Monday, 25 December 2017

SYAM PART 2 - Cik Edot


SYAM PART 2
Nukilan: Dee Edot

===================================
Aku menekup hidungku rapat kerana tidak tahan dengan baunya. Bilik itu gelap dan kelam tanpa cahaya. Aku mengeluarkan hp dari handbag, button flash light ditekan. Nyalaan kusuakan ke dinding untuk mencari suis lampu.
Jumpa! Kemudian aku terus sahaja memetik suisnya. Lampu kalimantang yang dinyalakan berkedip-kedip, mataku sedikit berpinar sebelum ianya terang secara total. Suasana yang gelap gelita tadi bertukar wajah. Terang tapi....
Allahhuakbar!
Bilik apa ni?? Tak ubah seperti tongkang pecah. Bilik yang tidak berkatil,hanya terdampar tilam nipis yang buruk dan berlendir. Timbunan baju dan seluar merata yang berbau tengik dan hapak.
Hanya beberapa helai kemeja dan seluar slack disangkut bertutupkan plastik dobi. Bekas makanan juga bersepah diatas lantai. Ulat-ulat sampah berkutik-kutik menghurungi sisa-sisa makanan. Ada yang merayap perlahan, ada yang menggelitik melompat-lompat.
Aku geli geleman!! Air liurku tersangkut di kerongkong. Aku memerhati sekeliling bilik.Tingkapnya ditutup penuh dengan kad board bewarna hitam. Mataku jatuh melorot ke suatu sudut kanan bilik. Hamparan balang-balang kaca jernih memenuhi ruang sudut itu.
Hatiku terdetik untuk mendekati. Kakiku berjalan terinjit-injit mengelak sisa makanan dan ulat-ulat tadi. Sebuah balang kucapai melihat isi kandungannya. Ya Allah!!! Balang kaca ditangan terlepas jatuh ke lantai dan berderai.
Isinya berterabur. Tulang temulang?? Belum hilang debar dihati, mataku tersorot pada balang-balang kaca yang lain. Cepat tanganku menekup mulut. Aku kaget. Setiap isi kandungannya aku amati dengan payah.
Sebalang lipas hidup? Sebalang cacing tanah? Sebalang ulat berengga yang bergerak rakus bagaikan menghurung sesuatu! Sebalang cicak yang kudung ekornya. Malah aku perhatikan badan cicak-cicak itu bagai diselar-selar kulitnya. Dan berbalang- balang lagi serangga hidup yang lain.
Kepala aku sakit. Tekak menahan loya. Allahu, jenis manusia apa yang aku bercinta ni?? Aku tidak betah lagi berada disitu. Aku ingin cepat keluar.
Baru sahaja kakiku melangkah, mataku buat sekian kalinya terpaku apabila menyedari terdapat satu mural yang terlukis pada dinding.Aku amati. Jelas. Terdapat mural dua batu nisan terlukis. Ada berpuluh-puluh keping gambar yang tertampal memenuhi ruangan mural tersebut.
Masyaallah!! Gambar aku??
"Amoi!!!"
Aku tersentak. Aku melihat Aunty sudah tercegat di depan pintu bilik. Dia kelihatan menekup mulut dan hidungnya. Aku faham.
Pasti dia juga tidak betah menahan bauan bilik Syam yang seperti rumah sampah itu. Aunty menggamit aku keluar. Aku akur. Pintu bilik kututup dan dikunci kembali.
"Aiyaa...lu punya tunang sudah gila ka? Tengok dia punya bilik,manyak busuk ooo... Lagi manyak kotor!"
"Tunang??Siapa cakap?"
"Syam lah.. Dia penah kasi tunjuk saya lu punya gambar. Dia cakap lu olang mau kawin ma."
"Saya kawan dengan dia sahaja Aunty. Tapi, sekarang saya pun tak tahu mahu cakap apa. Saya takutlah. Aunty rasa Syam ni gila ke? Aunty tahu apa-apa pasal Syam? Cerita pada saya. Please..."
DARI CERITA AH SO
Lokasi: Ruang tamu,rumah.
Aunty merupakan tuan rumah tempat Syam menyewa. Beliau merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya yang masing-masing menetap di Australia dan singapore kerana berkahwin dan bekerja disana.
Kerana cintanya yang begitu mendalam pada mendiang suaminya, maka dia berat hati meninggalkan bumi Malaysia untuk mengikut anaknya. Jadi dia memilih untuk tinggal terus di rumah miliknya dan suami ini.
Tetapi kerana kesunyian yang memberat di pundak hati, akhirnya dia memilih untuk tinggal di rumah orang-orang tua kerana disana dia punya ramai kawan. Jiwanya tidak lagi sunyi dan rasa kehilangan. Sayang untuk dibiarkan rumahnya kosong, akhirnya dia membuat keputusan untuk menyewakannya.
Pada awalnya, hanya Suzie dan Tan sahaja yang menyewa bilik d rumahnya sebelum kehadiran syam 6 bulan lalu. Dia berkenalan dengan Syam semasa berada di rumah Orang-orang Tua Sinar Kasih.
Syam hadir sebagai sukarelawan yang membantu membersihkan kawasan sekitar disamping menghiburkan kami disana. Dia seorang pemain gitar yang baik, dan dia juga seorang pelukis yang berbakat.
Di sana, Syam banyak menghabiskan masanya melayan Aunty bercerita mengenai kisah lalu bersama mendiang suaminya. Begitu juga Syam,dia berkongsi serba sedikit latar belakangnya.
Kata Syam, dia merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan di beberapa rumah keluarga angkat. Kini hidupnya sebatang kara. Sejak dari itu,mereka menjadi rapat. Syam kerap kesana walaupun tiada program sukarelawan yang berlangsung.
Suatu hari Syam datang bertemunya dengan wajah yang sugul. Selepas berulang kali ditanya, akhirnya Syam memberitahu masalahnya. Menurut Aunty, Syam mengalami masalah kewangan. Dia diberhentikan kerja dan tidak punya tempat tinggal.
Aunty simpati dengan keadaannya. Memandangkan sebuah lagi bilik dirumahnya masing kosong, jadi Aunty menawarkan Syam untuk tinggal disitu tanpa bayaran.
Tetapi selepas sebulan menetap disitu, Syam dapat kerja dan dia membayar duit sewa walaupun tidak diminta.Pada pandangan Aunty, Syam punyai pekerti yang baik.
Berselang 4 bulan kemudian, Suzie salah seorang penyewa bilik di rumahnya ada menghubunginya. Kata Suzie, dia hendak pindah keluar dari rumah berkenaan. Atas alasan tidak 'ngam' dengan Syam.
Kata Suzie,Syam seorang lelaki kurang siuman. Aunty begitu yakin bahawa Suzie hanya mereka-reka cerita kerana sebelum mendapat panggilan dari Suzie, Syam terlebih dahulu menemuinya. Kata Syam, Suzie sangat membenci Syam hanya kerana Syam solat di rumah itu.
Bagi pendapat Aunty, apa yang Suzie lakukan adalah tidak betul. Hak beragama adalah hak mutlak semua orang. Oleh itu, Aunty tidak sedikit pun merasa terpengaruh dengan kenyataan Suzie.
Hal itu tidak berhenti disitu bilamana selang seminggu Suzie keluar dari rumah, Tan pula ikut menyusul. Kata Tan, dia juga pindah keluar kerana tidak tahan dengan sikap Syam. Aunty sekali lagi tidak bias dengan kenyataan Tan kerana dia yakin bahawa Syam adalah anak yang baik.
Pekerti Syam tidak ubah seperti mendiang suaminya yang sangat penyayang dan bersopan santun. Selepas Suzie dan Tan keluar, Syam hanya tinggal menyewa seorang diri di rumah itu atas permintaan Syam sendiri.
Dia membayar sewa penuh. Setiap hujung bulan Aunty akan ke sana mengutip sewa. Kenapa tidak di bank in? Aunty memilih untuk mengutip sewa sambil menziarahi rumah kesayangannya.
===================================
"Aunty. Suzie dan Tan tak beritahu kenapa mereka pindah? Maksud saya, apa yang Syam lakukan pada mereka?"
"Ada amoi...ada. Saya ingat lagi."
===================================
DARI CERITA SUZIE
Aku dalam ni adalah Suzie.
"Max!!"
"Max! Hey,where are u buddy?"
Pulang dari kerja. Aku mengelilingi sekitar rumah menjerit dan mencari anjing kesayanganku,Max. Sudah dua hari kelibatnya tidak kelihatan.
Entah kemana lah agaknya dia barangkali. Usai mencari diluar rumah,aku masuk mencari didalam. Hampa. Dari ruang tamu aku nampak Syam berada di dapur.
"Hei Syam. Busy ke? You ada nampak Max tak? Penat I cari tapi tak ada.Kalau you nampak, please let me know ya."
"Nope. I tak nampaklah Suzie. Hey,kebetulan you ada ni. I nak belanja you makan. I made a special soup. Have a sit dear."
Syam menarik kerusi meja makan untuk mempersilakan aku duduk. Such a sweet guy.
"Wow..baiknya you. Thank you." Sup dihidangkan Syam untukku.
"Ehh,you tak makan sekali ke?"
"I dah makan tadi. I teman you ya. Enjoy your meal,my dear." Satu senyuman indah dihadiahkan buatku.
Aku menghirup sup berkenaan perlahan kerana masih panas. Ermmm...sedap. Aku mencedok kuah sup itu sekali lagi dan masuk ke mulut.
Ternyata, sup dari hasil tangan Syam sangat menakjubkan. Rasanya begitu sedap. Ya,daging dalam sup itu juga begitu lembut dan manis seperti daging yang sangat fresh.
"Nyummm...sedapnya! Pandai you masak. By the way,ni daging apa ya?I think ni bukan ayam kan? Maybe a rabbit?" Syam tidak menjawab tetapi hanya senyum sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Aku meneruskan hirupan. Kemudian aku cedok sudu ke dasar dalam mangkuk untuk mengaut isi daging. Tetapi aku aneh.Suduku seolah-olah berlaga dengan besi.
"Tinggg"
Kemudian, aku mencedoknya hingga naik ke atas permukaan kuah. Mataku terpempan. Sudu yang tadi berada digenggaman,terlepas jatuh.
Aku melihat tag nama 'Max' di dalam mangkuk. Tiba- tiba jantungku berdegup laju. Sementelah,aku mendengar kekekan ketawa Syam yang begitu kuat. Dia seperti sedang mempersendakan aku.
Sial!!!
"Sedap tak daging Max? You tak nak tambah lagi??"
"You bunuh Max!! But why??"
"I tak boleh tahan my dear. Anjing you bising sangat. I tak boleh fokus tengok gambar girlfriend I. Gungg... gunggg.... bising!"
Syam menekup kedua-dua cuping telinganya.
"You memang gila!! I akan report polis then I akan bagitau aunty pasal ni. Biar dia halau you!" Aku menangis menahan marah.
"Silakan... bagi tahu satu dunia pun I tak hairan. Kita tengok,siapa yang mereka lebih percaya bila I cakap you seorang betina yang bencikan Islam. kaki Provokasi. Marahkan I kerana agama I? Hahahahaha....hahahhaha..."
"You memang gila.Gila!!!! I hate you!!"
Aku bangun dan berlalu dari situ. Aku call Aunty beritahu pasal Syam. Esoknya,aku pindah keluar.
DARI CERITA TAN
Aku dalam ni adalah Tan.

Aku merupakan seorang pelajar praktikal di sebuah syarikat besar. Aku anak jati Ipoh,dari keluarga yang sederhana.Demi untuk mengubah nasib keluarga,aku belajar bersungguh-sungguh.
Aku seorang jejaka cina yang tidak kurang handsomenya. Aku nampak normal tapi kecenderungan nafsuku lebih kepada kaum sejenis. Pada satu hari aku membawa pulang 'teman lelaki' ku ke rumah.
Sebelum ini aku tidak pernah sekalipun heret dia ke sini kerana rasa segan yang menebal dengan Suzie. Suzie jenis konservetif dan agak kuno. Tetapi selepas Suzie keluar rumah tanpa sebarang nota 5 hari lepas, aku seolah-olah mendapat kunci kebebasan.
Semasa tiba, aku terlihat Syam berada di ruang tamu sedang duduk santai sambil merenung gambar kekasihnya mungkin.
Aku agak janggal serumah dengannya kerana dia tidak pernah menegurku sepertimana dia dengan Suzie. Ahh,lantaklah!
Kami masuk dan terus naik ke tingkat atas tanpa menegurnya. Apa yang pasti, aku nampak dia seakan kurang senang memandang kami. Matanya sungguh tajam menikam.
Malam tu sedang aku bermesra dengan kekasih hati, tiba-tiba dinding bilikku yang bersebelahan bilik Syam diketuk bertalu -talu tanpa henti. Bunyinya seolah-olah dia menghentak satu objek keras ke dinding.
Pada mulanya, aku buat tak tahu tetapi lama kelamaan bunyi itu terasa sangat mengganggu dan membingitkan telinga. Kacau projek orang je!! Aku keluar dari bilik menuju ke bilik Syam.
Pintu biliknya aku ketuk. Tiada jawapan. Bunyi hentakan tadi masih kedengaran. Tiada tanda-tanda untuk berhenti. Aku jadi fed up!! Kami keluar malam tu dan menginap di hotel sahaja.
Keesokan malam harinya,aku tiba di rumah sendirian. Sekali lagi, Syam berada di ruang tamu masih dengan sekeping gambar yang tekun ditenung.
"Cehh,hot sangat ke awek dia tu.Meluat!" Monologku sendiri.
Aku seperti biasa,naik ke tingkat atas tanpa memperdulikannya. lnsiden semalam masih berbekas dihati.Kunci mendarat di lubang tombol pintu. Ktekkk.. aku menolak pintu bilik dan masuk..
"Arghhhhhhh!!!!!" Aku menekup hidung.
Bilik ku berbau busuk!!Seluruh cadar tilam dipenuhi dengan tahi. Bukan itu sahaja, malah dinding bilik turut dipalit dengan tahi dengan kesan tapak tangan.
Pakaianku berterabur, seluar dalamku dilubangkan dibahagian dubur. Semuanya habis ditabur dengan serbuk kunyit. Lantai di simbah air kencing. Sialll!!!! Memang nak cari mati kau Syam. Aku lantas berlari menuruni anak tangga.
Aku perlu buat perhitungan dengan mamat psycho ni!!
"Hei setan!! Apa yang kau dah buat dengan bilik aku ha? Kau ni memang celaka kan!!"
"Ehhh,kunyit?? Kau ada suara? Aku ingat kau bisu selama ni?"
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha? Aku bunuh kau setan!!"
"Hahhaha.. kunyit!! kunyit!! Woii sendu. Jalan kau pun bengkok ada hati nak bunuh aku. Kau cucuk tang sini,kau cucuk tang sini..mana-mana pun boleh. Hahahaha,seram nihhh.." sambil jari Syam menunjuk ke bahagian otot-otot di badannya.
"Arghhhhhh. Aku report polis! Aku bagitahu Aunty!"
"Hahhaha..Silakan. Ohh,sebelum terlupa, kau kenal tak nombor telefon ni. 0...4...-1..2..3.4..5..6..7...8?? Apa kata kalau aku call parents kau bagitau pasal anak diorang sebenarnya kunyit??"
"Sial kau Syam!!!Gila!!"
Aku berlari naik ke atas,ambil apa yang patut. Aku call Aunty beritahu segalanya. Itulah hari terakhir aku dirumah itu.
===================================
Lokasi:Ruang tamu,rumah
Aku meminta diri dari Aunty kerana aku sudah agak lama berada si situ. Waktu lunch juga sudah sejam berlalu.Aku meninggalkan kawasan rumah Syam dengan seribu tanda tanya.
Setiap apa yang diceritakan oleh Aunty sebentar tadi bagaikan satu mimpi ngeri bagi aku. Bagaimana aku boleh berkawan dengan seorang lelaki begitu? Tanpa periksa asal usul dan latar belakangnya, aku mudah menerima.
Sekelip mata, cinta aku bubar. Jujur, timbul perasaan takut dengan Syam. Hari itu juga aku meletakkan surat perletakan jawatan.
Setelah berbincang antara dua pihak, majikanku bersetuju untuk aku membayar hanya sebulan nilai gaji sebagai tebus tempoh notis berhenti.
Maka aku berjaya melenyapkan diri dari Syam. Pindah rumah, tukar no telefon dan tempat kerja baru. Syam?? Wallahualam.
==================================
PECAH MASUK
Aku dalam ni adalah Sofea.
Setelah aku menceritakan perihal aku dan Syam pada Razlan, dia meminta aku untuk lebih berhati-hati dan bersabar. Katanya, sebulan sahaja lagi kami akan pindah masuk ke rumah baru kami, sebuah kondominuim yang punyai kawalan keselamatan yang ketat dan menggunakan kad akses untuk dimasuki.
Buat sementara waktu, kami tinggal di rumah sekarang. Dia juga berpesan agar aku berteman semasa lunch atau pun tidak perlu keluar office. Pergi dan balik kerja juga aku akan dihantar dan di ambil olehnya. Buat seketika,aku rasa selamat sehinggalah berlaku satu kejadian.
Kami pulang agak lewat malam itu kerana bertemu sahabat kami di Puchong atas beberapa urusan. Kami tiba di rumah jam 11.00 malam. Aku terlebih dahulu mendekati pintu rumah. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati solex di pintu grill sudahpun terbuka.
Setahu aku Razlan sudah menguncinya sebelum kami keluar petang tadi.Aku memanggil Razlan. Aku tunjukkan pada dia keadaan pintu grill dan solex. Dia kehairanan. Lalu dia mencapai batang mop yang berada di luar rumah,kemudian dengan perlahan masuk ke dalam.
Setelah habis membuat pemeriksaan di segenap sudut, kami dapati tiada sesiapa yang berada dalam rumah kami. Malah tidak ada satu pun barang-barang berharga kami yang hilang. Kecuali........ semua album perkahwinan kami di selongkar dan bertaburan diatas lantai ruang tamu.
Gambar Razlan di cungkil sehingga melopong. Maksudnya setiap gambar kami bersama, wajah Razlan tiada. Diatas meja makan pula terhidang Maggie sup berperisa ayam yang ditabur atasnya lipas-lipas yang sudah mati! Aku loya dan muntah.
"Ini tak boleh jadi!Kita kena report polis. Dah lebih ni sampai pecah masuk rumah." Aku akur.Itu lebih baik.
Bersambung jam 10.30
.....................................................................

Gambar: Kamenrider
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: