Padah Si Celupar 4 : Berakhir Sebuah Perjanjian
Karya : Mehmet U'mar
Petang jumaat yang sangat suram, pada hari tu kedengaran hujan turun dengan lebat sekali menitik atas bumbung zink rumah seolah mengerti akan keadaan yang aku alami ketika ini. Kedinginan yang menusuk terus ke tulang belulang badan telah aku selimuti dengan toto yang tebal dan selesa. Dikala orang lain sedang sedap beradu atas tilam yang empuk pada keadaan hujan di petang hari macam ni, aku masih dalam keadaan "mood" yang sangat hiba serta mengalirkan air mata ku seolah olah tanda seperti akan kehilangan seseorang.
Aku beristighfar dan berzikir mengingati tuhan yang Maha Agung. Namun itu semua belum mampu lagi untuk memadamkan keresahan diminda kepala ku akan khabar duka yang aku terima bermula jam 11.30 pagi tadi...
Di awal pagi yang dingin.
Umi mengejutkan aku dari lena untuk mengerjakan solat subuh seperti biasa. Aku yang masih dalam keadaan mamai mendengar pertanyaan umi serta merta menunjukan keadaan muka yang hairan melihat setelah mengejutkan aku.
Umi: Zira kenapa tidur atas sejadah ni? Malam tadi Zira buat solat tahajud ke?
Getus hatiku,aku masih blurr akan pertanyaan umi dan terus fikiran aku terlintas akan mimpi yang aku alami malam tadi yang membingungkan jiwa dan perasaan aku. Seingat aku sebelum aku nak tidur semalam memang niat aku nak baca yasin dulu sebab sudah menjadi kebiasaan aku pada malam jumaat aku memang suka baca yasin..tapi lain pulak jadinya, baru sahaja mula nak buka bacaan yasin terus aku tak sedar apa dah.
Aku tahu memang ada antara korang persoalkan kisah yang aku coretkan disini true story atau fiksyen semata semata? Aku paham niat pertanyaan sebab korang sebagai pembaca kisah kisah seram ni korang ada hak untuk mengetahui samada kisah sebenar ke kisah fiksyen..jawapan korang tu aku akan jawab di akhir kisah terakhir yang aku nukilkan ni ye..nasihat aku satu je..ingat,Allah tu sebaik baik penghitung dan Maha mendengar samada melalui lisan mahupun bisikan hati. Korang nak komen apa pon aku tak kisah aku tetap baca dan ambil semangat yang positif buat penulis yang baru macam aku..
Kembali kepada pagi tu masa umi kejutkan aku. Pertanyaan umi aku tak jawab sebab masa tu memang aku sedang termenung fikiran aku melayang akan segala kejadian dan mimpi yang baru aku alami malam tadi..
Umi: Zira, umi tanya ni kenapa tidur kat sejadah ni..tak sakit badan ke?kenapa tak tidur atas katil je?
Aku: Umi malam tadi Zira mimpi something la pasal keturunan kita.
Raut wajah umi aku masa ni terus terkedu dan terdiam seketika. Tanpa membuang masa umi menyuruh aku mengambil air sembahyang dahulu untuk mendirikan solat subuh secara berjemaah dengan ahli keluarga lain. Dan menurut kata umi lagi selepas solat subuh umi menyuruh aku ceritakan apa yang aku mimpi malam tadi.
Setelah selesai memberi salam solat subuh yang di imamkan oleh ayah. Aku merasakan badan aku kaku dan tidak dapat bergerak seolah ada kuasa lain yang mengawal badan aku ketika ini. Umi dan embahku berada kiri dan kanan sebaris saf yang terakhir manakala abg long dan angah pula didepan kami. Masa ini aku hanya penglihatan aku mula kabur serta pendengaran aku mula makin lama makin hilang serta segala kudrat aku seperti di ambil alih oleh satu kuasa ghaib yang aku sendiri tidak tahu apa benda.
1 jam selepas solat subuh kemudian..
Umi: Zira bangun Zira bangun.
Mata ku buka perlahan lahan, kain telekung masih lagi terpakai di tubuh ku..dihadapan aku ada umi ayah,embah serta abg long dan abg ngah dalam keadaan muka yang gelisah melihat aku yang baru tersedar dari pengsan selepas solat. Dalam kesamaran, aku tersedar ada orang lain berada dikalangan ahli keluarga aku ketika ini siap berpakaian jubah putih dan berserban lilit dikepala. Apa yang jadi pada aku tadi?Seingat aku umi ada mengejutkan aku solat dan selepas solat aku dah tak ingat apa dah.
Aku: Umi kepala Zira pening sangat umi Zira pengsan ke tadi?
Aku melihat umi berpandangan kepada ayah. Menurut ayah ketika aku tidak tidak sedarkan diri...
Umi: bang Zira pengsan ni bang..ibu kenapa dengan Zira ni..
Ayah: Ya Allah anak aku..along pergi dapur kejap ambil semangkuk air.
Abg long: Ok ayah.
Embah Bedok: Zainal anak kamu Zira ni dah kena sampuk ni ..lain macam je ibu tengok..
Umi: Lain macam yang macam mana tu ibu?
Semangkuk air sudah sampai dibawa oleh abang long..
Embah bedok: Along bagi embah air tu..
Bacaan ayat suci Al Quran di atas air dan dihembus oleh embah. Belum sempat pun embah menyapu muka aku....
Aku: Hahahhaa....kamu cucu ku ngak usahlah ajarin cicit aku ni. Aku penjaga dia aku yang akan melindungi dia dari mulut mulut manusia yang menghina keturunan ku...hahhahaha...
Embah bedok: Aku ngerti kok akan kamu yang berasal dari makhluk terkutuk..dan aku juga tahu apa yang cucu aku ni alami . Sememangnya kau adalah Dayang. Yang menjadi penghubung perjanjian dengan syaitan antara moyang aku Seri Fatimah bukan?
Dayang: Ya memang aku Dayang yang menjadi penjaga dan pendamping buat keturunan mu. Aku cukup tak suka orang lain masuk campur akan urusan keturunan ku dan aku sangat benci orang lain menghina mencaci cucu cicitku. Kau goblok kau abaikan cicitku ini..biar aku yang menjaga diaaa hahhahaha
Embah bedok: Kau bukan dari darah daging ku , kau mahkluk tuhan terkutuk syaitan!!( marah sungguh embah aku masa ni tak pernah umi dan ayah melihat embah dengan muka yang garang macam ni)
Embah terus mengalunkan bacaan ayat suci Al Quran di bekas air tanpa mempedulikan caci maki aku yang sedang kerasukan dan embah terus menyapukan air dimuka aku dengan berkata.
Embah: Lebih baik engkau keluar dari tubuh cucuku sekarang jika tidak aku akan suruh kiyai sembelih engkau!!
Aku: Aku ngak mau aku ngak mau!!!kau fikir aku takut!! Dia sedarahku dia empunya diriku aku menjadi pemiliknya sampai kiamatttt!!!!
Ayah melihat aku dalam keamukan yang dasyat selepas Embah bedok aku berkata sedemikan.
Embah: Zainal aku kenal orang yang boleh selesaikan masalah anak kau ni. Kau pergi ke hujung kampung. Ada nampak madrasah lama. Belakang tu ada rumah orang alim. Kau jemput dia kemari. Kau katakan kau menantu aku dan aku perlukan pertolongan dia. Nama orang tu Kiyai Haji Salleh.
Ayah tanpa membuang masa mengajak abang long pergi ke rumah seseorang di hujung kampung. Keadaan aku masih lagi dalam amarah sehingga terpelanting jugak la abg ngah aku yang sado tu aku tendang. Kesian abang aku yang sorang ni. Semasa dalam keadaan ni, Umi aku kata muka aku tersangat la pucat, mata timbul urat urat merah.
Setiap kali embah dan umi membaca ayat suci kalimah Allah, aku menjerit sekuat hati dan terus memaki hamun sesiapa sahaja di depan aku ketika ini. Menurut umi lagi, sedang mereka semua menanti ayah mencari kiyai, aku yang sedang kerasukan tiba tiba berbahasa jawa lama yang umi aku pon tak dapat nak paham apa yang aku tuturkan, hanya embah sahaja yang dapat menterjemahkan apa yang aku kata ketika aku dirasuk.
" Sampeyan ora ngganggu keturunanku. Aku iki penjaga saka leluhure maneh. Aku ora bakal melu karo cucuku hahahaha"
"Kau jangan masuk campur hal keturunan aku. Aku adalah penjaga dia sejak dari moyang dia lagi . Aku tidak akan boleh berpisah dengan cicit aku hahahaha"
Umi melihat embah seperti mengikut rentak aku yang sedang dirasuk mahkluk jahat seraya embah berbalas ungkapan jawa dalam keadaan yang tenang serta tegas..
"Karo jeneng saka Allah, ing kang Nyithak, Maha Asih...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyang"
"Paling umum saka njaga paling dhuwur..Gusti Allah iku gedhe!!
Yang maha penjaga yang tinggi..Allah Maha Besar!!!!"
Selepas kalimat kebesaran yang embah ungkapkan kepada aku jawapan makhluk yang merasuk aku tetap dengan keputusanya sehingga membuatkan ahli keluarga aku tidak lagi memandang mudah akan saka yang telah menjadi darah daging kepada keturunan aku..
"Aku ora care, Aku bakal ngurus sing turunane nganti kiamat!!
Aku tidak peduli, aku tetap akan menjaga keturunanya sehingga kiamat!!!"
Dunia aku kembali gelap, baru sebentar aku melihat dan mendengar akan percakapan dari mulutku bersama embah yang berbahasa jawa. Aku tidak mampu membuat apa apa seolah seperti patung yang mana seluruh tubuhku dikuasai dan diganti oleh sesuatu yang jahat sehingga membuat aku meracau tidak tentu hala dan mengamuk seperti seekor lembu yang telah disembelih.
Setelah aku terjaga apabila umi mengejutkan aku dan dihadapan ku ketika ini mempunyai ahli keluarga dan seseorang yang kelihatan seperti orang alim. Aku tidak bermaya, umi menyuruh aku berehat dahulu dan menemani aku tidur kembali. Ayah serta yang lain ke ruang tamu untuk berbual sebentar mengenai hal aku dengan ustaz yang baru tiba ke rumah ketika aku mula sedar dari dirasuk. Dari pengetahuan aku umi beritakan beliau adalah salah seorang anak murid Kiyai Haji Salleh yang mana hari ini Kiyai tidak ada dirumah kerana ada urusan rawatan pesakit ditempat lain.
Jam tepat pukul 11.30 pagi..
Bunyi seakan panggilan dari handfone ku. Aku mulai bangun serta melihat nama Ayu kembali tertera di screen handfone lantas aku cepat cepat mengangkat panggilan itu. Seperti yang dijangka..mak kepada si Ayu yang membuat panggilan kepada aku sekali lagi dan kali ini nada suaranya tersangat marah kepada aku seolah olah aku telah membuat kesalahan yang amat besar..
Mak Ayu: Hey Zira! kau ni dah buat apa kat anak aku sampai sekarang anak aku sakit! kau nak main bomoh dengan aku ke?
Aku: Saya tak buat apa pon makcik.
Mak Ayu: Kau jangan nak tipu aku, sebelum ni anak aku tak pernah sakit sampai macam ni sekali dan sampai sekarang anak aku duk sebut "maafkan aku Zira" banyak kali dah..sekarang ni aku tengok anak aku hampir nak mati disebabkan kau..kalau anak aku tak elok lagi nahas kau ..satu keluarga kau aku bunuh!......(Panggilan Tamat).
Air mata aku terus bercucuran jatuh membasahi pipi, aku hiba dan aku sedih dengan apa yang terjadi kepada diri aku yang mana seumur hidup, aku tidak pernah alami hal yang sedimikian rupa. Umi ketika ini masih dibilik bersama aku bertanya kan hal yang sebenarnya apa yang dah terjadi sampai aku menangis teresak esak dan aku terus menceritakan kepada umi atas apa yang berlaku pada Ayu dan juga Rohana serta tidak terkecuali sahabat karibku semasa di kolej dan masih lagi berterusan sehingga kini diganggu.
***
Setelah bermenung dan berkurung seorang diri dalam bilik sampai petang, melayan perasaan hiba akan berita mengenai Ayu yang aku tidak pasti sampai bila akan berakhir..pintu bilik aku diketuk oleh sesorang berserta dengan panggilan nama ku.
"Zira...kamu ok ker?kenapa terperap jer dalam bilik dari pagi tadi..tak lapar ke?"
Aku terus meluru ke pintu bilik dan membuka kerana aku kenal akan suara umi diluar bilik yang sudah semestinya sangat mengambil berat tentang diri aku atas apa yang telah terjadi kepada anaknya sejak akhir akhir ni.
Umi: Zira umi faham keadaan Zira sekarang ni..tapi jangan la seksa diri sampai tak mau makan langsung, nanti Zira yang dapat sakit umi dengan ayah jugak risau..jom makan dulu..ayah dengan embah pon ada sekali kat dapur tu.
Aku hanya berdiam diri dan masih dalam keadaan lemah. Langkah longlai menuju ke arah meja makan di dapur, kelihatan ayah dan embah sedang menanti kedatangan aku dari bilik untuk bersantap makanan petang. Hujan masih lebat ketika ini..aku hanya mampu menjamah kuih karipap yang dimasak oleh umi, nasi aku biarkan buat seketika kerana tekak ku ketika ini tidak dapat menerima sebarang butir nasi yang dimasak juga oleh umi bersama lauk kari ayam. Mood ku telah hilang untuk berbicara, hanya kepiluan dan kesedihan yang merajai jiwa ku ketika ini akibat berita yang aku terima dari panggilan mak kepada Ayu pagi tadi.
Dalam kesedihan ketika sedang mengunyah kuih muih sebagai alas perut. Embah mula membuka bicaranya terhadap aku.
Embah: Zira embah tahu apa yang sedang menganggu kamu. Cuma buat masa ni embah nak kamu selalu berzikir ingat Allah. Kuatkan pelindung diri dengan ayat ayat Allah. Memang keturunan kita ada tersilap langkah melalukan perjanjian dengan syaitan tapi itu cerita lama Zira dan embah pon pelik kenapa dalam banyak banyak keturunan kita benda tu nak munculkan diri melalui kamu.
Aku dengan spontanya memberikan sepatah dua kata "TIDAK TAHU" dan aku tidak mahu tahu..terus aku masih mendiamkan diri. Aku benci akan hal begini. Memang persoalan embah itu juga menjadi tanda tanya kepada otak fikiran ku. "KENAPA AKU?"...
Aku: Zira mintak maaf umi, ayah dan embah..Zira memang tak tahu.
Umi: Tak apa lah Zira. Yang penting ingat pesan embah selalu dekatkan diri dengan Allah dan ingat selalu, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pelindung. Zira tenangkan la diri..pergi mandi dulu bersihkam diri. Ada apa apa panggil umi dan ayah ok.
Rasa bersalah aku akan jawapan yang aku kira kurang sopan tadi terubat. Ternyata orang tua ku ketika ini sangat mengerti akan apa yang aku alami sehingga membuatkan diri aku beralih kearah yang suram, terus dalam keadaan hiba, makin kurang berbicara dan semakin kurang untuk ceria.
Masih aku ingat ketika malam itu. Malam sabtu yang pada awal paginya aku dirasuk dan juga mendapat khabar yang membuatkan aku terus resah dan gundah gulana. Pada waktu maghrib hinggalah ke isyak. Aku tetap berkurung dibilik bertemankan air mata mengenangkan apa yang telah terjadi pada rakan ku Ayu, Rohana dan juga Siti. Tiba tiba dari keadaan yang tenang senyap sunyi dalam biliku ketika itu bertukar kepada keadaan yang kembali menakutkan diri ku.
Tingkap bilik bergetar. Bau bangkai yang terus menusuk ke rongga hidungku. Darah gemuruhku mula membakar jiwa. Ketakutan kembali beraja. Mulut bagai dikunci untuk mengeluarkan walau sepatah kalimah kalimah tauhid. Aku terpampan duduk bersila bersilang kaki kanan keatas lutut kiri. Seolah pendekar yang sedang menghadapi marah bahaya. Keris berbalut kembali kelihatan di sebelah ku, Satu suara yang ku kenal sedang berbisik di telinga.
"Ziraa keturunanku sayang..serulah aku, kita sejiwa..aku pelindungmu..disaat ini ada musuh sedang menyerang balas terhadap mu"..
Jasadku kaku. Penglihatan ku semakin jelas kelihatan keris disebelah dan mulutku kembali mengeluarkan kata mantra yang aku pernah mendengarnya di dalam mimpi..
"ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA....”
Tanganku tanpa diarah terus memegang keris. Aku kembali dikuasai oleh makhluk durjana. Keris ku cium dihilir. Satu aura hebat terasa. Dan serta merta dunia ku kembali kelam. Hitam seluruh penglihatanku....
"Laailaahailallah...laailaahahilallah..."...sayup sayup satu suara memuji Allah terbisik ditelingaku...semakin lama semakin jelas..sedikit demi sedikit mata ku buka..dari penglihatan kabur..sedikit demi sedikit pula penglihatan pancainderaku sudah mula peka pada keadaan disekelilingku.
Keadaan aku kembali lemah dan tidak bermaya. Kali ini tiada siapa dihadapan ku sedangkan suara siapa yang aku dengan berzikir tadi?. Hanya lampu bilik masih yang menyala. Aku melangkah longlai membuka pintu bilik dengan tujuan mencari umi dan ayah. Malangnya tiada siapa yang aku jumpa didalam rumahku, sepertinya ahli keluarga ku telah keluar dari rumah. Tapi yang amat menghairan aku. Kenapa kenderaan orang tuaku masih lagi berada dihalaman rumah?aku mencari abang abang ku pula. Mereka juga tiada. Dan tiada seorang pon yang menyahut panggilan seruan dariku.
Apa yang telah terjadi?mana pergi semua orang?tadi aku rasa seperti diganggu dan mendengar suara tak lain tak bukan suara Dayang Fatimah. Tetapi kenapa tiada kelibat dia juga? Perasaan ku ketika ini bercampur baur. Seolah terkurung didalam dimensi lain. Adakah aku bermimpi didalam mimpi? Aku tidak berputus asa dan aku kembali ke bilik ku untuk mengambil handfone serta menghubung ayah. Tetapi setelah aku membuka pintu bilik untuk masuk kedalam...terus aku menjerkah apabila didepan ku kini aku ketahui ialah Dayang Fatimah...
"Apa lagi yang kau nak dari aku?aku tak suka kau dalam hidup aku iblis laknatullah!!!"
D.Fatimah: Sabar cicitku sayang..usah bikin keributan begitu.. aku mahu tunjukan kau sesuatu akan musuh dikau...
Aku: Musuh?sapa musuh aku?aku tak ada musuh..kau jangan nak permainkan aku! Mana ahli keluarga aku semua?kenapa sorang sorang ni hah!
D.Fatimah: Usah kau biadap! ....
Tiba tiba Dayang Fatimah menghilang dan dalam sekelip mata dia berada disebelah kiri ku. Aku kaget, seolah kaki terpaku pasak di bumi. Suara tidak dapat ku ratapi lagi. Dayang Fatimah memegang tangan kananku. Secara spontan aku menggengam erat pegangan nya dan yang pasti bukan atas kudrat kerelaan aku untuk membalas genggamanya.
"ANGIN UTUSAN AKU BERLALU, SEBAGAI SAKTI DATANG DIUNDANG, MUSUH MARA SEMAKIN MAJU, TIDAK GENTAR AKU DATANG!"
Setelah telinga ku tertangkap kata mantra tersebut dari Dayang Fatimah. Terus ruang lingkup sekelilingku yang mana asalnya adalah bilik aku dan bertukar sepenuhnya di bilik lain. Aku tidak pasti aku dimana sekarang. Kenapa aku dibawa ke sini? Bilik rumah siapakah ini?
Dayang Fatimah: Aku mendengar keluhan hati mu sayang..lihat lah....
Seolah tabir penglihatanku dibuka hijabnya..kelihatan jelas didepan ku kini 4 orang yang menghuni dibilik ketika ini. Yang terbaring dalam keadaan tegang seluruh badan serta ternganga mulut nya. Ya itu adalah Ayu. Disebelahnya yang meratapi Ayu sudah semestinya aku kenal dan itu adalah Rohana.
Tidak jauh dari situ. Dua orang manusia berlainan jantina lelaki dan perempuan berumur sekitar 60 an sedang seolah dalam ritual jampi dengan kemenyan dan juga asap yang tebal. Tidak salah lagi sangkaan ku ketika ini. Itu adalah mak kepada Ayu dan dihadapanya seorang lelaki berjanggut panjang dengan berlilit kain kuning dikepala sudah semestinya adalah seorang bomoh terkumat kamit mulutnya membaca sesuatu.
Bomoh Tua: Aminah.. musuh kau berada disini. Alang alang engkau mahu membalas, izinkan aku tamatkan dendam engkau atas apa yang jadi pada anak kau itu..
Mata tok bomoh tiba tiba memandang aku dengan Dayang Fatimah. Ya mereka melihat keberadaan kami disini secara tiba tiba dan juga tidak terlepas mata Rohana terbeliak memandang kami dan kaget serta merta bersuara.
Rohana: Rupa rupanya memang sah kau guna saka kau Zira nak ganggu aku dengan Ayu. Sampai hati kau kan.
Dalam situasi ini.. terus air mataku mengalir setelah mendengar kata nista dari Rohana. Hati ku semakin hiba, semakin sedih atas tuduhan yang tidak berasas oleh Rohana.
Aku: Aku tak buat semua ni Rohana..aku tak tahu apa apa pon. (Teresak esak aku tangisi untuk mempertahankan jawapanku)
Rohana: Kau bohong Zira..habis tu siapa disebelah kau tu kalau bukan saka kau!!
Aku beralih muka kearah Dayang Fatimah, melihatnya hanya tersenyum sinis setelah aku memandangnya. Dan dengan serta merta suara yang sangat lunak kedengaran
Dayang Fatimah: Diam kau budak celupar! Hahahah ini lah akibatnya pada sesiapa yang menghina keturunan aku hahahah..
Aku melihat Rohana terus serta merta jadi seperti Ayu. Kaku, kejang terbeliak matanya dan ternganga mulutnya. Aku semakin resah dan semakin hiba. Jiwa aku meronta ronta dan tidak lagi aku sanggup melihat. Aku tidak boleh lakukan apa pon..kudrat aku seolah dikunci Dayang Fatimah. Aku cuma meratapi dan memerhati sahaja akan kejadian yang sedang berlalu didepan mataku kini.
Kelihatan juga mak kepada Ayu ketika ini dalam keadaan yang amat berang atas kejadian yang dialami oleh Rohana yang mana senasib dengan anaknya Ayu.
D.Fatimah: Hahahaha...ini lah nasib nya kepada sesiapa yang sesuka hati menghina keturunanku hahahaha..rasakan!
Aminah: Kau dah melampau Zira buat anak aku dan Rohana mcm tu..lebih baik kau suruh saka kau ni hentikan perbuatan dia sekarang. Kalau tak aku suruh tok bomoh ni bunuh saka kau!!..
D.Fatimah: Hahahaha..ilmu belum cukup didada sudah berani bermain dengan api hahahha...
Aku melihat Dayang Fatimah ketawa mengilai seolah seperti suara sang pontianak. Dan kelihatan tangan kananya menunjukan kearah tok bomoh dan juga mak kepada Ayu..dengan sekali gus mereka berdua terus tidak sedarkan diri. Bertambah nyaring helaian tawa dari Dayang Fatimah. Mungkin dia berasa puas terhadap perbuatanya itu. Dalam keadaan tersebut, aku semakin takut, sedih yang teramat sangat seolah olah aku yang mengawal dan menjadi punca akan berlakunya semua ini.
Dalam kekecohan yang sedang berlaku didepan mataku, tiba tiba ketawa Dayang Fatimah terhenti. Dimensi yang aku ada sekarang dibilik terus serta merta bertukar kepada bilik aku yang asal dan kali ini...
Telinga aku sayup sayup kembali dapat menangkap suara orang sedang berzikir. Dayang Fatimah pula tiba tiba kepanasan menjerit seolah dicurahkan kedalam kuali yang panas. Dan tidak kurangnya juga aku yang turut merasai bahang diseluruh badan ..mata ku kembali dapat melihat samar samar dihadapan ku seperti seorang lelaki tua. Berpakaian jubah dan berserban putih. Berjanggut paras didada.
Aku cuba amati dengan baik, memang semakin jelas kelihatan didepan ku ketika ini seorang manusia kerana mata ku dapat menangkap umi ayah dan embah sedang berada di belakangnya. Aku tidak kenal siapakah gerangan orang tua ini. Dan secara mendadak aku rasa tiba seluruh badan ku tidak bermaya dan tidak mempunyai sebarang tenaga langsung.
Hanya penglihatan ku sahaja kudrat yang mampu ku guna ketika ini. Seluruh anggota aku yang lain masih lagi dalam keadaan yang aku sendiri masih tidak dapat mengawalnya. ..dalam beberapa minit sahaja mata ku kembali tertutup dan aku tidak tahu apa yang telah terjadi setelah itu.....
2 hari berlalu...
"Ziraaa bangun sayang..Zira ok tak ni?"....
Terjaga diriku setelah mendengar seruan nama ku dari suara yang amat aku kenali...aku membuka mata perlahan lahan. Sekeliling keadaan aku perhatikan sepenuhnya. Memang aku masih dibilik bersama mak ayah dan juga ahli keluarga aku yang lain. Yang aku hairan dan pelik kenapa masa ni waktu seperti pagi?dan dimanakah kelibat seorang lelaki tua yang aku nampak siap berjubah putih dan berserban tadi?. Umi memandang aku dan sudah dapat diagak akan persoalan yang telah terjadi kepadaku. Seraya umi memulakan bicaranya...
Umi: Zira umi faham apa yang Zira tengah fikir sekarang ni. Cuma sekarang ni umi nak tanya Zira dulu. Apa yang Zira rasa sekarang?ada pening pening tak?
Aku: Ada umi..kenapa satu badan Zira sakit sakit sangat tak macam semalam?
Umi dan ayah berpandangan antara satu sama lain. Aku pula yang jadi kaget melihat pandangan mereka. "Kenapa?aku ada salah cakap ke?"
Umi: Zira kamu tau tak sebenarnya dah 2 hari kamu tak sedarkan diri. Benda tu merasuk kamu lagi kali ni lebih teruk tapi alhamdulillah semua dah diselesaikan oleh Kiyai Haji Salleh.
Aku: Umi biar betul Zira dua hari tak sedarkan diri ni?Bila yang Kiyai datang rumah kita ni umi?dan embah bedok mana umi?
Umi diam seketika sambil memandang ayah. Sesungguhnya kerungsingan di wajah umi telah mula kelihatan. Diluah mati emak, ditelan mati bapa, itu lah situasi yang aku dapat meneka pada gaya bahasa muka oleh umi.
Umi: Embah kamu sebenarnya ada di hospital sekarang syg ( sugul wajah umi ketika ini)..
Aku: Hospital?kenapa dengan embah umi?
Menurut cerita umi dari masa aku kerasukan Dayang Fatimah hingga lah aku sedar..
Malam sabtu baru baru ni, umi dah siap masak untuk makan malam satu famili kita . Masa tu umi masak banyak sebab nak bg Zira bertenaga balik. Yela kan sebab pagi tu Zira dah kena ganggu sampai pengsan, dah la Zira nak makan pon tak lalu. Umi ingat lagi malam tu jam 8.45 malam bila umi nak sampai sahaja bilik Zira habis meremang satu badan Umi.
Umi ada terdengar bilik Zira macam bunyi begegar jer..dah macam orang bergaduh pulak. Lepas tu dalam masa yang sama tiba tiba umi terhidu macam bau bangkai kucing, bau busuk sangat sangat datang dari bilik Zira. Umi banyak kali panggil nama Zira tapi Zira tak menyahut pun.
Baru sahaja umi nak pegang tombol pintu bilik Zira, tiba tiba muncul kelibat perempuan dengan berpakaian melayu dulu dulu, siap berkebaya dan bersanggul emas lagi..muka dia macam umi kenal tapi umi tak tahu siapa dia. Umi tergamam, umi tak buang masa terus lari dapatkan ayah dan abang abang kamu di dapur.
Umi: Bang cuba Zira bang...masa sy nk bukak pintu bilik dia tadi..ada benda duk tercegat kat pintu dia bang.. dah tu pulak sy ada dengar bunyi pelik dalam bilik dia..abg tolong la tengok kejap.
Selepas ayah mendengar aduan umi pasal Zira. Terus ayah dan abang long angkat kaki menuju ke bilik Zira. Seperti yang Umi jangka belum pon sempat ayah nak capai pintu bilik Zira tiba tiba muncul kelibat yang Umi nampak tadi. Abang long kamu terkejut sangat sampai lari lintang pukang ke rumah embah di luar. Ayah masih tercegat lagi di depan pintu. Umi perasan mulut ayah kamu macam membaca sesuatu. Tapi tiada kesan apa terhadap makhluk yang ada depan pintu bilik kamu.
Dalam msa 20 minit embah bedok kamu masuk rumah. Rupa rupanya abang long pergi dapatkan embah kamu. Dan bila embah nak berunding dengan makhluk lembaga seperti seorang gadis tu. Tiba tiba kami semua terdengar dalam bilik kamu seakan suara membaca sebaris mantra...
"ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA.."
Masa ni embah kamu tak fikir lama. Terus arahkan ayah dan abang long kamu pergi dapatkan Kiyai Haji Salleh. Sementara di depan bilik kamu masa tu, ada umi abang ngah dan embah. Arahan seterusnya embah menyuruh kami berzikir Lailaahailallah sahaja tanpa pedulikan gangguan yang kami terima masa tu.
Sejam lebih berlalu ayah kamu keluar cari Kiyai Haji Salleh masih belum pulang pulang lagi. Jam tepat 10.45 malam. Bilik kamu mengeluarkan bau yang sangat busuk. Dalam masa yang sama umi dengar kamu ketawa dalam bilik kamu. Umi dan embah tak dapat buat apa apa selain Zikir sahaja masa ni...
Tunggu punya tunggu akhirnya umi mendengar kereta ayah kamu balik bersama abang long kamu dengan Kiyai Haji Salleh. Selangkah sahaja kaki Kiyai masuk ke rumah kita, tiba tiba pintu bilik kamu terbuka sendiri. Masa terbuka tu bukan perlahan tapi terbuka siap terhempas lagi pintu bilik kamu. Kiyai menyuruh umi dan lain lain jangan terus masuk lagi kebilik kamu. Sebab kiyai yang nak masuk dulu, risau kalau jadi apa apa kat umi dan yang lain.
Kiyai sudah melangkah masuk ke dalam bilik dan umi mendengar kamu marah marah Kiyai pada nada suara yang sangat garau dan dalam bahasa jawa yang hanya embah saja yang faham.
"Kowe iku sapa? Apa kowe ora keganggu kula, dhuh putu gedhe tuwane!
"Siapa kau? Jangan kau ganggu anak cucu cicit aku wahai orang tua"
Itu yang umi dan ayah dengar perkataan yang kamu keluarkan dari mulut kamu serta dalam masa yang sama embah kamu yang tolong jelaskan maksud apa yang kamu sedang cakapkan masa tu dengan Kiyai Haji Salleh.
Kelihatan Kiyai tidak cepat melatah. Dia meminta izin kepada ayah untuk buat solat sunat hajat dahulu sebelum memulakan sesi rawatakan keatas kamu Zira.
3 minit berlalu selepas Kiyai selesai solat hajat dan berdoa baru dia benarkan umi dan yang lain lain masuk ke bilik kamu. Pada ketika umi dan ayah kamu melangkah masuk, kami terkejut melihat keadaan kamu Zira. Cara kamu duduk diatas tilam seolah seperti seorang pendekar. Tangan kanan kamu seperti memegang sebilah keris dan sedang mencium keris. Mata kamu tertutup masa ni.
Dengan lafaz Lailaahailallah kiyai menyuruh semua yang ada di bilik kamu ketika ini berzikir serentak memuji Allah yang maha Esa. Dan tak perlu takut dengan apa yang bakal terjadi. Umi ayah dan embah menurut sahaja apa yang kiyai arahkan.
Dengan serta merta kamu meracau melolong dan terus menekup telinga kamu.
"Mungkasi mungkasi panas bodho!"
"Berhenti berhenti panas bodoh!"
Kiyai: Zainal, benda yang mengganggu anak kamu ni dari keturunan ibu mertua kamu.
Tiba tiba embah bedok bersuara...
Embah: Setahu aku moyang aku dulu sudah lama buang benda jahat ni. Itu yang aku dengar dari mak aku masa aku kecil dulu. Tetapi kenapa sekarang ni boleh kena pada cucu aku pula Kiyai?
Mendengar penjelasan embah. Kiyai cuma memerhati kamu dan terus memberitahu kenapa puncanya kamu kena semua ni Zira.
Kiyai: Daripada pengamatan ku. Cucu kamu sekarang sedang memegang satu keris pusaka dari keturunan kamu Junaidah( Nama embah bedok)
Ayah dan umi saling berpandangan. Terus terang umi ayah dan embah memang tak nampak apa pon kamu pegang keris. Kata embah dulu embah memang ada simpan keris pusaka tu tapi embah dah lupa simpan dimana. Umi pon tak tahu sangat pasal keris yang embah kamu maksudkan tu.
Dalam tak semena mena. Mulut kamu bersuara lagi mengeluarkan mantra yang umi dengar dari dalam bilik kamu sebentar tadi..tapi kali ini lebih panjang.
"ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA.."
"ANGIN UTUSAN AKU BERLALU, SEBAGAI SAKTI DATANG DIUNDANG, MUSUH MARA SEMAKIN MAJU, TIDAK GENTAR AKU DATANG!".
Selepas kamu menjerit dan membaca mantra tu.. terus bergegar dinding dan tingkap dalam bilik kamu. Kiyai tanpa fikir panjang terus menyuruh umi dan yang lain berudur kebelakang sebentar. Ayah kamu nak pegang tangan kamu pon dilarang oleh Kiyai.
Kiyai: Zainal, kebelakang aku dulu jangan kau masuk campur selagi aku belum mengarah. Benda ni bahaya boleh ancam nyawa anak kau Zainal.
Kelihatan terkumat kamit mulut Kiyai membaca sesuatu dan terus membuka kekuda seperti silat.
Kiyai: Wahai makhluk dilaknat tuhan sebelum aku bertindak kasar terhadap kau lebih baik kau keluar dari tubuh badan budak perempuan tak bersalah ni.
Seolah kamu dicabar, umi dan ayah tengok kamu terus buka mata dengan mata putih sahaja. Umi betul betul terkejut tengok keadaan kamu semasa ni Zira. Dalam masa yang sama kamu pula menjawab.
"Sampeyan ora ngganggu keturunanku. Aku iki penjaga saka leluhure maneh. Aku ora bakal melu karo cucuku hahahaha"
"Kau jangan masuk campur hal keturunan aku. Aku adalah penjaga dia sejak dari moyang dia lagi . Aku tidak akan boleh berpisah dengan cicit aku hahahaha"
"Dadi kagungané kula kepengin kula. Aku dheweke hahahaha"
"Dia milik aku dia inginkan aku. Aku adalah dia hahahaha"
Embah pulak yang bersuara kali ini..
Embah: "Aku mréntahaké maneh putu kowe keganggu kula lan sampeyan padha ora malah ing keturunan aku"
"Aku merayu jangan engkau ganggu lagi cucu aku dan engkau pula bukan lah dari keturunan aku"
Serta merta umi melihat kamu makin mendengus marah dan mata kamu makin terjegil melihat embah dengan mengatakan..
"Aku ora pikiran, bocah ing kasarasan saka iki kanggo kula. Dadi kagungané kula!"
"Aku tidak peduli, budak ini dalam jagaan aku selama ini. Dia kepunyaan aku!"
Dalam keadaan kecoh kamu dan embah kamu sedang berperang mulut. Kiyai serta merta bertanya embah sesuatu diluar jangkaan umi.
Kiyai: Kamu setuju aku putuskan benda ini dari keturunan kamu Junaidah?
Embah tanpa bicara hanya mengangguk tanda setuju. Dan terus Kiyai berkata kata..
Kiyai: Wahai saka makhluk terkutuk engkau bukanya sedarah dengan keturunan embah Junaidah dan engkau adalah iblis lakntullah yang hanya mahu menyesatkan anak cucu cicit Adam A.S sahaja. Aku adalah lawan kau.
Zira keadaan kamu umi lihat semakin teruk dan amukan kamu semakin baran. Habis bergegar dinding bilik kamu dan tingkap bilik kamu pecah satu per satu seolah kamu ada aura melalukan semua itu. Dalam masa yang sama Kiyai terus menerus membacakan surah surah dari Al Quran Nur Karim untuk mengubati kamu. Tapi kamu terus bersuara kali ini dengan suara yang lebih garau.
"Sampeyan wong ora ngerti ngucapke matur nuwun aku wis dibusak kabeh mungsuh saka turunira iku uga lack saka èlmu manungsa ing dodo hahahha"
"Kau manusia tidak tahu bersyukur aku telah hapuskan semua musuh musuh keturunan engkau, ini kan pula manusia yang kurang ilmu di dada hahahha"
Kiyai: Kau jangan fikir aku tidak tahu cara nak hapuskan kau wahai makhluk terlaknat!
Umi dan ayah melihat Kiyai mengangkat tangan sambil memejam mata dan berdoa. Umi ayah dan embah menurut sama mengangkat dia. Setelah habis bacaan doa yang Kiyai baca, terus dia menyuruh kami berzikir semula dan Kiyai mengajak ayah dan abang long pergi ke dapur sebentar kerana ingin mengambil sesuatu dari dapur.
Menurut cerita dari ayah kamu. Kiyai terjumpa sebilah keris yang di dalam kotak kecil berbalut kain kuning yang didalamnya dibaluti oleh kulit binatang. Kata ayah lagi kulit binatang itu ada tulisan seperti mantra melayu lama. Kiyai tidak membacanya tapi terus membawa ke bilik kamu.
Setelah tiba sahaja Kiyai membawa sekotak yang berisi keris ke dalam bilik kamu. Keadaan mula menjadi semakin kecoh, amukan kamu semakin kuat dan serta merta salah satu lampu dibilik kamu pecah dengan sendirinya. Umi melihat kamu terjun dari atas tilam dan juga bersedia membuka langkah seperti seorang pendekar.
Kiyai ketika ini mengeluarkan keris dari kotak yang dibaluti kain kuning. Terus memacak kan di hadapan kamu dan membaca kembali ayat suci Al- Quran. Ketika ini kamu semacam nak menerkam Kiyai dan kami yang lain. Tapi kamu tak dapat selangkah pun menyentuh kami seolah ada block yang menghalang kemaraan kamu Zira.
Kiyai sekali lagi bertanyakan kepada embah kamu.
Kiyai: Embah Junaidah. Aku akan hapuskan makhluk ini dari keturunan kamu dengan izin Allah. Adakah kamu benar benar setuju?
Embah: Aku setuju tanpa syarat.
Kiyai: Baik lah tapi kesanya ada pada cucu kamu ini. Dia akan berada dalam keadaan lemah selama beberapa hari. Aku harap jika ada apa apa berlaku lagi sila cari aku.
Embah: Baik lah.
Belum sempat kiyai nak mulakan tindakan menyembuhkan kamu. Sepantas kilat tangan kiri kamu menunjuk ke arah dalam bentuk penumbuh. Serta merta embah terpelanting ke belakang kena pada dinding bilik kamu, lalu embah terus pengsan masa tu jugak. Ayah masa ni hendak menampar kamu tapi di tegah oleh Kiyai sebab semua ni jadi bukanya dari kamu Zira tapi dari makhluk terkutu itu.
Umi pergi ke arah embah dan mengarah abang long untuk membawa embah keluar serta merta dari bilik kamu.
Umi: Abang long tolong angkat embah kejap pergi bilik umi. Sementara nak selesai Kiyai buat kerja dia kamu dan angah tolong jaga embah dan baca ayat Qursi sekali tau.
Abg long: Baik umi.
Umi kembali masuk bilik kamu untuk bersama ayah menyaksikan ritual perubatan Kiyai terhadap kamu. Dalam masa yang sama ku terus mengilai ketawa.
"Hahahahah rasakan buat sesiapa yang mahu menganggu cicitku ini hahahahaha"
Umi hampir sahaja hendak menghembur kan kata kata kesat sebab umi sangat sangat marah pada ketika ini sampai embah pun menjadi mangsa. Tetapi Kiyai seolah tahu apa yang umi rasa.
Kiyai tanpa membuang masa terus menerus membaca surah surah yang dapat memutuskan makluk yang ada dalam badan kamu itu kononya Dayang Fatimah yang dakwaanya penjaga keturunan kita.
Akhirnya Kiyai menyuruh ayah dan umi berzikir kembali. Kiyai seolah menunjukan syarat menarik sesuatu dari arah muka kamu dan menghala ke keris yang dipacak hadapan kamu. Keadaan semakin bingit dengan jeritan kamu yang sangat nyaring menyakitkan telinga. Tiba tiba kamu terus rebah dan Kiyai dengan pantasnya menyuruh ayah membawa dukung kamu keluar dari bilik. Dalam masa yang sama keris yang dipacak itu umi tengok terus terbakar selepas Kiyai membaca sesuatu dan menghembuskan ke arah Keris itu.
Keadaan bilik kamu seperti sediakala. Dari keadan kecoh terus kembali tenang. Kiyai mengambil balutan kain kuning dan mengumpulkan debu debu keris yang terbakar tadi. Terus Kiyai simpan dalam kotak dan mengajaka ayah membawa cangkul untuk menanam abu keris itu di belakang rumah kita.
Setelah semuanya selesai. Kiyai ada pesan kat ayah dan umi supaya menyuruh kamu terus dekat diri dengan Allah dan mohon taubat jika ada melakukan perbuatan syirik samada sengaja ataupun tidak. Dan pesan Kiyai lagi kamu akan sedar dalam masa 2 hari dan dilarang membawa kamu keluar dari rumah pergi hospital sebab katanya kamu akan sedar sendiri.
Sememangnya kata kata Kiyai tu membuatkan umi dan ahli keluarga yang lain tertunggu tunggu kamu untuk sedar dalam masa 2 hari yang berlalu ni.
***
Pagi Isnin yang suram..
Setelah aku sedar dan mendengar akan cerita yang umi beritahu kepada aku. Masih aku ingat ketika ini jam 11 pagi. Aku teringatkan sahabat aku Ayu dan juga Rohana akan kejadian malam itu aku dan Dayang Fatimah pergi bilik rumah Si Ayu.
Aku terus menghubungi nombor Ayu yang aku simpan didalam handfone. Yang dijawab suara lelaki dan ianya adalah bapa kepada Ayu.
Aku: Asalammualaikum..
Bapa Ayu: Ni Zira kan? Pakcik ayah Ayu. Pakcik tahu bukanya perbuatan kamu apa yang jadi kat anak pakcik Ayu dan Rohana . Sebab kemarin Umi kamu call pakcik bagitau hal sebenar. Tapi keadaan Ayu sekarang sangat teruk dia ada di ICU bersama Rohana. Isteri pakcik pon ada dalam wad hospital tak sedarkan diri lagi. Pakcik mewakilkan anak dan isteri pakcik nak meminta maaf atas keceluparan anak dan isteri pakcik terhadap kamu Zira.
Aku: Tak perlu la minta maaf pakcik sebenarnya Ayu tak tahu pon hal yang sebenarnya. Saya yang patut mintak maaf disebabkan saya lah anak isteri pakcik dan kawan saya juga Rohana jadi macam ni.
Bapa Ayu: Pakcik dah pun memaafkan kamu Zira. Kita lupakan lah sahaja apa yang terjadi ya Zira.
Setelah tamat perbualan aku dan juga ayah Ayu.Aku semakin hiba, sedih tidak terkata aku terus mendapatkan Umi dan Ayah dan serta merta aku ceritakan apa yang telah terjadi pada yang ketika aku dibawa kan oleh Dayang Fatimah pada malam kejadian 2 hari yang lalu.
Setelah semua benda aku ceritakan kepada umi dan ayah. Aku mengambil keputusan dan bertanyakan kepada ayah untuk menukarkan aku ke Universiti lain di Utara Malaysia. Ayah aku sangat memahami dan dia benarkan aku berpindah ke Universiti lain sementara menyuruh aku untuk cukupkan rehat dan tenangkan fikiran..
***
Padah Si Celupar: Sequel Eksotik(Akhir)
4 bulan sudah berlalu. Kini aku sudah berada di sebuah Universiti di utara Malaysia. Maaf aku tidak boleh beritahu kamu dimana kah tempatnya. Aku semakin pulih dari keserabutan atas apa yang telah terjadi kepada aku, Ayu dan juga Rohana.
Setelah kejadian itu juga aku tidak lagi mendengar khabar mereka. Aku tidak tahu samada mereka mahu berkawan lagi dengan aku atau pun tidak. Tetapi apa yang aku hendak ceritakan kepada kamu semua kali ini lah sequel sebelum siri Padah Si Celupar bermula.
Masih aku ingat 6 bulan yang lalu. Aku mengambil keputusan mengejut kepada pihak pengurusan Universiti untuk bercuti atas alasan aku betul-betul tertekan. Sebab apa? Sebab aku tidak lagi tahan dengan gosip fitnah dari Ayu dan juga Rohana yang sering kali mengfitnah aku kepada kawan kawan sekolej yang mengatakan aku dan juga keturunan aku ada membela saka.
Disebabkan cara aku yang suka menyendiri dan gemar membaca kisah-kisah seram. Terus mereka ini cop aku ada saka. Setelah cuti aku lulus oleh pihak pengurusan. Aku menceritakan kepada umi dan ayah atas sebab mengapa aku mengambil cuti seminggu untuk tenangkan fikiran aku.
***
Hari ke 3 aku bercuti...
Pada malam Jumaat seingat aku. Jam tepat 12 malam. Aku terjaga dari tidur sebab perut aku terasa memulas sekali. Serta merta aku ke dapur yang dibahagian ada tandas. Setelah 5 minit aku melepaskan hajat. Aku ingin meminum air sebab dahaga. Tiba tiba aku terdengar bisikan yang halus dan gemersik suaranya menyuruh aku pergi ke bawah bahagian sinki air.
"Zira ku sayang..aku tahu akan gundah gulana hati mu terhadap keceluparan kawan kawan mu itu. Pergi lah kamu dibawah singki sana ada tertanam keris pusaka keluarga mu. Dan ada tulisan disitu. Baca lah ia saat kamu perlukan aku"..
Terus darah gemuruh aku naik. Bulu roma aku memacak seolah tiang elektrik. Aku abaikan bisikan itu. Tapi mengambil masa 6 hari sebelum aku pulang ke kolej semula. Aku terfikir kembali akan bisikan tersebut.
6 hari semasa aku bercuti. Masih lagi pada malam jumaat. Aku menunggu jam 12 dan keluar dari bilik untuk pastikan semua ahli keluargaku sudah tidur. Aku pergi ke bawah singki dapurku. Dan aku mengorek dibawahnya perlahan-lahan sehingga aku terjumpa sebuah kotak berbalut kain kuning. Aku membuka. Dan aku terlihat ada kulit bintang dan keris lama di dalamnya. Terus aku membaca.
"ANGIN MELAMBAI MEMBAWA DINGIN, TEMPAT DITUJU JELAS TERKATA, AKU SERU DIKAU WAHAI SI KUNING HAPUSKAN DIA BIAR TERSIKSA.."
"ANGIN UTUSAN AKU BERLALU, SEBAGAI SAKTI DATANG DIUNDANG, MUSUH MARA SEMAKIN MAJU, TIDAK GENTAR AKU DATANG!"
Selepas selesai aku membaca mantera tersebut. Seolah ada tenaga yang meresapi diri aku dan bisikan di telinga terus kedengaran suara yang indah dari seseorang.
"Zira ku sayang, aku berjanji akan membinasakan sesiapa yang menghina mu dan keturunan mu sayang"
Lalu aku terus tersenyum girang..hehehehe
Ada sesiapa yang berani menghina aku??????
-TAMAT-
Karya : Mehmet U'mar AbdulAziz
Karya merupakan hak cipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.
No comments:
Post a Comment