PADAH SI CELUPAR 1
Karya: Mehmet U'mar
Nama aku Zira. Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang kesemua lelaki. Aku dilahirkan lewat tahun 80-an dan aku rasa korang boleh agak umur aku berapa tahun ni kan?
Antara tiga beradik aku adalah insan yang bukan jenis suka bercakap banyak, lebih suka diam daripada merapu dan suka menyendiri sampaikan aku digelar sombong oleh rakan sebayaku.
Kenapa aku jadi begini? Ini adalah kisah kenapa aku pilih tajuk Padah Si celupar..
November 22, 2010.
"Ziraa...terharu bener aku karena dikau bener mahu tahu akan keberadaan ku di sekeliling dikau. Aku sedia membantu kau dan aku sudah sedia menemani kau..."
Aku kaget terus tersedar dari lena sebelum maghrib tadi dengan terlepas solat maghrib jam di dinding tepat 1.30 pagi hari jumaat.
Biasalah siangnya tadi aku banyak kelas nak kena hadir, letih satu badan.
Aku seorang pelajar sebuah kolej swasta yang terletak di salah satu di daerah Negeri Sembilan. Maaf nama kolej aku terpaksa rahsiakan.
Aku terkejut sampai berpeluh sebab seolah-olah aku bermimpi ada suara lunak memanggil namaku.
Keadaan aku pada ketika itu seperti bukan mimpi sebab aku terjaga dan masih kedengaran sayup-sayup suara itu.
"Ziraaa...ziraaa.....ziiiraaa"
Aku terdengar lagi. Nyata ini bukan mimpi. Aku tengok roomate aku di atas katil atas sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah manakala aku masih terpinga-pinga mencari dari mana punca suara itu.
"Apa yang kau cari tu Zira, aku ada hampir bener dengan kau..bukan kah kau suka membaca kisah-kisah seram makhluk seperti aku ni? Yaaa aku datang untuk engkau Zirraaaa."
Dalam tak sedar, seluruh tubuh aku mengigil bukan sebab sejuk tapi memang keseraman inilah yang aku cari. Aku memang gemar membaca kisah kisah seram di muka buku tetapi satu pun tidak memberi kesan kepadaku.
Tanpa aku sedari seluar ku basah. Aku tidak dapat tahan dengan tahap keseraman ini terus aku membaca ayat-ayat pendinding iaitu 3 Qul dan ayat Qursi.
Aku segera membersihkan diri dek banjir tadi. Hancing pulak satu bilik kalau dibiarkan.
Selepas semuanya selesai aku tidak lagi mendengar suara tadi dan aku kembali tidur.
"Ziirraaa aku beruntung yang akhirnya dapat berhubung dengan dengan mu sayang"...
Aku: "Kau ni siapa? Kenapa tiba-tiba muncul dalam hidup aku ni?"
"Ziraaa aku adalah keturunan mu sayang yang akan melindungi mu dari bahaya. Aku tahu engkau suka akan kisah seram dan sebenarnya aku sudah lama menjadi hakikat dalam keturunan mu untuk menyeramkan orang yang menghina mu....heeee"
Aku: "Kau ni sapa hah! Jangan ganggu aku syaitan!!!"
"Zira..zira hang ni pasaipa duk jerit2 setan ni..dah bangun-bangun dah nak subuh dah ni"
Aku dikejutkan oleh kawan ku, Siti.
Rupanya aku mimpi setelah mendengar suara awal pagi tadi. Aku bermimpi melihat seorang gadis dengan selendangnya macam orang zaman dahulu. Sungguh ayu dengan suara lunaknya ibarat primadona di zaman silam.
Seperti biasa aku hanya mampu cerita kat kawan aku, namun yang keluar dari mulut dia itu mainan tidur sahaja.
"Tu la kau suka baca kisah seram. Suka hantu-hantu. Kan dah kena sampuk."
“Dah nak buat macam mana Siti setiap orang ada hobi. Aku memang suka baca kisah seram.”
Pada pagi Jumaat 22 November 2010 cuti tiada kelas
Memang kehidupan aku kat kolej ni Siti seorang sahaja yang faham perangai dan hobi aku tapi kawan yang lain semuanya menjauhkan diri daripada aku. Siap kata aku psiko lagi sebab percaya benda benda tahyul ni.
Ada kawan aku ni nak kata kawan baik tak juga. Namanya Ayu, nama sahaja ayu memang cantik orangnya tapi masyaallah hati. Ayu suka mengata aku macam macam sampai kecoh 1 batch kata keluarga aku ni ada saka.
Aku tak ambil pusing sangat dengan mulut celupar dia ni sampaikan Siti pernah bagitahu aku hal ni.
"Hang tak rasa apa ka Ayu duk kata macam-macam belakang hang"
Aku: "Terasa la jugak tapi biarlah nanti dia terima la akibat dia"
"Akibat apa weh?" Tiba tiba pertanyaan Siti tu mengejutkan aku. Kenapa aku nak cakap macam tu? Akibat apa?
Aku pun pelik apa pulak nak akibat semua, aku bukan jenis suka dendam pun. Tengah aku sembang-sembang dengan Siti tiba tiba kecoh satu kolej bangunan aku. Ayu tiba tiba pengsan semasa dia sedang sedap gosip pasal keluarga aku dengan rakan-rakan dia.
Aku dan Siti apa lagi terus ke bilik Ayu yang mana biliknya bersebelahan dengan bangunan dorm aku.
Ketika aku dalam perjalanan menghampiri bilik dia di tingkat 4. Aku rasa bergoyang lutut aku naik tangga dengan tiada lif, aku perasan dengan sekilas penglihatan ku di depan pintu bilik Ayu seorang gadis berpakaian Melayu zaman dahulu sedang tersenyum.
Aku terhenti seketika sambil membaca ayat pelindung. Kawan ku Siti hairan dan bertanya kenapa aku berhenti melangkah sebab dah nak sampai bilik Ayu ni? Aku hanya diamkan diri dan gadis itu terus menghilang.
Ketika di dalam bilik Ayu, ada 10 orang rakan pelajar lain. Aku dikhabarkan Ayu bukan sekadar pengsan tetapi meracau-racau "Maafkan aku, maafkan aku" dengan mata yang tertutup. Sah la budak Ayu ni kena sampuk.
Salah seorang antara kami menelefon ustaz Fendi untuk selesaikan kes Ayu ni. Kediaman ustaz tidak jauh dari kolej kami. Ustaz sampai kurang daripada 20 minit kerana rumahnya berhampiran sahaja.
Ustaz meruqyahkan si Ayu ni yang kebetulan pada masa ini dia tengah bendera merah.
Selepas ustaz selesai bacaan ruqyah, dialog ini lah yang terjadi antara ustaz Fendi dan makhluk dalam badan Ayu.
U.Fendi: "Asalammualaikum"
Ayu: ..........
U.Fendi: "Bukan islam?"
Ayu: Geleng-geleng kepala.
U.Fendi: "Kenapa kau ganggu budak ini?"
Ayu: "Mulut dia celupar, jahat menghina keturunanku...heeeee"
U.Fendi: "Siapa keturunan mu?"
Selepas ustaz soal dia terus mata Ayu menjegil ke arah aku sambil senyum. Kemudian Ayu kembali pengsan.
Aku ketika itu dah rasa lain macam benda yang merasuk Ayu ni. Selepas semuanya selesai ustaz Fendi suruh kami semua bersurai dari bilik Ayu dan rakan sebiliknya.
Selepas dari kejadian tu, pada waktu malanya Rohana secara kebetulan terserempak dengan "aku" sedang makan di medan selera kolej kami jam 9 malam dan "aku" berseorangan katanya.
Serta merta Rohana temankan "aku" makan dan terus menceritakan apa yang terjadi siang tadi.
***
Masa tu jam hampir menunjukkan pukul 5 petang.
Ayu terjaga dari kejadian tadi dengan sakit seluruh badan dan pelik kenapa dia dengan Rohana sahaja dalam bilik sedangkan tadi masa sembang ramai. Rohana pon menceritakan pada si Ayu apa yang terjadi tengahari tadi. Apa lagi Ayu terus menangis sambil mengulangi lagi perkataan maafkan aku..
Rohana ni pun tanya la sebab apa nak minta maaf dan pada siapa?
Ayu: "Dalam masa aku tengah sedap gosip pasal keluarga Zira, terus aku rasa ada angin lalu belakang aku dan sekilas pandang depan pintu bilik kita kelihatan macam seorang perempuan berpakaian ala ala zaman dahulu"
Rohana: "Kau biar betul? Aku tak nampak apa apa pon? Tak kan siang ada hantu kot?"
Ayu: "Betul Hana, aku nampak jelas masa kita duk sembang sembang tadi dengan kawan kita yang lain. Dalam masa yang sama aku dengar benda tu kata"
"Jaga Mulut Kamu, jangan kerana mulut badan kamu binasa! Jangan kau hina keturunanku!!!"
Selepas aku dengar dia cakap macam tu terus aku tak ingat apa dah
Rohana: "Tu lah kau Ayu mulut jangan mengata orang sangat tengok apa dah jadi"
***
"Ayu masa ni dalam keadaan lemah aku malas nak beleter sangat. Ya memang Ayu ni mulut dia macam buntut ayam tapi hati dia baik tak suka berkira ringan tolong kemas bilik suka pula belanja aku makan".
"Aku": "Baik apanya macam tu Rohana, dia mengata keturunanku baik kah begitu?"(Dalam keadaan senyum)
Beepp..beeppp..beeppp.
Rohana: "Alamak jap ada call."
"Wasallam Zira? Eh Zira?" Rohana terkejut sebab aku telefon dia sedang kan aku ada di
hadapan nya.
***
Lepas kes Ayu dirasuk tengahari tadi aku dan Siti terus balik ke bilik kami.
Masa ni aku terfikir akan senyuman tajam semasa ayu dirasuk tadi dan aku tanya lah kawan ku Siti ni..
"Kau ada perasan tak masa Ayu pandang aku semacam tadi?"
Siti jawab tak ada. Adakah ini perasaan aku sahaja?
"Aku ingat malam ni aku nak pergi bilik Ayu lah Siti" selepas maghrib terus Siti mengikuti aku.
Sampai sahaja kami di bilik Ayu dan Rohana, kami dapati Rohana tiada dibilik. Hanya Ayu sahaja. Aku pon tanya la si ayu mana Rohana.
Ayu: "Dia cari makanan bungkus sebab lapar..dia ajak aku keluar tadi tapi aku masih tak larat."
Aku pun terus call Rohana sebab alang alang nak beli makanan, bungkus kat kitorang sekali..hehe..
Aku: "Assalamua'laikum Rohana"
Rohana: "Wasalam Zira..Eh, Zira?
Aku: "Halo..weh Rohana..halo.." Tiada suara yang menjawab.
"Weh korang aku call Rohana dia jawab wasalam terus senyap ni..aku dengar lepas tu masa bunyi ada benda jatuh..pastu ada kedengaran bunyi hilaian"
Ya memang aku ada dengar bunyi seolah olah macam kepala Rohana terhantuk serentak dengan bunyi hilaian ketawa jelas kedengaran.
Tanpa membuang masa aku terus mengajak si Ayu dan kawan sebilik aku ni Siti mencari Rohana. Jika dia membeli bungkus makanan sudah semestinya ada di medan selera dan tekaan aku tepat. Memang Rohana terbaring dikelilingi rakan pelajar yang lain.
Sebaik sahaja Rohana sedar. Kami terus bawa dia balik bilik untuk berehat sekejap dan ya aku tengok dahi dia bengkak akibat terhentuk lantai masa pengsan tadi.
Kasihan aku tengok mereka ni..sebab dalam sehari 2 orang kawan kena tegur dengan "kembar" aku pulak.
Aku dan Siti menemani si Ayu dan Rohana ni satu malam di bilik mereka..dan malam itu Rohana cerita masa dia terjumpa "aku" tengah makan di medan selera kolej kami...
***
11.50 mlm Sabtu.
Kami semua dah mengantuk sangat. Aku dan Siti berjaga lagi sebab nak pastikan si Ayu dan Rohana ini benar benar dah tidur.
Dalam masa ni macam biasalah aku buka google cari cerita cerita seram. Dah memang hobi aku sebelum tidur baca kisah kisah seram. Apa punya teruk la perangai aku masa ni.
Tepat jam 12.15 pagi Ahad
Aku tengok yang lain semua dah tidur tinggal aku mengadap laptop yang aku pinjam daripada Rohana dan seperti biasa masih membaca cerita-cerita seram di internet.
Walaupun mata ni dah macam panda tapi aku gagahkan juga baca sampai habis..sampai bahagian "Belaan Saka" terus kepala aku pening, rasa berat sangat dan aku tertidur...
"Selama ini kau menjaja kisah keturunan ku kepada kawan kawan kau..kau hina keturunan ku..ya aku adalah Dayang Fatimah..moyang kepada datuknya si Zira..lagi sekali kau hina keturunan ku nahas kau aku kerjakan"
Ayu: "Isk..isk..isk..aku minta maaf ...aku minta maaf aku janji tak akan hina keturunan kau lagi Dayang Fatimah..aku minta maafff...."
Aku: "Dalam keadaan bilik gelap aku terkejut dan dapat dengar jelas Ayu mengigau minta maaf dan sebut nama Dayang Fatimah..moyang kepada datuk aku? Belah mana?..
Nantikan sambungan aku mengenai siapa sebenarnya Dayang Fatimah dan adakah benar beliau Moyang kepada datuk ku? Sebelah mak atau ayah ku?
P/s: Aku harap jangan ada sesiapa yang mengutuk keturunan ku. Nanti buruk akibatnya..heeeeee
-Bersambung jam 9.00malam-
Karya: Mehmet U'mar AbdulAziz
Karya merupakan hak cipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.
No comments:
Post a Comment