Saturday, 2 December 2017

LAGU - Wan SC


LAGU
Karya: Wan SC

======================
Lagu. Semua orang pasti ada lagu-lagu tertentu yang mereka suka. Kalau bukan lagu pun, pasti ada genre-genre yang mereka puja. Atau artis-artis yang mereka sanjung. Ada juga yang sampai ke tahap fanatik. Setiap konsert, gig, show dan event artis tersebut mereka pasti takkan lepaskan.
Aku pun ada lagu yang aku suka. Dulu..
Sebab sekarang aku lebih prefer untuk duduk di dalam bilik ini. Kedap bunyi. Tak ada sebarang lagu yang berkumandang menjadi halwa telinga. Aku benci sebarang bunyi buat masa sekarang. Ikutkan hati, nak sahaja aku rodok lubang telinga ini sampai berdarah. Biar pekak janji bahagia.
* * *
Sepi. Tetapi meja ini sahaja lah yang sepi. Meja lain masih riuh. Perlawanan Bola Sepak Inggeris sedang berlangsung.
Di atas meja, gelas-gelas tersusun banyak. Teh ais Asiah masih separuh. Air kosong Eli sudah habis tetapi roti canai yang ditempahnya masih tak berusik. Faizal, atau kami lebih gemar memanggilnya AL, sudah tambah Milo Ais ke gelas yang kedua. Mamat ni memang kuat minum air. Dua-dua gelas besar pula tu. Nampak sangat kami dah lama bersidang. Namun semakin lama kami berdiskusi di sini, semakin buntu. Kami langsung tak menemui jawapan.
Aku capai kaset yang ada di depan Dahlia. Aku belek-belek tubuhnya. Nothing special. Hanyalah sekadar kaset kosong biasa yang bertulis Side A dan Side B pada kedua-dua muka sisinya. Yang menjadikan-nya special, Dahlia jumpa di dalam peti surat pagi tadi.
Aku sisipkan kaset tersebut ke dalam Walkman yang menjadi koleksi antik aku. Mujur masih hidup. Butang Play ditekan.
♪ It's a damn cold night 
♪ Trying to figure out this life 
♪ Won't you take me by the hand? Take me somewhere new 
♪ I don't know who you are, but I... 
♪ I'm with you, I'm with you ♪

“Aku dah dengar the whole cassette. Lagu tu je duk ulang-ulang. Tak payah lah kau nak dengar lagi.” Jelas Dahlia. Mukanya tampak berserabut tidak berurus. Biasanya dia lah yang paling kerap melawa.
“Aku ke yang seterusnya?” soal Al. Muka Al cemas. Tak seperti raut cerianya seperti hari-hari dahulu. Tak seperti raut ketika dia melompat ghairah di konsert Wings beberapa malam sudah.
“Kenapa kau cakap macam tu?” soal aku.
“Come on, Zain. Obvious kot. Avril Lavigne, AL. Bunyi nak dekat-dekat.”
“Non sense,” aku membidas. “Aku rasa kita semua kena buat report polis lah.”
“Kau nak tuduh siapa?” soal Eli sambil menghidupkan sebatang rokok. “Kau nak cakap hantu Kamarul buru kita? Kau nak kita kena gelak macam orang bodoh?”
“Lagi lah merepek!” bentak aku. “Ada orang nak prank kita ni. Bukannya hantu. Mengarut lah hantu-hantu ni.”
“Prank? Kejadah apa prank sampai dua orang dah mati? Kau waras tak ni?” Dahlia membidas. “Ini semua kerja hantu Kamarul, siapa lagi? Siapa je yang berdendam dengan kita.”
“Guys! Ini 2017! Dah nak masuk 2018 pun. Korang semua umur dah 17 above. Takkan masih takut hantu? Seriously?!”
“Kalau lah kita tak pergi konsert Wings malam tu, aku rasa semua ni tak jadi.” Asiah bersuara.
“So, sekarang kau nak salahkan aku lah ni?”
“Absolutely, yes!” Asiah memeluk tubuh. Matanya tepat ke arah mata aku. Tidak senyum.

Semuanya bermula malam empat hari yang lalu.
Aku memandu Toyota Avanza yang aku pinjam dari Kak Long. Aku and the geng nak pergi menonton konsert Wings di Kuantan. Konon-konon nak berhibur all out lepas habis SPM. Sejujurnya aku tak adalah minat sangat dekat Wings. Aku bukan berjiwa rock. Kamarul yang beriya-iya ajak semua orang. Dengar cerita, dia menang tiket konsert melalui peraduan di radio.
Kami semua memang best buddies sejak dari tingkatan tiga lagi. Apa sahaja aktiviti, ilmiah mahupun sosial, kami pasti bersama. Aku (Zain), Airis, Dik Man, Al, Dahlia, Asiah, Eli dan Kamarul. Masing-masing ada perangai tersendiri membuatkan geng ini sangat unik dan best bagi aku.
Aku dah pick-up semua orang dekat rumah masing-masing. Rumah terakhir, Kamarul. Elok sahaja aku sampai depan rumah dia, aku nampak pintu rumah terbuka luas. Kamarul berjalan dengan muka masam datang ke kereta.
“Apsal kau ni degil sangat, ha?!” bapa Kamarul memekik dekat muka pintu.
Kamarul masuk ke dalam perut kereta. “Blah! Blah!” bentaknya.
“Apsal do tegang sangat ni?” soal aku.
“Aku cakap gerak, gerak je la!” Kamarul pula memekik. Aku terpempan. Tak seperti Kamarul yang selalu. Budak ni bukannya jenis suka marah-marah orang. Atau aku sebenarnya masih belum kenal sepenuhnya dengan dia? Persahabatan selama tiga tahun masih belum cukup..

Tak sempat aku nak tekan pedal minyak, pintu kereta dah dibuka oleh bapa Kamarul. Dia tarik Kamarul kasar keluar dari kereta. Poket Kamarul dirabanya ganas. Tiket-tiket konsert berjaya dikeluarkan lalu dicampak ke dalam kereta kami.
“Korang nak pergi, korang pergi! Jangan nak tarik anak aku pergi tempat-tempat macam tu!”
“Tapi pakcik..”
“Pergi!!”
“Bapak ni dah kenapa?!” Kamarul memekik sambil meronta-ronta minta dilepaskan dari pegangan bapanya. “Korang jangan pergi tanpa aku! Jangan!” jerit Kamarul pada kami.

Aku malas nak drag drama tu jadi panjang, aku terus reverse kereta dan blah dari perkarangan rumah Kamarul tu. What a weird family.
“So, how?” soal Asiah.
“So how apa. Gerak je lah ke Kuantan.” Aku menjawab sambil memandu masuk ke lebuhraya menuju ke Kuantan.
“Weh. Kamarul takde kot. Ni tiket dia..”
“Dan kau nak bazirkan tiket ni macam tu je, semata-mata sebab dia?”
“Aku tak setuju kita pergi.” Asiah masih membantah keras tindakan aku.
“Aku pula tak setuju kita membazir. Membazir kan amalan...”
“Syaiton......” Semua menjawab soalan aku kecuali Asiah. Pecah tawa kami dibuatnya. Asiah hanya mampu menggeleng.
“Eleh..aku tahulah kau suka kat Kamarul tu kan. Sedih la tu kesayangan tak dapat ikut. Kahkahkah..”
“Diam lah kau!”

Perjalanan malam kami ke Kuantan berjalan cukup lancar. Konsert Wings pun boleh tahan gempaknya. Kira berbaloi betul lah. Ye lah, tiket free kan.
“Guys! Guys! Cepat..selfie..” laung Airis.
Bertolak-tolakkan kami semua berkumpul di depan kamera. Masing-masing nak duduk di posisi paling depan, nak muka memonopoli gambar. Background pula nampak Wings sedang beraksi. Konfem esok nampak berpuluh-puluh likes di Instagram.
Satu komen naik ke notifikasi.
@kamarul_17: Babi lah korang! Kan aku cakap jangan pergi tanpa aku. Korang macam sial! Pundek!
Pagi itu aku bangun dikejutkan oleh deringan telefon bimbit. Bukan sekali, hampir berbelas kali. Lahabau mana lah yang kacau aku pagi-pagi weekend ni.
“Hello..” Aku jawab mamai-mamai.
“Woi, kau apsal tak angkat call aku?”
“Weekend lah giler! Bangun lewat lah.”
“Kau tak Subuh ke?”
“Kau jangan nak jadi bapak aku boleh?”
“Ahhhh..weh aku ada berita buruk ni!”
“Benda apa pulak kau ni..? Kucing kau mati?”
“Kalau kucing aku ok lagi weh. Kamarul! Kamarul mati bunuh diri. Dia gantung diri kat pokok cempedak tepi rumah dia!”
“What?!”

Suasana di rumah Kamarul suram. Ramai juga yang datang menziarah. Rakan-rakan sekolah, guru-guru. Kamarul ni budak pandai. No wonder ramai yang nak datang menziarah. Sayangnya, dia ni jenis dikongkong family kaw-kaw. Nak keluar kena curi-curi. Nak tengok wayang lagi lah kena sorok-sorok. Apatah lagi kalau kami mengajak dia ke pusat karaoke. Sejak dia rapat dengan geng ni, nampak lah dia semakin liar dan melawan. Anak jantan, kena lah melawan sikit.
Tapi, siapa sangka. Dalam dia melawan tu, emosi dia masih bercelaru. Hal tak dapat pergi konsert pun, dia sanggup sampai bunuh diri. What a short thinking.
“Entah-entah dia stress dengan kita. Pergi konsert tanpa dia.” Asiah melontar pendapatnya di dalam kereta ketika pulang dari menziarahi kubur Kamarul. Suaranya sebak. Matanya merah.
“Dia marah betul semalam dekat dalam Instagram.” Al mencelah.
“Chill lah. Tak ada apa lah. Dia stress ngan family dia tu.” Aku cuba menyedapkan hati.
“Sudah lah weh. Dia dah tak ada dah pun.” Airis juga kedengaran hiba.

Suasana di dalam kereta ketika itu terasa pilu. Masing-masing melontar pandang jauh ke luar tingkap kereta. Sesekali dapat juga aku mendengar beberapa dari mereka menyedut hingus. Aku tak sanggup nak pandang ke belakang. Asiah di sebelah pun sudah banjir dengan air mata.
“Sabar lah Asiah. Mungkin kau tak ada jodoh dengan dia. Mungkin dengan aku.”
“This is not the time for making jokes, Zain.”

♪ Kau masih kucintai
♪ Sungguh

♪ Dari awal dulu hingga hari ini
♪ Aku pasti seyakinnya pasti
♪ Kau lah satu untuk ku

Lagu Iris nyanyian Awie berkumandang di speaker radio. Aku seperti selalu akan mengikut rentaknya dengan siulan.
♪ Kau masih Dewi hatiku, sungguh
♪ Biar sejuta tahun hilang di hari
♪ Usah gusar sayang usah ragu
♪ Aku milikmu

“Zain, alih radio lain!” Airis menegur dari belakang.
“Apsal?” Aku menyoal.
“Aku taknak dengar apa-apa lagu Wings buat masa ni.”
“Awie lah. Bukan Wings.”
“Sama je lah!”
“Tajuk lagu ni, nama kau kot.”
“Whatever, please change it!”

Aku tukar channel ke saluran lain. Sejujurnya hanya ada dua saluran sahaja yang Kak Long save pada radio keretanya ini. Aku nak cari channel lagu Inggeris pun tak jumpa. Signal bukan main ‘hebat’ juga kawasan ni.
“Tutup je lah, senang!” bentak Asiah lalu menekan punat off pada radio.
♪ Cinta ku jika kau tanya pada bintang
♪ Gemilauan sinar tak kan hilang
♪ Akan aku sinari duniamu
♪ Moga terpadam sangsi mu oh

Radio tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Lagu Iris nyanyian Awie berkumandang dengan volume yang sangat kuat sehinggakan semua yang berada di dalam kereta itu menjerit-jerit minta dipadamkan.
“Apsal do radio kereta kau ni?” gumam Dik Man.
“Entah..tiba-tiba terbuka sendiri. Tak pernah pun macam ni.”
“Rosak kot Zain..” duga Eli.
“Entah la. Nanti lah aku bagitahu kakak aku.”

♪ Cintaku jika kau lihat tingginya awan
♪ Tak kan tercakar tinggi cintaku
♪ Hanya hati ku tahu apa mahuku
♪ Kan dunia ku pastinya milikmu
♪ Hingga ke akhir hayatku

Sekali lagi radio tiba-tiba terpasang dengan kuat. Lagu Iris nyanyian Awie masih terus berkumandang.
“F**k!!” aku membentak.
* * *
“Dan pagi esoknya, kita dapat tahu Airis mati lemas dalam tub mandi rumah dia.” Dahlia memberikan penjelasan logiknya.
“Aku nak korang tengok ni.” Eli meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Suasana sekeliling masih riuh dengan sorakkan para pengunjung Restoran Hamza. Bola sepak Inggeris masih belum tamat.

Akaun Instagram Eli dibuka. Satu video telah berjaya di-post semalam. “Semalam aku jumpa piring hitam ni dekat dalam kereta. Aku tak tahu siapa yang letak. Korang semua tahu aku kan jenis suka kumpul barang-barang antik ni. And thank God, gramofon dekat rumah aku masih boleh pakai. Kau dengar lagu dia..”
♪ Sampaikan salam buat semua
♪ Salam terakhir salam teristimewa
♪ Kepada kau yang tersayang
♪ Pada teman yang ku kenang
♪ Pemergian ku ini tak dirancang

“Salam Akhir. Sudirman?”
“Dan kau tahukan nama Dik Man sebenar?” soal Eli. Mukanya ketat.

Sudirman – ini nama Dik Man sebenar. Bulu roma aku naik remang. Fikiran aku berada di tengah-tengah antara logik dan kebetulan. Realiti dan fantasi. Semua yang berlaku terlalu pantas.
“Two deaths after Kamarul bunuh diri. Airis dan Dik Man. Takkan lah kebetulan lagi Zain. Memang roh Kamarul nak buru kita semua. Sebab kita pergi konsert tu tanpa dia.”
“Kau tak rasa alasan tu funny ke?”
“Disebabkan kuih karipap lima puluh sen pun orang sanggup berbunuh tahu tak zaman sekarang ni.”

Al tiba-tiba bangun. “Aku nak balik!”
“Weh Al. Sabar lah. Benda tak settle lagi.”
“Makin lama aku duduk sini. Makin meremang aku rasa.”
“Al, pembunuh tu ada dekat luar sana. Takkan kau nak balik sorang-sorang?”

Al langsung tak dengar kata kami. Menonong sahaja dia menuju ke kaunter, bayar dua gelas Milo Aisnya lalu pergi meninggalkan kami.
“Degil betul lah mamat tu. Kalau mati betul karang, padan muka. Meminta sangat..” aku membebel.
Srettt! Bam!!
Seluruh isi restoran riuh memandang ke luar. Sebuah kereta merempuh laju sebuah motorsikal. Ramai yang bangun dan berlari ke arah situ.
“Call ambulan! Call ambulan!!” kedengaran seorang lelaki memekik.
Suasana jadi riuh rendah. Sehebat pasar ikan di waktu pagi. Orang ramai berlari sana-sini. Ada anak-anak kecil yang mula merengek. Wanita menjerit. Lelaki berkopiah tak putus-putus memuji Tuhan. Volum televisyen masih kuat dengan siaran bola sepak. Eli dan Dahlia bangun dari duduk lalu turut menuju ke situ. “Ya, Allah! AL!!” jerit Dahlia.
* * *
“Awal bangun hari ni?” Mak menyoal ketika aku duduk di meja makan nak bersarapan sekali. Abah tengah asyik membaca surat khabar Sinar Harian. Aku mencuri pandang pada muka depannya. Berita tentang kematian Al terpampang di sudut tepi. Sudah tiga hari berlalu, baru hari ini masuk paper.
“Sekejap lagi Zain nak melawat kubur Al.” Aku menjawab sambil menyenduk nasi goreng ke pinggan. Mak mengangguk faham.
“Oh, baru abah ingat. Tadi ada posmen hantar barang untuk kamu, Zila. Ada atas meja depan tv.”
“Barang apa, Bah?” adik aku, Zila, menyoal.
“Mana lah abah tau. Kau tu kan marah sangat kalau orang lain buka barang-barang kau beli online ni.” Abah memerli lalu ketawa kecil.

Selepas Zila menyuap sesudu nasi goreng ke mulut, dia terus menapak ke meja di depan tv. “Bila masa pula aku ada beli barang online?” gumamnya. Dicapainya bungkusan itu lalu dikoyakkan plastiknya. Sekeping CD G-Dragon ada di dalam.
“Oh my God! Sampai juga akhirnya. Lama dah pre-order CD ni.” Zila melompat girang lalu kembali ke meja makan.
“Jangan tau nak bersuka-ria je Zila. Tahun depan kamu SPM.” Mak membebel.
“Alah mak ni..kan cuti sekolah ni. Bagi lah Zila happy-happy dulu.”
“Masa angah dulu, waktu cuti hujung tahun macam ni lah angah pulun habis-habis tau. Masuk Form 5 nanti tak gelabah dah sebab banyak dah cover.”
“Ish angah ni..” Zila mencebik. “Eh, Ngah. Jap lagi angah nak keluar kan?”

Aku mengangguk.
“Adik nak tumpang pergi rumah Lisa.”
* * *
“Eh, Eli mana?” soal Asiah apabila melihat cuma ada aku dan Dahlia di dalam kereta. “Eh, Zila. Lama tak jumpa. Sihat?”
“Sihat..”
“Zila ikut kita sekali ke kubur?” soal Asiah lagi.
“Tak..dia tumpang nak ke rumah kawan je.” Aku menjawab.

Zila membuka kotak CD yang diterimanya pagi tadi. CD G-Dragon yang diminatinya itu, disumbat masuk ke mulut player pada dashboard. “Akak suka Kpop?” soal Asiah.
“Suka!” jawab Asiah dan Dahlia serentak.
“Ni CD G-Dragon. Zila order sebulan lepas. Baru pagi tadi sampai.”

♪ We, we don't have to worry about nothing
♪ 'Cause we got the fire, and we're burning one hell of a something
♪ They, they gonna see us from outer space, outer space
♪ Light it up, like we're the stars of the human race, human race

“Eh, apsal keluar lagu Ellie Goulding ni?” Zila merungut. Button Next ditekan.
♪ When the lights turned down, they don't know what they heard
♪ Strike the match, play it loud, giving love to the world
♪ We'll be raising our hands, shining up to the sky
♪ Cause we got the fire, fire, fire, yeah we got the fire fire fire

“Weh, apsal ni?” rungut Zila lagi.
“Kau beli kat mana CD tu?” aku menyoal lalu ketawa.
“Zalora.” Jawabnya. “Tak..masalahnya sekarang apsal lagu ni tak boleh next?”
“Zain!” Dahlia memanggil dari belakang. “Aku tak sedap hati la..”
“Apsal?”
“Ellie Goulding, Zain. Takkan kau tak sedar.”

Laju sahaja aku menekan brek. Ketawa aku terus hilang. Bulu roma merinding. Aku memandang ke dalam cermin pandang belakang. Dahlia dan Asiah jelas kelihatan takut.
“Apsal? Soal Zila.
“Zila! Angah hantar kau lambat sikit. Kita pergi rumah kawan angah dulu.”
“Alah angah ni..”
“Zila please. Jangan jadi budak-budak.”

Pedal minyak aku sentap kuat. Kereta berderum bising selari dengan tayarnya yang memecut laju ke depan. Toyota Avanza aku buat macam Mitsubishi Lancer. “Call Eli! Call Eli!” aku memekik.
Dahlia terketar-ketar mencari nama Eli pada skrin telefonnya. “Come on Eli..pick up!” gumam Dahlia, geram. Air mata sudah bertakung di kelopak. Dia cuba lagi sekali tetapi masih gagal. Eli langsung tidak mengangkat telefon. Asiah pula mencuba, masih sama. Lebih parah, kali ini nombornya langsung tidak dapat dihubungi.
♪ And we gonna let it burn burn burn burn
♪ We gonna let it burn burn burn burn
♪ Gonna let it burn burn burn burn
♪ We gonna let it burn burn burn burn

“Shut the CD off!”
Setibanya kami di lorong rumah Eli. “BOMMM!!” satu letupan kuat kedengaran. Api besar meletus keluar dari rumah Eli. “Allahu Akbar!!” jerit Dahlia. Kereta yang aku pandu bergegar. Aku terpaksa memberhentikan kereta. Para penghuni kawasan kejiranan berpusu-pusu keluar dari rumah.
Itulah kejadian paling dahsyat pernah aku saksikan di depan mata. Reaksi aku ketika itu – kosong. Aku tak tahu nak rasa apa. Takut? Buntu? Seram? Sedih? Aku tak tahu. Aku hanya mampu tercegat memandang api yang terus marak membaham rumah semi-D yang didiami oleh Eli sekeluarga. Orang ramai ada yang memunggah air menggunakan baldi, cuba untuk mencurah ke situ. Namun, apa yang aku nampak cumalah api yang semakin marak menggila. Naik meninggi. Asap hitam berkepul, menjulang megah. Sesekali aku dapat rasakan asap-asap itu membentuk paras rupa seekor makhluk bertanduk. Mungkin juga halusinasi aku sendiri. Atau mungkin itu yang dinamakan Pareidolia? Entah.
Aku terus tercegat di tempat duduk pemandu sedangkan yang lain-lain sudah menggila diluar. Sampaikan polis, bomba dan ambulan yang datang pun langsung aku tak peduli. Aku macam berada dalam dunia aku sendiri. Sekeliling menjadi senyap. Kadang-kala rasa sekeliling bergerak dalam slow motion. Tanpa suara.
“Dalam dua minggu ini, sudah ada lima kematian melibatkan kawan-kawan awak. Boleh saya tahu kenapa?” soalan daripada pegawai polis dihadapan aku ketika itu berjaya mengeluarkan aku dari terus mengelamun mengingatkan kisah-kisah lepas.
Aku berada di dalam bilik soal siasat. Aku pandang tepat ke matanya yang garang lalu menggeleng kecil.
“Tak ta.” Ringkas tetapi tersekat-sekat.
Pegawai itu memandang ke arah rakan sekerjanya yang lagi seorang. Yang ini, mukanya lebih bengis. “Kamu ada join mana-mana Cult ke?” soal pegawai itu. Ada tertera nama Hairul pada uniformnya.
“Cult?”
“Ajaran sesat? Blackmetal? Freemason?” soalnya kembali. “Ada ambil weed?”

Aku ketawa. Kali ni aku mampu ketawa. Tuduhan yang tidak berasas. Macam mana dia boleh jadi polis?
“Semua ni hantu Kamarul punya kerja.” Jawab aku selamba.
Kedua-dua pegawai polis itu saling berpandangan dan menggeleng. “Kamu ni kena buat ujian air kencing ni.” Tegas salah seorang dari mereka. As expected, mereka takkan percaya.
♪ Setiap yang indah
♪ Dan manis di lidah
♪ Pasti hilang 
♪ Segalanya

♪ Rimbunan dedaun
♪ Berguguran jatuh
♪ Sembah bumi
♪ Musim bertukar

Telefon bimbit pegawai polis bernama Hairul itu berbunyi. “Hello.” Jawabnya. “Hello.” Sekali lagi. “Hello, siapa ni?” masih senyap. Dia sisipkan semula telefonnya ke dalam poket seluar. Aku tersengih. Boleh tahan ‘dak-dak wechat’ juga pegawai polis ni. Jiwa muda betul nada deringnya.
♪ Setiap yang indah
♪ Dan manis di lidah
♪ Pasti hilang 
♪ Segalanya

♪ Rimbunan dedaun
♪ Berguguran jatuh
♪ Sembah bumi
♪ Musim bertukar

Sekali lagi telefonnya berbunyi. “Hello,” tiada jawapan.
“Siapa?” soal pegawai polis seorang lagi.
“Private number.” Jawabnya. “Hello.!” Masih mencuba. “Hello..jangan main-main boleh tak?” gertaknya.

Selepas panggilan ditamatkan, dia menggenggam sahaja telefon itu.
♪ Setiap yang indah
♪ Dan manis di lidah
♪ Pasti hilang 
♪ Segalanya

Belum sempat dia hendak mengangkatnya, aku sudah tergelak. Mengekek. Macam nenek kebayan. Aku tak tahu kenapa aku rasa ini lucu. Sepatutnya aku takut dan cemas sekarang.
“Kau apsal gelak? Nak kena tumbuk?”
“Kawan saya..Dahlia. Dia mangsa seterusnya.” Ujar aku bersahaja.

Muka kedua-dua pegawai polis itu berkerut. Mungkin mereka geram dengan nada sinis aku. “Kamu jangan main-main ya. Kamu ingat kami polis tempat untuk buat lawak macam ni?” tegasnya.
Aku tersengih. “Hmpp” dengus aku sinis. “We’ll see.”
♪ Setiap yang indah
♪ Dan manis di lidah
♪ Pasti hilang 
♪ Segalanya

“Hello.” Sahutnya.
“Hello tuan. Saya Sarjan Zubir. Mintak tuan datang ke Taman Bukit Angin sekarang. Ada kes homicide. Gadis 17 tahun. Dahlia binti Marzuki.”

Pegawai Polis Hairul memandang aku tanpa berkedip.
* * *
Allahu Akbar...Allahu Akbar
Azan Isyak berkumandang dari corong speaker masjid. Aku memutar kepala pili. Air dingin dari kolah luas itu mencurah jatuh. Aku tadahkan tangan aku dibawahnya sehingga bertakung penuh lalu aku sapukan ke muka.
Dingin. Rasa macam sudah lama aku tak rasa dingin air masjid sebegitu. Kalau rasa pun, setiap kali hari jumaat tengahari sahaja. Itupun ada kalanya aku sudah ambil siap-siap di rumah. Datang ke masjid pun ketika doa di khutbah kedua sedang dibaca.
Sudah masuk hari ketiga aku di sini. Aku dapat rasakan ketenangan. Sebab bukan lagu-lagu yang akan masuk ke lubang telinga tetapi ayat-ayat suci yang pernah diturunkan ke bumi beribu-ribu tahun dahulu.
Mak pernah cakap, kalau tak pandai baca, dengar pun dah kira ok. Jadi, aku datang ke sini untuk mendengar.
“Kau datang sini sebab kau takut, kan? Bukan sebab kau yakin, kan?” satu bisikan hinggap ke telinga sewaktu aku sujud di rakaat ke-empat.
“Pergilah kau, setan!” bacaanku tidak kusyuk.
“Hahahaha. Kau ingat kau datang sini aku tak boleh cari?”
“Pergi mampos!” Aku duduk di tahiyat akhir.
“Kau nak dengar lagu apa lepas ni?”
“Assalamualaikum warahmatullah..” aku paling ke kanan. Mata aku tak tersengaja melihat kelibat Kamarul sedang berdiri di luar pintu masjid. Dia tersengih memandang aku. Sengih sehingga ke telinga. Menyeringai riang. Matanya tajam memandang tepat ke mata aku.
“Pergilah kau setan!” aku memekik.
“Astaghfirullah al-azim...” kedengaran suara-suara makmum lain. Abah yang ada di barisan hadapan menggeleng-geleng kesal.

“Kamu ni buat malu abah je lah.” Abah membebel di dalam kereta dalam perjalanan pulang. “Kenapa tadi?”
“Zain nampak Kamarul. Dekat luar pintu masjid.”
“Ya Allah, Zain. Berapa kali dah abah pesan. Jangan ikutkan sangat hati tu. Jangan ikutkan sangat rasa sedih tu. Nanti jadi macam kawan-kawan kamu. Depress lepas tu bunuh diri. Tolong Zain jangan buat macam tu. Kita ni ada agama.”

Aku hanya diam membatu selepas itu. Abah masih belum berhenti memberikan ceramah-ceramah percumanya yang satu pun tidak masuk ke telinga aku. Sehinggalah..
♪ But you'll never be alone
♪ I'll be with you from dusk till dawn
♪ I'll be with you from dusk till dawn
♪ Baby, I'm right here

♪ I'll hold you when things go wrong
♪ I'll be with you from dusk till dawn
♪ I'll be with you from dusk till dawn
♪ Baby, I'm right here ♪

“Amacam? Sedap tak ringtone baru abah. Abah minat betul Zayn Malik dengan Sia ni.”
Laju sahaja aku menoleh ke arah abah yang sedang memandu. Muka aku terus pucat. Kelibat Kamarul ada di dalam bayang cermin di tepi tingkap abah.
♪ I'll be with you from dusk till dawn
♪ Baby, I'm right here ♪

* * *
Aku akhirnya berkurung di sini. Kiri kanan depan belakang atas bawah, semuanya diselaputi tilam nipis berwarna putih. Gaun putih yang aku pakai ini pelik reka bentuknya. Entah siapalah yang design. Hujung tangannya bercantum bersama, kiri dan kanan.
Ramai orang kata, bilik ini antara bilik yang paling dibenci oleh semua manusia selepas bilik yang ada pagar besi. Tak faham betul aku dengan manusia di luar sana. Bilik macam ni lah best. Kau boleh hantuk kepala kau ke dinding tanpa rasa sakit pun.
Tapi, aku ada sebab lain kenapa aku suka tempat ni – sebab dalam bilik ni aku tak dengar sebarang bunyi. Sebarang lagu. Hikhikhikhikhik.
Ok lah. Aku nak tidur dulu. Sebelum tu, aku ada lagu nak nyanyi as lullaby.
♪ You've got the words to change a nation
♪ But you're biting your tongue
♪ You've spent a life time stuck in silence
♪ Afraid you'll say something wrong
♪ If no one ever hears it how we gonna learn your song?
♪ So come on, come on
♪ Come on, come on
♪ You've got a heart as loud as lightning
♪ So why let your voice be tamed?
♪ Maybe we're a little different
♪ There's no need to be ashamed
♪ You've got the light to fight the shadows
♪ So stop hiding it away
♪ Come on, come on
♪ I wanna sing, I wanna shout
♪ I wanna scream 'til the words dry out
♪ So put it in all of the papers,
♪ I'm not afraid
♪ They can read all about it
♪ Read all about it, oh
♪ Oh oh oh
♪ Oh oh oh
♪ Oh oh oh
♪ Oh oh oh
♪ Oh oh oh
♪ Oh oh oh ♪

-Tamat-
=====================
© LAGU
karya: Wan SC
Suntingan dan Gambar: Wan SC

Kredit kepada lagu asal:
I’m With You – Avril Lavigne (AL mati)
Iris – Awie (Airis mati)
Salam Terakhir – Sudirman (Dik Man mati)
Burn – Ellie Goulding (Eli mati)
Bunga – Ara Johari (Dahlia mati)
Dusk Till Dawn – Zayn Malik feat. Sia (Asiah mati)
Read All About It – Emeli Sande (Siapa agaknya..hehehehe)

======================
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: