MAK LAMPIR 3 : SAYING GOODBYE
Karya: DeeFen DF
================
Al-kisahnya cerita ni berlaku hujung bulan April 2016. Time ni aku dah stop meniaga dah. Aku dah ready nak sambung kerja makan gaji balik lepas hampir 5 tahun meniaga. Disebabkan bisnes dah slow, dengan ekonomi tak menentu, tak padan dengan masa dengan tenaga yang terbuang. Sampaikan masa untuk family dah hampir takdak.
Maka aku tekad ambik keputusan stop bisnes, then sambung keja makan gaji balik guna degree yang memang aku dah ada.
Disebabkan aku dah stop meniaga, so aku nak serah balik la rumah sewa ni kat landlord. Kontrak sampai hujung bulan 4 ja. Dah 2 hari dah aku start mengemas rumah ni. Barang-barang niaga semua aku dah jual kat orang.
Lepas solat Jumaat aku terus mai datang sambung kemas-kemas. Memang letih la buat keja kemas sorang-sorang. Pakli dengan Bob kebetulan dorang balik hujung minggu ni. So dorang janji nak tolong aku malam ni. Lega la sikit ada orang tolong. Tapi aku dah bleh agak laaa, dorang ni tolong menyemak je lagi ada la.
Tapi ok gak dorang ada. Taklah seram sangat. Sejak peristiwa malam aku kena sakat ngan Mak Lampir awal tahun tu, memang aku agak takut gak la nak dok rumah ni memalam. Kalau habis meniaga malam-malam, aku suruh bebudak keja aku teman aku kejap.
Nasib baik bebudak keja aku pon paham keangkeran rumah ni. Tapi memula tu kena gelak gak la sebab dah tua-tua pon penakot lagi.
Tengah aku dok mengemas tungtangtungtang, dalam pukul 9malam dengar pinpinponpon hon moto dari luar rumah. Ni mesti Pakli yang mai. Pastu dengar lak suara sumbang dok nyanyi-nyanyi. Sah memang konpom Pakli la ni.
Perangai loqlaq camni ada kat dia sorang ja. Jenis perangai dok buat rancak tak ketahuan hala. Mau marah jiran aku memalam pon bising lagi huhu.
“Semekom brader Fennn! Long time no see mannn. Wazzup wazzup wazzup dude”
“Banyak la hang punya wazzup!”
“Oi orang bagi salam jawab la. Tu pon nak kena ngajar ka? Susah laaa semua benda aku nak kena ajaq”
“Hamboih hamboih sampai-sampai ja terus nak mengajar aku lak”
“Abeh kalau aku tak ajaq, hang nak aku sorang-sorang ja yang pandai? Ilmu ni kita kena kongsi ye ye ye. Baru ada barokah. Insan yang cemerlanggg, insan yang gemilangggg lahir dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang ye ye ye” lagak Pakli gaya macam Datuk Fadzilah Kamsah siap dengan suara sengau.
“Hang niii..Aku labi jugak muka hang satgi.”
“Watehelllmannnn??!!”
“Hish budak sekoq ni. Aku inai jugak bulu ketiak hang satgi. Biaq jadi blonde. Baru hang tau erti malu..Hahaha!”
“Rilek la brader. Sensitip sesentap betoi la hang ni..kehkehkeh.”
Pakli ni lah pak lawak geng kami. Menceriakan hidup kami. Kalau ada budak sekor ni agak terhibur gak la hidup kami dengan perangai tiga suku dia. Mungkin gak la sebab aku yang mudah terhibur kot.
“Oi Pakli, ni moto sapa pulak hang bawak ni?”
“HAHAHA amacam nampak kacak tak aku bermotosikal Sym skuter 400cc? 400cc banggg! Bukan sebarang-sebarang kelajuan ni. Besttt hanatt!! Setakat Kriss semput hang tu, puiii sila pandang dengan wajah kesedihan ja ye. Tapi moto ni aku pinjam je hehehe.”
“Cehhh..badan kurus kering, moto besar gedabak..dah macam beruk sarkas bawak moto dah aku tengok hang ni Kahkahkah.”
“Dejei btoi kutuk aku. Ni moto abang aku la. Saja la aku nak buat cubaan meningkatkan keegoan aku dengan menunggang moto mahal ni. Aku terasa gadis-gadis berpaling manja tak kelip mata pandang aku sepanjang jalan tadi.”
“Banyak la hang punya gadis. Dok melayan hang sampai esok tak setel keja. Dah dah mai tolong aku kemas rumah”
“Sorry la aku takleh tolong kemas. Tapi kalau nak tolong pelempang bleh ja hehehe. Weh ada makan-makan kudap-kudap cikedis-cikedis dak? Lapaq gak ni. Takkan mai tolong saja takdak upah kotttt..."
“Adaaaaaa..aku beli dah nasi lemak tadi. Hang aku kenai sangat dah, memang lapaq all the time. Tak padan dengan kurus. Makan tak berenti. Bela hantu raya ka hapa?”
“Eh sat sat Fen..Aku ada kemusykilan ni. Tadi maghrib aku pi masjid aku pakai selipar jamban. Ni awat aku pakai selipar Adidas lak ni. Hmmmmm mistik sekali kejadian aku ni…”
“Jilaka meroket selipar kat masjid!!! Tak habeh-habeh perangai huduh. Oi dah tua dah la oi nak meroket selipar macam budak-budak!”
“Serius weh memang aku tak perasan. Takpa esok time maghrib aku pi letak balik..hihi”
Maka aku pon start mengemas cuci-cuci rumah sambil tahan telinga dengar Pakli nyanyi tak reti dok diam. Bernanah dah telinga aku ni.
Tengah aku dok mengemas kat dapur, dengar bunyi cakar-cakar kat pintu dapur. Lepastu bunyi macam orang baling batu kat tingkap nako. Ahhh sudah dia kacau dah. Tapi aku terus mengemas jugak buat-buat tak layan. Seram oi. Aku sedapkan hati tu maybe kucing dok main kat luar dapur.
Makin lama makin kuat pulak bunyi cakar ni. Time ni memang meremang habeh bulu roma aku. Nak hilangkan takut aku pon join nyanyi sekali dengan Pakli yang dok tengah mengemas kat ruang tamu.
“Pstt pssttt pssttt!”
Aku dengar macam orang berbisik dari luar dapur. Aku pon pasang telinga apa yang dorang dok bisik tu. Kot-kot la Yusuf Taiyob ke kan..huhu.
Tiba-tiba aku perasan dari ekor mata aku ada bayang melintas kat luar tingkap nako. Perlahan ja dia lalu. Haduhhh makin terok dia kacau ni. Aku pon panggil Pakli sebab rasa seram terok sangat dah ni.
“Oi Pakli mai sini sat tolong aku kat dapoq ni. Bleh sembang-sembang, boring la sorang-sorang sini”
“Haa ye lah. Aku baru nak lepak sap kok ni” sambil Pakli datang dapur dengan muka buat-buat letih konon terok sangat kerja dia tu.
“Elok la tu mai hisap rokok kat dapoq ni teman aku. Ni hang pi tolong bukak pintu dapoq tu sat bagi angin masuk sikit. Hang duduk kat pintu tu la hisap rokok.”
Aku cuba trick Pakli suruh duduk kat luar tengok ada apa kat luar. Sebab aku sendiri takot nak cek bayang apa yang lalu tadi. Haha bijak tak aku?
Elok ja Pakli bukak pintu dapur terus macam ada cahaya terang dari luar. Cahaya tu berkelip sekali ja macam kilat menyambar. Tapi nak kata kilat pon tak gak sebab takda bunyi guruh pon. Terkejut gak Pakli sambil mencarut dia. Seraya tu rasa angin sejuk bertiup masuk. Sejuk lain macam, macam pukul 5pagi punya sejuk.
“Weh Fen cahaya apa tu? Terang betoi sakit mata aku. Terkezut beruk aku. Kejilakean apakah ini?”
“Tah..kilat kot. Nak hujan kot” kata aku nak sedapkan hati Pakli dan hati aku.
Aku dengan Pakli masing-masing diam lepastu. Maybe masing-masing dok terpikir kejadian cahaya sebentar tadi tu. Aku dok sambung mengemas, Pakli lak dok bersila sambil puhpuhpuhpuh hembus asap rokok.
“Tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan. Yang sampai hanya satu jalan! Uhhhh sang algojo… Uhhhh nanti dulu!” bersungguh-sungguh Pakli nyanyi siap dengan gaya tangan. Sabar la nakkk.
“Encik Pakli, maaf nak tanya?”
“Ya Encik Fen, maaf nak jawab.”
“Hahahaha.. Weh hari tu hang kata nak ngorat awek pan-asian yang baru masuk kat ofis hang. Apa crita?”
“Tulah..mula-mula aku dok main mata gak la dengan awek tu dari jauh. Dia comel di sana, aku kacak di sini. Sambil control sehabis macho aku”
“Pastu??”
“Hmmmm itulah. Orang hensem macam aku ni memang banyak musuh….”
“KAHKAHKAH hensem tang mana tu? Tang buku lali ka? Hahahaa”
“Yelah yelah..aku sedaq aku kurang kacak. Biasala ngorat tak dapat. Kena reject. Pastu kena caras dengan officemate aku. Melopong ja la aku. Takpa akan aku tunggu gadis sejati yang akan terima aku seadanya acewahhh.”
“Hah sapa mamat officemate hang yang caras hang tu. Mai aku ketuk dahi dia dengan penuh iltizam!”
“Alaaa ada la senior aku tu. Budak senior tu memang hensem pon..hmmmm.”
“Hang kena mandi bunga ni. Bagi berseri sikit muka hang. Baru awek tengok pon tergamam tengok nur cahaya kat muka hang. Muka tak berapa nak siap macam hang ni mana ada jodoh turun dari langit”
“Haram jadu ngutuk muka aku. Mandi bunga jadah apa. Ingat nak kawen ka mandi-mandi bunga ni. Tapi kan Fen, nanti bila aku kawen hang mai la kenduri aku. Bleh hang renjis-renjis dipilis, ditepungi la tawar, hai beras pulut ditabur, disiram si air mawar ewahhh...”
“Banyak la hang punya siram air mawar bagai. Aku siram dengan air bateri ja. Biaq bersepuh muka hang.”
“Puiii. Tapi bila aku dengaq lagu pelamin anganku musnah, menjejey-jejey air mata aku. Ohhhh kenapa orang tak hensem dugaannya berat??”
“Hmmm aku bersetuju dengan statement hang tu. Orang tak hensem memang banyak cabaran” kata aku sambil buat mulut ke bawah dan angguk-angguk kepala. Korang bleh bayang kan gaya aku bersetuju tu camna?
Haa tu yang korang dok buat praktikal angguk-angguk kepala apakes? Korang bayangkan sudah la, jangan dok buat gaya sekali. Malu kat orang aihhhh! OKkkk hambar….
Tiba-tiba aku perasan ada bayang lalu lagi kat luar. Kali ni laju. Bayang hitam. Lalu di belakang Pakli. Pakli time ni duduk bersandar kat tepi pintu dapur tapi dia menghadap ke dalam rumah sambil main henfon.
Aku dah dupdapdupdap. Memang sah ada benda angker kat luar. Aku pon suruh Pakli tutup pintu dapur dan ajak Pakli masuk lepak depan. Bleh makan nasi lemak.
“AghhhhhhhhHH sakittttTT!!!” jerit Pakli sambil menggelupur pegang kaki dia.
Aku dah saspen. Adakah jembalang tu telah mengkokak kaki Pakli?
“Fennnn tolong aku…tolong aku!! AghhhhhhhHH!!! Kaki aku kebas…semut-semut oi!!”
Bengong ya amat punya Pakli. Aku dah saspen habeh dah ingatkan jembalang tadi tu kokak kaki dia. Aku tepok jugak muka Pakli ni.
Jam pon dah hampir kul 12. Bob janji nak mai tolong kemas. Tapi sampai tengah malam ni tak sampai-sampai lagi. Membuta la tu kat rumah. Hampeh.
Aku lepak kat ruang tamu, duduk betul bawah kipas nak bagi hilang peluh. Sambil makan nasi lemak. Nikmat betol makan time penat-penat camni. Pakli lak dok call sapatah kat bilik. Kata takdak awek, tapi cakap bukan main i u i u. Hilang selera makan aku dengar dia borak.
“Weiii makan sorang nasi lemak. Tak hajakkkk!”
“Tak hajak pon takpa. Putus selera makan aku dengaq hang cakap dengan awek.”
“Bukan awek la. Skandal. Akak cleaner kat ofis aku..kehkehkeh”
“Hang terok sangat dah ni.”
“Hehehe. Nak nasi lemak…Uiiiiiii nampak sedap berlemak elok aih..Fennnn… Nanak suap”
“Ha mai sini. Yang aku suapkan cumalah secebis pelempang. Mau?”
“Alaa abang Fen ni. Gurau sikit pon tak bleh…majukk lerrr camni”
“Geli geleman aku. Pi makan nasi lemak tu. Bob takmai dah kot. Whatsapp pon dia tak reply. Hang makan la semua balance 4 bungkus tu.”
Lepas makan kami pon borak-borak kosong ja. Nak balik pon malas sebab dah penat-penat. Seharian dok kemas, lenguh abeh badan.
“Fen, pinjam toilet. Nak uk-uh..sakit perut. Pinjam towel skali nak mandi. Hang jangan skodeng aku mandi lak ye.”
Kreekkkkk..bamm!
Bunyi pakli tutup pintu toilet. Pintu tu memang berkeriuk kuat bukan main. Berkarat teruk dah engsel dia.
Pastu tak sampai beberapa saat bunyi 'kreekkkk' balik tanda Pakli bukak pintu toilet. Aikkk cepat betoi mamat ni melabur. Enjin turbo apa dia pakai.
Aku tengok Pakli jalan slow ja ke arah aku. Muka pucat dah. Sambil dok gamit-gamit kat aku sambil mata dengan mulut dok buat isyarat tunjuk ke arah toilet. Pelan ja dia jalan ke arah aku.
Aku pon dah bangun nak pi cek. Aku pikir kot ada biawak ke apa sebab sebelum ni memang ada anak biawak dalam lubang toilet. Sebab penutup konkrit manhole kat blkg umah dah pecah. So lubang tu biawak bleh masuk.
Tapi yang sebenarnya dalam hati aku memang tak sedap hati dah. Mesti jembalang kat dapur tu yang menyakat ni. Bulu roma dah start meremang. Muka aku pon rasa kembang semacam dah.
Aku angguk kepala ke atas tanda isyarat tanya Pakli apa ke hal. Pakli balas isyarat aku dengan buat muka huduh, mata hitam ke atas, sambil angkat dua-dua tangan macam mencakar.
“Ada apa Pakli?” tanya aku kat Pakli dengan suara berbisik.
“Ada something dalam toilet. Melekat kat penjuru siling atas dok usha aku tadi.” membisik sambil terketar-ketar mulut Pakli bagitau.
Tiba-tiba lampu kalimantang kat ruang tamu ni terpadam. Luruh kejap jantung aku.Dahla tengah seram ni. Keadaan agak malap time ni, harap cahaya dari dapur dan bilik ja.
Aku tengok Pakli dah terbeliak mata, muka makin pucat. Lutut aku pon dah start menggigil dah. Aku pandang Pakli, Pakli pandang aku. Dah takot benor dah kami.
Dengan tak semena-mena aku terperasan ada susuk tubuh tengah bertenggek atas dinding di depan toilet. Depan pintu toilet ni ada dinding bata pembahagi, tinggi lebih kurang 2meter. So orang kat ruang tamu tak nampak la pintu toilet ni.
Mata aku terpaku terus terpandang susuk tubuh tu. Perempuan berbaju putih kotor kusam, muka sangat berkedut, mata terbeliak putih semua, rambut putih kusut mengerbang. Mulut dia tersenyum panjang hampir ke telinga. Sinis.
Memang aku takleh lupa senyuman menyeramkan tu. Sah ni Mak Lampir yang kacau aku hari tu.
Pakli terperasan aku dok pandang arah belakang dia, dia pon toleh nak tengok. Haaaa elok dua-dua orang terkaku keras kat situ.
Bunyi pintu toilet dihempas 'BAM BAM BAM BAM' banyak kali. Setiap kali dihempas, terasa sampai ke dalam dada dia punya impak. Kedengaran juga suara 'aaaaaarrrkkkkkkk' dari arah Mak Lampir tu.
Bunyi suara macam cerita Ju-On tu kalau korang nak tau. Panjang tak berenti, memang takda stop nak tarik nafas dah.
Anjing pon dah kedengaran menyalak sakan dari luar rumah. Perghhhh memang ketakutan tahap ekstrem dah.
Dalam takut-takut tu aku terpikir gak, jangan la Pakli buat perangai melepas kat sini. Buatnya dia buat perangai terkencing macam time pi memancing hari tu. Jenuh nak cuci.
Kami terkaku stuck kat situ tak tau la berapa lama. Tergamam. Yang aku perasan Pakli dah nak start lari. Aku pon apalagi, ready gak la nak buka langkah seribu lari ke arah pintu depan. Tapi yang pelik, kaki ni rasa berat sangat nak melangkah. Macam ada itu batu besar juga ada ikat sama saya punya kaki ayooo.
Seksa sungguh nak angkat kaki. Tangan ja yang bergerak laju. Tapi kaki harem langsung tak bergerak. Dah macam menari agogo dah kami. Bila pikir balik dah macam orang sasau. Kelam-kabut kami kat situ, dengan muka cuaknya.
Peluh dingin dah berjejes-jejes kat muka aku. Last-last aku seret ja kaki. Tu pon rasanya seminit satu inci ja kot bergerak...
Pakli aku tengok dia dah mengesot dah. Laju gak dia mengesot. Mula-mula tu terkejut gak ingatkan suster ngesot ka apa tiba-tiba lalu sebelah kaki aku. Aku pon apa lagi, berjemaah ikot mengesot gak la. Memang terbukti. Mengesot lebih laju dari menyeret kaki.
Bila kami dah sampai kat pintu depan iaitu sliding door. Nak bukak tapi tak boleh. Macam terkunci. Mak Lampir tu telah menggunakan power dia bagi pintu takleh bukak. Aku dengan Pakli dok pakat tarik. Dah macam nak putus tangan dok tarik tapi tak terbukak gak. Lama-lama boleh roboh pintu ni.
Segala ayat suci, surah-surah, doa apa semua memang terlupa habis time ni. Rasa macam nak ingat dah, tapi tak reti nak start, ingat-ingat lupa huhu. Tak tercapai akalku. Dengan dok pandang muka cuak kelam-kabut Pakli yang tak berapa kacak tu, lagi la lupa semua habeh.
Suara Mak Lampir tu rasa makin lama makin dekat kat belakang telinga ni ja. Betul-betul rasa macam ada kat belakang kami. Siap mengilai sakan. Memang tobat la aku nak toleh belakang. Berjujai-jujai dah air mata mengalir.
“Bismikallah humma ahya wa amut.” Aku dengar Pakli mula baca ayat suci.
Aku pon ikot sama Pakli baca ayat suci tersebut. Berulang-ulang kami dok ulang sama-sama. Makin lama makin kuat dan khusyuk kami baca sambil goyang-goyang badan.
Tapi makin lama, aku rasa makin pelik. Aku rasa macam familiar ja ayat suci ni. Bila dah agak boleh berpikir dengan waras, memang sah ni doa sebelum tidoq. Jadah apa baca doa tidoq. Patut la Mak Lampir tiba-tiba mengilai tadi. Dia gelakkan kami rupanya.
Tiba-tiba terdengar orang bagi salam dari luar. Serta-merta lampu ruang tamu menyala semula. Sliding door pon dah boleh bukak. Terseret gakla muka Pakli kat cermin pintu tu sebab tiba-tiba pintu dah boleh bukak. (Sampai aku keluar rumah sewa ni, aku tak lap bekas minyak muka Pakli kat cermin sliding door tu. Sebagai sebuah tanda kenangan tragedi seram..hehe).
Bila dah keluar rumah, nampak Bob dok tercegat kat porch. Rupanya Bob yang bagi salam. Terus kami berlari ke arah Bob. Yang Bob lak dok tersengih-sengih sampai nampak planta celah gigi.
BOB : “Weh sorry lambat sikit sampai! Aku tertidoq tadi. Ehhh hangpa duorang apahal ni kelam kabut lari mai kat aku. Aku dah rasa macam babah-babah lak anak-anak mai serbu balik keja bawak choki-choki..hahaha”
AKU: “Nasib baik hang mai Bob. Hang memang hero. Hang lah wira tak didendang. Kami kena sakat tadi!”
BOB: “Perghhh..patut pucat berpeluh semacam ja hangpa duorang. Jom lepak kat luaq pagaq. Seriau aku nak lepak sini. Jom jom.”
AKU: “Ni hang Pakli, dah hilang dah nak uk-uh? Risau aku kot-kot terburai tang sini lak.”
PAKLI: “Tadi tu hilang dah rasa sakit perut. Dia tersedut masuk dalam balik. Tapi la ni, ada gak la rasa sakit perut tu mai balik. Satgi hangpa teman aku berak ye..takuttt.”
AKU: “Hishhh tadak pasai la. Aku libas gak hang dengan kayu sugi aku biaq tersidai kat ampaian tu. Balik guna jamban kat rumah hang la.”
PAKLI: “Bob awat hang mai lambat? Kalau tak, boleh gak kita berjemaah seram beramai-ramai tadi.”
BOB: “Aku tertidoq tadi. Penat kan, lepas keja petang tadi terus balik rumah mak aku. Aku bangun tidoq tengok moto aku takdak. Adik aku pakai merempit kot. Ni pon aku jalan kaki mai sini. Aku pakai waze. Baru download semalam.”
AKU: “Jadah apa jalan kaki pon pakai waze. Kebongokan apakah yang hang cuba lakukan. Tak penahnya jalan kaki ada trafik jem. Haduhhh.”
BOB: “Owww takdak jem eh? hehe...”
AKU: “Ok sekarang ni kita nak buat macamana ni dengan rumah sewa ni? Aku dah takut habeh dah nak masuk rumah ni.”
BOB: “Aku rasa kita ramai-ramai pi sakat syaiton tu balik. Orang tua-tua kata kalau kita telanjang, hantu takut tengok kita. Kita 3 orang. Mesti dia takut lah."
PAKLI: “Brilliant! Idea hang tu menunjukkan hang ada IQ setaraf Einstein. Aku setuju!”
AKU: “Tak payah nak setuju sangatlah Pakli oi. Satgi hang yang terberak dulu kot. Sebelum syaiton tu takut tengok hangpa, aku yang lari dulu tengok hangpa telanjang.”
PAKLI: “Aku ada cadangan! Syaiton tu port lepak dia dalam tandas kan? Apakata kita ramai-ramai pi ketok goncang pintu toilet tu bertalu-talu. Biar dia rasa seram. Baru dia tau kita ni bukan biasa-biasa!”
AKU: “Bengong idea hang Pakli. Ok, la ni kita kunci rumah ni dulu. Kita balik. Esok pagi kita mai balik tolong aku mengemas. Aku rasa esok leh siap la ni kemas semua.”
Maka keesokan siang harinya kami pon mai mengemas ramai-ramai. Semua dok melekat cam belangkas tak berani buat keja sorang-sorang. Nak masuk toilet pon kena teman.
Lepas aku kunci pagar buat kali terakhir. Aku toleh ke arah rumah tu dan sempat gurau. “Babai Mak Lampir! Jangan pernah rindukan aku ye!”
Terus cepat-cepat aku start kereta blah dari situ sambil ditempeleng di kepala oleh Bob disebabkan keceluparan mulut aku.
Sehingga ke hari ni. Rumah tu takdak sapa yang menyewa. Daun-daun kering bertaburan dan pokok dah penuh menjalar kat pagar menambah kesuraman rumah tu.
Tapi yang pastinya Mak Lampir sedang menunggu mangsa seterusnya yang menyewa rumah tersebut.
Nota penulis: Mohon maaf atas segala bahasa pasar yang digunakan. Ini merupakan catatan peribadi penulis yang dikongsi untuk bacaan seluruh rakyat jelata.
-TAMAT-
1 comment:
lawak dan seram la baca cerita hang nih..bagus bagus
Post a Comment