KHILAF Part II
Karya : Mr_Huzaifah
===============
"Ye lah!" Balasku sambil memulas pendikit minyak.
Sampai di rumah aku terus berjumpa dengan ibu, ada sesuatu yang harus aku ketahui. Zairul pula hanya duduk termenung, entah apa yang difikirkan.
"Ibu, sebenarnya masa saya kemalangan tu. Siapa yang selamatkan saya?" Tanyaku, kerana aku mulai curiga apabila melihat air sungai dan keadaan sungai.
"Entahlah, tapi ibu tahu Allah menyelamatkan kamu"
"Benar ibu, tapii... "
"tapi apa?"
"Tak ada apalah, hehehehe hari ini ibu nak masak apa?" Aku cuba menukar topik.
"Ibu tak tahu lagi nak masak apa..." balas ibuku, kemudian kami berborak kosong.
Aku melihat Zairul yang sedang duduk di ruang tamu, dia masih termenung.
"Wei Zairul, apa yang ko menungkan tu?"
"Eh Qershah, tak ada apalah. Aku cuma terfikir macam mana kau boleh selamat dengan keadaan sungai macam tu"
"Kuasa Allah!, yang penting aku selamat." Kataku kepada Zairul.
===========================
Hari ini sudah tiga hari aku bercuti di kampung, dan setiap pagi serta petang aku akan duduk di tepi sungai. Aku masih mencari sesuatu iaitu Anjika, gadis yang menjanjikan akan menunggu dan mencari Daruis hingga hujung dunia. Cuti aku cuma tinggal dua hari sahaja lagi.
Jam menunjukkan sudah pukul 3 petang, aku lihat Zairul sedang lena dibuai mimpi. Tanpa berlengah aku terus menuju ke sungai seorang diri. Sampai di sungai, aku menghampiri tebing lalu merenung ke permukaan air sungai yang berarus deras itu.
"Daruis...... Daruisss..." suara halus memanggil nama aku, eh bukan nama aku tetapi Daruis!
Kepala aku berpaling ke kiri dan kanan mencari pemilik suara!
"Anjika!" Tiba-tiba mulut aku turut melemparkan nama itu.
Pelik, aku umpama tidak mampu mengawal diri sendiri.
"Anjikaaa!" Jerit aku lagi, seakan orang gila.
"Daruis...." tiba-tiba satu suara menyebut nama Daruis dari arah belakang aku.
Aku menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya aku apabila Anjika yang berada di dalam mimpi selama ini telah nyata di depan mata.
"Anjika,...." hanya itu yang mulut aku lafazkan, dan tidak semena-mena air mata aku turut berjurai. Aku menampar pipi aku sendiri agar sedar dari mimpi.
"Lama Anjika cari Daruis, lama Anjika tunggu Daruis!" Luah Anjika sambil turut teresak menangis.
"Argghhhhh, aku Qershah laaa!" Aku cuba melawan diri sendiri.
"Diam kau! Selama ini aku hanya berdiam diri sahaja. Aku perlu selesaikan masalah ini juga!" Tiba-tiba diri aku berkata sendiri, dan membalas percakapan aku.
"Kau siapa?! Adakah kau Daruis?"
"Ye aku Daruis, sekarang ni aku di dalam tubuh kau. Aku harap kau beri kerjasama."
"Baiklah," balas aku, menurut sahaja atau mungkin sebenarnya aku sedang keliru. Bagaimana Daruis ada di dalam diri aku? Dan bagaimana dalam tubuh aku boleh ada satu lagi makhluk!?
"Daruis jangan bergerak, Anjika tolong kejap," sambil Anjika berjalan menghampiri aku, Anjika kini berada betul-betul di hadapan mata aku dan aku yakin ini bukan mimpi. Ini Anjika yang aku lihat di dalam mimpi.
Mulut Anjika terkumat kamit membaca sesuatu kemudian secara perlahan terhasil satu gelombang lutsinar di hadapan aku, gelombang itu hanya dapat dilihat apabila berada jarak dekat.
"Daruis, jalan melepasi pintu ini." Arah Anjika kepada aku, mungkin lebih sesuai aku katakan ia kepada Daruis.
Kaki aku tiba-tiba berjalan perlahan-lahan melangkah ke arah gelombang lutsinar itu. Sebaik sahaja tubuh aku menyentuh gelombang itu, aku tersangkut tetapi bagai ada sesuatu yang berjalan keluar dari tubuh aku.
Tubuh aku tidak dapat melepasi gelombang itu, jantung aku rasa bagaikan ditarik-tarik, organ dalaman aku terasa bergetar dan tiba-tiba aku tercampak ke belakang.
Gelombang itu hilang secara perlahan-lahan tetapi, kini di hadapan aku telah wujud Daruis!
"Kau! Daruisssss!" Aku menunjuk ke arahnya terkejut.
"Iya, akulah Daruis." Kata Daruis sambil memandang aku.
"Anjika, adakah Anjika yang membuka pintu alam sewaktu Daruis dicampak ke dalam air?" Tiba-tiba Daruis menyoal Anjika. Aku pula sekadar terpaku diam memerhati.
"Iya, Anjika lah yang membuka agar Daruis selamat dari dibunuh oleh makhluk itu!"
"Boleh Anjika ceritakan?" Pinta Daruis lagi.
Lalu Anjika pun menceritakan saat-saat berlakunya tragedi yang menimpa mereka sebelum Daruis terhumban ke dunia manusia.
Sewaktu Daruis ditangkap makhluk hitam itu, Anjika berhenti menoleh ke belakang melihat Daruis adalah kerana waktu itu Anjika membuka pintu alam pada permukaan air, kemudian barulah Anjika melarikan diri.
Selepas Daruis dihumban itulah Daruis telah termasuk ke alam manusia, Anjika turut masuk ke alam manusia pada waktu itu. Tetapi malangnya tidak kelihatan bayang Daruis selepas itu.
Hanya kecoh hiruk-pikuk suara orang mencari Qershah yang terjunam ke dalam sungai. Tiada langsung bayang Daruis, Anjika berpendapat mungkin Daruis telah masuk ke alam lain. Lalu dia meletakkan Qershah ke tebing, kemudian menyambung mencari Daruis. Kerana janji yang telah dikatakan sebelum kejadian.
"Ha...Haa...Haaa! Akhirnya selama 2 tahun aku menanti!" Tiba-tiba terdengar suara seseorang dari arah belakang. Aku menoleh lalu melihat Zairul sedang tertawa dengan wajah sangat gembira.
"Zairul! kau kenapa?" Aku mengherdiknya apa bila melihat Zairul seakan dirasuk.
"Diam kau manusia tak guna, ini bukan urusan kau!" Balas Zairul tanpa memandang ke arahku dan menuju ke arah Anjika dan Daruis.
"Kamuu.....!" Anjika terhenti dari berkata-kata, tidak disangka makhluk hitam itu kini berada di hadapannya.
Anjika mendekati Daruis untuk mengharapkan perlindungan, manakala aku pula hanya terpaku melihat.
"Prapp!" Tiba-tiba Daruis memegang tangan Anjika lalu tersenyum.
"Daruis! Ini Anjika!" Kata Anjika terkejut apabila melihat raut wajah Daruis mencurigakan.
"Ye Daruis tahu, sekian lama Daruis menunggu saat ini!" Kata Daruis sambil tersenyum sinis.
"Maksud Daruis?!" Anjika cuba mendapatkan kepastian.
Maka Daruis menceritakan kepada Anjika, sebenarnya dia adalah dalang segalanya.
Selama beberapa tahun dia berkawan dengan Anjika dan cuba merapati Anjika untuk mengetahui kebenaran pemegang kunci pintu alam ada pada Anjika. Tetapi malangnya selama bertahun-tahun Daruis tidak pernah melihat Anjika membuka pintu alam, lalu Daruis merancang agar dia diserang oleh seekor makhluk iaitu konconya sendiri. Dan tidak disangka pada hari itu, terbuktilah segalanya namun malangnya Qershah telah menyebabkan Daruis terperangkap di dalam tubuhnya.
"Sekarang aku sudah bebas, dan kau bakal mati!" Daruis berkata penuh gah dan bongkak.
"Tuan, adakah patut jika kita harus membunuh manusia ini!" Kata Zairul sambil menjeling ke arah aku. Aku lihat mata putihnya sudah tiada, hanya mata hitam menguasai keseluruhan matanya.
"Tidak perlu, biarkan dia. Kita harus bunuh Anjika dahulu..." kata Daruis.
"Di sini tuan?" Tanya Zairul ingin mendapatkan kepastian.
"Iya di sini, ini yang aku nantikan. Jika kita membunuhnya di alam kita, pasti kaumnya akan membunuh kita tanpa kita sempat lari. Di sini tiada kaumnya yang mengetahui." Sambil senyum sinis Daruis menerangkan sebab harus membunuh Anjika di situ.
"Jika itu kehendak tuan, hamba turutkan!" Lalu Zairul berubah sedikit demi sedikit wajah serta tubuhnya menjadi kepulan asap.
Asap hitam itu berpusing-pusing ke angkasa sebelum menjunam terjah menembusi tubuh Anjika. Meraung Anjika kesakitan, aku melihat setiap pergerakan Daruis dan Makhluk itu seronok menyiksa Anjika. Sedang aku melihat itulah aku nampak sesuatu di pergelangan tangan Anjika.
Ada satu biji seakan geliga terikat di pergelangan Anjika! Apakah itu kuncinya? Aku tertanya sendirian. Makhluk itu menarik sedikit demi sedikit aura dan jisim-jisim dari tubuh Anjika, aku pasti jika dibiarkan terus. Anjika pasti mati.
Sedang suasana bergema dengan gelak tawa Daruis yang kepuasan dengan jeritan dan raungan Anjika yang semakin lemah. Tiba-tiba...
Zraaaaas,...
Makhluk gabus itu berkecai di udara saat sedang seronok berlegar untuk menerjah ke tubuh Anjika.
Daruis tergamam melihat kejadian itu, dia baru sahaja melihat kematian orang suruhannya.
"Siapa kau?!" Jerkah Daruis sambil mulut terkuma- kamit membaca beberapa mentera, lalu terhasil sebilah pedang di tangannya. Dari bentuk bilah pedang itu, jelas kelihatan Daruis adalah dari puak Zarigan! iaitu puak yang mencuri keistimewaan puak lain dan membunuh puak lain.
"Daruis!" Anjika terkejut apabila melihat pedang Daruis, maka baru diketahu siapakah Daruis sebenarnya.
Belum sempat Daruis melangkah untuk menyerang, belum sempat Anjika mendapat jawapan dari mulut Daruis, kelihatan kepala Daruis tergolek ke tanah. Darah hitam membasahi tanah bumi manusia. Anjika terduduk!.
"Siapa kamu wahai Qershah?" Anjika bertanya sambil memandang tepat ke arah aku.
"Akulah Saiful!" Balas aku sambil melemparkan senyuman.
"Apakah ini semua?!" Air mata Anjika berujuran gugur bersama persoalan yang dilemparkan.
"Jika Daruis merancang, Aku juga sudah merancangnya terlebih dahulu sebelum dia menghampiri kamu!" Kataku cuba memahamkan keadaan sekarang.
"Jadi?!"
"Iya... sebenarnya aku sengaja mengurungnya di dalam tubuhku sewaktu kejadian yang dirancangnya dahulu. Selama itu aku cuba melihat sejauh mana kekuatannya dan sejauh mana kamu mencarinya. Malangnya kamu muncul membantu melepaskan Daruis. Sekarang tugasmu pulang ke kaummu Anjika..." kataku tenang.
"Adakah aku bermimpi?" Anjika bertanya kembali.
"Ini adalah daerahku, sememangnya ia adalah mimpi bagi kalian. Bezanya mimpi ngeri atau indah. Sampaikan salam pada puakmu," aku melihat Anjika sudah mula membuka pintu ajaib untuk pulang ke alamnya semula. Kini dia tidak perlu mencari atau menunggu hingga hujung dunia, kerana hujung dunia itu sudah menjadi hujung nyawa.
Selepas Anjika berlalu pergi dan pintu alam tertutup. Aku tersenyum dan Zairul si makhluk hitam muncul kembali secara tiba-tiba...
"Tuan Saiful, adakah semuanya sudah selesai?" Tanya makhluk gabus itu sambil berlegar-legar di sekelilingku.
"Seperti yang aku katakan sebelum ini. Kau bebas!" Sambil aku melangkah berlalu pergi.
Alam yang tadinya berubah sedikit demi sedikti menjadi sebuah kawasan pergunungan, hutan rimba. "Jika aku merancang, Maka Allah itu lebih baik perancanganNya!" Hati aku berbisik.
"Tuan Saiful, tunggu hamba!!!" Teriak makhluk gabus hitam itu, sambil mengejar belakang aku.
"Bebaskan dirimu," kataku sambil terus melangkah menuju misi seterusnya.
"Hamba tidak pernah bebas, dan merasakan hamba harus terus berkhidmat!"
"Jika kau ingin mengikut aku. Kau harus bersahabat dengan kematian"
"Jika itu yang harus hamba lalui, akan hamba turuti.."
"Bukan aku yang harus kau turuti, tetapi Yang ESA!"
"Baikklah.. " Kata makhluk itu sambil berubah menjadi Zairul kembali dan berjalan bersama aku.
Kini aku mempunyai seorang sahabat yang berjiwa kejahatan. Asal dari nafsu membunuh dan hamba kepada puak Zarigan. Jika Daruis mampu mengelirukan pandangan aku, maka aku juga mampu mengelirukan dunianya. Apatah lagi jika berada di Daerahku.
"Tuan saiful!, bagaimana tuan boleh berjalan menembusi setiap alam dan tempat berbeza?" Zairul bertanya kepada aku, apabila dia melihat perjalan setiap 10 langkah. Pasti akan bertukar keadaan dan tempat di sekeliling.
"Ini adalah caraku"
-TAMAT-
===============
Karya merupakan hak cipta penulis dan Arkib Angker Negara.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.
No comments:
Post a Comment