Monday 19 March 2018

ANEH - Khaidir Helmi


[SPONSORED ADS]
Oleh penulis Khaidir Helmi



"LEPASKAN awak? Setelah apa yang awak buat dengan hidup saya?" tanya Aqira lalu mencangkung di hadapan tubuh Aulia.

Kepalanya ditundukkan ke bawah. Rambutnya yang terikat rapi dikusut-kusutkan. Betul-betul kelihatan seperti orang tidak waras.

"Maafkan aku, Aqira. Aku tahu susah untuk kau maafkan aku. Tapi tolong. Bagi peluang kedua untuk aku betulkan segalanya."

"Betulkan segalanya? Haha! Dah terlambatlah, awak." Aqira mendongak dan tersenyum sinis ke arah Aulia. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir.

"Kenapa dunia tak adil? Kenapa orang kejam macam awak dianggap macam malaikat sedangkan orang baik macam saya dianggap gila? Kenapa? Kenapa?"

"Memang aku yang salah. Memang aku yang buta hati. Tapi aku janji. Aku akan betulkan apa yang aku dan akak aku buat." Aulia berkata sambil matanya juga bergenang dengan cecair jernih.

"Tak payahlah. Semuanya sudah terlambat. Nama kau yang tercatat pada buku itu bukan nama aku. Segalanya sudah berakhir. Segalanya sudah tamat, Aulia."

"Tamat?"

"Ya. Tamat," ujar Aqira sambil sebelah tangannya mencapai sesuatu dari poket belakang. Kelihatan sebilah gunting dikeluarkan perlahan-lahan dan ditarik tepat di hadapan mata Aulia.

=====================================
Berminat untuk Slot Berbayar ini? Boleh emailkan kepada kami aanrc2017@gmail.com

No comments: