Saturday, 16 December 2017

STALKER - Kukil Kufiq


STALKER
oleh: Kukil Kufiq

Wattpad : kukilkufiq
Instagram : KukilKufiq

=========================
Emma sememangnya seorang wanita yang cantik dan menawan, kemana-mana sahaja dirinya berada pastilah menjadi perhatian orang.dengan gaya ranggi, seksi dan sentiasa up to date tidak hairanlah dia menerima perhatian seperti itu.
Sesuai dengan kecantikannya dia juga gemar berselfie dan sentiasa update apa sahaja aktiviti hariannya di laman Instagram, Facebook, Wechat dan Twitter, malah terkenal juga sebagai insta famous dengan followers seramai 754,000.
Hari ini Emma berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, melakukan aktiviti window shopping bersama kawan baiknya Maria, selesai sudah mereka duduk melepak menghilangkan lenguh di kaki mereka di Starbuck Times Square.
Seperti biasa Emma melakukan selfie seterusnya update melalui "Insta" dengan Hashtag.

"DONE"... Seterusnya update.
Dalam masa tak sampai sejam Emma dapat sebanyak 50 ribu like dan 500 komen. Bertambah bangga si Emma dengan populariti media sosial nya.
Emma amat bangga bila dirinya diminati oleh ramai orang namun Emma tidak menyedari dari sekian banyak 'fans' atau 'followers'nya bukan semuanya normal seperti manusia lain.
Malam itu Emma dan Maria berlibur di Changkat, Bukit Bintang, Emma dalam keadaan mabuk terus melepak sambil memasang sebatang rokok, tiba-tiba seorang lelaki datang dan menegur Emma, Emma melihat lelaki itu atas bawah dan dihatinya memuji keelokan rupa paras lelaki itu.
Emma terus melayan lelaki itu, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Amin. perbualan yang biasa-biasa pada mulanya menjadi hangat dengan Emma mula menepuk tampar lelaki itu, apatah lagi masing-masing telah mabuk maka makin liarlah kelakuan mereka dan mereka sesekali ketawa terbahak2 bila diselang selikan dengan sedikit lawak jenaka.perbualan terhenti dengan Whatsapp yang masuk dengan tiba-tiba.
‘You have one messege from Maria’ tertulis di skrin phone Emma, Emma segera membaca whatsapp yang baru masuk itu.
‘Hei, Emma tonight I will stay at Razlan’s house. Nak buat kerja laki bini. So, you boleh tak balik rumah sendiri? Alaarhh, you naik la Uber ke Grabcar ke?’
‘Damn you! How could you leave me here? If I know I’ll brought my own car.’ balas Emma. Bluetick tapi tak reply. Hampir 10 minit menunggu tapi takde balasan dari Maria.
"Selfish Maria!" keluh Emma sambil meneguk segelas Chivas lagi.
"Why Emma, you nampak macam stress?" tanya Amin.
"Kawan I, leave me here, balik dengan boyfreind dia, sekarang I kena balik naik Uber pulak!!" balas Emma sedikit bengang.

Lelaki itu tersenyum.
"What’s so funny?" tanya Emma
"Kalau itu jadi satu masalah besar buat you, I boleh hantarkan you balik" balas Amin.
"Can you?" balas Emma.
"Kalau you tak kisah dan you percayakan I." jawab Amin bersahaja.

Emma yang baru mengenali Amin mula berfikir, boleh percaya ke mamat ni, hurrmm, but very nice looking man takkan lah orang gila kut, alarhh, abis kuat dia rogol je. Takkanlah dia nak bunuh pulak.." Emma melayan perasaan.
"Macam mana Emma, ok tak?" tanya Amin sekaligus mematikan lamunan Emma.
"Ok send me home but tunggu sekejap I need to go to toilet." kata Emma pada Amin.

Sewaktu Emma menuju ke toilet, Amin memesan dua gelas Chivas lagi. Satu gelas diletakkan pil khayal yang dibawanya dari awal. Sementara menunggu pil khayal itu larut di dalam Chivas, Amin membuka Insta-nya dan melihat profil Insta ‘Emma Danish’. Dia tersenyum sendirian. Tidak sia-sia dia sentiasa stalked si Emma sehinggalah hari ini dia dapat memancing wanita itu.
Senyumannya semakin lama semakin sinis.
Tidak berapa lama kemudian Emma kembali dan mengajaknya pulang.
"1 glass before we leave, my treat." pelawa Amin sambil meneguk segelas Chivas di tangannya.
Emma segera meneguk Chivas yang diberikan oleh Amin. Amin tersenyum melihat umpannya sudah mengena.
"Sebegitu mudah." fikirnya.
"Ok, lets go!" balas Emma usai meneguk air setan itu.

Ketika di dalam kereta Amin dan Emma bersembang. Perbualan yang mulanya rancak mulai perlahan kerana Emma rasa mengantuk yang amat sangat. Dia cuba bertahan tapi akhirnya terlena. Sebelum dia terlena, dia melihat Amin merenungnya sambil tersenyum, senyuman yang sukar diertikan maksudnya.
Emma tersedar dan dia melihat sekeliling. Dia melihat dirinya duduk di dalam sebuah bilik sepertinya bilik bawah tanah dan hanya disirami cahaya dari lampu mentol berwarna kuning. Tapi bukan itu yang merunsingkan hatinya. Dia runsing apabila melihat sekeliling dinding bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar nya yang dipost di Insta dan FB sebelum ini ditampal dengan banyak. Emma yang cuba bergerak juga terkejut melihat tangan dan kakinya diikat menggunakan dawai tajam di kerusi. Semakin dia bergerak semakin sakit dan luka-luka pergelangan tangannya.
Emma mula menjerit-jerit meminta tolong dan ketika itulah Amin turun dari tangga sambil memegang satu balang kaca yang agak besar. Amin datang menghampiri Emma. Setelah itu, Amin meletakkan balang kaca itu ke atas meja di sebelah Emma.
Emma yang kesakitan menangis-nangis meminta tolong supaya Amin melepaskannya, tapi tidak diendahkan langsung oleh lelaki itu.
"Hoii, kau nak apa haaa!!... lepaskan aku!!” jerit Emma yang mula rasa marah dengan kelakuan Amin yang endah tak endah akan dirinya.
Amin segera memandang Emma dan dengan riak wajah selamba Amin tersenyum dan menghampiri Emma.
"Aku sukakan kau, sebab tu aku buat macam ni"
"isk..isk..kalau kau suka aku bukan macam ni caranya, lepaskan aku!" balas Emma dalam esak tangisnya.
"Dah lama aku stalked kau. Aku sentiasa ambik tahu update pasal kau. Malah aku tahu lokasi rumah dan tempat kerja kau. Setiap malam aku akan duduk di parking kondo kau untuk memerhatikan kau. Sampai lah tadi aku hampiri kau, sangkaan aku kau tak semudah yang aku fikirkan, tapi rupanya kau memang spesis perempuan jalang, senang-senang je masuk perangkap aku." balas Amin sambil tertawa terbahak-bahak.
Terlopong mulut Emma mendengar pengakuan Amin, tidak dia menyangka tindakannya yang sentiasa update apa semua tu mengundang seorang lelaki gila mencarinya dan tidak juga disangka yang selama ini dirinya diintip dan diikut ke mana sahaja.
"Apa yang kau nak, aku boleh bagi. Tolong lah lepaskan aku. Sakit terikat macam ni. Tolong.." balas Emma.
Amin sekadar tersenyum.
"Nak apa saja, cakap lah, aku boleh bagi, asalkan kau lepaskan aku." rayu Emma sekali lagi.
Amin segera memusingkan Emma di atas kerusi memandang ke arah belakangnya dan terbeliak mata Emma melihat sekian banyak kepala wanita dipotong dan diletakkan di dalam balang kaca besar sama seperti yang diletakkan di atas meja. Kepala itu juga diawet bagi mengekalkan keutuhan kepala itu supaya tidak mereput.
"Well, aku suka simpan koleksi kepala perempuan cantik dan setakat ini saya dah ada 99 koleksi kepala wanita-wanita Insta Famous, FB selebriti atau Youtube Selebriti macam kau. Kiranya kau patut bersyukur kau adalah koleksi aku yang ke seratus!" kata Amin sambil Emma mula bertambah kuat esak tangisnya. Emma mula terpekik-pekik ketakutan.
"Emma, Emma, kau nangislah macam mana sekalipun tak guna. Kita jauh ada kat dalam kebun getah di dalam mahligai aku, di bawah tanah pulak tu. Kau rasa ada ke sesiapa yang boleh dengar jeritan kau tu?" kata Amin sambil tersenyum sinis.
"Tolonglah lepaskan aku.." rayu Emma sambil menangis teresak-esak.
Amin mencapai sebilah gergaji dan tindakannya membuatkan Emma semakin meronta-ronta cuba melepaskan diri sambil terjerit-jerit.
Amin cuma mempamirkan senyuman sinis dan pergi ke arah belakang Emma.
"Boleh, aku lepaskan kau untuk jadi koleksi aku." jawab Amin sambil mula menggergaji leher Emma. Hanya Jeritan kesakitan Emma dan tawa Amin bergema dan selepas beberapa ketika mula suasana senyap semula. putus sudah hayat Emma dari jasad.
*******************
Pada 2 hari kemudian Malaysia digemparkan lagi dengan penemuan mayat mangsa wanita yang ke seratus tanpa kepala dan digergaji menjadikan siri pembunuhan bersiri semakin merumitkan pihak polis, mangsa Emma Najwa Binti Rosli ditemui dicampak ke sungai Klang keadaan jasad tidak sempurna kerana kepalanya masih tidak dijumpai.
Sementara itu Amin yang menonton siaran berita di televisyen hanya tersenyum sambil menikmati minum malamnya. Setelah puas menikmati Coffee Latte kegemarannya, dia segera turun ke bilik bawah tanah dan memegang balang berisi kepala Emma. Matanya terbeliak besar dan mulutnya ternganga tanda menahan kesakitan yang amat sangat ketika nyawanya dicabut. Amin segera mengeluarkan handsetnya dan selfie bersama balang yang mengandungi kepala Emma dan "Click" button kamera ditekan.
Seterusnya Amin meletakkan semula balang itu secara cermat dan membelek telefon pintarnya dan melihat-lihat profil seorang Insta Famous yang memiliki followers sebanyak 678,000 bernama Gina Emily seorang part time model dan seorang student.
Amin tersenyum dan mula menekan Button "FOLLOW"!!!
-TAMAT-
=========================
STALKER
© Kukilkufiq

Suntingan dan Gambar: Wan SC
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: