FRESCO CAFE
Oleh: Nur Afrah Radzi
Bau semerbak mentega cair dan daun thyme yang berdesir di dalam kuali leper di atas dapur menebarkan aroma menggoda ke seluruh pelusuk kafe sederhana besar di tebing cerun bukit itu. Nadim membalik-balikkan kubis brussels di dalam kuali sebelum mengangkat kuali itu dengan sebelah tangan dan menyumbatkannya ke dalam ketuhar. Sayuran itu dipanggang pula dengan suhu sederhana. Dia mengerling Flash yang sibuk memotong daun lik di sebelahnya.
"Full house lagi hari ni.."
Nadim mencebik bibirnya ke luar pintu dapur pandang tembus itu. Flash mengangkat muka sekilas sebelum meneruskan potongan.
"Biasalah..hujung minggu." Flash menjawab malas.
Ting!
Bunyi ketuhar menggamit Nadim ke situ. Dia mengeluarkan kubis brussels yang sudah siap dipanggang. Penyepit yang bergantungan di atas kepalanya di ambil lalu satu persatu kubis yang masih panas itu diambil, disusun memanjang di atas pinggan putih bersih itu. Daging yang sudah masak dan direhatkan di bawah aluminium foil sebentar tadi dikepil cermat lalu diletakkan di sisi kubis. Sos buah mulberi dan limau gedang direnjis berseni ke atas pinggan. Nadim tersenyum. Loceng di depan meja penyediaan ditekan memberi isyarat kepada pelayan, makanan sudah siap disediakan dan perlu dihidang dengan kadar segera.
Bunyi berdentum pintu dapur yang ditolak kasar dari luar kedengaran membingit sebelum suara jeritan seorang gadis bergema ke seluruh ruang dapur.
"Stressnya aku!!!!"
Beberapa orang pekerja dapur menjengah ke depan, mencari punca jeritan itu.
"Kau dah kenapa? Siapa jaga kat depan??"
Shizu menyoal tanpa memandang Dee. Tumpuannya kekal fokus pada Truffle putih yang sedang disagat halus ke dalam mangkuk sup.
"Man ada...pandai-pandailah dia handle. Aku dah pening ni! Customer dah siap tempah sampai hujung tahun ni kau tahu tak!? Full! Aku dah cakap stok kita ikut musim, tapi still dia orang sanggup tunggu!"
Dee membentak geram. Merah padam muka gadis itu menahan marah.
"Laahhh..apa masalahnya kalau tempahan full?? Kita jugak yang untung!"
Nadim mencelah. Dia menarik nota kecil pesanan sebelum dibacanya sekali lalu. 'Separuh masak..' bibirnya dilirik sinis.
"Masalahanya kita tak ada stok! Kau faham ke tak ni? Pelanggan tu semua request special menu!" Dee membentak lagi.
"Shol dengan Fro kan ada! Pass kat dia orang.. we'll be fine. Dah..kau relaks je Dee. Pergi depan layan customer."
Flash memujuk. Dee mencebik geram namun tetap menghentak kaki keluar dari ruang dapur itu.
"Table number four, special request!"
Seorang pelayan masuk sambil melaung kuat pesanan pada kertas nota di tangannya. Flash mengangguk faham.
"Type?"
Pelayan itu menyemak semula pesanan.
"Male..around 20's."
"Got it! Huzai..ambilkan stok!"
*****
30 minit sebelum.
Nil tersenyum lebar apabila kereta yang dipandu suaminya membelok masuk ke selekoh paling hujung di simpang jalan menuju ke cerun bukit bertebing curam di tepi laut itu. Hari ini ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua dan suaminya membuat kejutan membawanya ke kafe itu, kafe yang membawa seribu satu kenangan buat mereka berdua. Kafe yang berjaya menaut hati mereka menjadi satu.
"We are here sayang. Jum."
Suaminya mengerling lembut. Nil tertawa lepas. Bahagia. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kafe itu. Aroma hangat masakan menerjah deria bau, menyemarakkan rasa lapar.
"Yes sir..may I help you?"
Seorang gadis lengkap dengan baju pelayan restoran menyapa mereka di kaunter masuk dengan senyuman manis tersungging di bibirnya. Nil melirik tag nama Dee yang disemat pada baju gadis muda itu.
"Ohh..ya. We are here under order X347S."
Suaminya memaklumkan sambil mengeluarkan sebuah kad berona keemasan dengan kod bar terpamer di atasnya. Kad itu bertukar tangan. Kod bar yang tertera pada kad di scan sebelum segala data pelanggan terpamer di dada komputer. Dee mengimbas satu persatu maklumat sebelum mengesahkan tempahan mereka. 'Menu istimewa'. Dia membaca nota tambahan pada halaman permintaan pelanggan sebelum mendongak.
"Encik tempah menu istimewa ya..It will take times a bit but we'll do our best. Please let us serve you first."
Gadis itu tersenyum manis lagi sebelum mendepang tangan meminta pasangan itu mengikutnya. Mereka dibawa ke sebuah meja menghadap laut lepas di luar yang dihiasi lilin putih aroma vanila di tengah meja, membiaskan haruman romantis buat pasangan itu.
"I'll be back with the menu sir.."
Gadis itu tersenyum lagi sebelum berlalu semula ke ruang dalam kafe.
"Cantiknya...this view is to die for!"
Nil menjerit kagum. Suaminya tertawa melihat telatahnya yang teruja. Meja ini dikhaskan untuk tempahan yang dibuat awal dengan permintaan menu istimewa. Kedudukan mereka juga agak terpinggir dari pelanggan yang lain, memberikan mereka berdua lebih privasi yang diperlukan untuk meraikan detik istimewa ulangtahun perkahwinan mereka.
"Dee...psstt!! Sini!"
Gadis itu menoleh ke sisi, ke arah seorang pelayan lelaki yang sedang memegang sebuah Ipad di tangan kanannya. Langkahnya dihala ke arah lelaki itu.
"Apa? Cepat sikit, aku ada pelanggan khas ni." Dee mendesak.
"Ni..kau tengok. Tempahan masuk non stop and most of them request special menu. Kau kena handle ni.."
Lelaki muda itu bersuara cemas. Matanya di hala pada paparan skrin Ipad yang dipegang lelaki itu. Tempahan pesanan melalui website kafe mereka masuk bertalu-talu, malah ada yang sanggup menempah awal setahun!
"Shit. Kau handle jap kat depan. Pass buku menu kat Topex, biar dia layan pelanggan khas kat luar tu."
Dee mengarah. Buku menu yang dipegang diserahkan pada Dikman sebelum dia mengorak langkah ke dapur.
***
Huzai melangkah ke dalam bilik simpanan stok di bahagian bawah tanah. Langkahnya di atur melewati lorong-lorong yang disimbahi cahaya lampu kuning mentol di sepanjang laluan, melepasi blok cermin di kiri kanannya dengan paparan nombor dan maklumat stok di setiap pintu kacanya. Dia berhenti di sebuah pintu kaca, menelek maklumat yang tertera di situ sebelum menekan kod rahsia pada pintu itu. Pintu itu berderak terbuka, mendedahkan stok daging yang diinginkan oleh pelanggan untuk menu istimewa Kafe Fresco.
"Male.. around 20's. Got it!"
Huzai berbisik teruja. Dia melangkah masuk, memilih stok daging sebelum mengheret daging itu keluar. Suntikan pelali di berikan sebelum dia mengendong daging itu di bahunya. Pintu kaca itu ditutup semula. Hari ini, hanya ada satu menu istimewa yang perlu disediakan.
***
Topex menolak troli hidangan istimewa kafe Fresco itu ke arah pasangan dua sejoli yang sedang meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka. Bau enak kentang, labu air dan lobak merah yang dipanggang dengan madu dan mentega bersama taburan daun parsli segar menusuk lembut ke hidungnya.
"We are sorry to make you wait..here is you special menu request. Male..around 20's. So how would you like me to serve you? Rare, medium rare, or well done sir?"
Topex bertanya lembut.
"Medium rare please!"
Nil menyampuk. Teruja mahu menikmati hidangan istimewa itu. Suaminya sekadar mengangguk mengiyakan.
"Noted madam."
Topex tersenyum lagi. Botol minyak zaitun di bahagian bawah troli dicapai lalu dilumur minyak itu ke seluruh tubuh lelaki berusia lingkungan 20-an yang duduk terikat memeluk lutut di atas tray hidangan. Mulutnya disumbat ubi bit merah. Lelaki itu diam tidak mampu melawan cecair pelali yang mula melemahkan seluruh urat sarafnya. Selesai menyapu minyak zaitun ke seluruh permukaan 'daging' istimewa itu, Topex menaburkan pula sedikit lada hitam, garam, dan cuka balsamik sebelum blow torch dihidupkan.
Lelaki yang memeluk tubuh itu dipanggang hidup-hidup mengikut permintaan pelanggan. Nil tersenyum girang. Seronok melihat lelaki itu mengalirkan air mata menahan pedih api yang menjilat tubuhnya. Sebaik sahaja kulit lelaki itu siap dilayur, Topex mula menghiris dagingnya, bermula dengan bahagian lengan. Darah merah pekat menyeruak keluar sebaik sahaja pisau mencecah isi. Hirisan daging segar itu kemudiannya di letakkan ke dalam pinggan seramik putih bersih. Seketul kentang yang telah dipanggang bersama lobak merah di atas tray hidangan diambil sedikit lalu di letakkan di sebelah daging itu tadi sebagai pelengkap hidangan.
"Here you go madam. Please enjoy your meal."
Topex mengumam sambil merenjis sedikit sos beri hitam di atas daging itu. Pinggan itu diletakkan di hadapan pelanggannya. Nil mencapai pisau dan garfu. Dia sudah tidak sabar mahu menikmati hidangan di hadapannya itu.
"Emmmm...sedap! Lembut!" Nil bersorak riang. Suaminya tertawa lagi.
"Pandai you pilih 'daging' sayang..."
***
Brive la Gaillarde, France. (Chataeu de Lacan)
Lelaki tua itu tersenyum gatal sambil mengulit pipi si gadis bergaun malam hitam penuh bernafsu. Si gadis tersenyum mengoda sambil mengulit janggutnya. Keinginan si tua melonjak, gadis itu dirangkulnya kasar namun sepantas itu jugalah si gadis melawan. Cecair pelali dicucuk di leher. Lelaki tua itu terhuyung hayang cuba berdiri dan mencabut jarum yang terpacak di belakang lehernya sebelum dia tumbang tersembam ke depan, tubuh gempalnya jatuh terhempap ke lantai berkarpet tebal di bilik itu.
"Good job my dear.."
Seorang lelaki dengan suit baldu biru masuk, melangkah bergaya dengan haruman maskulin memenuhi ruang udara. Dia tunduk melutut, memeriksa tubuh si tua yang sudah pengsan.
"Lelaki tua macam ni pun ada orang request dalam menu ke..."
Gadis itu mencebik jengkel sambil mengeluarkan kotak rokok dan pemetik api dari dalam tas tangannya.
"Citarasa masing-masing sayang.."
Dia menjawab lembut sebelum menghampiri gadis yang duduk bersantai di atas sofa itu.
"You tahu kan I tak suka you merokok.."
Dia menarik keluar puntung rokok yang dikepil dua ulas bibir bergincu merah darah itu. Si gadis memutarkan bebola matanya. Bosan.
"Anyway...you look sexy sayang.."
Dia tersenyum menggoda. Tubuh gadis itu dirangkul dekat padanya. Mata mereka bertaut mesra. Deruan andrenalin memacu nafsu keduanya lalu bibir mereka mendekat...sebelum..
"Arghhh!! Kacau lah!"
Lelaki itu membentak geram. Deringan telefon bimbitnya membantutkan niat. Iphone 7s itu dicapai malas sebelum diletakkan ke telinganya.
"Urgent sangat ke Dee??"
Dia bertanya. Membentak suaranya sedikit.
"Sorry bos. Stok kena tambah untuk tempahan minggu depan. Budak haritu dah mati."
Satu rengusan halus dilepaskan.
"Okay..will work on it. Type?"
"Boy.. around 8 to 9 years old."
"Noted."
"Thanks Shol."
Dia mematikan telefon bimbitnya.
"Misi baru. You will hate this."
"Why?"
"You hate kids."
"I bukan benci budak-budak lah..I cuma tak tahu macam mana nak layan budak."
"Well..we have to."
Dia bangun lalu mengorak langkah ke arah sebuah beg hitam. Beg itu dibukanya.
"Here you go."
Satu tag nama dihulurkan kepada si gadis yang menyambutnya dengan senyuman sinis.
"Cikgu huh?"
Mereka berdua tersenyum. Plan baru perlu diatur. Sesi penyamaran seterusnya perlu disegerakan bagi mendapatkan stok 'daging' untuk menu istimewa Kafe Fresco milik mereka berdua.
***
-TAMAT-
Karya merupakan hakcipta penulis.
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing?
Ayuh kongsikan kisah anda kepada kami. Hantar kisah anda ke e-mel aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, Instagram, Twitter, blog atau webpage anda untuk tujuan pengkreditan.
No comments:
Post a Comment