang lagu Taman Rashidah Utama tu.
Nak kata perlahan tak juga tapi sampai ke bilik aku boleh dengar lagu tu dengan jelas. Bilik aku belakang sekali. Bersebelahan dengan dapur dan tandas. Mengapa aku pilih bilik ini, itu terpulang pada hati aku. Tak perlu pertikaikan.
Sambil layan lagu Bunkface novel Ramlee Awang Murshid di tangan. Tiba-tiba aku terdengar kecoh-kecoh di ruang tamu.
Aku menjengah sekejap. Apahal adik aku dua orang ni? Bergaduh ke? Tengok-tengok, dua-dua dalam bilik, tinggalkan kipas, tv, dan radio terpasang macam diorang yang akan bayar bil setiap bulan.
Sebagai anak yang sulung, kuasa veto memarahi setiap masa adalah tugas aku. Berbakul la aku membebel dengan dua orang adik aku tentang kepentingan berjimat disamping meringankan beban mak aku bayar semua benda. Adik-adik aku tidak respon, mereka berselubung berselimut, dengan tidak mengendahkan bebelan aku.
Itu jam, aku dah naik angin. Aku rentap selimut tu, dan bertanyakan kenapa?
Adik aku yang nombor dua menggigil menceritakan apa yang berlaku. Ketika lagu Taman Rashidah Utama berkumandang, dia dan Acik asyik berkaraoke bait-bait lirik lagu itu.
"Rashidah Utama.. sebuah kubur cinta--"
Sampai je di bait lirik ini, Angah tersentak. Terus pucat. Aku yang dengar cerita tak habis ni jadi geram.
"Kau pahal? Cerita la sampai habis!"
Geram sungguh aku dengan orang yang suka cerita tersangkut macam ni.
"Aku dengar ada orang tanya ---"
Belum sempat aku mencelah dengan bertanyakan siapa yang tanya, ada satu suara menyambung semula cerita. Dan semua orang termasuk aku mendengarnya.
.
.
"Siapa ..... Rashidah tu?"
Nada suara itu garau, tersekat dan seakan berbisik.
Ketiga-tiga kami terus berselubung dalam satu selimut yang sama pada hari itu sehinggalah mak kami balik. Pucat, takut dan menggigil, kitorang putuskan untuk diamkan cerita ini sampai la bertahun selepas itu barulah kami ceritakan pada mak kami.
-----
Selepas kejadian tu, ada juga kami saling menyakat satu sama lain dengan mengulang kembali soalan misteri dari suara misteri dengan tujuan untuk menakutkan satu sama lain. Sejak dari hari itu, kami sampai ke hari ini masih tidak tahu, siapakah pemilik suara misteri itu?
P/S: Wings tak bersalah
-TAMAT-
===========================================
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan
No comments:
Post a Comment