PERTEMUAN
Freiburg, Jerman.
Nama yang tertera pada paparan skrin telefon pintar itu dijeling sekilas sebelum tangannya menggagau earphone lalu disumbat ke sebelah telinganya.
"Yes, Eric..."
"Val..customer request clawfoot tub kan, tapi yang sampai dekat site jenis corner tub. Kenapa boleh silap order ni?"
Suara Eric, rakan sekerjanya kedengaran berdesing kuat di telinga. Val menepuk dahi.
"Damn it man! Aku dah double check dekat order list..macam mana boleh salah pulak ni!?"
Val memicit dahinya yang terasa menegang. Tangan kanannya dihulur mencapai kopi yang dibeli di sebuah restoran sebelum meneruskan perjalanan ke Stuggart. Kopi hangat itu diteguk sekilas, menghilangkan gundah dengan perkhabaran Eric. Jika benar dia tersalah membuat tempahan, semakin tertangguh lah kerja-kerja mendekorasi kediaman pelanggannya itu.
"Hahahha..kidding! Tub tu dah sampai..Victorian touch huh?"
Tawa Eric meletus menyakat kawannya. Val mengetap bibir geram.
"Not funny at all! Aku dah gelabah la gila."
"Haha..relaks lah. You're doing good. Eh..kau kat mana tu? Party tonight??"
Val memutar stereng keretanya ke kiri, mengubah haluan ke Karlsruhe. Cawan kopi yang masih dalam genggaman tangannya diletakkan di tempat pemegang minuman yang disediakan namun belum sempat cawan kertas itu berdiri stabil di situ, pegangannya terlepas. Kopi di dalamnnya tumpah ke atas seluar dan sebahagian bajunya.
"Shit!"
"Hoi..kenapa?"
"I'll call u back!"
Talian diputuskan. Val cuba mencapai cawan kopi yang tergeletak di bawah tanpa menyedari kawalan sterengnya semakin tersasar ke kiri jalan sebelum satu dentuman kuat kedengaran.
************
Dia membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran cahaya putih itu bersilau menyakitkan retinanya. Val tercengang merenung lampu bulat di hujung syiling bilik itu yang berbeza benar dengan chandelier rona oren romantis yang dipasang di biliknya. Setitis cecair jatuh tepat ke atas mukanya. Dia mencuit sedikit cairan pekat itu lalu di bawa dekat ke matanya. Bau hanyir menusuk tajam ke hidung. Darah? Pandangan matanya di bawa semula ke syiling, dan ketika itu lah retina matanya menangkap imej makhluk berambut panjang sedang merayap di syiling bilik itu, betul-betul di atas kepalanya. Dengan sengihan mengerikan yang dipenuhi darah kehitaman, makhluk itu merangkak di atas syiling sebelum lidahnya dijulur keluar ke arah Val yang ketakutan. Val menyumpah dalam hati sebelum bangun mengejut dari atas katil.
Pintu bilik ditolak sehingga terbuka, mendedahkan sebuah laluan panjang yang sunyi. Val berjalan tergesa-gesa melewati lorong itu namun seletika kemudian dia dikejutkan pula dengan imej lutsinar seorang perempuan berwajah pucat yang terbang melayang menembusi dinding di hadapannya sebelum ghaib. Val menelan liur yang terasa kering menelusuri kerongkongnya. Keliru. Buntu. Bingung dengan situasi yang dilaluinya, dia menoleh pula ke belakang apabila terdengar sayup-sayup bunyi heretan sesuatu yang lembut di atas lantai.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 6 tahun sedang mengheret patung teddy bear yang telah separuh hancur. Budak lelaki itu tidak mempunyai mata. Sekadar kelongsong hitam tanpa retina di dalamnya. Baju tidur berbelang biru yang dipakai budak itu dipenuhi darah yang menitis dari kelongsong matanya yang hitam. Val berpaling. Kegilaan apa yang sedang berlaku ni!? Dia tidak pernah mahu percaya ada makhluk lain yang mendiami dunia ini selain dirinya.
Momokan Eric tentang hantu di pejabat mereka tidak pernah diendahkan, malah dia menganggap Eric terlalu penakut. Tapi sekarang, satu persatu imej mengerikan itu muncul nyata di depan matanya seperti diseru. Dia berlari melalui lorong panjang itu sebelum membelok ke kiri. Val melepaskan keluhan lega apabila terlihat seorang gadis sedang berdiri tegak sambil menekan butang pada mesin kopi layan diri. Gadis itu nampak normal, sepertinya. Berambut ikal mayang yang diikat ekor kuda. Dia memakai baju panas dan skirt melepasi lutut. Gadis itu masih menekan butang pada mesin layan diri dengan rengusan geram, jelas tidak perasankan Val yang makin menghampirinya.
"Err..sorry..aku kat mana sekarang?"
Val memulakan pertanyaan.
"Hah!!? Kau...kau boleh nampak aku!?"
"Dah tentu aku boleh nampak kau! Apa maksud...tunggu dulu..shit!"
Val menumbuk geram mesin layan diri di hadapannya sebelum berjalan melepasi gadis itu dengan tangan mencekak rambutnya yang telah sedia kusut.
"Dia tak nampak macam hantu pun..Arghh damn it man! What is happening!?"
Val menyumpah geram. Gadis itu nampak normal di pandangan matanya. Tidak lutsinar, sekurang-kurangnya.
"Hey..aku bukan hantu lah!"
Val menghentikan langkah kakinya lalu berpaling.
"Habis tu apa maksud kau tadi tu??"
Val menyerang soalan sambil berdoa gadis itu tidak bertukar ke rupa mengerikan secara tiba-tiba.
"Tak ada siapa pun boleh nampak aku sebelum ni..jadi.."
"There's it! Tak ada siapa boleh nampak kau, sebab kau dah mati..kan? Dah jadi hantu!"
"Hey! Watch up your mouth you bloody human! Aku bukan hantu lah! Not yet...i guess..well..i dont know..apapun, kau sekarang kat hospital."
"Apa??"
"Tadi kau tanya aku kan, ini tempat apa? Ini hospital. Kita sekarang kat hospital."
"Macam mana aku boleh ada kat sini?"
Gadis itu menjeling Val sekilas sebelum mengetap bibirnya.
"Manalah aku tahu! Tiba-tiba je kau mun.."
Gadis itu menghentikan ayatnya. Matanya merenung muka Val yang pucat dengan anak mata terbuntang melepasi bahunya. Dia menoleh, namun cuma lorong sunyi itu yang menjengah pandangan matanya.
"Apa yang kau nampak?"
Gadis itu bertanya telus. Val memejamkan mata, mengusir imej mengerikan makhluk tanpa kepala itu dari kotak fikirannya.
"Jum keluar dari sini."
"Pergi mana??"
"Mana-manalah. Asalkan jauh dari tempat ni!"
Val mendesak. Dia tidak tahu kenapa dia perlu mengajak gadis yang baru ditemuinya itu turut serta bersamanya. Hanya gadis itu yang nampak normal di matanya sekarang. Tidak menakutkan. Nyata.
"Ikut sini!"
Gadis itu menarik tangannya ke sebuah pintu, tombol pintu itu ditarik lalu mereka berdua melangkah keluar. Val melopong melihat persekitaran baru yang terhidang di depan matanya kini. Tiada lagi lorong sunyi yang dipenuhi hantu yang mengerikan. Kepalanya terteleng-teleng ketika dia menoleh melihat suasana riuh pekan Munsterplatz di sekitar mereka.
"Seriously??? Kau ahli sihir ke? Macam mana kau buat?"
Dia bertanya, teruja. Gadis itu tersengih bangga.
"Aku boleh pergi ke mana sahaja aku nak, kalau aku fikirkan tempat tu dengan jelas di dalam fikiran aku."
"Hebat!" Val menjerit kagum.
"Kau boleh nampak hantu jugak?"
Gadis itu bertanya lembut. Dia berjalan mendahului Val yang masih melopong melihat persekitaran baru itu.
"Tak sebelum ni..aku tak pernah percaya pun benda-benda macam tu wujud..wait, kau boleh nampak jugak ke?"
Giliran Val pula bertanya. Dia mempercepatkan langkah lalu berjalan beriringan dengan gadis itu di sepanjang laluan berbatu bundar di apit kedai-kedai perhiasan krismas di kiri dan kanan mereka.
"Dulu boleh, tapi sejak aku ada dekat hospital tu, aku dah tak nampak. Sekarang aku cuma boleh hidu bau hantu tu..bau yang tak menyenangkan, kau tahu.." Gadis itu menjawab polos.
"Dah lama ke kau kat hospital tu?"
"Sebulan lepas. Aku tak pernah boleh keluar dari laluan tu untuk masuk ke dalam blok hospital. Setiap kali aku buka pintu-pintu yang ada di laluan tu, aku cuma nampak kegelapan..kosong. Aku boleh nampak orang lalu lalang melalui laluan tu,jururawat,doktor..tapi macam aku cakap tadi, mereka tak nampak aku. Kau je boleh nampak dan tegur aku."
Gadis itu menerangkan panjang lebar sebelum mengeluh dalam. Mereka berjalan melewati sebuah pub yang meriah dengan beberapa orang lelaki yang kelihatan mabuk dengan muka kemerahan, sedang menari tango di luar pintu pub. Gadis itu melirik ke arah lelaki-lelaki itu sekilas sebelum tersenyum geli hati.
"Dan macam mana kau boleh ada kebolehan tadi tu?"
Val menghentikan langkah lalu merenung gadis itu penuh tanda tanya. Misteri. Gadis di hadapannya ini terlalu misteri. Tetapi ada sesuatu tentang gadis itu yang mengingatkannya pada seseorang. Gadis itu menoleh ke arah Val sebelum tersenyum.
"Aku dah bosan sangat merayau dekat laluan tu..jadi aku sekadar mencuba. Bayangkan tempat yang aku nak pergi, dan tolak je pintu tu, sekadar berharap..and it's happened! Speechless. Mungkin Santa nak aku seronok sikit menjelang Krismas ni."
Gadis itu mengenyit mata nakal sebelum terus berjalan. Juntaian daun Blue Spruce dan Fraser Fir yang bergantungan di atas kepala mereka dengan kelipan lampu rona emas sempena Krismas kelihatan mengkagumkan indahnya di pandangan mata Val. Dia terlalu sibuk berkerja, sehingga dia terlepas pandang keindahan-keindahan kecil sebegini. Kemeriahan Krismas yang telah lama ditinggalkam sejak ibunya meninggal dunia, lima tahun lepas. Hidupnya hanya dipenuhi dengan aturan rutin kerjayanya. Malah, dia tidak pernah mengambil cuti Krismas sepanjang lima tahun ini. Cutinya dihabiskan di pejabat, menelek satu persatu perabot dari kilang untuk dekorasi rumah pelanggannya.
"Kau tak ingat kenapa kau boleh ada di hospital tu??"
Giliran gadis itu pula bertanya. Val sekadar menggeleng lemah. Mereka terus berjalan menerusi laluan berbatu kapur di sepanjang Munsterplatz.
"Erghh.." Val tiba-tiba menderam mual sambil memandang ke satu arah.
"Mereka ada di mana-mana..." dia menyambung sebelum memalingkan muka dan mengubah haluan ke kiri.
"Kau tak boleh tunjuk sangat yang kau nampak mereka..cuba buat tak tahu je..maksud aku, memanglah susah dan mengerikan, tapi mereka lebih suka kalau kau takut. Mereka lebih terdorong untuk menunjuk-nunjuk."
Gadis itu berkata perlahan. Val mendengus geram.
"Hantu dengan kesan rentung terbakar kan? Aku boleh hidu bau hangus.."
Gadis itu menyambung selamba. Jelas tidak mengendahkan muka cemberut Val di sisinya. Val mahu membalas, tapi serta merta terdiam apabila dia terpandangkan sebuah kedai yang terang berderang bertentangan dengan kedudukan mereka. Ada sesuatu tentang pameran di sebalik cermin itu yang menarik minatnya.
"Tub...tub mandi.."
Val mengumam berkali-kali sambil terus merenung tub mandian yang dipamerkan di sebuah kedai dekorasi kediaman, selanjur melangkah menyeberangi laluan untuk ke seberang sana. Gadis itu kelam kabut mengekori.
"Kenapa?? Kau ingat sesuatu?"
"Tub mandi..there something about this.."
"Victorian touch clawfoot tub..memang cantik pun..mesti mahal ni!"
"There's it!! Clawfoot tub..Aku tengah bercakap dengan Eric pasal tub ni sebelum aku ter...babas. Itu lah dia..aku kemalangan! Sebab tu aku ada kat hospital. Kita kena patah balik ke hospital tu!"
**********
Freiburg University Hospital
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam wad, dan sebaik sahaja mereka membelok ke laluan Unik Rawatan Rapi, susuk Eric dengan wajah lesu, menyapa pandangan mata Val.
"Eric!!" Val melaung kuat.
"Dia tak boleh dengar kau.."
Gadis itu memintas. Val menepuk dahinya sendiri, terlupa.
"Encik Eric..keluarga mangsa nak berjumpa dengan cik. Kami tak ada pilihan, mereka tetap nak saman Encik Val kerana memandu secara merbahaya. Encik Val tak ada keluarga lain kan? Jadi encik.."
Beberapa anggota polis berpakaian biasa datang menyapa rakannya itu. Val merenung pelik wajah Eric. Mangsa? Apa maksud polis itu?
"Ya..bawa saya jumpa mereka."
Mereka melewati laluan itu ke sebuah lagi lorong yang sunyi dan panjang. Val cuba tidak mengendahkan bayangan mengerikan yang terhuyung hayang melintas menembusi dinding di sebelahnya. Anggota polis itu kemudiannya berhenti di sebuah bilik sebelum menolak pintu bilik itu, mendedahkan sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil dan serentak dengan itu jugalah Val dan gadis misteri itu saling berpandangan dengan bebola mata membulat tidak percaya.
**********
"Aku minta maaf...i didn't meant it."
Val bersuara perlahan setelah agak lama suasana sunyi menyelubungi mereka berdua.
Dia merenung gadis itu dengan rasa bersalah yang menggunung. Gadis itu sekadar mengangkat bahu dengan mimik muka selambanya.
"Patutlah aku tertarik dengan mesin kopi tu! Kita asyik bertemu disebabkan secawan kopi rupanya."
Gadis itu tertawa ceria. Val terdiam. Hakikat yang gadis itu masih boleh ketawa sedangkan dia telah melanggar gadis itu sehingga terlantar koma, menggundahkannya. Sekarang, barulah dia faham kenapa hanya dia yang boleh nampak kewujudan gadis itu disini.
"Thing's happened for a reason, Val."
Gadis itu menyambung sebelum melirik ke arahnya.
"Its been two months, I've been stalking you. Triple shots of espresso, with vanila syrup. Kau pesan tu setiap hari, and I'll make it everyday, for you. Kau terlalu sibuk untuk perasan huh?"
Gadis itu tersenyum. Senyuman sama yang menyapa paginya setiap hari di Gmeiner Cafe, kedai kopi kegemarannya. Val terpana. Dia baru sahaja ingin bersuara apabila tiba-tiba gadis itu mengerang kesakitan sambil memegang dadanya. Val menerpa ke arahnya namun bayangan gadis itu tiba-tiba ghaib dari pandangan matanya.
**********
Sebulan kemudian.
Kopi yang berasap tipis itu dikacaunya dengan sudu sebelum krimer dalam bekas kecil rona putih disisinya dituang ke dalam adunan berkafein itu, menambahkan lagi rasa lemak biji kopi yang dipanggang perlahan itu.
"Thanks.."
Val bersuara memulakan bicara, ada gementar dalam nada suaranya.
"Sebab tarik balik saman tu ke?"
"That..and everything else. Kau buat aku sedar sesuatu, Iris. Every little things in life. Kau buat aku sedar benda-benda kecil yang aku terlepas pandang sepanjang lima tahun ni.."
Val membalas perlahan. Matanya melirik gadis manis yang duduk santai di hadapannya. Sedar sahaja dari koma, gadis itulah manusia pertama yang dicarinya sehingga Eric pelik bagaimana dia boleh tahu semuanya dengan jelas tanpa perlu diterangkan. Namun gadis itu telah dipindahkan ke hospital lain sebaik sahaja dia sedar. Sehinggalah mereka bertemu semula hari ini, di kafe kegemarannya.
"Kau masih boleh nampak hantu?"
Gadis itu bertanya sambil mengangkat kening. Val tertawa.
"Ya..masih. Ada satu di hujung kaunter.."
"Yaa..aku boleh bau darah."
Gadis itu mengangguk sambil mengerling sekilas ke arah kaunter, tempat seekor makhluk hitam dengan kepala yang hampir terputus duduk bertenggek di atasnya.
"Dah biasakan diri huh?"
"Aku ikut cakap kau."
Val mengangkat bahu tak kisah. Mereka berdua berpandangan, lalu tersenyum dalam kehangatan selesa kafe di pinggir bandar Freiburg itu sambil ditemani bauan kopi segar dan darah.
TAMAT
Karya ini adalah hakcipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada karya thriller, seram, psycho, atau senggama minda untuk dikongsi?
Hantarkan karya anda dalam bentuk Microsoft Word ke emel kami:
aanrc2017@gmail.com
Karya anda akan disunting untuk siaran di page ini kelak. Sila nyatakan link akaun Facebook, Twitter, blog, instagram atau mana-mana pautan sosial media anda untuk tujuan pengkreditan.
No comments:
Post a Comment