Tajuk: Peminat
* * * * *
Sudah lama siri ini berhenti di BUKS #4. Bukan aku sengaja tidak mahu sambung, sebenarnya aku sibuk sikit untuk menyiapkan cerpen-cerpen terbaru untuk beberapa sayembara. Ada dua novel lagi dalam proses pembikinan. Satu novel adalah 'Novel Duet' aku dengan seorang sahabat. Satu lagi 'Novel Solo' aku yang pertama.
Aku minta maaf sangat-sangat sebab ramai yang komen di page, ada yang whatsapp, ada yang personal message dan yang call pun ada, semua bertanya kenapa page 'Koleksi Karya Seram PH' sunyi sepi? Lama tak publish cerita baru. Kami sudah lama menunggu ni. Hari ni aku buat special untuk peminat 'Koleksi Karya Seram PH'.
Aku berhenti sekejap menulis cerpen dan novel tu, untuk siapkan cerpen istimewa ini. Harap semua peminat 'KKSPH' berpuas hati dengan kelainan yang aku buat kali ini. Kisah benar ini aku fiksyenkan untuk memberi sedikit menu baru dalam penulisan aku. Semua ini idea dari 'Lanna Mistik'. Lagi satu, episod kali ni Lanna minta aku panjangkan sikit penceritaan untuk memberi sedikit kepuasan pada peminat 'Koleksi Karya Seram PH'
* * * * *
Satu petang aku (PH) pergi melawat Lanna di hospital. Teruk juga dia kemalangan, kepala terhantuk di apa tak tahu la...sampai koma. Tapi alhamdulillah, Lanna sudah beransur pulih. Lanna sudah pun sedar. Masuk sahaja di ruang legar hospital, kepala aku pening...bukan apa, cuma aku rasa macam masuk dalam mall. Orang ramai satu hal, biasa la tu nama pun hospital, yang peliknya semua ahli keluarga beramai-ramai riuh rendah kat situ, bersorak riang. Pelik...
Sampai aku di wad yang di tempatkan Lanna. Alhamdulillah...Lanna dah boleh makan. Tersengih je bila nampak aku masuk. Lanna nampak sihat dan ceria sikit.
“Hait!? hari-hari mari jenguk I, tak buat cerita baru ke? Lanna Mistik BUKS #5 dah siap ke?”
“Nak siap macam mana cik Lanna oiiiii...heroinnya pun masih kat sini. Macam mana nak sambung?”
“Hehehe… dua tiga hari lagi I boleh keluar la.”
“Ramai yang sedang merindui you tau tak..tak larat I nak jawab. Whatsapp, call, personal message dan kat komen facebook jangan cakap la. Hari-hari soalan bila nak publish BUKS #5 masuk bertalu-talu.”
“Kahkahkah… tak sangka ye… Ramai jugak peminat Lanna Mistik.”
* * * * *
Malam yang sunyi sepi, dapat dengar bunyi cengkerik yang kadang-kadang boleh mendatangkan perasaan seram. Nak pula duduk seorang diri...macam sekarang ni. Bunyi angin malam bertiup masuk ke lubang tingkap pun dah dengar macam perempuan bersiul. Kadang-kadang tu angin malam yang menendang pintu pun aku rasakan seperti ada orang mengetuk pintu. Cerita Lanna petang tadi membuat bulu roma aku malam ni meremang. Nak teruskan menulis pun hati tak tenang. Rasa macam ada sesuatu sedang memerhati gerak geri aku.
Petang tadi, masa berborak dengan Lanna, satu kisah di cerita oleh Lanna kepada aku. Satu malam tu, Lanna di kunjungi oleh tiga beranak. Seorang makcik dan dua orang anak gadisnya. Pada mulanya Lanna memang dah rasa tak sedap hati. Mana mungkin dah pukul dua belas setengah malam pihak hospital menerima lagi kunjungan pelawat. Tapi Lanna tak mahu fikir yang bukan-bukan, dia pun terima lah kunjungan yang tidak di sangka-sangka itu dari peminat setia siri LANNA MISTIK.
Lanna begitu gembira malam tu. Tak di sangka-sangka watak mistiknya dalam Blues Untuk Kaki Seram telah memberi peluang ramai orang meminatinya. Salah seorang darinya ialah auntie Liu, yang sedang berborak dengannya malam tu. Dua orang anak gadisnya cuma diam, sesekali mereka berdua hanya tersenyum pada Lanna. Kebiasaan Lanna tidak pernah dengar salakan anjing yang berbunyi sayup-sayup entah dari mana datangnya. Tapi malam tu sedang dia rancak berborak dengan untie Liu, salakan anjing tu makin galak.
“Kenapa auntie datang malam-malam? Kalau datang siang boleh kita berborak lama sikit.”
“Tak boleh ka amoiii...wa datang ni sebab wa manyak suka sama lu...”
“Bukan tak boleh auntie...tapi lama-lama kita borak nanti bising. Pesakit lain mau rehat, mau tidur.”
“Esok wa datang lagi boleh ka amoi...?”
“Bolehhhh...bila-bila untie mau datang pun boleh. Tapi datang la siang.”
Auntie Liu angguk-angguk kepala. Kemudian berlalu pergi. Lanna terus toleh ke belakang untuk ambil air sebab dia haus, banyak sangat berborak dengan untie Liu. Bila dia toleh semula ke hadapan, dia terkejut sebab ada seorang jururawat sudah tercegat di tepi katilnya. Jururawat itu tersenyum pada Lanna. Senyuman jururawat tu macam menyimpan satu rahsia.
“Kakak ada apa-apa masalah bagitau saya tau. Nanti saya boleh bantu kakak.”
“Terima kasih. Buat masa sekarang insyallah saya boleh buat sendiri.”
“Satu lagi kak..semenjak kak kat sini, malam-malam kak ada selak tak langsir ni?”
“Tak pernah selak pun. Kenapa ye???”
“Jangan selak tau kak...sebab cangkuk langsir ni tak kuat. Nanti kalau kak selak, dia tersangkuk, habis langsir dalam wad ni akan tercabut.”
Lanna cuma angguk-angguk kepala. Jururawat yang kecil molek tu terus berlalu tinggalkan Lanna sendiri yang cuba menahan sakit pinggang untuk rebahkan belakangnya ke tilam. Lanna baring, tapi matanya tak boleh nak lelap. Dia rasa macam terkurung, kalau dapat di selak sedikit langsir yang menutup ruang tidurnya...dapat juga la melihat keadaan malam melalui tingkap kaca hospital tersebut. Malam semakin jauh, Lanna terus menggelisah. Matanya merayap ke arah penyangkut langsir wad tersebut satu persatu.
“Tak ada pulak yang aku nampak rosak penyangkut langsir ni. Nurse tadi sengaja tak nak bagi aku selak kot, tapi kenapa? Sebelah ni tingkap cermin je...boleh jugak nampak bulan ke, bintang ke...ni asyik tengok silling dengan langsir yang berkibar-kibar ni. Boringnya...”
Lanna tak puas hati, nasihat jururawat tersebut tak di endahnya. Dia bangun perlahan-lahan walau pinggangnya terasa sakit. Dia selak langsir tersebut yang menghala ke arah tingkap cermin hospital tersebut. Lanna nak tengok juga di luar, mana tau ada bulan atau bintang. Alangkah terkejutnya Lanna bila langsir sudah di selak, tiga beranak keluarga tionghwa tadi, Lanna nampak mereka melekat di cermin tingkap hospital tersebut. Muka ketiga-tiga beranak tu tertempel di cermin dengan muka yang sudah tidak kulit dan isi. Auntie Liu tersenyum sambil melambai tangan. Dua orang anaknya diam sahaja sambil tangan mereka nampak terkapai-kapai.
* * * * *
Seorang diri la pula malam ni. Siri Lanna Mistik BUKS#5 ni kena siap secepat mungkin. Datang pula rasa meremang ni. Aku hembus asap rokok yang baru aku sedut tadi, ffuuhhhhhhhh...berkepul-kepul asap rokok mengepung ruang udara dalam bilik aku malam tu. ESSSSSSSS....aku sedut sikit lebihan asap yang berada sikit di dalam mulut. Rasa puas sangat-sangat. Fikiran aku terus menetak, menebas, menebang dan menyantas-nyantas rimba malam untuk aku menyusuk masuk mencari misteri yang tersembunyi.
Tiba-tiba hidung aku terbau sesuatu. Bau yang boleh menegakkan sifat-sifat roma aku. Terasa ada sesuatu yang tak kena malam tu. Telefon bimbit aku tiba-tiba berbunyi. Panggilan masuk. Nombor tidak di kenali.
“Helloooo...siapa ni?”
“Peminat awak la..peminat tegar. Semua karya awak saya ikut.”
“Ohhoooo...terima kasih. Nama awak siapa?”
“Nama saya lebih kurang macam nama awak juga. Saya kan peminat tegar awak. Nama saya Pisaulipatmerah.”
“Pisaulipatmerah??? ganas tuuu. Takut saya dengar...”
“Baru dengar nama, awak dah takut. Belum tengok saya lagi. Penulis cerita seram dan mistik pun penakut ke? Macam mana nak hayati cerita kalau takut...”
“Awak tinggal kat mana?”
“Hehehehe...tak jauh pun dari rumah awak. Saya suka sangat-sangat cerita awak yang bertajuk 'Simpan'. Berulang-ulang kali saya baca.”
“Terima kasih..tak jauh dari rumah saya awak tinggal?”
“Saya tinggal jauhhhhhhh, tapi saya selalu ikut kemana awak pergi. Sekarang saya ada tak jauh dari awak. Saya bukan saja minat kat awak...tapi saya juga suka kat awak..saya perempuan seksi tau.”
“Awak jangan main-main...saya hormat awak sebagai peminat tulisan saya sahaja. Tak lebih dari itu.”
“Jangan macam tu..saya suka tengok awak berkain pelikat dan tak berbaju sekarang...hehehehe...”
Cepat-cepat aku tutup telefon bimbit aku. Seluruh badan aku berpeluh dan mengeletar. Aku terus batal nak sambung siri Lanna Mistik. Seluruh badan tiba-tiba nak demam. Mata aku melilau merata. Aku ke bilik air membasuh muka. Tangan aku mengeletar...bila aku kembali ke meja tulis aku semula, ada sekelopak bunga mawar putih dan sebiji buah kekabu. Masa tu seluruh ruang bilik aku wangi sangat-sangat.
* * * * *
Keesokan hari lepas ambil Lanna di hospital, aku dan Lanna pergi minum di sebuah restoran masakan kampung. Di situ aku cerita semuanya pada Lanna. Lanna pun mula risau. Mata masing-masing melilau, langkah berjaga-jaga. Peminat misteri dan tegar macam tu bahaya, dia boleh buat apa saja tanpa berfikir panjang. Telefon bimbit Lanna pula yang bunyi. Lanna tengok muka aku, aku angguk-angguk.
“Hellooo...siapa yang cakap ni?”
“Kenapa pula aku nak bagitau nama aku! Perempuan bodoh!!! Kau memang saja nak cari penyakit dengan aku kan!!??”
“Penyakit apa!!..kenapa dengan kau ni?”
“Kenapa?..kau tanya aku kenapa?! Perempuan bodoh! Lelaki depan kau tu aku punya la bodoh!! Dia milik aku!! aku minat dia dan aku jatuh cinta kat dia..!!”
“Wey!!! kau siapa sebenarnya ni!!? Kacau orang suka-suka hati!!”
“Sombong!!! Jangan sombong la perempuan!!! Ingat kau bagus sangat la dalam cerpen tu. Kau cuma watak dalam cerpen dia. Bukan watak dalam hati dia!!”
“Habis tu!!!? kau nak perasan yang konon kau la watak permaisuri dalam hati dia? Kau cuma peminat dia saja la!!! peminat gila!!!”
Aku rampas telefon bimbit Lanna, kemudian aku tutup. Aku letak semula telefon bimbit tersebut depan Lanna. Muka Lanna masam mencuka. Matanya berair, kemerahan dalam kegeraman.
“Kenapa you tutup handphone I tu? I nak ajar sikit betina garek tu!! Kurang ajar!!”
“Lannaaaaa...bertenang, bawa bersabar. Bahaya kalau buat dia marah. Dia ada di sekitar kita ni, dia sentiasa memerhati gerak geri kita. Jangan cakap yang bukan-bukan pada dia...”
“Ooooo...I tak boleh nak marah dan maki betina tu. Betina garek tu dok maki I bercupak-cupak tak pe. I sedar, I cuma hadir dalam tinta khayal you saja kan??? Tak guna lagi agaknya watak I dalam tinta khayal you tu..matikan saja I...”
* * * * *
Aduhhhhh....pening kepala aku. Lanna dah ketat sangat merajuk dengan aku. Ni semua pasal perempuan tu. Melampau sangat. Aduhhhh...Lanna tak boleh mati. Aku sendiri dah sayang dengan Lanna. Lanna watak tinta aku yang sempurna. Peminat misteri aku tu cuma hadir tanpa di rancang. Tiba-tiba dengar suara perempuan menjerit-jerit dalam bilik aku. Habis almari baju aku terbalik. Cadar tilam aku habis di selerakkan. Katil aku pun habis di terbalikkan.
“Sudah!...Sudah!...Sudahhhhh...awak nak apa ni???”
“Saya nak awak bunuh Lanna. Dia nak rampas awak dari saya.”
“Saya tak boleh bunuh Lanna. Dia nadi tinta khayalan saya. Awak kena faham. Kalau Lanna mati, awak pun akan hidup dalam tinta yang tak bererti. Akhirnya awak akan lenyap dalam diri awak sendiri.”
“Awak penipu!!!..awak sayangkan Lanna. Saya ni cuma peminat awak yang bodoh kan? Saya hadir dalam khayalan awak yang ke berapa? Hadir saya cuma untuk memudahkan awak berjumpa dengan alam Lanna kan? Pandai awak peralatkan saya.”
Pisaulipatmerah berlalu sambil menangis. Dia peminat karya-karya aku. Dia setia mengikut perkembangan penulisan aku sehingga tanpa sedar aku sendiri yang mengkhianati kesetiaan dia. Dalam diam Lanna menyimpan perasaan kepada aku. Pening...pening. Memang merumitkan.
Milo ais kaw masih tidak terusik di meja dapur. Ada dua tiga biji cucur badak di dalam piring. Bilik masih berselerak, tunggang langgang semuanya. Perjalanan Lanna masih samar-samar, aku masih tak tahu di mana Lanna sekarang. Pisaulipatmerah pun baru tadi menghilang. Aku termenung di tingkap merenung ke langit kelam malam tu.
Sebaris pun aku tak boleh nak mulakan lagi. Mati macam ni..aku dah janji dua tiga hari lagi siap la BUKS #5 ni. Tiba-tiba aku terdengar bunyi perempuan ketawa di sebalik pokok pisang, tak jauh dari halaman rumah. Bulu roma aku mula meremang, angin tiba-tiba bertiup lembut malam tu. Keadaan jadi seram sejuk. Di sebalik pokok pisang tu aku nampak ada susuk tubuh menjenguk-jenguk kepala sambil ketawa terkekek-kekek. Aku renung betul-betul susuk tubuh di sebalik pokok pisang tu, makin lama aku dapat nampak dia bergerak semakin dekat. Aku cepat-cepat tutup tingkap. Dada aku masa tu hanya Allah yang tau. Aku terus ke meja tulis aku, aku capai kotak rokok. Tingkap di ketuk bertalu-talu.
“Aku nak masuk...bagi aku masukkkkk...”
“Kau siapa!? Pergi!!! Jangan ganggu aku!!!”
“Hihihihihiiiihiiihiii...kau tak kenal aku? Kau yang buat aku sampai merana macam ni..kau campak aku!! Kau biarkan aku terkurung balik pokok pisang tu.”
“Kau siapa? Aku tak kenal kau!!! Bila masa aku campak kau kat pokok pisang tu?”
“Jahanam kau jantan!!! Kau siksa aku! Kau buat aku jadi macam-macam! Aku yang bodoh...datang untuk siksa diri dalam tinta khayal kau!!!. Kau nak apa sebenarnya niiiii...”
“ARGHHHHHH...pergi syaitan! Berambusssssss....”
“Kau memang lupa diri dalam khayalan kau sendiri! Tinta kau untuk apa! Untuk permainkan aku! Kau buat aku sampai jadi gila meminati karya kau! Sekarang kau nak halau aku pergi macam tu saja?! Lupakah kau? Aku ni peminat kau..peminat yang akan terus meminati kau! Setiap lenggok tari jemari kau aku susuri tanpa jemu...tanpa lelah aku mengejari tiap bait dalam karya kau!”
Malam semakin gelita, berkocak untaian-untaian malam yang merangkai setiap rahsia. Aku sedang di dalam kekalutan. Persis syaitan dan iblis bila-bila dapat menjangkau di setiap penjuru malam. Kemana aku nak lari? Ketawa mengilai panjang, aku dengar di halaman rumah. Dia bukan peminat aku lagi. Dia dah termakan pujuk rayu syaitan. Iblis ketawa besar di atas pucuk durian Haji Saad. Pokok durian yang dah beberapa kali di panah petir. Pisaulipatmerah dah jauh terpesong. Dia dah jadi perempuan pemuja hasutan syaitan. Jemari aku terasa sumbang untuk menari, bait khayal aku semakin lumpuh. Mungkin Pisaulipatmerah membuka jalan kepada syaitan untuk menyusut masuk dalam urat tari jemari aku. Aku dengar suara Lanna menjerit. Aku segera buka tingkap.
Ada syaitan betina bertenggek atas pucuk pokok pisang. Bertanduk satu di dahi. Mata satu kemerahan, satu buta...lopong ke dalam sambil ketawa. Lanna terjerit-jerit berguling atas tanah. Pisaulipatmerah hilang. Sekali syaitan betina tu menepuk daun pisang tirga kali..tubuh Lanna terpelanting dan terperosok di celah perdu pisang. Aku terus lompat dan terjun dari tingkap. Aku sudah berada di tanah, menuju ke halaman rumah. Syaitan betina tu terus ketawa memandang tepat ke arah aku.
“Please...peluk I...peluk I...aaarrgggggg...sakitttttttt...” Lanna menjerit dalam kesakitan.
“Kau tak kesian dekat dia? Dia menjerit kesakitan, minta kau peluk dia...HIHIHIHIIII...HIHIHIIIIIII...kau tak nak peluk dia??? Kesian watak kesayangan kau tu...seronok tengok dia sakit...”
“Lepaskan dia!!! dia tak bersalah!!! Laknatullah kau syaitan..iblis!!! Lepaskan Lanna!!!”
“Please la...youuuuuu....peluk I...peluk I...please...youuuuu...tulang I macam nak patah.” Lanna merayu.
Malam tu angin tiba-tiba bertiup kencang. Tubuh Lanna tergolek-golek. Perlahan-lahan aku dekati Lanna yang sedang kesakitan sebab dirasuk syaitan durjana. Iblis berdekah-dekah ketawa sambil berdiri megah di atas pucuk pokok durian Haji Saad. Syaitan betina melayang turun dari pucuk pokok pisang, dia berdiri di belakang Lanna. Walau bulu roma aku meremang sangat-sangat masa tu melihat rupa syaitan betina tu, aku gagah juga berjalan menuju ke arah Lanna. Langkah demi langkah...tiba-tiba langkah kaki aku terkunci. Aku tak boleh bergerak. Tiba-tiba aku dengar syaitan betina itu makin kuat mengilai. Suara iblis ketawa berada dekat dengan telinga aku. Lanna tiba-tiba bangun...terus ketawa dan perlahan-lahan wajahnya bertukar. Pisaulipatmerah??? Aku dengar suara di belakang, aku toleh nampak Lanna menjerit.
“Youuuuuu....jangan pergiiiii....youuuuuu....youuuuu jangannnnn...” tapi aku dah kaku. Lidah pun kelu.
“Kahkahkahkah...awak pasti saya miliki. Puas hati saya hidup dalam tinta khayal awak.” Pisaulipatmerah melayang terbang dan terus berdiri di depan aku.
Mulut Pisaulipatmerah terbuka perlahan-lahan, ternganga luas... makin luas...lidah terjelir penuh lendir kuning macam nanah. Aku terus kaku, badan berpeluh dan menggigil. Perlahan-lahan aku dapat rasa pelukan yang mencengkam di pinggang aku. Pisaulipatmerah rapat tubuhnya dengan tubuh aku. Seluruh muka aku di jilat dengan lidahnya yang menjulur semakin panjang...macam lintah. Ketahanan tubuh aku makin lemah. Pandangan aku jadi hilang dari alam maya.
* * * * *
Lanna menangis tak henti-henti di sisi meja tulis aku. Dia tak tahu lagi nak kemana. Perlahan-lahan dengan sayu tangisannya, dia membelek-belek perjalanan hidupnya dalam tinta khayalan aku. Killa dan Sweet tiba-tiba muncul dalam bilik aku.
“Kenapa ni Lanna???” tanya Killa.
“Dia dah hilang. Di bawa lari oleh peminat dia sendiri. Aku dah tak ada sapa-sapa lagi Killa.” Lanna menangis terisak-isak.
“Kau dah bagi tau dia ke perasaan kau pada dia?” tanya Sweet.
“Belum...aku ingat malam ni la aku nak bagi tau dia. Tak sangka boleh jadi macam ni. Killa, aku sayang dia...aku cinta dia sangat-sangat. Macam mana aku nak hidup. Tintanya membahagiakan aku.” Lanna terus menangis.
“Kami pun sama, hilang dia hilang la kita semua.” kata Killa.
* * * * *
-BELANTARA PUAKA SANG IBLIS-
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Aku tersedar dari pengsan, tangan, kaki di ikat. Tubuh aku melekat di sebatang pokok ara. Aku nampak Pisaulipatmerah tergantung kaki ke atas di sebatang pokok kekabu yang sudah mati. Aku kenal sangat hutan rimba tu, selalu aku dengan pakcik Deraman masuk buru pelanduk. Memang semua orang kampung tau di situ ada syaitan. Silap langkah masuk ke situ, tak jumpa jalan keluar.
Aku dapat rasa tangisan Lanna bila ada percikan air hujan mula membasahi hutan tersebut. Hanya aku dan Pisaulipatmerah yang berada di situ. Syaitan betina dan Sang iblis tak tau di mana.
“Awakkkkk...maafkan saya. Saya silap termakan pujuk rayu syaitan dan iblis. Saya terlalu meminati awak sehingga saya tak sedar saya juga menyayangi awak.”
“Saya juga bersalah sebab terlalu berkhayal supaya ada watak tinta saya yang jatuh cinta kepada saya. Sebab tu saya panggil awak untuk cuma minat kepada karya saya. Tak sangka jiwa awak dan Lanna hidup untuk menyayangi saya.”
Aku nampak air mata penyelesalan Pisaulipatmerah mengalir di pipinya. Dia menyesal cuma di peralatkan oleh makhluk laknatullah. Sebenarnya dia cukup bahagia sebab meminati karya aku. Dari jauh nampak kelibat syaitan betina dan iblis turun dari pokok buluh kuning. Kemudian Pisaulipatmerah di lepaskan. Iblis ketawa besar.
“Wahai perempuan pemuja nafsu hasutan aku!!! Puja nafsu jiwa mu..jiwa mu bersatu dengan aku. Kau benci manusia inikan??? Dia jugalah yang aku benci!!! Selalu bercerita tentang buruk aku. Kau ambil buluh kuning ni..kau tikamlah dia semahu hatimu.” Iblis terus ketawa...
Tapi di luar sangkaan aku, Pisaulipatmerah terus menikam perutnya sendiri. Dia menjerit kesakitan bersama suara jeritan kemarahan syaitan betina dan iblis. Syaitan betina dan iblis terus lenyap dari pandangan aku. Rupa-rupanya dia membunuh dirinya untuk memusnahkan jiwa syaitan dan iblis dari dalam dirinya. Pisaulipatmerah adalah peminat yang luar biasa. Perlahan-lahan aku dongak ke langit, titis-titis hujan mula reda..sayup-sayup dengar suara Lanna,”YOUUUUUUUUU...I nak cakap sesuatu kat you.”
TAMAT
==============
Gambar: Dikmang
Karya adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment