Thursday, 11 January 2018

PUAKA PEJABAT (Bahagian 2) - Alissa Alee


PUAKA PEJABAT (Bahagian 2)
Karya : Alissa Alee

Hampir sebulan pejabat telah ditutup untuk proses siasatan. Dan En. Afshah telah di dakwa. Semua ini dalangnya Farazana Reeshah atau Fara. Kerana cintanya ditolak, sengaja dia perangkap lelaki korporat itu dan berkomplot dengan Moin, pengawal keselamatan syarikat terkemuka itu untuk menyamar sebagai En. Afshah dan merogol Riana.

Berlinangan airmata jelmaan roh Riana disisi Asha. Asha juga seakan terasa ada 'seseorang' di sisinya namun, ianya lutsinar. 'Kak Riana ke itu?' Monolognya seakan menyakini.

Sedang Fara merenung lama Asha. Moin, pengawal keselamatan yang sedang dirasuki jelmaan wanita 'kiriman' bomoh Esah, menyeringai kembali tanpa sebarang amaran terus dia bangkit dan menyerang kembali Fara.

"Kak Fara!" Asha menjerit nyaring memecah kesunyian ruang luas itu. Asha ingin membantu namun entah kenapa kedua kakinya bagaikan digam.

" Biarkan dia, Asha. Biarkan." Kata-kata itu meresapi pendengaran Asha terus di bawa kekotak mindanya untuk ditafsirkan.

"Biarkan dia terima balasannya. Kau kena ingat adikku, dialah penyebab kematianku"

ASHA kini berada di satu dunia asing dalam relung waktu yang berbeda. Semuanya serba putih dan kelihatan sungguh suci sekali.

"Kak Riana?" Tegurnya tergamam. Riana kelihatan tersenyum didalam persalinan serba putih. Tiada patah perkataan yang Asha dengari terluah dari mulut itu. Hanya senyuman.

"Kak...kenapa tinggalkan kami begitu sahaja?" Asha mendekati Riana dan cuba menyentuhnya namun tangannya bagaikan menyentuh asap dan bayangnya sahaja. Asha tidak berputus asa malah dia cuba lagi. Tetap tidak dapat menyentuh jasad Riana. Riana hanya tersenyum dan berlinangan airmatanya.

"Kak Riana! Tolong jangan pergi..." Jerit Asha apabila, dia melihat Riana semakin ke belakang dan semakin menghampiri cahaya putih itu.

"ASHA! Tolong kak Fara! Kakak minta ampun!" Teriak Fara apabila terhenyak ke lantai dek penangan Moin yang kesurupan itu. Kekuatannya bertambah sama sekali. Lantas memencatkan segala khayalan Asha tadi, khayalan di mana dia menemui Kak Riana dalam persalinan serba putih.

Kesayuan dan sikap perimanusia yang ada dalam tubuh Asha telah menyebabkan gadis itu bertekad untuk membantu Fara. Walaupun, Fara juga ingin mensabotaj Asha.

"Kalau betul ini kak Riana, tolong kak. Tolong bagi Asha bantu kak Fara. Dia didalam kesusahan. Please..." Rayu Asha sambil terpejam matanya.

Riana pada mulanya, tetap berdegil perasaan sakit hati tetap beraja di hati. Sungguh, selama ini dia menyayangi Fara sepertimana dia menyayangi keluarganya, namun tak di sangka rupanya di dalam diam Fara menikam lalu merobek belakangnya.

"Argh!" Teriakan demi teriakan kini berlegar-legar di pendengaran Asha. Kakinya masih lagi terpasung di tempat dia sedang berdiri itu. Rayuannya bagaikan angin lalu, keras juga hati seorang Rianatul Raudah!

Fara pula makin lemah dengan lebam dan darah yang semakin melencunkan kemeja ropolnya. Sekali lagi, tubuh Fara diangkat tinggi oleh Moin. Memang Fara juga cuba membunuhnya tetapi apalah dayanya. Sedangkan, lelaki itu kesurupan.

"Ark...Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Rayuan Fara dibalas dengan menguatkan lagi genggaman cekakan di leher.

"Hahaha... Rasakan! Inilah hadiah yang terbaik buat pengkhianat seperti kau, Fara!"

Bergema lantunan tawa penuh kejahatan itu kini di ruang udara pejabat yang semakin sepi, dingin dan menyeramkan.

Wajah Fara membiru pabila telah banyak kehilangan udara akibat dicekik terlalu kuat. Kakinya tergantung-gantung tak ubah semasa arwah Riana ingin menghembus nafasnya yang terakhir.

Asha terfikir sesuatu, saku kurungnya di seluk. Laju meraba sesuatu. Kakinya tetap terpasung lagi.
Roh Riana bergentayangan mengelilingi Fara. Fara bagaikan ternampak Riana.

En. Afshah sungguh terkejut menerima panggilan Asha. Ghaib segala mamainya itu dan di ganti dengan kegundahan. Hati pula dipalu, pabila mendapat tahu tentang keadaan pejabatnya ketika ini.

Sempat juga dia mengerling jam di dinding, tepat 3 pagi! Tetapi Asha dan Fara masih belum pulang lagi. Moin pula kerasukan! Entah setan mana yang telah merasuknya.

"Eh, abang nak ke mana pagi-pagi buta ni?" soal isterinya sambil menggenyehkan matanya.

"Abang nak ke pejabat!"
"Tapi kenapa bang? Kenapa sayang tengok abang seperti tergesa- gesa sahaja?"
"Pejabat ada masalah! Ada orang kerasukan!"
"Ya Allah! Abang!" Teriak isterinya. Kelam-kabut menyelak selimut lantas menuruni katil.

"Sayang jangan khuatir ya, tak ada apa-apa nanti tu. Abang dah pun telefon Pak Ramlee supaya turut serta"
"Apakah yang merasuk Moin tu puaka itu bang?"

Buka sahaja pintu lif, langsung dengan pantas kedua lelaki itu menapak ke arah pejabat. Sayup- sayup kedengaran jeritan perempuan. Makin kaki mereka mendekati pintu, lagi sekali mereka dikejutkan dengan jeritan nyaring perempuan.

Sedang En. Afshah ingin melangkah ke arah pintu dan cuba memusingkan tombolnya, dia ditahan oleh Pak Ramlee. Tergeleng berkali-kali orang tua itu melarang. En. Afshah mengerti lalu di biarkan Pak Ramlee membaca ayat suci pada segenggam garam kasar.

En. Afshah akui, sebagai pakar paranormal sudah tentu Pak Ramlee lebih mengetahui. Hablur garam tersebut di semburkan pada pintu. En. Afshah dan Pak Ramlee berundur apabila secara tiba-tiba api kecil menyambar mereka. Lagi sekali, Pak Ramlee mengeluarkan garam lalu dibaca dan dihembuskan sampai api ghaib itu padam. Maksudnya, hanya mereka sahaja yang nampak.

"Aku nampak ada yang tak kena sekarang ini. Pejabat kamu 'diganggu' puaka. Apa pernah terjadi sebarang peristiwa berdarah ke? Satu lagi pula 'kiriman' seseorang untuk mengucar-ngacirkan lagi keadaan pejabat kamu"

Mahu tak mahu, terpaksa jua Tuan CEO itu mengangguk seraya mengakui. Ya, memang pernah ada kes kematian. Dan yang menjadi mangsanya Riana, salah-satu staff harapannya. Walau dia dituduh memperkosanya, tetapi En.Afshah akur pada kehendak takdir. Akui pernah cuba mencabuli gadis itu, tetapi bukan dia yang merogol Riana. Bukan dia! Dia juga mangsa keadaan.

"Allahuakbar!" Akhirnya tombol dapat di pusingkan ianya seolah sedang di kunci dari dalam. Lagi sekali En. Afshah dilarang melangkahkan kakinya untuk memasuki ke dalam pejabat, Pak Ramlee dapat 'menghidu' marabahaya.

Pak Ramlee membaling tongkatnya dahulu, ternyata telahan dia benar sekali. Tongkat itu terbelah dua apabila di sambar angin yang datang secara tiba-tiba. Sekali imbas angin itu menyerupai satu tangan besar.

"Kau juga makhluk seperti aku, tetapi darjat aku lagi tinggi darimu! Nyah, kau dari sini! Usah kau ganggu lagi anak cucu adam!"

Fara yang terapung kini terhempas ke lantai. Punggungnya terhentak kuat, sengalnya rasa. Berlinangan airmatanya. Dia merenung Asha, dia akui kesilapannya itu. Fara redha sekiranya Asha tidak sudi untuk membantunya. Bibit-bibit penyesalan seakan mahu terbit dalam hati Fara.

Roh Riana yang bergentayangan pula memandang ke arah En. Afshah dengan satu pandangan yang serba-salah. Dia telah tersalah tafsir selama ini. Bukan 'bos'nya itu yang punya kerja, tetapi Moin, si pengawal keselamatan.

"Lepaskan dia! Aku arahkan kau sisih dari sini! Auzubillahiminasyaitonirajimmmm...!" Pak Ramlee terus-menerus membaca ayat-ayat suci al-quran selagi lelaki yang kesurupan itu tidak turun. Moin dan En. Afshah terawang- awang.

"Kak Faraaa...!" Laung Asha apabila wanita jelita itu secara tiba-tiba mencekik lehernya sendiri. Roh Riana nampak siapa punya kerja, hantu kiriman Fara sendiri yang mahu membunuhnya. Riana tidaklah sekejam mana, lantas dia melepaskan sekatan Asha dan dia langsung melayang mengelilingi Fara yang terkapai- kapai kerana kekurangan udara.

"Ri...Ri...Riana...Ma...af...kan...aku!"

Fara nampak roh Riana yang mengelilinginya itu, sedangkan tadi dia hanya mendengar suaranya sahaja. Fara yang kelelahan setelah terlepas dari cekakan tangan makhluk syaitan milik Mak Esah, terus nampak Riana dengannya sedang bertarung.

Pak Ramlee masih lagi bersila, sambil tangannya seperti sedang bersilat. Degil! Itu yang dapat Pak Ramlee gambarkan kini. Ternyata ilmu sihir yang di gunakan ampuh. Pak Ramlee tahu siapa yang menggunakannya namun biarlah dia pendamkan kerana dia yakin wanita itu juga akan insaf tidak lama lagi.

Yang berada di dalam jasad 'Moin' adalah jelmaan Mak Esah sendiri dan hantu kirimannya sedang menyerang Fara.

Asha pula terduduk. Sambil ternganga mulutnya menyaksikan sebuah persembahan yang tidak pernah dia tontoni selama ini.

Asha seakan dapat merasakan arwah Riana sedang membantu Fara. Walaupun dia tak dapat 'lihatnya', secara nyata dek kerana matanya yang berhijab. Namun, dia yakin kerana dia amat mengenali kakaknya itu. Apatah lagi, dengan keadaan Fara yang seolah sedang berpusing.

"Argh...!" Lantang dan nyaring suara itu kedengaran. En. Afshah terjelepok kuat di atas lantai, manakala Moin pula terkedang dengan kedua belah tangannya luas terbuka, kakinya terkangkang.

Kepulan asap hitam semakin banyak keluar dari dalam mulutnya. Akhirnya jasad Moin menggelepar penuh keazaban dengan pancutan darah pekat yang keluar dari dalam mulutnya. 

Jasad Moin terjunam ke bawah lalu menggelepar lagi dan perlahan-lahan matanya terpejam tapi ianya hanya seketika. Moin meninggal dalam keadaan mata terjegil. Darah masih lagi membuak keluar dari mulutnya. Tanpa sempat dia mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya tertumpu pada satu arah sahaja kini.


"Riana! Tolong maafkan aku! Aku tahu, aku dah banyak buat silap pada kau, Riana! Tolong maafkan aku. Aku juga mengaku, bomohkan kau tetapi ianya tak berjaya! Dan aku tak tahu ilmu apa yang ada pada kau! Lalu aku berkomplot dengan Moin dengan menjadi CEO kita tu sebagai kambing hitam!

Dan, aku juga cuba menyihirkan Asha, kerana aku yakin kau dan dia saling berkaitan! Maafkan aku. Aku telah memusnahkan masa depan kau! Aku...aku jugalah yang tarik nyawa kau. Allah! Berdosanya aku. Riana ambillah nyawa aku!" Fara melutut pada 'seseorang' yang mata dia sahaja nampak selain Pak Ramlee.

Walaupun wajahnya kini lencun dengan airmata, roh Riana tetap tersenyum. Dia bersyukur akhirnya pada malam yang panjang ini telah menginsafkan seorang lagi anak adam dari melakukan perkara mungkar. Walau dia mangsa kezaliman Fara dan Moin, namun hatinya bukan kering. Arwah telah memaafkan Fara.

"Adikku jaga dirimu baik- baik!" Roh Riana terus melenyapkan dirinya. Asha seolah- olah dapat merasakan arwah kakaknya sedang berinteraksi dengannya, dia tersenyum sendirian. Asha bangun dan terus mendapatkan Fara yang berada di dalam keadaan cukup lemah. Manakala Pak.Ramlee pula cuba menyedarkan En.Afshah.

En. Afshah di pimpin oleh Pak Ramlee lalu mendekati Asha dan Fara. En. Afshah yang masih lagi lemah dan juga berada di dalam situasi bernama, keterkejutan juga cukup menyesali akan perbuatannya dahulu, dimana dia telah mencuba mencabuli kehormatan arwah Riana.

Airmata jantannya mengalir kini melihat Asha. Patutlah Asha mirip sekali dengan Riana. Dia rapat dengan Asha bukanlah kerana miang, tetapi mahu menebus kesalahan yang lalu. Tetapi dalam masa yang sama sungguh dia tak menyangka bahawa Fara ada menyimpan perasaan padanya, sedangkan dia hanya menganggap wanita jelita itu sebagai salah-seorang setiausahanya yang terbaik. Kerana, dia tahu Fara pada masa itu telah pun mengikat tali pertunangan dengan suaminya sekarang. Dan suami Fara pula adalah kawan baiknya sendiri! 


2013.

Riana melangkah perlahan menuju ke arah pejabat. Setelah diarahkan oleh 'seseorang' Moin yang lengkap berpakaian korporat terus keluar daripada kereta tersebut dan dia pula mengekori Riana daripada jauh. Adakalanya dia berhenti apabila melihat gadis itu juga berhenti secara tiba-tiba. Pada dasarnya, memang hati Riana tidak sedap namun dia mengabaikannya. Dia cuba berfikiran rasional.

Kacamata hitam berbentuk aviator ditanggalkan. Perlahan-lahan bibirnya yang bergincu tebal rona merah mengukirkan senyuman sinis dan puas. Senyuman yang dipenuhi pelbagai maksud. Api dendam pula kian menyala-nyala. Telah menjadi, fiilnya mengigit pinggir bibir kala hati tidak keruan.

Ada masanya Fara seakan meragui plan mereka itu. Sama ada berjaya ataupun tidak. Bagi Fara, selagi dia tidak tengok kehancuran Riana selagi itulah hatinya tidak puas. Fara sekalipun tidak mahu kebahagian itu milik Riana! Walau apapun cara sekalipun, dia tetap mahu merenggutnya. Tidak dapat secara halus, Fara akan cuba cara kasar pula!

"I must get it! Whatever I want!" Itu tekad seorang wanita bernama Fara. Lagi sekali senyuman sinis penuh dendamnya, dia koyakkan.

"Kau tunggu nasib kau, Riana! Kau tak kenal siapa aku lagi! Aku Fara lah! Kau tunggu! Nanti kau akan tahu juga langit itu tinggi atau rendah!" Lantas kacamata dikenakan semula sebelum dia memutarkan stereng setelah enjin telah sedia panas.

'Moin, kau jangan cuba mengecewakan aku!' Monolog Fara sambil memusatkan pandangan matanya ke arah jalan hadapan. Telah beribu dia laburkan untuk satu kehancuran!

Pintu Riana tutup tanpa di kunci terlebih dahulu, kerana dia yakin waktu itu tiada lagi staff. Riana melangkah menuju ke kubikelnya. Dia terpaksa berpatah semula ke pejabat kerana dia terlupa mahu mengambil dokumen-dokumen penting. Memandangkan, dia bakal mengikuti En. Afshah ke Besut, Terengganu. Dia memang agak berat hati untuk mengikuti mesyuarat itu, tapi apakan dayanya. Riana, hanyalah seorang pekerja yang 'makan gaji' sahaja.

Fara kembali semula ke pejabat. Kini dia berpakaian serba hitam dengan jaket dan hud dikepalanya. Setelah kereta di parkirkan agak jauh dari bangunan tinggi itu. Berlari dengan pantas setelah menelefon 'pesuruh'nya, Moin supaya jangan bertindak dahulu. Nasiblah pada masa itu, lelaki merangkap pengawal keselamatan syarikat, baru sahaja tiba di pintu lif. Jadi dia menanti kehadiran Fara terlebih dahulu. Sambil-sambil itu, dia bersiul kegembiraan kerana tak lama akan mendapat habuan selain wang yang berkepok dalam poket!

"Rania...! Tunggu abang sayang" ujarnya penuh nafsu. Masih terbayang-bayang diruangan minda tubuh langsing dan agak montok itu.

"Allah!" Terlepas segala dokumen dari tangan. Sudahlah dia kini berada di dalam kegelapan dan secara tiba-tiba pula kepalanya pula di pukul dengan kuat sekali. Dan dari kerana pukulan itu juga, telah menyebabkan dia jatuh pengsan.

Bauan wangi dan agak kuat yang menerjah lubang hidungnya itu, menjadi penyebab kenapa dia terus membuka matanya. Dia juga cuba bangun walau kepalanya masih lagi sakit. Kenapa dia seakan teramat mengenali bauan itu?

Dahi di picit-picitkan lagi kerana denyutannya masih lagi terasa. Riana pandang sekeliling. Seakan tidak cukup pengcahayaan sahaja. Dia cuba melakukan pergerakan pada tubuhnya itu, ternyata agak sukar. Tangan yang agak bernasib baik kerana lepas bebas terus menyentuh kaki, sayangnya kaki pula berikat! Ketat pula tu ikatannya!

"Aku di mana ni?" Soalnya resah sekali. Sudahlah kakinya berikat! Sakit dia rasakan kerana ikatan itu terlalu ketat! Apa sebenarnya yang telah berlaku pada dirinya itu? Dan kenapa mesti dia? Kenapa dia diikat sebegini? Apa salahnya?

Airmatanya mulai bertakung. Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi seakan bunyi pintu yang di hempas secara kuat. Setelah lelaki itu yakini pintu telah terkatup dengan rapat. Dia terus memulakan langkahnya.

Derap tapak kaki semakin mendekati. Riana makin gelisah dan berpeluh. Apakah dia kini di culik dan sekaligus dia juga telah menjadi seorang tawanan ? Tetapi, siapa? Makin banyak persoalan yang tak terjawab sedang berlegar-legar di ruangan minda Riana. Dalam masa yang sama kedua belah tangannya masih lagi berusaha merungkaikan ikatan yang kejap itu. Pergelangan dikedua belah kakinya memerah kini.

"Bos?" soalnya ragu-ragu akibat dalam cahaya yang kelam. Agak sukar untuk matanya melihat dengan lebih jelas ketika itu. "Bos ke itu? Jawablah soalan saya ini. Jangan membisu! Kenapa buat saya begini? Apa salah saya?" Suara Riana makin bergetar kerana dia juga sedang menahan tangisnya daripada meledak keluar lalu membanjiri kanvas wajahnya.

"Aduh! Tuan! Sakit tuan! Argh! Kenapa dengan Tuan ni?" Riana terdongak dalam keterpaksaan pabila rambutnya dicekak oleh satu tangan, walau tidak dapat melihat siapakah gerangan orangnya, Riana yakin itu majikannya CEO Afshah Ruhaimy. Dia cukup kenal akan bauan haruman Hugo Boss. Haruman kegemaran En.Afshah merangkap majikan dan CEO syarikat AF HOLDINGS.

"Ssshhh...! Diam, kalau kau mahu selamat" Ugutnya sambil mulai menjelajahi dada gadis manis itu, rakus. Nafsu syaitan manusia kejam itu semakin bergelora.

Riana meronta dan menolak gerakan tangan yang semakin nakal menjelajahi ruangan hadapannya. Tapi sayang, rambutnya pula sekali lagi menjadi mangsa tangan sasa itu. Ianya di tarik dengan kuat sekali. Tidak cukup dengan itu, lalu tangan kirinya pula menghadiahkan wajah gadis itu dengan beberapa kali tamparan. Dengan niat mahu melemahkan mangsa!

Setelah lelaki bernama Moin itu yakin Riana tidak terdaya lagi untuk melawannya, lelaki botak itu terus menyelak kain kurungnya. Dan pada malam penuh malang itu, kegadisan Rania dirobek dengan kejam sekali. Moin sedikit pun tidak berasa bersalah apatah lagi menyesal dengan perlakuan keji itu!

Berkali-kali tubuh itu diperlakukan tak ubah seperti binatang layaknya dan makin deras tangisan Riana. Nak menyesal pun tidak berguna lagi.

Titisan airmata Asha yang menitis lantas mengenai pipi Fara. Fara kini sedang dipangku kepalanya, luka di perut makin membuakkan darah pekat. Manakala, Moin pula telah lama meninggalkan mereka semua. Hanya En. Afshah yang mengalami luka didahi.

"Kak Fara bertahan kak. Asha dah call ambulans" Fara mengambil sedikit kesempatan yang ada itu, dengan meraba-raba wajah Asha sehingga pipi gadis itu dikotori darah. Asha terus memegang tangan itu lalu menggelengkan kepalanya sebagai amaran jangan terlalu banyak bergerak.

"Asha...maafkan akak. Kak Fara rasa sudah sampai masa kak Fara." Ujar Fara semakin perlahan oktaf suaranya. Dia tahu masanya telah tiba. Dia rela jika ini takdirnya. Fara pasrah pada apa yang telah berlaku ini. Ini kifarah buatnya kerana terlalu mengikutkan kata telunjuk nafsu syaitan!

"Kak, tolong jangan cakap begitu. Tolong jangan banyak bergerak" Asha terus menekap perut wanita yang semakin kehilangan banyak darah itu dengan menggunakan tangannya sahaja yang tanpa beralas. Sedikit pun dia tak merasa takut ataupun jijik. Walau bau hanyir makin kuat menyucuk hidung!

"En.Afshah....Maafkan Fara..." Fara merenung majikannya itu sayu. "Maafkan segalanya, Fara telah mengkhianati kepercayaan En. Afshah. Fara akui Fara zalim, terlalu zalim. Fara telah banyak menganiayai orang yang tak bersalah kerana terlalu menurut nafsu" Fara tersedu-sedan tatkala dia melafazkan kata-kata penyesalannya itu.

"Fara... Sudahlah tu. Saya juga bersalah dalam hal ini." En.Afshah tak sanggup melihat keadaan Fara lalu dia tidak mahu Fara berkata-kata lagi. Fara kian tercungap- cungap. Bibirnya pula semakin pucat. Lantai di mana Asha dan Fara berada semakin di banjiri linangan darah merah.

"Kak Fara...bertahan kak. Tolong bertahan kak!" Asha kian cuak. Dia pandang En. Afshah dan Pak Ramlee berkali meminta pertolongan. Pak Ramlee hanya mampu menunduk. Dia dapat merasakan ajal wanita itu semakin hampir.

Mata Fara kian terjegil-jegil mulutnya pula darah secara tiba-tiba membuak-buak keluar sehingga basah tudung Asha dengan linangan darah merahnya yang pekat itu. Menerawang bau hanyir kini. Dari perut ke mulut darah kian banyak keluar. Fara semakin pucat. Matanya seringkali tertutup namun, Asha memaksanya supaya jangan terpejam.

"Fara... Mengucap Fara..." Celah Pak Ramlee semakin tidak sanggup melihat wanita itu terseksa lagi. Dia terus melutut mendepani Fara yang semakin nazak. Lalu matanya di pejamkan erat perlahan-lahan dia menadah tangannya.

'Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah dosa wanita ini! Kasihanilah dia! Ya Allah!' Doa Pak Ramlee penuh keinsafan dan kesayuan.

"Ah!" Tubuh yang menggelepar itu semakin lama semakin diam. Perlahan-lahan Asha menutup kedua belah kelopak mata Fara yang tidak sempat tertutup itu. Agak terjegil dan mengerikan seolah dia sedang menanggung azab.

"Innalillahiwainnarajiun!" Dari tanah asal kita, maka ke tanah lah jua kita kembali. Derapan tapak kaki semakin kuat kedengaran kini. Pihak ambulans terlewat sedikit.

"Maaf, kami terlewat" Ucap beberapa orang ahli paramedik. En. Afshah hanya tersenyum. Selang beberapa minit kemudian, muncul pula beberapa orang anggota polis di pejabat yang sama. Dimana pejabat itu sekali lagi berlakunya satu lagi pembunuhan setelah 5 tahun berlalu.

Pada tanggal 30 May 2013, seorang eksekutif utama yang bernama Rianatul Raudah telah didapati mati dengan menggantung diri di dalam bilik stor.

Setelah 5 tahun berlalu, kini bilik itu terbuka kembali. Dan kini, pada malam yang panjang ini, sekali lagi pejabat itu dikejutkan pula dengan peristiwa berdarah di mana mangsanya adalah Fara setiausaha syarikat, dan Moin si pengawal keselamatan.

Tertanya-tanya, mengapa setelah 5 tahun tertutup dan tiada sesiapa pun yang berani buka, malam ini tiba-tiba sahaja ia terbuka?

Adakah stor itu mahu korban barunya. Dan, ya Fara dan Moin adalah korban pada puaka pejabat. Mungkin juga puaka itu 'kehausan' darah manusia?

Tanah perkuburan semakin jauh di tinggalkan oleh kerumunan manusia- manusia yang melawat. Ini termasuklah En.Afshah juga isteri serta Pak Ramlee.

Yang tinggal hanya Asha di hadapan kubur arwah kakaknya Rianatul Raudah yang adakalanya di panggil Sara selain Riana. Asha menguis-guis rerumput kecil yang mulai tumbuh di atas pusara. Kubur kakaknya itu juga sekawasan dengan kubur arwah kak Fara, yang baru sahaja tamat pengebumiannya tadi.

"Kak, amanat kakak sepertimana yang tertulis di dalam warkah terakhirmu telah Asha tunaikan. Asha akui memang arwah Kak Fara boleh diibaratkan, bak gunting dalam lipatan, tetapi Asha bersyukur Allah itu ada. Asha tahu arwah juga cuba memperlakukan perkara yang sama pada Asha namun syukurlah Allah Swt telah membantu adikmu ini. " Asha memegang kejap nisan kaku itu.

Airmata lagi sekali di seka oleh Asha sebelum dia bangun. Perlahan-lahan dia mendongak lalu matanya tak berkelip memandang ke arah pokok bunga kemboja itu. Kelihatan bunga-bunganya jatuh berguguran ada yang menimpa pusara-pusara kaku itu, ada pula yang ke tanah tak kurang juga yang melayang- layang di tiup bayu petang.

Mentari sore kian merunduk ke ufuk barat. Di sebelah selatan langit, remang senja kian kelihatan. Kegelapan malam pula ingin melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Di kejauhan, pada sebatang pokok kemboja yang sama, kelihatan bayangan kabur seorang gadis manis lengkap berkurung putih sedang memandang tepat ke arah Asha. Asha berkali-kali menenyeh matanya. Pada tafsirannya, benarkah apa yang telah dia lihat itu?

Asha lalu tersenyum pada bayangan itu. Kerana Asha amat mengenali bayangan putih itu. Tak dia sangka, senja itu lagi sekali hijabnya yang selama ini telah tertutup kini terbuka semula. Asha cuba mengitari sekeliling, pelbagai jenis rupa jelmaan dilihatnya.

"Kak... Asha doakan moga roh akak kini menjadi lebih tenang di sana!"


-TAMAT-
Karya : Alissa Alee
Suntingan Gambar : DeeFen DF

Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

No comments: