Friday, 12 January 2018

ADORE THE DEVIL PART I - Tuan Muhammad Faiz


ADORE THE DEVIL PART I


“Suspek di dapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 yang membawa hukuman gantung sampai mati.”

‘Tok… Tok… Tok…’

Hakim menjatuhkan hukuman kepada Dr Reza yang ditahan melibatkan kes pembunuhan beramai-ramai. Dr Reza hanya tersenyum menyeringai dan sesekali ketawa kecil. Anggota Polis yang mengiringi pelik dengan tingkah laku Dr Reza.

********************************

Muhammad Reza atau di kenali sebagai Teja merupakan seorang Doktor Pakar yang ditahan polis atas kesalahan melakukan pembunuhan beramai ramai. Teja ditempatkan dalam penjara dan kesnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Tapi, kisahnya amat menarik untuk dirungkaikan. Katanya, dia mendapat arahan daripada Sang Pendeta, individu yang dibunuhnya untuk menyucikan dosa. Cerita itu aku dapat daripada sebuah portal di internet. Tak tahu betul atau tak, atau sebenarnya dia ni ada penyakit mental Schizophrenia. Tapi, kajian doktor menunjukkan tanda negatif memandangkan doktor itu pakcik aku.

********************************

Nama Teja terpampang di dada akhbar. Bukan setakat lokasi rumahnya yang diberitahu, malah biodata kehidupan Teja ramai yang sudah tahu. Timbul dalam hati untuk aku menyelidik rumah Teja. Aku bercadang untuk menyiasat kes Teja dalam diam, bersama Syukri dan Didi. Kami memasuki rumah Teja melalui jalan belakang yang direntang tali dilarang masuk.Tiba tiba..

"Anak bertiga buat apa kat sini?"

Aku segera menoleh untuk melihat siapa yang menegur kami. Seorang pak cik tua bertongkat tersenyum melihat kami menuruni tangga pintu belakang.

"Nama saya Daus, ini Didi dan lagi seorang tu Syukri. Kami hanya ingin melihat rumah Dr Reza untuk penyelidikan kami."

"Oh, Begitu. Pak Cik nasihatkan sebolehnya janganlah masuk ke rumah itu. Tambah pula bawa perempuan."

"Tak apa Pak Cik. Kami nak selidik kenapa Dr Reza boleh jadi macam itu."

"Pak Cik dah nasihatkan. Apa apa jadi, itu risiko kamu sendiri," kata Pak Cik Tua dan melangkah meninggalkan kami.

Aku segera mengumpil pintu belakang rumah Dr Reza. Sewaktu kami melangkah masuk, hidungku menangkap bau yang teramat busuk. Keadaan dalam rumah berselerak penuh dengan sampah, dinding di bahagian dapur penuh dengan contengan. Aku segera mengeluarkan telefon bimbit untuk menangkap beberapa gambar sebagai bukti penyelidikan kami.

"Daus, Didi. Naik atas cepat!" jerit Syukri di tingkat atas.

Kami segera ke atas, ke kamar Dr Reza. Bau hamis darah yang terlalu busuk menusuk ke hidung aku dan Didi. Didi segera berlari ke bilik air kerana tidak lalu dengan bau yang teramat busuk. Pintu bilik tidur Dr Reza di buka. Terlihat sebuah patung beruang besar pemeluk warna coklat tersenyum melihat kami. Menarik! Patung ‘Teddy Bear’ di tengah-tengah lukisan bulatan. Bila dilihat seakan-akan patung untuk pemujaan. Kesan darah terlihat di badan patung itu. Aku mulai pelik.

“Pelik betul. Kes-kes macam ni, polis tak akan tinggalkan bahan bukti. Apatah lagi kalau ada kesan darah,” bisikku dalam hati. Aku cuba mengamati patung besar di lukisan bulatan itu. Tiba tiba...

"Aaarrrgghhh...!" teriakan Didi menggamatkan suasana di dalam bilik Dr Reza.

Aku terus mendapatkan Didi yang ketakutan. Mata Didi terbeliak, tangannya menutup matanya seolah-olah baru lepas melihat sesuatu yang menakutkan.

"Aku nak balik… Tolonglah, aku nak balik!"

Terlihat air matanya mengalir. Aku tahu Didi dalam ketakutan. Aku segera mengajak Syukri dan Didi keluar dari rumah dengan segera. Kami bergegas turun dari tingkat 1.

"Nak balik dah ke?" Terdengar satu suara garau dari tingkat bawah. Langkah kami terhenti di tengah-tengah tangga apabila terlihat asap putih tebal muncul dari bawah.

‘Tap… Tap… Tap… Tap…’

Kami terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga secara perlahan-lahan. Aku dan Syukri hanya mampu terdiam. Didi dah mula menangis ketakutan. Aku terlihat di ruang legar rumah, cermin tingkap yang tidak bergerigi. Aku berlari menuju ke situ, diikuti oleh Didi dan Syukri.

"Kenapa awal sangat nak balik hehehehe?"

Suara itu membuatkan aku terus membuka tingkap dan terjun ke bawah. Arghhh!

Aku menjerit kesakitan akibat hentakan kuat di lutut. Dan aku terus melihat ke atas.

"Didi, Syukri lompat cepat!" Aku menjerit.

Syukri dan Didi melompat tapi aku nampak satu tangan yang besar dan hitam menyambut mereka. Terlihat jelas kepala makhluk dari dalam rumah memerhatikan aku yang kesakitan. Didi dan Syukri ditarik masuk ke dalam rumah. Aku merangkak menuju ke jalan. Entah kenapa, tiba-tiba, tubuhku bergerak sendiri. Aku bangkit dari merangkak dan terus meluru ke arah kereta yang bergerak laju. Dan...

Aku tersedar di hospital, seluruh tubuhku berbalut. Pak Cik yang menasihatkan kami tempoh hari ada disisi.

"Awal-awal lagi Pakcik dah cakap, jangan masuk rumah Dr Reza tu. Bahaya. Dr Reza tu penyembah syaitan, macam manalah nasib kawan kawan kamu tu."

Air mata ku mengalir, teringat pada Didi dan Syukri.

“Aku tak akan berdiam diri, aku kena cari Didi dan Syukri.” Tekad aku dalam hati. Kehilangan Didi dan Syukri terus menjadi misteri.

*******************************************

Secara tiba-tiba, Dr Reza ketawa terbahak-bahak di dalam penjara.

"Hahahahahaha!… Cukup 44… Hahahaha!"



Suntingan: Kucing Kelabu
Gambar: Gongpal Topek

Karya ini adalah hak milik penulis dan Arkib Angker Negera.
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: