SPLIT
Sheera termenung di balkoni. Fikirannya menerawang jauh mengenangkan sesuatu yang dah lama pergi. Kedinginan malam di tingkat 14 tidak diendahkan. Tubuh langsingnya hanya dibaluti gaun tidur tipis, menyerlahkan warna kulitnya yang cerah. Sheera mengeluh untuk kali yang entah ke berapa.
Sepasang mata bundarnya merenung pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang terbentang di hadapan mata. Indah. Namun keindahan itu tidak sampai di hati. Jiwanya kacau. Fikirannya kusut. Sesekali dia mengertap bibir seperti marahkan sesuatu.
Deringan telefon bimbitnya mengejutkan Sheera dari lamunan. Kelam kabut dia berlari mendapatkan telefon yang berada di atas meja makan. Jantungnya berdegup kencang. Dia perlu menjawab panggilan itu sebelum deringan yang ke tiga.
“He…hello.”
“Sorry. I… I was in the bathroom.”
“I’m not lying.”
“No, there’s no one here.”
“I was really in the bathroom.”
“Please, listen to me.”
“Hon-.”
“Hello…”
“Hello…”
Sekujur tubuh Sheera bermandi peluh. Celaka apa yang akan menimpanya kali ini.
***********
Sheera terbaring di atas lantai ruang tamu. Bibirnya pecah. Lebam kebiruan timbul di kedua belah pipinya. Seluruh anggota serasa lumpuh. Air mata sudah lama kering. Dia merenung siling yang kosong. Pintu utama yang tertutup dibuka dari luar.
“Ya Allah, Sheera!”
Marissa meluru mendapatkan Sheera yang terbaring. Dipangku kepala teman serumahnya itu.
“Sheera. Kenapa dengan you ni? Siapa buat you macam ni? I… I call hospital ya.” Marissa mencapai beg tangannya namun niatnya terbantut apabila melihat seorang lelaki berdiri di muka pintu bilik Sheera. Mulut Marissa ternganga apabila lelaki itu pantas meluru ke arahnya.
“Allah!”
Hanya itu yang sempat disebut Marissa sebelum rengkungnya ditembusi besi pemecah ais. Darah tepercik ke muka Sheera yang masih berada di atas pangkuan Marissa ketika besi yang tajam itu ditarik. Marissa tumbang ke belakang. Nafasnya tersangkut-sangkut. Kedua belah tangannya memekup leher. Darah mengalir laju dari celahan jemarinya. Air liur menjejeh dari sudut bibir. Matanya terbuntang di saat melihat lelaki itu menjilat darahnya yang menyaluti batang besi.
Sheera bangkit dari posisi terlentang. Sepasang matanya merenung Marissa. Langsung tiada riak ketakutan pada wajah itu. Mulut Marissa ternganga-nganga cuba berkata sesuatu. Dia berusaha sedaya upaya untuk menjauhi lelaki gila itu walau dia sedar malam ini ajalnya akan menjemput.
Lelaki yang masih memegang besi pemecah ais mencangkung di sebelah Marissa. Tangannya yang dibungkus sarung tangan kulit mengusap pipi gadis malang itu. Dia merenung Marissa penuh nafsu.
“Kau tengok apa yang aku akan lakukan padanya.” Lelaki itu memiringkan kepala ke arah Sheera.
Besi pemecah ais diletakkan di atas meja kopi. Perlahan-lahan butang kemeja Marissa dibuka satu persatu. Seluar panjang hitam dilorotkan dan kaki seluar diikat ke leher Marissa menutupi lubang yang ternganga. Kedua tangan Marissa didepangkan dan ditindih dengan lengannya yang berotot kekar. Dalam keadaan nazak Marissa diperkosa di hadapan Sheera dengan cara yang sangat memalukan. Hanya airmata yang mengalir mampu menceritakan kesengsaraan yang dihadapi Marissa ketika ini.
Setelah lelaki itu melampiaskan nafsu jijiknya, batang besi kembali dicapai. Dia menghentak-hentakkan hujung besi ke lantai. Satu senyuman aneh terukir di bibirnya. Matanya yang kemerahan memandang Marissa seperti ada sesuatu yang jahat bakal dilakukan terhadap gadis malang itu. Marissa hanya mampu berdoa agar nyawanya segera dicabut. Dia tidak sanggup lagi menerima seksaan yang seterusnya.
Kedua kaki Marissa dikangkangkan. Seperti yang diduga, batang besi sepanjang tiga kaki dirodok ke bahagian sulit Marissa berulang kali. Tubuh Marissa menggelinjang menahan kesakitan yang tidak terperi. Tiada jeritan yang keluar dari mulut Marissa. Hanya erangan penuh kesengsaraan mengisi ruang tamu yang sepi itu. Darah melimpah membasahi lantai beserta cebisan-cebisan daging yang keluar disaat batang besi ditarik. Lelaki itu hanya berhenti selepas Marissa tidak lagi bergerak.
Besi yang berlumuran darah dicampak ke tepi sebelum dia terbaring keletihan di sebelah tubuh Marissa yang kaku. Seketika satu ledakan tawa menghinggari ruang tamu rumah Sheera. Lelaki itu ketawa semahu hatinya. Sheera hanya mematung dalam posisi duduk bersimpuh. Tiada sebarang emosi terpancar pada raut wajahnya. Dia seolah-olah imun dengan kekejaman yang diperlihatkan di hadapan mata.
Usai ketawa lelaki itu bangkit lalu mendapatkan Sheera. Dirangkul tubuh langsing itu kedalam pelukan. Hidungnya mencium rambut Sheera yang harum.
“Don’t do it again. Please…” perlahan suara Sheera berbisik ke telinga lelaki itu.
“Do what, honey?”
“Don’t hit me.”
Lelaki itu memegang wajah Sheera dengan kedua tangan yang comot dengan darah Marissa. Dia mengukir senyuman manis buat gadis itu.
“If you promise not to cheat on me, I won’t hit you again.”
“Promise?”
“With all my heart. Now, let me help you clean all these mess.”
“But…”
Pergerakan lelaki itu terhenti. Raut wajah yang manis sebentar tapi menghilang tiba-tiba. “Apa maksud you tapi. You taknak I tolong you ke?”
Sheera menyedari perubahan nada dalam suara lelaki itu. Dia perlu bertindak pantas sebelum rasaksa yang mula tidur kembali terjaga.
“Freezer is full.”
“Oh really? Err how many are there?” lelaki itu tergaru-garu kepala.
Perlahan Sheera menunjukkan jarinya dalam bilangan tiga. Lelaki itu tersengih.
“Okay. I’ll get rid of the old one.” Dia bangun lalu mencengkam rambut Marissa yang panjang. Diheret mayat Marissa ke ruangan belakang yang menempatkan sebuah freezer yang besar. Didalamnya terbaring tiga orang rakan serumah Sheera yang turut menerima nasib yang sama seperti Marissa. Mayat Noni yang beku dikeluarkan. Noni adalah teman serumah Sheera yang pertama.
“Honey, don’t forget to make add for new housemate!”
Sheera yang sedang mengelap darah di atas lantai sekadar mengangguk.
“Make sure she doesn’t have family.” ingatan demi ingatan dilaung dari ruang belakang.
Sheera masih lagi mengelap lantai yang dikotori darah. Bau hanyir menusuk rongga hidungnya. Lelaki itu menghampiri Sheera lalu menarik kain lap dari tangan gadis itu.
“Let me do it. I want you to do the add.”
Sheera akur. Dia bangun menuju ke laptopnya yang berada di dalam bilik. Dibuka Microsoft Word lalu ditaip iklan mencari rakan serumah yang baru. Namun disaat jemarinya menaip ‘BILIK UNTUK DISEWA’ fikirannya melayang mengingati ketiga-tiga teman serumah yang kesemuanya berakhir di dalam freezer di ruangan belakang.
NONI
Gadis yatim piatu yang berperawakan ceria duduk dengan sopan di hadapan Sheera. Matanya sesekali melilau melihat dekorasi di ruang tamu. Diam-diam dia mengagumi citarasa pemilik rumah yang gemarkan konsep minimalis.
“Macamana? Noni setuju dengan syarat-syarat tadi?”
“Saya setuju kak. Kalau boleh masuk hari ni lagi saya suka.”
Sheera tersenyum melihat ulah gadis di hadapannya. Tubuh kecil molek itu dibaluti sepasang baju kurung kapas berbunga kecil. Tudung bawal biru disilang di kedua bahunya. Kulitnya putih mulus dan sepasang lesung pipit jelas kelihatan di pipinya apabila tersenyum. Sheera menyukai gadis itu.
“Baik. Noni boleh tinggal di sini mulai hari ni. Mari akak tunjukkan bilik Noni.”
Noni sangat bersyukur apabila misi mecari bilik sewa akhirnya berjaya. Iklan yang dibacanya di pondok telefon yang sudah tidak digunakan lagi membawanya bertemu Sheera, gadis jelita yang tinggal bersendirian di kondominium mewah ini. Noni membuntuti Sheera ke bilik yang akan disewanya. Terlopong mulut Noni ketika melangkah masuk ke bilik itu. Dindingnya bewarna biru langit. Terdapat sebuah katil queen dilitupi cadar putih gaya inggeris dan sebuah almari pakaian tiga pintu. Meja rias pula terletak elok di sudut kanan bilik. Noni benar-benar menyukai bilik sewanya itu.
“Akak harap Noni sukakan bilik sewa Noni.” Sheera memaut bahu Noni. Melayannya seperti seorang adik. Noni terharu dengan perhatian yang diberikan sementelah pula dia yatim piatu sejak 19 tahun yang lalu.
“Saya suka kak. Cantik.”
“Okaylah. Noni rehatlah ya.” Sheera perlahan-lahan menutup pintu.
********
Setelah hampir dua minggu Noni menyewa di rumah Sheera, malam ini buat pertama kali Noni melihat Sheera sedang berbual di balkoni. Sayup-sayup telinganya menangkap suara Sheera yang merayu-rayu seseorang di hujung talian. Matanya langsung tidak boleh fokus kepada rancangan televisyen yang sedang menayangkan cerita Laksamana DoReMI. Hampir dua minit Sheera berbual dengan si pemanggil sebelum talian diputuskan. Sheera melangkah masuk ke ruang tamu. Di bibirnya menguntum senyuman yang dibuat-buat. Noni membalas senyuman Sheera.
“Noni nak air? Akak buatkan.” Tanpa menunggu jawapan Noni, Sheera berlalu ke dapur.
Tidak lama kemudian dia keluar dengan dua mug air. Kelihatan asap tipis menerawang dari permukaan mug. Sheera menghulurkan mug berisi air coklat panas ke tangan Noni.
“Noni minumlah ya. Akak ada kerja nak disiapkan.”
Setelah Sheera hilang di sebalik pintu, Noni kembali menonton rancangan kegemarannya sambil menikmati coklat panas yang sangat sedap. Pandai betul kak Sheera buat air. Hampir separuh tayangan, Noni mula menguap. Cuba ditahan rasa mengantuk yang menyerang secara tiba-tiba. Namun dia akhirnya menutup TV sebelum berlalu ke bilik. Pelik betul rasa mengantuk yang dialaminya sekarang. Tanpa menutup lampu dan mengunci pintu, Noni sudah tertidur pulas di atas tilam empuk di biliknya.
Deringan loceng di tepi telinga mengejutkan Noni dari tidur yang lena. Dia cuba bangun namun gagal. Dalam samar-samar Noni dapat melihat kedua tangannya diikat pada kepala katil manakala kakinya juga diikat dalam keadaan terkangkang. Yang lebih mengejutkan lagi badannya terdedah tanpa seurat benang. Noni mula diserang ketakutan. Dia meronta-ronta cuba melepaskan tangannya yang terikat tetapi gagal.
“Kak Sheera!!’ jeritan Noni memecahkan kesunyian malam. Noni buntu dengan apa yang berlaku pada dirinya sekarang.
“Kak Sheera. Tolong Noni!!”
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Kelihatan Sheera berjalan masuk ke dalam bilik.
“Kak…” mulut Noni ternganga ketika menangkap kelibat seorang lelaki di belakang Sheera.
Sheera memetik suis lampu yang berada berhampiran pintu. Ketika lampu menyala menerangi ruang bilik itu, Noni dapat melihat dengan jelas seorang lelaki bertubuh kekar sedang berpeluk tubuh di sisi Sheera. Hatinya gementar melihat senyum aneh yang terukir di bibir lelaki itu.
“Wow. What a surprise. Cantik hadiah birthday aku” lelaki itu menjilat bibir sambil memandang Noni penuh bernafsu.
Sheera hanya berdiri seperti patung. Bibirnya pecah dan berdarah. Kedua pipinya kelihatan bulatan lebam kebiruan. Noni semakin kuat meronta-ronta.
“Kak sheera. Tolong Noni kak. Tolong lepaskan Noni.” airmata kian lebat membasahi pipinya.
“Akakkk!!”
Noni menjerit semahu hatinya apabila lelaki itu melompat ke atas katil. Tanpa diduga tubuh kecil Noni mula menerima sepakan yang bertubi-tubi. Pinggang dan paha Noni mula bertukar warna. Jeritan dan raungan kesakitan menghinggari ruang bilik. Puas menyepak, lelaki itu mencangkung. Tangan kirinya mencengkam rambut Noni yang panjang sebelum tangan kanannya berulangkali menampar kedua belah pipi Noni. Tersembur darah dari mulut Noni akibat tamparan padu yang diterimanya. Lelaki itu berhenti sebentar. Dia menoleh ke arah Sheera yang masih berdiri seperti patung.
“Kau tengok apa yang aku akan buat padanya.”
Dalam keadaan lemah dan tidak berdaya, Noni tidak mampu
menghalang ketika lelaki itu memperlakukan tubuh badannya secara jijik. Usai melampiaskan nafsunya, lelaki itu turun dari katil. Dia keluar sebelum kembali bersama-sama sebatang besi.
Noni merenung sayu ke arah Sheera yang langsung tidak berkutik. Seluruh badannya sakit-sakit. Ketika lelaki itu melutut diantara kedua kakinya, Noni hanya mampu merayu-rayu supaya dilepaskan. Senyuman aneh terukir di bibir lelaki itu sebelum -
Sheera memejam mata. Dia cuba menghilangkan ingatan tentang Noni yang tiba -tiba datang menghantuinya. Dia diasak rasa bersalah. Sesungguhnya dia sangat menyenangi gadis itu. Keceriaannya benar-benar memberi seri dalam rumahnya yang cantik tetapi kosong. Tanpa disedarinya lelaki itu sedang berdiri di muka pintu memerhatikan Sheera yang sedang bersedih. Hanya dua kali langkah dia sudah berdiri di belakang Sheera.
“Kau ni memang betul-betul sundal.”
Sheera tersentak ketika rambutnya ditarik kasar. Tubuh langsingnya terhumban ke lantai setelah menerima tumbukan di pipi kiri. Belum sempat dia bersuara, tangan kekar lelaki itu mencengkam lehernya. Sheera meronta-ronta cuba melepaskan diri. Saluran pernafasannya menyempit akibat cengkaman itu.
“Kau memang degil. Kau memang betina tak tahu malu.” dengan sebelah tangan, tubuh Sheera dijulang sebelum dilempar ke dinding. Sheera meraung kesakitan. Sheera hanya mampu memandang sepasang mata yang mula bertukar kemerahan. Dia sudah terlambat. Rasaksa yang sedang tidur kembali terjaga. Sheera tidak tahu apa yang menyebabkan perubahan secara tiba-tiba itu. Sheera dibelasah tanpa belas kasihan. Sesekali terdengar bunyi seperti tulang patah. Darah semakin banyak mengalir dari bahagian tubuhnya yang cedera. Lelaki itu semakin menggila. Kedua tangannya memegang kepala Sheera. Senyum aneh terukir di bibirnya.
“……please stop.”
Untuk seketika lelaki itu bagai tersedar dari kegilaannya.
“Honey.”
Namun kejahatan itu kembali mengambil alih. Kepala Sheera yang berada dalam genggamannya dipulas. Tulang lehernya patah dan Sheera mati serta merta di tangan lelaki yang sangat dicintainya.
Akibat keletihan lelaki itu terbaring di sebelah mayat Sheera. Perlahan-lahan matanya yang kemerahan kembali normal. Setelah kewarasan kembali ke dalam dirinya, sepantas kilat dia bangun lalu menarik tubuh kaku Sheera ke dalam pelukan. Tangisannya meledak. Mulutnya tidak berhenti-henti memanggil nama Sheera.
“Honey, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Please wake up.”
“Honey please. Don’t leave me. Don’t leave me.”
Tubuh kaku Sheera digoncangnya berkali-kali. Hatinya remuk rendam. Sesekali meletus ketawa besar dari mulutnya seolah-olah mengejek perilakunya sendiri sebelum berganti tangisan sayu penuh penyesalan.
Agak lama dia berkeadaan begitu sebelum dia bangkit dan mengendong jasad Sheera. Diletakkan wanita yang disayanginya di dalam freezer, bersebelahan jasad Marissa. Dibetulkan rambut Sheera yang kusut masai. Dahi Sheera dikucupnya penuh kasih sayang.
“Good by my love.”
Dia kembali ke bilik Sheera. Dia menaip iklan ROOM FOR RENT. Sebelum dicetak iklan itu dibacanya beberapa kali sehingga dia berpuas hati. Senyum aneh kembali tersungging di bibirnya.
********
“Hi, I’m Sheena. I called you this morning ‘bout the room.” Seorang gadis berbangsa Cina tersenyum manis ketika dia membuka pintu.
“Owh yeah. I’ve told Sheera that you’ll be coming.”
“Is she here?” si gadis kelihatan sedikit cuak.
“oh yes. She’s here. She’s waiting for you in the hall. Masuklah.” pintu dibuka seluasnya bagi memberi ruang gadis itu masuk.
Kelihatan senyuman aneh terukir di bibir dan sepasang matanya mula bertukar merah ketika pintu hadapan ditutup perlahan-lahan
-TAMAT-
Gambar : KamenRider
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment