NASUHA SI JALANG.
Nukilan : Gadis Virgo.
=================================
Disclaimer: Ada penggunaan kata dan plot yang dikategorikan
sebagai (18SX) yang tidak keterlaluan diguna pakai. Ia menjurus kepada situasi
dan olahan penceritaan. Bahan bacaan ini khusus kepada orang dewasa.
Karya ini merupakan kisah benar 100%. Ia dikongsi bertujuan
untuk memberi iktibar dan pengajaran kepada pembaca. Semoga kalian berlapang dada
dan memberi kebebasan minda untuk menerima dan berfikir melalui bahan bacaan
ini.
Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan kata-kata kesat dan
penghinaan dalam komentar. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati atau rasa
kurang senang, sila PM kami di inbox. Terima kasih.
Selamat melayari kehidupan Gadis Virgo.
================================
Aku memandang sekeliling. Bebola mata mengembang. Suasana legap
dan kelam. Tanpa cahaya. Tanganku merayap - rayap, meraba dinding yang mengelilingiku.
Sendirian. Ya, aku sendirian. Tanpa teman. Tanpa yang tersayang
di sisi. Aku memilih jalan ini? Tidak. Kalian yang memilihnya bagi pihak aku. Kerana
kata-kata nista yang dilemparkan. Kerana hukuman yang kalian jatuhkan. Aku mati
sebelum datangnya ajal.
*******
Secebis Kronologi - Kisah Aku.
Datang dari sebuah keluarga yang aku kira tidak sempurna. Ya,
benar. Memang tiada yang sempurna jika itu yang mahu dicari. Kesempurnaan itu milik
Tuhan sedangkan aku hanya hamba yang penuh dosa.
-Baling belakang-
Aku tidak pernah menyalahkan ibu atau ayah. Mereka aku lihat
sedaya upaya membesarkan aku dan saudara kandungku yang lain dengan pendidikan dari
sekolah.
Aku mengenal abjad dan nombor dari cikgu. Aku mengenal alif ba
ta dari arwah Makcik Fatimah. Aku belajar solat dari Arwah Ustaz Sahak. Tiada satu
pun aku belajar dari rumah.
Sejak aku di Tabika sehingga aku di tingkatan 5, tidak pernah
sekali pun ibu atau ayah bertanyakan tentang kerja sekolahku. Malah, mereka tidak
pernah bertanya aku dapat nombor berapa di dalam kelas. Subjek apa aku dapat A.
Subjek apa aku lulus. Tidak pernah.
Report card dihantar setelah aku meniru tandatangan ibu atau
ayah. Bukan tidak pernah diberi kepada mereka. Bagaimana aku letakkan di atas meja,
begitu jugalah letak duduknya report card itu. Tidak berganjak kerana tidak disentuh.
Kecewa? Lebih daripada kecewa.
4 tahun berturut-turut menyandang title pelajar terbaik di sekolah
agama. Di hari penyampaian hadiah, wajah ibu dan ayah tidak terlihat. Begitu juga
di sekolah menengah. Mendapat tempat pertama di dalam kelas selama 3 tahun berturutan.
Menyandang pelajar berbudi pekerti mulia dan pelajar harapan. Tetapi, wajah ibu
dan ayah tidak pernah muncul meraikan apatah lagi memberi ucapan tahniah.
Aku nekad. Tidak mahu sambung belajar lagi. Tiada siapa yang
peduli. Tidak memegang status anak kesayangan memang sentiasa menjadi anak yang
terpinggir. Surat tawaran belajar, aku sorok. Ada yang aku koyakkan menjadi cebisan
halus.
Di usia 18 tahun. Aku keluar dari rumah dengan izin barangkali.
Kerana aku tidak dihalang. Aku berkelana, mencari kerja di negeri bukan tempat lahir.
Jauh dari keluarga. Aku kerja. Mencari duit. Demi kelansungan hidup bergelar si
perantau.
Di luar, hidup ini rupanya lebih mencabar. Bekerja tidak seenteng
menjadi seorang pelajar. Sukar. Kau bilang, kerja apa yang tidak aku lakukan? Dari
operator kilang, tukang cuci, jurujual, juruwang dan budak pejabat. Aku sudah rasa.
Akhirnya, bertapak lama di sebuah pub kerana gajinya lebih lumayan.
Di dunia kelab malam ini, aku kenal pelbagai jenis manusia. Minda
aku yang di bawah tempurung, aku buka gerbang seluas-luasnya. Bangsa dan warna kulit
tidak ada beza. Jenis yang lurus dan bengkok bersatu. Halal dan haram bukan jadi
soal. Semuanya bercanda tanpa menilai dan menghukum saiz keimanan.
Kerana masa lalu, aku tidak lagi percaya dengan kaum adam. Aku
sering diambil kesempatan dalam kelamnya kisah lampau. Mereka mahu jadi pelindung
tetapi dengan syarat tidak masuk akal. Aku bukan bahan uji kaji untuk dinikmati!
Aku bukan barang yang mahu dibeli dengan wang ringgit untuk dinodai!
Maaf, aku tidak lagi percaya dengan sandangan tiket kawan baik,
abang angkat atau bapa angkat. Cukuplah dengan apa yang pernah aku lalui. Mereka
lebih hina dari binatang. Dan cuba membinatangkan aku.
Seorang suami yang mahu makan luar kerana servis isteri merudum.
Layakkah untuk digelar bapa angkat?
Seorang kawan yang mengambil kesempatan ke atas sahabatnya yang
sedang terhimpit. Adakah seks itu mampu meleraikan kekusutan?
Seorang abang angkat, layakkah digelar abang jika mahu melindungi
seorang adik dengan sistem bata, seks sebagai tukaran.
Ya. Aku pangkah mereka kerana sudah hilang kepercayaan!
Aku memilih untuk percaya pada kaum sejenisku. Disayang dan ditatang
dengan penuh kasih sayang. Malah, aku rasa kelompok ini lebih dekat dengan aku.
Naluri aku berubah drastik. Aku heret diri dalam dunia baru. Aku gelarkan diri aku
sebagai Lesbian. Mencintai kaum sejenis.
Masa berlari deras. 10 tahun berlalu. Bergelumang dalam nanar
dan dosa. Ternyata, aku bisa tersenyum dikenderai dengan pelbagai kemanisan. Berselimut
wang kertas yang membolehkan aku tidak gagal untuk bersuka ria setiap masa.
Tetapi, apalah ada pada bahagianya zahir jika batinku KOSONG.
Masih aku ingat saat itu. Sedang aku dan yang lain-lain menikmati arak pelbagai
rasa. Asap balutan terisi daun hijau berkepul-kepul. Tangan masing-masing utuh memegang
kad judi. Selonggok wang taruhan di tengah lautan meja.
"Allahhu akbar Allahu akbar"
"Asyha du alla ila ha illallah"
Sayup kedengaran Azan Subuh berkumandang dari masjid
terdekat. Saat itu aku tersentak. Bagaikan suatu kuasa yang menusuk di pundak hati.
Sayu yang teramat sayu. Segala hingar bingar suara-suara temanku, bagaikan lenyap
di pendengaran. Hanya suara muazzin yang melaungkan azan mendayu-dayu, bergema
di cuping.
Sebak. Setitis demi setitis airmata aku mengalir. Bukan tidak
pernah mendengarkan azan sebelum ini. Tetapi, kali ini lain sekali rasanya. Kesayuan
yang tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Tanpa berlengah, aku tinggalkan
Restoran Bak Kut Teh dan terus pulang. Di rumah, aku lemparkan tas tangan di atas
katil. Aku capai tuala. Aku ke kamar mandi.
Aku menangis. Teresak -esak. Persis anak kecil yang mengongoi
pada si ibu. Dengan pancuran air, aku gosok sekuat hati tubuhku. Aku kotor! Kotor
dengan dosa. Aku sental setiap inci kulit di tubuh hingga merah dan pedih.
Aku berlama di dalam kamar mandi hingga kulit di pangkal jari
tangan dan kakiku - mengecut. Akhirnya, aku sudahi dengan mandian hadas dalam bacaan
rumi. Aku juga berwudhuk buat sekian kalinya.
Lama aku diam. Cuba mengingatkan kembali tertib anggota yang
perlu aku dahulukan. Ya. Aku malu. Berasa dungu dan bebal. Baru aku ingat. Aku sendiri
hampir lupa bila kali terakhir aku melalukan air di setiap anggota wajib wudhuk.
Solat, menghadap Tuhan apatah lagi. Sebak.
Benarlah, bahawa Allah itu tidak pernah sekali-kali lupa pada
hambaNya. Yang seringkali lalai dan alpa itu adalah manusia itu sendiri. Mungkin
hidayah telah menjentik hati yang hitam lendir ini.
Maka, dengan jiwa yang masih nanar dan rapuh, aku bangkit perlahan-lahan.
Mencari Tuhan.
Natijahnya dari langkah yang aku ambil. Aku dibuang dan dipinggirkan
mereka yang aku gelar sahabat. Kerana apa? Kerana aku tinggalkan kerjaanku di pub.
Kerana aku tinggalkan arak. Kerana aku tinggalkan judi. Kerana aku tinggalkan dunia
cinta kaum sejenis. Kerana aku tinggalkan lagha, maka aku disisih.
Tuhan. Hanya Tuhan yang tahu ketika itu. Aku merangkak sendirian.
Cuba mencuci lumpur yang terpalit pada tubuh, zahir dan batin. Aku ajar diri aku
untuk kuat di saat aku jatuh beberapa kali walhal baru di garisan mula.
Ya. Aku gagal. Kerapuhan hati membuat aku akhirnya tersungkur.
Sahabat-sahabat baru yang aku kenal sama sahaja dengan mereka
yang sudah lama berlegar di sekeliling. Lantang menghukum aku kerana kisah silamku.
Aku mahukan tangan yang membimbing, bukan kejian. Mereka dengan mudah menyedekahkan
tali untuk aku menggantung diri.
Aku cuba! Aku abaikan semuanya. Aku yakin Tuhan ada dengan aku.
Aku bangkit dari kejatuhan. Perlahan-lahan aku belajar menutup aurat. Aku mula tunaikan
solat. Aku cuba ganti puasa yang aku abaikan selama ini. Tetapi, aku gagal satu
hal. Aku terkulai dalam membendung emosi. Sakitnya mendengar cercaan!
Kalian menerakakan aku kerana dosa silamku. Sungguh. Aku lebih
dari sedih. Sedikit demi sedikit, aku hancur dari dalam.
"Alah, kau ingat kau confirm masuk syurga bila bertudung?"
"Hahah. Budak jahat nak jadi baik? Wei, Allah terima ke
solat kau tu?"
"Ermm. Kau mandi satu laut masin pun, dosa kau belum tentu
diampun. Buang karen je woih!"
Dan...
Sekali lagi aku mahu diheret menjadi pemuas nafsu. Sedangkan
aku hanya mahukan seorang kawan. Kenapa? Kenapa aku dihina seperti ini. Jika pelacur
itu dianggap sundal kerana pekerjaannya. Aku ini lebih hina dan jalang dari pelacurkah?
Begitu?
"Sudahlah tu. Esok-esoklah baru bertaubat. Jadi perempuan
simpanan saya."
"Tudung tu, aurat tu takpe kalau nak tutup untuk orang lain.
Dengan saya, biarkan telanjang. Saya bayar awak untuk tubuh awak."
"Jom buat seks. Suka sama suka. Teman tapi mesra?"
Allahhu. Jalang ke aku yang mahu berubah menjadi hamba yang baik?
Dihina dina oleh mereka yang aku gelar sahabat. Aku diam tanpa kata. Aku dibawa
terbang bagai debu melata di udara. Sungguh aku hilang punca.
*****
Kini.
Saat ini, aku menyendiri. Terasing dari semua yang ada. Tangisan
menjadi teman. Hati aku nanar. Setiap saat, aku dibelenggu oleh memori silam yang
hadir satu persatu.
Dadaku debar. Tanganku berpeluh dan menggigil teruk. Aku menangis
tidak pandai henti. Aku membenci diri sendiri. Aku berkurung diri. Aku hanyut dalam
astral.
Bila aku sedar, dahiku sudah bengkak bengkil. Pehaku sudah luka
dikelar dengan pisau. Pisau yang aku genggam di tanganku sendiri. Entah bila aku
ambil, aku sendiri tidak pasti.
Pernah. Aku berdiri di tingkat atas bangunan. Aku memandang objek
di bawah, saiznya sebesar semut. Tinggi.
Syukur.Kegilaanku dipukul dengan laungan azan. Ya, Allah selamatkan
aku untuk sekian kalinya lagi.
Gila? Bukan. Tetapi aku tidak sedar. Bila aku melakukan setiap
perkara itu. Aku bagai di awang-awangan. Sakit? Aku sudah lupa akan ertinya kesakitan
bila aku sering disakiti dengan kata-kata nista yang setajam belati dari
mulut-mulut mereka.
**********
Rentetan kisah silam.
-Baling belakang-
Hidup aku tidak seperti kanak-kanak lain. Aku hanya tahu, pergi
sekolah dan balik sekolah. Hendak keluar bermain dengan kawan-kawan, memang sangat
sukar. Kalau aku peroleh peluang tersebut, itu tandanya mood ibu aku baik.
Kalau aku curi-curi keluar, maka padahlah badan. Berapa kali
aku dipukul teruk depan kawan-kawanku. Jiran-jiran juga tahu, tetapi mereka hanya
mampu melihat. Tidak ikut campur. Kadang aku tertanya,
"Ibu apa salah aku?"
Hanger, kepala tali pinggang, batang mop, hos getah dan sepak
terajang? Aku sudah terjal! Setiap hari aku dipukul. Aku ulang, setiap hari aku
dipukul waima kesalahan itu bukan berpunca dari aku.
Kambing hitamkah aku ini?
Aku pernah beberapa kali dipanggil guru di sekolah. Semuanya
kerana kesan-kesan lebam dan bengkak di bahagian muka dan tangan yang tidak mampu
aku selindung. Walaupun ibu aku garang, tapi aku tidak tergamak memberitahu guru
yang aku didera olehnya.
Perwatakan ibu berlainan dengan ayah. Ayah seorang yang penyayang.
Aku dan saudara kandungku tidak pernah dijentik pun. Cuma ayah jarang berada di
rumah. Ayah banyak bekerja di luar kawasan. Kalau tidak bekerja di luar, ayah tetap
jarang aku nampak depan mata.
Ayah pergi kerja seawal pagi. Baliknya waktu aku sudah tidur.
Maka waktu aku bersama ayah sangat terhad. Hendak dibawa berjalan ke sana sini pun
tidak merasa. Aku tidak salahkan ayah kerana tiada masa denganku. Aku faham, dia
mencari nafkah.
Ayah selalu berpesan.
"Jangan pernah benci ibu. Dia pukul kerana mahu mengajar."
Ya. Aku tidak benci ibu. Itu yang aku tanam dalam hati. Kata
ayah, Ibu anak yatim piatu. Dibesarkan oleh mereka yang hilang kemanusiaan. Dididik
dengan pukulan demi pukulan. Dipaksa menjadi peminta sedekah dan bekerja di rumah
orang saat dia seusia denganku.
Kejam? Iya, mereka yang kejam tetapi tidak ibu. Salahnya ibu
kerana tidak mengenal erti kasih sayang. Maka, aku mengerti jika cara didikannya
itu dipraktikkan kepada aku. Aku redha walaupun aku sedar, telah wujud satu tembok
penghalang antara aku dan ibu. Ya, bermula detik itu.
*****
Tahun 1992
==========
Aku berjiran dengan Mak Nab (kini sudah arwah). Beliau punya
anak seramai 9 orang. Anak sulong beliau, aku panggil Abang Man. Ketika itu dia
berusia lingkungan awal 20-an. Manakala aku baru berusia 8 tahun.
Aku tidak tahu kenapa Abang Man selalu memerhatikan aku. Aku
pernah diintai ketika mandi. Ya aku tahu abang Man yang intai. Sebabnya? Aku pernah
nampak. Dia juga pernah beritahu, aku pakai seluar dalam warna apa. Dia cakap aku
cantik dalam keadaan tanpa seurat benang.
Aku masih ingat kejadian ketika aku tinggal berseorangan di rumah.
Ibu ke pasar. Abang Man ada datang ke rumah. Dia bagi aku gula-gula dan coklat duit
warna gold sebesar syiling 50 sen lama.
Dia tarik aku masuk ke dalam bilik. Dia suruh aku diam. Katanya,
dia mahu ajak aku bermain sesuatu. Aku teruja. Berpadananlah dengan umur aku ketika
itu. Permainan bermula. Dia tanggalkan baju dan seluar aku. Seluar dalam aku pun
dia tanggalkan juga.
Dia pegang alat sulit aku. Aku tanya,
"Abang Man buat apa?"
Dia jawab, nak ajar aku permainan baru. Dia suruh aku pegang
alat sulit dia. Yang ketika itu aku tidak tahu pun apa benda yang aku pegang.
Sebab, itu kali pertama aku lihat rupa alat sulit lelaki. Dia
tarik aku duduk atas dia. Makin lama, tubuh aku digoncang dan dipeluk erat. Kemudian,
dia berdiri. Dia masukkan benda tu dalam mulut aku.
Dia sentuh seluruh tubuh aku. Aku dengar Abang Man terjerit kecil.
Tiba-tiba, ada air likat yang keluar dari benda itu. Basah muka dan badan aku. Permainan
baru ini tidak terhenti. Hampir setahun. Ia berulang beberapa kali sehinggalah Abang
Man berhijrah ke negeri lain.
Ya. Aku tidak pernah beritahu Ibu sebab aku takut. Semua kerana
tembok yang Ibu bina. Kami jarang bercakap.
Tahun 1993
===========
Umur aku menjejak 9 tahun. Suatu hari, Ibu suruh aku cari abang
aku. Abang keluar dari pagi tak balik-balik. Di pertengahan jalan, aku jumpa kawan
abang. Nama dia Abang Zul. Aku tanya,
"Nampak abang saya tak?"
Dia angguk. Abang Zul ajak aku tunggu abang aku di rumah dia.
Aku ikut tanpa banyak soal.
Sampai di rumah dia, aku tengok tak ada orang. Hanya kami berdua.
Abang Zul cakap,
"Sambil tunggu abang datang, jom kita main sesuatu."
Seperti Abang Man, Abang Zul juga tanggalkan seluar aku. Cuma
Abang Zul lebih advance.
Dia tak masukkan benda dia dalam mulut aku, tapi dekat kemaluan
aku. Masa ni aku menjerit. Aku betul-betul tak tahan. Aku rasa sakit sangat. Aku
menangis, teresak-esak.
Dia tekup mulut aku. Dia cakap sekejap je. Tahan dan jangan menangis.
"Nanti Abang bagi duit beli jajan ya."
Dalam sedu, aku angguk. Selalunya, bila kena pukul dengan Ibu,
aku tidak pernah dipujuk walaupun sakit. Tapi Abang Zul pujuk aku. Jadi, aku diam.
Abang Zul berhenti sakitkan aku selepas benda Abang Zul keluarkan
air likat sama macam Abang Man. Dia sarungkan semula seluar aku.
Dia bagi aku RM5. Dia pesan;
"Jangan bagitau sesiapa."
Aku angguk. Aku balik rumah. Sumpah. Masa ni aku betul-betul
tak tahan sakit. Aku masuk bilik air. Aku tengok seluar dalam aku ada tompok darah.
Aku jadi lagi takut.
Berhari - hari aku nangis. Sendirian. Paling menyakitkan saat
aku hendak kencing. Pedih.. Aku meraung dalam hati.
"Ibu... ayah...aku sakit."
Aku nekad. Aku tak mahu main lagi permainan ini. Sejak hari itu, setiapkali aku nampak
kelibat Abang Zul, aku terus lari dan menyorok walaupun aku pernah dikejar oleh
dia.
Tahun demi tahun aku lalui. Aku menginjak remaja. Terlalu banyak
yang aku alami. Pelbagai jenis manusia aku temui. Cukup untuk meletakkan aku dalam
hidup yang kelam. Aku terus-terusan menjadi mangsa buli dan dianiaya oleh rakan
baik sendiri.
Pedih. Jiwa aku mati sudah terlalu lama.
******
Tuhan. Bantu aku mencari Engkau. Pelihara aku. Aku tidak mahu
ajalku dijemput dalam kekufuran. Aku tidak mahu menghuni neraka. Izinkan aku merasai
syurgaMu. Tuhan. Hadirkanlah buatku seseorang
yang mampu menarikku keluar dari lembah kelam ini. Aku ingin sekali melihat indahnya
agamaMu.
Bantu AKU,
Si Penghidap Depressi dan Anxiety
*********
'AKU' dalam kisah ini merupakan mangsa Pedofilia (seksual
terhadap kanak-kanak), penderaan mental dan fizikal, kurang didikan agama dari rumah,
kurang perhatian ibu bapa serta salah memilih kelompok kawan-kawan di sekelilingnya.
Percayalah, wujud ramai lagi yang senasib dengan 'Aku' di luar
sana. Bantulah mereka. Jangan sisihkan mereka. Jalankan tanggungjawab kita sebagai
ibu bapa, saudara mara dan sahabat yang perihatin.
Jangan menghukum bunuh mereka ini kerana kisah silamnya.
================================
Suntingan:
Gambar:
Karya ini adalah hakmilik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun
mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke
aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter
atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment