JALAN PINTAS
Karya : East
====================
"Adoi, sakitnya. Boleh pula mimpi ngeri" aku mengaduh sakit sambil memegang pinggang Jatuh katil punya pasal.
“Itulah tidur waktu-waktu macam ni.” mak membebel.
“Laa..mak buat apa dalam bilik Paiz ni?”
“Mak nak kejut kamu la. Kamu tak kerja ke hari ni?”
“Shif petang lah mak..”
“Shif petang pun, ini dah pukul berapa?”
Laju aku mencapai jam loceng di atas rak di tepi katil. “Damn!” gumamku lalu terus berlari ke bilik air.
Dua jam zaman dulu tak sama dengan dua jam zaman sekarang. Zaman sekarang, masa berlalu laju – ini yang mak aku selalu cakap.
Dunia hari ini, semakin lama terasa semakin pantas. Kau lambat, kau ketinggalan. Taknak ketinggalan, kau kena pandai cari jalan. Macam aku, aku akan melalui jalan pintas untuk balik ke rumah. Dengan cara itu aku dapat percepatkan pejalanan aku dari rumah ke tempat kerja begitu juga sebaliknya. Hasilnya, aku dapat bekerja dengan lebih produktif. Boss pun suka bila kau punctual. Aku? Yes, aku memang seorang yang punctual.
Tetapi, malam itu lain. Tak sama macam malam-malam sebelumnya.
Jalan pintas tu agak sunyi. Tiada kereta lain yang lalu-lalang langsung. Memikirkan jarak masa yang aku akan ambil cumalah selama 5 minit untuk balik ke rumah, aku tetap lalu jalan tu walaupun aku sedar dah pukul 12.30 malam.
Petang tadi, ada satu kemalangan berlaku dekat situ. Aku antara yang menyaksikan kejadian ketika dalam perjalanan ke tempat kerja (shift petang). Agak mengerikan. Keretanya terbakar. Tapi aku terus ke tempat kerja sebab nak cepat. Kan aku dah cakap tadi, aku ni punctual orangnya. Lagipun, orang ramai dah ada dekat situ. Bomba pun dah datang meredakan keadaan.
“Habis la..lepas ni konfem berhantu jalan pintas tu. Aku dengar pemandu kereta yang terbakar tu mati kat situ juga.” kata-kata Hakim, teman sekerja aku yang celupar, terngiang-ngiang dekat telinga.
Ah, tak ada apa yang aku nak takutkan. Jalan aku pergi-balik hari-hari kot ni.
12.31 malam.
Dari jauh, aku nampak sebuah kereta tiba-tiba terhuyung-hayang dekat depan sana.
“Macam orang mabuk je,” aku menggumam sorang-sorang. Dahi aku dah mula berkerut.
Hati aku mula rasa tak sedap. Aku risau kalau-kalau kereta itu kemalangan. Kalau dia kemalangan sendiri tak apa, dia heret pemandu lain pula. Tak ke naya je nanti?
Disebabkan sikap prihatin aku ni, ketika aku memotong kereta gila itu, dengan pantas aku menekan hon supaya pemandunya terjaga dari ngantuk. “Woi! Bawak kereta elok-elok lah gila!!” jerkah aku.
Tapi tak aku sangka disebabkan hon aku, kereta itu terbabas, berpusing dua kali lalu mendarat dalam keadaan terbalik. Bumbungnya di bawah, tayarnya ke atas. Habis remuk sana-sini.
“Allah!” baru aku pandai ingat Allah. Tadi sound orang bukan main sedap.
Tuhan sahaja tahu betapa meremangnya aku ketika itu. Aku jadi serba salah. Aku nak membantu tetapi aku pula menjadi punca. Cepat-cepat aku memberhentikan kereta ke bahu jalan. Aku berlari ke belakang sana. Apabila aku dah semakin dekat, api jelas terlihat dari arah enjin. Ah, sudah! Bahaya ni.
Dengan fikiran separa waras aku yang tengah cuak, takut dan rasa bersalah ketika itu, aku terus merangkak masuk ke dalam kereta yang terbalik tu.
Sepenuhnya. Seluruh tubuh aku masuk ke dalam. Aku sendiri tak tahu kenapa aku seberani itu, senekad itu.
“Lah, mana pemandunya?” soal aku pada diri sendiri.
Plap! - entah kenapa tiba-tiba pintu kereta terkunci sendiri. Aku terperangkap di dalam kereta.
“Oh, God! Shit! Shit!” memang tak ingat Tuhan dah masa tu. Semua kata carut keluar dari mulut. Kaki aku tak henti-henti menerajang cermin kereta. Serta merta aku teringatkan kata-kata Hakim siang tadi. “Habis la..lepas ni konfem berhantu jalan pintas tu. Aku dengar pemandu kereta yang terbakar tu mati kat situ juga.”
“Sial lah Hakim! Mulut macam puaka!” aku mengamuk. Kaki aku terus-menerus menunjal cermin tingkap.
Tiba tiba aku terdengar bunyi tingkap diketuk dari arah seat belakang.
Pam! Pam! Pam!
Hidung pula menangkap bau hangit seolah-olah bau daging terbakar. Seboleh boleh aku tidak mahu menoleh. Air mata ku mula mengalir kerana ketakutan yang amat sangat. Kaki aku masih terus menerajang cermin sehingga akhirnya pecah berderai.
Aku berusaha untuk menyusup keluar dari kereta. Badan aku yang terhiris kaca-kaca tingkap, aku tak pedulikan. Aku tahu aku nak keluar dari kereta puaka ni.
Saat aku melepasi tingkap, sempat lagi aku menoleh ke dalam kereta itu. Sekali lagi aku dikejutkan dengan sesuatu yang diluar akan normal manusia. Kereta di depan aku itu terbakar sepenuhnya. Dalam ketakutan, satu susuk tubuh cuba melepaskan diri dari seat belakang, tubuh nya terbakar dek api yang marah. Dia menjerit-jerit.
Arghh.. Arghh.. Panas.. Panas..
Tolong.. Tolong aku.. Panasss..
Kulit tangannya jelas kelihatan hitam terbakar. Darah pekat memancut-mancut keluar. Matanya memandang tepat ke arah aku. Kesakitan yang amat sangat dapat aku rasai. Aku ketakutan yang amat sangat. Terus berlari menuju ke kereta aku di depan sana. Saat aku menoleh untuk melihat kereta yang terbakar itu, kelibat kereta hilang.
Bulu roma aku merinding apabila memerhati keadaan sekeliling. Sunyi sepi diterangi cahaya bulan penuh. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Tiba tiba...
Shhrrk.. Shhrrk.. Shhrrk..
Kedengaran bunyi seperti sesuatu diheret perlahan di balik semak. Suara tangisan tiba-tiba kedengaran perlahan.
Isk.. Isk.. Tolong.. Lepas kan aku.. Tolong.. Jangan.. Jangan!!..
Jeritan bergema. Aku terus berlari ke arah kereta yang hanya tinggal beberapa belas meter jaraknya. Aku menangis ketakutan. Namun, langkah aku terhenti. Aku di kejutkan dengan bunyi yang amat kuat.
Bam!!
Bunyi tepat jatuh ke atas bumbung kereta Waja milik aku di depan mata. Seorang wanita dengan rambut mengerbang sedang berdiri di atas bumbung kereta aku yang terkemek. Aku menangis tak berhenti dan cuba melangkah maju ke depan
"Cu, nak ke mana tu?. Hihihihi"
Gelak tawa mengilai itu membuat kan aku terus membuka langkah seribu. Aku berlari sekuat hati dan tiba tiba aku terjatuh dalam satu lubang yang amat dalam.
Arghh... Arghh..
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
"Adoi, sakitnya. Boleh pula mimpi ngeri" aku mengaduh sakit sambil memegang pinggang.
“Itulah tidur waktu-waktu macam ni.” Kedengaran suara mak membebel.
Aku tersentap. Aku memandang ke sekeliling. Mak tiada di situ. Jantung aku berdegup laju kemudian kembali tenang dan steady. Aku tergelak sambil menggeleng.
"Ngeri betul mimpi tadi, sampai terbawa-bawa.." ngomel ku sendirian dan bangkit untuk menuju ke bilik air.
Tanpa ku sedari, di balik cermin, wanita bermata satu tersenyum memerhati aku yang terus melangkah keluar dari bilik tidur bersama sehelai tuala. Hari ini aku kerja shif petang.
Hehehehe....
-Tamat-
=====================
© JALAN PINTAS
karya: EAST
Suntingan dan Gambar: Wan SC
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment