SYAM PART 1
===================================
Langit mendung barangkali hujan akan turun.Jika benar,syukur kerana sudah beberapa hari bumi tidak basah. Senyuman terukir. Aku ralit menyelak helaian demi helaian buku novelis kesayangan.
Seperti disuntik dadah,aku khayal membaca setiap bait kata. Sekejap dahi berkerut,sekejapan aku tersenyum dan kadangkala dada bagai mahu pecah.Tak sabar untuk aku habiskan. Aku teruja!
"Bip..bip..."
Notification sound menandakan ada mesej dari aplikasi wassup menderu masuk. Aku mencapai hp yang terletak elok di sebelah. Aplikasi dibuka. Sebaris senyuman indah melakar di bibir. Sahabat kesayangan, Sofea. Mesej darinya aku buka.
"Salam Dee.Kau sihat?Sorry kalau aku ganggu.Aku ada benda nak share. Seriously,aku takut."
"Wassalam,Fea.Kenapa ni?Apa yang kau nak share tu?Pasal Razlan ke?"
"Bukan pasal Razlan lah Dee. Adoii,susah aku nak cerita kat sini. Jumpa jom. Kita lepak kat A&W,PJ.Okay tak?"
"Okay.Tunggu aku"
Hampir 1 jam setengah.Aku tiba ke destinasi selepas menempuh jem sepanjang federal highway.Kereta sudah siap ku parkir, kelibat Sofea aku cari.
Pintu restoran makanan segera itu aku tarik, badanku menerobos masuk. Ternyata kesejukan dari penyaman udara berjaya meredakan panas hati. Mataku kembali meliar mencari-cari kelibat Sofea.
Akhirnya,aku jumpa. Aku menghampirinya yang sedang ralit rakus mengunyah french fries, root bir pun dah setengah glass. Elehh,tarik muka pula.
"Fea,sorrylah jalan jem. Kau yang pilih tempat ni. Sorry kalau montot kau kematu tunggu aku. Tapi perut kenyangkan??"
Aku melemparkan ketawa mengekek. Sebuah jelingan dihadiahkan Sofea buat aku.
"Ingat dah sesat sampai ke bulan."
"Dah-dah la tu..So apa cerita? Apa yang scary sangat tu? Kau jumpa jembalang ke apa?
"Ini bukan jembalang dah,aku jumpa makhluk psycho!! Kau ingat lagi tak syam?"
"Kau ada scandal??? Ayokkkk...aku bagitau Razlan!" Aku menyakat.
"Jangan hanat sangat perangai tu boleh tak? Serious la Dee!! Kau ingat tak syam?"
"Ermmm...syam mana ekk?Cer kau straight to the point je Fea,tak payah bagi kuiz sangatlah."
"Syam,ex boyfriend aku lah.Aku pernah cerita dekat kau dulu. He's back!"
"So??Apa yg peliknya?"
"Dee, dia tu gila kau tau tak? Masalahnya dia kacau aku Dee. Aku takutlah."
"Maksud kau?"
.........................................................
HEY,I'M BACK!! - SYAM
Aku dalam ni adalah Sofea.
Lokasi: Office,shah alam.
Pagi yang sangat busy. Dengan lambakan kerja,otak aku jadi beku. Manakan tidak, isu ISO belum selesai, Audit pula menyusul.Meeting tak habis-habis. Migrain mula gigih menambah galau kekusutan.
Aku malas nak lunch hari ni,apa yang aku tahu aku hanya mahu lelapkan mata.Tepat jam 1pm,aku meluru terus ke bilik rehat. Harap-harap dapat kurangkan sakit kepala yang bertandang.
Baru sahaja aku berkira2 hendak melelapkan mata,tiba2 hp aku berbunyi. Ada panggilan dari private number. Aku malas nak jawab sebab aku tak dapat trace siapa pemanggilnya. So aku ignore sambil aku silent kan phone.
Aku ingat panggilan tu berhenti, tapi makin bertalu-talu pulak dalam mode vibrate. Maka bergegar-gegar lah phone aku tanpa nada. Bilik yang cukup sunyi, kalau setitis air yang tumpah sekali pun aku boleh dengar.Ini memang menguji kesabaran!
Lantas aku menekan butang hijau.
"Hello!Siapa ni?Call orang tak berhenti -henti. Mengganggu tau tak?!"
"Hahahah...marah?"Aku terpempan mendengarkan suara pemanggil.Seperti aku kenal ini suara.siapa?
"Kau ni siapa ha? Apa kau nak?"
"Sofea,sofea..takkan tak kenal aku sayang?? Aku rindu kau"
"Kau?syam?"
"Ya aku!!...aku nak kau balik semula dengan aku. Berani kau ya kahwin dengan jantan tu??"
Aku terus matikan panggilan dan off hp. Aku pelik macam mana syam dapat nombor aku,padahal lepas putus dengan dia dulu aku dah tukar phone number. Niat nak lelap tadi terbantut! Aku jadi bertambah kusut.
==================================
"Okay.Aku faham.Itu sebab kau tukar nombor telefon baru ni kan? Kau nak elak dari gangguan dia. Betul tak?"
"Ya,Dee. Aku terpaksa. Tapi aku ingat,aku dah selamat. Rupa-rupanya tidak."
===================================
KIRIMAN DARI KEKASIH BUAT KEKASIH
Aku dalam ni adalah Sofea.
Selang seminggu dari kejadian itu,aku dah tak fikir apa sangat.Aku rasa selamat.Aku yakin yang dia takkan dapat cari aku lagi sebab aku dah tukar nombor baru.Jadi,aku teruskan rutin harian aku seperti biasa. Razlan?
Mula-mula dia curious juga kenapa aku nak sangat tukar nombor baru.Aku ambil pendekatan untuk tidak berterus terang dengan dia. Aku beri alasan,bahawa line telco yang aku guna ni servis nya tak bagus dan aku nakkan no baru dari telco yang sama dengan yang digunakannya.So,settled.
Malam tu,usai aku dan Razlan pulang dari makan malam kami tiba di perkarangan rumah.Baru sahaja melangkah,mataku dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang teletak elok diatas lantai.
Kotak yang berbalut kemas dengan wrapping paper yang bercorak mawar merah.Dalam hati,mungkin Razlan cuba buat surprise barangkali. Lantas,tangan aku laju sahaja mencapai bungkusan tersebut sebelum Razlan sempat menghalang.
Sementelah bungkusan sudah berada di tangan,entah kenapa aku tiba-tiba rasa lain. Seolah-olah ada angin dingin yang menerpa ke wajah.Tekak menjadi loya, pandangan pula menjadi kabur,akhirnya tubuhku yang longlai rebah ke lantai.
Bila aku sedar, aku sudahpun terbaring di atas sofa sambil ditemani Razlan disisi. Mataku tertancap pada bungkusan tadi yang terletak elok di atas meja kopi. Aku melihatnya sambil mindaku berteka-teki. Nah,baru aku perasan ia seperti sudah dibuka lantaran kertas pembungkusnya sudah terkoyak rabak.
Seperti memahami,Razlan mula membuka bicara. Mengikut katanya,aku tiba-tiba rebah selepas memegang bungkusan tersebut. Aku tidak sedarkan diri lebih kurang sejam sebelum aku sedar kembali.
Dia memandang aku tepat dengan matanya yang penuh tanda tanya, sambil menunjukkan apa yang ada di dalam kotak tersebut.Aku kaget.Mati la nakkkk.....
==================================
"Apa yang ada dalam kotak tu? Bangkai tikus? Kepala tengkorak? Pisau? patung?"
"Bukan Dee."
"Habis tu apa benda?"
"Erm...Maggie Dee!! Perisa ayam. Favourite aku pulak tu."
"Haaa...Maggie??? Kau biar betul??"
"Sumpah Dee. Bukan tu je,siap selit gambar lama aku tengah makan maggie. Belakang gambar tu dia siap tulis nota lagi..."
'Buat kekasih hatiku,Sofea...
Nikmatilah enaknya maggie kegemaranmu.'
Kekasihmu,
Syam
"Syam???? Waduhhhh.. keangkeran apakah ini?"
"Ini baru intro Dee. Kepala Otak si syam ni tak terjangkau akalnya. Kau nak tau apa jadi lepas tu?"
===================================
MACAMNI CERITANYA
Aku dalam ni adalah sofea.
Selepas kejadian aku dapat maggie perisa ayam malam tu, Razlan menuntut penjelasan setelah membaca nota di belakang gambar tersebut.Untuk tidak mahu mengeruhkan keadaan,aku pun perihalkan apa yang berlaku antara kami sebelum ini...
Throwback
CINTA KARTUN SI SOFEA & SYAM
4 Tahun lepas.
Aku dan syam merupakan rakan sekerja di sebuah syarikat perindustrian yang bertempat di lembah klang.Aku lebih senior darinya kerana dia merupakan pekerja baru syarikat.
Dia seorang yang berdedikasi, kacak, berpakaian kemas, wangi dan senantiasa buat aku tersenyum. Kerana keperibadiannya yang baik dan selalu mengambil berat, aku menerima dia sebagai teman lelaki walaupun kami baru sahaja 3 bulan berkenalan.
Di tempat kerja kami jarang keluar lunch,kami memilih untuk makan di pantry office sahaja.Kalau malas nak keluar tapau,maggie berperisa ayam sering menjadi pilihan aku.Ketagihan aku sejak dari zaman U lagi.
Ada satu hal ni.Mungkin bagi orang lain tak pelik,tapi bagi aku kadang-kadang rimas dengan satu peel si Syam.Dia suka ambil gambar aku!! Nasiblah ke toilet dia tak boleh ikut, kalau tidak mahu aku yang sedang mencangkung pun diambil gambar. Ouchhhh....
Selepas 2 bulan hubungan kami terjalin, aku mula rasa tak best bilamana Syam sudah mula mengongkong setiap pergerakan aku. Bila aku tidak berada di depannya,maka bertubi-tubilah panggilan dan mesej yang masuk dari dia.
"Awak kat mana? Dengan siapa? Buat apa?".
Yang paling menjengkelkan, dalam dia tengah2 romantik bercakap dengan aku dalam phone dia boleh selit sekali ayat-ayat warning dan ugutan. Katanya,kalau dia tahu aku selingkuh belakang dia,maka dia tak akan teragak-agak untuk kerat-kerat badan aku.
Katanya lagi, daging-daging aku yang gebus tu dia nak bagi anjing makan.Dia gelak. Aku cuak. Gulppp... Aku cuba untuk husnudzon. Manalah tau barangkali tahap gurauan si Syam ni bergenre 'lawak seram'.
Konon-konon nak jadi kekasih mithali, aku cuba menerima baik buruk pasangan. End up,mana tahu kami kahwin and bahagia. Hashtag #tilljannah.. gituuuu.
Masuk harini,sudah 3 hari Syam tidak hadir bekerja. Naik jenuh aku telefon dan rasanya berpuluh juga mesej yang aku hantar untuk bertanyakan keadaan dia. Tiada balasan.Hp dimatikan.Senyap. Hilang.Ehhh,geram pulak kita.
Akhirnya dengan kuasa 'sahabat comolot', aku berjaya mendapatkan alamat rumah Syam dari bantuan Lisda,pembantu HR. Aku nekad,lunch hour nanti aku akan ke rumahnya. Dekat je rupanya rumah mamat ni dengan office,apasal aku tak pernah tahu? Bila tanya,kata Syam dia tinggal di Sri Kembangan. Ermmm...
Aku tiba dirumah Syam,sebuah rumah teres lama 2 tingkat. Yang peliknya,dah kenapa rumah dia ada tokong merah macam rumah orang cina. Salah rumah ke aku ni?Kertas yang bertulis alamat Syam aku amati dengan tekun.
Sah,memang betul dah alamat ni! Sedang mataku meliar melihat kalau-kalau ada keretanya diparkir luar rumah atau di bahu jalan,tiba-tiba dari belakang....
"Amoi..Ada apa hal.Lu cali sapa?"
"Ooo mak kau!!Ku semangat.!"
"Aiya..soli ahh.Buat u telanjat."
"Takpe Aunty. Saya mahu cari Syam. Dia tinggal sini ke aunty?"
"Ohhh...Syam ah. Betul2..dia tinggal sini. Mali masuk dulu."
Aku melangkah membontoti Aunty tadi ke dalam rumah. Dia memberi aku kunci pendua bilik Syam yang terletak di tingkat atas. Dia biarkan aku naik sendirian. Katanya,Syam tiada di rumah.
Sudah 3 hari tak balik,mungkin kerja di luar kawasan. Cehh,kalau ya memang aku lah yang tahu dulu. Terang2 kami satu office kot. Semangat aku untuk menggeledah masuk ke bilik Syam menjadi semakin kuat.
Mungkin ada banyak lagi perkara yang aku tak tahu akan jadi tahu kelak.Kunci sudah selamat dimasukkan ke dalam lubang tombol pintu.
'Ktekkkk....'
Pintu biliknya aku selak perlahan.
Uwekkkkk!!!!Busuknya!Bau apa ni?
Bersambung.....
==================================
Gambar: Kamenrider
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.
No comments:
Post a Comment