LES
Karya : Shizu
“Hai Hana ! Cantik la you harini. Dah lama ke tunggu i?”
“Alah you lagi cantik dari i. Tak payah la nak puji i pulak. Tak penat ke jadi cantik ni beb?” Hana menidakkan pujian aku. Seperti biasa dia sering tersenyum bila bersemuka dengan aku.
Warna kulitnya yang putih kemerah-merahan membuatkan aku bertambah geram bila berhadapan dengannya. Anak mata perang dan teraut wajah kegembiraan mencairkan selera songsang aku. Bentuk tubuhnya bak model ternama menambah lagi perisa penampilan diri Hana.
“Dah pukul 8 ni babe, jom la makan dulu. Harini i tidur rumah you okay?” Hana menarik tangan aku untuk turuti kehendak perutnya.
Kami menuju ke sebuah kafe berdekatan. Aku menyeluk saku kiri lalu mengeluarkan pemetik api. Sebatang rokok berpuntung putih aku bakar. Bukan Marlboro, tapi hanyalah Canyon berperisa mint yang jadi kegemaran aku sejak dari mula aku menghisap rokok.
“Kejap lagi i taknak mulut u bau rokok ye sayang.” Sambil berjalan Hana sempat menegur. Sudah menjadi kebiasaan. Katanya macam tidur dengan lelaki pula.
Kami berdua berusia 25 tahun. Kenapa aku suka kaum sejenis? Aku punya sebab tersendiri. Aku juga ada perniagaan. Alah, kecil-kecil sahaja. Bermodalkan air liur dan Hana, kami mampu menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Bagi aku, Hana adalah bayang-bayang aku. Simbiosis yang wujud antara kami semakin menebal hari ke hari.
Sesudah makan, kami pulang ke rumah. Aku lebih puas dihidang aset idaman pria kepunyaan Hana. Hana layan aku lebih daripada seorang lelaki. Aku bukan pengkid, selera aku sahaja berkehendak terhadap Hana. Bagi aku, hanya perempuan yang faham kehendak perempuan. Malam itu, aku dan Hana banyak berkongsi cerita berkenaan lelaki-lelaki yang cuba untuk memikat dia. Ada yang mengharap sampai ke hari ini. Cerita kami diselangi gelak tawa. Katanya esok, seorang kenalan lelaki dia ajak berjumpa.
Aku tersedar pagi dikejut deringan jam loceng di sebelah katil. Hana masih nyenyak dibuai mimpi. Tangannya masih erat memeluk tubuh langsing aku. Aku berikan satu ciuman di pipinya dan turun dari katil. Aku turun ke bilik bawah tanah yang aku jadikan pejabat aku dan Hana. Di sini kami bekerja. Tapi, setiap pagi aku akan perasapkan kemenyan untuk hilangkan bau busuk yang ada.
“Beb, you dekat bawah ke?” Suara Hana memecah sunyi.
“Ya. You nak jumpa kawan you pukul berapa?” Soal aku dari bawah. Hana hanya menjenguk-jenguk di muka pintu bilik itu.
“Jom la siap. Jumpa dia dekat kafe biasa.”
Dua jam kemudian. Biasalah perempuan siap lambat. Aku dan Hana tiba dahulu. Waffle dan coklat panas jadi pembuka selera aku pagi tu. Hana sibuk dengan media sosial nya. Memasang umpan barangkali.
Lamunan aku terhenti dek bunyi panggilan yang terbit dari telefon Hana. Aku mengalih pandangan ke arah telefonnya. Terpapar di skrin nama Megat. Satu senyuman Hana lemparkan pada aku. Hana mengangkat telefon itu lalu menyelak rambut lurusnya untuk menjawab panggilan.
“Hai Megat, you dah sampai? I dekat kafe haritu. Meja nombor 6 dekat luar.” Hana melambai tangannya ke arah parkir kereta. Megat berjalan menuju di mana kami berada. Tersenyum melihat gelagat Hana.
Selepas berborak panjang, Hana memperlawa Megat untuk pulang bersama ke rumah aku. Pelawaan itu boleh diibaratkan seperti melepaskan lembu ke dalam kandang harimau. Mana mungkin lelaki seperti Megat akan menolak. Majoriti yang aku kenali sebelum ini akan terliur dengan godaan Hana. Sepanjang aku memerhati Megat, aku tahu dia bukanlah perokok. Itu petanda yang baik buat aku dan Hana. Tidak ada kerugian yang akan diterima hari ini. Check.
Lebih kurang pukul 10.30 malam, kami bertiga sampai di rumah. Aku dahului dengan membuka pintu serta lampu di ruang tamu. Hana menyusur masuk ke bilik lalu mencapai tuala yang tersidai.
“I nak mandi dulu, you nak ikut?” Pelawaan Hana kali ini membuatkan hormon Megat mencanak. Aku pastikan pintu rumah dikunci terlebih dahulu.
“Tak, tak boleh.” Aku menyampuk.
Bukan cemburu tetapi masa dan keadaannya tak sesuai. Muka Megat sedikit berkerut. Aku tersenyum. Sementara Hana mandi tu, aku mengajak Megat untuk turun ke bilik bawah atau aku gelarkannya sebagai pejabat.
“Kenapa ada tab mandi dalam bilik ni?” Soal Megat kehairanan.
“Tab tu untuk proses akhir kerja i. Hehe. Ahh tak payah nak hairan sangat. Ini la office i.”
“Eh you kerja apa?” Megat menyoal lagi.
“Jual organ manusia.” Tiba-tiba suara Hana muncul dari belakang Megat lalu menuruni tangga.
“Bammm !” Pintu dihempas kuat oleh Hana. Megat bertambah cemas apabila melihat Hana mengheret sebilah parang.
“Seriuslah korang ni?”
Aku menggoncang kabinet berdekatan.
“Kau tahu apa dekat dalam ni Megat?”
Aku paparkan tengkorak-tengkorak mangsa kami sebelum ini yang disusun rapi dalam kabinet itu. Megat semakin tak keruan. Satu libasan sudah cukup untuk memutuskan lehernya. Kepalanya aku gantung.
“Wah ! Cantik lagi peparu dia. Untung kau tak merokok Megat.” Hana berpaling dan menampar-nampar pipi Megat.
Darahnya masih tak berhenti. Peluang baik. Aku perlu hidang pada yang menjaga kerja kami berdua. Aku calit sedikit darah tadi ke dahi Hana dan dia juga memperlakukan sebegitu terhadap aku. Kemenyan aku perasapkan sebagai tanda terima kasih aku. Darah aku hidangkan.
Tubuh tanpa organ tadi masih dibiarkan di dalam tab mandi putih itu untuk aku lupuskan. Sementara itu, ritual perlu aku selesaikan. Ya, aku sembah mereka.
Sodium hydroxide aku tuangkan ke dalam tab mandi tadi. Aku perlu ulangi beberapa kali. Hana masih menghisap-hisap jarinya yang bermandi darah si jejaka. Sambil aku usungkan peti berisi organ-organ tadi, Hana memberitahu aku.
“Ada lelaki mesej ni, Hai awak.”
Aku tersenyum.
----------------------------------Tamat----------------------------------------
Follow penulis di : https://www.facebook.com/shizu.aan
Anda ada kisah seram, komedi-seram, misteri, thriller ataupun mind-blowing? Apa kata anda kongsikan kisah anda kepada kami.
Hantar kisah anda ke inbox Arkib Angker Negara atau emelkan ke aanrc2017@gmail.com
Nyatakan sekali nama akaun Facebook, blog, Instagram, Twitter atau webpage anda untuk pengkreditan
No comments:
Post a Comment