Thursday, 11 January 2018

PUAKA PEJABAT (Bahagian 1) - Alissa Alee



PUAKA PEJABAT (Bahagian 1)
Karya : Alissa Alee


"JANGAN! Jangan! Tolong jangan mengapa-apakan aku!" Rayu gadis itu sambil memeluk tubuhnya yang hampir separuh terdedah. Namun, lelaki berkemeja tetap jua mendekatinya. Lagi kuat teriakan gadis malang itu, semakin membara nafsunya.

Bibir yang pecah berdarah sengaja disentuhnya. Mata yang penuh nafsu menelanjangi wajah yang dilanda ketakutan itu. Senyuman dikoyakkan. Jemarinya semakin rakus menjelajahi wajah si mangsa terus kebibirnya.

“Tolonglah. Jangan di apa-apakan saya lagi. Saya merayu tuan...”

“Hahaha....Kenapa sayang? Apa, tak sukakah jika abang begini? Mari sayang. Mari...” Tanpa menghiraukan tangisan gadis itu, lelaki botak itu terus mengheretnya ke dinding. Lagi sekali dia ‘menunggangi' gadis malang itu tanpa rasa belas.

“Argh!" Bergema jeritan gadis itu menampakkan kesakitan yang tak tertanggung. 

"Kau diam! Kau diam lahhh!" Berkali- kali wajah itu di tumbuk dan rambut di tarik. Tak ubah seperti kuda, gadis itu ditunggangi.


Tanpa bersalah, kepala itu dihenyakkan ke lantai. Dia bingkas bangun sambil mengenakan kembali seluarnya. Rekahan senyuman masih lagi melebar. Puas! Sudah lama dia idamkan tubuh gebu itu!

Beberapa keping not 100 dia lemparkan kewajah yang ditutupi rambut kusut itu. "Nah! Kau ingat ya! Zip mulut kau tu kalau mahu lama kerja di sini!" Ancam lelaki botak itu sambil mencekak rambut, sehingga terdongak kembali wajah berdarah itu. Ancaman itu hanya dijawab dengan linangan air mata Rania. "Puih!" Ludahan itu terkena pada pipinya yang basah.

"Hahaha..." Lelaki botak itu menapak dengan megah kearah pintu stor. Rania merangkak. Sakit dicelahan kakinya tidak sesakit hatinya! Maruahnya telah tergadai oleh manusia durjana! Dada dan bahu yang terdedah hanya dia biarkan. Matanya kini hanya tertumpu pada kipas yang tidak berputar.

Matanya membuntang, lidahnya terjelir didalam lilitan kain kurungnya yang dikoyakkan tadi. Kerusi kayu bergeletak. Kakinya terhayun-hayun.

Dalam masa yang sama, makhluk yang telah lama menetap di tapak bangunan lama tersebut, menyeringai penuh makna melihat kemusnahan dan kebodohan anak adam.

Asha menapak laju. Dia yang terlewat ke pejabat latihan praktikalnya diburu resah dan takut dimarahi oleh majikan barunya. Cuak juga jika dituduh intern yang tidak menepati masa. Sudahlah itu merupakan hari pertamanya sebagai budak intern. Jam dipergelangan sekejap-sekejap dikerling. Dari jauh, telah pun kelihatan MRT. Asha melihat sekeliling. “Huh, ramainya! Harap-haraplah masih ada tempat untuk aku.

Pintu MRT terbuka luas. Setelah semua penumpang keluar, Asha segera mengambil tempat duduk berdekatan pintu agar mudah untuk dia keluar nanti. Sempat lagi Asha mengemaskinikan fail-failnya sebelum ditunjukkan kepada majikannya sebelum dimasukkan semula kedalam beg sandang. Stesen yang ditujui masih belum tiba.

Setelah itu, dia kembali menjelajahi panorama kota metropolitan itu melalui pintu MRT yang lutsinar. Sekali lagi jam tangan dikerling. Lima belas minit lagi menghampiri jam 9. Tugasan yang diberikan tidaklah terlalu rumit baginya. Namun begitu, kekemasan dan kecekapan kerja amat dititikberatkan.

Kubikelnya berdepan dengan bilik kecil yang dijadikan sebagai stor simpanan dokumen lama. Ada kalanya dia berasa meremang tiba-tiba. Mungkin datangya daripada dingin aircond memandangkan kubikelnya terletak dibawah aircond utama. Jemarinya laju menaip dokumen pertamanya.

"Asha, jom rehat. Dah pukul berapa ni?" Pelawa Kak Fara selaku Setiausaha pejabat disitu. Asha benar-benar bersyukur kehadirannya di syarikat itu di terima baik oleh semua termasuklah majikannya, En. Afshah.

"Kak, Asha ada 'tapaw'. Maklumlah, belum gaji lagi" ujar Asha. "Okay, takpe akak faham. Erm..tak kirim apa-apa? Akak belanja" Soal Kak Fara ramah sekali.

Asha berfikir seketika lalu berkata, “Kalau akak tak kisah, boleh belikan Asha air mineral? 

Air Asha dah habis" Seraya Asha menunjukkan botol airnya yang telah kosong sambil tersengih.


"Boleh. Akak pergi dulu. Hati-hati ya." Pernyataan dari Kak Fara telah menyentap hati Asha. Asha terdongak lalu merenung kembali Kak Fara dengan lama.

"Maaf. Bukan niat akak nak menakut-nakutkan Asha. Sekarang kan waktu rehat. Semua staff takde. Ni kad akak. Call saja kalau ada apa-apa.” Fara menutupi keterlanjuran katanya.

Asha seraya mengangguk lalu meneliti kad berkenaan. Fara pula menapak kembali ke arah pintu bertanda exit.

Sedang Asha ralit membaca apa yang telah di taip itu, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi mesin faksimili sedang beroperasi. “Ada orang lain ke selain aku?”

Asha mendongak lalu memanjangkan lehernya untuk mengintari sekeliling. Kosong. Asha terus mengangkat bahunya tanda pelik. Dia kembali mengarahkan matanya ke tulisan di skrin laptop dan menyambung tugas yang tergendala.

TIK! "Allah! Jatuh pula pen kawan!" Asha menolak kerusinya keluar sedikit dari bawah meja, lantas dia menunduk untuk mengutipnya semula. Sedang gadis itu tercari-cari pen di atas lantai, pintu stor di hadapan mejanya itu perlahan-lahan terbuka dengan sendirinya. Suasana didalamnya gelap gelita.

"Mana pulak perginya pen ni? Rasanya tadi jatuh bawah ni je?" Omel Asha.

"Hah! Jumpa pun. Amboi kau...jauh ye berjalan?" Asha kemudiannya mengarahkan badannya supaya duduk semula. Fokus Asha masih dilaptop. Pintu stor yang terbuka tertutup semula.

Setengah jam berlalu, Asha melihat jam ditangan. 'Aku tak makan lagi ni, alamak!' monolognya.

Dari skrin terus dia meliarkan pandangannya ke seluruh ruang itu. Kosong! Masih lagi tiada yang balik. Di teliti kembali 'sesuatu' yang tertaip diskrin laptop bawah laporannya. Tindakan drastik, dari aliran laju adrenalinnya membuatkan Asha merenung tangannya, kelihatan bulu-bulu kecil menegak kini.

"Siapa yang menaip ini? Tolong aku?"

"Akak minta maaf banyak-banyak Asha. Akak betul-betul ada hal kecemasan. Kalau tak, akak boleh tolong sekali. Kesian Asha, baru dua hari kerja dah kena buat overtime. En. Afshah tu memang dik. Dia tu berangin!"

Asha yang sedang menulis itu terhenti sebentar lalu tersenyum kepada wanita jelita itu. "kak Fara...tak apa-apalah. Asha ok saja. Lebih sikit elaun nanti.”

"Betul Asha ok tinggal seorang? Agak-agak tinggal sikit tu, sambung esok ajelah tau. Apa-apa call akak tak pun, Aj ya."

"Ya kakak ku sayang" ujar Asha. Fara berasa serba-salah. Dia benar-benar ada hal kecemasan. Namun mengenangkan 'stor' membuatkan dia cuak. Jika dia berterus-terang, pastinya Asha akan berhenti kerja. Dia serba-salah. Telefon acapkali berdering menandakan 'cik asben' dah ada di bawah. 
"Akak baliklah dulu. Cik abang dah menunggu tu. Nanti dia marah pula."

"Akak pulang dulu ya, ingat pesan akak!" laung Kak Fara dari arah pintu exit. Asha tersenyum.

Jam bergerak dengan begitu pantas sekali. Tanpa sedar, senja kian menghampiri. Asha kini sedang bikin kopi di pantri seorang diri. Hanya di temani lagu-lagu balada dari telefon pintarnya yang dia letakkan atas meja minum.

Bukankah lebih elok di tukarkan dengan bacaan-bacaan ayat suci qalam Allah!

Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi


Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua


TERGANTUNG SEPI 
HAQIEM RUSLI


Asha terus menapak ke kubikelnya kembali sambil membawa mug berisi air kopi.

Krikkkkk...

Langkah Asha terhenti. Dengan pantas dia memusingkan kepalanya ke belakang. Serasanya itu bunyi keriutan pintu yang sedang dibuka. Puas dicari, namun tiada satu pintu pun yang terbuka. Asha kembali memusingkan badan, lalu menuju kembali ke kubikel .

"Ya Allah! Kenapa ni?" tukasnya. Keadaan mejanya amat berselerak. Kertas-kertas berserakkan disana-sini. Bekas berisi pen jatuh terlentang menyebabkan kesemua alat tulis bergeletakkan di atas dan bawah meja kerjanya.

"Kerja siapa ni? Ada yang tak puas hati dengan aku ke?" Lagi sekali mata diliarkan. Keadaan masih sama. Tetap jua kosong. Apatah lagi waktu pulang dah lama berakhir.

“Siapa punya kerja ni?”

Asha meletakkan mug dipinggir meja lalu kertas-kertas dikutip dan diletakkan ke tempat asal. Bekas pen ditegakkan dan alat tulis disusun kedalamnya. Cecair likat berwarna merah itu kemudiannya dicalitkan sedikit menggunakan jari telunjuknya cuba dihidu. Berulang kali dihidu. Asha yakin cecair itu darah! Darah siapa?

Sedang Asha menunduk, kelihatan kepulan asap secara perlahan-lahan membentuk satu figura bayangan berupa seorang perempuan berambut panjang berjela. Mata tajamnya tunak pada gadis yang sedang menunduk itu .

Krikkkk...

Kini pintu stor tadi berkeriut semula. Asha terus terdongak. Makhluk jelmaan wanita itu kini ghaib pula. Stor juga gelap gelita. Hampir ternganga mulut Asha. Pelik dan cuak merajai diri. Pelik apabila pintu itu terbuka dengan sendirinya. Cuak, apabila mengenangkan bahawa dirinya sedang sendirian kini.

"Ya Allah! Apa semua ini?" Monolognya. Jenuh dipicingkan matanya memerhatikan ruangan gelap itu. Tanpa disedari, jelmaan wanita itu kini berada di belakangnya.

TING! Lagi sekali pen terjatuh. Pen itu bukanlah terjatuh dengan sendirinya tetapi ada 'sesuatu' yang telah menolaknya. Dan 'sesuatu' itu pula, adalah makhluk jelmaan wanita itu.

"Kus semangat! Pen ni pun, apahal nak jatuh lagi?" Bentaknya terkejut. Sudahlah dengan kedinginan dan kesepian suasana lagi. Asha semakin dihurung rasa cuak.

Asha menolak kerusi ke belakang sedikit sebelum pen dikutip. Jelmaan wanita itu kembali lagi. Kini ia terapung-apung di atas mejanya pula fengan rambut yang menggerbang.

Muncul pula figura manusia sedang tergantung pada bilah kipas siling dalam kegelapan stor itu. Asha kini di ganggu oleh dua makhluk jelmaan wanita. Apakah ada dua kematian di pejabat itu?

"Tolong saya!"

Pen di tangan dilepaskan. Mata pula kian membulat. Telinganya seakan mendengar satu suara meminta tolong. Sayu sahaja bunyinya. Peluh kian membasahi dahi. Belum seminggu bekerja dah ada gangguan?

'Ya Allah, makin mendayu suara itu? Inikah yang kak Fara maksudkan? Macam mana ni? Perlukah aku tengok siapa gerangannya?’ desis hati kecil Asha.

"Tolong...Tolong saya!"

Dengan kalimah bismillah, Asha perlahan-lahan mengangkat kedua belah tangannya lalu berpaut pada papan meja tulisnya. Lehernya pula seperlahan mungkin ditinggikan. Kedua matanya pula dicerlangkan.

" Allahuakbar!" Terduduk dia di atas lantai. Mengigil hebat!

Asha ketakutan. Dia benar-benar tak menyangka akan menyaksikan perkara yang tak sepatutnya dia saksikan. Nafas lagi sekali dia tarikkan sebelum kembali berpaut pada meja. Asha ingin lihat sekali lagi. Mungkin tadi khayalan semata. Tak mungkin ada perkara begitu di pejabat ini.

Jelmaan wanita itu pula kini lagi sekali muncul dibelakangnya. Asha mengigil kembali apabila, mayat wanita yang tergantung pada bilah kipas itu terdongak. Mata mereka bersabung.

"Hihihi!" Asha kini makin teruk keketarannya apabila suara hilaian itu berada betul-betul di belakangnya pula.

"Allah..!" Asha dengan ditemani peluh ketakutannya terus menoleh ke belakang. Jelmaan wanita berkurung putih lusuh dan koyak-rabak itu perlahan-lahan mendongak. Wajahnya jauh lebih pucat dari Asha. Matanya jauh ke dalam seolah baru di tumbuk. Terdapat lelehan darah di hidungnya dan di tepi bibir selain kesan lebam.

"Tok rasa menjadi tak?" soal seorang wanita jelita. Kepalanya juga sibuk menjengok takungan air limau itu. "Ya, memang menjadi. Tapi...kamu tak rasa bersalah ke? Tak pasal-pasal budak baru tu kena" soal bomoh wanita itu mendongak lalu memandang wanita itu tajam.

"Saya terpaksa tok, lagipun saya juga cemburu padanya juga"

"Lah, kenapa pula? Kalau kamu nak kenakan 'dia' ? Kenakan 'dia' sahajalah. Kenapa mesti nak babitkan orang lain?" Laju tangannya memperasap limau purut yang terbelah dua itu.

Wanita jelita itu tertunduk, tidak sanggup juga dia melawan renungan bomoh wanita handalan itu. Sinaran matanya seakan ada 'sesuatu'. Tersenyum sinis bomoh wanita itu melihat ulah wanita jelita yang takut untuk bertentangan mata dengannya.

"ARGH...!"

"Siapa pula yang menjerit tu? Masih ada lagi staff rupa- rupanya?" Pengawal keselamatan itu bersoal jawab dengan dirinya sendiri.

"Tolong! Argh!" Lagi sekali jeritan nyaring itu mengusik corong telinga lelaki muda itu. Mungkin ada yang memerlukan pertolongan, fikirnya. Lantas tanpa berlengah, pengawal muda itu berlari menaiki tangga.

Asha kini bersembunyi di bilik CEO memandangkan pintu exit terkunci dari luar . Dia tak pasti kenapa boleh terkunci. Sedangkan Kak Fara tahu dia stay back. Asha tahu, malam makin lewat kini. Matanya terpandang telefon, dengan pantas dia berlari ke meja.

"Hello! Ada sesiapa di dalam?" soal pengawal muda itu. Keadaan agak kelam kerana tak semua bahagian lampunya dinyalakan. Hatinya sedikit berdetak apabila pintu stor yang setahunya tiada sesiapa yang dibenarkan buka, kini telah terbuka.

"Hello! Siapa yang tinggal ya?" Tetap tiada jawapan dari si penghuni. Entah kenapa, lehernya terasa meremang tiba-tiba. Jelmaan wanita itu tetap mengekorinya sedari tadi. Kini pengawal muda itu semakin mendekati stor yang terbuka.

" Eh, dari mana datangnya angin ni?" soalnya yang terasa ditolak angin kuat itu .

"Angkatlah! Angkatlah kak Fara please..." Berkali-kali nombor yang sama Asha dail, namun tetap engaged. Ke mana pula perginya Fara?

Asha sudah tidak larat lagi mahu menangis ataupun berlari. Dia terlalu lelah dan mengah. Dengan lapar dan dahaganya lagi. Airmatanya juga sudah hampir kering.

Asha kian ke belakang pabila tombol berpusing-pusing. Ada seseorang sedang cuba membukanya. Jantungnya kembali berdetak hebat. Makin direnungnya, makin laju pusingan tombol itu. "Allah , Allah, Allah!" lafaznya pantas sepantas adrenalinnya.

Krikkk...

"Hah, Asha? Tak pulang lagi?" soal pengawal muda itu. Asha menarik nafas kelegaan. "Be...Belum.." ujar gadis itu gementarnya masih lagi berbaki.

"Kamu kenapa?"

"Abang ...!"

Asha akhirnya rebah. Pengawal muda itu pula tergamam. Dia yang terkejut dengan pantas melihat belakang. "Allah!" teriaknya. Jelmaan wanita itu seakan dia kenali. Tetapi...

Pengawal muda itu menutup matanya lalu mulutnya pula melafazkan ayat-ayat suci Al - Quran.

"Awak!"

Fara terpaksa kembali semula ke pejabat memandangkan dia terlupa mencabut pendrive dilaptop. Dia tahu malam sudah lewat benar, tapi dia terpaksa. Fara perlu sediakan minit mesyuarat esok.

Stereng dibelok lalu memasuki ke arah parkir bawah. Dia tidak berpusing bagai kerana tiada kereta pun. Terfikir juga dia, bagaimana Asha? Sudah pulangkah dia?

Fara seram-sejuk juga pabila teringatkan kisah seram bangunan itu. Tetapi, dicekalkan juga hatinya. Salakan anjing yang tidak diketahui arah mana menambahkan lagi rasa cuak. Fara menapak pantas untuk ke arah pintu lif dan memasukinya sebaik saja pintu lif terbuka. Nombor 16 di tekan.

"Argh!" Jeritannya bergema di ruangan kedap itu. Lampu tiba-tiba terpadam. "Allah! Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba aje blackout? Allah!"

Hampir setengah jam berada di dalam ketakutan akibat terpaksa bergelap, kini Fara mampu menarik nafas lega .

Ting! Tingkat 16 akhirnya sampai juga. Fara melangkah keluar lalu terus menuju ke arah pintu pejabat. Tetapi sebelum itu, mantera yang diajar dibaca dahulu. Mantera pendinding yang diajar oleh arwah mbahnya. Bukankah lebih elok doa?

Pintu kaca di tolak seperlahan mungkin. "Mana pula Asha? Apa dah pulang ke? Apasal pintu tak berkunci? Bukankah aku dah bagi dia kunci pendua?" Soal Fara pelik. Liar matanya melingas ke segenap sudut. Namun, kosong!

Hatinya sedikit berdetak apabila melihat pintu stor terbuka luas. 'Bagaimana pintu itu boleh terbuka?" Fara memasang nekad, walau apapun terjadi dia harus ke kubikelnya.

Kakinya menapak dengan penuh berhati-hati apabila semakin menghampiri pintu stor. Kubikel miliknya selang dua kubikel dari Asha sahaja tetapi harus melewati stor itu. Entah kenapa, Fara diasak rasa cemas, takut. Pelbagai perkara mulai terbayang dikotak mindanya kini. Ada sebab mengapa dia takut. Peristiwa lampau menerjah ruangan ingatannya.

Namun begitu, mindanya tidak jadi berputar ke imbasan semula apabila hidungnya terbau satu bau yang sangat meloyakan tekak. Dia tak pasti sama ada itu bau hanyir atau apa? Yang pasti ia amat meloyakan.

Uwekkk! Hampir sahaja Fara termuntah. Jelmaan wanita itu terus mengekorinya sambil tangannya diangkat lurus seakan mahu mencekik dan menyeringai penuh kemarahan.

Fara tidak berani memandang stor yang gelap itu. Langkahnya dipercepatkan sehingga ke kubikel. Pen drive dicabut rakus sebaik saja laptopnya ditemui. Dia ingin cepat keluar dari situ. Dalam masa yang sama, terbuai- buai perempuan yang mati tergantung itu.

'Ah, biarlah si Asha tu. Nak tunjuk rajin sangatkan?' Monolognya setelah pendrive di tangan. Dalam baik-baik Fara terselit jua rasa iri hatinya pabila budak intern itu kini kerapkali mendapat pujian daripada CEO. Sepatutnya dia, pekerja yang paling setia di situ.

"Fara!" Tegur satu suara garau. Fara terus memusingkan kepalanya ke belakang. "Kau?" soalnya terperanjat. Matanya mencerlung tajam pada lelaki itu.

Lelaki yang mendepaninya pula tersenyum senget. Sudah tentulah wanita itu terkejut, kerana selama ini mereka jarang berjumpa malah memang Fara melarangnya untuk bertemu lagi. Tetapi, pada malam ini?

Fara mengenggam pendrive kejap sekali, seolah menahan api kemarahan yang semakin ingin meledak!

"Bukankah?"

"Kau ingat aku sudah berhenti?"

Macamana boleh jadi begini? Aduh! Sungut Fara melihat Asha yang terkedang di atas sofa tidak sedarkan diri lagi.

"Aku juga nampak"

"Mungkin 'dia' telah bangkit"

"Atau kau yang 'membangkitkannya' ?" Tebak lelaki itu sinis. Fara pantas mengerlingnya. Pedih pula telinganya dengar telahan itu.

"Kau mulut tu jaga sikit ya..."

"Kenapa? Kau takut?"

"Kau diam!" Fara mulai berpeluh-peluh. Kenapa mesti lelaki itu persoalkan pula, sedangkan dia juga ada pada masa itu. Fara terus berpaling dan merenung pengawal muda itu tajam.

Pengawal itu tetap mengoyakkan senyuman sengetnya. Fara melipat-lipat jarinya menahan amarah. "Kau juga sama berkomplot!" Tukasnya geram. Pengawal itu tetap tersenyum.

"Kenapa kau masih lagi tersenyum? Hah?"

"Kau tak takut jika Asha tahu siapa kau? Dan apa perkaitan kau dengan puaka pejabat ini?"

"Selagi kau atau aku tak buka mulut pada sesiapa, selagi itulah perkara ini tak diketahui" Tukas Fara makin menahan perasaannya. Liar sesekali matanya merenung Asha yang masih lagi tidak sedarkan diri.

"Kau juga jangan sesekali nak cabar aku!" Bentak Fara tegas. Pengawal yang kini duduk atas meja CEO melompat turun.

"Kau juga jangan nak ugut aku, Fara!"

"Tolong! Tolong!"

Fara dan pengawal muda itu terdiam seketika. Masing-masing meneguk liurnya. Gambar CEO secara tiba-tiba terapung tinggi lalu menyerang Fara. Fara sempat mengelak. Pengawal muda itu pula tergamam melihat bingkai gambar ' kambing hitam' mereka terapung dengan sendiri.

Setelah itu, bekas alat tulis pula terapung. Satu per satu pen meluru ke arah pengawal muda itu bak peluru. Fara terus keluar, dan dia harus cepat keluar dari situ. Baginya, tak mungkin puaka yang dia hantar itu, punya kerja melainkan...

"Tolong saya...Fara...tolong...sampai hati kau Fara. Apa salah aku pada kau?" Fara yang mengundur tertahan dek meja. Dia menggeletar apabila tertayang seorang gadis tergantung dibilah kipas dihadapannya. Mata yang terjegil kini terhala tepat pada Fara tatkala wajah yang tertunduk tadi itu mendongak. Merah matanya dan bibir pula masih lagi mengalirkan darah pekat selain kesan lebam tumbukan.

"Fara! Mana kau nak lari hah?" Jerkah pengawal muda itu meluru laju ke arah Fara yang terkaku di hadapan pintu stor. Wajah pengawal itu entah kenapa menyinga. Fara makin di asak resah.

"Hahaha!"

"Lihatlah, satu lagi kebodohan manusia! Terlalu percaya pada aku! Hahaha"

Patung wanita itu makin laju dia perasap sebelum dia lekatkan pada patung lelaki itu. Dan kemudian, satu lagi patung wanita diangkat lalu di layarkan atas bara. Setelah itu, ketiga - tiga patung tersebut di satukan.

'Puihh!' Air ludahannya terkena pada ketiga boneka yang menyerupai 'jelangkung'. Di suatu sudut gelap pula, kelihatan satu mayat yang mereput, bermata lompang dan mulutnya pula terpelagah dipenuhi ribuan ulat penghurung mayat. Ada yang berjatuhan di lantai papan itu.

"ARK! Lepaskan aku! Lepaskan!" Fara meronta-ronta. Jenuh tangannya cuba melonggarkan cekikan itu. Pengawal muda itu telah kehilangan topinya lalu terserlahlah botaknya.

Fara tahu kini lelaki yang menyerangnya itu bukan dirinya lagi tetapi kerasukan.

"Hahahaha!" Asha perlahan-lahan membuka matanya. Diliarkan matanya dan terus terbangun. "Kat mana aku ni?" soalnya masih lagi mamai. Sehinggalah dia terpandang perkataan CEO dan suasana kamar luas itu bagaikan terkena ribut.

Walaupun kepala masih lagi pening, namun digagahi jua untuk bangun. Tiba-tiba, kaki Asha tersepak sesuatu. Mata terus ditundukkan, bingkai majikannya iaitu En. Afshah di kutip.

" Ya Allah! Apa yang telah terjadi?"


"Pukul berapa dah ni? Macamana aku boleh pengsan?"

"Argh!"

"Hah? Jeritan siapa pula tu?"

Fara kini diganggu oleh dua makhluk iaitu roh Riana dan satu lagi jelmaan yang 'berada' di dalam jasad pengawal muda yang sedang mencekiknya itu.

"Kau kejam! Kau bunuh aku! Kau bunuh masa depanku! Kenapa? Kenapa? Tergamak kau khianati persahabatan ini!" Herdik jelmaan roh Riana terapung mengelilingi Fara.

Jelmaan roh Riana hanya Fara sahaja yang nampak tetapi tidak bagi pengawal itu. Wajah Fara kian pucat.

"Lepaskan aku! Hantu sial!" Fara tetap menguatkan semangatnya walaupun energinya kian berkurangan.

"Siapa sial? Kau atau aku?" Lantang kedengaran satu suara ghaib. Menyebabkan Fara tercengang kerana dia mengenali pemilik suara ghaib itu.

Itu suara bomoh wanita itu!

"Tak guna! Apa yang dah Mak Esah buat ini? Kenapa Fara pula?"

"Sebab kebodohan kau! Buat pengetahuan kau wanita tua itu dah lama mampus! Dan akulah pembunuhnya!" Ternyata selama ini, Fara menemui bukan bomoh wanita itu tetapi iblis yang menyerupainya.

"Aku tersilap menilai manusia seperti engkau! Kalau kawan baik kau sendiri sanggup kau khianati, apatah lagi aku! Hei, bodoh! Kau ingat aku tak tahu hah? Kau cuba khianat aku!" Herdik suara itu sinis sekali.

"Kau kejam Fara! Kau kejam! " Celah bentakkan suara roh Riana pula yang masih lagi mengelilingi Fara dan pengawal yang kerasukan itu.

"Hahaha..." Tawa sindiran dari suara ghaib itu pula sengaja memprovokasi Fara. Fara semakin tidak tentu hala. Dengan sepenuh hati, tubuh lelaki itu ditolaknya sekuat mungkin menyebabkan lelaki itu terdorong ke dalam stor.

"Argh! Diam! Ya, memang ini semua kerja aku! Puas hati? Riana, aku dah lama bencikan kau! Cemburu pada kau apa sahaja kau nak, mesti kau dapat! Dari sekolah lagi! Kau tahu tak! Sepatutnya aku! Aku yang patut dapat cinta Zaki, tapi Zaki tetap pilih kau! Aku juga tak sangka berjumpa lagi dengan kau di sini pula! Dan, sekali lagi kau juga juara dalam memenangi hati En. Afshah! Dan aku! Apa yang aku perolehi? Susah payah aku tak siapa yang peduli."

"Ya dan aku jugalah dalang pada hari kematian kau itu. Aku sengaja mengupah Moin untuk merogol kau, sengaja aku arahkannya berpakaian korporat memandangkan dia juga botak seperti Afshah! Hahaha! Aku ada pada masa kau dikurung dalam stor itu! Aku yang kunci kau orang berdua! Aku juga yang menghantuk kepala kau supaya engkau pengsan. Tapi, tak sangka engkau cepat sedar!"

Asha tergamam kini. Di pandangannya kini Fara sedang melengking seorang diri. Manakala, pengawal muda itu pula kelihatan seperti kerasukan dengan wajah yang menyinga. Terbongkok bangun dari dalam stor dan mulai menapak dengan wajah yang masih lagi menyinga.

Setiap apa yang terucap dari mulut kak Fara, didengarinya. Air mata menitis ke pipi. Baru kini dia tahu cerita sebenarnya. Asha akui, sebelum kedatangannya di situ dia telah di momokkan dengan kisah seram tentang puaka yang seringkali menghantui staff pejabat.

Dan Asha juga tahu siapakah 'puaka' itu?

Asha tahu arwah tidak dapat pembelaan yang sewajarnya, memandangkan kesnya agak rumit.
Asha tegak berdiri merenung Kak Fara dengan satu pandangan tajam. Airmata diseka rakus, kian menggelegak hatinya.


"Kak Fara! Apa semua ini?"

Fara lagi sekali tergamam. Kejutan demi kejutan dia terpaksa hadapi hanya dalam satu malam sahaja. Dia tak menyedari Asha sudah lama berdiri di tepi mesin cetak itu. Sudah tentulah dia dengar akan semuanya.

Siapa sangka Asha atau nama sebenarnya Ashatul Raudah adik kepada Rianatul Raudah! Perempuan yang telah dia aniayai dan penyebab kematiannya.

Fara juga tak menyangka, dalam sekelip mata semua bakal berubah. Dendamnya, adakah akan terlunas? Atau sebaliknya?

"Kak Fara...Be...Benarkah semua yang Asha dengari itu?" Soal Asha terketar mulutnya menahan asakan amarah juga buruan kesedihan. Agak sukar juga dia mahu mempercayainya, sedangkan wanita jelita itu terlalu baik padanya.

Fara berpaling seraya merenung Asha lama. Sebenarnya, dah lama dia mengetahui Asha ini ada kaitan dengan arwah Riana. Wajah itu terlalu mirip Riana!

Tanpa Asha sedari, roh kakaknya berada di sisi. Tak terdaya untuk 'dia' menyentuh adiknya itu. Tiada siapa pun yang mengetahui punca sebenar kematiannya. Arwah di dakwa mati bunuh diri sahaja tanpa sebab yang pasti.


-Bersambung jam 9.32pm-

Karya : Alissa Alee
Suntingan Gambar : DeeFen DF

Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

No comments: