Friday, 1 December 2017

PERINGATAN - NOR4


PERINGATAN
Karya: NOR4

------------------------------------------------------------------
Amin: Pian, jom weh clubbing.
Sufian: Ok, aku join. Kau Fattah?
Fattah: Maaf, aku tak boleh join.
Sufian: Alah, kau ni. Esok bukannya kerja.
Amin: Entah kau ni, Fattah. Pian, kau pergi siap cepat. Malam ni kita enjoy!!!
Fattah: Clubbing… Club tu tempat di mana adanya arak. Club tu tempat maksiat. Lagu dipasang kuat malah melalaikan.
Amin: Arghh, kau diam lah!! Kau tak payah nak ceramah kat kitaorang. Kau tu, bukan betul pun.

Fattah hanya menundukkan diri. Ternyata nasihatnya hanya dipandang sepi oleh rakan serumahnya.
--------------------------------------------------
Sufian turun menuju ke arah ruang tamu. Dia menggayakan baju hitam berjenama Adidas. Seluar jeans biru gelap dipadankan dengan baju itu. Amin yang dari tadi menunggu Sufian mula memandang Sufian dengan perasaan sebal. Macam anak dara bermekap pula dia bersiap. Lama semacam.
Amin: Woi, kau ni mintak kaki ke? Punyalah lama kau bersiap. Ke kau buat toturial pin tudung. Cucuk sana, cucuk sini?
Amin mengejek. Sufian hanya menjuihkan bibirnya mendengarkan jeritan Amin. Dia hanya mendiamkan diri kerana malas melayan Amin. Tiba-tiba, muncul kelibat Fattah yang segak berpakaian baju Melayu putih dan bersongkok hitam. Fattah baru siap mengambil wuduk kerana kelihatan muka dan lengannya basah, kesan daripada air wuduk. Rutin Fattah, setiap hari dia akan pergi ke masjid berdekatan dengan rumah sewa mereka.
Fattah melihat ke arah jam. Berkerut dahinya. Dia menegur Amin yang sedang duduk di sofa.
Fattah: Korang wangi-wangi ni nak ke mana? Masjid?
Amin: Disko. Wuuuuuuuu!!!!!!!!!

Fattah: Astaghfirullah. Baru pukul 6:30 petang. Maghrib tak masuk lagi ni. Jom, ikut aku pergi masjid.
Fattah senyum lembut memujuk. Rakan-rakannya itu perlu disantuni, tidak boleh keras jika hendak menegur. Jika kekerasan yang diguna maka boleh tercetus pergaduhan. Lebih-lebih lagi Amin. Nampak sahaja jambu, tetapi kalau sudah sentap, tujuh keturunan dia tidak akan lupa.
Amin: Tak apa, nanti kami singgah kat mana-mana masjid.
Amin dan Sufian meninggalkan Fattah yang masih tersenyum. Dulu sewaktu masih belajar, Amin dan Sufian tidak sedegil ini. Tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat hiburan. Mereka hanya culas untuk solat. Jika hendak menyuruh mereka solat, Fattah perlu memaksa.
Itupun disuruh salah seorang daripada mereka untuk menjadi imam. Seorang menjadi imam, seorang menjadi makmum, termasuklah dia. Bacaan Amin dan Sufian lancar walaupun doa Qunut masih tergagap-gagap.
------------------------------------------
Sufian: Amin, this is awesome!!!
Amin: Yeah, I know.

Lagu- lagu yang bingit serta melalaikan kuat terpasang di tempat itu. Dipasang secara berterusan dengan kelantangan bunyi yang maksima. Kalau diikutkan, bagaikan hendak pecah gegendang telinga akibat penangan bunyi itu. Namun, semua pengunjung tempat itu terpekik terlolong mengikut rentak muzik. Menambahkan lagi kebingitan yang sedia ada. Syaitan-syaitan bergelak tawa melihatkan mereka.
Pakaian sendat serta mencolok mata membuatkan syaitan-syaitan terlaknat lagi galak ketawa. Segelintir daripada mereka adalah orang Melayu. Tidak kira lelaki atau perempuan, pasti ada disetiap meja. Bertemankan pasangan serta minuman keras. Tanpa segan-silu masing-masing meneguk minuman itu. Ini mengingatkan kepada satu tweet yg berbunyi, "Kenapa orang Melayu minum arak tapi tak nak makan babi?"
-------------------------------------------
- Jam 1:30 pagi -

Amin: Weh, kenapa ramai orang tu? Polis pun ada.
Amin menzahirkan rasa hairan tatkala menyaksikan sekumpulan manusia sedang mengerumuni sesuatu di jalan raya.
Sufian: Accident kot. Drive lah cepat, aku nak balik ni.
Amin: Weh, taknak tengok ke?

Amin menyoal dengan perasaan ingin tahu mula menyelubungi dirinya.
Sufian: Tak payah. Kejap lagi kita tanya Fattah. Dia mesti tahu punya. Dah lah, cepat balik!!
Amin: Ok.
Amin mengalah sahaja walaupun perasaan ingin tahunya membuak-buak.
-------------------------------------
‘Tok, tok, tok….’
Amin dan Sufian mengetuk pintu rumah. 
Amin: Fattah, bukak pintu.

Fattah: Kejap,kejap.
Amin dan Sufian masuk ke rumah. Fattah yang masih lengkap berpakaian seperti petang tadi, tersenyum memandang mereka berdua.
Amin: Fattah, kami pergi mandi dulu ya.
Fattah sekadar mengangguk. Dan dia masih senyum memandang kedua-dua rakannya.

“Zalikha,Zalikha, Zalikha kau lah yang mempesona… Bila kau berjalan sebelah, terasa rusuk bergetar… Adakah dia.. sudah berpunya………”
Sufian menyanyi keriangan. Dia menuruni satu persatu anak tangga menuju ke ruang tamu. Ketika itu hujan membasahi bumi. Guruh kedengaran di langit. Angin bertiup kencang. Menandakan cuaca malam itu agak buruk.
Amin yang sudah siap mandi dari tadi kelihatan berbual-bual dengan Fattah. Masing-masing masih belum ingin tidur memandangkan esok cuti.
Amin: Oi anak dara, lama mandi! Meh habang kiss sikit!
Amin menegur Sufian sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sofa.
Sufian: Kau ingat aku gay ke?
Amin ketawa berdekah-dekah. Namun tidak bagi Fattah. Dia mendiamkan diri. Perhatiannya ditumpu kepada televisyen. Cerita ‘Tanah Kubur’.
Selepas beberapa ketika, barulah Fattah bersuara.
Fattah: Dah solat?
Amin: Tak
Bersahaja Amin menjawab pertanyaan Fattah tanpa memandang sedikit pun mukanya. Mendengarkan sahaja jawapan Amin, Fattah tersenyum.
Fattah: Tadi, aku bau arak. Korang minum?
Sufian: Alah kau ni. Kitaorang minum segelas sorang je. Jangan bagi tahu mak bapak kitaorang ye, Fat?
Fattah: Allah berfirman yang bermaksud wahai orang yg beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari segi perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. -Surah Maidah ayat 90.
Amin: Ala.. Kau ni tak payah nak bajet ustaz lah.
Amin menempelak. Agak geram juga dia ditegur sebegitu rupa.
Fattah: Arak itu merangkumi setiap bahan yang memabukkan dan merosakkan fikiran. Biasanya dibuat dan diproses daripada air anggur, gandum, barli, tamar (kurma) dan sebagainya yang telah ditapis. Lagipun, Amin, Sufian, membeli arak ni membazir. Arak terkandung kandungan bahan kimia. Ia boleh merosakkan akal, hati, jantung, dan otak. Arak tidak mengandungi nilai kesihatan. Menambahkan asid dalam badan yang membahayakan darah, buah pinggang dan pundi kencing. Ia boleh menyebabkan maksiat serta dosa besar. Ia turut menyebabkan kemalangan jalan raya, permusuhan dalam keluarga dan masyarakat serta menjadi punca tidak dapat mengamalkan suruhan agama dan sebagainya.
Sufian: Kami tahulah. Muda-muda ni, enjoy puas-puas dulu. Bila tua barulah bertaubat.
Fattah: Itu kalau sempat tua. Kalau tak sempat? Dahlah, aku nak balik.
Amin dan Sufian: Balik?
Mereka berdua diselubungi perasaan hairan. Hendak balik ke mana?
Fattah: Aku nak balik rumah aku.
Mendatar sahaja nada Fattah. Seolah-olah merajuk.
Sufian: Oh, kampung kau. Kampung dia lah, Min.
Amin: Ooo...nanti kirim salam kat adik.
Fattah melangkah keluar dari dalam rumah itu.Sehelai sepinggang. Tanpa membawa beg pakaian.
Amin: Weh, aku tak dengar pun enjin kereta dia? Beg pakaian pun dia tak bawak? Hujan-hujan ni, dengan ribut bagai?
Amin bersuara. Risau juga hatinya walaupun kadang-kadang tidak sebulu dengan Fattah.
Sufian: Naik bas kot.
Amin: Bas apa pagi-pagi ni?
Sufian: Kau ni, dia tumpang Afiq kot.
Amin: Afiq?
Sufian: Kau ni pun, kalau lembap pun janganlah tunjuk. Afiq, budak kampung sebelah.
Agak tegang suara Sufian. Menahan perasaan geram dengan soalan Amin.
Amin: Oh, ok.
------------------------------------
'Tok,tok,tok….’
“ Assalamualaikum…..”
Kedengaran suara seseorang memberi salam dari luar.
Amin dan Sufian: Waalaikumussalam.
Amin menuju ke arah pintu. Tombol dipulas. Amin sedikit terkejut kerana Fuad, rakan sekerja Fattah datang pagi-pagi sebegitu dengan pakaiannya yang basah kuyup.
Fuad: Amin, Sufian. Jom balik kampung. Naik kereta aku.
Sufian: Buat apa nak balik tiba-tiba?

Fuad: Alah, kau jangan lah banyak soal. Pasal kerja, korang tak payah risau. Aku dah beritahu bos, korang berdua cuti untuk beberapa hari.
Amin: Beberapa hari? Untuk apa?
Fuad: Dah lah. Jangan buang masa. Korang pergi kemas pakaian sekarang. Cepat!
Amin dan Sufian hanya akur. Timbul juga rasa hairan melihatkan Fuad yang agak tergesa-gesa.
---------------------------------
- Jam 5 pagi -

Sufian: Ni kenapa pulak pergi rumah Fattah?
Fuad: Aduh korang ni. Nama je serumah. Ikut je lah. Aku yang drive, aku punya suka.
Amin,Fuad dan Sufian keluar dari kereta. Ramai orang berada di situ. Amin dan Sufian agak terkejut tatkala telinga mereka menangkap alunan bacaan Yasin dari dalam rumah Fattah. Masing-masing tertanya-tanya. Apa yang telah berlaku?
Ibu Fattah meninggalkah?
Ataupun kenduri? Tapi mustahil pagi-pagi buta orang buat kenduri, patutnya petang atau malam.
Sufian melilau melihat kenderaan disitu kerana banyak kereta berada disitu. Apabila dia melihat kenderaan terakhir iaitu van jenazah, matanya terbeliak lalu pantas dia masuk ke dalam rumah. Amin dan Fuad telah masuk.
Sebaik sahaja dia masuk, hatinya bagaikan hendak runtuh. Matanya tertancap kepada sekujur tubuh kaku yang telah siap dikafankan. Hanya menunggu untuk disolat serta dikebumikan. Luluhnya hati, terngiang-ngiang kata-kata yang keluar dari mulut arwah sebelum mereka keluar petang tadi.
“Jom ikut aku pergi masjid."
Lamunan Sufian terhenti tatkala mendengarkan imam bersuara.
Tok imam: Ahli keluarga terdekat boleh lihat wajah arwah buat kali terakhir.
Ina, adik kepada Fattah pergi mengucup jenazah. Selepas dia selesai, dia pergi menuju ke arah Amin dan Sufian.
Ina: Abang, abang tak nak tengok arwah ke? Abang kan sahabat dan adik beradik susuan.
Mendengarkan sahaja kata-kata Ina, Sufian pergi ke arah jenazah. Sayunya hati melihatkan sahabatnya. Wajah arwah Fattah berseri-seri. Sufian mencium dahi arwah. Abang susuannya yang merupakan sahabatnya sudah tiada. Setelah selesai, Sufian tidak dapat menahan rasa sedihnya. Air mata jantannya jatuh jua. Begitu juga Amin.
Jenazah di solatkan di surau memandangkan waktu Subuh ramai yang datang solat berjemaah. Arwah kemudiannya dikebumikan di kampung sebelah berdekatan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kawasan perkuburan itu juga berhampiran masjid.
Selesai urusan pengebumian, Amin dan Sufian menemui Fuad. Mereka ingin tahu cerita sebenar dari mulut Fuad.
Sufian: Aku tak faham lagi. Macam mana arwah meninggal? Tadi elok je.
Fuad: Arwah kena langgar masa dia nak balik dari masjid. Ada orang langgar. Aku dah cuba hubungi korang. Tapi tak berangkat. Aku nampak kereta korang masuk kawasan rumah teres. Tapi aku tak kejar sebab aku kena uruskan tentang jenazah. Tapi, takkan korang tak tahu?
Amin: Fuad, terima kasih sebab cari kami.
Fuad: Sama-sama.

Amin kemudian memandang Sufian. Wajahnya menerbitkan kekesalan.
Amin: Sufian…
Kelopak mata Amin bergenang dengan air mata. Teringat nasihat-nasihat ‘arwah’ pagi tadi. Sebelum ‘arwah’ hendak balik.
Sufian: Peringatan,Min. Peringatan untuk kita. Walaupun dia dah tak ada, tapi dia tetap datang untuk ingatkan kita supaya tinggalkan benda-benda tu semua.
Amin sekadar mengangguk lemah. Sahabatnya sudah tiada tetapi peringatan yang diberikan akan dijadikan pedoman buat mereka mulai dari detik itu. Mereka berazam untuk meninggalkan segala perbuatan sia-sia mereka selama ini.
-Tamat-
Suntingan: Atikah Che Yasin
Gambar: Gongpal Topek

Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: