Tuesday, 3 April 2018

DIARI BUNGA Part 2 - May Nhai




DIARI BUNGA – PART 2 ( MUNGKINKAH? )

Penulis - May Nhai

Jun 2017

Kesihatan aku makin merosot. Aku hanya mampu menjawab pertanyaan dengan suara yang perlahan. Penat sangat dengan keadaan yang menimpa diriku ini. Abah dan Umi turut risau dengan penyakit yang aku alami. Sekarang aku hanya menangis kerana tak tahu apa yang patut aku lakukan. Bila aku berdiri, aku akan rasa pusing dan mahu jatuh, bila aku duduk, aku terasa mual dan loya tekakku. Baring? Terasa duniaku seakan berpusing, sakit berdenyut dikepala buat aku rasa bengang. Kadang-kadang aku menghantukkan kepalaku ke dinding supaya rasa sakit tu hilang. Abang Hakimi yang menyedari hal tersebut akan menghalang aku, dan tenangkan aku. Selera makan aku turut merosot. Apa yang aku makan, pasti terluah balik.

Setelah Abah berbincang dengan Abang Hakimi, mereka buat keputusan untuk memohon cuti sebulan tanpa gaji untukku. Abang Hakimi yang menghubungi pejabatku dan berbincang dengan HR. Mujur majikan aku bersetuju untuk aku bercuti selama sebulan. Biasa lah, aku kan pekerja kesayangan, coiii
Abang Hakimi memohon cuti seminggu sewaktu Abah dan Umi tumpang tidur di rumah kami. Dalam masa seminggu tersebut, Abah, Umi dan Abang Hakimi membawa aku ke beberapa hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hospital swasta atau kerajaan semua hasil nya sama. Aku dikatakan sihat, tiada penyakit yang berbahaya. Keputusan darah ku, scan kepala, semuanya ok dan tiada masalah. Paling teruk, aku hanya ditahan wad sehari dua, diberi ubat penenang dan masuk air. Hanya itu. Tanganku sampai lebam kebiruan, asyik dicucuk jarum.
Sepeninggalan Abah dan Umi, Abang Hakimi juga kembali bekerja di siang hari, tinggal hanya aku sendiri di rumah. Mujur Abang Hakimi ada memanggil Mak Temah, pembantu rumah baru. Mak Temah jarang bercakap denganku. Hanya waktu untuk aku makan dan juga semasa membantu aku di bilik air sahaja dia akan bersuara. Itupun semasa makan, dia menolak pelawaanku untuk makan sekali. Dia hanya berdiri di tepi meja makan memandang dan menunggu aku selesai . Beberapa kali Mak Temah suarakan untuk membawa makananku keatas, tapi aku menolak. Kataku, aku mahu cuba untuk bergerak, tak nak melayan sangat pening ku ini. Alah Mak Temah ni, malas la tu nak pimpin aku jalan, menapak nak turun tangga. Potong gaji baru tau. Aku senyum nipis.
Seperti yang aku ceritakan tadi, Mak Temah hanya bercakap dengan ku pada waktu tertentu kan? Kalau bukan masa untuk aku makan, mandi atau yang perlukan dia, tak nampak langsung bayangnya. Sibuk sangat ke mengemas, aku pun tak tahu. 3 bilik tidur di tingkat atas, tapi hanya 2 bilik yang perlu dikemas. Bilik di hujung koridor memang berkunci sejak aku masuk rumah ni lagi. Abang Hakimi melarang aku masuk kebilik tersebut, katanya banyak barang lama arwah Mama dan Papa yang dia simpan di dalam. Tingkat bawah hanya perlu mengemas bilik setor, ruang tamu dan juga dapur. Lagipun aku dah pesan, tak perlu nak menyapu setiap hari. Selang hari pun ok, Cuma kena pastikan barang tersusun kemas. Ahhh, malas aku nak layan Mak Temah. Aku selalu melepak di anjung rumah di tingkat bawah, duduk bersandar di kerusi batu, terasa angin sejuk menyapa muka. Ubat tahan sakit dah sebati dalam badan aku ni. Kena makan sepanjang masa. Kadang-kadang akan terasa pening, tapi aku akan abaikan dan duduk bersandar untuk kurangkan pening tersebut. Boleh gila aku kalau asyik terperuk dalam bilik. Nak baring pun sama keadaannya.
Minggu 2 Jun
Ubat yang aku ambil semakin kurang berkesan, tapi menambahkan masalah kepadaku. Aku mula mendengar bisikan jahat itu kembali. Ahh, biadap sungguh makhluk Allah yang satu ni. Geram aku.
Aku gila, aku gila
“Aku tak gila lah!” Jawabku marah
Aku gila, aku tak betul
“Kau diam!” Bentakku dengan nada tinggi
Aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membasuh muka.

Didalam bilik air, aku berdiri menghadap cermin. Bisikan tu datang lagi

Buruk nya muka aku. Muka aku buruk
“Tak!! Muka aku tak buruk, aku cantik! Balasku geram
Aku tak cantik, aku gila, Abang Hakimi benci aku
“Diamlah bodoh, aku kata diam!” Jeritku
Tiba-tiba aku lihat wajahku di cermin berubah menjadi buruk, kulitku berkedut dan bernanah. Aku terkejut.
Aku dah hodoh, aku dah tak cantik
Aku menjerit ketakutan sambil menumbuk cermin tersebut sekuat hatiku. Sakitnya bukan kepalang, darah merah mengalir keluar dari celahan jariku.
Hahahahahahaha aku bodoh kan?
Aku berlari keluar dari bilik air. Aku menjerit memanggil Mak Temah sambil laju menuju kearah tangga. Aku nak turun! Aku lari selaju mungkin, cuba melangkah tangga secara berselang. Malang nasibku bila kakiku tersalah pijak dan akhirnya aku jatuh terjelepuk kebawah. Mataku berpinar, aku sempat mendengar suara Mak Temah menjerit sebelum aku pengsan.
Setelah sedar, aku lihat kakiku sudah berbalut dan bersimen. Aku pelik, lama sangat ke aku pengsan? Abang Hakimi memarahi aku kerana tak berhati-hati semasa turun tangga. Aku hanya senyap dan rahsiakan tentang bisikan yang aku dengar.
Hakimi : Apa yang jadi dengan Bunga ni? Kenapa nak kena lari turun tangga sampai boleh jatuh? 

Bunga : Emm, Bunga pening, Bunga nak turun ambil air, nak makan ubat
Hakimi : Kenapa Bunga tak panggil Mak Temah bawakan air? 
Bunga : Bunga tak nak susahkan Mak Temah.
Hakimi : Susahkan apa? Kan Abang upah dia untuk jaga dan tolong Bunga kat rumah. Bunga kan masih belum sihat. 
Bunga : Bunga minta maaf.
Hakimi : Lagi satu kenapa cermin dalam bilik air boleh pecah? Bunga buat apa sebenarnya?
Bunga : Errr, Bunga takut
Hakim : Takut apa? 
Bunga : Err Bunga sakit kepala sangat, pening lagi, rasa cucuk-cucuk kat sini.

Aku bersuara manja dan lemah sambil menunjukkan jariku ke arah kepala. Malas nak dengar 

bebelan Abang Hakimi lagi. Sudah la tangan aku luka, kaki patah. Ehh, baru tersedar yang tangan ku 
dah tak berdarah, luka di tangan sudah dibalut.

Hakimi : Kenapa diam? Abang tengah marah ni.

Bunga : Bunga minta maaf, Bunga tak tahan sakit sangat, Bunga tertumbuk cermin tu.
Bunga : Lama ke Bunga pengsan Abang?
Hakimi : Tengok la telefon tu, dah pukul berapa?

Marah sungguh Abang Hakimi dengan aku. Aku menilik telefon di tangan kiriku. Eh, 6.30am? Bukan 

ke kejadian bisikan dalam bilik air tu jadi sebelum makan tengah hari? Alamak lamanya aku 
pengsan!

Hakimi : Dah sedar jam pukul berapa sekarang? Bunga pengsan semalam lepas jatuh tu, Mak Temah telefon Abang dan Abang bawa Bunga ke klinik. Doktor bagi ubat tidur, sebab nak cuci luka kat tangan tu dan nak bagi Bunga rehat.
Aku berhuhuhuhu didalam hati. Tak sangka ini yang akan terjadi. Apa pun, aku tetap akan rahsiakan 

dahulu tentang bisikan tu dari pengetahuan Abang Hakimi. Takut suamiku tak percaya pulak.

Abang Hakimi bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Mak Temah di pesan supaya menjaga aku dengan lebih teliti. Aku juga dilarang turun kebawah buat masa sekarang. Mak Temah akan membawa makanan dan ubat ke dalam bilik ku.
Minggu 3 Jun

Keadaan ku masih sama, aku hanya bergantung dengan ubat tahan sakit yang dibekalkan. Kalau aku tak ambil ubat tersebut, kepala aku rasa nak pecah.

Sudah banyak kali aku kantoi dengan Mak Temah, aku dalam keadaan tak sedar akan menghantukkan kepala ku ke dinding. Aku tak ingat apa yang berlaku. Aku seolah dipukau supaya bertindak bodoh macam tu.
Selera makan ku juga kurang, aku semakin kurus dan cengkung. Aku kerap mimpi jatuh dari bangunan yang tinggi. Aku juga mimpi benda-benda mengarut yang membabitkan kisah silam ku. Aku takut. Tapi aku tak berani nak ceritakan pada Abang Hakimi.


Minggu Akhir Jun

Aku kena mati, aku kena mati
“Tidak, kenapa aku kena mati?” Balasku
Aku tak perlu hidup, sebab aku jahat, aku buruk, aku mandul
“Betul ke aku jahat? Apa yang aku perlu buat?”
Ya, aku jahat, aku kena mati
“Ya, aku kena mati” Aku mengiyakan bisikan tu
Aku nak bunuh diri, aku nak bunuh diri, ambil pisau tu
“Aku nak mati, aku nak bunuh diri” aku berkata sambil ketawa
Ambil pisau, bunuh diri, kena mati!
Dalam keadaan aku yang separa sedar itu, aku dikejutkan dengan jeritan Abang Hakimi yang baru pulang dari kerja. Aku terpana. Aku lihat di tangan ku sudah tersemat pisau buah yang memang Mak Temah sediakan di meja kecil ku bersama bakul buah. Kenapa aku pegang pisau ni?
Ya Allah, apa yang aku lakukan ni? Aku meraup muka ku sambil menangis. Aku takut. Aku takut dengan diriku sendiri. Kenapa aku sampai nak bunuh diri?
Hakimi : Bunga, kenapa sampai macam ni?
Aku senyap, hanya mampu menangis.
Hakim : Abang nampak Bunga ketawa sendiri sambil pegang pisau tu. Kenapa macam ni Bunga? Bunga tak sayang Abang ke? Kenapa sampai nak bunuh diri?
Semakin kuat aku menangis, Abang Hakimi memeluk ku supaya aku tenang. Aku tak mampu nak menerangkan apa yang terjadi sebenarnya sebab aku sendiri tak sedar! Aku semakin lemah bila aku tak mampu nak menelan apa jua jenis makanan. Bubur yang disuap pun aku luahkan balik, perit tekakku. Malam tu, hanya air mata menemani tidur kami.
…………………
2 Hari sebelum aku melaporkan diri semula ke pejabat. Keadaan ku semakin pulih, simen dikaki juga sudah ditanggalkan. Walaupun aku dah mampu menjamah makanan, aku masih kelihatan kurus dan cengkung. Mataku juga bengkak disebabkan selalu menangis. Mata panda lagi cantik.
Hari ini, aku rasa mahu mengambil angin petang di anjung rumah di tingkat bawah. Aku meminta Mak Temah buatkan cucur udang dan hantarkan kepada ku di luar. Aku perlu kuatkan hati dan diri aku sendiri, aku kena lawan perasaan negatif ni. Aku masih runsing, siapa sebenarnya yang iri hati dengan aku sampai sanggup buat hidup aku merana sampai macam ni sekali.
Aku sebak bila mengingatkan kembali mimpi ku. Bukan Kak Nadia, tapi insan lain. Insan yang aku sayang sangat tapi persahabatan kami terputus bila aku berkahwin. Marah nya dia dengan keputusan aku memilih Abang Hakimi sebagai suami, sehingga dia diamkan diri tanpa khabar berita.
……………………
~ Mimpi Bunga – Arif ~
Sampai hati Bunga buat Arif macam ni, kenapa Bunga tak tunggu Arif? Kenapa Bunga? ~ Arif
Maafkan Bunga ~ Bunga
Bunga tahu yang Arif sayangkan Bunga, tapi kenapa Bunga sanggup pilih Hakimi? ~ Arif
Bunga minta maaf sangat ~ Bunga
Arif sayang Bunga, Arif sayang Bunga. Apa pun yang jadi, Arif tetap akan sayang Bunga! Arif akan pastikan yang Bunga hanya jadi milik Arif! Hakimi tak layak, Hakimi tak guna! ~ Arif
Arrghhhhhhhhhh ~ Arif
Pagi tu aku tersedar dari tidur, basah pipiku. Tak sangka bertemu dengan Arif walaupun hanya dalam mimpi. Aku tak pasti apa yang perlu aku simpulkan dari mimpi tersebut. Aku rindu Arif, rindu sangat. Arif bagiku kawan yang sangat istimewa. Hanya dia yang memahami perangai ku selain Abah dan Umi. Aku anggap Arif sebagai kawan baikku, Umi dan Abah juga mengenali Arif. Kami memang rapat, dah macam adik beradik. Pada mulanya aku tak tahu yang Arif ada menyimpan perasaan padaku, kerana bagiku, persahabatan yang kami bina ni, sangat utuh, tak boleh diubah kepada percintaan. Kami berkawan baik sejak dari zaman persekolahan sehingga lah masuk ke universiti yang sama. Ramai juga yang salah faham dengan hubungan kami.
Teringat aku satu peristiwa dimana ada seorang pelajar dari jurusan lain datang menegur ku untuk berkenalan. Pada waktu itu, aku memang duduk bersama dengan Arif. Aku perasan semasa pelajar tersebut bertanya namaku, muka Arif kelihatan tegang seperti sedang menahan marah. Aku hanya ketawa. Belum sempat aku menjawab, Arif terlebih dahulu menjawab bagi pihak aku.
Arif : Kenapa kau nak tahu nama dia? 

Lelaki A : Salah ke kalau aku hanya sekadar bertanya?
Arif : Memang salah! Kau tak nampak ke dia dengan aku sekarang ni? Tak reti hormat orang ke?
Lelaki A : Kau bukan nya pakwe dia pun, kenapa kau nak kecoh sangat?
Arif : Eh kau senyap boleh? Jangan menyibuk hal orang lah!
Lelaki A : Kau tu yang jangan sibuk hal aku. Aku tanya dia, kenapa kau yang sibuk??

Bunga : Ehh sudah lah korang ni. Dah besar pun nak gaduh!! Tempikku geram
Aku terpaksa bersuara, geram sangat dengan perangai mereka berdua ni! Terdiam terus Arif dengan mamat ni. Tau pun takut. Cehhh
Bunga : Waalaikumusalam saudara, nama saya Bunga, yang sebelah saya yang garang tapi hati baik ni, kawan baik saya, namanya Arif. Ada apa-apa lagi yang saudara nak tahu?

Arif : Ahhh, malas aku nak layan korang ni, aku gerak dulu lah!

Arif bingkas bangun dan berlalu dari tempat tersebut. Aku terkedu sekejap dengan perangai Arif 

masa tu. Dah kenapa lah dengan mamat ni, tetiba nak naik angin. Aku pun turut mengemas beg dan 
bangun ingin mengikut Arif.

Lelaki A : Ehh, awak nak kemana ni Bunga? Saya belum pun berkenalan dengan awak.

Bunga : Awak dah tahu nama saya kan? Cukup lah tu, saya kena gerak ni. Bye!
Lelaki A : Shit!!

……………
Bunga : Arif!! Kau ni dah kenapa buat perangai macam budak-budak? Adik kau pun tak berperangai buruk macam ni tau tak?

Arif : Yang kau melayan mamat sengal tu dah kenapa?
Bunga : Melayan apanya, dia tanya nama aku je kan, apa salah nya?
Arif : Bagi kau memang tak salah, kau memang seronok la bila ada lelaki entah siapa suka kau?
Bunga : Bila masa pulak dia suka aku? Dia tanya nama aku je kot.
Arif : Ahhh, malas aku nak layan kau. Kenapa kau cari aku? Pergi lah berkenalan dengan dia! Itu yang kau nak kan?
Bunga : Tudiaaaa, dah mai dah bengong kau ni.



Aku ketawa, ketawa besar dengan gelagat Arif masa tu, dia betul-betul marah, merah padam muka 
Arif. Seronok betul aku tengok reaksi Arif.

Bunga : Comel betul muka kau bila marah, kau cemburu ke Arif? Kau suka aku ehh? Hahahaha

Arif : Kalau aku suka kau, kau nak buat apa?
Bunga : Aku buat kenduri kesyukuran wehh, hhahaahahha
Arif : Sengal kau ni! Hahaha
Bunga : Tengok, senang je aku nak buat kau gelak, kau tahu kenapa?
Arif : Aku tau, sebab kau sayang aku kan? Ahahhaha
Bunga : Pandai la kau ni, memang aku sayang kau pun, sayang sangat weh, kau kan kawan baik aku. Kita kawan selamanya. Remember?? 
Arif : Yelahh

…………………
Tetttt tettt tett, satu whatsapp masuk, dari Arif
Bunga, kau free tak petang ni? Jom lepak tasik, bosan pulak aku kat rumah ni ~ Arif
Boleh, jumpa dekat sana lepas asar, kau tolong belikan cendol untuk aku eh ~ Bunga
Orite dear! See you soon, Mmuah! Hahaha ~ Arif
Bengong kau! Hahahhaha ~ Bunga
…………………
Arif : Cantik kan suasana petang ni, redup je, best kalau dapat dating ni

Bunga : Kalau kau nak pergi dating, apesal kau ajak aku lepak?
Arif : Aku nak dating dengan kau lahh, hahahaha
Bunga : Bengong kau ni
Arif : Bungaa, aku ada soalan nak tanya kau ni?
Bunga : Apa nya? Tanya jelahh, sebelum ni kau main redah je bercakap dengan aku.
Arif : Emmm, kau suka aku tak? Hehehe
Bunga : Gilalah kalau aku tak suka, kau kan kawan baik aku. Kalau aku tak suka, aku tak kawan dengan kau, gila! Ahhahaah
Arif : Kau ni, aku serius tau tak!
Bunga : Yelah, aku pun serius doh.
Arif : Kau nak kahwin umur berapa Bunga?
Bunga : Kenapa kau tanya? Kau nak datang meminang ke? Hahah
Arif : Sajalah aku nak tau, senang aku nak bajet masa. Hahahahaha
Bunga : Cehhhh, poyo jelah kau ni
Arif : Aku serius lah, bila kau plan nak kahwin?
Bunga : Tunggu prince charming aku datang, aku kahwin lah.
Arif : Eeee, tak habis berangan kau ni
Bunga : Hehehe, berangan takpe, tak kena bayar kan. Siapa lah yang nak kan aku ni, pakwe pun takde.
Arif : Kau cantik Bunga, cantik sangat
Bunga : Kau tak payah puji aku, macam mana aku nak ada pakwe, asyik berkepit dengan kau!
Arif : Hahahahahah, kau kahwin dengan aku jelahh, senang tak yah fikir.
Bunga : Eeeee, kau lagi. Nak hadap muka kau sampai tua pulak, tak berkembang hidup aku.
Arif : Hahahahhaha
Bunga : Ok macam ni, kalau sampai umur kita 28 tahun, kalau masing-masing tak laku, kita kahwin berdua lahh, ok tak?
Arif : Bengong jugak kau ni, hahahha
Bunga : Kau tak nak takpe, aku boleh minta Umi carikan. Haha
Arif : Ehh gila kau, mesti arr nak, janji okay?
Bunga : Hmmm, jap aku fikir, berbaloi ke aku janji dengan kau ni? Hahahaha
Arif : Alah, bukan nya salah pun kan, aku pun kachak kan?

Kami ketawa, riang macam tiada masalah. Sepetang bergurau dengan Arif, terasa bahagia hidup aku. 

Siapa yang tak bahagia kalau dapat kawan yang sekepala dengan kita, betul tak?

………………
Tettt Tettt tettt, bunyi mesej masuk, dari Arif
Bunga! Aku ada berita baik ni ~ Arif
Yeeee, apa nya? ~ Bunga
Wehh, aku dapat sambung belajar dekat Korea!! ~ Arif
Wahh, serius lah kau? ~ Bunga
Betul lah, takkan aku nak tipu kau pulak ~ Arif
Yes, boleh aku kirim salam dekat Oppa Min Ho aku. Hahahaa ~ Bunga
Kau nak mamat tu pun boleh, aku sumbat dia dalam beg, pos kat kau! Hahahaha ~ Arif
Bengong kau ni, bila kau nak pergi? ~ Bunga
Flight aku lagi 2 minggu, Ibu dan Baba nak pergi awal, nak bercuti katanya. ~ Arif
Wahhh, kau pujuk Ibu, aku nak ikut jugak!! ~ Bunga
Kalau kau, mesti Ibu suka. Hahahha ~ Arif
Nanti aku tanya Abah dan Umi dulu, boleh tak kalau aku ikut Ibu hantar kau kat sana. ~Bunga
Orite, nanti kita jumpa ok, aku nak keluar dengan Baba ni, nak pergi beli barang. ~ Arif
Okay, kirim salam dekat Ibu dan Baba. Assalamualaikum ~ Bunga
Demi kau Bunga, apa pun aku sanggup. Waalaikumusalam ~ Arif
Hehe, dah la kau ni, Bye! ~ Bunga
…………………….

Dua hari sebelum penerbangan ke Korea

Hello Arif, aku nak jumpa kau kejap petang ni, kau free tak? ~ Bunga
Hello Bunga, hah boleh je, kat mana? ~ Arif
Taman permainan dekat rumah aku jelah,boleh? ~ Bunga
Boleh, petang sikit aku sampai, aku dekat luar ni dengan Ibu dan Baba. ~Arif
Okay, kau dah gerak nanti, kau bagitau aku, baru aku keluar rumah. ~ Bunga
Okay, roger and out! ~ Arif
Aku tamatkan panggilan dan sambung membalut hadiah yang aku belikan untuk Arif. Mungkin 

petang ni kali terakhir aku boleh jumpa dengan Arif. Entah bila lagi kami boleh berjumpa kalau dah 
seorang jauh kat Korea, aku pulak kat Malaysia. Hmm, apa la aku nak buat kalau bosan nanti, Arif 
dah jauh, siapa la nak teman aku kat sini.

Arif : Hai cantik, seorang je? Boleh berkenalan?

Bunga : Bengong lah kau! Hahahha
Arif : Kenapa kau nak jumpa ni? Tak boleh tunggu esok ke? Aku dah free esok, kita boleh lepak sebelum pergi Korea.
Bunga : Haaa, ni yang aku nak bagitau kau.
Arif : Apa? Kau tak dapat ikut aku ke? Tapi tiket kan dah beli.
Bunga : Nampak nya macam tu lah Arif. Abah dapat panggilan dari Uncle Man, Atuk aku tak sihat. Atuk nak jumpa semua orang.
Arif : Bila kau nak balik Penang ni?
Bunga : Abah cakap nak gerak esok pagi.
Arif : Hmm, aku baru plan nak ajak kau keluar esok tengok wayang, makan-makan sebelum kita pergi Korea. Tapi kau tak boleh pergi pulak. Dah tu, esok pagi kau dah nak ke Penang.
Bunga : Itulah, aku pun rasa terkilan, tapi aku nak balik kampung juga, jumpa Atok.
Arif : Kalau macam tu, nanti aku telefon Abah dan Umi kau, minta kebenaran bawa kau keluar makan malam boleh?
Bunga : Hah, okay juga tu. Kau ambil aku dekat rumah eh.
Arif : Okay boleh, sekarang kita balik dulu lah, aku nak keluar beli barang kejap.
Bunga : Laa, tadi kau bukan kat luar ke?
Arif : Ya, itu beli barang aku. Ni aku nak pergi cari hadiah untuk kau la bengong!
Bunga : Hahhahaa, yeke, wahhhh, beli banyak sikit tau! Ehh, ni aku ada bawakan hadiah untuk kau, aku ingatkan ni last kita jumpa. 
Arif : So sweet kau nihh, hahahaa. Ok set, aku telefon Umi kau dulu.
Bunga : Ok bye!
Arif : Bye!

……………………………..
Bunga : Kita nak pergi makan kat mana ni?

Arif : Cat’fe okay? Boleh jumpa bulus gebus.
Bunga : Haa, okay jugak
…………………………….
Arif : Bunga, nah hadiah untuk kau! Buka lah, aku nak kau pakai sekarang.

Aku membelek bungkusan dari Arif, mengoyak pembalut hadiah berwarna merah hati tu.
Bunga : Wahhh, cantik nya gelang ni Arif, siap ada nama aku lagi.

Arif : Untuk kau, apa pun aku sanggup.
Bunga : Ishh kau ni, mesti mahal ni, malu aku nak terima. Hehehe
Arif : Memang aku dah lama nak beli untuk kau, cuma tak tahu bila masa yang sesuai nak bagi.
Bunga : Kau nak aku pakai sekarang ke? 
Arif : Bak sini aku pakai kan untuk kau
Bunga : Wahh, cantik nyaa, terima kasih Arif!

Arif senyum dan diam, tiba-tiba suasana senyap di antara kami.
Arif : Bungaa

Bunga : Yes?
Arif : Emm Arif ada satu perkara nak bagitau Bunga
Bunga : Hmm? Kau apesal pulak ni? Ber ‘Arif-Bunga’ pulak.
Arif : Hmmm, Arif sebenarnyaaa….
Bunga : Sebenarnya apa?
Arif : Arif dah lama sukakan Bunga. Arif harap Bunga boleh tunggu Arif, sampai Arif tamat belajar kat Korea nanti. 
Bunga : Tapi…. Kita kan kawan?
Arif : Itu bagi Bunga, tapi Arif dah cintakan Bunga dari kita masuk Universiti lagi.

Aku tertunduk, lidah kelu tak tahu nak cakap apa. Malu, takut semua ada. Aku takut aku hilang 

kawan.

Arif : Bagi Arif masa, habiskan Degree Arif kat sana. Boleh?

Bunga : Bunga.. errr aku tak tahu nak jawab apa buat masa sekarang. Aku tak sangka kau akan cakap macam ni.
Arif : Arif minta maaf.
Bunga : Jom kita balik
Arif : Okay

…………………….
Aku jarang berhubung dengan Arif walaupun dia kerap mengirim email kepadaku. Aku beralasan sibuk kerana aku sudah mendapat kerja. Kadang-kadang sahaja aku melayan nya.
…………………..
Dua minggu sebelum perkahwinanku dengan Abang Hakimi, aku mengirim kad jemputan ku melalui email kepada Arif. Aku berharap sangat Arif dapat terima keputusan aku ni. Aku takut, takut kalau-kalau Arif tak dapat terima dan memutuskan persahabatan kami.
Arif : Kenapa Bunga buat Arif macam ni? Sanggup Bunga pilih lelaki tu. Kenapa bukan Arif yang 

jadi pilihan? Kenapa Bunga?
Bunga : Maafkan Bunga, Bunga sendiri tak tahu hati dan perasaan Bunga.
Arif : Bunga langsung tak peduli dengan hati dan perasaan Arif? Bunga tak pernah fikirkan Arif?
Bunga : Bunga minta maaf.
Arif : Sampai hati Bunga. Arif sayangkan Bunga.

Aku dengar Arif seperti menahan tangis disebalik panggilannya. Aku turut sebak. Kami senyap seketika. Aku sendiri tak tahu nak berkata apa lagi. Keputusan dah dibuat, aku memilih Abang Hakimi sebagai suami.
Arif : Kalau itu keputusan Bunga, Arif tak boleh nak halang. Selamat pengantin baru, tahniah kawan!
Arif memutuskan panggilan nya. Itu kali terakhir aku dapat menghubungi Arif.
……………………..
Aku sebak bila teringat semula kisah aku dengan Arif. Panggilannya malam itu, adalah kali terakhir antara kami. Arif menjauhkan diri dari aku. Majlis perkahwinan aku pun, Arif tak balik, hanya Ibu dan Baba yang datang. Kata mereka Arif terlalu sibuk, aku faham kesibukan yang Arif maksudkan. Aku rindukan Arif, rindu sangat. Sedih dengan pengakhiran persahabatan kami. Aku sendiri tak sangka macam ni akhirnya hubungan kami. Terasa kosong bila tiada gelak tawa seperti waktu dulu.
Pipiku basah, air mata hangat mengalir.
Arif…

Aku sakit Arif..
Aku tak tahu apa yang jadi dengan diri aku sekarang..
Kalau kau ada macam dulu,mesti kau akan hiburkan aku kan?
Aku rindu kau Arif..
Arif..
Kau tahu tak, Pak Mat cakap ada orang marah dekat aku, orang tu sanggup sihir aku Arif..
Aku tak tahu sama ada aku nak percaya atau pun tak..
Aku mimpi kau Arif..
Kau marah aku..
Kau marah aku kahwin dengan Abang Hakimi..
Kau…
Kau ke yang sihir aku Arif??

Allahuakbar,
Ya bersambung lagi sebab tak muat post. Pukul 9.00 pula ya.

No comments: