Wednesday 21 February 2018

PUZZLE - Akio Akiyama


PUZZLE
Karya: Akio Akiyama

======================

Nama dia Khairul atau digelar sebagai Khai, hidupnya selalu sendirian. Pergi kerja dan balik kerja, hanya itulah rutin hariannya. Khai bukan tidak mahu menjadi seperti ramaja lain, tetapi dia mempunyai sebabnya sendiri. "Kenapa Aku terus Menyendiri!"?.

Ini salah satu sebabnya! :

....109051,109052,109053
903202,905607...........


"Wei Khai, hari ini ramai tak orang meninggal?"
"Ish kau ni, tak reti bagi salam ke? Terkejut aku! "
"Haaaa....haaa..haa...kau tu kalau tulis nombor permit kubur kemain kusyuk lagi.."
"Hehehe, nama pun kerja so kenalah kusyuk juga. Kau ingat dalam solat je kena kusyuk dan ikhlas?"
"Ok dah mulalah ceramah perdana dia, kihkihkih.."
"Haa, kau datang ni ada apa?"
"Tak ada apa, cuma nak hantar permit kubur tertinggal ni tadi"
"Oh, meh sini!"

Shafiq menghulurkan helaian kertas permit kubur bernombor 109054, tertera nama si mati Fatimah Binti Omar, umur 23 tahun 4 bulan, tarikh kematian 20/10/2015, waktu kematian 23:40:03. Mata Khai terus memandang ke arah ruangan "Punca Kematian : Kecederaan kepada dan pendarahan organ dalaman.

-10/10/2015 at 07:15pm -
Teettt.... teettt, bunyi app Wechat dari telefon bimbit Fatimah atau dengan nama pangilannya Ima.

"Hello.... boleh berkenalan?"

"Hai, boleh. But siapa di sana?" Ima membalas chat dari seorang kenalan yang baru dikenali melalui penetapan fungsi 'people nearby'.

"Nama saya Faiz, umur saya 25- single. Awak pula?"

"Saya Fatimah panggil je Ima, umur 23- single juga..." balas Ima.

Perkenalan Ima dan Faiz pada hari itu adalah sebuah perkenalan yang tidak dijangka dan lebih malangnya percintaan itu terzahir begitu mudah! Gadis sekarang mudah lebur dibahang api cinta!.

Hampir setiap masa Ima menghabiskan masa dengan lama sosial itu, Faiz pula masih dengan ayat manis pujangganya. Faiz atau nama pangilan Iz tidak pernah menunjukkan wajah sebenarnya kepada Ima namun gadis manis itu sudah pun jatuh cinta dengan ayat-ayat dari Iz.

-12/10/2015 at 10:12pm -
"Hai U, buat apa tu? Ganggu tak?" Iz memulakan perbualan pada malam itu.
"Hai, eh tak lah. U nya chat tak pernah ganggu I."
"Waaa sejak bila pandai ayat ni? Heheheh"
"Sejak mencintai U lah!"
"Eh, why I yang salah ke? Hehe ok U dah makan ke belum ni?"
"Ofcoz sudah, kan dah malam ni"
"Hurmm sebenarnya I nak cakap smthing la"
"Ishh, nak cakap apa? Jangan buat I berdebar." Ima mula merasakan sesuatu. Perasaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin diterangkan.
"I nak ajak u jumpa lah, kita asyik chat je.."
"Seriuos?! But U kan kerja..." Ima semakin teruja, dari posisi baring kini dia menukar kepada posisi meniarap. Jantungnya kini bergetar kencang.
"Serious! Malam la atau petang lepas I balik kerja"
"Okay boleh,"
"Nanti I bagi tau bila ye, Love U sayang"
"Love U to"

Malam itu Ima tidur dengan perasaan yang sangat gembira, jiwanya berbunga-bunga. Pertama kali dalam hidupnya akan keluar bersama lelaki yang dicintai.

Faiz juga turut gembira apabila pelawaannya diterima mudah oleh Ima. Dan hanya menunggu masa untuk keluar dengan gadis yang hanya dikenali di dalam Wechat.

Hubungan mereka semakin akrab, hari berganti hari namun mereka masih juga tidak bertemu. Ima rasa dirinya bagai dipermainkan dengan janji manis Iz.

"Hai U, bila nak jumpa? Dah berapa hari U janji!"

"Maaflah U, I busy sikit. Okay macam ni, I swear esok kita jumpa okay!?"

"Janji!?"

"Iya, I janji. Esok lepas magrib U tunggu I dekat simpang depan rumah. I datang ambil"

"Okay sayang"

-18/10/2015 at 07:45 pm -
Seperti yang dijanjikan, Iz bersiap-siap untuk mengambil Ima. Manakala Ima pula menipu ibunya dengan memberi alasan ingin keluar bersama kawan perempuannya membeli barang. Ayah Ima sudah lama meniggal dunia kerana kemalangan. Ima pula adalah salah satunya anak tunggal. Senanglah Ima untuk keluar kerana dimanjakan dari kecil.

"I dah tunggu dekat simpang rumah tau," Ima memberitahu melalui chat.
"Okay sekejap, i isi minyak dulu"
"Okay, hati-hati"

===========================

Selepas beberapa minit menunggu tiba-tiba muncul sebuah kereta kancil berwarna hitam, berhenti betul-betul di hadapan Ima. Kemudian tingkap kereta turun sedikit dan menampakkan seorang lelaki sedang memandang ke arah Ima.

"Ima ke?" Tiba-tiba lelaki itu bertanya, apabila melihat Ima seakan terpinga-pinga.

"Eh, Iz ke?" Ima pula melontarkan soalan, namun masih tidak menjawap persoalan si lelaki.

"Ya, saya Faiz"

"Hehehe, saya Ima..." balas Ima sambil tersenyum malu.

"Masuklah," balas Iz.

Ima terus melangkah masuk ke tempat duduk penumpang hadapan. Ima hanya berdiam mungkin kerana malu atau pun segan kerana kali pertama dia keluar bersama lelaki.

"Hei, diam je? Hari tu kemain lagi nak jumpa. U nak dah makan ke?"

"Belum," balas Ima sepatah.

"Nak makan dekat mana?"

"I ikut je,"

Apabila diberi jawapan sebegitu, Iz terus memandu keretanya ke arah Restoran. Ima tidak membantah kerana dia cukup gembira dapat bertemu kekasih hatinya itu.

Sewaktu makan, Ima dan Iz saling berkenalan dengan lebih rapat. Ima sudah mula dapat menyesuaikan diri, sesekali dengar gelak tawa Ima dan Iz bergurau senda. Hubungan mereka seperti sudah berkenalan tahun lamanya.

Sedang bergelak tawa itulah tiba-tiba Ima terasa kepalanya pening, tanpa berlengah Iz membuat pembayaran dan berhajat untuk menghantar Ima pulang. Di dalam kereta Ima melelapkan matanya sebentar.

Papppp, paapppp! Pipi Ima ditampar,

"Bangun!, bangun!" Suara Iz mengejutkan Ima yang mungkin tertidur. Perlahan-lahan Ima membuka matanya.

"Eh! dekat mana ni?"

"Dekat rumah I la!"

"What?!" Ima cuba bangun tetapi dia merasakan kaki dan tangannya diikat rapi.

"Tak perlu bangun! Hari ini kita main satu permainan!"

"Nama permainan tu adalah PUZZLE!"

Ima tidak membalas kata-kata Iz, lelaki yang dianggap baik itu rupanya adalah Iblis yang nyata. Mulut Ima ditutup dengan pita pelekat. Ima cuba meronta dan menjerit, namun semua itu sia-sia.

"Okay yang pertama!"

Iz berlalu ke dapur dan kembali semula sambil membimbit kepala seorang gadis. Dari gaya kepala itu sudah seperti 3 hari. Jantung Ima mula berdegup kencang dia pasti ini bukan Prank!. Iz duduk di hadapan Ima yang sudah diikat, sambil kepala mayat gadis itu diletakkan di hadapan Ima.

Pisau yang sudah sedia ada diambil lalu Iz menyiat separuh kulit wajah kepala itu. Ima hampir pengsan melihat apa yang dilakukan oleh Iz. Setelah selesai menyiat, Iz meletakkan kulit itu pada wajah Ima, lalu dijahitkan tembus ke muka Ima. Menggelupur wanita itu kesakitan yang tak terperi. Darah dan peluh bercampur, jeritan wanita itu langsung tidak diendahkan Iz.

"Haaa baru la cantik!" Kata Iz sambil ketawa besar.

"Yang kedua!"

Iz mencungkil mata dari kepala mayat itu kemudian memandang ke arah Ima. Ima mengeleng-gelengkan kepala sambil meronta-ronta. Perlahan-lahan Iz mendekatkan pisau ke arah mata Ima dan.... chuck!

Mata Ima dicucuk lalu dikorek, diganti dengan mata mayat tadi. Kesakitan yang Ima lalui itu membuatkan dia terkencing sekali lagi. Ngilu pedih sakit bercampur baur sehingga dia merasakan jantungnya seakan-akan mahu berhenti. Azabnya diperlakukan sebegitu tanpa sebarang bius. Nyawanya kini diambang ajal.

"Yang ketiga!" Iz berkata lagi.

"Jika Ima dapat hidup sampai yang ke 10, Iz akan lepaskan Ima!" Bisik Iz ke telinga Ima sambil dia mengusap dan mencium pipi Ima yang sudah berlapiskan dengan kulit mayat gadis lain tadi.

Iz bergerak ke dapur dan kembali semula sambil mengheret tubuh gadis yang sudah tidak mempunyai kepala. Dengan sisa nyawa yang ada, Ima hanya mampu melihat imbasan saja. Kini dia terbayangkan wajah ibunya.

Sesalan di hatinya kini sudah tidak berguna. Dia mengharapkan semua ini hanya mimpi ngeri. Ima sudah tidak berdaya lagi. Iz membelah dada mayat itu di hadapan Ima dan tiba-tiba dunia menjadi gelap!.

"Woi!, Kau menung apa ni?" Shafiq seakan menjerit ke arah Khai.
"Astaqfirullah!" Khai beristifar.
"Eh kau kenapa?"
"Tak ada apa lah! Jenazah dia dah dituntut ke?"
"Sudah, tapii..."
"Takpe, takyah cerita aku dah tau.."
"Whattt! macam mana kau tau?"

"Adalah," balas Khai ringkas sambil termenung. Mungkin kasihan dengan nasib Ima, semua itu Khai dapat lihat jelas. Kejadian sebelum kematian menimpa si mati. Kerana inilah Khai selalu duduk bersendirian.

"Khaiiirulll~~"
"Khaiirullllll~~"

"Arghhhh! Ini lagi satu sebab! Mereka selalu memburu aku!" Bisik hati khai sambil dia melangkah pergi dan ingin mengambil wudhuk!

-Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kene mengena dengan yang hidup mahu pun mati. Jadikan pengajaran sebuah perkenalan haruslah berhati-hati!,-


-TAMAT-
Suntingan Karya & Gambar (sumber dari internet) : Nadey
Karya merupakan hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.

No comments: