Sunday, 21 January 2018

FILE SCREAM HIGHER NO.3 - Tuan Muhammad Faiz


FILE SCREAM HIGHER NO.3


===============

"Blackturtle lama dah terkubur. Tak ada idea nak buat comeback?" Aku tersenyum sambil menyedut rokok John Merah.

"Aduh, malas la lepas kena kecam hari tu. Tambah pula kes kubur orang asli tu, perrgghh seram bhai. Awek aku pun bising dah dia kata tahyul. Hahaha." Aryan mengeluh sambil menghirup nescafe.

"Hahahaha. Baru kena sakat dah kecut. Wei, benda tu nak tanya khabar je. Tak payah nak seram sangat, rumah aku kan dekat je dengan kubur tu. Kau nak cabaran lagi rare tak?"

Aku tersenyum sinis seolah olah mencabar Aryan.

"Kat mana? Kes apa? Kau jangan buat gila Faiz oi. Berani tak bertempat silap silap kau pula yang mendapat"

Rengus Aryan sambil mengambil rokok John kepunyaan aku.

"Marah marah jugak. Aku pula marah ni. Tambah sakit hati pun ada. Kalau nak rokok, minta. Sepak kang hahaha"

Aku ketawa melihat Aryan yang tersipu malu

Aryan dan aku sahabat baik sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Hobi pun sama melibatkan hal mistik tapi aku lebih teruja dengan dunia mistik. Aryan hanya mencuba bakat untuk publish karya di Fiksyen Shasha. Hasilnya, awek si Aryan, Aishah sendiri suruh berhenti menjadi penulis kisah mistik memandangkan katanya tahyul. Tahyul? Ye ke? Syaitan dan iblis itu memang wujud pun, cuma menyamarkan diri dalam bentuk yang menakutkan.

Aku pertama kali berjumpa makhluk halus paling pelik dan tak tahu nak beri nama apa. Kepala ikan, badan manusia, bersisik tambah warna oren. Gila kelakar, tapi dalam kelakar makhluk halus itu masih lagi tetap wujud. Terima lah karya terbaru dari East aka Tuan Muhammad Faiz

*****

"Arrgghhh... Lepaskan aku.. Lepaskan aku.. " 


Suhana meronta ronta minta dilepaskan dari pegangan.


Talib dan Maimon cuba menghampiri Suhana yang kerasukan akibat simpati dengan nasib anaknya.

"Jangan dekat!"

Jerit Tok Samad apabila melihat Talib dan Maimon cuba menghampiri anaknya. Maimon hanya mampu melihat Suhana yang separuh terseksa minta dilepaskan.

"Jasadnya anakmu. Tapi di dalamnya, Iblis laknatullah!"

Kata Tok Samad, Dukun Kampung yang terkenal dan dipercayai mampu mengubat penyakit berkaitan makhluk halus. 


“Hehehe… Kau pasti menjadi koleksi aku.” Bisik Tok Samad. 

Mulut Tok Samad terkumat kamit membaca mantera yang langsung tak difahami Talib dan Maimon. Tiba-tiba Suhana terdiam, tidak meronta, sebaliknya terus tersenyum melihat Tok Samad yang kusyuk membaca mantera


"Tok Samad, keluarlah dari rumah ini. Kau bukan tandingan aku!" Suhana tersenyum seakan mengejek


"Kurang ajar. Keluar kau dari tubuh budak ini dan kembalilah pada leluhurmu" Jerit Tok Samad sambil membaca mantera pasungan.


Suhana hanya tersenyum dan terus berdiri dari pembaringan. Suhana hanya melihat Tok Samad, Tiba-tiba matanya berubah menjadi putih sepenuhnya. Tubuh Tok Samad seakan terkunci. Melayang-layang tubuh Tok Samad diangkat oleh Suhana.

"Sudahku kata, engkau bukan tandingan aku dan aku bukan koleksi engkau. Dan engkau akan menjadi koleksi aku!" Jerit Suhana dengan suara garau.

Tangan kiri Suhana diangkat. Umpama magnet, tubuh Tok Samad yang melayang disedut ke telapak tangan. Sekarang nyawa Tok Samad betul-betul bagaikan telur di hujung tanduk.

Tritt... Tritt...

Tritt... Tritt…


"Wei, apasal kau call aku malam-malam buta ni. Potong stim betul kau ni. Aku baru nak habiskan cerita pasal Tok Samad. Kau nak apa Aryan?" soal aku yang bengang diganggu.

Pertanyaan aku tidak berjawab. Suasana menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran bunyian angina dari kipas bilik aku.

"Hello... Hello... Kau jangan buang masa aku boleh tak!"

Aku meninggikan suara dan terus meletakkan handphone di sisi. Aku betul-betul marah jika aku diganggu ketika aku tengah berkarya.

Tritt... Tritt...

Tritt… Tritt…


Aku yang baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi terus mencapai telefon bimbit. Tertera nama Aryan, perasaan marah mula membuak-buak.

"Kau nak apa? Malam-malam macam ni tolonglah jangan kacau aku, aku sepak kau kang" kata aku yang tidak lagi dapat membendung perasaan marah aku.

"hhzztt… Faa…iizz… Too...loonng aa...kku..."


Aku terkejut dan talian terputus. Aku cuba menghubungi kembali nombor Aryan. Risau sekiranya aku sedang di ‘prank’. Nombor Aryan tetap tak dapat dihubungi. Aku terus menghubungi Aidil untuk membantu mencari Aryan.


"Aidil, tolong wei. Aryan dalam masalah, tadi line putus-putus. Aku tak sedap hati ni, datang rumah aku sekarang boleh?" kata aku yang mula risau dengan Aryan.

"Roger bro. Tapi, kau ada cakap pasal apa-apa ke masa korang lepak tadi?"

Aku terdiam seketika. Allahuakbar

Niat bergurau, Aryan sangka betul-betul cabaran yang aku maksudkan tadi. Rumah Dr. Reza!

"Datang cepat, aku tahu dia kat mana!"

Aku terus meletakkan ‘handphone’ di atas meja dan bersiap untuk keluar rumah. Tiba-tiba...

Tritt… Tritt…

Tritt… Triit...


Peluh mula membasahi dahi, Nama Aryan tertera diskrin kaca telefon. Bulu roma aku mula meremang. Entah kenapa aku terus menjawab panggilan itu.

"Hello"

Sapaan hello tak dijawab. Kedengaran lolongan anjing dan hembusan angin di corong telephone. Aku menggigil ketakutan. Kali ini bukan fiksyen, tapi betul-betul makhluk halus. Aku terus menamatkan panggilan saat Aidil sudah pun sampai di depan rumah.

"Aidil, cepat sikit. Kita kena pergi rumah Dr Reza sekarang! Aryan kat sana!"


Aku menggesa Aidil untuk membawa motornya lebih laju berbanding biasa.


"Eh, apa gila Aryan buat kat rumah Dr Reza sorang-sorang? Rumah tu kan black area, rumah pemujaan" 


Kata Aidil dan terus memandu laju ke arah rumah Dr Reza di tepi bukit.

Terlihat motosikal berwarna merah kepunyaan Aryan di tepi semak. Aku dan Aidil masuk melalui pintu belakang. Bau busuk menusuk-nusuk rongga hidung. Aidil terasa mual dan mula muntah di sudut dinding. Aku terus mencari Aryan di setiap bilik.


"Faiz, tolong aku tolong!"

Kedengaran suara Aryan yang seakan meronta-ronta minta di lepaskan. Aku terus ke bilik hujung. Aku tergamam.

Aryan menangis menahan kesakitan. Perutnya terbelah di sisi patung beruang sebesar pemeluk. Tiba-tiba...

Patung beruang menoleh ke arah aku, terlihat taring berwarna putih. Matanya merah seperti biji saga, Aku mula ketakutan dan mengundur perlahan saat patung mula menghampiri. Tiba tiba... 

Aku terasa sepasang tangan menahan ku dari mengundur. Aku terus menoleh.


Allahuakbar!

Aidil berdiri tegak dibasahi darah pekat. Matanya hilang seolah-olah dicungkil keluar. Senyuman terukir dibibir Aidil, lidah panjang menjilat seluruh mukanya dan kemudian terjelir melihat kearahku. Kaki aku seolah-olah tak mampu untuk bergerak. Aku menangis ketakutan, tak tahu nak buat apa dan jarak patung beruang pula betul-betul sangat hampir dengan aku. Aku memejamkan mata serapat yang boleh. Terasa cengkaman kuat di leher aku. Aku dapat rasakan tubuh aku diangkat perlahan-lahan. Aku bertarung untuk bernafas. Hanya Allah SWT dalam fikiran aku masa itu. Terimbas kembali dalam fikiran aku semua kenangan lama aku dan Aryan, air mataku mengalir. Aku terasa kesakitan yang teramat sangat dan...

Aku terus terjaga dan terus membuka mata. Keadaan ketika itu sunyi sepi dan hari sudah pun siang. Katil aku basah bermandikan peluh. Aku bermimpi? Kenapa aku rasakan bagai semuanya betul-betul terjadi? Aku terus mencapai telefon bimbit dan menghubungi Aryan dan Aryan masih di rumah ketika itu dan mengajak aku makan tengahari. Aku bangkit perlahan kepenatan seolah baru lepas berlari mendaki bukit yang tinggi dan berjalan lemah menuju ke bilik air

*****

Komputer riba yang masih terbuka membelakangi aku. Perlahan lahan, tanpa aku sedari… Keyboard menaip sendiri…

'File Scream Higher No 3.’
‘Dream The Horror Typewriter'

Perlahan lahan File Scream Higher mula menghilang sendiri.
Note: Kisah benar dialami oleh East dan diubah penghujungnya kepada karya File Scream Higher. Trauma gila den beb.


-TAMAT-
===============
Suntingan dan Gambar : Kucing Kelabu
Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

No comments: