JELMAAN MAK NAB
KARYA : ASMA ALEEYA
Aku berjalan perlahan menuruni anak tangga , terasa lemah langkahku . Secara tiba tiba badan aku diserang panas , Ibu tiada dirumah. Walid pula outstation ketika ini. Mak Nab, pembantu rumah sedang siapkan makan malam.
" Mak Nab tolong Leya. Leya demam. " aku memanggil nama Mak Nab.
Untuk meneruskan selangkah pun lagi aku tak berdaya. Aku terduduk ditangga.
" Ya Allah Leeya demam ni.Mak Nab call ibu ye? "
Tangan Mak Nab melekat didahi aku , tapi aku terasa tangan itu sejuk seperti ais. Mak Nab memelukku dan mengusap kepalaku. Aku yang ketika itu memang tidak larat membiarkan sahaja walaupun sedikit pelik dengan Mak Nab.
Mak Nab memang orang gaji kami sejak aku berumur 11 tahun lagi. Kami rapat . Dia tak ubah seperti ibu keduaku.
" Tak pe Mak Nab ,Leeya nak panadol aje. Tunggu ibu balik sahajalah nanti. Tak nak kacau ibu ".
Ketika Mak Nab melangkah kedapur aku lihat Mak Nab sedikit berbeza. selalunya Mak Nab menyanggul rambutnya, tapi hari ini Mak Nab cuma ikat biasa .
Aku baru teringat , sebelum ibu keluar tadi dia pesan kunci pintu sebab tiada orang dirumah. Mak Nab cuti emergency hari ini katanya.
Aku malas nak serabutkan fikiran mungkin tak jadi kot cuti. Aku cuba melangkah perlahan menuju ke sofa. Berbaring , kepala terasa berat. Hidung terasa sakit akibat sejuk aircond. Terlalu lama menunggu Mak Nab ambilkan ubat , aku tertidur.
Didalam mimpi itu aku bermimpi seorang wanita sedang melintas jalan tanpa menoleh kekiri dan kanan.Aku ketika itu berada tidak jauh darinya. Sebuah kereta meluncur laju dan merempuh wanita tua itu. Aku menjerit dan berlari mendapatkan dia.
Aku riba dan menyelak tudung yang menutupi wajahnya. Tudung yang berwarna krim habis bertukar merah dek darah membasahi wajahnya. Setelah menyelak tudung, aku terkejut kerana wanita tua itu pengasuh kesayangan ku Mek Nab. Aku menjerit.
Tiba-tiba, aku terasa badanku digoncang. Aku membuka mata dan lihat ibu disebelahku. Ibu memelukku erat.
" Leeya, ibu baru terima berita , Mak Nab dah tiada." Aku tergamam.
" Mak Nab ada ibu kat dapur. Dia nak ambil ubat kat Leeya tadi."
Aku bangun, mencari Mak Nab dengan keadaan lemah dan mengigil. Mimpi tadi cuma mimpi, aku tak percaya. Ibu berlari mendapatkan aku dan memelukku lagi.
" Leeya , jom kita ke rumah Mak Nab. Jenazah Mak Nab ada di Hospital Kuala Lumpur sekarang."
Aku menurut dalam lemah. Jadi, siapa yang aku lihat tadi?
TAMAT
********
Suntingan dan Gambar : Nil Kuhaku
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan
No comments:
Post a Comment