Tuesday, 3 October 2017

TEMUDUGA - Nur Afrah Radzi


TEMUDUGA 
oleh Nur Afrah Radzi

Aisar melangkah masuk ke ruang pejabat yang dihias kemas dengan dekorasi mewah. Beberapa orang calon temuduga yang tiba lebih awal darinya duduk menunggu di ruang menunggu yang telah disediakan. Aisar berjalan ke kaunter pertanyaan. Oh ya, lupa nak bagitahu, Aisar ni kacak. Ya, kacak kena beritahu kalau tak, orang tak tahu. Okay teruskan baca macam biasa. Seorang wanita muda tersenyum mesra padanya, bersedia untuk menghulurkan bantuan.
"Ya cik...datang untuk temuduga ya?"
Wanita dengan tag nama Huda itu bertanya. Aisar mengangguk.
"Ya..Saya Aisar." Aisar menghulurkan beberapa dokumen berkaitan dirinya.
"Baik..duduk dulu ya. Sebentar lagi saya panggil cik masuk." Huda membalas. Aisar mengambil beg sandangnya lalu duduk menunggu bersama calon yang lain.
"Orang sini ke?" calon sebelah kanannya menyapa ramah. Aisar tersenyum.
"Ya..Bangi. Kau?"
"Perak. Eh okeylah bro..gerak lu..nama aku dah dipanggil."
Tangannya dijabat lelaki muda itu sebelum sosok lelaki itu hilang di balik pintu berukiran kayu cengal. Setengah jam menunggu, nama Aisar pula dipanggil. Langkah kaki diatur penuh debaran ke bilik temuduga. Tiga orang ahli panel penemuduga duduk menunggunya. Aisar memberi salam, lalu meminta izin untuk duduk.
"Jadi, Aisar..kamu berminat berkerja di sini?" Salah seorang lelaki dari panel penemuduga itu bertanya. Aisar sempat melirik name tag setiap seorang dari mereka. Farid, Zahir, dan Borhan.
"Saya memang berminat bekerja di sini Encik Farid. Selain wajah yang kacak, saya juga lulusan dari univer.."
"Tak penting."
"Hah?"
"Awak dari universiti mana tak penting bagi kami. Kami terima awak bekerja di sini, tapi dengan satu syarat..awak kena baca perjanjian ni, dan terima tanpa soalan."
Encik Zahir menjelaskan panjang lebar. Aisar terpinga-pinga sebentar sebelum mengangguk. Sehelai kertas diserahkan pada Aisar.
"Baca dengan kuat." Encik Farid bersuara.
Aisar merenung seketika tulisan di atas kertas yang agak lusuh itu sebelum mula membaca...

Lingsir wengi
Lingsir wengi
Sepi durong biso nendro
Kagodho mring wewayang..
Kang ngeridhu ati
Kawitane

Aisar membaca bait-bait ayat itu sehingga habis walaupun sepatah haram pun dia tak faham.
"Bagus. Awak diterima bekerja!" Ketiga-tiga ahli panel bangun dan menepuk tangan.
"Err..saya kerja dalam posisi apa ya?" tanya Aisar pelik.
"Esok datang kerja macam biasa."
Ketiga-tiga ahli panel tadi tunduk sedikit sebelum masuk ke sebuah bilik. Aisar kerutkan dahi. Pelik..memang pelik..Aisar bangun. Ruang pejabat itu lenggang, sunyi sepi tak seperti tadi.
'Baru pukul 11...takkan dah lunch hour.' Aisar makin pelik.
Butang lif ditekan ke ground floor. Tiada siapa di ruang lobi. Sunyi sepi. Bangunan pejabat yang tadinya gah dengan mozek mewah, kini hanya tinggal dinding yang berlumut dan hampir runtuh. Aisar telan liur. Dia berpaling ke belakang, ke arah lif yang dinaikinya tadi. Kosong! Tiada lif di situ! Hanya ada sebuah ruang kosong dengan juntaian akar pokok yang tumbuh melata di dinding yang berlumut hijau. Aisar berlari keluar. Gila! Semua ni memang gila!
"Bro!"
Satu suara yang melaung dari jauh membuatkan Aisar berhenti berlari. Aisar berpaling. Fadhil, lelaki yang menegurnya sewaktu di ruang menunggu tadi.
"Kau...kau masuk kan dalam bangunan tu tadi!?" Aisar menuding ke arah bangunan lama dibelakangnya.
"Kau baca tak kertas tu??" Fadil menepuk bahu Aisar. Pertanyaan Aisar dibiar tak berjawab.
"Bacalah! Bahasa apa entah..aku tak faham."
"Aduh...aku nak warning kau tadi! Tapi bila aku pusing je, aku dah kat bawah ni! Aku cuba jugak cari pintu masuk, tapi tak jumpa. Patutlah sejak langkah masuk dalam bangunan tu aku rasa lain macam..banyak sangat jembalang dalam tu."
"Woo..woo..aku tak faham.warning aku? Warning apa pulak??" Aisar mengangkat tangan tak faham.
"Bro, benda yang kau baca tu..tu mantera bro. Mantera perjanjian untuk seru langsuir. Aku dah rasa lain macam bila diorang bagi kertas tu tadi. Atok sebelah ayah aku, jawa. So aku tau lah sikit-sikit bahasa jawa. Bangunan tu, tak wujud pun bro! kau dah terikat dengan perjanjian jin ni. Kau dah jadi tuan pada dia..."
Fadil mengunjuk belakang Aisar. Aisar telan liur.

"Benda apa belakang aku??"
"Langsuir lah.Kau seru dia tadi! Tengok ni, aku kutip kat depan pintu masuk."
Satu badan Aisar terasa bermandi peluh. Yang si Fadil ni pun satu, dia boleh buat derk bagitau ada langsuir!
"Ni..kalendar tahun 1970 bro! Kau tak perasan ke tadi perempuan meja depan tu guna mesin taip? Aku dah syak dah..ada something wrong!"
Kepala hotak kau la something wrong..dah memang wrong teruk dah ni! Maki Aisar dalam hati.
"Apa aku nak buat sekarang ni!?"
"Hm...kau kena nyahkan dia dulu. Jum, ikut aku balik! Atok aku pandai buang benda-benda ni."
Mereka berdua berjalan meninggalkan bangunan kosong itu. Esok, perkara sama akan berulang pada mangsa yang lain....
Anda pasti anda bekerja di tempat yang betul.....?

Editor: Shizu
Anda ada kisah seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? 
Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan.

No comments: