FOTOGENIK!
==========================
“Cantik! Perfect! Boleh Mia tahu siapa dalam gambar ni?” Tanya Mia atau nama sebenarnya Shamia Akira kepada teman serumahnya.
Mia seorang gadis cantik mempunyai darah kacukan Melayu dan Jepun, kerana itu namanya persis negara matahari terbit. Minat Mia pada lukisan membawanya bertemu dengan seorang gadis bernama Shamila yang bekerja di sebuah hotel di ibu kota manakala Mia pula yang baru sahaja menerima tawaran kerja di sebuah syarikat penerbitan buku sebagai Admin. Mereka bertemu di pameran lukisan dan terus rapat sehingga kini boleh duduk serumah.
“Owhh itu gambar Shamira, adik kembar Mila. Iras namun jika dilihat depan-depan ada bezanya. Ramai mengelarkan dia sebagai FOTOGENIK. Mila menerangkan serba sedikit tentang adik kembarnya kepada Mia.
“Nama kamu Shamila, dia Shamira dan saya Shamia.! Wowww... kebetulan ke atau sudah tersusun?” Mia bagai teruja kerana nama mereka hampir sama dan lebih menariknya mereka mempunyai minat yang hampir sama begambar,melukis dan menulis. Ini bagaikan satu bonus dalam kehidupan Mia. Bertemu Mila kemudian dapat rumah dan akhirnya mempunyai minat yang sama.
“Mia... mari sini Mila nak tunjukkan bilik Mia..” sambil mila jalan mendahului dan diikuti oleh Mia perlahan, mata Mia melilau melihat lukisan dan gambar yang tergantung cermat dengan setiap susunannya mempunyai jarak yang sangat efektif menonjolkan setiap gambar dan lukisan.
Rumah teres dua tingkat itu bagaikan banglo dengan hiasan tersusun rapi. Lebih menariknya rumah itu terletak jauh sedikit dari rumah-rumah lain menjadikan suasana tenang dan nyaman membuatkan Mia bakal menghasilkan lukisan atau karyanya dengan baik.
“Wow!” keterujaan Mia tidak dapat disorokkan lagi apabila melihat bilik yang bakal dia duduki, katil, meja, almari dan kipas semua sudah tersedia. Malah barang-barang itu semua kena dengan citarasa dirinya.
“Barang-barang ni semua Mia boleh guna tidak perlulah mia habiskan duit untuk membeli perabot bilik, semua sudah tersedia.” Mila memberitahu sambil tersenyum melihat wajah Mia yang terlalu gembira.
“Ehh, tapi jangan buka bilik sebelah ni sebab ni bilik Mira.” Pesan Mila sambil mengatur langkahnya meninggalkan Mia yang sedang sibuk melihat segala isi bilik sewanya itu.
Sewa bilik dengan harga RM300 sangat murah bagi Mia dengan keadaan rumah ini yang agak luas, besar, cantik dan semuanya kelengkapan rumah sudah sedia ada. Ia bagaikan rezeki yang tak dijangka langsung. Beg galas dicampakkan di satu sudut berhampiran almari lalu Mia terus merebahkan dirinya di atas katil bujang bertilam empuk yang sudah sedia menerima berat badannya. Sehinggakan Mia terlena pada petang itu.
Trapp..tapp..ktapp...pappp..papp....tapp,,taapppp.. kedengaran bunyi button keybord ditekan bagaikan seseorang sedang menaip. Mia tersedar dari tidurnya apabila bunyi tadi jelas di gegendang telinganya. Mia cuba mengamati dari mana bunyi itu datang kerana hanya dia sahaja yang duduk di bilik atas. Tidak mungkin Mila sedang menaip pada waktu begini. Mia melihat jam digital yang memang tergantung di dinding bilik.
12:15am jelas tertulis di layar screen jam. Mia terus bangun, dalam kegelapan dia mencapai telefone bimbitnya yang sentiasa berada di sisi untuk dijadikan lampu suluh. “Haisshh....lupa tanya Mila, dekat mana suis lampu. Sekarang sendiri susah nak kene cari” Mia merungut sendirian menyalahkan dirinya.
Setelah suis dijumpai “Ktappp” maka terang bederanglah biliknya. Tetapi bunyi tadi senyap secara tiba-tiba, Mia membuka pintu biliknya dan melihat ruang hadapan bilik kosong. Tiada sesiapa malah semuanya sunyi sepi dan hanya lampu tangga yang menyala.
“Mungkin Mira dah balik kot,” Mia bersangka baik lalu kembali masuk ke biliknya. Segala barang dan pakaiannya disusun rapi, setelah semua selesai tersusun barulah Mia mengambil beg laptopnya lalu menghidupkan untuk menyiapkan karyanya yang sudah tergendala agak lama.
Tuk....tukkk...tukkkk..
Pintu bilik Mia diketuk dengan pantas Mia bangun dan membuka pintu. “Eh Mila, tak tidur lagi ke?” Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Mia.
“Belum la Mia.. Mila tadi bersembang dengan Mira, dia baru balik tadi...” balas Mila sambil tersenyum
“Dah balik ye? Mia nak jumpa gak boleh?” Mia cuba untuk berkenalan dengan Mira.
“Dia dah tidur la, penat sangat kerja. Mia buat apa tu?” Tanya Mila sambil menjengah sedikit ke dalam bilik Mia.
“Tengah menulis je, nak siapkan cerita yang dah tergendala lama”
"Cerita apa tu? Boleh Mila tau?” Mila seakan berminat.
“Skizotipal” ringkas Mia membalas.
“Macam menarik je, nanti kalau dah siap bagi tahu Mila ye. Mila nak jadi orang pertama yang baca...” kata Mila membuatkan Mia teruja.
“Boleh.. heheh,” balas Mia sambil tersenyum gembira, apabila karyanya ada yang sudi membaca.
“Okay lah. Maaf ganggu Mia. Selamat Malam.” Balas Mila sambil berlalu pergi.
“Selamat malam...” balas Mia sambil melihat Mila turun tangga sehingga tidak keterlihatan lagi.
Malam itu Mia dapat menyiapkan hampir 80% karyanya yang bertajuk Skizotipal. Suasana yang nyaman, segar dan sunyi membuatkan ideanya mencurah-curah masuk ke dalam otak Mia, ditambah pula dengan alunan lagu-lagu nostalgia dari radio Suria Fm menjadikan jiwa Mia turut merasai watak yang ditulis.
Kini hampir sebulan Mia duduk di rumah itu bersama Mila dan Mira, tetapi Mia belum pernah berjumpa dengan Mira walaupun selalu kedengaran bunyi orang menaip dan sedang bercakap. Pernah juga Mia meminta pada Mila agar temukan dia bersama Mira, namun pelbagai alasan diberikan oleh Mila membuatkan Mia tidak dapat bertemu dengan kembar Mila.
Hari ini Mia bercuti, jadi peluang untuk berjumpa dengan Mira tidak akan Mia sia-siakan. Laptop diambil lalu dibawa ke bahagian ruang hadapan biliknya. Sengaja Mia menulis di ruang itu agar apabila Mira keluar atau masuk ke dalam bilik, mereka dapat bertemu.
Waktu itu Mia hanya tinggal berseorangan di rumah kerana Mila bekerja dan dikatakan dia overtime hari itu mengantikan pekerja yang tidak hadir. Dari pagi hinggalah kini sudah pukul 6:00 petang masih belum kelihatan bayang Mira keluar atau masuk ke dalam bilik.
“Takkan la Mira ni pun cuti, tapi kalau cuti takkan la dia tak keluar dari bilik tu makan dan minum?” Mia merunggut sendirian apabila merasakan penantiannya itu suatu yang sia-sia. Selepas solat magrihb Mia kembali duduk di ruang hadapan namun masih juga tiada kelihatan bayang-bayang Mira.
Tap...trapp...tapp...tap... tiba-tiba kedengaran bunyi button keybord ditekan seperti ada seseorang sedang menaip, Mia tersenyum gembira dia merasakan harapan untuk bertemu Mira sanggat tinggi.
Tok...tokk...tok....
Mia mengetuk pintu bilik Mira, dia sudah tidak sanggup menunggu lalu mengambil keputusan untuk terus mengetuk bilik Mira.
“Assalamualaikum.. Mira~” Mia memanggil perlahan, tetapi sunyi sepi tiada sahutan dari dalam bilik. Mia kembali duduk menghadap laptopnya dan menyambung kerja. Jam di komputer ribanya sudah menunjukkan pukul 11:00 malam, Mia mengemas untuk menyambung kerja di dalam bilik kerana dia merasakan harapan untuk bertemu Mira mungkin tidak pada hari itu.
“Kltakkk...” tiba-tiba tombol pintu bilik Mira bagai dibuka, Mia membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam bilik. Mata Mia tajam merenung ke arah tombol pintu dengan harapan Mira akan keluar dan.....
Kreeeuukkk....
Pintu terbuka perlahan kelihatan seorang gadis cantik dari dalam bilik. “Mira.?” Sengaja Mia mempersoalkan soalan bodoh itu, sedangkan dia sendiri tahu itu bilik Mira dan saat itu Mila belum pulang dari kerja.
Gadis yang berdiri dipintu bilik itu cantik dan ia berbeza sedikit dari Mila, mungkin kerana Mila dengan gaya sempoi dan slumbernya membuatkan dia kelihatan tidak sama dengan Mira, dari pakaian dan gaya Mira, Mia tahu Mira seorang gadis yang menjaga ketrampilan diri sentiasa ingin kelihatan cantik dan lembut.
“Iya, saya Mira” Balas Mira sambil tersenyum ke arah Mia. Senyuman Mira tidak ubah seperti Mila, “Arghh nama pun kembar” Mia bermonolog sendirian di dalam hatinya. Kini impiannya untuk bertemu Mira tercapai.
“Mira... boleh Mia tanya something?” Mia memulakan perbicaraan malam itu. Dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.
“Tanya apa Mia.?”
“Kadang-kadang Mia dengar bunyi Mira menaip, Mira suka menulis ke?”
“Ohh, itu Mira tulis cerita”
“Cerita apa? Mia pun menulis juga”
“Cerita KEJAM! “
“Waaa.. macam menarik je, Mia pula tengah tulis cerita Skizotipal,“ balas Mia, tanpa ditanya. Dia terlalu teruja apabila berjumpa dengan orang yang mempunyai sama minat dengannya.
Malam itu Mia dan Mira bersembang sakan, manakala Mila pula masih belum pulang ke rumah. Mungkin dia overtime sampai esok pagi, tetapi itu bukan masalah pada Mia kerana dia ingin sangat bertemu dengan Mira.
“Mira, boleh Mia baca cerita Mira?” tanya Mia cuba membaca hasil karya Mira.
“Boleh, marilah..” Balas Mira sambil bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik, diekori oleh Mia tanpa berlengah.
“Wowww..” Mia terpegun melihat bilik Mira yang kemas dan cantik, barang-barangnya tersusun rapi bagaikan tidak pernah disentuh.
“Baca la tu,” Mira menunjukkan komputer yang sudah sedia terbuka.
Mia dengan pantas menghampiri kumputer Mira, lalu membuka Fail Word bertajuk “KEJAM”
*****
Malam itu selepas aku mengemas rumah, kelihatan adik aku Mira sedang sibuk dengan lukisannya. Dia seorang yang sangat cantik apabila bergambar sehingga membuatkan adakala aku mencemburuinya. Tetapi dia adik kembar aku, dan semestinya aku juga cantik seperti dia..
Setiap malam aku tatap wajah aku sendiri di cermin, Sama! Sangat sama dengan adik aku si Mira tapi mengapa ramai yang memuji dia cantik. Grrrr.! Sifat kebencian didalam diri aku mulai membara, dengan kemarahan yang tidak terkawal itu aku menuju ke dapur lalu mencapai pisau yang aku selalu gunakan untuk memotong bawang dan cili.
“Tapi..! Mustahil aku mampu bergelut dengan Mira, mungkin nanti aku pula yang akan terbunuh!” Aku mula memikirkan cara untuk mengikat Mira. Dan melalakukan kerja aku dengan mudah. Sambil pisau masih tersisip di tangan aku duduk memikirkan pelbagai cara dan akhirnya aku mendapat satu idea.
“Miraaa~.. tolong akak kejap” Aku memanggil Mira dengan manja. Mira seorang adik yang sangat baik dan dengan pantas dia datang sambil tersenyum.
“Tolong apa kak.?” Mira bertanya ragu.
“Akak nak cuba ambil gambar Mira kena ikat di kerusi dan dipenuhi darah, badan tersiat-siat”
“Owhh.. boleh... untuk apa kak?”
“Untuk gambar cerita baru akak nanti.” Aku tersenyum, meyakinkan Mira.
Mira terus duduk di kerusi yang sudah aku sediakan, kaki Mira aku ikat di kerusi tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat, tanggannya aku ikat kebelakang bersama palang belakang kerusi. Aku tersenyum puas, Mudah! Sangat Mudah! Hehehe.
Selepas siap aku mengikat semua sendi kaki dan tangan Mira aku duduk menghadapnya sambil tersenyum, “Hari ini aku akan hapuskan bayang-bayang aku sendiri” Bisik hati aku.
“Akak, nak make up luka-luka tu pakai apa kak?” Tanya Mira pelik apabila melihat tiada langsung barang make up berhampiran aku.
“Tak perlu guna make up Mira, akak hiris betul-betul je, bukan sakit pun,” balas aku sambil tersenyum sinis.
“Ehh akak.. jangan memain. Akak ni buat seram jela” Mira mula tidak sedap hati, dia cuba meronta sedikit namun semakin dia bergerak semakin kuat simpulan ikatan tersebut.
Aku berjalan menghampiri Mira, lalu pisau di tangan aku hiriskan sedikit di lengan kanannya, serta merta Mira menjerit sekuat hati. Meminta tolong.
“Akaaak... lepaskan Mira akak.. Apa salah mira akak...” merayu Mira dalam nada takut.
Aku tidak menghiraukan rayuan Mira malah meneruskan torehan kedua di tangan kanannya, torehan kali ini aku lakukan lebih dalam dan menyebabkan darah memancut keluar. Mira menjerit ketakutan dan kesakitan, jeritanya membuatkan diri aku semakin puas. Diri aku yang sudah dirasuk iblis kini tidak mempunyai rasa belas kasihan.
“ Arghhhhhhhh!!” Zrassss... Pisau di tangan aku libas ke mulut Mira yang sedang menjerit, mata pisau tepat mengenai pipi kanan dan menyebabkan mulut Mira terkoyak besar, Kulit pipinya mengelebeh jatuh terkeluar manakala jelas nampak gusi dan gigi garham rahang kanannya.
Suara jerita Mira bertukar garau. Mengeletik kepalanya menahan kesakitan. Semakin Mira sakit semakin membuatkan aku gembira dan puas. Jantung Mira kencang turun naik menahan kesakitan yang amat sangat. Tetapi itu masih belum membuatkan aku puas. Aku mengoyakkan kulit pipi kiri mira dan aku menyiksanya perlahan – lahan, wajahnya yang cantik aku hiris sedikit demi sedikit. Mulut Mira terbuka sedikit kerana tiada lagi pipi mulus yang membantu menahan rahang bawahnya, aku berlalu meninggalkan Mira sementara bagi aku itu belum cukup untuk meredakan kerasukan aku.
Dengan tubuh yang dipenuhi darah aku masuk ke dalam bilik stor untuk mengambil penukul dan kembali kepada Mira.
"Aauuughhhh..arghhh..auukkkk..auuughhhh” Mira cuba bercakap, tetapi kerana pipi kiri dan kanan yang sudah koyak menyebabkan apa yang disebutkan oleh Mira tidak aku ketahui. Praaaggghh!
Penukul tadi aku ketuk di keting kaki kanan Mira. Bunyi tulang kakinya hancur jelas kedengaran. Jejemari tangan Mira mengigil kesakitan serta darah membasahi tubuh Mira. Matanya sesekali memandang aku dengan harapan ada belas kasihan dari aku untuk sisa nyawanya tetapi! Mata itu! Iya mata itu cantik!! Aku cemburu, sehinggalah matanya juga aku korek keluar mengunakan pisau.
Waktu itu Mira sudah lemah nafasnya kasar, dan akhirnya dia berhenti bernafas. Setelah yakin Mira mati aku membuka ikatan satu per satu, tubuh aku berlumuran darah Mira.
Sebelum aku menggangkat mayat Mira, aku menikam beberapa kali di dada dan lehernya untuk mendapatkan kepuasan. Darah pekat hitam membuak-buak keluar dari lubang tikaman.
Mayat Mira aku campak ke dalam bilik air di biliknya. Kini akulah Mira. Gadis Fotogenik! “Hahahahahahaha” Aku ketawa puas. Aku baru sahaja membunuh adik kembar aku sendiri.
Dan akulah Mila dan akulah juga Mira............
****
Belum habis cerita itu dibaca pantas Mia menoleh ke arah Mira, Keraguan Mia kepada Mira kini tinggi. Adakah benar apa yang ditulis oleh Mira. Mata Mia pantas melihat sekeliling jika ada kelihatan darah atau sesuatu yang mencurigakan.
"Ehh kenapa Mia?” Tanya Mira, membuatkan Mia sedikit terkejut.
“Tak ada apa lah.. hehehe mungkin Mia ngeri sikit baca cerita Mira ni” Balas Mia sambil tersenyum, cuba menyembunyikan kerisauan dirinya.
Mira melihat Mia bagaikan ada sesuatu yang dia inginkan, membuatkan dada Mia kencang ketakutan, roma-romanya mula berdiri. Mia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Mira.
“Eh.... Miraa..... Mia masuk bilik dulu ye, mengantuklah.” Kata Mia cuba lari dari segala kemungkinan.
“Iya...” balas Mira sambil tersenyum, tetapi senyuman Mira kini Mia lihat seakan badut.
Tanpa berlengah Mia terus keluar dari bilik Mira, lalu masuk ke bilik dan pantas mengunci pintu biliknya. Ingin sahaja dia lari dari rumah pada malam itu juga. Terasa juga sedikit penyesalan kerana membaca cerita Mira.
Ktaaakkkk! Tiba-tiba pintu bilik Mia dibuka, pantas Mia memegang gunting yang ada di atas mejanya. Bersedia dari sebarang serangan yang mungkin terjadi.
Euuuuuukkkkkkk.. bunyi pintu Mia terbuka sedikit, jantungnya kembali kencang, ternanti-nanti siapa yang bakal muncul.
“Mia... “ tiba-tiba Mila muncul sambil wajahnya pelik melihat Mia yang dalam ketakutan.
“Eh Mila... baru balik ke?” Mia lega, kini dia rasa selamat sedikit.
“Laa.. kan Mila O.T hari ni, jadi Mila balik pukul 12:30am” Balas Mila sambil tersenyum.
“Ingatkan Mila balik esok pagi”
“Ehh tak lah.. hehe Mia dah makan?”
“Dah tadi, makan maggie”
“Eh maggie je? Dekat dapur ada nasi ayam, Mila beli tadi maghrib, makan lah,” pesan Mila sambil berlalu turun.
Mia turut ikut ke dapur dan nampak satu bungkusan di atas meja, Krukkkkkkk! “arghhh!. Waktu macam ni lah nak berbunyi perut ni.” Rungut Mia. Mila pula terus masuk ke biliknya mungkin ingin mandi kerana baru sahaja balik kerja. Mia dengan pantas terus duduk di meja makan dan membuka nasi ayam yang dibawa bawa balik oleh Mila.
Prannngg.. tangggg.. tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh di bahagian ruang tamu. Mia terus menuju ke ruang tamu namun apabila sampai sahaja ruang tamu, Mia terkejut kerana di hadapannya kini Mila berdiri sambil mengengam pisau. Mia terus berlari ke atas dan masuk ke biliknya, Mila pula mengejar dari belakang tetapi terlambat kerana Mia sempat mengunci pintu biliknya.
“Miaaa!! Buka pintu ni!” Suara Mila menjerit kuat.
Mia hanya mendiamkan dirinya, takut, ngeri, sedih semua bercampur baur. Dia kini berada di dalam rumah dengan seorang pembunuh dan mungkin bakal terbunuh.
Ktaaaakkkkk! Bunyi tombol pintunya terbuka, Mia memegang gunting bersedia untuk bergelut. Apabila pintu terbuka kelihatan Mila meluru masuk sambil melibas pisaunya. Mia turut bersedia mempertahankan dirinya. Kini Mila dan Mia bergelut, tangan Mia kuat megengam erat tangan Mila agar pisau itu tidak dapat menikam dirinya.
“Milaa..! Bawa mengucap..!” Jerit Mia di hadapan muka Mila.
“Ha...ha...ha” Mila hanya tertawa, jelas diwajahnya ingin membunuh Mia.
Dari berdiri,sampailah terduduk dan terbaring. Mia masih setia mengenggam dan menjaga tangan Mila yang masih megenggam pisau untuk di tikam ke arah Mia. Sedang dalam pergelutan itu Mia terlepas dan sempat mengelak lalu melarikan diri keluar masuk ke dalam bilik Mira, tetapi malangnya bilik mira tidak boleh dikunci, Mila pula kini di hadapan Mia sudah tersenyum memandang tepat wajah Mia.
“Apa salah Mia?” Soalan yang sama disoal oleh Mira sebelum dibunuh di dalam cerita KEJAM karya Mira.
Tetapi soalan itu tidak dijawab oleh Mila, hanya langkahnya sahaja semakin dekat setapak demi setapak. Setelah agak dekat tiba-tiba Mia membaling lampu meja tepat ke kepala Mila, “Aduuuuuuhh” Mila menjerit sakit sambil pisaunya terlepas dari gengaman dan tangannya menekup kepala menahan kesakitan.
Kesempatan itu tidak disia-siakan oleh Mia lalu berlari keluar dari bilik dan menuju ke pintu hadapan untuk keluar. Malang pintu grill pula terkunci. Mengelabah Mia mencapai kunci pintu yang sudah tersedia gantung di dinding lalu lari keluar rumah meminta bantuan Jiran terdekat.
Setelah hampir 10 minit maka datanglah Mia dengan Anggota Polis serta beberapa jiran terdekat. Polis menyerbu masuk ke dalam rumah dan melihat benar seperti yang dikatakan Mia, kerana bilik Mia dan Mira berselerak bekas pergelutan. Di dalam bilik air Mira terdapat Mayat yang dikatakan Mira oleh Mia, maka kecohlah kawasan rumah itu.
Mayat Mira susah untuk dikenalpasti kerana keadaan mayat yang sangat mengerikan membuatkan pihak polis terpaksa membuat ujian DNA dan cap jari mayat untuk mengenali identiti mayat. Manakala Mila pula tidak kelihatan dan tidak ditemui. Penyataan laporan Mia diambil oleh pihak polis untuk siasatan dan pemburuan suspek utama bernama Shamila digiatkan.
Hari itu Mia tidur di hotel berdekatan kerana dia masih takut untuk pulang apatah lagi terlibat dengan kes bunuh dan hampir dibunuh. Pagi-pagi lagi Mia sudah terjaga dan bersiap ke tempat kerja, sejujurnya Mia tidak mampu tidur malam. Sewaktu sedang bekerja tiba-tiba dia didatangi dua anggota polis sambil menunjukkan kad kuasa dan waran tangkap reman terhadapnya.
Mia kaku, keliru, blurr...! Kenapa dia yang ditangkap? Sedangkan dia mangsa!.Semasa ditahan reman, anggota polis tersebut memberitahu bahawa Mia disabit dengan kesalahan membunuh.
Mia atau nama Shamia Akira telah membunuh seorang gadis bernama Shamila dengan menghiris muka, memotong pipi kiri dan kanan mangsa sehingga koyak, menikam badan mangsa sebanyak 21 tikaman dan menghancurkan tulang kaki kanan mangsa.
Jika disabit kesalahan Mia boleh dihukum gantung mandatori. Setelah pertuduhan dibacakan Mia terus menengking memarahi Hakim kerana dia adalah mangsa, dan dia tidak membunuh. Sungguh dia tidak faham kenapa pihak berkuasa membuat tuduhan sebegini.
Maka seorang anggota polis berpagkat Inspektor bangun membacakan bukti-bukti yang diperolehi. Didapati sebenarnya mayat yang ditemui adalah Mila dan bukannya Mira atau nama sebenarnya Shamila.
Hasil laporan forensik yang mengenalpasti cap jari menunjukkan mayat tersebut adalah Mila, manakala pada pisau yang terdapat di rumah mendapati mempunyai cap jari Mia sahaja, barang yang digunakan untuk membunuh iaitu penukul juga mempunyai cap jari Mia.
Pihak polis telah menyiasat bahawa mangsa iaitu Shamila langsung tidak mempunyai rekod adik beradik kembar. Dari penyataan yang diberikan oleh Mia sangat bercanggah dengan apa yang disiasat. Mia mengatakan dia meloloskan diri malam itu setelah dia berjaya mencederakan kepala suspek iaitu Shamila dengan lampu meja namun menurut pemeriksaan ahli forensik, lampu meja berkenaan tidak pecah dan masih sempurna di kedudukan sama.
“Whatt..?!!” Mia terkejuttt....
“Wakaka....” tiba-tiba Mia mengilai ketawa, semua yang ada di dalam makamah terkejut dan hakim mengarahkan agar Mia dilalukan ujian kesihatan mental.
Setelah beberapa hari dalam penjagaan piak polis dan ujian yang dilakukan, didapati Mia mengalami sakit “Skizotipal”. Akhirnya Mia diletakkan di bawah jagaan hospital sakit mental. Manakala Cerita KEJAM yang ditulis oleh Mira itu sebenarnya adalah cerita yang ditulis oleh Mia sendiri selepas membunuh Mila. Cerita itu juga didapati ada di dalam komputer riba Mia.
Pembunuhan itu telah menyebabkan rumah itu kini tidak berpenghuni lagi, malah ada beberapa orang menyifatkan kes pembunuhan itu pelik dan mempunyai unsur mistik, walhal penghuninya mental!
10 tahun kemudian rumah itu telah dibeli oleh sebuah keluarga dengan harga yang murah. Kejadian mengerikan dahulu tidak lagi diingati malah telah dilupakan. Sepasang suami isteri beserta 3 orang anak kini menjadi pemilik baru rumah itu.
“Ayahhh... lawa lah akak dalam gambar ni... siapa dia ye?” Anak paling bongsu menegur gambar Mila yang tergantung cantik. Anaknya seolah-olah ralit merenung gamba itu lalu ditepuk dahinya yang polos.
“Sudah! Jangan tengok lagi gambar tu. Cepat, kita bersihkan rumah.” Kata si ayah sambil menganggkat kerusi yang sudah teruk berhabuk dan rosak untuk dibuang.
TAMAT
=====================================
Suntingan Karya: KamenRider
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.
1 comment:
menguji minda btl bace cerita ni...
Post a Comment